Friday, November 21, 2014

Indonesia Arahkan Tentera Tenggelamkan Kapal Nelayan Malaysia



Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau tidak percaya Presiden Indonesia, Joko Widodo sanggup mengarahkan pasukan keselamatannya mengaramkan kapal nelayan asing yang memasuki perairan republik itu.

Katanya, beliau akan menyiasat dakwaan yang dilaporkan agensi berita antarabangsa, dan disiarkan akhbar tempatan hari ini.


"Saya tidak percaya bahawa ini adalah suatu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang presiden dan (Malaysia) akan menyiasat dakwaan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Anifah lagi, perjanjian ditandatangani Malaysia dan Indonesia pada 2012 menyatakan persefahaman bahawa penguatkuasa negara masing-masing hanya akan mengusir nelayan yang menceroboh perairan jirannya.

Tegasnya, ia disahkan dalam “MOU Berhubung Garis Panduan Am Mengenai Layanan Ke Atas Nelayan Oleh Agensi Penguatkuasaaan Malaysia dan Republik Indonesia”.

Menteri itu juga berkata, Malaysia masih belum menerima sebarang makluman rasmi dari pihak konsular Indonesia tentang laporan mengenai penahanan 200 nelayan Malaysia pada hari Rabu lalu.

"Sehingga kini, Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan Malaysia di Indonesia masih belum menerima sebarang notis konsular secara rasmi dari pihak Indonesia berhubung penangkapan tersebut.

"Kedutaan besar Malaysia telah menghubungi Kementerian Luar Negeri Indonesia untuk mendapatkan pengesahan terutamanya mengenai maklumat pengenalan diri dan lokasi penahanan nelayan Malaysia tersebut," katanya lagi.

Menurutnya, pihak Wisma Putra akan terus memantau perkembangan semasa berkenaan berita itu.

I love Quran.

Air lumpur banjir memasuki masjid menjadi jernih.. Subhanallah !

Air lumpur banjir memasuki masjid menjadi jernih.. Subhanallah !5 December 2013

Subsidi minyak RON95 dihapuskan mulai 1 Disember

Oleh Noor Atiqah Sulaiman
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek.
"Subsidi bagi RON95 akan dihapuskan dan harga minyak akan bergantung kepada harga pasaran dunia.
"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Kaedah pengapungan terkawal sudah dilaksanakan bagi petrol RON97 yang mana harganya turun 20 sen baru-baru ini sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dunia.

SapuraKencana beli aset minyak PETRONAS di Vietnam

JUMAAT, 21 NOVEMBER 2014 @ 10:39 AM

 
KUALA LUMPUR: SapuraKencana Petroleum Bhd memenangi bidaan membeli keseluruhan kepentingan dalam aset PETRONAS di tiga blok luar pantai di selatan Vietnam dengan harga AS$400 juta (RM1.35 bilion).

Tarikh kuat kuasa ekonomi urus niaga itu ialah pada 1 Januari 2014, kata SapuraKencana dalam satu kenyataan malam tadi.

Syarikat itu layak mendapat hasil bersih daripada blok-blok berkenaan bermula daripada tarikh itu.

SapuraKencana dipilih menerusi proses bidaan kompetitif antarabangsa yang diurus secara profesional.

Pembelian tiga kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) di Vietnam itu menandakan satu pencapaian penting bagi SapuraKencana, dan mengukuhkan lagi kedudukannya di negara itu dengan menambah operasi penerokaan dan pengeluaran kepada operasi perkhidmatan sedia adanya.

Pembelian itu adalah bagi 50 peratus kepentingan PETRONAS dalam Block 01/97 dan 02/97 (Cuu Long Basin), 40 peratus dalam Block 10 dan 11.1 (Nam Con Son Basin) dan 36.85 peratus dalam Block 46-Cai Nuoc (Malay-Tho Chu Basin).

Blok-blok berkenaan terletak di luar pantai perairan cetek selatan Vietnam. - BERNAMA

Kerajaan Jordan tahan Timbalan Ketua Ikhwanul Muslimin

JUMAAT, 21 NOVEMBER 2014 @ 10:47 AM

 
AMMAN: Kerajaan Jordan menahan Timbalan Ketua Ikhwanul Muslimin, Zaki Bani Rushaid kerana mengecam langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengisytiharkan pergerakan politik Islam berkenaan dan sekutunya sebagai kumpulan pengganas.

Zaki ditahan sejurus selepas menghadiri mesyuarat di ibu pejabat parti di Amman pada tengah malam tadi.

Ia adalah penahanan pertama seorang tokoh politik pembangkang di Jordan sejak beberapa tahun lalu.

Menurut sumber, pendakwa raya keselamatan mengarahkan penahanannya atas tuduhan menjejaskan perhubungan dengan negara sahabat selepas komentarnya yang disiarkan dalam ruangan pendapat membidas peranan negara teluk berkenaan terhadap memerangi pergerakan politik Islam.

Dalam ruangan pendapatnya yang disiarkan oleh beberapa laman web dan media sosial, Bani Rushaid berkata, pemerintah UAE adalah penaja utama keganasan dan tidak sah.

"Ia disiarkan selepas UAE mengisytiharkan Sabtu lalu bahawa Ikhwanul Muslimin adalah sebuah kumpulan pengganas.

"Pemimpin UAE memainkan peranan sebagai polis Amerika di kawasan berkenaan dan membuat kerja kotor bagi membantu projek Zionis dan bertanggungjawab bagi semua perbuatan yang bersifat perosak terhadap aspirasi negara Arab dan orang Islam," kata Bani Rushaid.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin Jordan adalah parti politik pembangkang terbesar di negara berkenaan.

Ia sudah lama bergerak dan mempunyai sokongan di peringkat akar umbi di kebanyakan tempat.

Parti berkenaan menuntut agar Bani Rushaid dibebaskan dengan segera. - Reuters

AS bebaskan lima tahanan Guantanamo

JUMAAT, 21 NOVEMBER 2014 @ 9:26 AM

 
WASHINGTON: Amerika Syarikat membebaskan lima tahanan dari pusat tahanannya di Teluk Guantanamo, Cuba, termasuk tahanan pertama Yaman yang dipindahkan sejak 2010.

Tiga tahanan dihantar ke Republik Georgia manakala dua lagi dihantar ke Slovakia.

Keputusan membebaskan empat tahanan Yaman itu dan seorang Tunisia menjadikan angka keseluruhan di Guantanamo kini seramai 143 orang.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan Barack Obama untuk menutup pusat tahanan terbabit.

Lebih separuh daripada tahanan yang masih berada di Guantanamo adalah dari warga Yaman.

Obama berjanji untuk menutup kem tahanan itu ketika kempen pilihan raya presiden pada 2008, dengan memberi alasan bahawa ia menjejaskan reputasi Amerika Syarikat di mata dunia.

Namun sehingga kini Obama masih belum dapat menutup kem tahanan berkenaan kerana mendapat bantahan daripada Kongres.

Pusat Hak Asasi Perlembagaan (CCR), yang mewakili seorang tahanan Yaman, Abd Al Hakim Ghalib Ahmad Alhag, mengecam keengganan pentadbiran Obama untuk membebaskan tahanan Yaman yang lain.

Katanya, 54 daripada 84 tahanan Yaman di Guantanamo sudah pun mendapat pengesahan untuk dipindahkan.

"Walaupun kita mengalu-alukan perpindahan Alhag, kami juga ingin mengingatkan bahawa tahanan Yaman lain yang masih berada di kem berkenaan juga patut dihantar pulang atau dipindahkan segera," kata peguam CCR, Wells Dixon dalam satu kenyataan. - Reuters

Angelina Jolie mahu bersara dari berlakon


SYDNEY 20 Nov. – Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie berhasrat untuk bersara daripada dunia lakonan selepas membintangi beberapa buah filem bagi memberi tumpuan kepada tugas-tugas pengarahan.
Angelina Jolie
Jolie yang tampil bersama suaminya, Brad Pitt di Sydney, Australia pada tayangan perdana filem terbaharunya, Unbroken berkata, dia melihat masa depannya berada dalam dunia arahan filem.
“Saya akan berlakon beberapa filem lagi, namun saya rasa saya lebih gemar mengarah,’’ kata pelakon berusia 39 tahun itu kepada Sydney Morning Herald, hari ini.
Unbroken yang merupakan filem epik Perang Dunia Kedua dan menjalani penggambaran di Australia, merupakan buah tangan kedua Jolie selepas mengarahkan filem In the Land of Blood and Honey pada 2011.
Jolie yang telah berlakon sejak kecil berkata, tindakannya memilih untuk berada di belakang tabir tidak bermakna dia beranggapan untuk melupakan dunia lakonan.
“Saya suka berlakon. Saya suka melihat kerja-kerja lakonan dan sudah tiba masanya saya me­ngetengahkan bakat orang lain pula,” katanya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/angelina-jolie-mahu-bersara-dari-berlakon-1.27186#sthash.8hGC68JF.dpuf

Keganasan meningkat

Sebanyak 17,958 orang maut di seluruh dunia tahun lalu

Anggota keselamatan Kurdis memeriksa lokasi letupan bom di Arbil,
Anggota keselamatan Kurdis memeriksa lokasi letupan bom di Arbil, wilayah Kurdistan di Iraq, kelmarin. Iraq muncul negara paling banyak mencatat insiden keganasan sepanjang tahun lalu. – REUTERS
WASHINGTON 20 Nov. - Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) melalui laporan Indeks Keganasan Global menyatakan, kematian akibat kegiatan keganasan di seluruh dunia meni­ngkat sebanyak 61 peratus pada tahun lalu, pertambahan lima kali ganda sejak tahun 2000.
Akhbar Washington Post melaporkan, sepanjang tahun lalu, sebanyak 17,958 kematian akibat kegiatan keganasan dicatatkan di 60 buah negara, dengan 80 peratus daripadanya berlaku di lima buah negara iaitu Iraq dengan 6,362 kematian, Afghanistan (3,111), Pakistan (2,345), Nigeria (1,826) dan Syria (1,078).
Menurut IEP, kelima-lima buah negara terbabit turut mengalami peningkatan drastik dalam kes jenayah keganasan sebagai contoh Iraq yang mengalami peningkatan sebanyak 162 peratus di antara tahun 2012 hingga tahun lalu.
Selain lima buah negara yang te­lah dinyatakan, India turut menca­tatkan jumlah kematian yang tinggi dengan 404 kematian daripada 624 serangan.
Sementara itu, negara-negara maju yang menyertai Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) tidak mencatatkan kematian yang tinggi akibat kegiatan pengganas.
“Negara anggota OECD yang mencatatkan kematian yang tinggi pada tahun lalu adalah Turki apabila berlakunya 34 serangan pengganas dan 57 kematian, manakala AS hanya mengalami sembilan serangan dan enam kematian,” jelas IEP.
United Kingdom (UK) turut mencatatkan serangan pengganas yang tinggi iaitu 131 serangan, namun kebanyakannya merupakan serangan berskala kecil yang berlaku di Ireland Utara dan hanya menyebabkan tiga kematian.
Bagaimanapun, serangan yang dilancarkan ke atas penduduk di Palestin tidak dicatatkan dalam laporan berkenaan.
Walaupun begitu, laporan yang dikeluarkan oleh IEP dilihat sedikit kontroversi kerana sehingga kini tiada definisi khusus yang digunakan untuk mengambarkan kegiatan keganasan, selain istilah tersebut sering dipolitikkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/keganasan-meningkat-1.27196#sthash.D95f023E.dpuf

Gadis Thailand enggan jadi 
anak angkat Kim Kardashian


LOS ANGELES 20 Nov. – Seorang gadis yang menetap di sebuah penempatan miskin di Thailand, membuat keputusan yang mengejutkan apabila menolak pelawaan bintang realiti televi­syen, Kim Kardashian untuk menjadi anak ang­­katnya.
LADDAWAN TONG-KEAW atau Pink menolak tawaran Kim Kardashian untuk menjadi anak angkat selebriti itu. – AGENSi
Mail Online me­laporkan, gadis ber­kenaan, Laddawan Tong-Keaw atau le­bih dikenali sebagai Pink berkata, dia gembira apabila mende­ngar hasrat Kardashian itu, namun lebih ber­minat untuk belajar di negara asalnya dan membantu penduduk miskin di wilayah Phang Nga.
“Saya berasa sa­ngat gementar apabila mengetahui Kardashian mahu menjadikan saya sebahagian daripada kehidupannya. Saya sa­ngat gembira dan perkara ini akan me­ngubah kehidupan saya.
“Semua orang mahukan kehidupan yang baik, begitu juga saya. Saya melihat perkara ini (menjadi anak angkat) tidak baik untuk saya kerana saya terpaksa meninggalkan banyak perkara di sini dan saya belum bersedia untuk berubah,” jelas Pink yang menyifatkan Kardashian sebagai wanita yang budiman.
Hasrat mengambil anak angkat itu dinyatakan oleh ibu seorang anak tersebut selepas dia bersama krew penerbitan Keeping Up with The Kardashians mengadakan lawatan ke rumah perlindungan kanak-kanak miskin di wilayah Phang Nga April lalu.
Kardashian berkata, dia tidak mempunyai sebarang maksud tersirat ketika menyatakan hasrat untuk menjadikan Pink sebagai anak angkat kerana apa yang dilakukan adalah untuk mengubah kehidupan gadis berusia 13 tahun itu.
“Saya tidak boleh melupakan dia. Saya ada memberitahu suami saya tentang Pink yang begitu comel dan baik. Saya sangat berminat untuk menjadikan dia sebagai anak angkat,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gadis-thailand-enggan-jadi-8232-anak-angkat-kim-kardashian-1.27260#sthash.rLEkkCm2.dpuf

Polis pertahan ujian dara

Calon anggota polis wanita perlu menjalani ujian mengesan dara
Calon anggota polis wanita perlu menjalani ujian mengesan dara sebelum menyertai pasukan keselamatan itu. – AFP
JAKARTA 20 Nov. – Polis Republik Indonesia (Polri) mempertahankan tindakan mengadakan ujian mengesan dara ke atas wanita yang ingin menyertai pasukan keselamatan itu yang bertujuan mengenal pasti kemampuan stamina dan moral anggotanya.
Menurut Ketua Hukum Ibu Pejabat Polri, Jeneral Moechgiyarto, ujian itu hanya dilakukan oleh doktor wanita di hospital-hospital di bawah kendalian polis dan merupakan prosedur biasa yang diamalkan.
“Prosedur ini sudah lama dipraktikkan. Kami perlu mengenal pasti kualiti calon anggota polis dengan melakukan ujian mengesan dara,” katanya seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post hari ini.
Moechgiyarto menegaskan, objektif utama ujian berkenaan dilakukan adalah untuk memastikan setiap polis kadet wanita memiliki nilai moral yang tinggi.
“Seandainya calon tersebut seorang yang tidak bermoral, bagaimana boleh dia menjadi anggota polis,” katanya lagi.
Beliau berkata, ujian mengesan dara perlu dilakukan kerana sebelum ini Polri pernah menerima penyertaan seorang polis wanita yang baru bekerja dua bulan dan kemudiannya disahkan hamil.
Bagaimanapun Moechgiyarto berkata, Polri juga akan tetap menerima calon anggota polis wanita khususnya mereka yang memiliki kemahiran dan ketangkasan mempertahankan diri sekalipun sudah tidak mempunyai dara lagi.
Sebelum ini, pertubuhan Human Right Watch (HRW) mendesak Polri menamatkan prosedur mengesan dara wanita yang ingin menyertai pasukan keselamatan negara itu yang disifatkan sebagai diskriminasi.
HRW yang berpusat di New York, Amerika Syarikat dalam kenyataannya berkata, berdasarkan laporan ujian mengesan dara Polri itu, doktor wanita mema­sukkan dua jari ke dalam vagina calon yang ditemu duga untuk mengesan status dara mereka.
Beberapa polis wanita serta polis kadet dalam reaksi mereka pula memberitahu, tindakan memasukkan dua jari dalam ujian itu sangat memalukan dan menyebabkan trauma selain terpaksa menahan sakit.
Moechgiyarto berkata, mana-mana calon yang tidak memiliki dara tidak semestinya ditolak mentah-mentah dalam proses pemilihan calon anggota polis wanita. – UTUSAN
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/polis-pertahan-ujian-dara-1.27262#sthash.W3L4sP72.dpuf

Kegagalan ketenteraan 
punca tragedi MH17

Gambar bertarikh 16 November lalu, menunjukkan penyiasat Belanda
Gambar bertarikh 16 November lalu, menunjukkan penyiasat Belanda dan kakitangan Kementerian Kecemasan melakukan kerja-kerja mengalihkan serpihan pesawat MH17 di Kampung Grabove, timur Ukraine. – REUTERS
TOKYO 20 Nov. – Pengarah Besar Persatuan Sistem Penerbangan Asia Pasifik (AAPA), Andrew Herdman menyifatkan insiden pesawat penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, berpunca daripada kegagalan ketenteraan.
Herdman seperti di­laporkan portal majalah penerbangan, Air Transport World, menegaskan bahawa pihak tentera bertanggungjawab ke atas insiden MH17 yang ditembak jatuh pada ketinggian lebih 10,000 meter di ruang udara Ukraine ketika menggunakan laluan yang disahkan selamat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Bercakap pada Perhimpunan AAPA ke-58 di Tokyo, Jepun semalam, beliau turut menekankan kepentingan mengekalkan sistem penerbangan komersial yang selamat dan utuh supaya maklumat penerbangan di lokasi dan waktu yang sesuai untuk kegunaan pesawat penumpang dapat disalurkan.
“Insiden MH17 merupakan ke­gagalan pihak tentera. Anda masih selamat sebab kerajaan menguatkuasakan kod yang tidak membenarkan pihak tentera menembak jatuh pesawat komersial.
“Hanya empat kejadian sama berlaku setakat ini dan semuanya merupakan bencana serta boleh dielakkan, tetapi ini merupakan cabaran buat pihak tentera,” katanya tanpa menuding jari pihak mana yang terlibat dalam insiden MH17.
Dalam pada itu, Herdman berkata, tragedi MH17 membangkitkan isu tentang risiko yang perlu dinilai semula dalam industri penerbangan dan syarikat penerbangan perlu bijak membuat keputusan sendiri bagi mengatasi kekangan tertentu terutamanya dalam menentukan lokasi dan waktu yang selamat untuk meneruskan penerbangan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kegagalan-ketenteraan-8232-punca-tragedi-mh17-1.27194#sthash.rcRwc9zC.dpuf