Sunday, April 4, 2010

Pakatan Rakyat umpama perjanjian Fudhul menolak kezaliman


Dzulfikar Mashoor   
GOMBAK, 4 April: Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad (gambar)  menasihatkan seluruh ahli dan penyokong PAS supaya memperkukuhkan muafakat Pakatan Rakyat demi menolak kezaliman angkara segelintir pemimpin Umno BN.

Menurut beliau, muafakat PAS bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat itu boleh dianggap sebagai manifestasi pada penyertaan Rasulullah s.a.w dalam 'Perjanjian Fudhul' pada era Jahiliah.

"Inilah (Perjanjian Fudhul) suatu perjanjian untuk melindungi rakyat marhaen di Makkah (supaya) kezaliman ditolak bersama-sama oleh semua pihak, tidak mengira ideologi dan sebagainya."

"Sebab itu, kita membawa pendekatan ini (muafakat Pakatan Rakyat) sebagai kaedah politik PAS (yang) secucuk dengan nas ini (Perjanjian Fudhul)," jelas beliau pagi tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat berkata, budaya menolak kezaliman di Makkah itu walaupun berlaku ketika Rasulullah s.a.w berusia 16 tahun, tetapi Rasulullah s.a.w mengiktiraf muafakat politik (tahalluf siyasi) tersebut selepas Baginda diangkat menjadi Rasul.

"Sesungguhnya aku telah menyaksikan termeterainya perjanjian di rumah pakcikku, Abdullah bin Jud'an. Seandainya aku diundang untuk memeterai perjanjian (iaitu) menentang kezaliman dan menegakkan keadilan, pasti akan aku sambut," maksud Hadith Rasulullah s.a.w, seperti diperjelaskan oleh Dr. Dzulkifly.

Ujarnya lagi, penubuhan Pakatan Rakyat telah memecahkan tembok-tembok perkauman antara rakyat yang dicipta oleh parti-parti pemerintah atas titik persamaan yang sama iaitu menolak segelintir kepemimpinan Umno BN yang zalim.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh ahli PAS dan rakyat marhaen mendukung wawasan PAS yang diperjuangkan oleh Mursyidul Amnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bercakap dalam Majlis Perasmian Jubli Perak dan Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kawasan Batu kali ke-25, beliau turut memuji keterbukaan DAP dalam menolak kezaliman Umno BN melalui wadah Pakatan Rakyat.

"Untuk menumbangkan kezaliman (Umno BN), para pemimpin DAP umumnya bersedia mengiktiraf Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (Hak Istimewa kaum Melayu) dan beberapa kepentingan yang lain.

"(Keterbukaan DAP) kerana mereka juga menghayati semangat serta kepentingan untuk bersama-sama (melalui Pakatan Rakyat) untuk tumbangkan Umno BN dalam masa terdekat ini (Pilihan Raya Umum ke-13)," ujarnya.

Lanjutan itu, beliau secara peribadi mengalu-alukan beberapa parti lain iaitu Parti Rakyat Se-Malaysia (PRM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) supaya menyertai muafakat Pakatan Rakyat.

"Apa juga ideologi, PRM, PSM dan apa jua parti sekali pun, Pakatan Rakyat boleh mengurus perbezaan...asalkan atas paksi yang jelas (iaitu) menolak kezaliman," ujar.

Sempena  pilihan raya kecil Hulu Selangor yang dijangka berlangsung tidak lama lagi, beliau turut menyeru PAS supaya memperkasa jenteranya agar calon Pakatan Rakyat boleh memenangi kerusi Parlimen tersebut.

Turut menyertai  Dzulkifli, Cikgu Ishak Surin (YDP PAS Kawasan Batu), Ustaz Iimran (Ketua Penerangan PAS Batu), Vincent Lee (Ketua Pengarah Himpunan Penyokong PAS), Dr. Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan), Ariffin Salimon (Pemangku Presiden PRM) dan Koh Swe Yong (Setiausaha PRM). -END

Umno dedahkan negara kepada ancaman


Hashim Abdullah   
KUALA KRAU, 4 April: Naib Presiden PAS, Datuk Haji Mahfuz Omar berkata corak pemerintahan yang diamalkan pemimpin Umno BN telah meresahkan rakyat kerana meletakkan negara ini terdedah kepada ancaman keselamatan daripada pihak luar.
Berucap pada ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, di Jengka 21, dekat sini, semalam Mahfuz berkata kejadian yang berlaku akhir-akhir ini termasuk kehilangan injin jet dan hubungan kerajaan dengan APCO Worldwide menunjukkan pemimpim Umno tidak peka dengan isu keselamatan yang menjadi kebimbangan rakyat.
“Kita melihat tindakan pemimpin pemerintah Umno telah meresahkan rakyat kerana isu keselamatan negara yang terdedah kepada ancaman luar.
“Kerajaan gagal memberikan jawapan terhadap hubungannya dengan APCO sebuah syarikat dikuasai Yahudi zionis Israel yang menyalurkan perkhidmatan  yang membabitkan  maklumat strategi.
“Dulu injin jet pejuang kita hilang, kini maklumat strategi kita juga boleh terdedah kepada ancaman luar. Ini isu besar yang membabitkan isu keselamatan negara.. Kita bimbang keadaan ini memperlihatkan institusi keselamatan dan pertahanan negara yang sepatutnya kebal telah tidak kebal dan boleh dibolosi,” katanya.
Tambah Mahfuz pemimpin Umno tidak peka dengan  dasar luar negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatic dengan Israel tetapi menjalinkan hubungan dengan ejen yahudi yang secara jelas ada hubungkait dengan kerajaan zionis Israel yang telah membunuh secara zalim umat Islam Palestine.
“Tindakan pemimpin Umno yang menjalinkan hubungan dengan Acpo tidak sepatutnya berlaku kerana dasar luar Negara yang tidak ada hubungan diplomatic dengan negara Israel,” katanya.

Sidang DUN Perak adalah sidang Polis – V. Sivakumar



Sidang DUN Perak adalah sidang Polis – V. Sivakumar
Harakahdaily   
KEMAMAN, 4 April: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah, V Sivakumar menyifatkan siding DUN yang berlangsung di negeri Perak baru-baru ini bukan sidang ahli-ahli yang berhormat, tetapi adalah suatu sidang polis.

(Gambar - Sivakumar menunjukkan buku 'perintah tetap' yang dibawa bersamanya, kepada semua hadirin)

Beliau berkata demikian kerana katanya, kerajaan Umno/BN Perak sekali lagi telah membawa masuk beratus-ratus orang polis ke dalam dewan yang mulia itu.

Selain itu, beliau mendedahkan, bagaimana kerajaan Umno/BN Perak telah membisukan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat, memekakkan telinga mereka sendiri dan membutakan seluruh rakyat dalam negara ini.

"Mereka telah mematikan pembesar suara ADUN-ADUN Pakatan Rakyat, menyebabkan kami tidak boleh bersuara,

"beberapa orang dari kami telah mengangkat buku ‘perintah tetap’ DUN Perak, namun ‘speaker haram’ Ganesan tidak peduli, dan memekakkan telinga mereka,

"dan mereka telah membawa masuk hanya media yang menyokong mereka, menutup segala komunikasi, dan hanya menyiarkan berita yang ‘membuta’kan seluruh rakyat, dari mendapat tahu berita sebenarnya,”kata Sivakumar dalam ucapannya di majlis Perasmian Festival DUN Chukai, Khamis 1 April, 2010.

Oleh itu, katanya, apa guna semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat terus berada dalam sidang DUN, sedangkan tidak boleh berbuat apa-apa, tidak boleh bersuara.

Justeru, semua ADUN mengambil tindakan untuk keluar dari Sidang DUN Perak pada 31 Mac, Rabu lalu.---Buletinonline.net

Warga emas banjiri bank dapatkan RM100 seorang dari kerajaan negeri



Ali Hashim   
PERMATANG PAUH, 4 April: Kira-kira 4,000 warga emas telah menyerbu Maybank cawangan Desa Murni, Sungei Dua bagi mendapatkan wang yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bermula sejak semalam sehinggalah ke hari ini kebanyakan cawangan Maybank yang dikhususkan bagi pembayaran wang RM100 seorang tersebut telah dibanjiri oleh warga emas mengikut kawasan pilihan raya masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Mohd Salleh Man (gambar bawah) juga terpaksa berada di pusat pungutan tersebut bagi membantu warga emas yang mempunyai masalah semasa proses pembayaran dibuat.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang terpaksa berada sejak awal pagi sehinggalah proses pembayaran tunai berakhir pada petang ini.

Menurut Mohd Salleh warga emas yang mendapat surat untuk menerima wang daripada Kerajaan Negeri masih boleh menunaikan wang tersebut sehingga 16 April yang akan datang.

"Oleh kerana itu mereka tidak perlu untuk tergesa-gesa atau bersesak-sesak untuk mendapatkan wang tersebut kerana tarikh yang diberikan oleh Kerajaan Negeri adalah mencukupi bagi mereka mendapatkan wang yang dijanjikan.

"Proses pembayaran berjalan lancar dengan kerjasama yang begitu baik diberikan oleh pihak bank kepada semua warga emas yang ingin menunaikan wang tersebut.

"Kehadiran semua petugas daripada pusat khidmat Dewan Undangan Negeri dan juga JKKK juga adalah bagi membantu petugas dan kakitangan bank untuk melicinkan proses pembayaran wang tersebut,"katanya semasa ditemui di Maybank cawangan Desa  Murni, Sungei Dua.

Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain terpaksa berhadapan dengan 5 ribu warga emas bagi kawasan Parlimen Kepala Batas yang turut membanjiri Maybank cawangan Bertam, Kepala Batas untuk membantu mereka yang menghadapi masalah dalam proses pembayaran tersebut.

Pembayaran yang dilakukan sejak semalam sehinggalah ke hari ini secara tunai telah menyebabkan warga emas terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan wang tersebut.

Rosidi berkata, kehadiran yang begitu menakjubkan membuktikan bahawa pemberian yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi proses pembayaran wang RM100 ini adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh warga emas sebagai menghargai mereka selama ini.

"Proses pemberian ini merupakan salah satu tindakan terbaik yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menghargai warga emas yang ada dalam negeri ini walaupun jumlahnya tidak begitu banyak.

"Namun begitu setidak-tidaknya ia dapat membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan tersebut,"katanya.

Nik Aziz tidak ketahui derma syarikat konsesi balak kepada Pas

2010/04/04

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mendakwa derma atau sumbangan oleh syarikat pembalakan yang menerima konsesi di negeri ini kepada Pas, adalah sesuatu yang di luar pengetahuannya.

Berikutan itu, katanya, beliau tidak suka untuk mengulas dakwaan yang dibangkitkan oleh penulis blog tertentu berhubung sumbangan atau derma terbabit.

Namun, masa sama, beliau membidas penulis blog yang disifatnya membuat pelbagai dakwaan dalam ruang maya masing-masing sebagai perbuatan untuk menyebarkan fahaman atau pendirian sendiri tanpa usaha menambah pengetahuan di kalangan pembaca mereka.

"Penulis blog ini kadang-kadang menulis sesuka hati, bukannya untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pembaca. Saya sangat dukacita (dengan penulis blog) menggunakan pensil (penulisan) blog menyebarkan fahaman sendiri, tidak menambah ilmu.

"Saya tak suka sebut benda-benda begitu (dakwaan mengenai komisyen atau sumbangan kepada Pas) tetapi benda ini tidak ada dalam pengetahuan saya," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas melakukan pelepasan konvoi kira-kira 1,300 motosikal berkuasa tinggi sempena acara Kelantan Bike Week di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini, hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas dakwaan yang dilontarkan penulis blog Kickdefella yang mendakwa syarikat pembalakan yang mendapat konsesi di negeri ini menyalurkan sumbangan atau derma kepada pertubuhan bukan kerajaan yang ada kaitan dengan Pas, kerana bantuan mendapatkan kawasan terbabit.

JPJ Kelantan kutip hampir RM90,000 hasil lelongan awam kenderaan

KOTA BAHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengutip RM88,870 hasil lelongan 45 kenderaan yang gagal dituntut pemiliknya kerana terbabit dengan pelbagai kesalahan melibatkan jabatan itu, tahun ini.

Pengarahnya Abdul Ghani Che Kassim, berkata daripada jumlah kenderaan yang dilelong pada 28 Mac lepas, 26 kenderaan terbabit boleh didaftarkan manakala 19 lagi dilupuskan.

Menurutnya majlis lelongan awam kenderaan itu diadakan setiap tahun dan jumlah kenderaan berkenaan bergantung kepada kes yang melibatkan jabatan itu yang gagal dituntut pemiliknya.

"Pada majlis lelongan awam secara terbuka kali ini, kita berjaya mengutip hampir RM90,000 melibatkan 45 kenderaan yang gagal dituntut pemiliknya kerana pelbagai kesalahan melibatkan jabatan ini," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata kebanyakan kenderaan yang dilelong itu terlibat dengan kes tidak memiliki lesen di bawah Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Pengangkutan (LPKP) dan tidak mempamerkan cukai jalan.-Bernama

Beruk bantu pulih imej polis Thai

YALA - Pasukan polis di Yala, selatan Thailand memulakan rondaan harian mereka sambil membawa seekor beruk berpakaian seragam dalam usaha memulihkan hubungan dengan penduduk di wilayah itu.

Beruk berusia lima tahun itu dipelihara pasukan polis selepas ditemui cedera.

Pelatih mengajar Santisuk, bermaksud damai dalam bahasa Thailand, memanjat pokok kelapa dan membantu mengutip buah-buahan bersama penduduk tempatan.

Haiwan jinak tersebut turut berkhidmat di pusat pemeriksaan polis dalam menguruskan tugas-tugas harian.

Kehadiran Santisuk menggembirakan pengguna jalan raya dan mereka kini tidak lagi marah ketika ditahan.

Pasukan keselamatan lain kini bersedia menggunakan beruk sebagai satu cara untuk memulihkan imej mereka di wilayah bergolak itu.

Hulu Selangor saksi pertandingan sengit

SHAH ALAM – Ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat perlu mengadakan rundi- ngan terperinci sebelum mengumumkan calon bertanding pada pilihan raya kecil Hulu Selangor untuk menghadapi saingan sengit parti lawan, Barisan Nasional (BN).

Naib Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Dr Tan Seng Giaw berkata, pilihan raya kecil kali ini memberi cabaran hebat kepada Pakatan Rakyat.

Menurutnya, dalam Plihan Raya Umum 2008, PR melalui wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi kerusi dengan kemenangan tipis membuatkan PR perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.

“PR menghadapi cabaran hebat daripada parti lawan, jadi ketiga-tiga parti mesti bincang calon yang sesuai,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, walau siapa diumumkan PR untuk bertanding pada pilihan raya itu, DAP akan tetap memberikan sokongan melalui penubuhan jentera kecil, terutama untuk menjalankan kempen dan sebagainya.

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor dijadikan pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

Sebanyak 48 pusat mengundi di 47 sekolah sebagai pusat mengundi. Bagi undi pos, proses pengeluaran dan pengiraan undi dibuat di Pejabat Daerah Hulu Selangor.

MIC mungkin calon Barisan Nasional: Muhyiddin

MACHANG-Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor adalah dari MIC.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, parti itu mempunyai fomula tersendiri dalam menentukan calon dan apa yang penting ialah segala keputusan yang dibuat berdasarkan permuafakatan antara UMNO dan parti-parti komponen lain di dalam BN.

”Kemungkinan besar akan diberikan kepada MIC. Kawasan kerusi MIC akan diambil kira dahulu.

"Begitupun, keputusannya tetap bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada media selepas merasmikan program Juara Rakyat dan pemberian pertama wang ihsan di sini, semalam.

Muhyiddin bekata demikian ketika mengulas, desakan dari beberapa pihak supaya MIC memberi laluan kepada calon UMNO bagi membuka peluang untuk BN merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu sebelum ini mencadangkan supaya Timbalannya, Datuk G Palanivel mewakili BN untuk bertanding sekali lagi bagi kerusi itu.

Muhyid:din berkata, pihaknya sentiasa mendengar dan mempertimbangkan semua cadangan yang dibuat namun keputusan yang dibuat akan akan memberi keuntungan kepada BN secara keseluruhan.

Malah katanya, pertindihan calon adalah lumrah di dalam pilihan raya tetapi secara prinsipnya kawasan itu adalah kawasan kerusi MIC.

Dalam pada itu katanya, BN akan melakukan gerak kerja tersusun dan tidak mengambil mudah walaupun mempunyai banyak bahan untuk berdepan dengan pembangkang dalam pilihan raya kecil tersebut.

“Kita sudah berpengalaman berhadapan dengan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, yang penting kita keluarkan strategi yang tepat kerana setiap undi adalah penting bagi kita,” katanya.

Harta dulu kebun, harta sekarang ilmu

Jika ditinjau kehidupan orang Melayu dahulu pada awal tahun-tahun 50-an, paya, kebun dan ladang menjadi aset kepada kekayaan keluarga dan generasi seterusnya. Bagaimanapun, paya, kebun dan ladang kini tidak lagi diusahakan secara komersial. Ramai orang tua sudah meninggal dunia dan mewarisi harta pusaka kepada anak-anak mereka. Mereka mempunyai ilmu pertanian dan penternakan melalui pengalaman secara tradisional yang sesuai pada zaman itu.

Semua harta ini kebanyakannya menjadi hutan belantara kerana tidak diusahakan lagi. Kajian juga menunjukkan harta pusaka seperti paya, kebun dan ladang tidak bertukar nama akibat kematian tuan punya asalnya yang tidak memberikan penama kepada pewaris. Begitulah, dalam apa lapangan sekalipun, sama ada pertanian, penternakan, perladangan ilmu memainkan peranan penting. Tidak ada universiti yang khusus untuk jurusan ini kecuali dulu Universiti Pertanian Malaysia (UPM) kini Universiti Putra Malaysia sudah tidak mengkhususkan lagi bidang pertanian dalam kursus di universiti tersebut.

Sehubungan itu, ilmu dalam bidang pertanian dan penternakan masih penting dalam meningkatkan ekonomi orang Melayu. Generasi muda Melayu pada masa kini mula menceburkan diri dalam bidang tersebut.

Jelaslah pada masa kini, harta dapat dimajukan dengan ilmu. Tokoh ilmuwan Barat, Salomon berkata, ilmu adalah yang paling utama, oleh itu pelajari apa juga ilmu yang baik, dan dengan segala kesanggupan carilah pengertian daripada ilmu tersebut. Ilmu akan membentuk pelbagai kemahiran dalam diri manusia.

Memetik kata-kata, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan, empat kemahiran tersebut ialah kemahiran komunikasi, nilai dan etika, kepimpinan serta pemikiran kritis.

Menurutnya, kajian yang dilakukan membabitkan 250 syarikat kerajaan dan swasta itu mendapati siswazah tersebut gagal menonjolkan kemahiran insaniah mereka ketika ditemu duga.

Pihak kementerian juga melalui Jabatan pengajian Tinggi (JPT) juga sedang berusaha membangunkan sebuah instrumen bagi mengukur tahap penguasaan pelajar IPT dalam tujuh elemen yang dikenal sebagai Skala Kemahiran Insaniah Malaysia (My3S).

Dalam hal ini, kerjasama pihak swasta juga sangat diperlukan bagi memberikan kursus secara dalaman kepada siswazah.Kesimpulannya, apa juga bidang ilmu sekalipun memang berkait rapat dalam usaha ke arah membangunkan sesebuah bangsa, masyarakat dan negara menuju ke arah negara maju. Ilmu, pada masa kini bukan hanya boleh diperoleh di sekolah dan di universiti malah juga melalui pembacaan, bengkel, ceramah dan seminar yang terbuka kepada umum untuk dimanfaatkan dalam pelbagai bidang dan juga kehidupan



Penulis ialah penyair, bekas guru, PhD Persuratan Melayu, UKM, Bangi.

Apa yang tidak kena dengan ‘1Malaysia’

SEMALAM, 3 April, genap setahun Datuk Seri Najib Tun Razak menduduki kerusi No 1 negara. Kerusi paling penting, juga paling panas. Tanpa hadiah, tanpa kalungan bunga, juga tanpa kad, terimalah ucapan tahniah – ikhlas dari lubuk hati saya.

Saya masih ingat, hanya beberapa jam setelah diisytiharkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6, beliau telah memanggil semua bos media cetak dan elektronik ke kediaman lama beliau di Bukit Tunku. Banyak yang dicakapkan ketika minum petang itu. Ada dua perkara yang menarik perhatian saya:

Pertama, janjinya untuk menjalin hubungan mesra dengan media. Beliau membuktikan kata-katanya pada hari itu juga, iaitu dengan menarik balik tindakan KDN menggantung permit penerbitan Harakah (lidah rasmi Pas), dan Suara Keadilan (akhbar PKR).

Dari semasa ke semasa - mula-mula dulu setiap awal bulan – beliau memanggil ketua-ketua pengarang dan editor kanan. Bukan untuk memberi amaran, tetapi untuk meminta pandangan berhubung satu-satu isu.

Setakat ini, sudah 12 bulan menerajui kerajaan, belum ada satu pun permit akhbar kena ditarik. Tidak ada akhbar digantung. Tidak ada editor ditangkap. Beliau terus mengamalkan sikap ‘mesra media’, tidak kira media yang mengampu atau yang mengutuk kerajaan. Sekali lagi, syabas Datuk Seri!



PERKARA kedua yang menarik perhatian saya pada majlis minum petang setahun lalu ialah PM tidak mahu gambarnya- juga gambar menteri-menteri lain-dijadikan poster dalam mana-mana promosi, baik anjuran kerajaan mahupun swasta.

Beliau sebut perkara itu sebab memang menjadi perkara biasa ketika itu gambar pemimpin dijadikan poster untuk kononnya menarik perhatian rakyat. Kalau ada majlis makan ikan, pasang gambar ‘menteri ikan’ besar-besaran.

Hendak rasmi mesyuarat pakai gambar menteri. Jual barang pun buat poster menteri. Maka, gambar menteri, juga PM, digantung dan ditampal hampir di mana sahaja, termasuk berhampiran tandas awam, dan kawasan perkuburan.

“Jangan guna gambar saya untuk acara-acara macam itu, buat habis duit,” demikian kata PM ketika itu. Dan, memang awal-awal dulu kita jarang nampak gambar beliau. Najib mungkin PM yang paling kurang gambar dan poster.

Tetapi, akhir-akhir ini kita mula lihat sepanduk, poster dan ‘bunting’ dengan gambar PM. Penganjur – tidak kira politik atau bukan politik – mula memasang gambar beliau. Mungkin mereka tidak tahu apa yang PM mahu dulu. Atau, mungkin juga mereka terlebih mengampu.



PADA hari ketiga menjadi PM, 5 April, beliau melancarkan kempen ‘1Malaysia’, dengan slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Kempen dan slogan seperti ini memang biasa setiap kali kita ada PM baru. Kalau saya pun jadi PM, saya akan cipta ‘jenama’ sendiri.

Dan, seperti yang biasa terjadi pada PM-PM sebelum ini, kemunculan ‘branding’ baru akan mencetuskan berbagai-bagai reaksi. Ada yang tidak setuju dan sinis. Sehari dua ini ada pihak mempertikai ‘1Malaysia’ dan mengaitkan dengan ‘One Israel’.

Memang, bagi yang tidak setuju ada sahaja modal untuk memperlekeh ‘1Malaysia’. Selain dikaitkan dengan Israel, perkara-perkara yang bersifat komunal pun dikaitkan dengan ‘1Malaysia’. Contoh: ada yang bertanya, Melayu dulu, Cina dulu, atau ‘Malaysian’ dulu?

Tetapi rasanya lebih ramai yang bersetuju dan sokong ‘1Malaysia’. Rata-rata faham dengan konsep yang diperkenalkan. Ramai yang positif terhadap ‘1Malaysia’. Jadi, apa yang hendak dihebohkan sangat mengenai ‘One Israel’?

Selama ini pun kita tidak bising dan heboh dengan ‘One Utama’, ‘One PJ’. Kita juga ada kempen ‘1 Rumah, 1 Komputer’, ‘1 Kampung, 1 Produk’. Malah, kita pernah ada kempen dan slogan ‘1 Suami, 1 Isteri’. Jadi, apa salahnya dengan ‘1Malaysia’?



CUMA apa yang tidak berapa sedap ialah mereka yang terlebih-lebih dengan kata-kata atau jenama ‘1Malaysia’, sehingga kalau boleh semua benda hendak dikaitkan dengan ‘1Malaysia’. Saya tidak fikir PM suka ‘1Malaysia’ digunakan pada tempat-tempat yang tidak sesuai.

Saya boleh terima ‘Klinik 1Malaysia’, ‘Kantin 1Malaysia’, ‘Sekolah 1Malaysia’. Tetapi tentulah tidak sesuai ‘Tandas 1Malaysia’. Takut nanti ada yang terlampau bersemangat hendak mengampu, hingga ada yang bubuh ‘Kubur 1Malaysia’, atau ‘Surau 1Malaysia’. Takut orang salah sangka.

Juga saya tidak setuju apabila ada yang mempromosi ‘Tarian 1Malaysia’. Jangan main bantai sahaja, sebab kita perlu kekalkan tarian tradisional mengikut kaum – ada tarian Melayu (seperti joget, inang, dan sebagainya), ada tarian Cina, dan ada tarian India, tarian Kadazan, tarian Bidayuh, dan lain-lain. Mana ada ‘Tarian 1Malaysia’.

Janganlah sebab hendak ambil hati PM maka semua perkara hendak dinamakan dengan ‘1Malaysia’. Apabila semua hendak pakai nama itu, lama-lama nanti ‘1Malaysia’ jadi terlalu murah, tidak ada nilai.



ORANG kita suka berhubaya-hubaya tidak tentu fasal, dan lebih ke arah membodek. Tentu semua masih ingat apabila Tun Abdullah Badawi mula-mula menjadi PM dulu, beliau memperkenalkan satu ‘jenama’ baru: Islam Hadhari.

Semua orang bercakap mengenai perkara itu. Semua acara mesti sebut Islam Hadhari. Mesyuarat PIBG, mesyuarat JKKK, mesyuarat persatuan, doa ketika perhimpunan, semua sebut Islam Hadhari.

Pagi petang, siang malam, orang kita sebut, pada hal mereka tidak tahu pun apa sebenarnya Islam Hadhari. Konon ada yang ditukar kerja sebab tidak menyebut Islam Hadhari dalam satu majlis rasmi.

Hari ini Pak Lah tidak lagi menjadi PM, sepatah pun orang tidak sebut Islam Hadhari. Ke mana pergi orang-orang yang dulunya terlalu bersemangat dengan ‘branding’ itu? Harap-harap ‘1Malaysia’ tidak senasib dengan ‘Islam Hadhari’.


- TOK PERAK

Habuan pilihan raya

KUALA KUBU BHARU - Kempen merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor patut bermula dua minggu lagi, namun pihak berkaitan sudah mula memenuhi gelanggang untuk menarik perhatian rakyat sementara yang akan bertanding giat menyusun strategi bagi menghadapi pilihan raya kecil 25 April ini.

Sama ada ditafsirkan sebagai membeli jiwa atau menunaikan tanggungjawab, pelbagai program sudah mula disusun untuk dilaksanakan di kawasan yang diramalkan melihat pertandingan sengit, sekurang-kurangnya antara Barisan Nasional dan pakatan rakyat.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sewaktu lawatan ke Batang Kali mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk menaik taraf pembetung yang menjadi penyebab utama banjir di kawasan itu.

Manakala semalam, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak sendiri turun padang bersama petugas untuk meninjau suasana di kawasan yang mempunyai 64,500 pemilih berdaftar.

Najib juga turut mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah lagi Projek Perumahan Warga Felda untuk Gugusan Sungai Dusun di daerah Hulu Selangor.

Najib berkata, projek yang akan dilaksanakan itu terletak di kawasan Felda Soeharto di kawasan seluas 14 hektar yang melibatkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah dan menelan belanja kira-kira RM32 juta.

Pada hari yang sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan majlis bertemu masyarakat di Hulu Selangor.

Bersama penduduk Ladang SKC Hulu Bernam, Abdul Khalid menyerahkan Borang 5A (Premium Pemberimilikan Tanah) kepada 108 individu, penyampaian Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor.

Pada sebelah petangnya, Abdul Khalid bertemu masyarakat Kampung Baru Si Jantung, Hulu Bernam.

Lebih 40,000 penyokong Thaksin banjiri Bangkok

BANGKOK - Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan Baju Merah sekali lagi memenuhi ibu kota Bangkok untuk mendesak kerajaan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya baru.

Polis menganggarkan jumlah penunjuk perasaan yang terbabit dalam demonstrasi terbaru ini adalah sekitar 40,000 orang.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva ketika berunding dengan pemimpin Baju Merah baru-baru ini bersedia mengadakan pilihan raya lebih awal, tetapi ditolak.

"Kami tidak mahu Perdana Menteri Abhisit terus berkuasa sepanjang sembilan bulan ini," kata pemimpin Baju Merah, Korkaew Pikulthong.

Baju Merah, juga penyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra mendakwa demonstrasi terbaru kali ini akan menjadi perhimpunan terbesar sejak ia dilancarkan pada 14 Mac lalu dengan jumlah lebih 100,000 orang.

Sehari sebelum itu, lebih 4,000 penunjuk perasaan berpakaian merah jambu berhimpun untuk menentang demonstrasi Baju Merah.:

Perhimpunan diadakan di Monumen Raja Rama IV di hadapan Dataran Lumpini pada tengah hari kelmarin.

Presiden Persatuan Hotel Thailand, Prakit Chinamourphong berkata, industri pelancongan kerugian lebih 10 bilion baht (RM900 juta) sejak Baju Merah memulakan demonstrasi di ibu kota pada 12 Mac lalu.

"Saya tidak dapat hentikan bantahan oleh Baju Merah.

Tetapi, saya bimbang mengenai insiden pengeboman kerana ini akan memberi kesan psikologi kepada orang ramai, terutama pelancong," katanya.

25 maut diserang militan berpakaian tentera

BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila sekumpulan militan bersenjata berpakaian seragam tentera Iraq menggempur tiga rumah penduduk kampung kampung di selatan Baghdad.

Serangan berlaku di kampung Sufiya dalam daerah Rasheed pada awal pagi semalam.

"Penyerang berpakaian seragam dan memandu kenderaan sama seperti digunakan tentera ketika menggempur tiga rumah di kampung tersebut," kata Kementerian Dalam Negeri Iraq.

Mangsa diikat sebelum ditembak di kepala sehingga mati, kata polis.

Jurucakap keselamatan Baghdad, Mejar Jeneral Qassim al-Moussawi berkata, beberapa mangsa adalah anggota pasukan keselamatan Iraq dan Majlis Kebangkitan.

Semua mangsa dipercayai dibunuh kerana bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan untuk menentang militan al-Qaeda.

Sumber keselamatan berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu terdiri daripada kira-kira 10 hingga 15 orang yang menaiki trak pikap.

Jangan pertikai hak Sultan

SHAH ALAM – Tindakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan Baginda agar darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada dua wakil rakyat pembangkang ditarik balik, dilihat seperti mempertikaikan kuasa dan hak Sultan.

Pakar Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, gelaran dan anugerah adalah pengiktirafan daripada Sultan yang diberikan kepada individu tertentu atas jasa dan sumbangan seseorang terhadap negara.

Menurutnya, dari segi prinsip dan hak seseorang individu yang diberi penganugerahan, sekiranya mereka terlibat dengan jenayah yang dapat dibuktikan dengan kukuh, kuasa menarik gelaran dan anugerah itu terletak kepada Sultan dan majlis penasihat istana.

“Tidak dinafikan Sultan mempu-nyai kuasa menarik balik, tetapi baginda juga mempunyai penasihat yang akan menyiasat perkara tersebut agar keputusannya telus dan tidak dipengaruhi unsur politik.

“Dalam senario sekarang, ia seperti satu usaha yang tidak baik kerana adakah wakil rakyat BN sahaja yang boleh mendapat penghargaan?”

“Mereka boleh berikan pelbagai alasan untuk menyokong tindakan mereka, tetapi tidakkah mereka terfikir tindakan itu juga seperti mempertikaikan keputusan Sultan kerana darjah kebesaran itu dianugerahkan Sultan?,” katanya kepada :Sinar Harian,: semalam.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah Politik dan Strategi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff berharap tiada spekulasi mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kuasa Sultan dan institusi istana.

“Buat masa ini, kita lihat sahaja keputusannya,” katanya.

Kelmarin, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) serta badan bukan kerajaan (NGO) Perak menyerahkan memorandum kepada Sultan Perak meminta darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Pengerusi DAP Perak, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ngeh Koo Ham dan ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, ditarik balik.

Memorandum itu diserahkan atas alasan pembangkang menderhaka kepada Sultan Perak apabila mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Dr Zamry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Menteri kewangan kedua ambil anak angkat cina

TAPAH - "Saya sangat seronok... saya bercita-cita menjadi seorang polis," begitulah luahan ringkas seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang menjadi anak angkat Menteri Kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Leong Han Ni yang merupakan pelajar cemerlang SJK (C) Temoh di sini kelihatan sangat gembira walau pun masih malu dan kekok semasa ditemui pada majlis mengambil anak angkat yang berlangsung di rumah datuknya di Kampung Baru Temoh di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata Leong adalah anak angkatnya yang pertama dan beliau terpanggil untuk membantu kanak-kanak itu ketika ditemui datuknya yang memohon bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam satu program awal tahun ini.

Leong ditinggalkan kedua ibu bapanya yang berpisah ketika masih kecil kini dipelihara datuknya, Leong Meow Yong, 79, yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana tidak mempunyai tangan kiri.

Ahmad Husni berkata beliau mengambil Leong sebagai anak angkat bagi memastikan kanak-kanak itu dapat meneruskan pelajaran sehingga peringkat tertinggi memandangkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan masa kini.-Bernama

Zambri bukan pengganas

ZANBRY BUKAN PENGGANAS DIA PEMAAF:BETUL..BACALAH!11
Zambry Akan Kaji Permohonan Maaf Suara Keadilan

SITIAWAN: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan melihat dan mengkaji tindakan yang perlu diambil ke atas akhbar Suara Keadilan berikutan permohonan maaf yang dikemukakan akhbar itu berhubung penulisan artikel bertajuk, 'Zambry Disyaki Pengganas - Gagal Masuk ke Amerika Syarikat'.

Permohonan maaf itu dibuat Lembaga Pengarang Suara Keadilan pada keluaran 30 Mac-6 April 2010.

"Saya difahamkan mereka ada membuat langkah-langkah untuk membetulkan keadaan itu (permohonan maaf) setelah mereka sedar apa yang mereka laporkan itu tidak benar... sama sekali seperti dilaporkan edisi Suara Keadilan bertarikh 29 Disember tahun lalu.

"Dalam hal ini saya akan memaklumkan kepada peguam saya mengenai tindakan seterusnya yang perlu dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Juara Rakyat Bersama Agensi Kerajaan anjuran Umno Bahagian Lumut, di Batu 15, Lekir hari ini.

Zambry turut menyifatkan laporan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan satu pembohongan besar kerana tiada kejadian beliau ditahan di Amerika Syarikat seperti yang didakwa akhbar itu.

Menurut artikel itu yang mendakwa mendapat maklumat itu daripada sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, Zambry ditahan pihak Imigresen sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.

Mengulas mengenai permohonan maaf itu, Zambry berkata beliau akan melihat perkara ini secara menyeluruh memandangkan beliau belum lagi membaca artikel berkenaan.

Pada 25 Februari lepas, Zambry memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga yang lain berhubung artikel tersebut, di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Zambry menamakan Dr Wan Azizah selaku pemegang jawatan dalam PKR, Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali yang juga ketua editor Suara Keadilan, penerbit akhbar berkenaan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan pencetak Suara Keadilan, Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau menegaskan bahawa beliau tidak dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat, malah dibenarkan masuk ke negara itu serta diberikan pengiktirafan yang sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Katanya, lawatan beliau ke Amerika Syarikat mendapat liputan meluas media dan defendan telah menyiarkan kata-kata berunsur fitnah itu dengan sengaja. BERNAMA





            Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kiri disini

          




          Kode Iklan anda yang ingin ada di sebelah kanan disini

          



Artikel ini ditulis oleh pemilik dari BRIGED MP SEGAMBUT. Artikel ini boleh dipublikasikan ulang di blog manapun selama mencantumkan nama penulis dan link sumber artikel dan hanya digunakan untuk keperluan non-komersil. Serta tidak merubah separuh atau seluruh bagian dari isi.


Kerajaan Pakatan terbukti mendahulukan rakyat



Mohd Nor Yahya   
PENGKALAN CHEPA, 4 April: Negeri-negeri Pakatan Rakyat ternyata mendahulukan rakyat dalam setiap program, biar pun slogan itu menjadi motto utama kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
Beliau berkata, banyak dasar dan gerak kerja di negeri Pakatan Rakyat ternyata mendahulukan rakyat.
Di Kelantan ada skim Takaful Kifaalah yang memberi wang saguhati sebanyak RM1,500 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun apabila meninggal dunia.
Begitu juga di Selangor ada skim mesra usia emas dan Tabung Warisan Anak. Manakala  di Pulau Pinang setiap warga emas menerima RM100.
“Pelbagai program di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan jelas menunjukkan rakyat benar-benar didahulukan,” katanya pada satu program di Putik semalam.
Perdana Menteri melancarkan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan pada 5 April selepas menduduki kerusi perdana menteri. 
Idris juga berkata, bagi memastikan rakyat tahu kegagalan Umno dan Barisan Nasional (BN) mentadbir kerajaan, program penerangan di peringkat akar umbi perlu diperhebatkan.
Katanya, kegagalan itu berpunca amalan rasuah politik menjadi darah daging mereka.
Kata beliau amalan memberi wang kepada perwakilan ketika pemilihan parti sudah menjadi kelaziman kepada pemimpin Umno.
“Dan sekarang makin teruk lagi apabila kerajaan BN sanggup menjadi agen kepada Yahudi apabila sanggup menggunakan khidmat Apco Worldwide. Ini boleh mengancam keselamatan negara,” ujarnya.
Pada majlis itu beliau juga berharap petugas parti di semua peringkat perlu mengembeleng tenaga menerangkan kepada masyarakat pelbagai isu yang berlaku dalam negara sekarang.
Katanya, PAS mempunyai jentera penyebaran maklumat agak terhad untuk menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai.
“Kita perlu mendekati golongan atas pagar atau di luar pagar supaya mereka faham terhadap apa berlaku,” ujar beliau.
Hadir sama pada program berkenaan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakub dan Datuk Husam Musa.

Rintihan Bumi Kenyalang



Sarawak Terpinggir 
Dari Arus Pembangunan
Material dan Spiritual

1. Lawatan saya ke Bumi Kenyalang dalam misi memperkasa gerakan Pemuda PAS dan Pemuda Pakatan Rakyat di sana sungguh bermakna dan benar - benar menyentuh sanubari seorang pejuang .

2. Semangat anak - anak muda yang ingin melihat perubahan besar berlaku di negeri Sarawak cukup meyakinkan bahawa Sarawak adalah bumi yang subur buat perjuangan Islam yang kita dokong ini .

3. Sarawak sebagai sebuah negeri yang mempunyai banyak hasil bumi seperti minyak , gas , balak dan lainnya adalah sebuah negeri yang berpotensi besar untuk menjadi negeri yang paling maju di Malaysia dan rakyatnya pula adalah rakyat yang paling selesa dan bahagia . Bertolak dari kemajuan dan keselesaan itu pula , Sarawak sewajarnya mampu membekalkan ilmu dan pendidikan yang baik malah bertaraf dunia kepada seluruh rakyatnya .

4. Namun malang sejuta kali malang apabila rakyat Sarawak disenaraikan antara rakyat yang paling miskin dalam negara kita . Inilah musibah besar yang terpaksa dihadapi oleh rakyat negara ini ekoran penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara yang sangat ketara . Lihat sahaja negeri Terengganu yang turut mendapat jolokan sebagai Kuwait Malaysia seketika dulu lantaran minyak yang melimpah dikurniakan Allah swt , tetapi dukanya Rakyat Terengganu juga antara rakyat termiskin dalam negara ini .

5. Sarawak yang hanya mempunyai 2.4 juta penduduk berbanding pendapatan kerajaan negeri Sarawak yang sedemikian banyak , selayaknya sejak 47 tahun negeri ini merdeka tiada lagi rakyat yang hidup miskin dan berada di bawah paras kemiskinan yang bisa meluluh sanubari insaniah .

6. Lebih malang 37% ummat Islam [ 888.000 orang ] Sarawak tidak mendapat pendidikan agama yang sewajarnya sebagai seorang muslim terutama kepada muslim yang berada di kawasan pendalaman . Mereka terus terhimpit atau terperangkap dalam kemiskinan dan kejahilan yang parah . Jurang perbedaan tahap upaya ekonomi keluarga juga sangat ketara antara golongan kaya dan miskin . Pemandangan di Sarawak jelas dapat dilihat secara mata kasar bagaimana jurang perbedaan kaya miskin itu selebar jarak "langit dan bumi" .

7. Saya tidak nafi berlakunya perkembangan dakwah dan peningkatan ummat Islam di Sarawak tetapi perlu diingatkan bahawa Islam tidak sekadar mengislamkan insan kemudian meninggalkan mereka kekal dalam keadaan jahil dan terus leka dibawa arus maksiat serta mungkar tanpa ada usaha yang gigih dan berkesan untuk membimbing atau mendidik mereka agar menjadi insan yang soleh dan bertaqwa .

8. Sarawak telah memiliki institusi Islam yang baik seperti surau [ 845 buah ] dan masjid [ 352 buah ] . Malah Sarawak juga turut mempunyai Ngos Islam seperti Harakah Islamiah [HIKMAH] , PERKIM , PERKIS , JIM , ABIM , AMAL , PERKEPIS , SEMISA dan 74 buah Lembaga Amanah Khairat di seluruh negeri Sarawak . Segala potensi ini sewajarnya tidak hanya diberi peruntukkan material berupa dana dan bangunan semata - mata tetapi juga peruntukkan kuasa dan bidang tugas yang lebih luas dan besar agar mereka benar - benar berfungsi tanpa kekangan yang membantutkan usaha murni mereka .

9. Peningkatan 78 buah perkampungan baru Islam si seluruh negeri Sarawak juga mestilah diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan negeri agar kebajikan dan pendidikan mereka dijamin sebaik mungkin . Bukan sahaja kaum dan bangsa yang menganut ajaran Islam tetapi jua kepada seluruh rakyat negeri Sarawak selayaknya diberikan tumpuan oleh kerajaan agar taraf hidup mereka ditingkatkan sekaligus memberi harapan dan sinar baru buat masa depan mereka.

10. Setakat ini , apa yang berlaku di Sarawak ialah pengaruh dan penguasaan ekonomi negeri hanya dibolot oleh golongan pemimpin dan kroni parti pemerintah . Segala projek dari serendah nilai seperti projek angkut sampah hinggalah kepada projek mewah setinggi nilai dikaut dan dikuasai oleh individu dan golongan [ elit ] tertentu sahaja .

Melayu tak sedar diri ke atau Awang Selamat tak sedar diri?


Melayu tak sedar diri

Tulisan Awang yang menyokong Perkasa dalam ruangan ini minggu lalu terus dibidas oleh beberapa pemimpin pembangkang termasuk Zaid Ibrahim.
Beliau berkongsi sentimen dengan pihak-pihak tertentu terutama DAP bagi menentang Perkasa. Mereka khuatir kebangkitan NGO Melayu walaupun dalam konteks mempertahankan Perlembagaan dan asas kenegaraan. Lebih-lebih lagi sokongan masyarakat Melayu terhadap Perkasa kian melonjak. Ada kajian mendapati hampir 70 peratus orang Melayu menyokong pendirian Perkasa dalam banyak isu kritikal. Awang ingin bertanya Zaid, apa salahnya orang Melayu di tanah air ini menyokong Perkasa?
Selain itu, beliau mempersoalkan Awang dengan menyatakan sebenarnya tiada pihak yang menghina dan mencabar kedudukan raja-raja Melayu? Sekali lagi Zaid buat-buat lupa tentang beberapa peristiwa menghina Sultan Perak tahun lalu, yang didalangi pembangkang. Kita masih ingat bagaimana rakyat dan pelbagai pihak marah terhadap cubaan mencabar institusi raja, yang terburuk dalam sejarah moden tanah air. Malah bara penghinaan itu masih belum padam sehingga hari ini. Jika Zaid anggap ia tidak berlaku, memang beliau tebal ego dan hipokrit. Awang ingin bertanya ketika institusi raja diasak teruk ketika itu, mengapa PKR lama berdiam dan tiada pendirian apatah lagi untuk mengeluarkan kenyataan keras mempertahankan institusi berkenaan? Awang juga ingin mencabar Zaid agar mengisytiharkan bahawa PKR menjunjung sepenuhnya Perlembagaan negara dan mempertahankannya dalam apa keadaan sekalipun.
Dalam pada itu, Zaid mempersalahkan pemimpin UMNO dan mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad terhadap beberapa perkara termasuk kegagalan Melayu, Awang tidak terkejut. Perspektif yang beliau beri kabur seperti orang dalam ketagihan. Itu memang perangai Zaid, hanya nampak dirinya betul dan pihak lain salah. Pada Awang, orang seperti Zaid turut menyumbang kepada kegagalan Melayu. Beliau adalah Melayu yang tidak sedar diri. Ramai yang tahu siapa Zaid dan juga kontrak-kontrak yang pernah diterima daripada kerajaan. Apakah semuanya atas asas merit? Awang tidak pasti tetapi ia menjadi perbualan bahawa beliau banyak mendapat faedah ekonomi atas kapasitinya sebagai peguam dan usahawan Melayu? Persoalannya lagi, sejauh manakah faedah yang beliau peroleh dimanfaatkan bagi membantu semaksimum mungkin usahawan Melayu yang baru bertatih?
Berkaitan integriti, Zaid sudah hilang itu semua. Banyak kenyataan beliau mengundang kemarahan ramai. Salah satunya, Awang masih ingat bagaimana Zaid pernah menggesa Yang di-Pertuan Agong campur tangan dengan tidak melantik Mohd. Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) sebagai Perdana Menteri. Sekiranya Zaid mendokong demokrasi seperti dilaung-laungkan, beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.
Kini Zaid menjadi hulubalang kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang berdepan dengan satu lagi kes liwat, isu campur tangan asing dan pembohongan yang serius. Anwar diketahui ghairah mendapatkan sokongan bukan Melayu dengan cara menggugat struktur politik Melayu, yang menjadi tunjang selama ini. Zaid nampaknya gembira untuk berada dalam sistem seperti itu. Awang tidak kisah kalau beliau dalam golongan Melayu liberal dan mengamalkan gaya hidup tersendiri tetapi janganlah musnahkan Melayu kerana politik. Jika Zaid bijaksana, mengapa tidak memperbetulkan banyak kepincangan dalam pembangkang terutama PKR. Mengapa beliau boleh menerima pemimpin bermasalah besar seperti Anwar sedangkan puluhan pemimpin PKR sudah meninggalkannya atas prinsip kebenaran? Pemimpin diangkat dan diikut atas akhlak dan kebolehannya. Lalu Awang boleh mengerti mengapa Zaid tidak mendapat sokongan akar umbi termasuk ketika berada bersama UMNO. Memang beliau pemimpin yang bermasalah. Celaru identiti dan celaru jiwa.

Sidang DUN Perak tanda Demokrasi terkubur



Apr 01, 2010 12:42:36 pm

 
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pantai Remis Nga Kor Ming (DAP-PR) hari ini melahirkan perasaan kesal bahawa demokrasi telah terkubur dalam Negeri Perak memandangkan apa yang berlaku sempena persidangan Dewan Negeri kali ini yang hanya berlangsung setengah hari sahaja.
Nga melahirkan perasaan kesal yang tidak terhingga kerana semua ADUN pakatan Rakyat telah bersiap-sedia untuk membawa isu dan masalah rakyat pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini untuk mencari jalan penyelesaian tetapi hak dan niat suci mereka telah dinafikan dengan ala kuku besi.
Nga Kor Ming dalam kenyataan medianya berkata, Pakatan Rakyat meminta persidangan Dewan Negeri berlangsung lima hari supaya semua 59 orang wakil rakyat dari seluruh Negeri mempunyai masa yang cukup untuk membahas titah Ucapan Diraja dan mengutarakan masalah yang dihadapi oleh rakyat dalam kawasan masing-masing.  Akan tetapi, permintaan yang cukup munasabah tersebut telah ditolak tanpa sebab oleh Kerajaan Negeri sebaliknya persidangan Dewan Negeri hanya diadakan tidak lebih dari 5 jam sahaja.
Nga, yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, beliau merujuk kepada perintah tetap Dewan Negeri tetapi haknya untuk membaca perintah tetap juga dicabul oleh Speaker BN, R, Ganesan, walaupun ia jelas termaktub dalam perintah tetap Dewan jika Ahli Dewan membaca perintah tetap, semua pihak perlu menghormati peraturan Mesyuarat tersebut.
Nga bertanya, "semua pembesar suara 28 orang ADUN Pakatan Rakyat Perak telah ditutup sepanjang masa, kita tidak boleh berucap, tidak dibenarkan tanya soalan tambahan, tidak boleh bahas titah Ucapan Tuanku, tidak boleh baca peraturan dan tidak boleh kemukakan usul, maka apa guna kita duduk dalam Dewan kuku besi sebegini?"
Nga berkata, selama tiga penggal beliau menjadi wakil rakyat sejak 1999, persidangan kali ini adalah antara yang paling teruk dari segi amalan Demokrasi dan hak-hak Ahli Dewan PR telah dicabul dengan sewenang-wenangnya.  Sebaliknya ADUN Barisan Nasional mendapat layanan istimewa.
Nga Kor Ming pada persidangan kali ini membangkitkan perintah tetap perkara 3, 4 dan 6 mempertikaikan keesahan perlantikan R. Ganesan kerana perlantikan beliau tidak pernah mematuhi undang-undang dan tidak pernah dapat restu Ahli Dewan dengan undi bersurat sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan Negeri.
Media dikurung di galeri Orang Awam: Amalan anaktiri
Nga juga membidas pihak pentadbiran Barisan Nasional kerana mengkurung pihak media di galeri orang awam di tingkat tiga dan mengakibatkan pihak media tidak dapat membuat laporan liputan media dengan telus dan tepat.  Beliau berkata, "kebanyakan media dikurung di bilik atas dengan pembesar suara ADUN Pakatan semua ditutup supaya pihak media tidak dapat dengar hujah ADUN Pakatan Rakyat.  Sila tepuk dada, Tanya imam, adakah ini adil dan saksama?"
Nga Kor Ming (gambar kanan) juga mempersoalkan keputusan Zambry Bin Abdul Kadir yang memendekkan persidangan Dewan hingga kurang dari satu hari kerana ia adalah jelas kerajaan Negeri dibawah BN takut bahawa kemungkaran dan kelemahan pentadbiran mereka akan terdedah jika ADUN PAKATAN RAKYAT dibenar untuk membahas.
Selain itu, Nga Kor Ming berkata, tohmahan Zambry bahawa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat pernah menawarkan beliau jawatan Menteri Besar Perak sebelum Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik menyandang jawatan tersebut adalah satu kisah penglipur lara yang hanya sekadar bahan ketawa sahaja.  "Jika benar, sila tunjukkan bukti dan ulangi di luar Dewan, jangan berlagak lempar batu, simpan tangan," kata beliau.
*Kenyataan media oleh Nga Kor Ming selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pantai Remis, Perak.

Apa Sanusi Junid kata tentang Anwar.


Di sebalik ‘kehebatan’ Anwar

Mingguan: Pada pandangan Tan Sri adakah Anwar Ibrahim mempunyai kelebihan?
Sanusi Junid: Sebenarnya Anwar adalah manusia biasa yang mempunyai cita-cita terlalu tinggi dan terlalu gopoh dalam mengambil tindakan. Dia tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang perlu dibimbangkan. Dalam banyak hal Anwar tidak berjaya tetapi kelemahan UMNO dan orang Melayu menyebabkan orang melihat Anwar sebagai jaguh. Sebenarnya dia tidak ada apa pun.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang beberapa kerusi dalam pilihan raya 1999 kerana peristiwa matanya yang lebam dibelasah bekas Ketua Polis Negara. Itu bukan kesalahan UMNO. Tetapi masa itu orang Melayu tidak tahu hendak salahkan siapa kerana mata lebam dijadikan modal pilihan raya. Jika Anwar terlalu hebat dan ada kelebihan luar biasa tidak mungkin BN boleh menang besar dalam pilihan raya 2004. Sedangkan ketika itu segala-galanya mengenai Anwar diketahui, biar pun dia dipenjara dan sebagainya tetapi BN masih boleh menang besar. Sebenarnya ketika itu simpati pengundi kerana mata lebam Anwar sudah merosot, walaupun di dalam penjara tapi Barisan Nasional (BN) boleh mendapat kemenangan besar.
Bukankah Anwar mempunyai ramai kawan dan penyokong?
Sanusi Junid: Kita tidak menafikan Anwar mempunyai banyak kawan lebih-
lebih lagi beliau pernah menjadi menteri kewangan. Siapa pun yang jadi menteri kewangan memang banyak kawan. Tetapi itu bukan faktor yang melonjakkan Anwar.
Yang melonjakkan Anwar adalah berpunca daripada dalam BN sendiri. Faktor itu menjadikan parti-parti pembangkang kuat dan mendapat sokongan rakyat. Kejayaan besar pada pilihan raya 2004 menyebabkan BN terlalu leka, selesa dan khayal. Kerajaan selepas 2004 membiarkan masalah kecil menjadi besar sehinggakan memberi kesan kepada rakyat.
Saya nampak ada empat perkara menyebabkan BN hilang pengaruh dan pembangkang semakin kuat. Pertamanya, krisis MCA pada 2002-2003. Ketika krisis itu BN membiarkan MCA menyelesaikan isu tersebut bersendirian. Keadaan itu menyebabkan konflik dalaman MCA semakin rumit dan berpanjangan.
Kononnya sebab tidak mahu campur tangan, sedangkan MCA itu komponen BN dan pucuk pimpinan BN mempunyai kuasa serta fungsi untuk menyelesaikan masalah tersebut dan bukannya menyerahkan untuk diselesaikan oleh MCA sendiri kerana parti itu sememangnya sedang lemah dan berkecamuk.
Maka akibatnya, orang Cina yang hilang kepercayaan terhadap MCA mencari alternatif – mereka pergi kepada DAP, yang mana tak suka DAP pergi pula kepada PKR.
Keduanya, masalah Hindraf. Jika kita lihat dalam isu Hindraf, pemimpin mereka sebenarnya mahu berjumpa dengan kerajaan dan berbincang. Oleh kerana Hindraf terdiri daripada kaum India maka diserahkan kepada MIC dan tidak memberi peluang kepada Hindraf menyelesaikan masalah mereka. Maka Hindraf mencari alternatif lain iaitu PKR.
Seterusnya, BN juga seolah-olah khayal selepas kemenangan besar pada 2004. BN berasa selesa dengan kemenangan itu dan tidak membuat banyak perubahan untuk mengekalkan sokongan rakyat. Sebaliknya diperkenalkan dasar baru yang boleh mengelirukan rakyat.
Dan akhirnya apabila tiba pilihan raya, pemilihan calon yang tidak mengambil kira kehendak akar umbi. Bukan itu saja orang lama yang bertanding di sesuatu kawasan langsung tidak dimaklumkan mengenai pemilihan baru. Orang Melayu sarat dengan budi bahasa, jika tidak dipilih pun tidak apa asalkan mereka diberitahu. Ini tidak dan apabila calon yang dipilih tidak disenangi, tidak dikenali maka kita kalah dalam pilihan raya. Ia juga berkait rapat dengan masalah rasuah dalam UMNO.
Pembangkang menang bukan kerana Anwar ada kelebihan dan bukan juga kerana mereka kuat tetapi kerana UMNO dan BN itu yang lemah.
Selebihnya apa yang ada pada Anwar memang telah lama ada seperti kemahiran berpidato, penampilan agama. Kawan-kawan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar, Yayasan Anda, Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia juga menjadi sekutu Anwar sama ada dalam PKR, UMNO atau kelompok yang digelar Erdogan di dalam Pas.
Manakala penonjolannya adalah kerana dia ini ibarat man of the moment. Misalnya ketika tunjuk perasan dia bukanlah orang yang merancang tunjuk perasaan tetapi dia pandai menonjolkan diri pada saat-saat penting seperti ketika Black Maria datang untuk mengheret mereka yang terlibat dalam tunjuk perasaan tersebut.
Pada pandangan Tan Sri sejauh mana pakatan pembangkang mampu bertahan dan bekerjasama untuk menjayakan matlamat mereka?
Sanusi Junid: Saya nampak pakatan pembangkang bercelaru. Saya tidak percaya mereka akan berjaya. Saya juga tidak percaya parti-parti yang menganggotai pakatan pembangkang itu akan dapat benar-benar bekerjasama jika pun mereka dapat memerintah negara ini.
Anwar hanya diperalatkan oleh DAP. DAP perlu ada seorang Melayu untuk mengetengahkan agenda mereka. Jika tidak ada Anwar DAP akan cari orang lain, orang tidak cerdik pun tidak apa, sekarang Anwar mungkin cerdik tetapi kalau Anwar tak ada nanti, DAP akan cari juga seorang Melayu. Saya percaya Anwar pun tahu. Ini kerana DAP tahu mereka sahaja tidak akan mampu mencapai matlamat dan cita-cita untuk menguasai negara ini.
Saya juga percaya pemimpin Pas tidak sayang sungguh-sungguh kepada DAP. Di hati mereka tidak mungkin akan membiarkan negara ini terlepas kepada DAP biarpun atas nama pakatan pembangkang. Cumanya sekarang ini Pas seperti mencuba-cuba atau mempunyai matlamat sendiri dalam kerjasama dengan pakatan pembangkang. Biarpun Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sering bercakap macam-macam tetapi saya percaya dan saya yakin jauh di sudut hati Nik Aziz dia dia bekerjasama dengan DAP secara strategi sahaja. Mungkin dia meluat kepada sesetengah pemimpin UMNO.
Sebenarnya lebih mudah bagi DAP untuk bekerjasama dengan UMNO daripada bekerjasama dengan Pas.
Tan Sri yakin kerjasama Pas dengan pakatan pembangkang begitu?
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Negara keluar dari 'tsunami politik'





MUHYIDDIN Yassin menikmati sarapan pagi bersama pemimpin tempatan, NGO dan penduduk di Machang, semalam. - MINGGUAN/Rosni Masri


MACHANG 3 April - Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya mengemudikan negara ini keluar daripada 'tsunami politik' dan kegawatan ekonomi sehingga berada pada landasan yang meyakinkan serta melegakan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam tempoh setahun, Najib juga berjaya mengukuhkan lagi jentera pentadbiran kerajaan agar perancangan dalam menjayakan agenda besar untuk rakyat menjadi lebih berkesan.
Katanya, perkembangan itu kembali mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional dan kian menyerlah melalui gagasan 1Malaysia yang telah mempengaruhi dan memaut semua lapisan masyarakat untuk membangunkan negara.
"Apa yang berlaku dalam masa 365 hari itu adalah manifestasi kepada usaha Perdana Menteri yang telah mengubah wajah negara kita dari segi kerajaan dan rakyat merasa lebih selamat serta selesa.
''Ini kerana langkah yang diambil beliau untuk menangani kegawatan ekonomi telah mula menunjukkan hasil memberangsangkan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Juara Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah I di sini hari ini.
Hadir sama, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan ketiga-tiga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Muhyiddin mengulas mengenai pencapaian Najib selepas setahun menjadi Perdana Menteri dan menerajui pentadbiran negara.
Beliau yang turut mengucapkan tahniah di atas pencapaian Najib itu menambah, dalam tempoh yang singkat tersebut, kestabilan politik pembangkang pula semakin goyah dan segala kepincangan mula terdedah.
Katanya, disebabkan pencapaian yang memberangsangkan, pembangkang cuba mengambil kesempatan dengan menimbulkan isu untuk mengeruhkan hubungan mereka berdua.
"Ini adalah cubaan sia-sia untuk memecah belahkan hubungan di antara saya dengan Najib, saya tahu di mana kedudukan saya untuk membantu beliau menguruskan pentadbiran negara dan parti.
"Saya selaku timbalan sentiasa bekerja rapat, tidak ada apa-apa perselisihan dan masalah di antara kami, perjuangan saya bersama UMNO tetap utuh malah sentiasa bekerja rapat dalam meneruskan agenda kerajaan," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, kepimpinan Najib sebagai pemacu negara tetap diyakininya dan sebarang usaha untuk memecahkan hubungan mereka tidak akan memberikan kesan.
Katanya, keyakinan itu berasaskan tempoh genap setahun Najib mentadbir negara walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dari aspek politik dan ekonomi.
''Bermula 2008 kita tahu pelbagai krisis melanda negara menjadikan keadaan di dalam negara terumbang-ambing namun krisis itu kini berjaya diselesaikan.
''Beliau layak menerima penghargaan ini kerana tempoh setahun adalah masa yang singkat tetapi perubahan besar telah dilakukan untuk negara ini," katanya.

Balu muda militan pengebom Moscow



GAMBAR tanpa tarikh dan tidak menyatakan tempat dirakam ini menunjukkan Abdurakhmanova bergambar bersama suaminya yang sudah meninggal dunia tahun lalu, Magomedov. - AFP


MOSCOW 2 April - Pasukan penyiasat Rusia mengenal pasti identiti seorang daripada dua pengebom berani mati wanita yang melakukan serangan ke atas stesen kereta api bawah tanah di Moscow, sebagai remaja berusia 17 tahun yang juga balu kepada seorang militan Caucasus.
Akhbar harian Kommersant hari ini melaporkan, pengebom itu dikenali sebagai Dzhennet Abdurakhmanova, malah ia turut menyiarkan gambar remaja itu yang mempunyai muka kebudak- budakan.
Dalam gambar bersama arwah suaminya, Umalat Magomedov yang menyaksikan kedua-dua mereka memegang pistol, Abdurakhmanova dilihat memakai tudung.
Akhbar sama memetik penyiasat di Dagestan sebagai berkata, Magomedov merupakan seorang militan Dagestan yang maut dalam satu operasi khas tahun lalu.
Masih belum jelas sama ada pasangan itu telah berkahwin secara rasmi kerana dalam gambar tersebut Magomedov dilihat tidak memakai cincin.
Kommersant dalam pada itu melaporkan, Abdurakhmanova turut mempunyai nama keluarga lain iaitu Abdulayev.
Menurut laporan Kommersant , Abdurakhmanova datang dari daerah Khasavyurtovsky di Dagestan dan bertemu Magomedov semasa berumur 16 tahun selepas dia menghubungi pemberontak melalui internet.
Kommersant memberitahu, identiti Abdurakhmanova dikenal pasti melalui gambarnya.
Penyiasat Rusia percaya Abdurakhmanova bertanggungjawab di atas serangan berkembar pertama Isnin lalu yang mengorbankan 39 nyawa.
Kommersant melaporkan, pihak penyiasat masih belum mengenal pasti identiti pengebom kedua, namun satu sumber mengenal pasti pengebom itu sebagai wanita Chechnya bernama Markha Ustarkhanova, juga isteri kepada seorang militan Caucasus. - AFP