Monday, December 20, 2010

Apco kebal, bagai tidak boleh disentuh langsung: Anwar


 



PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa seolah-olah tidak membenarkan mana-mana pihak menyentuh sebarang isu yang membabitkan Apco Worldwide Bhd (Apco) di negara ini yang dikatakannya mempunyai kaitan dengan Israel.

Menurutnya, perkara ini menjadi persoalan kerana Apco yang ada kaitan kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak boleh disentuh dan seperti mempunyai kekebalan atau dijaga pihak tertentu.

”Siapa mereka ini (Apco)? Dewa kayangankah sampai tidak boleh disentuh? Mengapa Apco dianggap begitu berkuasa?

”Apa yang menghairankan, Apco mendakwa mereka ini badan profesional bebas tetapi kenapa terbabit dalam kempen politik Malaysia?

”Ini yang menjadi persoalan. Kita (Pakatan Rakyat) mahukan mereka memberhentikan kempen terbabit.

"Apa yang anda semua lihat sekarang disebabkan Apco, empat Ahli Parlimen, termasuk saya, digantung tanpa ikut peraturan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, beliau dinafikan hak oleh jawatankuasa untuk memberikan penerangan berhubung usul yang dibawa bahawa 1Malaysia mempunyai kaitan dengan One Israel yang diuruskan Apco.

Anwar berkata, apa yang mengecewakan adalah bahawa UMNO dan kerajaan menuduh beliau mempunyai kaitan dengan Yahudi, tetapi sebaliknya kerajaan sendiri ada hubungan dengan Israel melalui Apco.

"Saya ada segala perjanjian mengenai hubungan itu," tegasnya.

Kelmarin, Dewan Rakyat menggantung Anwar daripada tugas Ahli Parlimen selama enam bulan berikutan dakwaan beliau mengenai isu kaitan Apco dengan gagasan 1 Malaysia.

Turut digantung ialah Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) yang digantung kerana melanggar peruntukan Peraturan Mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan siapa jua sebelum panel itu membentangkan laporannya.

Gambar Tragedi bas pelancong terbabas di Simpang Pulai


The wreckage of a tour bus sits on a highway in Pos Slim, in Malaysia's northern state of Perak December 20, 2010. A Malaysian bus carrying Thai tourists hit a road divider and overturned, killing 26 people, state news agency Bernama reported on Monday.
The wreckage of a tour bus sits on a highway in Pos Slim, in Malaysia’s northern state of Perak December 20, 2010. A Malaysian bus carrying Thai tourists hit a road divider and overturned, killing 28 people, state news agency Bernama reported on Monday.
Rescue personnel work on the wreckage of a tour bus on a highway in Pos Slim, in Malaysia's northern state of Perak December 20, 2010. The Malaysian bus carrying Thai tourists hit a road divider and overturned, killing 26 people, state news agency Bernama reported on Monday.
Rescuers carry a body on a stretcher near the wreckage of a tour bus on a highway in Pos Slim, in Malaysia's northern state of Perak December 20, 2010. Twenty-six passengers from the tour bus were killed on Monday after the vehicle hit a divider and overturned on the way down from Cameron Highlands, as reported by Malaysia's daily The Star online.
Fire and Rescue department personnel carry out the body of one of the passengers of the ill-fated tourist bus which crashed at Cameron Highland northern state of Perak on December 20, 2010. Twenty-six people, mostly Thai tourists, were killed when their double-decker bus crashed on a highway after a trip to the Cameron Highlands, in Malaysia's worst-ever coach accident.
Fire and Rescue department personnel work among the luggage of tourists piled by the central reservation and the wreakage of the tourist bus (R) that crashed at Cameron Highland northern state of Perak on December 20, 2010. Twenty-six people, mostly Thai tourists, were killed when their double-decker bus crashed on a highway after a trip to the Cameron Highlands, in Malaysia's worst-ever coach accident.
Rescue personnel work on the wreckage of a tour bus on a highway in Pos Slim, in Malaysia's northern state of Perak December 20, 2010. A Malaysian bus carrying Thai tourists hit a road divider and overturned, killing 26 people, state news agency Bernama reported on Monday.
Rescue personnel work on the wreckage of a tour bus on a highway in Pos Slim, in Malaysia’s northern state of Perak December 20, 2010. A Malaysian bus carrying Thai tourists hit a road divider and overturned, killing 28 people, state news agency Bernama reported on Monday.
Fire and Rescue department personnel carry out the body of one of the passengers of the ill-fated tourist bus which crashed at Cameron Highland northern state of Perak on December 20, 2010. Twenty-six people, mostly Thai tourists, were killed when their double-decker bus crashed on a highway after a trip to the Cameron Highlands, in Malaysia's worst-ever coach accident.
Fire and Rescue department personnel carry out the body of one of the passengers of the ill-fated tourist bus which crashed at Cameron Highland northern state of Perak on December 20, 2010. 28 people, mostly Thai tourists, were killed when their double-decker bus crashed on a highway after a trip to the Cameron Highlands, in Malaysia’s worst-ever coach accident.
Bodies are covered after a tour bus overturned in Pos Slim, in Malaysia's northern state of Perak December 20, 2010. A Malaysian bus carrying Thai tourists hit a road divider and overturned, killing 26 people, state news agency Bernama reported on Monday.

Tragedi bas pelancong terbabas: 28 disahkan terbunuh

Senarai nama mangsa kemalangan bas di Simpang Pulai
20/12/2010 7:54pm
IPOH 20 Dis. – Pihak polis setakat ini telah mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 22 rakyat Thailand daripada 28 orang kesemuanya yang terbunuh dalam kemalangan di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada pukul 11.40 pagi tadi.
1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia
2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)
3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)
4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)
5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)
6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)
7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)
8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)
9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)
10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)
11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)
12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)
13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)
14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)
15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)
16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)
17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)
18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)
19. Rung Da (perempuan)
20. Darunee Songserm (perempuan)
21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)
22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)
23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)
24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)
– Bernama

Warga Thailand cari adik kandung




PASIR PUTEH – Seorang mualaf warga Thailand, Siti Rohani Abdullah, 42, sudah menghabiskan ribuan ringgit demi mencari adik kandungnya yang sudah terpisah selama 22 tahun.

Beliau yang tinggal di Kampung Gong Tinggi, Semerak, berkata, adiknya yang dikenali sebagai Kam Tui Pan Mi, 39, terpisah pada tahun 1987 apabila beliau dan suami, Mohamad Deraman, 59, berpindah ke Pasir Puteh.

“Pada waktu itu, Kam Tui baru mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki Cina rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Hosun, 40.

“Mereka menetap di Pekan Sungai Golok, Selatan Thailand sebelum kami berpindah tetapi dua bulan kemudian apabila suami saya ke sana untuk berjumpa, mereka sudah tiada,” katanya.

Siti Rohani atau Ari Pan Mai berkata, pada mulanya mereka menganggap adiknya pulang ke kampung halaman di Mae Sai, Thailand tetapi segalanya terbongkar apabila seorang saudara menghubunginya empat bulan lalu memaklumkan adiknya tidak pernah pulang sejak meninggalkan kampung halaman pada tahun 1986.

Beliau berkata, mereka sekeluarga teringin berjumpa adiknya itu terutama ayah mereka, Chai Hoi, 75, yang terlantar sakit akibat serangan angin ahmar kini.

“Saya percaya dan yakin, Kam Tui mungkin berada di negara ini kerana Hosun pernah memaklumkan, dia akan membawa isterinya tinggal di Malaysia.

“Walaupun Kam Tui masih menganut agama Buddha, dia tetap adik saya dan saya akan terus berusaha mencarinya dengan harapan kami berdua boleh pulang bersama ke Mae Sai untuk berjumpa dengan ayah yang sakit tenat,” katanya yang merupakan anak sulung daripada enam beradik manakala Kam Tui adalah anak kedua.

Beliau memohon sesiapa yang mengenali Kam Tui atau pernah berjumpa dengannya supaya menghubungi beliau melalui talian, 013-9850322 atau 019-9389078.

Sanggup membujang jaga ibu, bapa



Oleh Mary Victoria Dass

2010/12/20

Anak korban pekerjaan, hanya terima bantuan adik teruskan kehidupan

GELANG PATAH: "Saya hanya mampu merenjis air ke muka ayah dan ibu jika mereka pengsan kerana tidak mempunyai kudrat mengangkat atau memapah mereka," kata seorang wanita, Sahdiah Abdul Rahman, 48, di Kampung Bukit Tempurung yang terpaksa memikul tanggungjawab menjaga bapanya, Abd Rahman Jimon, 71, yang menghidap penyakit saraf, Parkinson dan ibunya, Maznah Ja'afar, 70, yang lumpuh di sebahagian anggota badan. 

Sahdiah berkata, dia rela berkorban termasuk meneruskan kehidupan membujang selepas ibu bapanya hilang upaya dan memerlukan penjagaan rapi setiap masa sejak lebih lima tahun lalu.
Katanya, dia turut hilang punca pendapatan selepas berhenti kerja di sebuah kilang dan kini hanya menanti bantuan dan ihsan adik-beradik serta kenalan keluarga bagi meneruskan kehidupan serba kekurangan di kediaman usang itu.
"Sebelum ini, saya dapat mengangkat atau memapah ayah dan ibu dari ruang tamu ke bilik jika mereka pengsan, tetapi kini sudah tidak berdaya melakukannya atas faktor kesihatan. 

"Berikutan itu, saya hanya mampu merenjis air ke muka ayah atau ibu yang pengsan untuk menyedarkan mereka dan kemudian bergerak sendiri kerana tidak mampu mengangkat mereka," katanya ketika menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Aziz Sapian. 

Hadir sama, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Mohd Faizal Abu Bakar. 

Sejumlah bantuan wang turut disalurkan kepada keluarga daif terbabit, selain dibantu untuk mengemukakan permohonan bagi mendapatkan bantuan bulanan JKM mulai tahun depan. 
Sahdiah berkata, dia yang juga anak sulung enam beradik tidak mampu membawa ibu bapanya mendapatkan rawatan atau bekalan ubat di klinik kesihatan berhampiran, berikutan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan. 

Beliau berkata, ahli keluarganya yang juga hidup susah hanya mampu meringankan sedikit bebannya dengan membeli barangan dapur selain lampin pakai buang kepada ibunya. 

"Kami pernah terputus bekalan makanan dan hanya makan nasi bersama tempe dan lada bagi mengisi perut," katanya. 

Sementara itu, Aziz berkata, permasalahan dialami keluarga berkenaan tidak pernah dikemukakan kepada Biro Kebajikan UMNO dan diketahui selepas pihaknya meninjau rumah sebahagian penduduk di perkampungan itu baru-baru ini.

Kes hamil luar nikah meningkat



Oleh Jaafar Mulup

2010/12/20

Catat peningkatan sejak tiga tahun lalu turut babit golongan berusia lebih 40 tahun

TAMPIN: Kes hamil luar nikah di negeri ini semakin membimbangkan apabila mencatatkan peningkatan sejak tiga tahun lalu, bukan hanya membabitkan gadis bawah 16 tahun, tetapi juga golongan dewasa berusia lebih 40 tahun. 

Sebanyak 672 kes hamil luar nikah dilaporkan sepanjang tahun lalu berbanding 514 kes pada 2008 dan 451 kes pada 2007, tetapi jumlah sebenar mungkin lebih tinggi kerana semua kes terbabit hanya yang dilaporkan di hospital dan klinik kerajaan.
Penolong Ketua Pengarah Kesihatan Primer Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Suriati Abdul Aziz, berkata Seremban mencatatkan kes tertinggi, iaitu 183 pada 2007, 234 (2008) dan 390 (2009), diikuti Jempol sebanyak 67 kes pada 2007, 86 (2008) dan 77 (2009), Port Dickson sebanyak 70 kes (2007), 48 (2008) dan 74 (2009)
Kuala Pilah pula mencatatkan 59 kes (2007), 70 (2008) dan 65 (2009), Tampin 36 kes (2007), 54 (2008) dan 39 (2009), Rembau hanya 14 kes pada 2007, 11 (2008) dan 20 (2009), manakala Jelebu 22 kes pada 2007, 11 (2008) dan 7 (2009). 

“Majoriti yang hamil luar nikah berumur antara 19 hingga 29 tahun, iaitu 265 kes pada 2007, 330 (2008) dan 458 (2009). Pembabitan remaja bawah 16 tahun juga membimbangkan, iaitu 57 kes pada 2007, 39 (2008) dan 37 (2009). 

"Kategori umur lain adalah antara 17 dan 18 tahun sebanyak 88 kes pada 2007, 99 (2008) dan 81 (2009), manakala antara 30 hingga 39 tahun sebanyak 36 kes pada 2007, 44 (2008) dan 92 (2009). Golongan berusia lebih 40 tahun juga terbabit dengan lima kes pada 2007, 2 (2008) dan 6 (2009)," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja `Kehamilan Luar Nikah’ pada Seminar Keluarga Bahagia peringkat daerah anjuran Pejabat Kesihatan Tampin di Balai Raya Felda Bukit Jalor, dekat sini semalam. 
Dua kertas kerja lain, `Kesihatan Pria’ dibentangkan oleh Pakar Perunding Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Ayer Keroh, Melaka, Dr Suhaimi Mohd Isa serta `Wanita dan AIDS’ oleh Pakar Perunding Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tampin, Dr Norsiah Ali. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Datuk Zainab Nasir pada ucapan penutupan seminar berkenaan, melahirkan rasa sedih dan kesal terhadap mereka yang terbabit dalam gejala berkenaan. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas meminta ibu bapa memperkukuhkan institusi kekeluargaan dengan mengutamakan pendidikan agama dan mengawasi tingkah laku anak dengan tidak membiarkan mereka bergaul terlalu bebas. 

"Semua pihak terutama pemimpin masyarakat perlu bekerjasama membendung gejala ini yang turut menyumbang kepada perbuatan membuang bayi. Mereka yang terlanjur wajar datang ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama ibu bapa supaya boleh dibantu, termasuk dari segi kaunseling dan dihantar ke rumah perlindungan,” katanya.
bharian

Rawat sakit pinggang: Abdullah lawat Nik Aziz di HUSM



20/12/2010 6:30pm

KOTA BHARU 20 Dis. – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meluangkan masa lebih sejam melawat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menerima rawatan susulan kerana menghidap sakit pinggang di Hospital Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian hari ini.
Beliau diiringi anggota exco Pemuda UMNO, Datuk Reezal Merican Naina Merican.
Abdullah kelihatan memasuki hospital itu pada 10.30 pagi dan keluar pada 11.45 pagi, dan 15 minit kemudian, Nik Aziz pula keluar dari wad hospital itu dengan menggunakan kerusi roda sebelum memasuki kereta rasmi setelah dibenarkan pulang berehat di rumahnya.
Nik Aziz memberitahu pemberita bahawa beliau dan Abdullah “bercakap perkara biasa”.
Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah berkata, Nik Aziz dibenarkan pulang oleh doktor kerana kesihatannya bertambah baik selepas menjalani rawatan pembedahan laser di bahagian pinggangnya. – Bernama

Bekas TKP dipenjara sejumlah 56 tahun


BEKAS Timbalan Pengarah I, Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini selepas dikenakan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM620,000 atas 14 pertuduhan rasuah. - Foto Rosdan Wahid-bharian



KUALA LUMPUR– Bekas Timbalan Ketua Pengarah 1 Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar hari ini dijatuhi hukuman penjara sejumlah 56 tahun dan denda RM620,000 oleh Mahkamah Sesyen setelah didapati bersalah terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China, dua tahun lepas.
Hakim Abu Bakar Katar bagaimanapun memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan Yusof, 56, hanya perlu menjalankan hukuman penjara enam tahun bermula daripada tarikh beliau didapati bersalah pada Khamis lalu.
Hakim Abu Bakar turut membenarkan permohonan peguam Yusof, Mohammed Azmi Mohd Said untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi nanti.
Pada Khamis lepas, Abu Bakar mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu di akhir kes pembelaan dan menetapkan tarikh hari ini untuk menjatuhkan hukuman.
Yusof, 56, didakwa menerima rasuah berjumlah antara RM500 dan RM18,500 pada setiap transaksi daripada seorang pengurus jualan antara 21 Mac dan 25 Jun 2008. – Bernama
kosmo

Harga tayar naik



Oleh Kamarulzaidi Kamis 
kamarulzaidi@bharian.com.my
2010/12/20

Peningkatan permintaan getah di pasaran dunia

KUALA LUMPUR: Produk berasaskan getah terutama tayar naik antara 6.5 peratus hingga lapan peratus bermula bulan ini berikutan peningkatan harga getah di pasaran dunia.
Syarikat pengeluar tayar Yokohama, Toyo, Bridgestone, Pirelli, Michelin, Falken, Hankook dan Kumho mengumumkan kenaikan itu susulan peningkatan harga getah dan bahan mentah lain berasaskan petrokimia seperti getah sintetik dan karbon hitam yang menjadi bahan mentah utama menghasilkan tayar.
bharian

Syiah umpama musuh dalam selimut

Syiah umpama musuh dalam selimut, api dalam sekam memakan dari dalam tanpa diketahui orang.
lihatlah negara iran sekarang yang diperintah oleh syiah dan negara iraq baru saja  dikuasai politiknya
oleh syiah selepas ditawan tentera Amerika. Begitu juga dengan Afghanistan, syiah membantu Amerika menawan Afghanistan.semua negara yang berjiran dengan iran hancur satu persatu dengan kejahatan syiah
umpama api dalam sekam mmemakan dari dalam. Apa jadi [ada negara Yaman sekarang/ Yaman juga
diresapi syiah. Yaman tak pernah aman selalu berperang. Apa jadi pada Pakistan sekarang? Pakistan juga tak
peranah aman selalu berlaku kekacauan. pakitan juga diresapi fahaman syiah.Jangan biarkan benih syiah
tumbuh diMalaysia.Apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein adalah pandandangan
dari luaran saja yang nampak baik, tapi ancaman sebenar memerlukan masa yang panjang sedikit demi sedikit
yang apabila disedari sudahpun terlambat.Syiah adalah yahudi yang menggunakan tiket islam untuk mengelabui
mata orang Islam.Buktinya Amerika tidak pernah menyerang Iran sebaliknya bersekongkol dengan Iran
menyerang negara-negara islam sepeti Iraq, Afghanistan dan lain-lain

Syiah bukan ancaman
KUALA LUMPUR - Kerajaan menyifatkan aktiviti ajaran Syiah yang terdapat di negara ini tidak menimbulkan sebarang ancaman yang membimbangkan kepada keselamatan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati fahaman Syiah yang diamalkan di negara ini tidak mempunyai sebarang unsur militan dan keganasan sehingga boleh mengancam keselamatan.
"Dari segi fahaman, kita minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan agensi berkaitan untuk memantau tetapi dari segi keselamatan ajaran tersebut ia tidak menimbulkan sebarang ancaman yang membimbangkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Mesra Rakyat Bandar Ampang di Taman Industri Hata, Pandan Mewah di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berjaya membongkar satu kumpulan ajaran sesat yang dipercayai mengamalkan fahaman Syiah dalam satu serbuan di kawasan rumah kedai di Taman Sri Gombak.
Kumpulan tersebut dikatakan menghalalkan para pengikutnya bernikah secara kontrak, membenarkan sembahyang jamak dilakukan pada bila-bila masa dan percaya bahawa dosa mereka akan terhapus jika sanggup memukul dan mencederakan diri sendiri dengan rantai besi.
Jelas Hishammuddin, kerajaan sentiasa memantau aktiviti serta isu-isu berkaitan dengan keganasan militan dengan bekerjasama rapat dengan negara-negara seperti Arab Saudi, Iran selain Indonesia dan Singapura bagi mendapat sebanyak mungkin maklumat mengenai gerakan-gerakan tersebut.
"Bagi saya tidak kiralah agama Kristian, Buddha atau Islam yang penting ialah keganasan dan militan ini wujud di mana-mana dan terbukti terdapat di mana-mana negara," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya menjangkakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi indeks jenayah jalanan dan jenayah keseluruhan bakal diumumkan pada minggu kedua Januari tahun hadapan.
KOSMO

Program Mencari Jodoh satukan duda, janda



MOHD. SHARIFF dan Maziah pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Seri Pauh, Panji, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang duda dan janda akhirnya bersatu melalui ikatan perkahwinan selepas diperkenalkan melalui program Mencari Jodoh anjuran Persatuan Wanita Harapan dan Armalah Kota Bharu.
Penyatuan dua hati itu mencipta sejarah bagi persatuan tersebut kerana pasangan Maziah Abdullah, 47, dan Mohd. Shariff Talib, 53, adalah pasangan pertama bertemu jodoh dalam program yang baru dua bulan dilancarkan.
Pernikahan mereka dilangsungkan di Kampung Seri Pauh, Panji di sini semalam.
KOSMO