Friday, March 13, 2015

Zul Nordin buat laporan polis berhubung kenyataan Nurul Izzah

DATUK Zulkifli, (tengah) ditemu ramah oleh wartawan ketika membuat laporan mengenai kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbau hasutan mengenai keputusan kes liwat II membabitkan ayahnya, Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. - FotoSTP/Azhar Ramli
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin sebentar tadi membuat laporan polis berhubung kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempertikai penghakiman dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan kes liwat bapanya pada 10 Februari lalu.
Zulkifli yang lebih dikenali sebagai Zul Nordin berkata, beliau percaya kenyataan Nurul Izzah itu bukan sahaja menghina dan mencerca hakim berkenaan malah ia juga suatu kenyataan 'highly contemptuous'.
Katanya, kenyataan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga berbaur hasutan kerana boleh menyebabkan rakyat mempertikaikan kredibiliti dan memandang hina hakim mahkamah terbabit.
Antara tuduhan dilemparkan Nurul Izzah ialah hakim berkenaan dituduh tunduk dan akur kepada tuan-tuan politik, menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman; menjual diri kepada syaitan; memperdagangkan nurani demi pulangan kebendaan; kedudukan dan jaminan jawatan.
"Saya percaya kenyataan Nurul Izzah itu tidak dilindungi oleh kekebalan Ahli Parlimen seperti diperuntukkan mengikut Perkara 63 Fasa (2) Perlembagaan Persekutuan.
"Justeru saya memohon polis menjalankan siasatan terhadap Nurul Izzah kerana mengeluarkan kenyataan berbau hasutan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Shafee peroleh injuksi halang Majlis Peguam bincang kelakuannya

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini berjaya menghalang Majlis Peguam daripada mengemukakan usul mengenai kelakuannya berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan itu esok.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Muhammad Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya Christopher Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul itu dikemukakan, dibincang atau diluluskan semasa AGM atau membincangkan apa-apa perkara berkaitan kelakuan Muhammad Shafee dalam rayuan oleh Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac 2015 atau mana-mana tarikh lain selepas itu.
Hakim juga membenarkan injunksi interim ex-parte Muhammad Shafee menghalang peguam Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George atau melalui ejen-ejen mereka daripada mengemukakan usul bertajuk "Usul terhadap Shafee Abdullah bertarikh 28 Feb, 2015" atau usul yang serupa pada AGM ke-69 Majlis Peguam, pada 14 Mac atau pada mana-mana tarikh lain kemudian.
Hakim Asmabi mengeluarkan perintah injunksi itu selepas mendengar hujah daripada peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Muhammad Shafee.
Mahkamah menetapkan 27 Mac untuk mendengar permohonan bagi injunksi inter-parte.
Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara fiat (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pendakwaan dalam kes liwat itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Ketika ditanya mengenai usul itu esok, naib presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata badan itu tidak boleh memberi komen secara rasmi mengenai perkara itu untuk didengar oleh mahkamah kerana ia pada dasarnya adalah mesyuarat dalaman. - BERNAMA

Bicara kes saman fitnah Mohd Saiful mula 10 Ogos

Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Mohd Saiful Bukhari Azlan.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan selama tiga hari bermula 10 Ogos ini untuk mendengar kes saman fitnah bagi menuntut ganti rugi RM50 juta difailkan Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan menetapkan tarikh itu dalam kamar beliau hari ini.

Angkasawan naiki Soyuz kembali ke Bumi

Foto NASA menunjukkan sehari sebelum pelancaran yang dijadualkan di Cape Canaveral, Florida. - Foto AFP
CAPE CANAVERAL: Seorang angkasawan NASA dan dua angkasawan Russia berpindah ke dalam kapsul Soyuz dan beredar meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa selepas hampir enam bulan berada di orbit, lapor Televisyen NASA.
Komander Stesen NASA, Barry "Butch" Wilmore dan jurutera pesawat, Alexander Samokutyaev serta Elena Serova, dari agensi angkasa Russia, Roscosmos, memasuki kapsul Soyuz pada kira-kira jam 3.30 petang waktu tempatan, kapal angkasa yang sama membawa mereka ke orbit pada 25 September lalu.
Kira-kira tiga jam kemudian, Soyuz melepaskan kedudukan mereka dari stesen berkenaan untuk melakukan misi mendarat di Kazakhstan.

Foto NASA menunjukkan sehari sebelum pelancaran yang dijadualkan di Cape Canaveral, Florida. - Foto AFP
"Selamat mendarat. Kami akan merindui anda," kata komander stesen, Terry Virts.
Virts, yang kini mengambilalih pengendalian di stesen berkenaan daripada Wilmore, akan terus berada di angkasa bersama angkasawan, Anton Shkaplerov dan angkasawan Itali, Samantha Cristoforetti. Mereka dijangka pulang pada pertengahan Mei.
Wilmore bergandingan dengan Virts ketika berjalan di angkasa sebanyak tiga kali pada tempoh antara 21 Februari dan 1 Mac sebagai persiapan untuk membuat tempat parkir bagi dua teksi kapal angkasa komersial yang disewa NASA bagi membawa anak kapal pergi dan kembali dari stesen pada 2017.
Angkasawan NASA dijangka membuat empat lagi perjalanan di angkasa sebelum hujung tahun bagi memasang dok berlabuh baharu dan peralatan lain untuk kapal angkasa. - Reuters

Himpunan Gambar Osama Bin Laden Yang Jarang Ditemui

Diterbitkan: Jumaat, 13 Mac 2015 9:26 AM

Gambar Osama Bin Laden Yang Jarang Ditemui

  • 1 of 14

HIMPUNAN gambar kehidupan Osama Bin Laden yang jarang ditemui didedahkan oleh seorang ahli Al Qaeda, Khaled Al Fawaz yang kini ditahan pihak barat.
Gambar yang dirakam oleh wartawan Palestin, Abdel Barri Atwan pada 1996 bukan sahaja menceritakan kehidupan Osama tetapi turut mendedahkan bilik dan terowong rahsia di Tora Bora, Afghanistan.
Ketika gambar itu dirakam, Osama masih belum disenaraikan sebagai pemberontak dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS).
Osama menjadi buruan dunia selepas dia didakwa sebagai perancang kepada peristiwa 9/11 di AS.
Berikutan itu juga AS kemudian menyerang Afghanistan tetapi gagal mendapatkan pemimpin berkenaan.
Osama dilapor berada di Tora Bora sejak 80-an untuk membina terowong dan kem melahirkan ahli Al Qaeda untuk mentadbir seluruh Afghanistan.
Pemimpin terbabit kemudian telah melarikan diri ke Pakistan dan sukar dikesan uttuk tempoh yang panjang.
Bagaimanapun pada 2011, Osama ditembak mati oleh pasukan tentera elit AS di Abbottabad manakala mayatnya dibuang di lautan.