Heletey (tengah) dipecat sebagai menteri pertahanan selepas gagal menangani koflik di timur Ukraine.
Heletey (tengah) dipecat sebagai menteri pertahanan
 selepas gagal menangani koflik di timur Ukraine.
KIEV - UKRAINE. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko memecat menteri pertahanannya menjelang rundingan pelan damai dengan Rusia.

Poroshenko dalam kenyataan rasminya berkata, beliau akan melantik menteri baharu bagi menggantikan Valeriy Heletey.

Menurut AFP, Heletey dilantik sebagai menteri pertahanan, Julai lalu.

Pemecatan itu susulan kegagalan Heletey menangani konflik yang berlanjutan selama hampir enam bulan di timur Ukraine.

Sehingga kini, angka kematian akibat pertempuran antara tentera Ukraine dan  kumpulan pemisah pro-Rusia mencecah 3,400 orang.