Wednesday, March 13, 2013

Surat terbuka Faekah kepada Tun Mahathir


Kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed di Klang baru-baru ini saya kira telah melampaui batas dan lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dr Mahathir menuduh kononnya masa depan dan hak keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di Negeri Selangor.
Kenyataan beliau menunjukkan bahawa beliau telah tertinggal jauh dari perkembangan politik tanah air. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama; lagu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu serta mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam di kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Dr Mahathir sepatutnya sedar ketika beliau mengungkapkan kata-kata penghinaan mengenai agama Islam tersebut, beliau berada di Bandar Di Raja Klang, Bandar kebanggaan Sultan-Sultan di Selangor. Pentadbiran Pakatan Rakyat menyerahkan hal ehwal agama Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) dan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) tanpa campur tangan politik.

Sesungguhnya, Ketua Agama Islam di negeri ini adalah DYMM Sultan Selangor sendiri dan baginda begitu menjaga kesucian agama Islam serta sentiasa mempertahankan kepentingan umat Islam. Pentadbiran kerajaan negeri pula akur, patuh dan menghormati apa sahaja keputusan DYMM Sultan Selangor berkenaan kesucian dan pembangunan agama Islam. Mana mungkin di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kesucian agama Islam boleh terancam. Tohmahan Dr Mahathir ini merupakan keceluparan melampau hatta menghina Institusi Agama dan Raja di negeri ini.
Di Selangor, JAIS memperolehi peruntukan yang paling tinggi di dalam Belanjawan Negeri; melebihi RM130 juta setahun. Dari segi pembangunan, kita telah membelanjakan lebih RM405 juta untuk membina masjid dan sekolah agama dan lebih RM46 juta untuk baik pulih masjid dan sekolah agama sepanjang tempoh 2008-2012. Kita juga telah menaikkan elaun guru-guru Sekolah KAFA dari RM400 ketika pemerintahan Dr Mahathir kepada RM1300 hari ini. Pengiktirafan yang kita berikan ini antara salah satu cara kita meningkatkan ilmu agama di kalangan anak-anak Melayu Islam sebagai pelaburan modal insan.

Sebaliknya pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tahfiz seringkali diugut dengan pembubaran. Pelbagai alasan dangkal yang diberikan Dr Mahathir. Banyak juga kenyataan menghina yang dikeluarkannya ketika itu antaranya; anak-anak Melayu yang bersekolah kebangsaan waktu pagi dan ke sekolah agama sebelah petangnya akan keletihan dan lemah dalam pelajaran. Sedangkan tidak banyak faedah bersekolah agama di sebelah petang, sekadar menghafal doa makan dan masuk tandas sahaja.
Pada Dr Mahathir, amalan berjaga malam untuk berqiamulail hanya menjadikan anak-anak Melayu ini kurang tidur lantas melemahkan sel-sel otak mereka, lembab dan tercicir di dalam pelajaran. Rakyat di negeri ini masih belum lupa penghinaan tersebut dan jika mahu disebut satu persatu perlakuan Dr Mahathir terhadap agama Islam serta penghinaan terhadap umat Islam, kita sendiri yang akan terasa malu dengan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam kerana ada di antara kita bersikap jelek begitu. Tiba-tiba hari ini Dr Mahathir cuba menjadi jaguh agama.
Memang benar kata-kata seorang ulama terkenal di negara ini yang menyatakan jika seseorang itu telah bergelar ‘Mantan’ ini bermakna kata-kata serta pandangannya sudah tidak relevan lagi. Jangan diambil pusing, elok sahaja dibiarkan melalak tanpa perhatian. Ini sangat bertepatan sekali dengan situasi Dr Mahathir ketika ini. Nampaknya beliau masih berilusi dan mengalami sindrom penafian bahawa beliau sudah menjadi mantan hampir 10 tahun lamanya.
Dr Mahathir juga membuat tuduhan jahat kononnya nasib orang Melayu akan tergadai jika pembangkang memerintah Selangor. Mahathir perlu tahu Umno adalah pembangkang di Selangor; melatah dan tersasul sememangnya sifat seorang mantan 10 tahun yang gagal menerima hakikat bahawa kuasa sudah bukan miliknya lagi.
Kita tidak menafikan Dr Mahathir meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat asalnya membantu orang Melayu. Malangnya dasar itu ternyata gagal dalam pelaksanaannya kerana agihan kekayaan yang tidak adil dan tidak telus. Amalan kronisme; memperkaya suku sakat sangat berleluasa dan ‘dihalalkan’ atas dasar menjaga kepentingan Melayu. Sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu tidak tercapai kerana salah guna kuasa dan kecurangan yang diamalkan.
Hanya segelintir Melayu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin UMNO menikmati keistimewaan tersebut manakala masyarakat Melayu teramai ketinggalan dan kekal di takuk lama. Pada Dr Mahantir, Melayu bererti Halim Saad, Tajudin Ramli, Syed Mokhtar dan beberapa kerat nama lagi termasuk Mokhzani dan Mukhriz Mahathir. Adakah yang dimaksudkan Dr Mahathir menjaga kepentingan Melayu adalah untuk menjaga kepentingan segelintir nama di atas?

Bukan dasar kita membongkar apa yang telah dilakukan Umno sepanjang pemerintahan mereka di Selangor. Kita maklum kerana kerakusan mereka merompak hasil negeri ini maka mereka terhukum pada 2008. Namun, tuduhan melampau Dr Mahathir menjadikan saya teruja untuk mendedahkan sedikit apa yang dikatakan ‘menjaga kepentingan Melayu’ itu. Melalui semakan rambang, kita dapati ratusan ekar tanah dimiliki Umno Selangor atas dasar Melayu dan Bumiputera. Apabila perkara ini didedah di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, mereka dengan angkuh mengatakan apa salahnya mereka mengambil tanah rakyat ini kerana kononnya merekalah yang telah membangunkan negeri ini !!
Ratusan ekar tanah mereka perolehi hanya dengan membayar premium paling minima RM100 setiap ekar. Kebanyakan tanah tersebut kini telah dimajukan dan dijual dengan harga ratusan juta kepada syarikat swasta yang bukan milikan Bumiputera. Saya tidak bermaksud mempersoal pemilikan tanah oleh bukan bumiputera tetapi sikap hipokrasi Umno begitu menjengkelkan. Peliknya, ketika menjual hartanah tersebut kepada syarikat swasta dengan keuntungan berlipat ganda, tidak pula mereka bertempek ‘Hidup Melayu”!! Mengapa Dr Mahathir tidak menghalang pimpinan UMNO ini dari menggadai tanah-tanah orang Melayu ini kepada orang bukan Melayu? Mana perginya kedaulatan, maruah dan harga diri orang Melayu yang dilaung-laungkan?
Kita juga mendapati ketika pemerintahan Umno di Selangor, ribuan ekar Tanah Rezab Melayu yang terletak di bandar telah ditarik keluar dan dijadikan milikan bebas. Diganti pula dengan tanah di hujung kampong seperti di Panchang Bedena, Sabak Bernam serta di Hulu Selangor. Maka terletaklah Tanah Rizab Melayu jauh dari kota kerana pada Umno, orang Melayu layaknya hidup terperosok di kampung-kampung. Kerana itu jugalah, apabila kerajaan Pakatan Rakyat berusaha meningkat taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang memiliki aset bertaraf dunia seperti pembangunan Datum Jelatek, hiruk pikuk Umno membantah pembangunan tersebut. Umno mahu Melayu kekal berniaga di warung-warung dengan bermentaliti pemilik gerai.
Dr Mahathir juga antara manusia yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep penswastaan di negara ini. Seperti DEB, penswastaan juga bermatlamat murni namun pelaksanaan tempang dan curang telah menjadi beban kepada rakyat tetapi syurga kepada kroni dan pimpinan Umno. Contoh terdekat bagi negeri Selangor ialah penswastaan konsesi air. Meskipun tidak mempunyai kepakaran dan kemampuan kewangan namun oleh kerana beliau adalah Bendahari Umno Selangor, seorang Melayu maka konsesi industri air yang bernilai berbilion ringgit diserahkan kepadanya. Akhirnya beliau menikmati kekayaan melampau di atas kesengsaraan rakyat menanggung bil air yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Tidak terdengar satu ayatpun dari Dr Mahathir ketika rakyat Selangor berjuang berhabisan mempertahankan hak air mereka. Dr Mahathir berpura-pura seolah-olah hidup di dunia berbeza.
Mana pergi suara Dr Mahathir ketika kita membongkar pengkhianatan Umno yang memberikan ribuan ekar tanah serta ratusan juta ringgit kontrak kepada Tan Sri Chan Ah Chai melalui Syarikat Kumpulan Talam? Mengapa Mahathir senyap sunyi apabila kita dedahkan Talam berhutang RM392 juta kepada rakyat Selangor hampir sedekad lamanya dan gagal dituntut oleh Umno? Tahu atau tidak Dr Mahathir bahawa kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekuatan politik untuk mengutip hutang-hutang tersebut? Sedarkah Dr Mahathir kerajaan Pakatan Rakyat telah pulangkan jumlah RM390 juta tersebut kepada rakyat miskin di negeri ini yang sebahagian besar adalah orang Melayu? Tidak terbayang di minda kita bagaimana beliau boleh menuduh Pakatan Rakyat akan menghancurkan orang Melayu kecuali kita menerima hakikat bahawa faktor usia telah melemahkan daya pemikiran beliau.
Seawalnya saya cuba untuk tidak mengingati kerosakan yang telah dilakukan Dr Mahathir pada kebanyakan institusi penting Negara selama 22 tahun pemerintahannya. Polis, Kehakiman, Perkhidmatan Awam menjadi kucar kacir dan hilang intergriti. Tetapi memandangkan beliau ghairah untuk beraksi selaku ‘de facto’ Perdana Menteri mungkin kerana Perdana Menteri hari ini begitu lemah dan gagal maka rakyat terutama orang Melayu yang ‘mudah lupa’ perlu diingatkan bahawa insan bernama Mahathir yang telah memporakperandakan kesatuan orang Melayu khusus ketika peristiwa hitam Badan Kehakiman 1988 dan insiden Mata Lebam 1998.
Ini belum lagi menyentuh bagaimana Malaysia kehilangan berbilion ringgit dalam permainan mata wang oleh orang kepercayaan beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan. Pendedahan Barry Wain (mendiang) dalam bukunya bahawa ketika pemerintah Dr Mahathir, Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya RM100 billion kerana rasuah dan salah guna kuasa masih gagal dijawab oleh beliau sehingga ke hari ini.
Malah perkara terbaru yang begitu serius ialah apabila Siasatan Suruhanjaya DiRaja Kewarganegaraan Sabah mendedahkan penglibatan langsung Dr Mahathir menjual kewarganegaraan kepada bangsa asing (yang pastinya bukan Melayu) semata-mata mahu kekal berkuasa. Tanpa rasa malu mahupun berdosa terhadap rakyat dan bangsa Malaysia Dr Mahathir mengakuinya dan sanggup pula mengheret Almarhum Tunku Abdul Rahman ke dalam isu tersebut.
Rasanya tiada perkataan yang sesuai dan layak diungkapkan terhadap insan bernama Mahathir ini apabila kita mengimbau segala kerosakan yang telah dilakukannya. Jauh di sudut hati saya terfikir, pastinya Dr Mahathir bersyukur Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dimansuhkan di negara ini. Kekadang terdetik juga, alangkah baiknya jika sebaliknya .. !!!

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

KONSPIRASI TERKINI UMNO? Anwar mungkin ditahan tak lama lagi – Rafizi



Terdapat kebimbangan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin akan ditangkap tidak lama lagi kerana Perdana Menteri Najib Razak dan parti pemerintahannya Umno menuduh beliau sebagai dalang pencerobohan di Lahad Datu.
Ahli-ahli parti PKR Anwar menjangka perkara paling buruk mungkin akan berlaku, berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber di peringkat tinggi serta jika dibaca daripada rentetan peristiwa yang "dirancang" mereka merasa ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan benci terhadap pemimpin berusia 64 tahun itu.
Kebangkitan Anwar dijangka bakal membentuk dan menerajui kerajaan persekutuan pada masa akan datang, dan jika dia 'ditahan', kemaraan Pembangkang boleh dipatahkan.
"Saya rasa adalah wajar bagi saya untuk sekurang-kurangnya tidak memandang remeh apa-apa kemungkinan kerana kebarangkalian adalah sangat tinggi. Jika anda bercakap dengan sesiapa sahaja, memang sudah jelas terdapat kemungkinan bahawa Pakatan Rakyat akan menang," pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu Malaysia Chronicle.
"Pada mulanya saya fikir kita telah menolaknya. Tetapi setelah memerhatikan bagaimana peristiwa telah dirancang sejak 2 minggu yang lalu, mesej keseluruhan seolah-olah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim sebagai dalang di sebalik kejadian. Saya tidak fikir ia adalah sesuatu yang keterlaluan jika kita mengambil langkah berjaga-jaga kerana negara ini pernah menyaksikan perkara yang lebih teruk daripada itu. Jika mereka telah melibatkan Anwar Ibrahim dalam dua kes tuduhan liwat yang dibuat-buat, saya tidak fikir ia adalah sukar bagi mereka untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai modal politik yang bakal menguntungkan mereka dalam pilihanraya yang akan dating. Kita sudah begitu hamper pada pilihanraya, jadi kita sedang memantau dan melakukan yang terbaik untuk mengumpul seberapa banyak maklumat. Tetapi saya fikir orang ramai juga perlu berwaspada jika terdapat sebarang cubaan untuk mengaitkan Anwar Ibrahim dengan apa yang berlaku di Sabah, bagi saya, ia perlu ditolak dengan serta-merta kerana ia tidak lebih daripada helah politik Umno."

Menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar, Tian Chua

Tekanan ke atas Najib yang tertekan semakin hebat berikutan kematian 2 askar pada hari Selasa, membawa kepada jumlah kematian meningkat kepada 10 setakat ini daripada pasukan keselamatan Malaysia yang dikerahkan untuk mengawal krisis Lahad Datu. Dengan pilihan raya umum ke-13 di negara yang bakal menjelang, Najib yang berusia 59 tahun akan terpaksa mengosongkan tempatnya.
"Saya fikir mereka akan cuba menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat. Rentak mereka sama sahaja, anda boleh melihat di kaca TV setiap hari bagaimana kata-kata Anwar sering dimanipulasi, sedangkan lagu beliau mengenai Umno kehilangan Sabah sudah disalahguna. Gambar lama pertemuan beliau dengan Nur Misuari (pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ditunjukkan untuk memberi bukti terdapat konspirasi diantarabeliau dan Sultan Sulu untuk menyerang Sabah. Walaupun kedua-dua Anwar dan Kesultanan Sulu telah menafikannya, mereka hanya akan mengabaikannya dan memutar belit segala-galanya untuk memenuhi tujuan mereka, "Tan Kee Kwong, seorang pemimpin kanan PKR, memberitahu Malaysia Chronicle.
"Taktik yang sama digunakan ke atas Tian Chua. Dia merupakan unsur Cina bagi UMNO yang gunakan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu bertindak sebagai bukti akan tuduhan Mahathir bahawa Anwar akan menjual negara ini kepada orang Cina jika dia menjadi PM adalah benar. Mereka memalsukan dakwaan pasukan polis untuk ‘mati katak' daripada Tian Chua walaupun dia sebenarnya tidak pernah berkata demikian. Bagi golongan elit Umno, apabila mereka sudah terdesak, apa-apa sahaja akan sanggup mereka lakukan tanpa perlu ada alasan."
Bukan pertama kali
PKR mungkin mempunyai alas an untuk bimbang. Kenyataan yang dikeluarkan sehari yang lalu oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan memantau media Filipina untuk mendapatkan maklumat mengenai dalang di sebalik krisis Lahad Datu mencetuskan syak wasangka.
"Saya percaya media Filipina akan menyiarkan maklumat lanjut. Saya tidak mahu untuk mengaitkan mana-mana individu. Biarkan media Filipina yang mendedahkannya, "Bernama melaporkan Zahid sebagai berkata pada hari Selasa.
Jika Anwar ditahan dan didakwa atas dakwaan pengkhianatan, implikasi bagi pilihanraya Malaysia mungkin tidak akan menjadi seperti apa yang Najib harapkan.
Ia hanya boleh meyakinkan pengundi Melayu luar bandar untuk menyebelahi Umno, namun bakal mencetuskan gelombang besar undi protes kepada pembangkang. Pilihan raya 2008 adalah bukti yang terbaik, mendedahkan pengundi Malaysia berjiwa bebas , yang mempunyai pemikiran mereka sendiri.
Dan jika diperhatikan kepada trend menurun dalam populariti Najib sejak memegang jawatan pada April 2009, dia seharusnya ingat bahawa taktik ekstrim telah gagal mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, menghalang Anwar daripada terus berada di dunia politik selalunya hanya akan memakan diri mereka sendiri.
Antara konspirasi yang didakwa dirancang Najib untuk menggagalkan pembangkang termasuk pusingan kedua tuduhan liwat yang direka terhadap Anwar pada tahun 2008, mengadakan rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri Perak yang dipimpin PR pada tahun 2009, serta skandal seks yang diketuai oleh Datuk T dan media BN pada tahun 2011.
Untuk menangkap Anwar kerana didakwa mendalangi pencerobohan di Lahad Datu bukanlah di luar keupayaan Najib.
Najib juga terikat untuk mendapatkan sokongan dari bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, orang yang dikatakan bakal paling rugi jika PR menang dalam PRU ke-13 dan Anwar menjadi PM yang seterusnya.
Ini kerana, bukan sahaja Mahathir telah memecat dan memenjarakan Anwar pada tahun 1998 pada pusingan pertama tuduhan liwat palsu, Anwar juga telah memberi amaran bahawa anak-anak Mahathir, yang disenaraikan dalam indeks Forbes sebagai antara yang terkaya di dunia, akan dipaksa untuk membayar balik kesemua wang yang telah dirompak dari negara setelah beberapa tahun.

Malaysia Chronicle 

BANGKIT LAH! Azmin calls on M'sians: Don't let Najib arrest Anwar & make a mockery of Lahad Datu


PKR deputy Azmin Ali confirmed that his party was concerned their adviser, Opposition Leader Anwar Ibrahim, might be arrested and made a scapegoat by Prime Minister Najib Razak's government for the failure and high loss of lives in an ongoing security operation to flush out armed militants in Lahad Datu, Sabah.
"This (arresting Anwar) is not something new. Only this time we ask the people to rise up - bangkit lah - and give a strong warning to the government - don't play politics with national security," Azmin told a press conference on Tuesday.
Later on the sidelines of the conference, Azmin told Malaysia Chronicle that this time he was confident the Umno-BN government could no longer resort to strong-arm tactic to quell the opposition as it had done in the past.
"For 15 years we have lived under the shadow of fear so much so we are no longer afraid. We are very confident the people will not allow themselves to be deceived by such atrocious politicking. This is the ultimate in the Umno-BN's politics of dishonesty and deceit," said Azmin.
Azmin called up by MCMC over Sabah RCI
He pointed out that he had been called to lodge his statement with the Malaysian Communications and Multimedia Commission in Cyberjaya at 2pm.
"My lawyers called the MCMC and we were told it is related to the Sabah RCI. Exactly how, we will have to wait and see. To us, what is clear is an overall concerted effort to go after the PKR and Pakatan Rakyat leaders," said Azmin.
At a press conference in January, Azmin who is also the Gombak MP, had branded former premier Mahathir Mohamad a "traitor" over the alleged citizenship-for-votes project in Sabah state.
The Project I.C. or Project M (for Mahathir) has been condemned by Sabahans for decades. They blame it for the surge in population that has shrunk their economic pie and reduced their living standards.

The instability arising from the invasion of a small village in Lahad Datu by armed foreign gunmen and the consequent revenge killings have also been attributed to Project M.
Many Sabahans say the scheme had allowed hundreds of thousands of illegal workers of Filipino and Indonesian descent to live in Malaysia although the loyalties of some were still with their country of birth.
Key witnesses at a Royal Commission of Inquiry held to probe the Project M had testified that the orders to offer citizenship had come from Mahathir's aides.
“We truly understand this represents a planned effort headed by the then prime minister (left), and to me he is a traitor to the country for given identity cards (IC) to foreigners just to shore up Umno’s political power,” Malaysiakini had reported Azmin as saying.
The only way - vote out Umno at GE13
Meanwhile, PKR strategy director Rafizi Ramli, who first revealed the Opposition's concern of an Anwar arrest to Malaysia Chronicle, denounced the Umno-led government for using the MCMC to pressure PR leaders.
"While it is the MCMC's right to question or initiate action, the double standard is too obvious. The MCMC should focus on facilitating a free and fast Malaysian cyberspace that is not entangled or used as yet another tool for oppression although the fault lies with Umno, which continuously exerts pressure on MCMC to sabotage the Opposition leaders," Rafizi told Malaysia Chronicle.
"While I have issues with the MCMC's inability to stand independently, getting rid of Umno is the only way to fix this."
Malaysia Chronicle

Fitnah : Abim fail saman RM10j ke atas Utusan



Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini memfailkan saman berjumlah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Sdn Bhd berhubung penyiaran laporan yang didakwa menghina NGO berkenaan dan juga isteri Rasulullah.
Writ saman tersebut menamakan Presiden Abim Amidi Abdul Manan sebagai plaintif, manakala Utusan Melayu (M) Sdn Bhd, Ketua Pengarang Datuk Abdul Aziz Ishak dan wartawan Lukman Ismail dinamakan sebagai defendan.

Writ saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 pagi ini oleh peguam Abim Mohd Khairul Anwar Ismail melalui Tetuan Anwar Ismail & Associates.

Writ saman itu merujuk kepada artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 8 Februari bertajuk 'PAS Benarkan Tarian Lucah, Abim Hina Isteri Rasulullah' di perenggan 16 dan 17.

Tulisan itu didakwa sebagai "suatu penyataan fitnah yang berniat jahat terhadap plaintif yang bertujuan untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah serta merendahkan martabat plaintif sebagai sebuah pertubuhan Islam dan dakwah yang cukup dikenali".

Perenggan 16 dalam artikel tersebut menyebut: "Tidak cukup dengan Pas yang menghina sahabat Rasulullah apabila mengangkat Lim Guan Eng, seorang kafir sebagai Khalifah Umar Al-Aziz, kini Abim pula menghina isteri baginda dengan memberi Anugerah Saidatina Khadijah kepada Datin Seri Wan Azizah Ismail."

Tulisan di perenggan 17 pula didakwa menerbitkan penyataan fitnah daripada blog Malaysia News Network yang menyatakan: "Pertubuhan itu jelas mempersenda Saidatina Khadijah kerana mengangkat seorang isteri pemimpin yang terpalit dengan isu moral setanding dengan isteri Rasulullah".

Amidi dalam writ samannya berkata artikel dan penyataan tersebut merupakan satu fitnah dan berniat jahat bertujuan untuk menjatuhkan maruah dan reputasinya.
Selain itu ia juga didakwa menimbulkan kebencian dan penghinaan masyarakat umum sebagai pertubuhan Islam dan kepimpinannya serta mencari sensasi dan publisiti murahan didorong oleh kecenderungan politik dan tujuan lain.

"Artikel fitnah dan penyataan fitnah tersebut yang dibuat terhadap plaintif adalah tidak benar dan salah sama sekali, malahan ianya tidak lain tidak bukan adalah bersifat liar dan jahat, dan secara keseluruhannya tidak berlaku adil kepada plaintif.

"Sebagai pertubuhan Islam dan dakwah, plaintif dengan tegasnya menafikan bahawa anugerah tersebut diwujudkan dan diberikan dengan bertujuan menghina dan mempersenda isteri Rasulullah SAW," writ saman itu dipetik.

Dokumen itu menyebut, anugerah dengan nama tersebut sebelum ini pernah diberikan oleh institusi lain selain Abim, termasuk juga institusi kerajaan.

Amidi juga berkata, beliau dan para pemimpin Abim menanggung malu dan kepercayaan masyarakat mula terhakis akibat “fitnah keterlaluan” yang didakwa memberi gambaran jahat keterlaluan kepada plaintif.

Writ itu difailkan selepas ketiga-tiga defendan enggan menarik balik artikel dan memohon maaf terbuka sehingga ke hari ini kepada Abim selepas notis tuntutan itu dihantar pada 22 Februari lalu.

Selain gantirugi pampasan RM10 juta, beliau turut menuntut gantirugi teruk, gantirugi teladan serta perintah injunksi untuk menahan artikel itu diterbit, dilafaz atau dicakapkan semula oleh Utusan atau/dan ejennya atau sesiapapun.

Selain itu Amidi turut menuntut antaranya faedah sebanyak 8 peratus ke atas jumlah penghakiman dan tarikh pemfailan saman sehingga penyelesaian penuh dan kos relif yang difikirkan adil dan berpatutan oleh mahkamah.

Turut mengiringi Amidi ke mahkamah hari ini ialah peguam Mohd Khairul Anuar dan Setiausaha Agung Mohamad Raimi Ab Rahim.

Melayu: Umno boleh belajar dengan TG Nik Aziz



KUALA LUMPUR: Melayu merempat Umno wajib dipersalahkan, tegas AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. 

“Kenapa 55 tahun negara Merdeka, Melayu masih ketinggalan jauh ke belakang.

“Apakah kemiskinan di kalangan orang Melayu dirancang?” tanya beliau.

Katanya, apabila Melayu miskin maka senang untuk mengkambinghitamkan DAP yang dituduh punca Melayu terpinggir.

Dengan ini, ujar beliau Melayu hidup menjadi abdi sepanjang hayat, terutama musim pilihan raya.

Maka, katanya senang mereka dipaksa untuk menyokong Umno dan selepas pilihan raya, pemimpin Umno akan terus mengkhianati amanah rakyat dan negara.
“Apa yang tidak kena, sehingga keadaan semakin parah sedangkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, orang Melayu, Menteri Kewangan orang Melayu, Menteri Pelajaran dari Melayu, pegawai daerah orang Melayu, penghulu orang Melayu, jawatankuasa kerja kemajuan kampung (JKKK) orang Melayu, ketua kampung juga orang Melayu,” ujarnya.


Punca Melayu tertinggal, kata beliau kerana berlaku diskriminasi ketika bantuan kerajaan hendak diberi disebabkan berlainan ideologi.

Menurutnya, Umno menganggap bantuan itu datang daripada bendahari Umno sedangkan ia adalah wang pembayar cukai.

Beliau menambah, sikap tidak amanah menyebabkan wang tidak sampai kepada sasaran yang sepatutnya menerima bantuan.

Katanya lagi, apabila pemimpin Umno yang bergelomang dengan rasuah, akhirnya mereka yang takut dosa rasuah akan ketinggalan untuk mendapat projek, kerana tidak sanggup memberi rasuah.

“Pemimpin Umno tidak takut dosa sehingga sanggup khianat sesama agama dan bangsa. Mereka tidak fikir balasan yang akan diterima di akhirat jika mereka khianat,” ujarnya.

Sepatutnya, kata Idris pemimpin Umno boleh belajar dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang berjaya menjaga Kelantan, negeri yang majoriti adalah orang Melayu sehingga berjaya menurunkan kadar kemiskinan di negeri itu daripada nombor 2 kepada nombor 4.

“Kenapa Tuan Guru berjaya, sebabnya beliau pemimpin yang amanah, taqwa dan adil,” jelasnya lagi.

Polis: Agbimuddin berkubu di Kampung Tanjung Batu...!!!! Rakyat mula bertanya ribuan polis dan askar serta kelengkapan untuk apa....?????

 Polis: Agbimuddin berkubu di Kampung Tanjung Batu...!!!! Rakyat mula bertanya ribuan polis dan askar serta kelengkapan untuk apa....?????

Sehingga kini, 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera.- Gambar fail
LAHAD DATU, 13 Mac — Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Agbimuddin Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Agbimuddin tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Feb lepas.
“Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Hamza berkata keyakinan itu bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan pemantauan sentiasa dijalankan.
Selepas sembilan hari Operasi Daulat, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh dan 25 daripada mayat penceroboh militan itu telah dibawa keluar dari zon merah.

Seramai 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi, manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan, kata Hamza.
Sehingga kini, 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera. Seorang daripada anggota tentera itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku.
Hamza berkata tiada pertempuran dilapor sejak malam tadi hingga pukul 10 pagi ini dan operasi kini diperluas ke Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu.
Ditanya bila penduduk Kampung Tanduo akan pulang ke kampung mereka, beliau berkata perkara itu belum diputuskan kerana terdapat beberapa faktor perlu diteliti.
“Hanya ada 10 rumah di situ. Banyak aspek perlu dipertimbangkan termasuk sama ada tanah mereka duduki adalah milik mereka atau tidak dan taraf kerakyatan mereka.
“Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) juga (menyebabkan) kami harus melihat secara lebih menyeluruh bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.
Mengenai kemalangan yang menyebabkan seorang anggota tentera terbunuh, Hamza berkata kenderaan tentera tiga tan itu yang menyertai konvoi dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu untuk Operasi Daulat terbabas di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku pada 7.30 pagi, semalam.
Kejadian menyebabkan pengiring kenderaan iaitu Kpl Ahmad Farhan Ruslan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan itu cedera.

Doanya dimakbulkan

 al fatihah utk al-marhum ustz fadzil noor..moga beliau di tempatkan di kalangan org yg beriman..

-perjuangan harus diteruskan. Allahuakhbar...

Apabila Umno selalu berbohong.....kini "Dilema Umno" meyakinkan rakyat....!!!!!



Mohamed Hanipa Maidin,
Sehingga kini Umno dan Najib menghadapi masalah bagi meyakinkan rakyat bahawa tragedi Lahad Datu bukan hasil teori konspirasi. Mengapa berlaku sebegitu? Jawapannya rekod Najib dan Umno sendiri. Umno dan Najib sudah terlalu biasa menipu rakyat hinggakan kini mereka menghadapi krisis keyakinan bagi menyakinkan rakyat dalam apa sahaja isu yang timbul. Najib dan Umno hanya layak menyalahkan diri sendiri jika rakyat yakin isu Lahad Datu adalah hasil teori konspirasi.

Dilema Umno meyakinkan rakyat ini mengingatkan saya kepada cerita di zaman kanak-kanak dulu. Kisah bagaimana budak gembala kambing yang sering menipu orang-orang kampung kononnya kambingnya dimakan serigala. Orang kampung yang terpedaya dengan pembohongan budak tersebut dengan jujur cuba memberi bantuan kepada budak tersebut. Apa yang orang kampung dapat? Budak penipu itu mentertawakan orang kampung kerana mudah ditipu. Akhirnya apabila serigala benar benar datang memakan kambing beliau jeritan budak sipenipu itu tidak lagi berguna. Orang kampung sudah tidak percaya lagi pada sipenipu? Sudah 12 pilihanraya Umno tipu rakyat, maka rekod buruk mereka kini nampaknya memakan tuan. 

Toeri konspirasi bukan fenomena baru dalam dunia politik. Tragedi 11 September yang menyaksikan serangan ke atas Menara Berkembar, World Trade Centre (WTC) dan Pentagon sehingga kini tidak diterima sepenuhnya sebagai tragedi sebenar. Tidak sedikit rakyat Amerika dan penduduk dunia ini yang percaya tragedi 9/11 adalah hasil teori konspirasi jahat Bush, Dick Cheney dan Donald Rumsfeld. Tidak sedikit tulisan, buku, rencana, dokumentari dan filem dihasilkan bagi menyokong teori konspirasi tersebut. 

Malahan wujud satu organisasi yang dinamakan 9/11 Truth Movement yang berjuang untuk membawa mesej bahawa 9/11 adalah hasil teori konspirasi. Ada juga yang menyatakan kemusnahan menara kembar dan TWC adalah daripada apa yang dipanggil "Controlled Demolition" (keruntuhan secara terkawal). Tun Mahathir sendiri antara tokoh poltik yang percaya 9/11 adalah satu drama yang dihasilkan bagi menyerang Islam. 

Wujud juga satu kumpulan pakar-pakar tentera yang dikenali sebagai "army specialist April gallop" yang menyaman pentadbiran Bush dalam isu 9 /11 atas alasan kejadian tersebut hasil dari teori konspirasi yang dirancang oleh regim Bush.

Isunya di sini teori konspirasi bukan benda baru. Ia boleh berlaku dan telah berlaku dalam politik. Politik sekular yang bergurukan Machevelli dengan prinsip "matlamat menghalalkan cara" yang tidak menjadikan dosa dan pahala sebagai asas berpolitik memberi laluan mudah untuk teori konspirasi berkembang. 

Apa sahaja teori konspirasi sudah tentu beralaskan motif. Apa motif tragedi 9/11? Penyokong teori konspirasi menyatakan motifnya adalah penaklukan Iraq dan Afghanistan serta perkiraaan kepentingan geostrategik di Timur Tengah seperti rancangan "pipeline" yang dilancarkan oleh Unocal dan syarikat-syarikat minyak yang lain.

Adakah tragedi Lahad Datu adalah hasil teori konspirasi masih belum diketahui. Dengan ketiadaan kertas putih dan sidang Parlimen khas membincang isu ini dengan telus, Najib perlu faham ia menyuburkan anggapan bahawa ada suatu yang tidak kena dalam isu ini. Adakah teori konspirasi ...Wallahu 'alam.

Bagaimanapun saya berpendapat Najib menghadapi masalah besar meyakinkan rakyat ianya bukan teori konspirasi. Masa kejadian yang sangat hampir dengan tarikh pilihanraya Umum -pilihanraya yang paling mencabar buat beliau - tidak membantu Najib dan Umno bagi menolak teori konspirasi. Ini ditambah pula dengan Najib sendiri menghadapai pelbagai isu yang dilihat mengikat beliau seperti isu pendedahan Deepak dan Bala tentang Altantuya, isu pendedahan Umno terlibat memberi kad pengenalan secara mudah dan tidak sah kepada bukan warganegara dan yang terbaru pula pendedahan berani bapa Saiful bahawa Anwar menjadi mangsa teori konspirasi. Semua isu ini meyakinkan rakyat Najib amat perlu satu grand design yang besar dan paling licik untuk menarik balik keyakinan rakyat.

Yang lebih malang semakin isu ini berlarutan semakin banyak rakyat melihat kenyataan yang berubah-ubah dan bercelaru dari mulut pemimpin Umno. Kerajaan Najib dilihat secara konsisten tidak konsisten. Kita tidak tahu adakah yang datang ke negara kita adalah penceroboh atau pengganas atau apa? Jika pengganas mengapa di awal isu ini kerajaan bersedia berunding dengan pengganas dan dikhabarkan diberi makan dan minum ketika berunding?

Sejak bila sebuah kerajaan berunding dengan pengganas yang datang menceroboh negara dengan membawa senjata? Jika Senator Australia yang datang secara sah tiada rundingan dibuat dan terus dihalau balik, mesti ada sesuatu yang istimewa kepada pengganas yang datang dari Sulu dengan membawa senjata dan berkubu di Felda Sahabat 17, Lahad Datu hingga mereka dibawa berunding!

‘Hospital’ sementara Lawas disewa RM80,000 sebulan



LAWAS 13 MAC: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai digesa menjelaskan status pembinaan hospital baru di Lawas, Sarawak yang gagal disiapkan sehingga kini.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, kerajaan pada April 2011 mengumumkan peruntukan RM121 juta untuk membina hospital berkenaan di atas tapak lama Hospital Lawas.
Bagaimanapun, hospital baru itu belum disiapkan sepenuhnya manakala hospital sementara yang disewa kerajaan dengan bayaran RM80,000 sebulan juga gagal beroperasi.
Ekoran itu, kemudahan yang tidak mencukupi di hospital lama di Lawas menyebabkan penduduk mendapatkan rawatan di Hospital Miri yang jaraknya terlalu jauh.
“Ia ternyata menyusahkan mereka kerana jarak antara Lawas ke Miri mengambil masa selama 3 jam dan penerbangan untuk ke sana hanya beberapa kali dalam sehari. Jadi ini memberi risiko kepada pesakit yang memerlukan rawatan segera,” tegasnya.

Umno BN sebelum ini berjanji membina hospital baru di Lawas bagi menggantikan hospital lama yang dibina pada 1969 dengan kapasiti 76 katil pesakit.
Pembinaan di tapak sama melibatkan kawasan 12 ekar itu dipersetujui dalam Rancangan Malaysia ke 8 dan dijangka siap dalam masa tiga tahun sejak pembinaannya pada 2011.
Sumber memberitahu, bangunan hospital sementara bagi menampung pesakit pula disewa dari sebuah bangunan kedai empat tingkat dengan bayaran RM80,000 sebulan, sejak tahun yang sama.
Selain itu, pembinaan dan kemudahan di hospital sementara itu juga tidak dijalankan mengikut spesifikasi ditetapkan.
Dalam pada itu, Yahya turut mempersoal ke mana hilangnya peruntukan hingga menyebabkan terbantutnya pembinaan hospital baru di Lawas.
“Mengapa ia boleh tergendala, ke mana perginya peruntukan sebanyak RM121.6 juta itu? Apakah ia janji tinggal janji seperti kebiasaan dilakukan oleh mereka (Umno BN), hingga menyebabkan pesakit bertambah sakit,” katanya.

Fitnah terbongkar: Wan Azizah tak putus2 panjat kesyukuran


SEGAMBUT 13 MAC: Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memanjat kesyukuran berikutan bapa Saiful Bukhari, akhirnya membuat pengakuan bahawa anaknya, dipergunakan dalam Fitnah II yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkan ia sebagai anugerah Ilahi, Presiden KEADILAN itu menganggap pengakuan itu sedikit sebanyak membersihkan tohmahan jahat ke atas suaminya.
“Saya rasa bersyukur sangat, rasa macam nak takbir, Allahuakbar. Kerana saya tidak sangka.
“Allah bagi. Kita pun terkejut juga, kita tidak ada usaha cari tapi ini memanglah. Hanya Allah yang dapat gerakkan hati manusia,” katanya kepada Keadilan Daily.
Walaupun pengakuan itu lambat, Wan Azizah yakin tindakan bapa Saiful itu sedikit sebanyak mampu mengubat keaiban yang dihadapi beliau sekeluarga.
“Tidak akan terlambat kerana selagi ada masa, kalau kita dengan Allah atau sesiapa pun tidak terlambat untuk bertaubat, beristigfar mencari keredhaan-Nya.

“Mungkin dulu ayahnya tidak mengetahui. Mungkin (sangka) anaknya jadi mangsa. Dulu mungkin rasa membela (Saiful Bukhari) tapi sekarang baru tahu. Jadi beliau buat sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab.
“Saya kira, Alhamdulillah. Kalaulah ini dapat buka hati ramai lagi melihat kebenaran. Saya berterima kasih, bersyukur kepada Allah,” katanya yang tidak lekang dari ucapan syukur kepada Yang Maha Esa.
Beliau turut berkongsi perasaan anak-anaknya yang lega dengan pengakuan bapa Saiful.
“Anak-anak pun kata begitu. Sebab mereka tahu, mereka lebih muda daripada saya, jadi perasaan muda itu adalah marah dan berdendam kerana bapa mereka diperlaku sebegitu, diaibkan.
“Mereka lebih agresif mengatakan patutnya (pengakuan itu dibuat) dari dulu lagi,” katanya yang sedih mengenang ujian yang terpaksa dilalui anak-anaknya

PI Bala : 'Altantuya tak izin saya mati dulu'



Campur tangan Ilahi dan malaikat pelindung telah menyelamatkannya daripada kematian yang dekat.

Begitu bekas penyiasat persendirian kontroversi P Balasubramaniam menyifatkan kejadian pada 3 Mac lalu di wad jantung di sebuah hospital swasta selepas dia disahkan mempunyai penyakit saluran koronori tersumbat.

Balasubramaniam, 53, percaya beliau boleh mati akibat serangan jantung pada bila-bila masa selepas meninggalkan India untuk pulang ke kampung halaman, justeru terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat dan pelbagai program pertemuan dengan orang ramai.

Lebih dikenali sebagai PI Bala, kepercayaannya kuat untuk menyakini bahawa "pihak di atas" dan semangat wanita Mongolia yang terbunuh Altantuya Shaariibuu masih memerlukan dia dan perjuangannya.

"Tiap tahun, pada 19 Oktober, saya bersembahyang untuk dia (Altantuya). Saya harap suatu hari keadilan akan ditegakkan," kata Bala kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif pada Isnin lalu.

Kematian anggota boleh dielak jika tindakan awal tepat - Ghafir


KUALA LUMPUR: Kerajaan melakukan kesilapan awal apabila tidak terus menggunakan pasukan tentera bagi menangani pencerobohan dari Sulu sebaliknya hanya menggunakan pihak polis untuk berunding.

Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid (gambar bawah) berkata, kerajaan seharusnya segera mengambil tindakan mempertahankan negara kerana kumpulan penceroboh lengkap bersenjata dan membahayakan keselamatan awam.

Katanya, kerajaan perlu mengutamakan keselamatan rakyat sebelum memberi alasan mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 dalam isu ini.

"Kerajaan kata mereka patuhi Konvensyen Geneva. Ini tidak masuk akal kerana penceroboh masuk jelas membawa senjata. Anggota tentera diperlukan untuk mempertahankan kedaulatan negara kita yang telah diceroboh.


"Tapi kerajaan minta nasihat peguam sana-sini dan akhirnya guna polis untuk berunding. Seolah-olah ada perompak masuk rumah, kita ada penyapu dan senapang. Kita nak guna penyapu atau senapang? Mestilah kita gunakan senapang untuk pertahankan diri kita," katanya dalam Forum Solidariti Lahad Datu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Ghafir turut berkata, kerajaan seolah-oleh terkejut dan panik menghadapi isu ini kerana tiada perisikan awal.

"Kita tak dapat perisikan daripada agensi perisikan negara. Sepatutnya yang main peranan aktif dalam memberikan perisikan adalah pasukan perisikan angkatan tentera.

"Bila tiba-tiba ada 200 penceroboh bersenjata, kerajaan panik, tak tahu nak buat apa," katanya.

Ghafir juga menegaskan, rakyat perlu menuntut kerajaaan memohon maaf di atas kegagalan mereka menangani isu ini dengan baik sehingga menyebabkan sembilan kematian pasukan keselamatan.

"Kerajaan telah membuat kesilapan (tapi) tidak ada satu suara yang memohon kerajaan memohon maaf.

"Sepatutnya kita kena bangkit memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan kerajaan bertindak telah menyebabkan lapan anggota keselamatan kita meninggal dunia," tegasnya.

Tambah beliau lagi, di Malaysia pihak atasan jarang dihukum atas kegagalan mereka sebaliknya orang bawahan sering menjadi mangsa.

"Saya tak pernah tengok orang yang bertanggungjawab dihukum sebab kesalahan dia tapi orang bawah kalau tak jaga trafik contohnya kena buang kerja," katanya.

Turut menjadi panel pada forum anjuran Akademi Pak Sako itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar.

Lt.Jen (B) Ghafir : 'Ops Daulat berlanjutan kerana tiada risikan taktikal'



Ops Daulat terus berlanjutan walaupun ia sepatutnya memakan masa sehari sahaja kerana ketiadaan risikan taktikal lengkap oleh pasukan pertahanan, kata mantan timbalan panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.

Menurutnya, maklumat risikan taktikal yang lengkap akan membolehkan pasukan keselamatan negara mengekang kemaraan pengikut Jamalul Kiram III daripada menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu sewaktu pencerobohan mula berlaku.

"Kalau kita tahu bagaimana taktik musuh, walaupun dia masuk dengan 200 orang dia tidak akan sempat berada di (Kampung) Tanduo atau berada di pinggiran (Kampung) Tanduo.

"Jadi saya rasa operasi dijalankan tanpa risikan taktikal kerana ia berpanjangan sampai ke hari ini," katanya dalam forum 'Solidariti Lahad Datu' di Kuala Lumpur malam tadi.

Ops Daulat dilancarkan polis dan tentera Malaysia pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan sembilan anggota keselamatan negara terkorban dan 57 orang penceroboh terbunuh sehingga ke hari ini.

Menurut Ghafir, rakyat Malaysia wajar mendesak kerajaan memohon maaf atas "kegagalan mereka bertindak" dalam insiden itu.

"Sepatutnya kita perlu bangkit dan memohon kerajaan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Khususnya rakyat Sabah kerana kegagalan mereka bertindak menyebabkan lapan (kini sembilan orang) daripada anggota pasukan keselamatan telah meninggal dunia," katanya.

Beliau menganggap secara keseluruhannya operasi tersebut gagal menawan, meneutralkan ancaman atau memusnahkan penceroboh.

"Jadi bagi saya, operasi ini sehingga kini adalah satu kegagalan mutlak," katanya sambil menambah ia kini mempunyai "banyak objektif politik".

Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar yang turut menjadi ahli panel pula menggariskan cabaran media dalam menangani "demam nasionalisme dan patriotisme" susulan insiden tersebut.

"Media umumnya termasuk Malaysiakini sedang berhadapan dengan demam patriotisme dan nasionalisme, iaitu demam di mana mempersoalkan tindakan pihak berkuasa keselamatan dan ahli politik dianggap tidak patriotik dan berpihak kepada Manila, kepada sultan Sulu.

"Sebagai media yang bertanggungjawab, kita terus menerus memberi pandangan-pandangan yang berbeza termasuklah daripada media Filipina," katanya.

Beliau menyeru media Malaysia supaya terus bersikap kritikal agar tidak berhadapan dengan nasib seperti media Amerika selepas perang Iraq dan Afghanistan.

Menurutnya, media Amerika kini berusaha keras memulihkan imej mereka kerana memetik sumber-sumber yang tidak dinamakan sebagai fakta dalam liputan mereka terhadap kempen ketenteraan Amerika yang kini terbukti tidak berasas.

Seorang lagi ahli panel, ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing pula mempersoalkan tindakan kerajaan berunding dengan penceroboh.

Menurutnya, Sabah pernah berhadapan dengan pencerobohan dari Indonesia pada tahun 1962.

Namun katanya, kerajaan pada masa itu tidak berunding sebaliknya bertindak tegas menyekat tentera negara jiran daripada mencabar kedaulatan Malaysia.

"Tetapi di Lahad Datu kita boleh berunding dengan penyerang-penyerang ini," katanya.

Forum yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur itu dimudahcara exco Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin dan dianjurkan Akademi Pak Sako.

Siswa: Pegawai PM burukkan BERSIH, Mkini lepas 'Tanda Putera'


Seorang pegawai kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa memburuk-burukkan gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH dan Malaysiakini selepas penayangan filem kontroversi Tanda Putera di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Sabtu lalu.

Pengerusi kumpulan pelajar We Unite For Islam (Wufi) UIA, Mohd Najib Abdul Rahim mendakwa, selepas tayangan filem kira-kira dua jam itu, individu itu membuat 'ulasan' selama 45 minit di hadapan kira-kira 400 pelajar di auditorium universiti itu.

"Di hujung slot, ada sesi ulasan filem. Dalam ulasan ada memasukkan agenda untuk memburukkan kaum lain dan menghasut dan cuba timbulkan kebencian pada orang Cina.

"Dia (pegawai itu) cakap, (ada) anasir-anasir Barat yang masuk ke dalam Malaysia untuk memburukkan Malaysia macam BERSIH dan Malaysiakini.

"Dia juga cakap, anak muda sekarang tak baca Utusan Malaysia, Berita Harian tetapi baca Malaysiakini.

"Dia juga ada tanya kepada audiens siapa yang taja Malaysiakini dan ada yang jawab Apco, ada yang jawab Yahudi dan ada yang jawab Anwar Ibrahim.

"Lepas itu muka dia terus berubah dan dia teruskan bercakap," kata Mohd Najib ketika dihubungi Malaysiakini.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat pegawai berkenaan dan pihaknya akan menghubungi Malaysiakini semula untuk menjawab dakwaan tersebut.

Mohd Najib yang turut hadir dalam sesi tayangan itu berkata, orang kanan perdana menteri itu didakwa turut menanamkan sentimen perkauman serta kebencian kepada pembangkang semasa sesi ulasan filem berkenaan selepas itu.

Menurut Mohd Najib, turut hadir pada sesi tayangan itu Rektor UIA Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Datuk Dr Mizan Hitam serta pengarah Tanda Putera Datuk Shuhaimi Baba.

Sementara itu, mengulas kandungan filem itu, Mohd Najib secara peribadi berkata, babak dalam 20 minit pertama yang menyentuh insiden 13 Mei itu akan memberikan perasaan kurang senang jika ditayang pada umum. -Mkini

Konflik Lahad Datu berlanjutan akibat campur tangan politik – Lt Jen (B) Ghafir



KUALA LUMPUR 13 MAC: Pasukan keselamatan negara gagal menyelesaikan konflik di Lahad Datu, Sabah dalam masa singkat ekoran campur tangan politik kerajaan BN, kata mantan Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid.
Beliau menganggap Ops Daulat secara keseluruhan gagal menentang penceroboh kerana tumpuan operasi terganggu dengan matlamat politik.
“Terlalu banyak objektif politik, (contohnya) nak ‘tangkap’ Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isu politik yang dibawa menyebabkan tentera tidak jelas dengan objektif operasi mereka.
“Jadi saya rasa (ia punca) operasi keselamatan ‘gagal sepenuhnya’ sejak hari pertama,” katanya pada Forum ‘Solidariti Lahad Datu’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Beliau merujuk tuduhan media kawalan Umno BN mengaitkan Ketua Umum KEADILAN itu dengan pencerobohan pengganas Sulu, di Sabah.
Ops Daulat dilancarkan polis dan tentera Malaysia pada 2 Mac lalu untuk menamatkan pencerobohan kumpulan bersenjata dari Sulu, Filipina yang menduduki Kampung Tanduo, Lahad Datu bermula 12 Februari lalu.

Beberapa siri pertempuran sepanjang operasi itu berlangsung mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban dan 57 penceroboh terbunuh sehingga ke hari ini.
Dalam pada itu, Ghafir yakin isu keganasan tentera kesultanan Sulu di Lahad Datu tidak akan berpanjangan, sehingga menyebabkan pilihan raya umum ditangguh.
Katanya, sejumlah 200 pengganas Sulu tidak akan dapat menandingi kekuatan pasukan keselamatan negara.
“Ia tidak akan jadi operasi yang berpanjangan dan menjejaskan PRU.
“Pilihan raya patut diteruskan. Tiba masa itu, tentera dan polis sudah (berjaya) laksanakan misi mereka,” kata Ghafir.
Sambung beliau, tentera Malaysia berpotensi untuk menjadi pasukan keselamatan terbaik di di Asia Tenggara jika setiap peruntukan digunakan dengan telus.
“Saya dah cakap berulang kali mengenai peruntukan yang banyak hilang di tengah jalan. Kalau kita guna dengan efektif, kita boleh jadi tentera paling canggih di rantau ini.
“(Tetapi) saya tak nak ulas panjang. Anda boleh pergi ke Kementerian Pertahanan dan tanya Ketua Setiausaha sendiri,” sinisnya.
Forum anjuran Akademi Pak Sako itu dimudahcara Exco Pemuda KEADILAN, Dr Afif Bahardin.
Panelis lain terlibat adalah Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Raja Permaisuri Agong bertudung



Raja Permaisuri Agong bertudung. Baru la rakyat sayang. Betul x? 

Setuju sila like...

Azmin ke SKMM hari ini untuk siasatan isu RCI Sabah




KUALA LUMPUR 13 MAC: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali hari ini akan disoal siasat Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) berkenaan pemberian kad pengenalan (IC) kepada warga asing di Sabah.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan pejabat Azmin awal pagi ini. 

Beliau akan hadir bersama peguam ke Ibu Pejabat SKMM itu di Cyberjaya pada jam 2.00 petang.
Azmin dipanggil SKMM pada Jumaat lalu.
“Siasatan ke atasnya dalam isu RCI yang bersangkutan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pemberian IC kepada warga asing di Sabah,” kata kenyataan itu.
Satu sidang media dijangka akan dibuat sejurus selepas Azmin disoal siasat.

'SYAITAN' PALING DIKEHENDAKI DI MALAYSIA




LAHAD DATU: Pemimpin kumpulan bersenjata Sulu, 'Syaitan' Azzimudie Kiram dipercayai menjadi orang yang paling dikehendaki dalam senarai polis. Berusia sekitar 60-an, beliau melibatkan diri dalam perniagaan pengangkutan ikan dan kerap berulang-alik dari Lahad Datu ke Kunak, Semporna, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu. Menurut penduduk di sini, lelaki yang berpindah ke Semporna dari Lahad Datu baru-baru ini dipercayai telah menghilangkan diri. Sumber percaya saudara kepada 'Syaitan' Sulu ini turut membantu melibatkan kumpulan lelaki bersenjata di Kg Tanduo. 

YB Azmin Ali sedang disiasat oleh pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),Cyberjaya

 

. jangan lupa amanah kerja tu..

@najibrazak dah umumkan kenaikan gaji kakitangan kerajaan... so kerjalah baik2 ya.. jangan lupa amanah kerja tu.. lainlah pemimpin2 umno yg di beri amanah.. tetapi pecah amanah...

Panasss? Pernahkan anda alami nasib ... kredit habis atau bil melambung gata Maxis mengenakan Caj RM0.35 hanya utk panggilan tidak berjawab?.



Panasss? Pernahkan anda alami nasib ... kredit habis atau bil melambung gata Maxis mengenakan Caj RM0.35 hanya utk panggilan tidak berjawab?. Adilkah maxis caj sedangkan perkhidmatan masih belum digunakan .. tiada perbualan malahan tidak guna peti simpanan suara (voice mail). Bayangkan jika seorg kena RM0.35 X 10 kali panggilan tak berjawab (gara rakan anda tutup HP atau tidur). Makanya caj yg terpaksa anda bayar ialah RM3.50 .. berapa juta pengguna yg mengalami nasib seperti ini?. Maka itu, CMK FM akan gerakkan suara bantahan kpd kerajaan atas caj yg melampau ini. Apa komen anda? Sila LIKE jika anda sokong ..

PENGANJUR PROGRAM BERAMAH MESRA DENGAN NAJIB RAZAK DISEREMBAN SABTU MALAM INI ,TERPAKSA MENGELUARKAN PERBELANJAAN MELEBEHI RM1JUTA

 PENGANJUR PROGRAM BERAMAH MESRA DENGAN NAJIB RAZAK DISEREMBAN SABTU MALAM INI ,TERPAKSA MENGELUARKAN PERBELANJAAN MELEBEHI RM1JUTA SELAIN MENYUSAHKAN PENGGUNA JALANRAYA!!!!

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan hari ini mempertikaikan kos makan malam ‘Beramah mesra bersama PM’ anjuran Gabungan Persatuan Keturunan Cina Negeri Sembilan yang akan diadakan pada hari Sabtu 16 ini di Padang Majlis Perbandaran Seremban, bermula 7 malam.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata program yang berslogan ‘Janji DiTepati’ itu akan menyediakan 3, 000 ribu meja dan 30, 000 kerusi.

“Ini bermakna makan malam percuma akan disediakan kepada 30, 000 orang dan daripada maklumat yang saya terima, kos makanan untuk setiap orang adalah sebanyak RM30.00.

“Maka untuk menyediakan makanan untuk 30, 000 orang, pihak penganjur perlu menghabiskan wang sebanyak RM900, 000.

“Kos RM900, 000 untuk makanan sahaja dan itu belum dicampur dengan hadiah cabutan bertuah seperti sebuah kereta Proton Saga, lima motorsikal, lima set TV Plasma, 20 basikal, 100 baranag elektrik dan kos untuk mendirikan khemah, pembesar suara dan artis yang membuat persembahan.

“Logo kerajaan Negeri Sembilan turut dicetak dalam tiket cabutan bertuah.

“Persoalannya dari mana penganjur dapat peruntukan sebegini banyak untuk program ini? Ini satu pembaziran dan wang tersebut boleh dibelanjakan untuk perkara yang lebih manfaat, contohnya pembangunan sekolah jenis kebangsaan Cina,” kata Mohd Taufek yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi.

TUTUP JALAN

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Sembilan, Yau Con Seng pula mempertikaikan tindakan menutup sebahagian daripada Jalan Yam Tuan pada hari Sabtu ini.

“Kerajaan Barisan Nasional kata perhimpunan Bersih menyusahkan orang ramai kerana banyak jalan kena tutup dan merugikan peniaga.

“Tetapi tidak mengapa pula kalau jalan ditutup untuk program ini. Bagaimana pula dengan masalah ruang tempat letak kereta? Apakah ia tidak akan menyesakkan bandar Seremban?

“Menawarkan hadiah cabutan bertuah seperti kereta dan motosikal mungkin untuk menarik lebih ramai masyarakat Cina hadir ke program ini, sekaligus memberi gambaran kepada Perdana Menteri bahawa masyarakat Cina menyokong penuh Barisan Nasional.

“Tetapi saya percaya, masyarakat Cina bijak. Mereka akan mengambil hadiah cabutan bertuah dan ketika hari mengundi akan mengundi calon Pakatan Rakyat,” ujar Yau.

Sementara itu Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek berpendapat kekerapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang ke Negeri Sembilan membuktikan kegusaran mereka bahawa Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

JANJI-JANJI

“Mereka datang dengan janji-janji. Selama 54 tahun lepas, mereka tidak buat (kekerapan bertemu rakyat) sedemikian.

“Kini mereka sudah merasa bahang kemarahan rakyat Negeri Sembilan menolak Barisan Nasional.

“Maka sejak Februari tahun lepas Najib sudah datang ke Negeri Sembilan sebanyak empat kali dan jika sah beliau hadir Sabtu ini, maka sebanyak lima kali.

“Sementara Muhyiddin pula sudah enam kali turun padang di Negeri Sembilan termasuk paling terbaru pada hari Jumaat minggu lepas.

“Menariknya kawasan yang kerap dan berkali-kali Najib serta Muhyiddin berkunjung adalah kawasan-kawasan yang Pakatan Rakyat telah menang pada PRU 2008.

“Walaubagaimanapun semuanya sudah terlambat. Rakyat Negeri Sembilan tidak kira Melayu, Cina atau India sudah membuat keputusan dan nekad menolak Barisan Nasional pada PRU-13 tidak lama lagi,” kata Mohamad Rafie. ...FMT 

HEBOH DIPERKATAKAN ZAHID HAMIDI SEMASA DI LAHAD DATU BERAMBUT PUTIH, BALIK KE SEMENANJUNG KEESOKAN HARINYA BERAMBUT HITAM!!!!!



rakaman gambarinin sebagai bukti betapa Zahid Hamidi malu nak mengaku dirinya sudah tua dan beruban.

Semasa di Lahad Datu jelas sekali dia beruban hampir 100% bila dah sampai keSemenanjung Malaysia, dalam satu upacara anjuran Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), beliau kelihatan berambut hitam keseluruhannya.
HADIS MENGENAI UBAN DALAM ISLAM
Uban adalah Cahaya Bagi Seorang Mukmin.

Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة “Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (HR Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Muhammad bin Hibban At Tamimi rahimahullah (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadits yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”

Lalu Ibnu Hibban membawakan hadits berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)


Dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لَا تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ إِلَّا كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ “Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahwa hadits ini shahih)


Dari Fudholah bin ‘Ubaid, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, مَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَانَتْ نُورًا لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَقَالَ رَجُلٌ عِنْدَ ذَلِكَ فَإِنَّ رِجَالًا يَنْتِفُونَ الشَّيْبَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَاءَ فَلْيَنْتِفْ نُورَهُ “Barangsiapa memiliki uban di jalan Allah walaupun hanya sehelai, maka uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat.” Kemudian ada seseorang yang berkata ketika disebutkan hal ini: “Orang-orang pada mencabut ubannya.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, “Siapa saja yang ingin, silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat).” (HR. Al Bazzar, At Thabrani dalam Al Kabir dan Al Awsath dari riwayat Ibnu Luhai’ah, namun perawi lainnya tsiqoh (terpercaya). Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targib wa At Tarhib mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Siapa saja yang ingin, maka silakan dia memotong cahaya (baginya di hari kiamat)”; tidak menunjukkan bolehnya mencabut uban, namun bermakna ancaman. Rambut uban mana yang dilarang dicabut? Larangan mencabut uban mencakupi uban yang berada di kumis, janggut, alis, dan kepala. (Al Jami’ Li Ahkami Ash Shalat, Muhammad ‘Abdul Lathif ‘Uwaidah, 1/218, Asy Syamilah)

Apakah hukum mencabut uban haram atau makruh? Para ulama Malikiyah, Syafi’iyah, dan Hanabilah berpendapat bahwa mencabut uban adalah makruh. Abu Dzakaria Yahya bin Syarf An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Mencabut ubat dimakruhkan berdasarkan hadits dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya.

Para ulama Syafi’iyah mengatakan bahwa mencabut uban adalah makruh dan hal ini ditegaskan oleh Al Ghazali sebagaimana penjelasan yang telah dinyatakan. Al Baghowi dan selainnya mengatakan bahawa seandainya mahu dikatakan haram kerana adanya larangan tegas mengenai hal ini, maka ini juga benar dan tidak mustahil. Dan tidak ada bezanya antara mencabut uban yang ada di janggut dan kepala (iaitu sama-sama terlarang). (Al Majmu’ Syarh Al Muhadzdzab, 1/292-293, Mawqi’ Ya’sub)

Namun jika uban tersebut terdapat di janggut atau pada rambut yang tumbuh di wajah, maka hukumnya jelas haram karena perbuatan tersebut termasuk An Namsh yang dilaknat. Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, لعن الله الربا و آكله و موكله و كاتبه و شاهده و هم يعلمون و الواصلة و المستوصلة و الواشمة و المستوشمة و النامصة و المتنمصة “Allah melaknat riba, pemakan riba, orang yang menyerahkannya (nasabah), orang yang mencatatnya dan yang menjadi saksi dalam keadaan mereka mengetahui (bahawa itu riba).

Allah juga melaknat orang yang menyambung rambut dan yang meminta disambungkan rambut, orang yang membuat tato dan yang meminta ditato, begitu pula orang yang mencabut rambut pada wajah dan yang meminta dicabut.” (Diriwayatkan dalam Musnad Ar Robi’ bin Habib. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shagir mengatakan bahawa hadits ini shahih)

Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin rahimahullah mengatakan, “Adapun mencabut uban dari janggut atau uban dari rambut yang tumbuh di wajah, maka perbuatan seperti ini diharamkan kerana termasuk an namsh. An namsh adalah mencabut rambut yang tumbuh di wajah dan jenggot. Padahal terdapat hadits yang menjelaskan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat orang yang melakukan An Namsh.” (Majmu’ Fatawa wa Rosa’il Ibnu ‘Utsaimin, 11/80, Asy Syamilah)

Kesimpulannya hukum mencabut uban dapat dikatakan haram kerana ada dalil tegas mengenai hal ini, sedangkan majoriti ulama mengatakan hukumnya adalah makruh. Namun sebagai seorang muslim yang ingin selalu mengikuti petunjuk Nabinya shallallahu ‘alaihi wa sallam dan agar tidak kehilangan cahaya di hari kiamat kelak, maka seharusnya seorang muslim membiarkan ubannya (tidak perlu dicabut).

Dengan inilah dia akan mendapat tiga keutamaan:
[1] Allah akan mencatatnya kebaikan,
[2] dan menghapuskan kesalahan serta
[3] akan meninggikan derajat seorang muslim karena uban yang dia jaga di dunia.
Namun, jika uban tersebut berada pada janggut atau rambut yang tumbuh di wajah, maka ini jelas haramnya.

Wallahu a’lam Bissawab 

Serangan Hendap di Kg Simunul Berkait Dengan Pencerobohan - Hishammuddin



SEMPORNA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kejadian serang hendap terhadap anggota keselamatan di Kampung Simunul, di sini 2 Mac lepas mempunyai kaitan langsung dengan pencerobohan militan di Lahad Datu.
"Kes serang hendap di Semporna yang mengakibatkan enam anggota keselamatan terkorban bukan kes terasing daripada kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu sejak 12 Februari lepas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Senallang Lama, kira-kira lima kilometer dari pekan Semporna, iaitu lokasi seorang pengganas dibelasah sehingga mati oleh penduduk.
Dalam kejadian itu sekumpulan pegawai dan anggota polis diserang hendap ketika memasuki perkampungan air terbabit untuk menjalankan operasi setelah mendapat maklumat mengenai terdapat kumpulan bersenjata di kawasan berkenaan.
Kejadian pada 8 malam itu menyebabkan enam anggota keselamatan terkorban manakala enam musuh berjaya ditembak mati.
Mengenai penahanan 97 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan keganasan di Lahad Datu dan Semporna, Hishammuddin berkata jumlah yang sebegitu besar menunjukan kerajaan amat serius dalam soal keselamatan dan keamanan negara. "Jika tindakan tidak dilakukan sekarang, lebih banyak nyawa mungkin terkorban," katanya sambil memberitahu bahawa kesemua mereka masih dalam siasatan.
Beliau berkata akta yang ada mencukupi untuk mengendalikan kes serius seumpama it.u 

Kisah pemegang saham minoriti FGV



Dalam rintik hujan petang itu di Serting, Negeri Sembilan, AM Talib Harun dan sekumpulan lelaki pertengahan umur, kesemuanya peneroka felda, berborak ditemani secangkir kopi dan keropok lekor.

Sembilan bulan lalu, datang trak dengan tindihan prospektus Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Felda Raja Alias tetapi kini lelaki ini tinggal pemegang saham minoriti.

Peruntukan saham itu sebahagian daripada inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Felda, sebagai imbuhan untuk peneroka. "Durian runtuh" RM15,000 setiap seorang yang diberikan juga dibayar ansuran untuk tiga lagi.

Felda memperoleh RM5.5 bilion daripada penjualan itu dan RM1.7 bilion atau kira-kira satu pertiga kembali kepada peneroka dalam bentuk imbuhan tunai. Masih tidak jelas bagaimana selebihnya akan digunakan.

"Kamu tahu (perdana menteri) kata, ia sepatutnya bagi menjamin masa depan kami sehingga hari kiamat. Saya tidak nampak bagaimana," kata AM Talid.

"Ia 800 saham. Kalau 180,000, seperti ditawarkan kepada sesetengah orang yang tidak pernah pun bekerja di tanah Felda, saya akan tukar fikiran." 

Media UMNO@BN jadi korban fitnah sendiri

 Media UMNO@BN jadi korban fitnah sendiri
Media perdana itu hanya lah 'political bouncers'

Pihak pimpinan UMNO dan BN semakin terhimpit dengan krisis keyakinan yang mereka sedang hadapi. UMNO sekarang mungkin telah sedar tiada apa yang kita sembunyikan selama ini akan kekal tersembunyi buat selama-lamanya. 
Perkembangan dan pembangunan industri media dan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini sangat menyusahkan UMNO. Tiada apa yang buruk mereka telah lakukan tidak dapat disorokkan dan dengan sekelip mata sahaja akan diketahui umum.
Apabila sampai sahaja maklumat ke satu-satu tempat maka dengan pantas UMNO akan menghadapi kejatuhan tahap keyakinan rakyat terhadapnya. Tetapi UMNO masih ada sedikit saki-baki kawasan yang belum ditempuhi oleh maklumat dan di sinilah UMNO mengharapkan pergantungan sokongan dari kawasan itu untuk mengharapkan dukungan.

Sejak dua tiga hari ini pimpinan tertinggi UMNO meminta supaya rakyat jangan percaya dengan media baru yang sedang berkembang dengan pesat sekarang. Isu ini di jadikan isu harian oleh pimpinan UMNO kerana mereka tahu yang rakyat lebih percaya kepada kredibiliti media alternatif jika dibandingkan dengan media arus perdana. Bagaimana mungkin UMNO terus-terusan bertahan dengan menjadikan media arus perdana sebagai alat propaganda mereka

Sekarang pimpinan UMNO amat gusar dengan media baru ini kerana mereka (UMNO) tidak dapat menutupi kerja-kerja mereka yang tidak semenggah selama ini. Jika tiada media baru ini bagaimana rakyat hendak tahu tentang isu NFC dengan betul misalnya.
Tidak mungkin media perdana akan melambakkan apa yang sebenarnya berlaku dalam isu lembu dan pinjaman kewangan terhadap seorang keluarga Ahli Jemaah Menteri yang terlibat itu.

Tanpa media baru tidak mungkin rakyat tahu bagaimana pimpinan UMNO menjual harta benda Kementerian Pertahanan yang melibatkan Senator Raja Ropiah berhubung dengan transaksi tanah Kementah seluas 200 ekar itu? Jika media baru tidak wujud kita tidak mungkin tahu yang akuan bersumpah kedua PI Bala itu adalah akuan bersumpah palsu.
Rakyat tidak akan tahu tentang Rosmah berlumba-lumba dengan suaminya dalam pembahagian bisnes dan kontrak kepada kawan dan sahabat masing-masing. DAN tidak akan tahu juga kita perhubungan Najib dengan Flora Ong misalnya.

Semua ini tidak akan diketahui oleh ramai jika tiada media baru kerana media arus perdana dikuasai oleh UMNO dan semua ketidak telusan UMNO itu tidak akan disiarkan oleh mereka (media perdana). Bagi orang ramai, media baru ini merupakan saluran alternatif kepada media perdana dan banyak telah merubah keadaan di negara kita ke arah perubahan yang baik.

Media baru ini penting kerana ia boleh membuat ‘check and balance’ terhadap laporan media arus perdana. Media baru telah merongkai banyak hal dalam UMNO. Mereka (UMNO) tidak suka dengan ‘check and balance’ kerana media baru akan menyusahkan mereka untuk mendapatkan ‘cheque and all the balances’ yang ada dalam perbendaharaan negara untuk pimpinan mereka.

UMNO sendiri telah mengupah ramai penulis-penulis dalam media baru tetapi UMNO masih lagi takut menghadapi media baru ini. UMNO telah mengupah dan membariskan penulis yang handal-handal dan mempunyai pengalaman yang luas dalam penulisan dan kewartawanan sedangkan di pihak pembangkang mereka terdiri dari penulis yang amateur dan mereka menulis dengan sukarela tanpa apa-apa bayaran dan imbuhan.

Saya sendiri bukanya seorang penulis pun tetapi saya mula menulis di atas desakan keadaan untuk memberikan pandangan yang berbeza dengan media perdana yang tidak mempunyai laporan yang seimbang. Saya tidak mahu melihat orang ramai termakan dengan dakyah lapuk UMNO yang tertanam dalam parti itu sekian lama. Saya begitu sensitif terhadap tindakan mana-mana pihak memperbodohkan pihak yang lain yang telah berluas-luasa dalam masyarakat media kita.

Tetapi pihak pembangkang mendapat banyak sokongan dalam media baru bukan kerana mereka yang berpihak kepada pembangkang itu orang pandai-pandai, tetapi mereka lebih telus dan jujur serta mempunyai pemikiran yang jelas dan telus. Orang ramai bukan hendak membaca betapa hebatnya penulisan dalam media baru itu tetapi mereka memilih untuk memberikan sokongan kepada berita dan penulisan yang lebih jujur dan boleh diyakini.

Jika benar apa yang di siarkan oleh media arus perdana itu tidak dikotori dengan pembohongan, masakan rakyat memilih untuk membandingkan kualiti laporan serta penulisan pihak media baru itu. Pihak UMNO tidak mungkin dapat mengekang rakyat dari mendekati media baru kerana rakyat bijak memilih yang mana satu yang telus dan yang mana satu yang bertujuan untuk mengelirukan mereka sahaja.

Rakyat telah sedar tentang peranan yang berguna yang dimainkan oleh media baru itu adalah untuk memberikan pandangan yang berbeza dengan pandangan media perdana yang penuh dengan elemen dakyah yang merosakkan pemikiran rakyat yang ramai.

Saya pernah dicerca oleh pihak penyokong UMNO dalam media baru ini yang mengatakan saya mempunyai penulisan yang kurang ‘standard’ nya, dan tidak seperti ‘standard’ mereka. Saya akui saya bukan seorang penulis dan saya menumpukan kepada pemikiran dan bukannya kepada nahu dan tata bahasa yang baik. Saya lebihkan untuk memberikan pandangan dan pemikiran saya dan saya tidak mahu masuk pertandingan menulis untuk mendapat hadiah yang besar.

Walau bagaimanapun saya dapat merasakan respon dari masyarakat sangat baik terhadap pandangan dan kritikan saya terhadap isu yang mengelilingi UMNO dan BN. Saya tahu kelemahan saya dan itulah sebabnya saya tidak menggunakan perkataan-perkataan yang kotor seperti ‘bangang’, ‘bodoh’ ‘babi’ dan superlatives yang buruk-buruk dalam penulisan saya. Saya tahu yang penggunaan istilah kasar dan kotor itu adalah satu pancaran jelas sama ada seseorang itu terdidik oleh ibu bapa dan keluarga yang baik-baik. 

Kata-kata yang keluar daripada mulut seseorang itu melambangkan tahap darjat seseorang itu. Darjat kita bukan terletak kepada wang ringgit dan kekayaan kita sebaliknya darjat itu merupakan bayangan kepada darjat diri kita yang sebenar-benarnya. Semasa saya mula membuat kritikan terhadap kerajaan melalui penulisan di media baru dahulu, saya pernah dilemparkan dengan kata-kata kesat seperti bodoh, sial, dan berbagai-bagai lagi panggilan yang buruk-buruk oleh penyokong UMNO dan BN.

Tetapi saya memilih untuk berdiam diri sahaja kerana yang mengatakan saya dan yang lain itu sebagai bodoh itu, adalah orang bodoh yang sebenar-benarnya. Saya tidak perlu memberikan respon terhadap tindakan mereka yang tidak mempunyai keperibadian itu. Saya berdiam diri dan hanya menyandarkan segala-galanya kepada kebenaran tentang apa yang saya tulis itu. Saya masih mempunyai masa untuk membuktikan segala ketelusan penulisan saya, malah sesetengah dari apa yang saya jangkakan itu telah pun terbukti kebenarannya.

Saya berkeyakinan media baru itu juga mampu untuk memberikan pelajaran kepada masyarakat tentang perkara baik walaupun tidak semua boleh memahami nilai sebenar seorang manusia itu. Seseorang yang tahu membuat penilaian itu hanyalah dari mereka yang terdidik dari keluarga yang baik.

Dalam media baru ini kita dapat belajar bermacam-macam perkara. Pengalaman saya selama beberapa tahun ini membuatkan kita lebih memahami manusia. Kita sudah boleh memahami yang sesiapa yang jiwanya kotor dan gundah gulana tanpa ketenangan akan dipaparkan oleh mereka sendiri melalui penulisan dan komen mereka terhadap sesuatu isu itu.

Bahasa mereka akan lebih kasar dan tidak akan membahaskan sesuatu isu itu secara terbuka malah mereka terus sahaja melepaskan kata-kata kesat yang tidak selayaknya keluar dari insan yang secantik-cantik kejadian Tuhan itu.

UMNO sememangnya dalam keadaan terdesak sekarang ini. Sekarang media baru pula yang mengancam mereka. Bagaimana UMNO boleh bersandar kepada media arus perdana lagi? Sudah terbukti media perdana sudah menjadi bahan sindiran akhir-akhir ini kerana terlalu kerap gagal mempertahankan kewibawaan mereka di mahkamah.

Utusan misalnya telah terbukti sebagai salah satu punca fitnah dengan kegagalan mereka dalam beberapa saman yang di failkan oleh beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini. Mahkamah telah membuktikan yang media perdana telah melakukan banyak fitnah yang tidak ada batasnya terhadap pimpinan pihak alternatif. Mereka ini (media arus perdana) hanyalah merupakan ‘political bouncers’ untuk mengekang kebenaran dari diketahui umum.

Utusan sahaja terpaksa membayar jutaan ringgit kepada mereka yang telah menjadi mangsa fitnahnya sejak akhir-akhir ini. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan bahawa media arus perdana itu merupakan sumber besar fitnah yang berkeliaran di mana-mana sekarang. 

MALAYSIA'S FIRST EXPIRED PM.

 

PH journalists banned in Sabah for ‘misreporting’ situation


Inquirer Mindanao 

DIGOS CITY — Putrajaya has decided to bar Filipino journalists from entering Sabah to report on developments in Lahad Datu, Malaysian Defense Minister Ahmad Zahid Hamidi was reported to have announced on Tuesday. 
In a broadcast by a Sabah-based radio station, Ahmad allegedly told journalists in Kuala Lumpur that the decision was made to prevent “misreporting” of the situation. 
He said Putrajaya did not want Filipino journalists to “spin” stories that could only “strain relations between” Putrajaya and Manila. 
It was not clear, however, what the Malaysian government intended to do with Filipino journalists already in Sabah before the ban. 
Philippine media, in particular the Philippine Daily Inquirer, the newspaper and member of the Inquirer Group of Companies, earned Putrajaya’s ire for allegedly reporting “baseless allegations” that Malaysian security forces had been brutal in handling Filipinos in Sabah as they flushed out local support for the so-called Sulu “royal army.” INQUIRER.net is the news website and a member of the IGC. 
Among the claims by fleeing Filipinos was that Malaysian security forces had ordered some men to run as fast as they could before shooting them to death.

Buat perbandingan sikit yer

Rm2.90....highest price.

GOVERNMENTS MUST DISSOLVE NOW



SAPP urges both the BN and Pakatan governments to dissolve their respective legislatures so that the general elections can be held within the 60-day period as provided for under the constitutions.
This is because the long delay in having the elections is causing a fatigue in Malaysian society, triggering an economic slowdown with many investment decisions being held back and many people and organisations putting back their programmes pending the elections.
"With the assurance of the Election Commission chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof that the 'Ops Daulat' at Lahad Datu is not a problem to holding the general elections, there is no valid excuse for either the BN or Pakatan governments not to dissolve the legislatures.
The 5-year mandate granted to the current government on 8 March 2008 has already expired. The longer the delay, the more people are entitled to think that there are ulterior motives of "abusing powers and money raising" by the ruling parties at both federal and state levels.
The eleventh hour approval and signing of the RM8 billion mega infrastructure project by the Penang government last week is one example.
(NOTE : Chong Pit Fah is Sabah Progressive Party (SAPP) Information Chief)

RCI SABAH DILANJUT ENAM BULAN LAGI



SURUHANJAYA siasatan diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram di Sabah akan dilanjutkan selama enam bulan lagi dari 21 Mac depan.
Menurut kenyataan Setiausaha RCI berkenaan, Datuk Saripuddin Kassim, ia bertujuan untuk menyelesaikan siasatan dan penyediaan laporan.
Katanya, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan lanjuta tempoh siasatan RCI itu dari 21 Mac hingga 20 September 2013.
Saripuddin berkata, ia selaras dengan peruntukan Seksyen 5, Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).
Pada mulanya, pendengaran RCI itu sepatutnya disambung semula pada 5 Mac tetapi ia telah ditunda kepada Mac 18.

MNLF: We respect Sabah’s decision

The Sabah people had the right to determine their own destiny by joining Malaysia, says MNLF chief Muslimin Sema.

JOHOR BARU: The Moro National Liberation Front (MNLF) recognises and respects the decision taken by the people of Sabah to join Malaysia in 1963, says chairman Muslimin Sema.
The Sabah people, he said, had the right to determine their own destiny by joining Malaysia 50 years ago, and that right should not be disputed by any quarters.
“We [the MNLF] recognised the desire of the Sabah people to decide and determine their own destiny. They have decided to join Malaysia and we accede to their desire, that is our position,” he told Bernama in an exclusive interview via telephone from Manila today.
The dovish Muslimin, who is currently the vice-mayor of Cotabato City in southern Philipines, said he had been to Sabah in 1973 and personally witnessed the happiness felt by the Sabahans, led by their leaders after joining Malaysia.

“They have decided and we accepted it,” he said, adding that he still had many relatives in Sabah, who were loyal Malaysian citizens and earning a good and prosperous livelihood.
“They have been able to earn a good and prosperous life in Sabah, which they are incapable of, had they remained in the Southern Philippines. I don’t want anything bad to happen to them because of what is happening now,” he said.
The MNLF, he said, considered Sabah and Malaysia as their “big brother”.
The chairman was commenting on the move made by the self-proclaimed “sultan” of Sulu, Jamalul Kiram III, to assert that the resource-rich Sabah was part of the sultanate’s land.
According to Muslimin, the MNLF had nothing to do with the action taken by Jamalul Kiram.
Three weeks ago, Jamalul Kiram sent armed groups led by his brother, Azzimudie Kiram, to Kampung Tanduo, Lahad Datu, to claim Sabah as their ancestral homeland.
Their action sparked an armed standoff with Malaysia’s security forces which encircled the group, before launching air strikes and ground operations to flush them out after numerous deadlines to lay down their arms passed.
“They have been able to earn a good and prosperous life in Sabah, which they are incapable of, had they remained in southern Philippines. I don’t want anything bad to happen to them because of what is happening now,” he said.
Complicated armed operation
The ongoing security operation codenamed “Operasi Daulat”, has until now, seen 10 policemen and soldiers dead, as well as 56 armed terrorists.
On allegations made by the foreign media and a Philippine intelligence official that several parties conspired and instigated Jamalul Kiram in the quest to reclaim Sabah, Muslimin said the allegations on the matter needed to be investigated.
The allegations stated that the armed terrorists were “invited” to Sabah by leaders aligned with Malaysia’s oppostion party.
Nevertheless, the MNLF leader believes Jamalul Kiram “does not have the capacity ” to carry out the complicated armed operation of sending armed terrorists across the sea to Sabah.
“It is quite surprising that they have the capacity to send an expedition [to Sabah] like that. It is not easy to go to another country and kill people,” he said.
Responding to allegations that the Filipino armed terrorists who took part in Sabah’s intrusion were each paid US$600, the MNLF leader said he did not have any knowledge on the matter.
He was also asked on the relationship between MNLF’s former leader Nur Misuari and Opposition Leader Anwar Ibrahim, to which he replied that both were known as acquaintances.
“I don’t really know [about their relationship], but they have been acquaintances during Misuari’s post as the governor of the Autonomous Region of Muslim Mindanao,” he said.
To a question, Muslimin said MNLF would check on claims that its members were involved in the armed intrusion in Sabah.
The MNLF chief said the organisation was keen to find out more about the identity of the gunmen’s leader known as “Commander Musa” who was killed by the Malaysian security forces in Tanjung Batu, Lahad Datu, during a firefight.

RAKAMAN GAMBAR YANG TIDAK MUNGKIN DISIARKAN OLEH UTUSAN,BERITA HARIAN,TV3 DAN RTM..

Wednesday, 13 March 2013RAKAMAN GAMBAR YANG TIDAK MUNGKIN DISIARKAN OLEH UTUSAN,BERITA HARIAN,TV3 DAN RTM... TGNA DAN BARISAN EXCO KELANTAN SAMBUT JENAZAH WIRA NEGARA YANG GUGUR DILAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA PENGKALAN CHEPA!!!!!

Kelihatan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat dan barisan Exco Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang menyambut jenazah wira negara yang gugur mempertahankan kedaulatan Lahad Datu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Rakaman-rakaman gambar ini Omak kau cukup yakin tidak akan disiarkan oleh mana-mana media arus perdana milik dan kawalan UMNO terutamanya Utusan malaysia, Berita Harian, TV3 dan RTM.

Operasi Sulit Serang Sabah Terbongkar..?



“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.

“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.

Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 20113.

Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

*Baca & cuba fahamkan. 1 pihak "salah perhitungan", 1 pihak "ambik kesempatan" & 1 pihak lagi "jadi kambing hitam".

1 Undi Untuk Barisan Nasional adalah 1 Persetujuan Menggadai Keselamatan Negara pada Rakyat Negara Asing..!