Thursday, November 6, 2014

Penunjuk perasaan 'bergasak' dengan polis Hong Kong

HONG KONG: Penunjuk perasaan prodemokrasi bergasak dengan polis dalam kejadian terbaru di Daerah Mong Kok, satu daripada tiga kawasan bantahan di Hong Kong, awal pagi ini.
Berpuluh anggota polis bersenjatakan belantan dan perisai membanjiri kawasan berkenaan dan berlaku pergelutan di antara polis dengan beratus-ratus penunjuk perasaan terbabit.
Dalam kejadian itu, lebih 30 orang memakai topeng Guy Fawkes pada muka mereka sebagai simbol antikapitalis bagi menuntut supaya ditegakkan demokrasi di bekas negara jajahan Britaih itu.
Fawkes adalah antara mereka yang membantah sistem kapitalis dan pernah mengancam untuk membunuh Raja Britain pada 1605.
Penunjuk perasaan itu yang diketuai pelajar, menuntut Parti Komunis China supaya menunaikan janji untuk memberi sepenuh demokrasi kepada Hong Kong, yang kembali kepada pemerintahan China pada 1997.
Ogos lalu, Beijing menawarkan kepada warga Hong Kong peluang untuk memilih pemimpin mereka pada 2017, tetapi menyatakan hanya dua atau tiga calon boleh bertanding selepas direstui jawatankuasa pencalonan. - REUTERS

Parlimen Mongolia lulus usul singkir perdana menteri



PARLIMEN Mongolia meluluskan usul untuk menyingkir Perdana Menteri, Norov Altankhuyag. - Foto REUTERS
ULAN BATOR: Parlimen Mongolia meluluskan usul untuk menyingkir Perdana Menteri, Norov Altankhuyag berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi berikutan kejatuhan harga emas, tembaga dan arang batu serta pelaburan terus asing.
Televisyen yang menyiarkan lintas langsung menunjukkan daripada 66 Ahli Parlimen yang mengundi, 34 bersetuju untuk menyingkir Altankhuyag.
Seramai 10 Ahli Parlimen termasuk lapan daripada kerajaan pakatannya tidak hadir.
Kini terserah kepada kerajaan pakatan untuk memilih calon baharu yang perlu mendapat kelulusan presiden dan disahkan oleh Parlimen.
Kerajaan Mongolia dilanda krisis selama beberapa bulan apabila tujuh menteri termasuk menteri perlombongan dan hubungan luar negara meletak jawatan selepas Altankhuyag memperoleh persetujuan Parlimen untuk mengecilkan kementerian daripada 16 kepada 13.
Tindakan itu menyebabkan pihak pembangkang, Parti Rakyat Mongolia mendesak perdana menteri supaya meletak jawatan dan akhirnya wakil dari kerajaannya sendiri mendesak beliau meletak jawatan. - REUTERS

Kota London Kacau Bilau Kerana Perarakan Bertopeng


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 2:08 PM
Perarakan di kota London pada malam Rabu, 5 November 2014 turut disertai oleh selebriti terkenal Russel Brand.
  (Ubah saiz teks)
LONDON: Ibu kota Britain pada malam Rabu menyaksikan beribu manusia bertopeng keluar berarak memprotes penguasaan kapitalis dalam kehidupan seharian - mencetuskan sedikit kekacauan di sana-sini.
Perarakan itu turut disertai oleh pelawak Russell Brand dan pereka fesyen terkenal Britain, Vivienne Westwood (gambar bawah).
Russell Brand took part in a protest outside Parliament which was orchestrated by activists who said they intend to cause chaos throughout London
Mereka menyertai apa yang dipanggil "Bonfire Night Protest" yang diadakan serentak di beberapa buah negara di Eropah, Asia dan juga Amerika Selatan.
Ia dianjurkan oleh kumpulan yang hanya dikenali sebagai "Anonymous" yang sebelum itu telah memberi amaran awal yang mereka akan mencetuskan kekacauan di sekitar ibu kota ini.
Kemuncak perarakan itu menyaksikan kumpulan ini 'bertempur' dengan pihak polis apabila mereka mula menghamburkan kata-kata makian ke arah pasukan keselamatan sebelum membaling botol, plastik dan kon jalan.
Barricades erected in anticipation of the protest were lifted by demonstrators as police attempted to control scenes in Parliament Square
Mereka juga turut membakar bunga api dan mercun di Trafalgar Square dan Piccadilly Circus iaitu tempat popular orang-ramai melepak pada waktu malam.
Portal berita Mail Online melaporkan, terdapat remaja yang berusia belasan tahun turut terlibat dalam perarakan itu dan membuat kacau termasuk menganggu orang awam di tepi jalan.
Demonstrators kicked and dragged over security railings while chanting 'one solution, revolution'
Mereka berarak sambil melaungkan slogan 'one solution, revolution'.
Mereka turut menyembur cat di badan kenderaan polis dan awam termasuk kereta-kereta mewah.
Perarakan itu bermula di tengah bandar raya ini, sambil menterbalikkan tong-tong sampah, menjerit ke arah orang-ramai yang membeli-belah dengan mereka yang kelihatan sebagai golongan pertengahan dan mewah sebagai sasaran mangsa.
Pada suatu ketika mereka mengepung seorang lelaki yang memandu kereta Mercedes baru lalu menyembur keretanya dengan aerosol serta membaling apa sahaja ke arahnya sebaik sahaja dia menurunkan tingkap untuk mengherdik balik ke arah mereka.
The group - which uses the Guy Fawkes masks as its trademark - said it fights against mass surveillance, austerity and infringement of human rights
Sebahagian besar para demonstrator memakai topeng Guy Fawkes - watak yang menjadi popular dalam filem "V for Vendetta".
Graffiti was daubed on a police van, while a masked protester stood nearby waving a placard
Selepas mereka berkumpul di Trafalgar Square, mereka meneruskan perjalanan ke bangunan Parlimen menjelang 6.30 petang.
Officers were forced to draw their batons as missiles, plastic cones and road signs were launched
Sebaik sahaja mereka tiba di situ mereka menjerit slogan "anti-establishment" sebelum sekali lagi menyalakan bunga api dan juga mercun.
Mereka kemudian berarak pula ke arah Istana Buckingham - rumah rasmi Ratu - dan selepas membuat bising di situ meneruskan perjalanan ke Piccadilly Circus, Regent Street and Oxford Circus yang merupakan kawasan membeli-belah yang popular dengan barangan berjenama.
Protesters chanted anti-establishment slogans as they milled around, while others climbed on to the base of Nelson's Column let off fireworks
Tidak habis di situ mereka berarak pula ke Ibu Pejabat stesen televisyen dan radio BBC berhampiran Portland Place dan selepas itu berarak melintasi satu lagi kawasan membeli-belah yang popular Oxford Street sebelum menuju ke arah Hyde Park dan Park Lane.
Menjelang tengah malam, polis menahan sekurang-kurangnya 10 orang kerana melakukan kerosakan awam dan menyerang polis.
Police arrested a man on suspicion of headbutting a woman police officer outside Buckingham Palace during the protest
Ketika ditanya apakah misi perarakan mereka, salah seorang daripada mereka berkata yang mereka menentang pencabulan ke atas hak asasi kemanusiaan, pengintipan awam dan keseriusan.
A police officer ducks to avoid the pushing and shoving which surged through the crowd during the protest
Dalam salah satu posting di dalam laman sosial, penyokong kumpulan ini menulis; "Apa yang ingin saya saksikan ialah kota London yang lumpuh akibat perarakan ini dan satu-satunya yang dapat melepasi kota ini ialah api dan ambulans."
Ini mendorong pihak Polis Metropolitan, Trafik dan Polis Bandar Raya London diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Pihak polis juga menegaskan yang mereka akan menggunapakai Seksyen 60AA di bawah Akta Jenayah dan Ketenteraman Awam 1994 di sekitar kawasan bangunan Parlimen yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa menanggalkan topeng mana-mana individu yang disyaki berpotensi mencetuskan kekacauan dan juga melakukan jenayah. 
Protesters argued with riot police as they formed human barriers against the huge crowd of demonstrators 
Seorang remaja berusia belasan tahun turut mengambil bahagian dalam protes tersebut.

Rayuan Terakhir Kes Liwat Anwar Masuk Hari Ketujuh


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 9:07 AM

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis mendengar hujahan balas pasukan pembelaan berhubung rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun kerana meliwat.
Empat wakil peguam Anwar akan diberi tanggungjawab untuk memulakan hujah balas pada prosiding yang masuk hari ketujuh hari ini.
Peguam Anwar, Sangeet Kaur Deo dijangka memulakan hujahan pihak pembelaan diikuti dengan Gobind Singh Deo dan kemudian Ramkarpal Singh.
Penggulungan hujah dijangka dibuat oleh ketua peguam bela Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Menurut Ramkarpal, pasukannya sudah bersedia untuk mematahkan semua hujah pihak pendakwaan yang berakhir pada Selasa lalu.
Pasukan pendakwaan mengambil masa selama tiga hari sejak Jumaat minggu lalu untuk membentangkan hujahan yang banyak menyentuh pelbagai isu khususnya membabitkan bukti saintifik.
Antara isu penting yang dibangkitkan ialah mengenai DNA Anwar yang diperoleh daripada lokap untuk dipadankan dengan profil 'Lelaki Y' yang ditemui pada tubuh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Prosiding berlangsung dihadapan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Dubur Saiful Tak Ditembusi - Ramkarpal


Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 4:50 PM

PUTRAJAYA: Dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah ditembusi, demikian menurut peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Peguam Ramkarpal Singh berkata, berdasarkan bukti yang dikemukakan, wujud keraguan terhadap dakwaan bahawa Anwar meliwat Mohd Saiful Bukhari yang juga bekas pembantu ketua pembangkang itu.

"Wujud keraguan yang jelas berhubung sama ada Mohd Saiful disodomi.

"Bukti yang dikemukakan seolah-olah mencadangkan bahawa dia belum ditembusi (diliwat)," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis.

Menurut Ramkarpal, ketika prosiding pendengaran rayuan Anwar yang masuk hari ketujuh pada Khamis, beliau memberitahu mahkamah bahawa isu sample DNA asing yang ditemui pada dubur Mohd Saiful Bukhari sebagai pengadu dalam kes berkenaan tidak timbul.

"Kenapa kita bercakap soal DNA sedangkan dia tidak ditembusi (diliwat).

"Saya fikir mahkamah sudah mengambil kira pelbagai hujah yang dibangkitkan pihak pembelaan. Justeru saya yakin perayu layak untuk dilepaskan," katanya.

Sementara itu, ketua pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempertahankan keterangan Mohd Saiful Bukhari bahawa anak guamnya itu diliwat.

"Oleh kerana ini kes seksual, selalunya mahkamah nak lihat apakah sokongan terhadap keterangan tersebut.

"Sokongannya ialah Mohd Saiful mengaku diliwat dan ada pancutan air mani dalam duburnya," katanya.

Republikan kuasai semula Senat AS


Penyokong Republikan bersorak gembira sejurus parti itu meraih kerusi majoriti Senat.
Penyokong Republikan bersorak gembira sejurus parti itu meraih kerusi majoriti Senat.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Parti Republikan berjaya menguasai semula Dewan Senat selepas memenangi majoriti dengan memperoleh sekurang-kurangnya tujuh kerusi dalam pilihan raya separuh penggal Amerika Syarikat (AS) yang turut dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada presiden Barack Obama.

Keputusan pemilihan itu menunjukkan parti pembangkang AS terbabit juga berjaya merampas kerusi daripada parti Demokratik di Montana, Colorado, West Virginia, South Dakota dan Arkansas lapor Press TV.

Jutaan pengundi menunaikan kewajipan mereka untuk memilih 36 senator, 36 gabenor dan 435 anggota Dewan Perwakilan dalam pilihan raya tersebut.

Difahamkan, pusingan kedua pilihan raya terbabit mungkin akan diadakan pada bulan depan hingga Januari melibatkan negeri yang disertai lebih daripada satu calon senator.

Proses pengundian tersebut adalah sebagai referendum terhadap dasar presiden terbabit yang gagal mengembangkan ekonomi AS hingga menyebabkan rakyat mula mempertikaikan kredibiliti beliau sebagai pemimpin.

Beberapa penganalisis percaya kuasa dan pengaruh Republikan yang lebih besar dalam Kongres didakwa akan menyukarkan lagi pentadbiran Obama untuk tempoh dua tahun lagi.

Ukraine mahu hantar tentera tambahan


6 November 2014

KIEV - UKRAINE. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengumumkan kerajaannya akan menghantar tentera tambahan ke wilayah timur negara itu.

Poroshenko berkata, unit tersebut dikerah melindungi Kharkiv, Berdyansk, Mariupol dan utara Luhansk dari sebarang insiden keganasan yang mungkin dicetuskan kumpulan pemisah pro-Rusia.

"Sandiwara mereka di Donetsk dan Luhansk telah menjejaskan proses damai serta perjanjian yang dicapai di Minsk," tegasnya.

Difahamkan, laporan dipetik dari AFP, keganasan meningkat di wilayah tersebut selepas kedua-dua bandar itu turut mengadakan referendum untuk keluar dari Ukraine bagi menyertai Rusia pada Mei lalu.

JAKIM tegur penganjur program sentuh anjing


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi teguran kepada penganjur ‘I Want To Touch A Dog’ supaya tidak lagi menganjurkan program yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata teguran dan nasihat itu disampaikan dalam satu pertemuan diketuai Pengerusi Panel Pakar Syariah Jakim Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini.

Difahamkan perjumpaan itu berlangsung kira-kira satu setengah jam di Seri Kembangan.

Sehubungan itu Othman berkata Jakim menyerahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor, selaku pihak berkuasa agama negeri, untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perjumpaan antara Jakim dan penganjur program itu bertujuan mendapatkan penjelasan sebenar mengenai penganjuran ‘I want to Touch a Dog.’ -Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 1:54 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6962#sthash.TUSj6LbJ.dpuf

Wanita tak dapat kepercayaan


Singapura: Kajian terbaru mendedahkan, hanya sebilangan kecil wanita diberi tempat sebagai anggota lembaga pengarah syarikat tersenarai di bursa saham Singapura.

Laporan Institut Pengarah Singapura dan Institut Akauntan Bertauliah Singapura menunjukkan, 90 peratus kerusi ahli lembaga pengarah syarikat diisi lelaki.

Kajian sama juga mendapati 56 peratus daripada syarikat awam yang tersenarai di bursa saham tidak menempatkan wanita di kedudukan itu sama sekali.

Menurut Persatuan Wanita Untuk Tindakan dan Kajian, Jolene Tan, dapatan itu amat mengecewakan dan ia membayangkan bahawa cara pemikiran masyarakat tidak pernah berubah sama sekali.

“Jumlah wanita yang berada pada kedudukan pengurusan adalah 23 peratus dan ia menunjukkan mereka sebenarnya berkelayakan memegang jawatan lebih tinggi,” katanya.

Kajian dibuat terhadap 3,670 pengarah dari 717 syarikat pelbagai sektor, termasuk perniagaan dan pelaburan hartanah.

Beberapa isu lain turut menarik perhatian dalam kajian berkenaan, termasuk kegagalan syarikat mendedahkan imbuhan yang diberikan kepada pengarah secara tepat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:02 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6815#sthash.YS6fmlCf.dpuf

Jutawan China beli lukisan RM207 juta

Beijing: Seorang daripada tokoh paling kaya di China semalam dilapor membeli karya agung pelukis Vincent van Gogh yang bernilai hampir AS$62 juta (RM207 juta).
Menurut akhbar di Shanghai, pengerusi studio filem Huayi Brothers, Wang Zhongjun, membeli lukisan Still Life, Vase with Daisies and Poppies karya van Gogh pada 1890.
Lukisan itu dilelong firma Sotheby’s di New York dan dianggarkan bernilai antara AS$30 (RM100 juta) hingga AS$50 juta (RM166 juta).
Pembelian itu menjadikan Wang seorang lagi hartawan China membelanjakan begitu banyak wang untuk memperolehi karya seni antarabangsa.
Tahun lalu, seorang lagi hartawan Kumpulan Wanda, Wang Jianlin, membawa pulang lukisan Pablo Picasso berjudul Claude and Paloma bernilai AS$28 juta (RM93 juta).
Lukisan itu dihasilkan pada 1950.
Harga dikeluarkan adalah lebih dua kali ganda berbanding anggaran nilai sebenar iaitu AS$12 juta (RM40 juta).
Ketika itu syarikat terbabit dikecam kerana berbelanja keterlaluan dan patriotisme Wang dipertikaikan.
Kecaman sama turut ditujukan terhadap pembelian karya van Gogh semalam.
Seorang daripada pengguna laman mikro blog Sina Weibo berkata, tindakan Wang tidak ubah seperti seorang gila membeli lukisan seorang gila lain.
“Adakah begini dia membelanjakan semua wang pelabur? Membazir sungguh!” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:07 AM


LUKISAN berusia 124 tahun karya van Gogh dipamerkan kepada media di firma lelongan Sotheby’s di New York baru-baru ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6880#sthash.KFEzy1LK.dpuf

Bekas datuk bandar dalangi kehilangan 43 pelajar


MEXICO CITY 5 Nov. – Bekas datuk bandar Iguala, yang kini hidup dalam pelarian, Jose Luis Abarca dan isterinya, Maria de los Angeles Penida, ditahan polis di ibu negara ini selepas mereka dipercayai terlibat dalam kes kehilangan 43 pelajar pada hujung September lalu.
Jose LUIS ABARCA (kanan) dan isterinya, Maria de los Angeles Pineda. – REUTERS
Jurucakap polis Persekutuan, Jose Ramon Salinas dalam kenyataannya berkata, Penida dipercayai merupakan ‘dalang’ kegiatan jenayah di kota ini dan bertanggungjawab atas kehilangan semua pelajar berkenaan.
Menurut laporan portal Daily Beast, Penida mengarahkan pihak polis menahan 43 pelajar itu yang didakwa mahu mengganggu satu majlis yang dihadirinya dan menyerahkan kesemua mangsa kepada pembunuh upahan.
Ketika kejadian itu, polis yang dikawal oleh Penida turut melepaskan tembakan ke arah bas yang membawa pelajar berkenaan apabila menghampiri kawasan majlis suaminya, menyebabkan beberapa orang terbunuh.
Seramai 43 mangsa yang terselamat kemudian ditahan dan dibawa kepada kumpulan kartel Guerreros Unidos yang terkenal dengan aktiviti pengedaran dadah dan pembunuhan.
Selain Abarca dan Penida, 56 orang lagi individu termasuk sejumlah anggota polis Iguala dan pekan berhampiran, Cocula serta ketua kartel Guerreros Unidos, ditahan untuk siasatan lanjut.
Kerajaan Mexico masih berusaha mencari kesemua mangsa, dan pakar forensik setakat ini menemukan 11 kubur yang mengandungi 38 mayat di barat daya Iguala, lokasi kehilangan pelajar berkenaan.
Bagaimanapun, tiada pengesahan menunjukkan mayat terbabit merupakan 43 pelajar yang hilang pada 26 September lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bekas-datuk-bandar-dalangi-kehilangan-43-pelajar-1.21223#sthash.L1rVuM0r.dpuf

Belut hidup dikeluarkan daripada usus lelaki


Rakaman pembedahan jadi viral

Doktor terpaksa menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan seekor
Doktor terpaksa menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan seekor belut dari dalam usus seorang pesakit. – AGENSI
BRASILIA 5 Nov. – Seorang lelaki terpaksa menjalani satu pembedahan luar biasa, selepas doktor mengesan seekor belut di dalam ususnya yang perlu dikeluarkan segera.
Mail Online melaporkan, pembedahan yang jarang-jarang berlaku itu berjaya dirakam oleh seorang individu yang tidak dikenali dan menjadi viral di media sosial seluruh dunia.
Video tersebut memaparkan seorang lelaki berasal dari Londrina, Brazil, dibedah oleh beberapa orang doktor bagi mengeluarkan seekor belut dari ususnya.
Lebih mengejutkan, belut yang dianggarkan berukuran 60 sentimeter panjang itu dilihat masih hidup dan bergerak aktif ketika usaha membawanya keluar dijalankan.
Menurut laman web berita Brazil esmeraldanoticias.com, belut yang boleh membesar sehingga 125 sentimeter itu dihapuskan sejurus pembedahan selesai.
Bagaimanapun, doktor tidak menyatakan bagaimana belut tersebut boleh berada di dalam badan lelaki itu.
Rakaman video yang menjadi viral itu mengundang kemarahan lelaki terbabit, menyebabkannya memfailkan aduan rasmi kepada Hospital Universitario, tempat dia menjalani pembedahan.
Ekoran aduan itu, pihak universiti mula menjalankan siasatan bagi mencari siapa individu yang merakam pembedahan tersebut.
Mereka yang didapati bersalahboleh dikenakan hukuman berat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/belut-hidup-dikeluarkan-daripada-usus-lelaki-1.21219#sthash.rlAeC1gZ.dpuf

Remaja jalan aktiviti pelacuran dipenjara

  0  0 Google +0
OTTAWA 5 Nov. - Seorang remaja perempuan di Kanada, dipenjara selama enam tahun setengah selepas didapati bersalah menjalankan aktiviti pelacuran di ibu negara ini dengan menawarkan mangsa seusia 13 tahun kepada pelanggan melalui laman media sosial.
Remaja tersebut, Kailey Oliver-Machado yang ditahan bersama-sama dua remaja perempuan lain yang tidak didedahkan identiti mereka, ketika berusia 15 tahun pada 2012, turut disabitkan kesalahan memukul dan memaksa mangsa supaya mengambil dadah sebelum dijadikan pelacur.
Mengikut undang-undang Kanada bagi jenayah juvenil, Kailey hanya berdepan hukuman maksimum tiga tahun penjara, tetapi pendakwa raya mahu tertuduh dikenakan hukuman yang lebih berat.
Seorang daripada pengikutnya sebelum ini dipenjara selama tiga tahun dan seorang lagi masih menunggu keputusan hakim.
Ketiga-tiga tertuduh menggunakan laman sosial untuk mengumpan remaja perempuan datang ke sebuah rumah di Ottawa sebelum memaksa mereka mengambil dadah sebelum dijadikan pelacur.
Malah mereka turut mengugut dan menggunakan kekerasan jika mangsa enggan menurut arahan mereka untuk menjalankan aktiviti pelacuran.
Menurut kenyataan mahkamah, seorang daripada tertuduh akan menghantar gambar rekrut baharu kepada pelanggan berpotensi menerusi telefon bimbit dan jika persetujuan dicapai, mangsa akan dihantar ke rumah pelanggan menaiki teksi untuk dilacurkan.
Polis berjaya mematahkan sindiket pelacuran tersebut pada Jun 2012 selepas seorang daripada mangsa mengadu kepada ibunya yang kemudiannya membuat laporan kepada pihak berkuasa. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/remaja-jalan-aktiviti-pelacuran-dipenjara-1.21225#sthash.bWS2iqIY.dpuf

Kabinet Jokowi perlu isytihar harta peribadi


Presiden Indonesia, Joko Widodo (bottom row, 3rd L), his deputy Jusuf Kalla (bottom row, 3rd R) and newly appointed cabinet ministers pose for photographers after their inauguration ceremony at the presidential palace in Jakarta October 27, 2014. Indonesia’s new president on Sunday named professional technocrats to lead the top economic ministries and implement much-needed reforms that address costly fuel subsidies, cooling investment and creaky infrastructure in Southeast Asia’s biggest economy. REUTERS/Beawiharta (INDONESIA - Tags: POLITICS BUSINESS)
JAKARTA 5 Nov. – Komisi Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia mengharapkan Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengingatkan anggota Kabinet Kerja beliau supaya melaporkan harta kekayaan mereka.
Suruhanjaya berkenaan bersedia menawarkan bantuan kepada semua menteri Kabinet yang baru dilantik tentang prosedur laporan kekayaan, seandainya ada yang tidak jelas bagaimana proses tersebut perlu dilakukan.
“Seandainya terdapat menteri yang mahu berbincang dan memerlukan bantuan dalam proses melaporkan kekayaan mereka, kami di KPK bersedia membantu,” kata jurucakap KPK, Johan Budi di sini semalam.
Sehingga kini, kata Johan, terdapat beberapa menteri yang sudah merujuk kepada KPK tentang tata cara laporan kekayaan harta peribadi.
Kesemua penjawat awam tertinggi dalam pemerintahan Indonesia termasuk Jokowi dan Naib Presiden, Jusuf Kalla serta menteri-menteri diberi tempoh selama tiga bulan bermula tarikh pelantikan untuk melaporkan harta kekayaan mereka kepada KPK.
“Seandainya kesemua mereka tidak melaporkan kekayaan, kami akan mengirim surat kepada Presiden supaya beliau mengingatkan menteri-menteri Kabinetnya untuk berbuat demikian,” kata Johan.
Indonesia menetapkan keperluan Presiden, Naib Presiden, menteri Kabinet serta penjawat awam tertinggi melaporkan harta yang dimiliki berdasarkan Laporan Harta Kekayaan Penyelenggara Negara (LHKPN) di bawah Undang-Undang Nombor 28 Tahun 1999 mengenai penyelenggara negara yang bersih dan bebas daripada rasuah.
Jokowi dan Jusuf, sebelum ini sudah melaporkan kekayaan masing-masing semasa proses pencalonan kedua-duanya sebagai Presiden dan Naib Presiden Indonesia pada Pemilihan Umum Presiden (Pilpres) 2014 pada Julai lalu.
“Laporan itu juga akan menjadi kayu ukur terhadap kebertanggungjawapan seseorang pentadbir negara kerana rakyat berpeluang menilai jumlah kekayaan mereka sebelum dan selepas menjadi penjawat awam,” tegas Johan.
Selain anggota Kabinet, Johan berkata, sejumlah anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) juga sudah melaporkan kekayaan mereka kepada. – UTUSAN
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kabinet-jokowi-perlu-isytihar-harta-peribadi-1.21230#sthash.N1Od4215.dpuf

Parti Republikan kuasai Dewan Senat AS


Penyokong meraikan kemenangan Senator Joni Ernst daripada Parti
Penyokong meraikan kemenangan Senator Joni Ernst daripada Parti Republikan yang bertanding kerusi Iowa, kelmarin. – REUTERS
WASHINGTON 5 Nov. – Parti Republikan menguasai semula Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) selepas mendahului pilihan raya umum negara ini semalam, sekali gus memberi tamparan hebat kepada Parti Demokrat pimpinan Presiden, Barack Obama.
Stesen televisyen tempatan melaporkan, Parti Republikan memenangi tujuh kerusi tambahan termasuk di North Carolina dan Iowa, membolehkan parti itu memenangi 52 daripada 100 kerusi perwakilan Dewan Senat.
Parti Demokrat ketika ini menguasai 45 kerusi dalam Dewan Senat.
Parti Republikan turut merampas kerusi Colorado, Montana, South Dakota dan West Virginia.
Parti itu sebelum ini perlu memenangi enam kerusi untuk kembali menguasai Dewan Senat.
Hanya satu pertiga daripada keseluruhan kerusi Senat dipertandingkan dalam pilihan raya umum itu.
Parti Republikan juga dilihat mengukuhkan kedudukan mereka di Dewan Perwakilan dan apabila Kongres baharu bersidang pada Januari ini, parti itu buat pertama kali akan menguasai kedua-dua dewan tertinggi negara ini sejak pilihan raya umum 2006.
Stesen televisyen CBS News meramalkan Parti Republikan akan menguasai 245 daripada 435 kerusi Dewan Perwakilan, manakala stesen televisyen NBC, pula melaporkan parti itu akan memperolehi 242 kerusi.
Keadaan itu dijangka akan menyukarkan Obama meneruskan pentadbiran bagi tempoh dua tahun akhir penggal pentadbirannya.
Pengundi dilihat menghukum Obama ekoran beberapa krisis sepanjang tahun ini termasuk gagal menangani masalah pengangguran, selain polisi tidak popularnya.
Dalam pada itu, kemenangan Parti Republikan akan memberi tekanan kepada parti itu untuk menunjukkan kemampuan mereka mentadbir negara ini selepas dikecam hebat setahun lalu kerana melumpuhkan kerajaan ekoran keengganan mereka menyokong pembentangan bajet. – AFP/Reuters
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/parti-republikan-kuasai-dewan-senat-as-1.21232#sthash.SA5Pz1Wl.dpuf