Monday, February 23, 2015

Ibu tunggal melancong guna duit bantuan


Ibu tunggal melancong guna duit bantuan
LINCOLNSHIRE - ENGLAND. Seorang ibu tunggal yang diberi bantuan kewangan tanpa segan silu menggunakan sebahagian bantuan tersebut untuk melancong ke beberapa negara selama lima minggu.
 
Menurut Dailymail UK, Kay Bird, 28, dikecam warga internet selepas menghabiskan £3,000 (RM17,000) dari bantuan kewangan berjumlah £8,500 (RM48,000) untuk melancong ke Athens, Istanbul, Dubai, Sri Lanka, Jakarta, Bali  dan juga Kuala Lumpur.
 
Bagaimanapun, Bird mempertahankan tindakan beliau bahawa terdapat ramai lagi penerima bantuan yang menyalahgunakan kemudahan tersebut.
 
"Saya bukan ibu tunggal yang akan menikmati segala kemudahan dan asyik makan dan tidak pernah meninggalkan rumah.
 
"Mereka (penerima bantuan) memilih untuk hanya membeli makanan dan gajet (menggunakan duit bantuan). Saya cuma memilih cara berbeza," tambahnya.

Nik Nazmi ditahan polis kerana berhimpun


Nik Nazmi ditahan polis kerana berhimpun
SHAH ALAM – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan pihak polis bagi membantu siasatan kerana berhimpun secara aman di hadapan pusat beli-belah Sogo semalam.

Nik Nazmi antara pemimpin yang hadir dalam perhimpunan tersebut, selain Ketua Koordionator Jingga 13, Fariz Musa dan aktivis anak muda, Adam Adli yang telah ditahan semalam.

Bagaimanapun, Fariz dan Adam dibebaskan dari pusat tahanan lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

Susulan penahanan ini, PKR mengeluarkan satu kenyataan memberitahu bahawa Nik Nazmi telah ditahan di rumahnya di Denai Alam dan sedang dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

[ARTIKEL BERKAITAN: PKR tidak tunduk kepada tekanan]

Semalam, Fariz dan Adam ditahan sewaktu menghadiri perhimpunan 'Kita Lawan' di hadapan Pusat Beli-belah Sogo di ibu negara.

Himpunan itu diadakan sebagai tanda solidariti untuk pembebasan ketua pembangkang itu yang didakwa menjadi tahanan politik dalam kes liwat II.

Anggota Parlimen keluar sidang Parlimen kerana 'seluar dalam ketat’


Pat Martin
Pat Martin
OTTAWA 21 Feb. – Seorang anggota Parlimen Kanada bertindak me­ninggalkan sidang Parlimen yang sedang rancak dengan memberi alasan yang mengejutkan bahawa 'seluar dalam yang dipakainya terlalu ketat’.
Agensi berita BBC melaporkan anggota Parlimen pembangkang, Pat Martin memberitahu Speaker bahawa beliau mengalami kesukaran untuk duduk dengan selesa sementara menunggu gilirannya untuk mengundi.
Beliau kemudian dibenarkan keluar, namun terpaksa memberi penjelasan terperinci kepada ke­semua anggota Dewan Parlimen tentang alasannya bertindak me­ninggalkan sidang Parlimen.
“Saya membeli beberapa helai seluar dalam yang agak kecil yang dijual pada harga promosi. Selepas memakainya saya mendapati agak sukar untuk saya duduk dengan selesa,” jelas Martin.
Alasan Martin itu membuat anggota Parlimen ketawa dan memberikan tepukan gemuruh kepadanya.
Speaker Parlimen Kanada berkata, pada awalnya beliau tidak membenarkan Martin me­ninggalkan persidangan sebaliknya menyuruhnya supaya duduk semula.
“Saya tidak faham apa yang cuba diperkatakan oleh Martin pada ketika itu begitu juga ketika ini,” kata­nya secara berseloroh.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/anggota-parlimen-keluar-sidang-parlimen-kerana-seluar-dalam-ketat-8217-1.61975#sthash.yFdJ7Rfk.dpuf

Udara beracun kelirukan juruterbang?


LONDON 22 Feb. – Satu fenomena misteri dikesan berlaku dalam kalangan juruterbang pesawat yang menyaksikan mereka mengalami kekeliruan, lembap, dan masalah kesihatan ekoran terdedah dalam tempoh masa lama kepada asap toksik sistem pengudaraan di dalam kapal terbang.
Tristan Loraine
Fenomena tersebut dikenali sebagai sindrom Aerotoksik, satu situasi yang sudah lama diketahui oleh pihak berkuasa termasuk syarikat penerbangan, namun tidak didedahkan kepada umum.
Seorang bekas kapten pesawat yang mempunyai pengalaman selama 19 tahun, Tristan Loraine berkata, dia yang bertugas dengan syarikat penerbangan British Airways, dipaksa bersara pada 2006 kerana masalah kesihatan.
Portal berita Daily Mail melaporkan, beliau mengalami kebas di jari tangan dan kaki, loya, dan luka di hidung, simptom yang konsisten dengan sindrom Aerotoksik, terma yang digunakan oleh doktor dan saintis untuk menerangkan masalah fizikal dan neurologi dipercayai berlaku akibat terdedah kepada pelbagai bahan kimia melalui sistem pengudaraan kabin.
Seorang pakar Biolab Medical Unit di London, Dr. Jenny Goodman yang merawat banyak krew kabin dan juruterbang menyatakan, penyakit itu terjadi kepada mereka yang menaiki pesawat selama bertahun-tahun.
Pandangan itu dikongsi oleh ahli perubatan penerbangan, Dr. Michel Mulder yang merawat 180 juruterbang, anak kapal, dan penumpang yang mengalami simptom tersebut.
“Dalam ujian DNA, kesemua pesakit terbabit menunjukkan bahan organofosfat yang ditemukan dalam minyak enjin jet berada di dalam badan mereka, menyebabkan pesakit mengalami masalah kesihatan,’’ katanya.
Sindrom Aerotoksik pertama kali dicadangkan dalam terma perubatan pada 1999 oleh tiga pakar termasuk seorang doktor tentera Amerika Syarikat (AS), dan mempersoalkan pencemaran udara dalam penerbangan.
Kebanyakan pesawat dipasang dengan sistem yang mana udara dalam kabin dipam dari enjin pesawat dalam keadaan yang ditakrifkan sebagai ‘pendarahan udara’ kerana udara itu dikeluarkan dari seksyen pemampatan enjin di mana minyak melincirkan enjin.
Terdapat penutup atau pelindung yang direka untuk memisahkan udara itu dan minyak, namun penyelenggaraan yang tidak mencukupi atau sudah usang menyebabkan berlakunya kebocoran, menyebabkan minyak panas itu mencemarkan udara.
Dalam jumlah yang kecil, toksin dalam minyak enjin tidak berbahaya, namun kebanyakan pakar bersetuju pendedahan dalam jangka panjang boleh menjejaskan kesihatan termasuk masalah pernafasan dan neurologikal selain kanser otak.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/udara-beracun-kelirukan-juruterbang-1.62398#sthash.T0dCjwWw.dpuf