Monday, October 31, 2011

Hantaran Rita RM30,000

       
KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 orang membabitkan ahli keluarga dan kenalan rapat menghadiri majlis pertunangan anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26 dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, malam tadi.

Majlis diadakan secara tertutup di kediaman mewah keluarga jutawan kosmetik itu di Gombak, dekat sini dan turut dihadiri Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim serta suami.


Acara bermula selepas solat Isyak apabila rombongan lelaki yang mengenakan pakaian berwarna ungu tiba jam 8.45 malam membawa tujuh dulang hantaran termasuk cincin pertunangan dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Pertunangan Erni Dekritawati Yuliana atau Rita dengan Kamarulazlan yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Mashitah menamatkan spekulasi berkaitan lelaki pilihannya kerana Rita yang kini menjadi Pengarah Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa individu. Difahamkan, jumlah hantaran yang bakal diterima Rita pada majlis perkahwinannya yang dijangka berlangsung 4 Disember depan ialah sebanyak RM30,000 serba satu manakala majlis persandingan di pihak lelaki pula dijadualkan pada 8 Disember.


Kisah peribadi Rita mula menjadi perhatian umum selepas ibunya bersama tiga yang lain, dibunuh kejam sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke sungai dalam kejadian di Ladang Gadong, Banting, pada Ogos tahun lalu.

Sunday, October 30, 2011

Sultan lepas jawatan canselor jika pelajar terbabit dalam perhimpunan haram


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan penuntut dan graduan agar tidak terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.

SuNONEltan Ibrahim, yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) bertitah sebaliknya mereka perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terlibat dengan aktiviti politik, atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai Canselor universiti ini.

"Adalah lebih baik untuk saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini," titah baginda semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 UTHM hari ini.

Seramai 2,245 graduan menerima sijil masing-masing di konvokesyen tersebut, yang merangkumi Ijazah Doktor Falsafah seramai sembilan orang , Sarjana (164), Sarjana Muda (1,832) dan Diploma (240).

Sultan Ibrahim juga bertitah antara gejala sosial yang sering dipaparkan akhbar melibatkan segelintir penuntut perempuan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti menjual maruah diri semata-mata untuk memperoleh kemewahan dengan cara mudah.

Sehubungan itu, baginda berpesan kepada penuntut dan graduan agar menjadi manusia yang berpegang teguh kepada ajaran agama, serta berusaha mengharumkan nama universiti selain membalas pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa tercinta.

Baginda turut mengingatkan pihak pentadbiran UTHM agar mempercepatkan pembinaan kampus bidang aeronautik di Tanjung Labuh.

"Kelewatan projek ini hanya akan menjejaskan pelaksanaan pengajian bidang aeronautik dan melibatkan kos sampingan," titah baginda.

- Bernama

Sultan lepas jawatan canselor jika pelajar terbabit dalam perhimpunan haram:

'via Blog this'

Presiden PAS: Mahathir tak baca habis hukum hudud


October 29, 2011

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan bekas perdana menteri itu tidak memahami hukum hudud secara mendalam menyebabkan beliau berpandangan sistem perundangan itu akan menyebabkan ketidakadilan.

Kelmarin, Dr Mahathir mempertikaikan hasrat PAS mahu melaksanakan hukum hudud kerana menurutnya, perundangan Islam itu akan membawa kepada sistem keadilan yang berat sebelah kepada masyarakat Muslim dan bukan Muslim di negara ini.

Hadi (gambar) yang ditemui selepas merasmikan Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur 2011 di sini hari ini berkata, kenyataan itu membuktikan Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno tidak mengkaji secara terperinci undang-undang hudud.

“Dia (Tun) ini tidak baca habis undang-undang hudud, hudud bukan setakat potong tangan, orang kudung tangan, undang-undang ini lebih kepada memberi peringatan kepada masyarakat untuk tidak melakukan jenayah.

“Soal tidal adil ini, memang sudah ada perbezaan antara Muslim dan bukan Muslim, undang-undang perkahwinan, perceraian, semua berbeza,” jelas Hadi lagi.

Tambah Hadi, pelaksanaan hudud bukanlah semata-mata berkenaan hukuman, sebaliknya ia lebih kepada mencari jalan penyelesaian untuk membebaskan pesalah daripada dijatuhkan hukuman sewenang-wenangnya.

“Hudud tidak menjatuhkan hukuman secara membuta tuli, ada beberapa faktor yang tidak akan dikenakan hukuman, mencuri ketika kelaparan, mencuri kerana kemiskinan, mencuri di kawasan lapang, ini semua tidak akan dikenakan hukuman.

“Sekiranya pesalah dibawa kepada hakim, mereka bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman, sebaliknya mencari jalan untuk mengelakkan pesalah daripada dihukum,” tegasnya.

Dalam reaksi terbarunya, Dr Mahathir berkata langkah PAS untuk melaksanakan hudud akan mewujudkan sistem perundangan yang tidak adil kerana hudud khusus untuk masyarakat Muslim dan tidak meliputi masyarakat bukan Muslim.

Keadaan itu menurutnya, akan mewujudkan sistem perundangan yang tidak adil kepada golongan Muslim dan bukan Muslim.

Awal minggu ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya sudah pun menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan mengadakan pertemuan dengan kerajaan persekutuan.

Mohd Amar berkata pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.

Bulan lalu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh mengadakan pertemuan dengan Najib jika masih berhasrat meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud.

Dalam satu surat kepada Nik Aziz pada 1994, Dr Mahathir menolak rancangan Kelantan atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kelantan terus mendakwa hukum hudud gagal dilaksanakan ekoran pendirian dan sekatan kerajaan pusat.

Polemik bermusim ini muncul semula akhir bulan lalu dengan wujud pelbagai pandangan iaitu Kelantan boleh melaksanakannya dan pada masa yang sama ia juga bercanggah dengan undang-undang pusat.

Main - Bahasa - Presiden PAS: Mahathir tak baca habis hukum hudud @ Sat Oct 29 2011:

'via Blog this'

Semuanya selamat apabila al-Quran disanjung

Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 29 Okt: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Maipp (Maipp) memberi perhatian terhadap usaha melahirkan para huffaz di kalangan mualaf.
Jelasnya, memandangkan Islam bukan hanya untuk orang Melayu maka sewajarnya Maipp memberi penekanan terhadap usaha tersebut sebagai galakan golongan berkenaan untuk menghafal Al-Quran.
Baginya, Pulau Pinang boleh dijadikan contoh terbaik pelaksanaan program seumpama itu memandangkan golongan mualaf begitu ramai sekaligus memberikan semangat untuk mereka mempelajari Al-Quran dengan betul, lancar dan tertib.
"Sempena majlis pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Al-Huffaz Negeri Pulau Pinang ini, saya cadangkan Maipp melahirkan ramai huffaz daripada kalangan muaalaf.
“Bukan apa ia sebagai langkah meramai serta menggalakkan golongan terbabit beramal dengan Islam," ujarnya ketika memberi ucaptama majlis pengiktirafan Al Hafiz dan Ijtimak Al Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang pagi tadi.
Islam katanya, didatangkan untuk semua kaum maka Al-Quran perlu dibawa kepada pengetahuan masyarakat bukan Islam selari dengan konsep dakwah yang diajarkan oleh Rasullulah s.a.w.
Lagipun, ujarnya Al-Quran patut diterjemahkan ke semua bidang tidak hanya dihafaz termasuk bidang kenegaraan atau pemerintahan agar negara berada dalam rahmat Allah SWT.
Bila Islam disanjung maka sesebuah negara itu akan aman, sejahtera serta berada dalam limpah ruah keberkatan yang tiada tolok bandingnya.
"Bila Al-Quran disanjung semuanya selamat. Tiada lagi gejala rasuah yang merosakan negara. Kekacauan tidak akan berlaku kerana manusia memahami isi kandunganya," kata beliau.
Beliau yang dijemput khas buat kali pertama dalam majlis rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut terpanggil bersama-sama membantu setakat termampu untuk bersama mencari kaedah pendekatan berhemah memperkenalkan Islam kepada masyarakat bukan Islam di negeri ini.
Pulau Pinang sambungnya, merupakan negeri yang unik, berlainan dengan Kelantan yang peratus tertinggi penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam.
Di Pulau Pinang pula jika mahu Islam bertapak kukuh tegasnya, institusi Islam mesti pandai memperkenalkan beberapa kaedah untuk menarik minat bukan Islam mendekati dan seterusnya memeluk agama Islam.
"Di Kelantan situasinya lain berbanding di Pulau Pinang, maka umat Islam wajar mencari kaedah terkini bagaimana mahu menjinakkan bukan Islam dengan Islam, barulah Islam dapat dikembangkan tidak hanya lingkungan orang melayu sahaja," tambah beliau dalam majlis yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Mansor Othman, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kasim dan Timbalan Yang Dipertua Maipp, Datuk Saleh Man.
Semuanya selamat apabila al-Quran disanjung:

'via Blog this'

Sistem 2 parti lebih mudah kalahkan BN

Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 29 Okt: PAS merumuskan sistem dua parti pasti akan berlaku juga di negara ini suatu masa nanti dengan jangkaan sekitar lima tahun lagi dan paling lewat 10 tahun dari sekarang.
Kewujudan sistem itu berdasarkan perkembangan dan tuntutan semasa, tetapi bergantung kepada kesediaan ahli-ahli PAS sendiri untuk menerimanya setelah mereka memahami dengan jelas mengenai perkara itu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keadaan sekarang masih tidak mengizinkan untuk diwujudkan sistem itu kerana masih terdapat di kalangan ahli PAS sendiri yang tidak bersedia untuk menerimanya.
Menurut beliau, keadaan itu berlaku disebabkan sesetengah ahli PAS masih tidak memahami keperluan sistem 2 parti, ekoran kegagalan mereka memahami "Tahaluf Siyasi" antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, sungguhpun begitu, perkembangan ke arah kewujudan sistem 2 parti telah pun berlaku di negara kita sekarang dan ia tercetus hasil kerjasama politik antara PAS dan parti S46 beberapa tahun lalu.
"Sistem 2 parti merupakan perkara penting bagi PAS dan Pakatan Rakyat kerana dengan itu akan lebih memudahkan usaha bersama untuk mengalahkan BN dalam pilihanraya.
"Dengan adanya sistem 2 parti barulah PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat boleh menggunakan lambang satu parti seperti yang dilakukan oleh parti-parti dalam BN yang hanya menggunakan lambang BN ketika menghadapi pilihanraya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta pada Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS Dalam Landskap Politik Semasa di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini.
Selain beliau, turut menjadi ahli panel pada forum itu Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, manakala moderatornya Pengarah Akademik Kepimpinan Pemuda PAS Malaysia, Nazri Chik yang juga Exco dewan tersebut.
Forum tersebut diadakan sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung selama 3 hari bermula semalam, dengan disertai ribuan pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan di seluruh negara.
Sebelum itu, Mustafa berkata, kerjasama politik atau "Tahaluf Siyasi" antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat tidak seharusnya menjadi pertikaian ahli-ahli PAS kerana ia berasaskan hukum syarak.
"Sebelum diadakan kerjasama itu, pucuk kepimpinan tertinggi PAS telah pun "bermerah mata" membincangkannya secara mendalam berhari-hari, termasuk membawa kepada perbincangan bersama ulama-ulama Islam di seluruh dunia yang berada dalam gerakan Islam," katanya.
Konsep "Tahaluf Siyasi, tegasnya, adalah salah satu strategi atau pendekatan yang diambil oleh PAS dalam politik untuk menang dalam pilihanraya dan ia berbeza sama sekali dengan dasar perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di negara ini.
Perkara itu perlu difahami dengan mendalam oleh setiap ahli PAS agar tidak menimbulkan kekeliruan mengenainya, apatah lagi sehingga boleh melemahkan semangat perjuangan untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di muka bumi ini.
"Tapi walaupun tidak faham, ahli-ahli PAS tetap juga wala' dengan pemimpin. Itulah sifat terpuji yang ada pada ahli-ahli PAS. Sungguhpun begitu, jika tidak faham kenalah bertanya kepada pemimpin. Paling tidak, bertanyalah kepada pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing," katanya.
Sehubungan itu, beliau akan mengarahkan bahagian penerangan PAS untuk menerangkan perkara itu kepada ahli-ahli parti, bagi membolehkan konsep "Tahaluf Siyasi" yang dilakukan itu difahami oleh ahli-ahli PAS di segenap peringkat.
Sistem 2 parti lebih mudah kalahkan BN:

'via Blog this'

Strategi Umno jahilkan Melayu

Aziz Muda

GOMBAK, 30 Okt: Umno BN berjaya mencapai kemenangan dalam pilihanraya-pilihanraya lalu disebabkan perlaksanaan 21 strateginya sejak dulu yang terus meletakkan rakyat terutama orang-orang Melayu berada dalam kejahilan.

21 strategi tersebut merupakan perlaksanaan dasar-dasar yang tidak islamik termasuk dasar pendidikan kebangsaan yang berasaskan sekularisme.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, selain itu, Umno BN turut meletakkan orang-orang Melayu terus dalam kejahilan menerusi perlaksanaan sistem ekonomi yang tidak islamik.

Menurut beliau, manakala antara dasar-dasar lain pula termasuklah perlaksanaan dasar pelancongan, hiburan yang melalaikan dan sosial.

Katanya, keadaan itu ditambah lagi dengan penguasaan Umno BN terhadap media sehingga menyebabkan rakyat gagal mendapat maklumat yang benar dan adil.

"Itulah strategi Umno yang telah kita kenal pasti. Menerusi dasar-dasar itu, Umno turut berjaya mengikat para pegawai kerajaan agar terus menyokongnya.

"Fokus kita pula adalah dakwah. Tapi bagaimana nak buat kalau ilmu dan kebenaran tak boleh disebarkan dalam masyarakat," katanya pada Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS Dalam Landskap Politik Semasa di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, semalam.

Selain beliau, turut menjadi ahli panel pada forum itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, manakala moderatornya Pengarah Akademik Kepimpinan Pemuda PAS Malaysia, Nazri Chik yang juga Exco dewan tersebut.

Forom tersebut diadakan sempena Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung selama 3 hari bermula semalam, dengan disertai ribuan pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan di seluruh negara.

Menurut beliau, walaupun begitu, PAS mesti terus bangkit untuk mengatasi masalah itu demi mendaulatkan Islam di tanah air dan bagi kepentingan seluruh akyat negara ini.

Katanya, matlamat perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di negara ini sejajar dengan kedudukannya sebagai gerakan Islam, manakala perjuangan PAS pula menerusi dakwah dan politik.

"Gerakan dakwah PAS adalah untuk membawa orang ramai khususnya yang bukan Islam mengenali tauhid, manakala kepada sesama umat Islam pula supaya mengenali syariat Islam," katanya.

Usaha tersebut, tegasnya, mestilah dilakukan secara berterusan tanpa mempedulikan segala halangan yang dibuat oleh Umno BN bagi menyekat perkembangan Islam di negara ini.

Menurutnya, sehubungan itu, PAS perlu menyusun strategi tersendiri untuk mengatasi segala halangan itu seiringan dengan perjuangan politiknya termasuk dengan mengadakan "Tahaluf Siyasi" dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Pihak mmusuh tidak akan berhenti untuk melemahkan gerakan Islam. Gerakan kita mestilah ada pertimbangan untuk menghadapi segala tekanannya," katanya.

Jika PAS, tegasnya, hanya memfokuskan kepada gerakan dakwah sahaja seperti yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain sama ada di tanah air dan di seluruh dunia, ia pasti tidak berkesan.

"Sekiranya kita hanya memfokuskan kepada gerakan politik sahaja seperti juga yang dilakukan oleh sesetengah gerakan Islam lain di tanah air dan di seluruh dinia serta hanya bersendirian, nasib kita nanti samalah seperti Taliban," katanya.

Strategi Umno jahilkan Melayu:

'via Blog this'

Saturday, October 29, 2011

RM4.66 juta bayar pencen terlebih



SHAH ALAM – Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan sejumlah RM4.66 juta bayaran pencen dilaporkan terlebih bayar kepada pesara dan penerima pencen bagi tempoh 2007 hingga September 2010. 

Laporan itu menyebut, bagi tempoh 2007 hingga September 2010, didapati sejumlah RM2.57 juta bayaran pencen bulanan terlebih dibayar kepada 1,975 pesara atau penerima pencen yang telah meninggal dunia dan RM2.09 juta pula dibayar kepada 339 pesara atau penerima pencen yang masih hidup. 

“Bagi tempoh 2007 hingga September 2010, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM34.01 bilion untuk bayaran faedah persaraan dan faedah pemberhentian perkhidmatan termasuk Bayaran Istimewa Penerima Pencen (bayaran Imbuhan). 

“Menerusi jumlah itu, sejumlah RM31.48 bilion atau 92.60 peratus dibelanjakan,” katanya. 

Laporan sama menyebut, daripada jumlah RM2.57 juta bayaran pencen bulanan terlebih dibayar kepada 1,975 pesara dan penerima pencen telah meninggal dunia, sejumlah RM850,000 dapat dikutip balik daripada 985 waris. 

“Baki RM1.72 juta yang sepatutnya dituntut daripada 1,010 waris mendapati hanya RM390,000 sedang dikutip daripada 206 waris secara ansuran, manakala RM1.33 juta masih belum dapat dikutip balik disebabkan notis tuntutan tidak dapat diserahkan kepada waris sama ada mereka tidak dapat dikesan, telah berpindah ke tempat lain atau telah meninggal dunia. 

“Semakan Audit mendapati antara sebab pencen terlebih dibayar kerana status kematian tidak dikemaskinikan,” katanya. 

Katanya, Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP) juga telah mengambil tindakan mengutip balik jumlah pencen terlebih dibayar secara ansuran melalui potongan sebahagian pencen bulanan yang diterima pesara atau penerima pencen yang masih hidup. 

“Lebihan bayaran tidak sewajarnya berlaku kerana proses kerja Pengurusan Bayaran Faedah Persaraan telah menerangkan dengan jelas tugas dan tanggungjawab setiap pegawai untuk menyemak, mengesahkan dan meluluskan sesuatu maklumat dimasukkan ke dalam sistem. 

“Bagi mempertingkatkan pengurusan bayaran pencen terlebih dibayar adalah disyorkan supaya BP melakukan siasatan atau analisis terhadap data dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak dapat dipadamkan dan menghentikan bayaran pencen berkenaan jika penerima telah meninggal dunia. 

“Pegawai bertanggungjawab perlu memastikan maklumat dimasukkan ke dalam sistem tepat sebelum pengesahan dilakukan dan tindakan tegas harus diambil terhadap pegawai yang melakukan kesilapan termasuklah dikenakan surcaj selaras dengan Seksyen 18, Akta Tatacara Kewangan,” katanya.

Terpaksa tukar nama bapa



KAMPUNG KUNDANG - Saudara baru Orang Asli, di sini, kecewa kerana terpaksa menukar nama bapa mereka kepada Abdullah sekiranya mahu tersenarai sebagai penerima wang zakat.

Salina Abdullah, 51, mendakwa, sebaik saja menganut agama Islam, dia dipaksa menukar nama asal bapanya, Bakar kepada Abdullah untuk memperoleh segala bentuk bantuan daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (Muip) Pahang.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kebanyakan Orang Asli di situ bimbang untuk memeluk agama Islam meskipun nama asal bapa mereka secara jelas menunjukkan nama Islam seperti yang tertera dalam kad pengenalan.

“Jika nama saya saja yang diubah tidak apa, tapi nama bapa turut diubah kepada Abdullah dan ini menyebabkan kami rasa terkilan demi untuk menerima sumbangan zakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Salina yang menggunakan nama Lina Bakar sebelum memeluk Islam berkata, kebanyakan saudara baru di situ sudah menukar nama bapa mereka kepada Abdullah, namun ada yang masih menggunakan nama asal seperti dalam kad pengenalan.

“Jika nama bapa kami (saudara baru) seperti, Semut, Jari, Kari, Limpi, Ah Hong atau Ganesen mungkin kita terima jika ditukar kepada Abdullah, namun sungguh kecewa kerana nama bapa seperti orang Islam juga terpaksa digugurkan,” katanya.

Abdul Wahid Abdullah, 39, berkata, nama asalnya adalah Rani Hamid, tetapi dia didesak menukar namanya dan bapanya di dalam kad pengenalan sekiranya mahu menerima wang zakat.

Menurutnya, sebagai seorang saudara baru, mereka sememangnya layak menerima sumbangan, tetapi akibat nama tidak berbin atau berbintikan Abdullah, hak mereka sebagai saudara baru dinafikan.

“Kita minta supaya kesemua saudara baru yang memeluk Islam diberi hak menggunakan nama bapa masing-masing asalkan nama itu baik dan tidak membawa apa-apa maksud buruk,” katanya.

Nasimah Abdullah, 53, berkata, dia tidak ada masalah untuk menukar nama asal bapanya ‘Pak Safi’ kepada Abdullah kerana beranggapan pertukaran nama itu tidak menjejaskan hubungan dia dan bapanya.

“Biarlah kalau nak tukar nama bapa sekali pun, janji hubungan saya dan bapa takkan terputus, tetapi jika nama bapa Islam biarlah ia kekal dan jika sebaliknya nama itu seharusnya diubah supaya membawa maksud yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, Muip tidak pernah sesekali meminggirkan mana-mana saudara baru selepas mereka memeluk Islam termasuk pemberian zakat kepada golongan berkenaan.

Katanya, meskipun nama saudara baru atau nama bapa mereka tidak sesuai dengan nama Islam, Muip tidak pernah meminggirkan mereka, sebaliknya bantuan zakat turut diberikan kepada asnaf berkenaan.

“Mungkin ada salah faham dan kekeliruan di sini, tapi saya jelaskan Muip tidak memaksa mana-mana saudara baru untuk menukar nama pemohon atau nama bapa mereka kepada Abdullah.

“Tetapi kita nasihatkan kepada mereka supaya menukar nama kepada yang lebih elok dan sesuai setelah memeluk Islam dan sekiranya nama mereka tidak sesuai sekali pun kita tetap beri bantuan,” katanya.

Hutang negara turun zaman Anwar, naik era Najib

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR 28 Okt: Hutang negara berkurang pada zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, namun melonjak selepas Datuk Seri Najib Razak mengambil alih kementerian itu.
Sepanjang Anwar menjadi menteri kewangan dari tahun 1991 hingga 1998, beliau berjaya mengurangkan hutang negara dan menukar belanjawan kerajaan kepada lebihan pendapatan dalam masa dua tahun sahaja, lapor KeadilanDaily.
Belanjawan itu berterusan sehingga beliau dipecat secara tidak adil pada 1998 oleh pentadbiran Mahathir.
Sebelum pelantikannya sebagai menteri kewangan, Malaysia mengalami belanjawan defisit selama hampir 20 tahun, namun selepas pemecatannya, Malaysia sekali lagi berdepan Belanjawan defisit selama 14 tahun berturut-turut.
Dapatan ini dikeluarkan badan pemikir Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) dalam satu analisa perbandingan antara pentadbiran Anwar dan juga Najib sebagai Menteri Kewangan.
Kajian itu menunjukkan semasa pentadbiran Anwar, hutang domestik berjaya dikekang di bawah RM80 bilion sehingga tahun 1997 dan RM88.197 bilion pada tahun 1998.
“Rekod Anwar sebagai Menteri Kewangan amat impresif. Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan sebenarnya berkurang antara tahun 1992 sehingga tahun 1996  selepas meningkat secara berterusan selama hampir 20 tahun.
“Secara perbandingan, hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan meningkat secara tekal pada kadar lebih 10 peratus setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan pada tahun 2008,” kata KPRU dalam analisa itu yang dibuat bersama Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Menurut KPRU lagi, hutang negara yang meningkat secara berterusan itu diburukkan lagi oleh Barisan Nasional yang cenderung meluluskan belanjawan tambahan untuk menyorokkan angka hutang dan defisit negara yang terus meningkat saban tahun.
Belanjawan tambahan itu, kata KPRU, sepatutnya hanya perlu diluluskan untuk perkara-perkara yang bersifat kecemasan seperti sekiranya berlaku bencana alam di Jepun.
“Sebagai contoh, dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) dibentangkan Jun tahun ini, pentadbiran Najib dikritik kerana memanipulasi peruntukan emolumen RM1 bilion untuk Kementerian Kesihatan kerana emolumen sepatutnya tidak tergolong sebagai perbelanjaan di luar jangka,” kata KPRU.
Ini menyebabkan hutang negara semakin meningkat setiap tahun sejak Najib menjadi Menteri Kewangan, kata KPRU.
“Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan adalah RM306.437 bilion pada tahun 2008 apabila Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, Ia meningkat kepada RM362.387 bilion pada tahun 2009 dan RM407.101 bilion pada tahun 2010. Ia diunjurkan mencecah RM455.745 bilion pada tahun 2011.
“Menurut laporan terkini Bank Negara Malaysia pada 30 Jun 2011, hutang Kerajaan Persekutuan kini sudah mencecah RM437 bilion,” kata KPRU.

Membazir: Upah orang asing naik imej Najib

Abdul Aziz Mustafa   

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengupah orang asing untuk menaikkan imejnya adalah membazir, sia-sia dan tidak adil.
"Jika benar Najib mengupah Alastair Campbell yang pernah menjadi ketua komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk menaikkan
imejnya dan wang rakyat digunakan untuk tujuan itu, ia bukan sahaja membazir dan sia-sia, malah amat tidak adil menggunakan wang rakyat
untuk kepentingan peribadi dan partinya," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Sarawak Report sebelum ini melaporkan, Campbell kini menasihati Najib untuk memastikan kemenangan Umno Barisan Nasional (BN) dalam pilihan
raya akan datang.
"Mana pergi pakar-pakar tempatan yang hebat-hebat untuk menaikkan imej Najib setelah imej Umno BN jatuh merudum terutama di kalangan pengundi bukan Melayu?
"Kita difahamkan ada pakar dari stesen TV terkenal diambil untuk menaikkan imej imej Najib dan partinya. Adakah pakar itu gagal
menaikkan imej Najib dan memperbaiki imej (isteri Najib, Datin Seri) Rosmah (Mansor)?" Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan.
Beliau berkata, Najib tidak perlu mengkaji pergi jauh-jauh dan mengikis wang negara mengupah konsultan luar untuk menyedari tahap
penerimaan rakyat terhadap beliau dan kerajaannya.
"Ambil perhimpunan Bersih 2.0 dan Himpun (Himpunan Sejuta Umat) sebagai contoh. Walaupun sebelum perhimpunan Bersih 2.0 media-media
pro-Umno BN seperti kerasukan menghasut dan menakut-nakutkan orang ramai malah dengan pelbagai sekatan dan tindakan ganas terhadap
perhimpunan aman itu, Kuala Lumpur tetap dibanjiri rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil.
"Malah terdapat ramai penganalisis yang menyifatkan perhimpunan Bersih 2.0 yang mendapat liputan seluruh dunia itu sebagai kebangkitan rakyat
tanpa pemimpin," kata Salahuddin.
Sebaliknya, kata beliau lagi, Himpun yang mendapat 'tacit approval' dari kerajaan Najib dan disertai pula oleh histeria media-media
pro-Umno BN menyokong dan mendorong orang ramai menyertainya serta ditambah pula dengan sambutan mesra polis yang sebelum itu mengganasi Bersih 2.0, hanya 10,000 orang sahaja yang hadir.
"Saya ambil angka 10,000 orang yang disebut oleh akhbar pro-Umno BN sebagai tanda simpati walaupun terdapat banyak laporan yang lebih
dipercayai yang menyatakan bahawa kehadiran sebenar amat jauh lebih kecil dari itu," kata beliau.
Perbezaan sambutan rakyat terhadap Bersih 2.0 dan Himpun merupakan bukti yang sangat jelas tentang penerimaan mereka terhadap Umno BN,
kata beliau.
Malah, kata Salahuddin lagi, tidak cukup dengan tamparan hebat rakyat melalui perbezaan sambutan mereka terhadap Bersih 2.0 dan Himpun itu,
Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui imej Najib jatuh merudum akibat penangan Bersih 2.0.
"Tak perlulah Najib membazir wang rakyat secara tidak adil untuk memulihkan imejnya dengan mengambil konsultan asing seperti Campbell,
jika benar beliau berbuat demikian.
"Saya bersetuju dengan pandangan yang menyatakan konsultan asing pun tak akan mampu menukar sang kodok menjadi putera raja," katanya.

Ibrahim Ali akan tewas pada PRU 13

Muhammad Yusri Amin   

PASIR MAS, 29 Okt: Datuk Ibrahim Ali akan tumpas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti di parlimen Pasir Mas.
Justeru, jentera pilihan raya PAS kawasan tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional bagi Parlimen Pasir Mas.
Yang Dipertua PAS kawasan, Hanipa Ahmad berkata keyakinan itu disebabkan pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah ‘kubu’ PAS.
“Kita yakin kali ini kalau kita berhadapan dengan BN walau siapa pun calon BN, kita yakin insya Allah kita akan menang,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Dividen Ladang Rakyat Kawasan Parlimen Pasir Mas di pejabat PAS kawasan di sini kelmarin.
Turut hadir Timbalan dan Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Abdul Halim Abdul Rahman yang juga Adun Chetok dan Dr Muhammad Mat Daud yang juga Adun Tendong.
Hanipa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata parlimen Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum lalu ditandingi Ibrahim Ali dengan menggunakan tiket PAS dan itu kira ‘selesai’.
Beliau berkata, pimpinan PAS sentiasa patuh kepada arahan daripada pimpinan.
“Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam PRU-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan ‘dacing’.  Itu kemungkinan besar.
“Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
“Kita telah membuat persiapan rapi, kita menguatkan jentera Dun masing-masing, di samping  menguatkan jentera pilihan raya kawasan dengan mengadakan siri kursus tertentu,” katanya.

Ugutan bunuh: Sidang media Aziz Bari esok



Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengadakan sidang media petang ekoran menerima ugutan bunuh, pagi tadi.

Nota ugutan bunuh yang disertai peluru kosong dihantar ke rumahnya di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

“Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata ‘jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti’,” kata Aziz kepada portal berita, The Malaysian Insider.

Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.

“Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut,” kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.

Siasat menteri bawa masuk Yahudi

Khairil Abdul Rahim   

TEMERLOH, 29 Okt: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak siasatan dijalankan bagaimana seorang peninju warga Israel, Ilya Grad yang mendakwa memasuki Malaysia dengan bantuan Menteri Belia dan Sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai anjuran stesen TV AXN.
Serentak dengan itu, Tuan Ibrahim mendesak menteri tersebut juga disiasat dan digantung sementara jawatannya kerana menganggap ini satu jenayah keselamatan.
“Malaysia tidak pernah mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan rakyatnya diharamkan memasuki negara ini dan begitulah sebaliknya. Tetapi apabila menteri sendiri yang membawa masuk, ini satu jenayah kerana melibatkan pelanggaran dasar negara.
“Sebab itu kita desak satu siasatan bebas daripada kerajaan. Sementara itu Menteri Belia dan Sukan digantung jawatannya seperti dikenakan kepada Dr Aziz Bari dulu, supaya siasatan berjalan lancar,” katanya.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Bilik Gerakan & Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab, di Bangau Tanjung, di sini pagi ini.
Beliau mengulas dakwaan bekas juara tinju Muay Thai Israel Ilya Grad, dalam blognya yang memasuki Malaysia sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.
Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.
Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."
Sesudah itu, barulah beliau mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia dengan pas khas, kerana pasport Israelnya tidak dicop, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.
Sementara itu dalam ucapan yang sama Tuan Ibrahim berkata, perubahan politik hampir pasti akan berlaku di negara ini kerana ia senario baru dan sedang melanda seluruh dunia.
Mengenai peluang Pakatan Rakyat (PR) di Pahang, beliau berkata tumpuan serangan BN terhadap negeri-negeri tertentu terutama di PR menyebabkan peluang PR cerah di Pahang.
“Dun Mentakab ini sendiri berpotensi besar untuk menang dengan kapasiti pengundinya 52 % Melayu dan 48 % bukan Melayu,” tambahnya.
Untuk memenangi pilihan raya, Tuan Ibrahim turut menasihatkan pendokong PAS agar melakukan kerja secara berstrategi, mengumpulkan dana yang mencukupi untuk gerak kerja dan seterusnya menjaga hubungan dengan Allah.
Turut berucap pada majlis tersebut, calon DAP Mentakab Lai Chee Meng.

'Jangan hanya guna penukul'





2011/10/29

Jurucakap tentera gesa AS ubah pendekatan tangani keganasan

TABIAT Amerika Syarikat tidak mempedulikan negara sekutu atas kepentingan sendiri hanya menjejaskan usaha menentang pengganas di Pakistan dan Afghanistan.

Perkara itu disuarakan oleh jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Athar Abbas kepada media Malaysia di pejabatnya di sini, merujuk kepada tindakan komando Amerika membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden serta operasi pesawat kawalan jauh di wilayah Pakistan.
Beliau juga menyindir Washington dengan berkata “jihad tidak berpunca dari Pakistan tetapi Amerika.”

“Tindakan ketenteraan saja bukan cara terbaik menangani keganasan. Maksud saya, apabila anda hanya tahu guna penukul, anda hanya nampak paku,” katanya.

Ketua Pengarah ISPR, agensi Perhubungan Awam Perisikan Pakistan, ISI, mengecam sikap Amerika yang bertindak sendirian meskipun mendapat kerjasama Pakistan bagi menangani militan di kawasan sempadan.

Abbas mengaku terkejut apabila diberitahu mengenai serbuan yang membawa kematian Osama, Mei lalu, kerana pemimpin al-Qaeda itu bersembunyi di Abbotabbad, 50 kilometer ke timur laut ibu negara, Islamabad.

“Sudah pasti saya terkejut. Dia (Osama) didapati berada di bandar itu. Tetapi, ia juga menimbulkan kemarahan kami kerana Amerika tidak memberitahu tentera Pakistan meskipun kedua-dua tentera ada kerjasama di medan konflik," katanya.
Abbas juga menyifatkan dasar Amerika terus menggunakan pesawat kawalan jauh untuk menyasarkan militan di kawasan sempadan Pakistan-Afghanistan hanya membawa kesan lebih buruk.

Tindakan itu selain mencabul kedaulatan wilayah Pakistan turut memberi sebab lebih kuat kepada penduduk tempatan membenci Amerika sekali gus menghasilkan lebih ramai militan.

“Kerajaan dan tentera Pakistan sepakat dalam isu ini. Ia memberi kesan lebih buruk dan tidak membantu.

“Dalam jangka masa panjang, membersihkan militan daripada hadir di kawasan tertentu bukan matlamat tunggal. Kami mahu membantu penduduk pulang ke rumah mereka dengan keyakinan tempat itu sudah aman.

“Matlamatnya ialah memulihkan keadaan, bukan hanya membunuh. Di kawasan yang sudah pulih, sokongan penduduk adalah faktor terbesar membantu kami.” 

Harga beras dunia dijangka meningkat

BANGKOK: Thailand mungkin kehilangan suku daripada hasil tuaian padinya dalam banjir paling buruk sejak beberapa dekad lalu, kata kerajaan, semalam.
Berdepan dengan kemungkinan berlaku kenaikan harga beras dan kekurangan eksport, bencana di Thailand bakal mencetuskan kekangan di sekitar Asia Tenggara.

Beras Thailand menyumbang kepada 30 peratus daripada keperluan dunia ketika ini.

Ketua Pejabat Ekonomi Pertanian Thailand, Apichart Jongsakul, berkata kemusnahan enam juta tan padi setakat ini hanyalah anggaran awal.

“Kami perlu melakukan kajian sekali lagi selepas banjir surut,” katanya.

Jika banjir bertambah buruk, kata Apichart, pengeluaran padi Thailand mungkin menurun kepada 19 juta tan - atau kurang hampir satu perempat daripada jangkaan awal sebanyak 25 juta tan.

Setakat ini, kira-kira 1.6 juta hektar sawah ditenggelami air, memaksa kerajaan mengkaji semula anggaran awal pengeluaran padi sebanyak 24 peratus sebelum ini.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Indonesia, Gita Wirjawan, berkata banjir mungkin menyebabkan Thailand gagal memenuhi komitmennya mengeksport beras ke negara itu.
“Keadaan itu memaksa kami mencari satu penyelesaian dan ada beberapa alternatif setakat ini,” katanya. - Reuters

Tok Mon nak tanding lagi

Oleh Sufian Thauri Muhammed dan Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my KUALA TERENGGANU: Meskipun cubaannya sebelum ini pernah diperkecilkan banyak pihak, namun Maimun Yusuf, 92, tidak menolak kemungkinan dia akan bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Bagaimanapun, ketika desas-desus di kalangan ahli politik menyatakan PRU ke-13 semakin hampir dengan pelbagai persiapan sedang rancak dibuat untuk menghadapinya, Maimun pula tidak membuat apa-apa perkara yang menonjolkan dirinya sebagai calon sebaliknya terus berniaga kain seperti biasa. “Tok masih mempertimbangkan hasrat untuk jadi calon PRU ke-13. “Jika diikutkan ada kenalan dan jiran yang tidak menggalakkan tok berbuat demikian tetapi tok dapat rasakan mereka akan menyokong jika tok bertanding,” katanya yang membahasakan dirinya tok dalam pertemuan di rumah sewanya yang disewa dengan kadar RM60 sebulan di Kampung Mengadang Akar, di sini, baru-baru ini. Dia menjadi tumpuan apabila secara tiba-tiba muncul menawarkan diri sebagai calon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU ke-12 tetapi tewas teruk dan hilang deposit RM10,000. Dalam pilihan raya 2008 Maimun memperoleh 685 undi, tewas kepada calon Barisan Nasional, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mendapat 32,562 undi manakala calon PAS, Mohamad Sabu meraih 31,934 undi. Gelagatnya berkempen setiap hari dengan menaiki basikal ketika itu mencuri tumpuan dan tanpa diduganya, dia berjaya meraih undi walaupun kecil. “Tapi tentu lebih baik jika tok menang,” katanya sambil ketawa kecil ketika diminta mengulas mengenai undi diterimanya itu. Maimun berkata, tindakannya menyertai PRU ke-12 menyebabkan dia lebih dikenali orang ramai sehingga ada yang meminta bantuan daripadanya sedangkan dia sendiri penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan. “Orang susah ada jumpa tok untuk minta bantuan dan tok pula tidak sampai hati menghampakan hasrat mereka walaupun tok sendiri pun susah. “Jadi tok bantu ikut kemampuan. Kalau ada RM2, tok beri RM1 dan kalau ada lebih tok beri lebih,” katanya sebelum meminta izin untuk menamatkan perbualan kerana mempunyai temujanji dengan pelanggan di Chabang Tiga, di sini. Bagi menampung perbelanjaan hidup, Maimun yang juga ibu kepada seorang anak berniaga kain sejak lebih 30 tahun lalu.

SPR perluas undi pos




ABDUL AZIZ (dua dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian pegawai pengurus dan pegawai pengurus pilihan raya negeri pada program taklimat PRU-13 di Ipoh semalam.


IPOH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang membenarkan pemilih yang berkhidmat dalam beberapa sektor pekerjaan seperti media, perubatan, penerbangan dan cari gali minyak mengundi secara pos atau mengundi awal bersama polis dan tentera pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, cadangan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang sebelum ini turut menilai beberapa cadangan lain seperti pengunaan dakwat kekal atau biometrik.
“Jika cadangan dipersetujui, rang undang-undang pindaan peraturan dan undang-undang berkaitan termasuk membolehkan pengundian awal akan dibentangkan di Parlimen,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program taklimat PRU-13 kepada 24 pegawai pengurus dan 105 penolong pegawai pengurus pilihan raya negeri ini di sini semalam.
Abdul Aziz berkata, jika sempat kesemua cadangan itu boleh dilaksanakan pada PRU-13.
“Kita faham ada beberapa kumpulan media yang tidak dapat pergi mengundi kerana tugas, jadi adakah kita nak biarkan begini? Oleh itu, kita fikir patut buat perubahan supaya mereka ini mengundi pos atau mengundi awal dan cadangan ini akan dibawa ke dalam jawatankuasa berkenaan nanti.
“Sebenarnya, bukan saja media tetapi juga petugas di pesawat seperti pramugari dan pramugara, jururawat dan petugas di pelantar minyak,” katanya.
Beliau berkata, SPR sedang menjalankan kajian berkenaan cadangan-cadangan itu sama ada sesuai dilaksanakan tetapi ia bergantung kepada pindaan peraturan dan undang-undang.

Filem terbaharu SRK kurang laris




KHAN membuat persembahan ketika mempromosikan filem terbitannya itu di Ludhiana, Punjab India Oktober lalu.


MUMBAI - Filem bajet besar yang menampilkan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan bertajuk Ra.Onemenerima maklum balas bercampur-campur kelmarin.
Pujian diberi kepada kesan-kesan khas yang digunakannya, tetapi skripnya dikritik. Menjadi antara filem India paling mahal dengan perbelanjaan mencecah AS$20 juta (RM61.3 juta), Ra.One dilihat gagal memecahkan rekod hari pertama tayangan.
Laman web Boxofficeindia.com yang memantau kutipan filem di panggung menyatakan filem adiwira sains fiksyen versi Hindi itu berjaya mengutip sekitar AS$3 juta (RM9.20 juta) dalam tempoh 24 jam pertama selepas ditayangkan pada Rabu lalu.
"Ia mungkin menjadi filem kedua atau ketiga yang mencatat kutipan tertinggi. Namun, ia ketinggalan sebanyak 30 peratus berbanding rekod filem Bodyguard yang ditayangkan dua bulan lalu," katanya.
Khan dilihat berusaha keras mempromosikan filem tersebut selama beberapa bulan dengan menghadiri tayangan-tayangan perdana antarabangsa di Dubai, London dan Toronto.
Dalam filem tersebut, Khan memegang watak G.One yang menentang makhluk jahat bernama Ra.One untuk menyelamatkan manusia sejagat. - AFP

Jangan boikot, kurangkan beli




KENAIKAN harga ayam sehingga RM9 sekilogram mendorong pengguna mengurangkan kekerapan pengambilan makanan itu dalam sajian harian. – Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Tindakan memboikot pembelian ayam bukan penyelesaian terbaik dalam isu kenaikan harga ayam sebaliknya persatuan pengguna mencadangkan agar pengguna mengurangkan pembelian dan pemakanan ayam.
"Jika kita makan ayam lima kali seminggu kita kurangkan tiga kali itu sudah cukup... susah jika kita tidak mahu makan terus sebab ayam antara makanan utama kita rakyat Malaysia," kata Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu ketika dihubungiBernama semalam.
Beliau berkata, jika pengguna dapat mengurangkan pembelian dan pemakanan ayam, permintaan terhadap ayam dalam pasaran akan berkurangan seterusnya dapat menurunkan harga ayam.
Kenaikan harga ayam selepas musim perayaan mungkin disebabkan harga siling ayam yang ditetapkan pada musim perayaan kerana pengusaha dan penjual ayam memerlukan satu mekanisme untuk meraih kembali keuntungan mereka, katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna agar mengambil resit pembelian ayam jika harga yang dikenakan terlalu tinggi dan membuat aduan kepada kementerian berkenaan dengan disertakan resit pembelian.
Marimuthu berkata, penguatkuasaan terhadap harga siling ayam juga perlu sentiasa dilakukan agar harga ayam tidak membebankan pengguna pada masa ini dan masa depan.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, tindakan memboikot pembelian dan pemakanan ayam akan menjejaskan peniaga kecil ayam di negara ini.
"Peniaga kecil ini beli ayam bayar tunai kepada penternak, bila boikot peniaga kecil ini terbeban dengan stok yang banyak. Peniaga besar tidak terjejas sangat kerana mereka ada cara simpan stok ayam untuk tempoh lama," katanya.
Beliau berkata, selain memantau harga ayam di pasaran, kerajaan juga perlu memantau kos penternakan ayam kerana kos itu mampu memberi kesan yang besar kepada harga ayam di pasaran.
Katanya, tindakan mengimport ayam juga bukan penyelesaian terbaik kerana harga ayam di negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia jauh lebih mahal selain turut melibatkan isu halal.

Bruce Willis jadi bapa sekali lagi



BRUCE WILLIS dan isterinya, Emma dikatakan tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka pada tahun depan.


LOS ANGELES - Bintang filem aksi veteran Hollywood, Bruce Willis bakal bergelar bapa sekali lagi pada usia 56 tahun apabila dijangka menimang anak pertama dengan isteri keduanya, Emma.
Aktor itu yang sudah mempunyai tiga orang anak perempuan bersama isteri pertamanya, Demi Moore akan menyambut kelahiran cahaya mata pada awal tahun depan.
"Bruce dan Emma sangat gembira dengan berita ini. Mereka juga tidak sabar untuk menyambut ahli keluarga yang baru itu," kata jurucakap pasangan tersebut dalam satu kenyataan. - AFP

Friday, October 28, 2011

Mayat wanita ditemui di bahagian bawah pangsapuri



HULU LANGAT 27 Okt. - Seorang wanita ditemui mati dipercayai selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Taman Segar Perdana, Batu 9 dekat sini hari ini.
Mayat Foo Yuef Chyi, 27, ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah oleh seorang penghuni yang ingin membuang sampah kira-kira pukul 2.30 petang.
Seorang penghuni pangsapuri yang merupakan pelajar kolej swasta memberitahu, sebelum kejadian itu, wanita itu dilihat berada di tingkat empat pangsapuri tersebut.
"Sejak beberapa hari lalu, penghuni ternampak wanita itu berjalan di koridor pangsapuri dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak mengetahui punca dia dalam keadaan sedemikian.
"Ketika mayatnya ditemui, wanita itu memakai seluar pendek, baju T berwarna kuning dan berlumuran darah di hidung, mata dan mulut," kata pelajar wanita itu yang enggan dikenali ketika ditemui di tempat kejadian.
Wanita itu yang masih bujang berasal dari Subang Jaya dan dia dikatakan tinggal di tingkat empat bangunan yang sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
"Pihak polis sedang menyiasat punca kejadian dan setakat ini kes tersebut diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya lagi.

Rumah siap tapi pahat berbunyi




BEBERAPA penduduk menunjukkan beberapa dokumen pemaju di hadapan projek Pangsapuri Sungai Sering di Ampang semalam.


KUALA LUMPUR – Itu peribahasa bagi menggambarkan kemelut yang dihadapi oleh 664 pemilik Pangsapuri Sungai Sering, Ampang dekat sini sejak enam tahun dahulu sampai sekarang.
Rata-rata mereka tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan mendiami rumah sendiri walaupun ia telah siap dibina oleh pemaju, Scenic Marina Sdn. Bhd. sejak tahun 2007 lagi.
Wakil pemilik, Khairuddin Mohamad, 49, berkata, pemaju tidak membenarkan pembeli memasuki rumah atas alasan tidak memiliki sijil kelayakan menduduki (CF) namun hairan kenapa mereka mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan CF.
“Pemaju pada asalnya berjanji kepada pembeli bahawa mereka boleh mendiami rumah berkenaan pada tahun 2007, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Sehingga ke hari ini, kami tidak dibenarkan menduduki pangsapuri tersebut dengan pelbagai alasan yang sukar diterima akal.
“Lebih mendukacitakan, pemaju hanya menyuruh saya agar duduk diam dan tunggu sahaja panggilan daripada mereka, namun semua itu hanya alasan untuk mengelakkan diri daripada menjawab pertanyaan kami,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Selain itu menurut Khairuddin, banyak kali aduan dibuat kepada pemaju dan pihak berkuasa tempatan sebelum ini, namun ia tidak mendatangkan hasil.
Tinjauan mendapati, pangsapuri yang terletak berdekatan dengan Bukit Antarabangsa dan mempunyai dua buah blok itu juga kelihatan sudah siap, namun prasarana di sekelilingnya seakan-akan terbiar.

Thursday, October 27, 2011

Umno terdesak, guna 3R tarik sokongan Melayu

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 27 Oktober: Umno sedang cuba menggunakan strategi “3R” iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja) bagi memenangi undi pilihan raya, kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu.

(Gambar: Mohamad Sabu menyampaikan Anugerah Tokoh PAS Pahang, Ustaz Idris Omar diwakili Pak Sheikh Hussin)

Beliau mendedahkan, serangan politik sedemikian digunakan setelah parti itu merasakan sukar dan tidak yakin untuk mendapatkan undi bukan Melayu dan bandar seperti keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

“Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak.

“Untuk itu strategi mereka mempermainkan isu-isu bersifat 3R iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja). Manakala negeri utama sasaran mereka ialah Selangor, Pulau Pinang dan Perak,” katanya.

Mohamad berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 3,000 pendengar sempena Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Pahang, di Tapak Kompleks PAS, Kerdau di sini malam tadi.

Turut berucap Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pemangku Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah dan Exco Pemuda PAS Pusat Kamal Ashaari.

Tambah Mohamad, dengan strategi 3R yang dimainkan itu membuat suhu politik negara menjadi panas mendidih, walhal semua itu dirancang Umno.

Beliau mengambil contoh mengenai tindak tanduk Umno cuba mengheret istana ke kancah politik dalam isu Lim Guan Eng dengan isu jenayah di Johor dan Dr Abdul Aziz Bari berkaitan titah Sultan Selangor.

“Nampak macam seolah-olah Umno mendukung raja. Tapi saya nak ingatkan pada tahun 1993 semasa saya menjadi ahli parlimen, pernah speaker menggantung peraturan Dewan yang menghalang menyentuh soal raja-raja. Masa itulah mereka ‘belasah’ raja-raja Melayu dalam isu kekebalan raja-raja dulu,” katanya.

Mat Indera dan Hang Jebat

Mengenai isu komunis yang cuba dikaitkan dengannya, Mohamad berkata itu merupakan isu baru yang mereka timbulkan untuk cuba bangkitkan kebencian sedangkan terdapat seorang bekas Menteri Besar (Umno) yang biasa melawat ke perkampungan bekas komunis di selatan Thailand untuk memberi bantuan.

Mohamad berkata, isu Mat Indera dan Bukit Kepong yang pernah dimainkan media satu ketika dulu hanyalah isu percanggahan pendapat tetapi sengaja dimainkan media untuk keuntungan politik.

“Contohnya macam ni... katakanlah ada seorang tu kata Hang Tuah hero, ada seorang lagi kata Hang Jebat hero. Sepatutnya bila timbul dua perbezaan pendapat begitu, berhujahlah secara ilmiah.

“Tapi apa yang berlaku apabila saya katakan Mat Indera yang menentang penjajah Inggeris itu sebagai pejuang kemerdekaan, saya dihentam dari segenap sudut sehingga ada yang cadang dilucut kewarganegaraan saya dan akhirnya didakwa di mahkamah,” katanya.

Umno terdesak, guna 3R tarik sokongan Melayu:

'via Blog this'

Lawak besar: Siapa halang guna dakwat kekal?

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Pengakuan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman bahawa dakwaan badan itu yang sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar" menimbulkan penuh tanda tanya kepada pelbagai pihak.

Sehubungan itu, persoalan selanjutnya yang timbul dan ingin diketahui oleh orang ramai tentunya mengenai pihak sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita sejak dulu hingga sekarang.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, pengakuan Rashid perlu disusuli pendedahan itu kerana jika tidak bekas pengerusi SPR itu sendirilah yang membuat lawak.

Menurut beliau, penggunaan dakwat kekal sememangnya sesuatu yang praktikal bagi pilihanraya dan ia turut diakui oleh SPR, tetapi gagal dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak tertentu.

Katanya, realiti itu terserlah dengan pengakuan Rashid sendiri kepada pihak media hari itu sehingga jelas memperlihatkan cengkaman yang dialami oleh badan tersebut untuk melaksanakan peranannya dengan sempurna.

"Jika sudah begitu realitinya, siapakah sebenarnya yang bersalah? Siapakah sebenarnya yang menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara kita?

"Inilah persoalannnya sekarang yang perlu dijawab oleh Tan Sri Abdul Rashid sendiri selaku pihak yang berpengalaman dan terbabit secara langsung dalam hal itu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman seperti pengakuannya kepada pihak media hari ini berkata, beliau sememangnya menyokong penggunaan dakwat kekal, tetapi beliau dibidas teruk kerana menarik balik keputusan untuk menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 tahun 2008 lalu.

Katanya, tamparan akibat penarikan keputusan itu beberapa hari sebelum pilihan raya umum 2008 sebegitu hebat, sehingga beliau menganggapnya sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

"Saya juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan,” katanya.

Menurut Abdul Rashid, belia menyokong penggunaan dakwat bukan kerana terdapat bukti penipuan berlaku tetapi untuk meyakinkan orang ramai dengan integriti badan tersebut bagi pengendalian pilihan raya di negara ini.

Lebih jauh dari itu, beliau mengakui dakwaan SPR sekarang yang mengaku sedang mengkaji penggunaan dakwat kekal sebagai "lawak besar", namun enggan mencari musuh terutama setelah menjadi pesara sekarang.

Beliau juga berkata, sikap beberapa sektor kerajaan yang menyumbang kepada keputusan penggunaan dakwat kekal ditarik balik sebagai "tidak bertamadun dan bodoh" dan sedikit sebanyak menyumbang kepada bantahan yang merebak ke jalanan pada Julai lalu.

Menurut Suhaizan, penggunaan dakwat kekal sememangnya sesuatu yang praktikal bagi pilihanraya bagi mengelakkan pertindihan pengundian dan pembuangan undi dua kali.

"Kaedah tersebut ternyata jauh lebih berkesan berbanding penggunaan sistem biometrik yang memerlukan perbelanjaan jauh lebih besar.

"Sekiranya dakwah kekal tidak boleh digunakan, apakah kaedah yang boleh dipakai untuk pilihan raya yang telus dan adil di negara kita?" katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Lawak besar: Siapa halang guna dakwat kekal?:

'via Blog this'

Wednesday, October 26, 2011

Natasya dakwa tanggung belanja sekolah anak



ZAINAL Abidin hadir bersama peguamnya pada perbicaraan tuntutan nafkah oleh bekas isterinya di Mahkamah Tinggi Syariah, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Okt. - Bekas isteri penyanyi, Zainal Abidin yang terkenal dengan lagu Hijau mendakwa dia telah menanggung semua perbelanjaan persekolahan dua anaknya bagi mengelakkan mereka diberhentikan daripada sekolah dan tidak dapat menduduki peperiksaan jika bayaran tidak dibuat mengikut masa.

Natasya Gabriel Abdullah berkata, dia telah menempatkan dua anaknya itu di sekolah yang bagus dan mendakwa kedua-dua permata hatinya itu telah membesar dengan baik.

Wanita berusia 52 tahun itu berkata demikian di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini ketika disoal oleh peguam syarie yang mewakilinya, Norhusniah Husin dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah anak yang dikemukakannya terhadap bekas suaminya itu.

Natasya setakat hari ini telah mengesahkan 85 daripada 224 dokumen yang mengandungi bukti-bukti pembayaran yang ditandakan sebagai keterangannya dalam kes tersebut.

Ia merangkumi bayaran persekolahan di sekolah kebangsaan dan sekolah swasta (pelajar khas) bagi anak lelakinya, Mikhail, 18, yang menghidap autisme serta resit-resit pembayaran persekolahan anak perempuannya, Timur, 16.

Bayaran tersebut termasuk yuran sekolah yang dibayar secara tahunan dan bulanan, tambang pengangkutan ke sekolah, pakaian seragam sekolah, buku-buku serta kos-kos tambahan yang berkaitan.

Natasya yang merupakan bekas model menuntut nafkah anak berjumlah RM167,102.04 ke atas bekas vokalis kumpulan Headwind pada tahun lalu.

Jumlah tersebut merangkumi yuran persekolahan, kelas agama dan bayaran perubatan sejak tahun 2002 sehingga kini.

Natasya bernikah dengan Zainal, 52, atau nama penuhnya, Zainal Abidin Mohamed pada 24 Mac 1987 dan bercerai pada 12 Disember 2000.

Zainal Abidin yang diwakili oleh peguam syarie, Abdul Halim Bahari turut hadir memakai seluar jeans biru, kemeja putih dan bersongkok.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain bersambung 15 November ini.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'