Friday, June 1, 2012

KBS jenamakan semula Himpunan Jutaan Belia



SEBAHAGIAN daripada ribuan belia yang menonton konsert Clash of the Band pada Himpunan Jutaan Belia di Jalan Persiaran Perdana, Putrajaya baru-baru ini.


PUTRAJAYA - Mulai tahun depan, Himpunan Jutaan Belia sempena sambutan Hari Belia Negara dijenama semula menjadi Festival Belia Putrajaya bertujuan melonjakkan imej perhimpunan itu ke tahap lebih tinggi.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, selepas kejayaan penganjuran selama tiga tahun, program mega tersebut perlu diberi nafas baharu untuk menarik lebih ramai belia menyertainya selepas ini.
"Penganjuran himpunan tersebut di bawah jenama baharu ini akan mampu untuk menarik lebih ramai penyertaan belia dan seisi keluarga.
"Kita akan fikirkan banyak acara dan aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan dan dapat diikuti oleh semua golongan masyarakat," katanya di sini semalam.
Menurut beliau, kementeriannya akan mengadakan satu bengkel bagi membincangkan pelbagai cadangan dan teguran-teguran yang diberikan oleh pelbagai pihak untuk penambah baik penganjuran program tersebut.

Jawatankuasa khas siasat kemalangan drag di Putrajaya




AHMAD SHABERY (kiri) melawat seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan semasa ujian perlumbaan drag di Hospital Putrajaya semalam.



PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat kemalangan semasa sesi ujian perlumbaan drag pada Himpunan Jutaan Belia di sini baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jawatankuasa khas itu akan turut dianggotai wakil Persatuan Permotoran Malaysia dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
"Perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan Kabinet semalam (kelmarin), jadi sehingga hasil siasatan dikeluarkan, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tiga mangsa kejadian itu yang masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya semalam.
Dalam kejadian pada 27 Mei lepas, seramai 17 penonton cedera termasuk empat parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara itu terbabas semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar bermula.
Ahmad Shabery berkata, kementerian bersedia mengambil segala tanggungjawab walaupun banyak langkah keselamatan telah diambil termasuk penyediaan ambulans.

Promo kasi hanggit!!

Promo kasi hanggit!!: coming soon.. kenali dato Jamal tokeh ABSIB [Asalkan Bukan Sekinchan Ikan Bakor]

Waahhh sedikit demi sedikit skandal2 puak2 umno ni di bongkar!!!

Waahhh sedikit demi sedikit skandal2 puak2 umno ni di bongkar!!! hehehehe ABSIB [Asalkan Bukan Sekinchan Ikan Bakor]