Thursday, November 12, 2015

'Hantar ayah ke AS kalau tak berani tangkap Alvin'

Abdul Rani Kulup

SHAH ALAM - Tidak tahan dengan kebiadaban Alvin Tan yang saban masa menghina Islam, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, 60, menawarkan diri untuk dihantar ke Amerika Syarikat (AS) bagi menangkap blogger kontroversi itu.

Abdul Rani berkata, laporan polis yang dibuat selama ini seperti tidak diendahkan maka beliau merasakan jalan terbaik adalah beliau sendiri akan menagkap sendiri Alvin.

"Kalau kerajaan tidak sanggup, biar ayah yang pergi tangkap, cuma kerajaan kena beri ayah duit untuk ke sana kerana ayah tidak mempunyai wang," katanya kepada Sinar Online.

Terbaharu, Alvin memuat naik gambar dia menggunakan keratan kertas ayat suci al-Quran untuk membuang najisnya di laman sosial Facebooknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Semakin hari Alvin makin jahat, jijik']

Dalam pada itu, Abdul Rani berkata, beliau memohon bantuan rakyat Malaysia yang mengetahui kedudukan Alvin untuk berkongsi maklumat mengenai blogger itu kepada pihak berkuasa.

"Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bersepakat bersama memudahkan tangkapan terhadap Alvin, kongsi di mana dia berada sekarang sekiranya ada sebarang maklumat, tindakannya sekarang sangat biadab, jijik dan tidak boleh dimaafkan," katanya.

Pada September lalu, Abdul Rani pernah mendesar agar Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar menyegerakan ekstradisi Alvin ke Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Jangan sampai ayah ke AS cari Alvin']

[ARTIKEL BERKAITAN: Alvin dikecam, biadab hina Azan]

Ketika itu Abdul Rani berkata dengan cara itu sahaja membolehkan polis membuat tangkapan terhadap Alvin, sekaligus membolehkan dibicarakan mengikut undang-undang negara.

Setelah beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Alvin sebelum ini. Namun sehingga kini Alvin masih bebas di AS.

Shafie dukacita siasatan 1MDB, RM2.6 bilion ‘dilambatkan’

 | November 11, 2015
Pihak yang terlibat menyelesaikan dua isu perlu mengambil tindakan tegas bagi menamatkan krisis keyakinan dan pentadbiran terburuk dalam sejarah Malaysia.

shafie-apdal_1mdb_600_1PETALING JAYA : Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini giliran Datuk Seri Shafie Apdal mempertikai kelewatan pihak berkuasa menyelesaikan siasatan terhadap 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
Katanya, tindak-tanduk melambatkan proses penyiasatan amat mendukacitakan apabila pasukan penyiasat dirombak, ahli-ahlinya dipecat atau ditukar jabatan malah di dalam keadaan tertentu ada yang dinaikkan pangkat untuk digantikan dengan ahli-ahli yang baharu.
Beliau berkata, keadaan itu telah menambahkan kekalutan dan memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap keikhlasan kerajaan dalam menyelesaikan dua isu tersebut.
“Krisis keyakinan yang sedia ada hanya dapat diselesaikan jika kebenaran dipertemukan.
“Sepertimana yang dititahkan oleh Majlis Raja-Raja, kebenaran hanya boleh diraih jika kepimpinan dan badan badan kerajaan menyempurnakan amanah secara telus, berkredibiliti dan berintegriti,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada 7 Oktober lalu, Muhyiddin membangkitkan persoalan mungkinkah ada tangan ghaib yang cuba menutup kesalahan pihak-pihak tertentu yang menyebabkan siasatan 1MDB hampir tergendala.
Beliau berkata, pada awalnya kerajaan kelihatan serius menyiasat bagi menyelesaikan kemelut itu tetapi kemudian menjadi makin perlahan dan kini hampir tergendala.
Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna menambah, pihak yang terlibat menyelesaikan dua isu perlu mengambil tindakan tegas bagi menamatkan krisis keyakinan dan pentadbiran terburuk dalam sejarah Malaysia.
Beliau turut menyokong titah Majlis Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober lalu bahawa sekiranya isu tersebut tidak ditangani dengan segera dan saksama, pemasalahan itu mampu menggugat ekonomi, kemakmuran dan keselamatan negara Malaysia.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya dengan sepenuh hati menjunjung dan menyambut baik titah Majlis Raja-Raja Melayu tersebut. Ia merupakan satu-satunya nasihat terpenting Majlis Raja-Raja kepada kerajaan berdasarkan kesulitan dan situasi semasa yang dihadapi sekarang.
“Lebih membimbangkan bila tempoh penyiasatan telah diumumkan untuk diselesaikan hanya di dalam masa tiga hingga enam bulan yang akan datang,” kata Shafie.

Husam digesa keluar dari PAS - Dewan Ulama


pada 09-11-2015 06:11 Ditulis Oleh Shuhaniza Said

Post Pic


SHAH ALAM: Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan Datuk Husam Musa meninggalkan parti dan menyertai rakan-rakannya yang kini bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sekiranya beliau tidak lagi 'bersama' dengan kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ujar Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, tindakan tersebut adalah yang paling wajar dilakukan Husam berbanding berterusan mengkritik Hadi secara terbuka bagi menunjukkan rasa tidak puas hati.
 
"Rakan-rakan beliau sudah tinggalkan PAS dan menubuhkan Amanah, Datuk Husam pun sama seperti rakan-rakannya, dia tewas dalam pemilihan dulu.

"Kalau tak puas hati dengan Tok Guru (Abdul Hadi Awang) atau PAS, sepatutnya beliau sama-sama keluarlah mengasaskan Amanah. Tapi (Husam) tak (pula) keluar. Saya pun tak tahu apa strateginya," katanya kepada Antarapos.

Husam baru-baru ini menimbulkan kontroversi apabila mendakwa Hadi pernah mengakui mahu bekerjasama dengan Umno semasa krisis Menteri Besar Selangor tahun lalu.

ADUN Salor itu mengeluarkan kenyataan demikian dalam satu ceramah di Kota Bharu, Khamis lalu, selain mendakwa Hadi sendiri mengakui rancangannya itu semasa bersemuka dengan beberapa pemimpin parti.

Bagaimanapun, tegas Mahfodz, perkara yang dinyatakan Husam itu adalah fitnah kerana isu berkenaan tidak pernah dibincangkan kepimpinan parti.

"Perkara (bergabung dengan Umno) besar macam itu tak boleh dibuat berseorang, perlu dibawa dalam parti. Kalau dibawa dalam parti, mestilah sama ada melalui Majlis Syura, PAS Pusat atau Dewan Harian. Tapi benda itu tak ada," katanya lagi.

Husam dilihat kerap membuat teguran terbuka mutakhir ini, sama ada terhadap kepimpinan parti mahupun pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.

Minggu lalu, bekas Naib Presiden PAS itu mengritik keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang menaikkan elaun wakil rakyat dan ahli pentadbiran, yang pada pandangan beliau tidak wajar dilakukan di kala situasi ekonomi kini yang menghimpit rakyat.

Walaupun dilihat kritikal terhadap PAS, namun Husam menegaskan bahawa dirinya tetap setia dengan perjuangan parti itu dan 'sebolehnya mahu kekal dalam PAS sehingga mati'.  

Mahfodz yang juga Pesuruhjaya PAS Johor itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pendirian Husam yang ingin kekal dalam parti itu bersangkut paut dengan lafaz bai'ah.

"Kerana bai'ah di Kelantan yang diketuai Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang telah mengusulkan satu bai'ah yang agak keras, negeri lain tak ada, iaitu bai'ah taklik.

"Mungkin kerana takut melanggar bai'ah itu, dia kekal di dalam PAS.. Dan saya rasa dia nak tunggu supaya diambil tindakan.. dengan pemecatannya itu dia akan terlepas daripada tanggungjawab bai'ah," ujarnya lagi sambil menambah, sebarang tindakan boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Disiplin parti sekiranya perkara berkenaan masih berterusan.