Tuesday, May 22, 2012

Ibrahim Ali sahkan akan pertahan kerusi Pasir Mas

Ibrahim Ali sahkan akan pertahan kerusi Pasir Mas - Politik - Sinar Harian:


Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR – Datuk Ibrahim Ali mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada Mac 2008 atas tiket Pas dan kemudian mengisytiharkan sebagai wakil rakyat Bebas berkata, terdapat permintaan daripada masyarakat di kawasan itu yang mahu beliau bertanding semula.

“Ada permintaan supaya saya mempertahankan kerusi Pasir Mas. Insya-Allah kalau panjang umur saya akan bertanding di situ pada PRU13 ini,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Keempat pertubuhan Jaringan Gerak Usaha Pasir Mas (Jaguh) di sini, malam tadi.

Ibrahim yang juga penaung Jaguh berkata, beliau bersyukur sepanjang berkhidmat di kawasan itu tiada perkara buruk berlaku.

“Saya bukan nak puji diri, tetapi Alhamdulillah rekod saya bersih, tiada isu moral dikaitkan dengan saya kerana saya sentiasa menjaga nama baik sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas,” kata beliau yang juga Presiden Perkasa.

Hadir sama Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin yang juga Naib Presiden Perkasa dan Presiden Jaguh, Zulkarnain Mat Junoh.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, kini terdapat hampir 400,000 rakyat Kelantan berhijrah mencari rezeki.

“Ini berlaku kerana di Kelantan kurangnya peluang pekerjaan walaupun negeri kita kaya dengan hasil mahsul dan ini berlaku akibat dari pertumbuhan ekonomi yang menyedihkan.

“Jadi saya minta ayuh kita lakukan transformasi politik pada PRU13 akan datang,” kata beliau di hadapan hampir 1,200 anak kelahiran Pasir Mas yang bekerja di Lembah Kelang.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim turut bersetuju dengan langkah kerajaan Negeri Kelantan menuntut royalti minyak daripada Petronas.

“Saya menyokong tuntutan itu, tetapi isu ini sudah menjadi kes mahkamah dan saya enggan mengulas lanjut,” katanya.

Perogol bersiri kena 4 lagi tuduhan

Berita Harian Online | Perogol bersiri kena 4 lagi tuduhan:
KOTA BHARU: Seorang lelaki yang sedang menjalani hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan atas tuduhan merogol, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas empat tuduhan merogol mangsa berlainan pada 2010 dan 2011.

Tertuduh, Amran Che Jaafar (kanan), 30, dari Kampung Perupok, Bachok, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu dan mohon dibicarakan.Bagi semua empat pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Tertuduh didakwa merogol remaja berusia 19 tahun di Jalan Dusun Muda, kira-kira jam 10 pagi, pada 21 September 2010.

Amran juga didakwa merogol remaja berumur 19 tahun di asrama kedai roti, Jalan Yahya Petra, pada jam 6.45 pagi, pada 17 September 2010.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari. Hakim Irwan Suainbon kemudian menetapkan 18 Jun ini sebagai tarikh sebutan bagi dua kes berkenaan.

Sementara itu, ketika di hadapan Hakim Azman Mustapha, Amran didakwa merogol wanita berusia 25 tahun di Pangsapuri Kenali, Bandar Baru Kubang Kerian, jam 8.15 pagi, pada 30 September 2011. 
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin.
Amran juga didakwa merogol seorang wanita berusia 39 tahun di Blok D Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh, pada jam 8.52 pagi, 16 November 2011.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Hamizah Ghazali. Azman kemudian menetapkan 24 Jun sebagai tarikh sebutan bagi dua kes berkenaan.
'via Blog this'

Kakitangan bank bocor maklumat wajar disiasat

Berita Harian Online | Kakitangan bank bocor maklumat wajar disiasat:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara (BNM) digesa menyiasat tindakan seorang kakitangan bank yang didakwa membocorkan maklumat perbankan mengenai National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

Yang Dipertua Persatuan Kemajuan Insan Malaysia, Omar Idris, berkata pihaknya membuat desakan itu kerana kemungkinan wujud unsur rasuah di sebalik tindakan berkenaan memandangkan kakitangan terbabit tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.
“Kakitangan itu diberhentikan selepas siasatan dalaman bank mendapati dia membocorkan maklumat pelanggan. Kegiatan itu adalah satu kesalahan jenayah yang harus disiasat sehingga ke akar umbi.
Ini perkembangan yang amat merisaukan, bukan saja bagi pelanggan bank, malah juga pelabur asing. Jika tiada tindakan diambil ia boleh menjejaskan integriti industri perbankan negara. - Omar Idris, Yang Dipertua Persatuan Kemajuan Insan Malaysia
“Ini perkembangan yang amat merisaukan, bukan saja bagi pelanggan bank, malah juga pelabur asing. Jika tiada tindakan diambil ia boleh menjejaskan integriti industri perbankan negara,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Minggu lalu, Naib Presiden PKR, N Surendran menyeru pihak berkuasa menghentikan siasatan ke atas bekas kerani bank, Johari Mohamad yang didakwa membocorkan maklumat perbankan NFCorp.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, turut meminta BNM menyiasat motif dan insentif yang mendorong kakitangan bank itu sanggup mengambil risiko melakukan jenayah di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)

Sementara itu, Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan peguam ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail untuk mengkaji pertuduhan ke atas anak guamnya yang didakwa menipu Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC). 
Perkara itu dimaklumkan Ketua Unit Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa ketika kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh di sini, semalam.

Sehubungan itu, Rozilah menetapkan sebutan kes pada 12 Jun depan, selain mengekalkan dengan tarikh terdahulu selama dua minggu bermula 16 Jun depan untuk perbicaraan.

Pada 30 Disember tahun lalu, Shamsubahrin, 46, didakwa menipu Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dengan menjanjikan perkhidmatan rundingan nasihat bertujuan memperdayakannya hingga mendorong Mohamad Salleh membayar wang perkhidmatan kepadanya.
'via Blog this'

Kes ahli perniagaan tipu pengarah NFC kekal Julai




21 Mei 2012
Datuk Shamsubahrin Ismail
Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail keluar dari Mahkamah Sesyen, hari ini atas dakwaan menipu pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail
KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen akan meneruskan perbicaraan kes ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang didakwa menipu bekas pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta, pada 16 hingga 27 Julai depan.
Hakim Rozilah Salleh mengekalkan tarikh perbicaraan itu, yang ditetapkan sebelum ini, selepas diberitahu Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa bahawa surat representasi daripada pihak pembelaan untuk mengkaji semula pertuduhan terhadap Shamsubahrin ditolak oleh Jabatan Peguam Negara.

Pada 14 Mac lepas, pihak pembelaan yang diwakili peguam Zarina Ismail telah menghantar surat representasi itu supaya pihak pendakwaan mengkaji semula pertuduhan berkenaan.

Abdul Razak juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau memerlukan masa untuk mengemukakan beberapa dokumen kepada mahkamah berkaitan kes itu termasuk dokumen yang belum diterima daripada syarikat telekomunikasi.

Mahkamah juga menetapkan 12 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Pada 30 Dis lepas, Shamsubahrin, 46, dituduh menipu Mohamad Salleh, yang kini merupakan pengerusi NFC, iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.
Mengikut kertas pertuduhan, Shamsubahrin, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Resources Sdn Bhd, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini pada 6 petang, 20 Nov tahun lepas.

Dia juga dituduh menipu Mohamad Salleh dengan memperdayakan beliau bagi menyerahkan cek bernilai RM1.755 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solaris, Mont Kiara di sini antara 25 Nov dan 6 Dis tahun lepas.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.- Bernama

Ady Putra tarik balik kes cerai



Pelakon, Ady Putra
Pelakon, Ady Putra
KUALA LUMPUR - Pelakon filem Anak Halal, Ady Putra hari ini mengambil keputusan untuk menarik balik permohonan cerai  terhadap isterinya, yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 11 Mei lalu.

Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, dan Zuhaidah Yusof, 37, hadir bersama-sama ke mahkamah dan menyerahkan sendiri notis penarikan balik di kaunter mahkamah mengikut Subseksyen 95(1)) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Pasangan itu hadir untuk menghantar notis tersebut kerana mereka disyaratkan berbuat demikian sebelum kes disebut di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi pada prosiding, hari ini.

Sejurus selesai prosedur tersebut, Adi Putra yang berpakaian baju Melayu kuning cair dan Zuhaidah yang berbaju kurung serta bertudung merah jambu kemudian bergegas meninggalkan pekarangan mahkamah Adi Putra yang dihubungi media mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu.

Aktor kelahiran Singapura berkata, dia dan isteri akan mengadakan sidang akhbar bersama media di Hotel Royal Park pada malam ini untuk menjelaskan hal berkaitan.

Adi Putra yang terkenal menerusi filem KL Gangster, Haq serta beberapa drama  antaranya Tentang Dhia mencetuskan kontroversi apabila memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya sepuluh hari lalu, selepas dua hari pulang dari mengerjakan umrah.

Permohonan dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 dengan menamakan Zuhaidah sebagai defendan.

Penolong Pendaftar Nur Ifzan Ibrahim kemudian menetapkan kes mereka disebut di hadapan Mohd. Suhaily semalam.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2006 namun tidak dikurniakan cahaya mata sehingga sekarang.

Adi Putra dalam laporan media sebelum ini menafikan keretakan rumah tangga disebabkan ketiadaan anak mahupun kehadiran orang ketiga iaitu aktres Nora Danish.

Nik Aziz: Jangan ragui niat saya



Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta mana-mana pihak yang mempertikaikan beliau agar tidak meragui keikhlasannya mahu bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno.

Bagi tujuan itu, beliau menegaskan, tidak perlu ada pihak yang mempertikaikan Pas meletakkan syarat-syarat tertentu dalam mengadakan muzakarah.

"Setiap perjumpaan mesti ada syarat, nak kahwin  pun ada syarat, mana boleh muzakarah tak ada syarat," kata beliau di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan perjanjian antara Syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd dan Modipalm Engineering Sdn Bhd bagi pembinaa Kilang Sawit Tapis di sini.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz turut membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempersoalkan kerjasama Pas dengan DAP tanpa perlukan syarat.

Katanya, "siapa kata tak ada syarat, dia tak tahu pun. Memang ada syarat, macam mana kerjasama tidak ada syarat."

Beliau yang juga Menteri Besar menegaskan, setiap perkara yang dilakukan dalam Islam adalah ikhlas dan yang tidak ikhlas itu munafik.