Friday, October 19, 2012

Malala mula tunjuk reaksi fizikal




19 Oktober 2012
Malala
Penderitaan Malala mendapat sokongan rakyat Pakistan segenap peringkat.
LONDON - Aktivis Pakistan yang ditembak Taliban minggu lalu, dilaporkan mula menunjukkan perubahan positif dengan menggerakkan anggota badannya selepas dirawat di Hospital Ratu Elizabeth Birmingham, kelmarin.

Menurut pegawai Pakistan, tahap peningkatan fizikal Malala Yusafzai, 14, sukar dipastikan kerana bahagian otak gadis itu, disahkan masih belum pulih sepenuhnya.

"Sebarang perubahan pada Malala adalah harapan buat kami. Ini adalah tindak balas pemulihan biasa yang dijangkakan berlaku," kata ketua pegawai sains Yayasan Penyelidikan Otak Antarabangsa yang berpusat di New Jersey.

Pegawai Pakistan berkata, menerusi taklimat harian kumpulan pakar merawat Malala, keadaan aktivis yang memperjuangkan pendidikan wanita itu semakin baik dan telah menggerakkan anggota badannya.

Sementara itu, pihak hospital mengeluarkan kenyataan kepada agensi akhbar tempatan, bahawa Malala kini dalam keadaan baik dan bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan.

Minggu lalu, Malala dilaporkan telah ditembak di bahagian leher dan kepala oleh lelaki dipercayai ahli Taliban semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.

Kerajaan Pakistan mendedahkan serangan itu dilakukan apabila Taliban mengetahui anak gadis itu memperjuangkan hak wanita yang dianggap berhaluan Barat. -AP

Komander militan nafi terbabit dalam serangan di Benghazi



 
TRIPOLI: Komander militan Islam Libya yang menjadi saksi dan memberi pertolongan dalam insiden kematian wakil kedutaan Amerika Syarikat di Benghazi, hari ini menafikan menyertai serangan itu.

Ahmed Abu Khattala, yang mendakwa dirinya sebagai pengasas dan komander kumpulan pejuang Islam, Abu Obaida Bin Jarrah, memberitahu beliau berada di kawasan berkenaan pada 11 September untuk menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap. Beliau berkata, meskipun laporan menuduhnya terbabit dalam serangan itu, beliau tidak pernah disoal siasat oleh pihak berkuasa Libya dan tidak pernah menyembunyikan diri.
Katanya, beliau sehingga hari ini masih menjalankan perniagaan sebagai kontraktor binaan di Benghazi.

Duta AS di Libya, Chris Stevens dan tiga lagi warga Amerika maut dalam serangan berkenaan dan insiden berkenaan menjadi isu dalam kempen pemilihan Presiden yang sedang berlangsung. - AFP

Pas: AES canggah slogan Rakyat Didahulukan



TUAN IBRAHIM TUAN MAN
18 Oktober 2012
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
$entry.content.caption.value
RAKYAT khususnya pengguna jalanraya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan Timbalan Meneri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri bahawa kerajaan akan meneruskan sistem AES walaupun iaa ditentang oleh pengguna jalanraya.
Pas mengingatkan betapa slogan “Rakyat Didahulukan” hanyalah slogan kosong tanpa makna.
Kalau Perdana Menteri betul-betul menjiwai slogan tersebut, beliau pasti mendengar bantahan, kelohan dan kebimbangan rakyat terhadap sistem yang bermotif mengaut untung dan bukan bersifat pencegahan kemalangan jalanraya. Ini kerana kamera turut dipasang di kawasan 30 km/sejam dan ia sangat tidak masuk akal. Kereta lembu pun lebih laju dari itu.

[RUANG BAGI PEMBACA BERI PANDANGAN: Sistem AES: Pandangan anda?]

Pas meminta rakyat yang tidak berpuas hati menjadikan peti undi bagi mengajar kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang.
Lebih lama masa diberi kepada BN memerintah, lebih banyak tekanan kepada rakyat terbanyak. Bayangkan kalau hanya dalam masa lapan hari, 63,558 saman dikeluarkan walaupun kamera baru dipasang di beberapa lokasi sahaja.
Kalaulah ia dipasang di seluruh negara, ia akan menjadi sumber pendapatan utama negara, mengatasi minyak dan gas, bezanya ia datang daripada poket rakyat sendiri.
Kalau budaya kerajaan berniaga dengan rakyat ini tidak dibedung, sudah pasti  ekonomi rakyat akan terjejas, dan ini akan mengundang pelbagai gejala negatif yang lainnya.
Pas mengingatkan bahawa bagi mengatasi kemalangan jalanraya, bukan hanya faktor kelajuan mesti difokus, sebaliknya keadaan jalan, perjalanan jarak jauh yang banyak, kurangnya kemudahan rehat dan rawat, kekurangan pengangkutan awam yang efisyen yang menyebabkan peningkatan jumlah kenderaan di jalanraya, sikap pemandu serta tanda jalan yang tidak mengikut peraturan turut menyumbang peningkatan kemalangan.
PR telah tegaskan sistem ini akan disemak semula andainya kami diberi mandat menerajui kerajaan selepas PRU akan datang. Bahkan terdapat pelbagai lagi peraturan yang tidak munasabah, zalim, dan,menindas rakyat akan diteliti semula.
Beri kami satu peluang untuk buktikan.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat

Mahathir: Saya bukan punca Melayu pecah



RAHAYU MUSTAFA
18 Oktober 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
KUALA TERENGGANU – Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada September 1998 menjadi punca kepada perpecahan di kalangan orang Melayu.
Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, perpecahan orang Melayu di negara ini sudah pun berlaku sebelum Anwar dipecat dari Kabinet dan Umno iaitu apabila tokoh negarawan, Allahyarham Datuk Onn Jaafar mencadangkan supaya orang bukan Melayu boleh menyertai Umno.
Bagaimanapun menurut Dr Mahathir, cadangan Onn telah ditolak dan ia mendorong Allahyarham menubuhkan parti lain ketika itu.
Begitu juga dengan penubuhan Malayan Union oleh British dan kesannya telah mencetuskan pelbagai konflik dalaman Umno termasuk wujud golongan ulama daripada Umno yang kemudiannya mengambil keputusan menubuhkan parti Pas.
Selain itu, jelas Dr. Mahathir, tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46), yang telah dibubarkan pertengahan 1990-an, turut membuktikan telah berlaku perpecahan kalangan orang Melayu ketika itu.
“Jadi, nak kata kerana saya pecat Anwar (penyebab mula berlaku perpecahan orang Melayu) tak benar lah,” katanya ketika menjawab soalan seorang peserta pada sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Bicara Negarawan, Pemantapan Profesionalisme, Tranformasi Budaya Kerja dan Pentadbiran Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Taman Tamadun Islamdi sini, hari ini.
Menurut Dr Mahathir, Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Umum PKR itu mempunyai “karektor yang tidak boleh sebagai pemimpin.”
“Apakah kita nak pilih orang macam ini sebagai pemimpin, orang macam ini tidak dibenarkan ganti saya (ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri). Dia harus disingkirkan.
“Dalam mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) dengan sebulat suara bersetuju Anwar dikeluarkan dari Umno, bukan keputusan saya seorang.
“Kita tak boleh terima manusia yang moral terlalu rendah untuk menjadi pemimpin kita, kita malu dengan pemimpin macam ini,” katanya.
Bagaimanapun kata Dr Mahathir, rakyat tidak nampak masalah moral Anwar kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cekap berpidato dan menggunakan kelebihannya itu memesongkan pemikiran rakyat.
“Sebaliknya dia menyalahkan orang lain pula,” katanya.

Kes Sri Wani: Hakim tegur Dr. Bahrom tidak hadir



KUALA LUMPUR 18 Okt. - Mahkamah Tinggi Syariah hari ini menegur dan memberi amaran kepada bekas dekan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Dr. Bahrom Sanugi kerana gagal hadir sebanyak dua kali dalam permohonannya untuk mengetepikan perintah agar beliau membayar kos RM12,000 kepada isterinya, Sri Wani Choo Abdullah (gambar).
Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain membuat teguran tersebut semasa prosiding permohonan berkenaan di kamar beliau di sini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam syarie, Mohamad Azrul Azhan Mohammad Jamil yang mewakili Sri Wani, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkenaan.
Menurut peguam tersebut, mahkamah tidak boleh menerima alasan tidak hadir di saat-saat akhir oleh Bahrom, 61, sebagai pemohon dalam kes tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121019/ma_01/Kes-Sri-Wani-Hakim-tegur-Dr-Bahrom-tidak-hadir#ixzz29lMohC1O
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 militan al-Qaeda maut serangan drone AS



ADEN 19 Okt. - Sebanyak sembilan orang anggota militan al-Qaeda maut termasuk anggota kanan kumpulan itu dalam satu serangan oleh pesawat tanpa juruterbang (drone) dipercayai milik Amerika Syarikat (AS), di Yemen, semalam.
Menurut sumber keselamatan tempatan, tiga serangan peluru berpandu itu mengenai rumah ladang di pinggir pekan Jaar yang dikuasai semula tentera kerajaan Jun lalu.
Penduduk tempatan menemukan enam mayat yang telah rentung dan tiga lagi dalam keadaan bertaburan termasuk mayat Nader al-Shaddadi, anggota kanan militan dari wilayah Abyan yang mengetuai serangan di Jaar tahun lalu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121019/lu_08/9-militan-al-Qaeda-maut-serangan-drone-AS#ixzz29l8yPN00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Nur Misuari dipinggir MNLF



MAGUINDANAO 18 Okt. - Pemimpin Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF), Nur Misuari (gambar) dipinggirkan para pengikutnya selepas beliau memberi amaran perang besar bakal tercetus berhubung rangka kerja perjanjian antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina, yang ditandatangan baru-baru ini.
Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pentadbiran Kawalan Nasional Ke-12 (Nascom 12), merupakan pecahan MNLF, menyatakan sokongan penuh terhadap perjanjian tersebut.
Sebaliknya, Misuari sebelum ini mendakwa perjanjian itu sebagai tidak sah dan bakal mengundang perang.
Komander Briged unit Nascom 12, Abdulmanan Manalasal berkata, harapan kumpulannya kepada kerajaan agar tidak melupakan perjanjian dengan MNLF yang ditandatangan pada 1996, di bawah pentadbiran Presiden Fidel Ramos.
Manalasal, 46, mengingatkan kerajaan bahawa terdapat peruntukan dalam rangka kerja perdamaian 1996 yang masih belum dilaksanakan sehingga kini.
Peruntukan itu termasuk perkongsian hasil bersama dan mewujudkan pasukan keselamatan bagi Wilayah Autonomi Islam Mindanao.
Beliau berkata, seperti kebanyakan anggota MNLF yang menyokong perjanjian keamanan dengan MILF, termasuk kumpulan pecahan yang diketuai Muslimin Sema, beliau dan anggota kumpulannya mengharapkan keamanan berterusan di Mindanao. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121019/lu_03/Nur-Misuari-dipinggir-MNLF#ixzz29l8HORh3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel beri kelulusan bina 800 rumah



BAITULMAQDIS 19 Okt. - Israel semalam memberikan kelulusan akhir kepada satu pelan pembinaan 800 buah rumah baru di Gilo, sebuah kawasan penempatan haram Yahudi di bahagian paling timur bandar ini.
Jurucakap Peace Now, Hagit Ofran berkata, proses pemberian tender bagi pelaksanaan projek itu dijangka dikeluarkan dalam tempoh beberapa bulan ini selepas pelan tentang pembinaannya diiklankan di dalam akhbar Israel.
``Ini bermakna, tender bagi melaksanakan pembinaan 800 buah rumah itu sudah boleh dikeluarkan,’’ katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121019/lu_06/Israel-beri-kelulusan-bina-800-rumah#ixzz29l7gu1AN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 bekas ahli Parlimen Kuwait ditahan kritik Amir



KUWAIT CITY 19 Okt. - Polis Kuwait semalam menahan dua bekas ahli Parlimen pembangkang kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap mengkritik pemimpin tertinggi negara Teluk yang kaya dengan minyak itu.
``Dua bekas ahli Parlimen itu, Falah al-Sawwagh dan Bader al-Dahum baru sahaja ditahan oleh polis,’’ kata bekas Ahli Parlimen, Musallam al-Barrak kepada media.
Di bawah perlembagaan Kuwait, adalah menjadi satu kesalahan untuk mengkritik Amir negara itu yang kini disandang oleh Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121019/lu_07/2-bekas-ahli-Parlimen-Kuwait-ditahan-kritik-Amir#ixzz29l7UgQpW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

120 bas bawa jemaah haji Turki ditahan Iraq



BAGHDAD 19 Okt. - Iraq semalam bertindak menghalang lebih daripada 120 buah bas yang membawa jemaah haji dari Turki daripada menyeberangi Arab Saudi kerana penumpangnya tidak mempunyai visa yang dikeluarkan oleh negara ini.
``Kerajaan memutuskan untuk menghantar balik 128 bas Turki itu kerana mereka memasuki negara ini tanpa prosedur yang ditetapkan,’’ kata penasihat kepada Perdana Menteri Nuri al-Maliki, Ali al-Mussawi.
Katanya tanpa mendedahkan jumlah penumpang kenderaan, bas itu dipercayai memasuki negara ini daripada wilayah autonomi Kurdish di utara Iraq dan akan memasuki Arab Saudi menerusi pintu sempadan Arar. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121019/lu_09/120-bas-bawa-jemaah-haji-Turki-ditahan-Iraq#ixzz29l6cvO6m
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelakon A. Aida mohon fasakh



AIDA memfailkan permohonan fasakh untuk menuntut cerai daripada Suffian (gambar kecil) di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kegagalan untuk bercerai secara baik selepas mendakwa syarat yang diberikan tidak masuk akal menyebabkan penerbit dan pelakon, A. Aida memilih untuk memfailkan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah di sini terhadap suaminya, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman.
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 42, dijangka memfailkan permohonan itu awal minggu depan terhadap suaminya yang bertugas sebagai Ketua Unit Perhubungan Korporat di Jabatan Logistik Bukit Aman di mahkamah sama.
Hasrat itu dinyatakan selepas penerbit drama kontroversi Halimah Jongang itu menarik semula permohonan cerai secara baik semalam. Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 pada 27 September lalu.
Selaku plaintif, Aida yang diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong memberitahu, permohonan itu dibuat selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan secara baik berhubung syarat-syarat yang telah ditetapkan.
"Terdapat syarat-syarat yang diletakkannya (Suffian) tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.
"Jadi, pihak saya menarik balik permohonan cerai secara baik dan akan membuat permohonan fasakh secepat mungkin pada minggu depan," jelas Aida ketika ditemui di luar mahkamah semalam.

PM Australia terjatuh di depan kamera




KOMBINASI gambar menunjukkan detik-detik Gillard terjatuh di Memorial Mahatma Gandhi, New Delhi kelmarin.


SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard (gambar) terjatuh selepas beliau meletakkan kalungan bunga di Memorial Mahatma Gandhi di New Delhi, India kelmarin.
Gillard terjatuh selepas kasut tinggi yang dipakainya terbenam di kawasan berumput semasa beliau berjalan ke arah pemberita dan jurugambar media.
Bagaimanapun, beliau kemudian segera bangun dan ketawa.
Gillard mengaku bahawa kasut tinggi yang dipakainya itu boleh terbenam di kawasan berumput sehingga menyebabkannya terjatuh.
Klip video yang menunjukkan perdana menteri itu terjatuh disiarkan berulang kali di televisyen Australia semalam.
Beberapa program berita dan media sosial juga menyiarkan klip video itu.
Akhbar Daily Telegraph di negara ini turut menyiarkan berita tentang kejadian tersebut di muka depan. - AFP

Enam anggota tentera PBB cedera diserang hendap



KINSHASA 18 Okt. - Enam anggota tentera warga India daripada pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan seorang penterjemah cedera dalam satu serangan hendap di timur negara ini, semalam.
Ketika kejadian, pasukan tersebut dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Nyamilima sebelum diserang berhampiran sempadan Uganda, menurut jurucakap PBB, Leftenan Kolonel Felix Basse.
"Sejurus selepas serangan, pasukan tersebut dibawa ke pangkalan dan dipindahkan ke bandar Goma," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121018/lu_06/Enam-anggota-tentera-PBB-cedera-diserang-hendap#ixzz29jGCH8Ih
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas pemimpin LTTE dibebaskan daripada tahanan



COLOMBO 18 Okt. - Seorang bekas pemimpin Barisan Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang dikehendaki India atas tuduhan terlibat dalam pembunuhan bekas Perdana Menteri Rajiv Gandhi dibebaskan daripada tahanan di Sri Lanka.
Jurucakap Menteri Pertahanan, Lakshman Hulugalle semalam berkata, Selvarasa Pathmanathan, 57, merupakan suspek utama dalam pembunuhan Gandhi pada Mei 1991.
Pathmanathan yang bertanggungjawab menyalurkan bekalan senjata kepada LTTE ditahan di Malaysia pada 2009. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121018/lu_07/Bekas-pemimpin-LTTE-dibebaskan-daripada-tahanan#ixzz29jFrwHC4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penjelasan untuk anggota MILF



Gambar dikeluarkan kelmarin, menunjukkan anggota pemisah Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) mengangkat senjata mereka tanda kemenangan di Kem Darapanan di Sultan Kudarat, wilayah Maguindanao, selatan Filipina. - AFP
MANILA 16 Okt. - Pengerusi Panel Perundingan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mohagher Iqbal menyatakan, tidak semua pejuang pemisah kumpulan itu memahami rangka kerja perjanjian antara MILF dengan kerajaan Filipina yang ditandatangani semalam.
"Terdapat sedikit masalah komunikasi. Tidak semua kandungan Perjanjian Rangka Kerja Mengenai Bangsamoro itu difahami oleh semua anggota MILF. Oleh sebab itu selepas ini, kami akan memberi penerangan kepada mereka,'' katanya semalam.
Mohagher bagaimanapun enggan mengulas bagaimana pejuang pemisah menerima berita mengenai pembubaran pasukan bersenjata mereka secara berperingkat.
Beliau berkata, perkara itu masih dibincangkan oleh MILF pada peringkat dalaman.
Mohagher dan ketua pasukan perunding kerajaan Filipina, Dean Marvic Leonen menolak kemungkinan proses damai diganggu oleh Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) diketuai Nur Misuari atau Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) dipimpin Ameril Umbra Kato.
Mohagher berkata, BIFF tidak diiktiraf di wilayah Moro.
Dalam pada itu, sekutu rapat Presiden Filipina, Benigno Aquino, Senator Francis Pangilinan hari ini meminta Nur Misuari memberi peluang kepada pelaksanaan perjanjian itu.
Pangilinan berkata, rundingan damai dengan MNLF pada 1990-an membuka peluang yang membawa kepada pembangunan dan perkembangan di Davao City, General Santos dan Cagayan de Oro.
Beliau menambah, rundingan damai dengan MILF kini perlu dilihat membawa gelombang pembangunan kedua dengan peningkatan ekonomi berlaku di Cotabato, Iligan, Marbel dan Marawi.
"Pembangunan, kemajuan serta perubahan yang bermakna dalam kehidupan penduduk, boleh menamatkan konflik bersenjata dan membantu melenyapkan kewujudan pemberontak," katanya dalam satu kenyataan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121017/lu_01/Penjelasan-untuk-anggota-MILF#ixzz29jF86ua9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Korea Selatan tembak mati nelayan China



SEOUL 17 Okt. - Seorang nelayan warga China maut akibat terkena peluru getah yang dilepaskan oleh pasukan pengawal pantai Korea Selatan dalam satu serbuan, di perairan Laut Kuning semalam.
Jurucakap pengawal pantai berkata, nelayan berusia 44 tahun itu disahkan meninggal dunia pada pukul 5 petang waktu Malaysia akibat kecederaan di dada.
"Mangsa ditembak pengawal pantai kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan negara ini," katanya.
Kira-kira 30 buat bot nelayan diusir pengawal pantai negara ini dalam serbuan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121017/lu_06/Korea-Selatan-tembak-mati-nelayan-China#ixzz29jExp0ej
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Militan letup diri, 10 terbunuh



KABUL 17 Okt. - Seorang anggota militan yang menaiki sebuah trak meletupkan dirinya di sebuah pangkalan Pasukan Keselamatan Nasional Afghanistan (ANSF) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di timur negara ini hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang askar kerajaan dipercayai terbunuh.
Laporan pegawai Afghanistan menyebut, beberapa orang askar lain turut cedera dalam serangan itu, namun militan Taliban yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu mendakwa 45 orang maut dalam serangan tersebut.
Tiada laporan rasmi tentang jumlah sebenar yang terbunuh.
Seorang jurucakap Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa diketuai NATO (ISAF) berkata, sebuah pos kawalan ISAF-ANSF di daerah Zurmat dekat wilayah Paktiya diserang pada pagi ini oleh pemberontak dengan meletupkan sebuah trak yang sarat dengan bahan letupan.
"Laporan awal menyebut serangan itu menyebabkan sejumlah tentera ANSF terkorban, namun tiada kematian membabitkan askar ISAF," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.
Timbalan Gabenor Paktiya, Abdul Rahman Mangal berkata, kira-kira 45 askar kerajaan cedera, kebanyakan mereka akibat terkena serpihan kaca daripada letupan kuat di pagar pangkalan itu.
Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid berkata, pejuang mereka telah menyusup masuk ke dalam pangkalan itu dan masih meneruskan serangan.
"Pejuang kami yang bersenjatakan roket, mesingan, bom tangan dan jaket yang sarat dengan bahan letupan berjaya menceroboh pangkalan di Zurmat itu selepas letupan trak terbabit," katanya.
Dakwaan Taliban itu, bagaimanapun dinafikan oleh pegawai Afghanistan dan ISAF. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121018/lu_03/Militan-letup-diri-10-terbunuh#ixzz29jEG0MIT
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wanita enggan melacur dipenggal kepala



HERAT 18 Okt. - Polis Afghanistan semalam menahan empat suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang wanita yang enggan menjadi pelacur.
Menurut Ketua Polis Herat, Abdul Ghafar Sayedzada, kepala Mah Gul, 20, dipenggal selepas menolak permintaan ibu mentuanya untuk dilacurkan di kediaman mereka di sini pada minggu lalu.
"Polis menahan empat suspek termasuk ibu dan bapa mentua mangsa, suaminya dan seorang lelaki," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121018/lu_08/Wanita-enggan-melacur-dipenggal-kepala#ixzz29jDkizx9
© Utusan Melayu (M) Bhd 

OIC kutuk insiden tembak remaja Pakistan




17 Oktober 2012
Malala Yousufzai
Malala Yousufzai
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk insiden tembakan terhadap aktivis Pakistan berumur 14 tahun, Malala Yousafzai, minggu lepas kerana menyuarakan hak bagi kalangan gadis untuk mendapat pendidikan.
"Perbuatan jenayah seperti itu tidak patut dibiar tanpa hukuman dan perlu dihadapkan ke muka pengadilan," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan, dan turut menegaskan bahawa OIC adalah penyokong kuat kepada hak asasi wanita.
Beliau berkata OIC menghormati hak asasi manusia, termasuk hak bagi wanita seperti yang diperuntukkan dalam Program Tindakan 10 Tahunnya, Piagam dan Statut Suruhanjaya Tetap dan Bebas Hak Asasi Manusia OIC.
Laporan menyebut Malala ditembak di kepala dan bahagian atas badan oleh penembak Taliban dekat rumahnya di Lembah Swat dalam satu percubaan bunuh disebabkan sikapnya yang berani berterus terang dan 'mempromosi sekularisme'.
Pada usia 11 tahun, Malala mula menulis blog bagi BBC Urdu tentang hidup di bawah Taliban dan menjadi terkenal pada 2009.
Menggunakan nama samaran Gul Makai, dia menceritakan masalah akibat daripada penguasaan militan ke atas Lembah Swat, iaitu kawasan yang dihuninya sejak 2007, dan mereka turut memerintahkan supaya sekolah bagi pelajar perempuan ditutup. - Bernama