Saturday, March 21, 2015

AYAH PUN JAHIL AGAMA ANAK APA LAGILAH..ISLAM KULIT....SATU KELUARGA KENA AJAR BALIK AGAMA.




Bapa sedih bila anak diancam 'bakar & rogol"...

Insiden terbaru tentang pembaca berita BFM diancam bunuh, rogol dan dibakar hidup-hidup oleh mereka yang saya anggap sebagai warga maya Melayu-Islam menimbulkan persoalan yang serius bagi negara ini. Adakah negara ini selamat untuk dihuni oleh anak-anak kita?

Sekiranya membangkitkan pandangan yang mudah terhadap isu seperti hudud atau isu seperti demokrasi dan pilihan raya yang bersih, boleh mencetuskan ancaman bunuh, rogol dan dibakar orang hidup-hidup, maka apa maksudnya terhadap negara kita, rakyat dan kepimpinan kita? Di mana budaya ini datang?

Saya perhatikan bahawa mereka yang membuat ancaman seperti ini datang dari kebanyakannya orang Melayu yang saya anggap adalah Muslim. Di manakah kita, sebagai sebuah negara, telah melakukan kesilapan dalam mendidik orang Melayu ini? Apa yang kita ajar di sekolah menengah kita?

Lebih penting lagi adakah universiti awam kita menghasilkan mereka dengan budaya seperti itu? Saya secara jujur berharap mereka yang membuat ancaman itu tidak pernah menjejakkan kaki di universiti awam kita kerana jika tidak, saya ingin bertanya para naib canselor, jenis rakyat Melayu Malaysia apakah yang anda hasilkan?

Ya, mereka boleh diterima sebagai jurutera dan arkitek tetapi mereka hampir tidak boleh diterima sebagai warganegara Malaysia, atau orang Islam atau lebih teruk lagi, sebagai manusia dengan hati nurani yang berperikemanusiaan? Apa sudah jadi?

Saya ke masjid dan mendengar ribuan ceramah di YouTube oleh yang mereka yang dipanggil ustaz ternama dan saya tahu bahawa pemahaman mereka tentang Islam menjadi penyumbang utama kepada jenis-jenis komen yang dibuat oleh warga muda maya ini.

Walaupun saya berasa marah kepada warga maya yang telah membuat ancaman seperti itu, seolah-olah filem 'Terminator' yang memberondong orang dengan mesingan besar, tetapi saya bersedia memaafkan mereka kerana saya tahu masyarakat telah mewujudkan budaya tersebut.

Ketika Nabi Muhammad berdepan dengan penindasan terhadap orang muda dari Taif sehingga tubuhnya berlumuran darah, beliau berdiri di depan malaikat Jibril dengan tentera dari syurga yang bersedia untuk menghapuskan penduduk Taif, beliau berkata, "Tidak, jangan apa-apakan orang-orang ini kerana mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan".

Mungkin generasi akan datang boleh terima mesej saya jika orang-orang ini tidak boleh menerimanya pada masa ini.

Rasulullah berhati mulia untuk mengampuni orang-orang ini kerana beliau tahu mereka yang melemparkan batu adalah remaja dan anak muda yang dipengaruhi oleh golongan tua mereka.

Saya takut, ulama kita mungkin mengajar jenama Islam yang amat jauh daripada contoh teladan mulia Rasulullah sendiri.

Dengan kejadian ini, saya bertanyak sekali lagi kepada rakyat Malaysia... selamatkah kita untuk membesarkan anak-anak kita di negara ini? Jika tidak, perlukah kita mula mencari tempat lain dan mewujudkan tempat yang lebih selamat untuk membolehkan anak-anak kita mempunyai masa depan?

Saya menulis semua ini dengan hati yang berat. Saya menulis kata-kata ini sebagai warga Malaysia yang prihatin dan sebagai orang Islam demi semua anak-anak kita. Dan akhirnya, saya menulis semua ini sebagai bapa kepada Aisyah Mohd Tajuddin, gadis BFM itu.- Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi

Pancaroba


LAGI SATU BALA NAJIB

SPRM jumpa anak Isa Samad pasai beli hotel mewah...
-------------------------------------------------------------------------

SPRM rakam kenyataan anak pengerusi Felda...

Anak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam untuk merakam kenyataannya berhubung pembelian hotel bernilai ratusan juta ringgit di London.

"Ia bukan tangkapan tetapi kenyataannya telah diambil bagi membantu siasatan berhubung kes itu," kata satu sumber yang mengetahui mengenai siasatan itu kepada Malaysiakini tetapi tidak mahu namanya disiarkan. Siasatan itu adalah berhubung pembelian Grand Plaza Kensington berharga RM330 juta, yang kini dinamakan Park City Hotel.

Felda sebelum ini telah membeli Apartment mewah Grand Plaza di Bayswater, London.

Terdahulu, dilaporkan bahawa seorang pegawai kanan Felda yang ditugaskan dengan anak syarikat Felda - Felda Investment Corporation - telah ditahan pihak berkuasa sejak hari Ahad. Turut ditahan ialah seorang yang didakwa menjadi orang tengah urusan tersebut.

Isa, yang juga bekas bekas menteri besar Negri Sembilan melancarkan Park City Hotel pada Disember 2014.

Pancaroba


Pancaroba


Pancaroba


Pancaroba


Balu Sarjan Tidak Endah Dua Notis Kosongkan Kuaters - KP Selangor


Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 5:49 PM
Abdul Samah Mat

KUALA LUMPUR: Tindakan mengosongkan unit didiami balu seorang sarjan polis terpaksa diambil setelah balu itu tidak mengendahkan dua notis pemberitahuan dikeluarkan pada 23 Jun 2014 dan 23 Februari 2015, kata Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

Beliau berkata atas dasar kebajikan dan belas ihsan, balu sarjan polis itudan tiga anaknya telah dibenarkan mendiami kuarters selama kira-kira setahun tiga bulan sedangkan mengikut peraturan perlu mengosongkan kuarters dalam masa sebulan.

Beliau menjelaskan mengikut peraturan, sekiranya seseorang pegawai atau anggota polis meninggal dunia, balu atau keluarganya yang mendiami perumahan polis, perlu mengosongkan perumahan itu dalam masa satu bulan. 

"Atas dasar kebajikan dan belas ihsan, Pegawai Pemerintah boleh menggunakan kuasa dan budi bicara untuk membenarkan balu mendiami perumahan kerajaan sehingga tempoh tiga bulan dari tarikh kematian suami. 

"Dalam kes ini, Allahyarham yang tugas akhirnya di Cawangan Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 24 Disember 2013 dan sejak tarikh tersebut, balu Allahyarham dan tiga anaknya terus mendiami rumah berkenaan sehingga Selasa lepas iaitu selama lebih kurang setahun tiga bulan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Abdul Samah berkata demikian susulan tersebarnya gambar-gambar dan maklumat tidak tepat dalam media sosial Facebook kononnya polis bertindak kejam apabila memecah masuk dan membuang barangan balu polis berkenaan di Perumahan Polis Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya.

Katanya, pada Selasa lepas polis memasuki rumah berkenaan dan memindah keluar barang-barang milik balu Allahyarham dan ketika itu balu tersebut berada di Ipoh. 

"Barang-barang dan peralatan masih berkeadaan baik seperti perabot, sofa, pendingin hawa, peralatan dapur, barangan elektrik dan sedikit pakaian telah diasingkan di mana polis telah menyediakan sebuah lori bagi tujuan pemindahan ke mana-mana lokasi," katanya.

Beliau menjelaskan, selepas kematian Allahyarham, kebajikan balu dan anak-anaknya telah diberi perhatian sewajarnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) malah telah menerima pelbagai bantuan dan imbuhan dari PDRM termasuk tabung-tabung yang diperuntukkan kepada seseorang anggota polis.

"Antara bantuan dan imbuhan yang diterima ialah pembayaran Gratuiti,Insurans Koperasi Polis, Insurans Kerajaan RM18,000 dan Tabung Khairat Kematian Kontinjen Selangor RM12,000 dengan jumlah keseluruhan bantuan dan imbuhan yang diterima balu Allahyarham adalah sebanyak RM147,000 tidak termasuk derma dan sumbangan peribadi daripada kalangan pegawai dan anggota.

"Di samping itu, beliau juga menikmati wang pencen bulanan Allahyarham sebanyak RM2,333. Allahyarham juga ada meninggalkan kepada balunya beberapa harta sepencarian yang antaranya sebuah rumah di Ipoh dan sebuah kenderaan.

"Dengan jumlah imbuhan, bantuan dan pencen bulanan yang diterima sedikit sebanyak tentunya dapat membantu balu Allahyarham dan anak-anaknya meneruskan kehidupan mereka,” katanya.

Pada Jumaat, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah sedaya upaya cuba membantu balu Allahyarham termasuk membantu mencari rumah baharu dengan mencadangkannya tinggal di flat Kayu Ara, Damansara tetapi balu Allahyarham tetap enggan berpindah.

"Walaupun kita simpati dengan nasib balu Allahyarham bersama anak-anaknya ini tetapi kita juga perlu membantu anggota kita yang menyewa di luar termasuk menyewa di setinggan dan menyewa bilik. Kita telah bagi banyak kelonggaran kepadanya untuk minta dia berpindah," katanya. -BERNAMA

BALACI SUDAH BERSUARA LANTANG!!!!!! Latheefa Koya dakwa PAS cipta hukum hudud sendiri



KUALA LUMPUR: Undang-undang hudud yang diperjuangkan oleh PAS tidak selari dengan ajaran Al-Quran, kata pemimpin PKR, Latheefa Koya.

Latheefa kemudiannya menyenaraikan empat perbezaan diantara hudud berasaskan Quran dan enakmen hudud 1993 yang diperkenalkan oleh PAS.

Sebagai contoh, dalam Al- Quran tidak disebut apa-apa hukuman untuk kesalahan murtad, dakwa Latheefa.

"Undang-undang hudud PAS pasti tidak terdapat dalam Quran.

"Oleh itu, (hudud ciptaan PAS) wajar ditolak sama sekali. Ia merupakan ciptaan mereka sendiri. PAS mewujudkan kekeliruan dan kejahatan dengan menggunakan nama tuhan," ujarnya dipetik laporan portal The Malay Mail Online.

Bukan itu sahaja Latheefa menuduh hukuman merejam tidak disebut dalam Al- Quran sebagai satu hukuman, selain terdapat banyak kriteria dalam hukuman memotong tangan atau kaki dan menyalib.

Malah beliau mendakwa kriteria hudud PAS juga berbeza bersabit kesalahan rogol dan zina.

Latheefa berkata hukum hudud Quran merangkumi hukuman untuk enam kesalahan sahaja dan apa-apa yang berbeza dengan itu tidak boleh dianggap sebagai hudud.

Beliau bertegas orang Islam harus menyokong hudud Alllah dan bukan versi "buatan manusia".

Latheefa menyeru Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghentikan serta merta usaha untuk membawa usul pelaksanaan hudud di Kelantan pada sidang Parlimen akan datang.
maju.blogspot.com/2015/03/balaci-sudah-bersuara-lantang-latheefa.html

Pakatan Baharu Mungkin Dibentuk


Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 8:28 AM

IPOH: Keputusan PAS yang tidak mempedulikan permintaan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat bakal memperlihatkan kemungkinan pembentukan satu pakatan pembangkang baharu, kata Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming.
Beliau berkata, kongres kebangsaan DAP yang khas akan diadakan tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.
"Pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri apda Khamis, kami semua telah bersetuju bahawa satu kongres kebangsaan yang khas akan diadakan bagi mengkaji dan membuat keputusan mengenai status PAS dalam Pakatan. Antara perbincangan itu adalah membentuk satu Pakatan baharu," kata Nga.
Menurut Nga, rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah bukan merupakan dasar perlembagaan Pakatan Rakyat dan tidak pernah dipersetujui oleh majlis pimpinan Pakatan.
"Pindaan yang dibuat oleh kerajaan Kelantan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang persekutuan tertinggi di negara ini. Pindaan itu tidak sah," katanya, sambil mendakwa bahawa langkah itu sebagai helah politik untuk memecahbelah Pakatan Rakyat.
Nga turut berkata, Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) negeri turut membekukan sebarang bentuk hubungan kerjasamanya dengan PAS sehingga parti Islam itu menyelesaikan masalah dalamannya pada kongres kebangsaannya pada Jun depan.
Di George Town, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyelar pemimpin PAS berhubung "ketidakjujuran, penipuan dan pengkhianatan" mereka kerana mengkhianati hubungan dalam Pakatan Rakyat selepas parti itu meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993, di Kelantan.
Beliau yang menyifatkan PAS membelangkangi Pakatan Rakyat berkata, tindakan itu akan menentukan nasib Pakatan.
"Mereka kini beralih dalam Pakatan dan sanggup mempercayai Umno untuk melaksanakan undang-undang itu," katanya dalam satu kenyataan.
Lim berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada Isnin untuk membincangkan kedudukan dan pendirian parti berhubung tindakan PAS.
Dapsy Pulau Pinang mengumumkan pembekuan sebarang bentuk hubungan kerjasamanya dengan Dewan Pemuda PAS negeri berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pemudanya, Ng Wei Aik berkata, langkah itu adalah pendekatan terbaik dalam menunjukkan pendirian parti itu yang tidak dapat berkompromi dengan kerajaan PAS Kelantan yang terus dengan tindakan membentangkan rang undang-undang hudud.
"Kita tiada isu dengan PKR dan akan terus menyokong parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh nanti," katanya.
Sementara itu, DAP Sarawak akan memutuskan sama ada keluar daripada Pakatan Rakyat susulan rang undang-undang berkaitan hudud itu diluluskan.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, beliau tiada pilihan kecuali mempertimbang langkah untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.
"Namun, memandangkan ini adalah keputusan paling penting yang perlu saya lakukan sejak mengambil alih pucuk pimpinan jawatankuasa negeri pada Jun 2013, saya aka mengadakan mesyuarat untuk memutuskan perkara itu serta mendapatkan perakuan daripada jawatankuasa penuh tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan di sini.
Pada Khamis lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu, selepas dipersetujui sebulat suara oleh kesemua 44 anggota DUN.
Semua 44 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu 31 daripada PAS, 12 Barisan Nasional (BN) dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR) hadir ketika enakmen itu diluluskan.

Anak PM Tak Terima Wang Hantaran AS$500,000 - Jawi


Diterbitkan: Sabtu, 21 Mac 2015 3:54 PM

PETALING JAYA: Anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa tidak menerima wang hantaran bernilai AS$500,000 (RM1.85 juta) kata Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Menerusi kenyataannya, Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, sijil nikah Nooryana Najwa yang menjadi viral di laman media sosial adalah palsu.
"Sijil nikah itu adalah palsu kerana jumlah wang dan barangan hantaran adalah tidak benar.
"Sijil itu juga tidak ditandatangani pendaftar nikah Jawi," kata Paimuzi.
Pasangan pengantin baharu, Daniyar Kessikbayev dan Nooryana Najwa pada majlis akad nikah di Seri Perdana, Putrajaya.
Salinan sijil nikah yang disertakan Jawi menunjukkan wang hantaran Nooryana Najwa sebanyak RM5,000.
Bagaimanapun, ruangan barangan hantaran dikosongkan.
Gambar salinan sijil nikah Nooryana Najwa menjadi viral beberapa hari sebelum majlis pernikahan itu berlangsung dengan mendakwa dia akan menerima AS$500,000.
Graduan Universiti Georgetown, Amerika Syarikat berusia 27 tahun itu bernikah dengan warga Kazakhstan, Daniyar Kessikbayev pada majlis akad nikah yang disempurnakan Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis lalu.
Najib (kanan) melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa menikahkan anaknya, Nooryana Najwa dengan  Daniyar Kessikbayev (kiri) pada majlis akad nikah di Seri Perdana di Putrajaya, Khamis.
Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur dan Pekan, Pahang akhir bulan ini.

Ustaz Kazim kena sihir


Mohammad Kazim Elias
Mohammad Kazim Elias
SHAH ALAM - Meskipun tidak lagi muncul dalam program televisyen selepas ini, bukan bermakna susuk tubuh bernama Mohd Kazim Elias ini luntur semangatnya dalam berdakwah.

Mohd Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebaliknya berkata, beliau akan terus menyebarkan ilmu ALLAH ini dengan cara 'low profile' kepada seluruh masyarakat Islam.

Bercakap kepada Sinar Online, Ustaz Kazim berkata, jika tidak mampu berhadapan dengan rintangan sebagai pendakwah, sudah lama beliau bersara, namun itu bukan pilihannya.

“Alhamdulillah saya sudah berdakwah lebih kurang 24 tahun, saya pernah melalui pelbagai ranjau dan duri dalam berdakwah. Saya pernah disihir empat kali dan pernah dibedah sebab sihir apabila dibedah doktor kata tidak menjumpai ‘penyakit’ itu, namun saya terus berdakwah.

“Namun kini, saya rasa pendekatan saya mungkin perlu berubah, biarlah saya memberi peluang kepada pendakwah muka baharu untuk berceramah," luahnya.

Berbicara lanjut Ustaz Kazim berkata, selain pernah ditipu bayaran beliau juga acapkali difitnah.

“Saya pernah diberi cek tendang, dan sudah banyak kali akaun palsu FB dibuat untuk menjatuhkan saya. Tetapi saya terus sabar. Sekarang saya fikir sudah tiba masanya saya ‘menghentikan’ semua itu , jadi saya pilih tidak perlulah lagi saya muncul di kaca televisyen, cukuplah sekadar saya berceramah di tempat awam hanya apabila ada orang panggil ,” tuturnya.

Namun begitu ujarnya, peminat masih boleh menontonnya di kaca televisyen menerusi rancangan “Kalau Dah Jodoh” di Astro Oasis, rancangan "Bismillah" terbitan TV3 dan satu lagi di rancangan "Kopi Bersama Ustaz Kazim" di TV9.

“Hanya itu sahaja, saya juga sudah batalkan 10 program yang melibatkan saya,” katanya.

Kelmarin, Kazim membuat keputusan menarik diri daripada muncul dalam mana-mana program ceramah di kaca televisyen menerusi Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Batu Kurau yang disiarkan secara langsung melalui siaran RTM1.

Bagaimanapun beliau akan meneruskan ceramah bagi rancangan yang telah dipersetujui secara hitam putih termasuk program ‘Kalau Dah Jodoh’ yang kini masih berbaki 10 episod.

Bertaubatlah Aisyah


Bertaubatlah Aisyah
Bertaubatlah Aisyah
KOTA BHARU - Seluruh umat Islam perlu memahami dan sedar hukum hudud adalah hukum ALLAH SWT yang tidak boleh dipermainkan serta dipersendakan terutama oleh mereka yang beragama Islam.
 
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan, jika perkara itu berlaku, ia boleh memberi kesan kepada kerosakan akidah pelaku, terutama jika dilakukan di dalam sedar, bukannya jahil. 
 
“Ia (mempermainkan hukum ALLAH SWT) boleh memudaratkan pelaku itu sendiri, ada sesetengah pihak menganggap perkara ini sebagai remeh, namun dalam Islam, ia serius dan perlukan bimbingan, tidak mustahil sehingga menyebabkan terkeluarnya agama.
 
“Saya nasihatkan kembalilah ke pangkal jalan, jika kita tidak mengetahui dengan jelas sesuatu hukum ALLAH SWT, carilah jalan penyelesaiannya, belajar dengan mereka yang layak iaitu ilmuwan dan sebagainya, jangan mempersendakan hukum ALLAH SWT,” katanya.
 
Beliau mengulas tindakan seorang gadis yang didakwa menghina langkah kerajaan Pas Kelantan membentang dan meluluskan undang-undang hudud yang kini menjadi viral dan menerima kecaman hebat di laman sosial.
 
Gadis dikenali sebagai Aisyah Tajuddin didapati melakonkan aksi parodi dan mengeluarkan kata-kata yang didakwa menghina hukum hudud dalam sebuah klip video berjudul ‘Aisyah BFM Kupas Hudud di Kelantan’.
 
Mohamad Shukri berkata, penghinaan itu juga boleh disifatkan sama seperti menghina matahari, sungai dan segala ciptaan ALLAH SWT, yang mana mempunyai sebab dan faedahnya kepada manusia.
 
Beliau juga memberitahu, dalam skop sama, hudud juga dicipta ALLAH SWT untuk kebaikan umat Islam, yang tidak boleh dipermainkan, malah diejek sehingga timbulnya penghinaan.
 
“Kalau kita (orang Islam) sendiri tidak hormat hukum ALLAH SWT, bagaimana kita mahu orang bukan Islam hormat dan faham agama kita. Jangan disebabkan kita, orang lain boleh menghina agama dan hukum ALLAH SWT, kepada si pelaku, segeralah bertaubat,” katanya.
 
Sementara itu, dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas keadaan cuaca panas terik yang melanda Kelantan kini, beliau turut menasihatkan orang ramai solat sunat Istisqa’ minta diturunkan hujan, selain mengalu-alukan masjid utama di seluruh negara buat perkara sama.
 
“Banjir, kemarau, mengajar umat Islam untuk lebih bersyukur dengan pemberian-Nya. Jangan pula ada yang kutuk dan mengeluh kekesalan, ALLAH SWT sudah tentukan yang terbaik untuk umat-Nya,” katanya.

Terima pampasan RM3.7j


Ricky Jackson
Jackson (tengah) yang meringkuk selama 39 tahun di penjara Ohio bakal terima pampasan berjumlah RM3.7 juta.
SAN FRANCISCO - CALIFORNIA. Seorang lelaki kulit hitam yang dipenjarakan hampir 40 tahun atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya bakal menerima pampasan berjumlah AS$1 juta (RM3.7 juta).
Mahkamah Tuntutan Ohio mengarahkan pampasan itu dibayar kepada Ricky Jackson.
Jackson, 57, dan rakannya Wiley Bridgeman, 60, dibebaskan tahun lalu selepas didapati tidak bersalah dalam kes pembunuhan seorang ahli perniagaan pada 1975.
Mereka dibebaskan apabila saksi utama pembunuhan itu mengaku berbohong dalam keterangannya pada 2013.
Peguamnya dari Innocence Project, Michele Berry berkata, seorang penasihat kewangan akan dilantik bagi membantu Jackson mengendalikan wangnya dengan berhemah. - Press TV

Ahli parlimen Islam wajib sokong hudud


JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Islam disarankan supaya bersetuju dengan pembentangan rang undang-undang hudud apabila dibentangkan kelak atas dasar kesedaran, keinsafan serta yakin bahawa ia adalah sejajar yang disyariatkan dalam agama Islam sendiri.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin Md Jamaludin berkata, undang-undang itu perlu ditubuhkan bukan atas kepentingan politik sempit pihak tertentu sebaliknya benar-benar tulus serta ikhlas.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin Md Jamaludin
Syahrin Md Jamaludin
“Tidak ada istilah hudud Umno atau hudud Pas sebaliknya hudud ini adalah dari ALLAH. Kita wajib bersetuju selagi ia dilihat atas dasar kebenaran, keinsafan serta tanpa prejudis kerana ia adalah undang-undang daripada ALLAH.
“Pelaksanaannya juga dapat menyatupadukan umat Islam jika ia dilaksanakan dengan ikhlas dan penuh keinsafan serta dijangka akan mengubah sosio masyarakat secara keseluruhan. Jadi, ketepikan agenda sempit politik dalam hal ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas mengenai hasrat Dun Kelantan membentangkan enakmen berkaitan hudud itu di Parlimen nanti.
Beliau berkata, pihak berwajib perlu memberi tumpuan untuk memberi penerangan yang jelas kepada semua pihak supaya yakin dan faham bahawa undang-undang ini adalah peraturan yang terbaik untuk mencegah perbuatan jenayah.
“Selepas undang-undang ini dibentangkan kita tunggu dan lihat apa kesannya. Jadi, di sini, amatlah perlu mereka yang berwajib memberi kefahaman kerana ramai masih tidak faham serta yakin hingga prejudis termasuk umat Islam sendiri.
“Penerangan itu juga perlu dibuat kepada bukan beragama Islam kerana kita adalah sebuah negara yang majmuk. Kalau diikutkan mereka (bukan Islam) yang kuat menentang atas agenda politik.
Kata Syahrin, sudah sampai masa penjelasan perlu diberikan dan salah satu tuntutan agama perlu dituruti untuk mengelakkan berlaku syak dan fitnah terhadap agama oleh orang bukan Islam yang tidak faham undang-undang ini.
“Saya kira ini juga adalah medium dakwah yang berkesan kepada orang bukan Islam yang mana secara tidak langsung mereka mulai mengetahui bahawa hudud adalah hukuman terbaik dalam dunia yang mana pelaksanaannya bukan memberikan kesan negatif.
“Hudud bukannya untuk menakut-nakutkan tetapi sebaliknya dapat mencegah masyarakat Islam meninggalkan perkara yang tidak baik. Mereka mungkin fikir mengenai potong tangan, tetapi sebenarnya undang-undang ini wujud untuk mencegah orang untuk potong tangan dan diharap kerajaan Kelantan dapat buktikan kepada masyarakat,” katanya.

Najib saman Harakah isu 1MDB



Fahmi menunjukkan writ saman yang dikeluarkan Najib terhadap Harakah dan Harakah Daily berhubung isu dana 1MDB di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakah Daily, Taufek Yahya berhubung isu dana 1MDB.
Najib memfailkan saman itu pada Rabu lalu menerusi Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Writ saman itu diperoleh pemberita semalam selepas peguam Fahmi Adilah yang mewakili Najib menye­rahkan saman itu kepada Rosli dan Taufek di pejabat Harakah di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3UyWYmLXB 
Hakcipta terpelihara 

7 pelancong maut dihempap batu besar


ANGGOTA pasukan penyelamat kelihatan berada di tempat tujuh pelancong maut selepas dihempap batu besar di ketika melawat Gunung Diecai, Guilin di China. - AGENSI


GUANGXI, China – Percutian sekumpulan pelancong bertukar tragedi apabila tujuh daripada mereka maut dan 25 yang lain ce­dera apabila dihempap oleh bongkah batu besar yang jatuh dari sebuah gunung di sini kelmarin.
Bongkah batu sebesar tiga meter jatuh menghempap kumpulan pelancong tersebut semasa mereka menunggu ketibaan bot di Sungai Li berdekatan Gunung Diecai, dekat Guilin.
Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Guilin untuk menerima rawatan.
Menurut saksi kejadian, bongkah-bongkah batu tersebut ja­tuh lalu menghempap kepala dan badan mangsa serta mengakibatkan beberapa orang mang­sa terjatuh ke dalam sungai.
Sementara itu pihak berkuasa tempatan memberitahu, empat mangsa yang merupakan pelancong tempatan dan Taiwan terbunuh di tempat ke­jadian, manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
“Lapan pelancong yang cedera dikenal pasti sebagai warga Taiwan,” ujarnya.
Ketika ini, pihak berkuasa masih dalam proses mengenal pasti identiti kesemua mangsa. Kerajaan negara itu juga akan memastikan kawasan tersebut selamat sebelum dibuka semula. – AGENSI


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3UyUyvVGr 
Hakcipta terpelihara 

7 tan ikan keli terdampar atas jalan raya


PIHAK bomba dengan bantuan orang awam mengumpul semula ikan keli yang jatuh di atas jalan raya.


GUIZHOU, China – Jalan raya di Kaili dekat sini dipenuhi ribuan ikan keli apabila pintu belakang sebuah lori yang membawa muatan hampir tujuh tan ikan tersebut tiba-tiba terbuka.
Keadaan itu telah menyebabkan jalan raya tersebut menjadi licin dan dipenuhi ikan.
Pihak bomba dengan kerjasama orang ramai terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam bagi memungut semula ikan-ikan seberat lebih 6,800 kilogram itu.
Menurut akbar People’s Daily Online, ikan-ikan tersebut dikumpulkan menggunakan baldi sebelum dimasukkan semula ke dalam lori berkenaan.
“Jalan raya yang licin kembali normal selepas berjaya dibersihkan menggunakan hos bomba,” menurut akhbar berkenaan. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0321&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3UyUlPbFu 
Hakcipta terpelihara 

Belanda nafi Rusia tembak jatuh MH17

RANGKAIAN berita Belanda, RTL kelmarin mendedahkan gambar serpihan yang didakwa milik peluru berpand
RANGKAIAN berita Belanda, RTL kelmarin mendedahkan gambar serpihan yang didakwa milik peluru berpandu BUK berdasarkan penemuan huruf dalam bahasa Rusia, yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 pada 17 Julai tahun lalu. – AGENSI
AMSTERDAM 20 Mac – Pihak berkuasa Belanda menafikan laporan yang mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu, menggunakan sistem pertahanan peluru berpandu permukaan ke udara (SAM), BUK.
Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) yang menyiasat punca nahas tersebut, mengeluarkan kenya­taan tersebut sebagai menafikan laporan rangkaian berita tem­patan, RTL yang mendakwa pesawat MH17 ditembak jatuh menggunakan senjata buatan Rusia itu.
“Siasatan punca kejadian masih dijalankan secara terperinci dan memberi tumpuan kepada banyak sumber lain berbanding sekeping serpihan.
“Bahan tambahan bagi membantu siasatan sangat dialu-alukan, tetapi apa yang penting bahan itu tidak boleh menimbulkan keraguan dan perlu mempunyai kaitan dengan nahas pesawat tersebut,” jelas DSB dalam kenyataannya.
Semalam, RTL mendakwa sekeping serpihan logam yang ditemukan oleh seorang wartawan Belanda di Kampung Grabovo beberapa bulan lalu, tidak jauh dari lokasi pesawat MH17 ditembak jatuh, merupakan bahan yang digunakan untuk roket BUK.
Awal bulan ini, media Ukraine membuat kesilapan apabila men­dakwa memetik kenyataan penyiasat Belanda yang menuduh Rusia terlibat dalam nahas yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, kebanyakannya warga Belanda.
Malah dalam laporan media Ukraine, termasuk rangkaian televisyen utama seperti TSN dan akhbar harian, Segodnya, mendakwa pasukan penyiasat Belanda mencapai kesimpulan bahawa sistem pertahanan BUK digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.
Terdahulu, Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov menempelak laporan agensi berita Reuters yang memetik kenyataan saksi kejadian bahawa mereka melihat roket dilancarkan ketika pesawat Boeing itu ditembak jatuh.
Jelasnya, laporan itu cuba mengalihkan fakta dan mencetuskan pelbagai teori, sekali gus berniat buruk.
“Kenyataan saksi ternyata bercanggah antara satu sama lain, dan menimbulkan keraguan seperti cara roket meluncur, perbezaan peringkat roket dan asap berwarna biru.
“Bagaimana saksi boleh memberi maklumat tersebut, sedangkan mereka berada 25 kilometer dari lokasi kejadian, ditambah dengan cuaca mendung,” soal beliau.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/belanda-nafi-rusia-tembak-jatuh-mh17-1.71870#sthash.USppmN4p.dpuf

Pekerja pelantar sahkan lihat pesawat terbakar

Gambar bertarikh 7 Mac lalu merakamkan seorang artis India, Sudarsan
Gambar bertarikh 7 Mac lalu merakamkan seorang artis India, Sudarsan Pattnaik membina arca dari pasir menggambarkan kehilangan pesawat MH370 di pantai Puri, di timur India. AFP
AUCKLAND 20 Mac. – Seorang pekerja pelantar minyak dari New Zealand, Mike McKay sekali lagi mengesahkan dia pernah melihat sebuah pesawat sedang terbakar di Laut China Selatan semasa kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada tahun lalu.
Menurut laman web express.co.uk,, walaupun perkara itu telah berlarutan selama setahun tetapi dia tetap berpegang kepada apa yang dilihatnya semasa bekerja di pelantar minyak, di selatan Vietnam dan mendakwa operasi pencarian selama ini adalah di kawasan yang salah.
“Selepas setahun berlalu, saya tetap dengan pendirian saya melihat pesawat terbakar di Laut China Selatan.
“Jika apa yang saya lihat itu MH370, saya tidak dapat bayangkan bagaimana pesawat tersebut dapat meneruskan penerbangan dan yakin pesawat tersebut terbenam di Laut China Selatan,” ujarnya.
Lelaki berusia 57 tahun itu ya­kin pesawat yang dilihat itu adalah MH370.
Katanya, kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 7 malam di pelantar minyak di Songa Mercur, perairan bandar Vung Tau, Vietnam.
“Ketika itu saya melihat ada satu cahaya seperti kebakaran di udara tetapi saya tidak pasti sama ada itu adalah pesawat MH370 atau pun bukan,” ujar McKay.
McKay kemudian menghantar e-mail kepada pegawai di Vetnam menceritakan kejadian yang dilihat itu, tiga hari kemudian.
Dalam e-mailnya, McKay memberitahu bahawa dia cuba menghubungi pihak berkuasa di Malaysia beberapa hari kemudian.
Dalam suratnya, dia turut merekodkan longitud dan latitud lokasi kebakaran yang dilihatnya.
Mckay yang bekerja dalam industri minyak dan gas lebih 30 tahun, kehilangan kerja selepas menghantar e-mel berhubung kejadian itu menggunakan komputer syarikat dan kini menghabiskan masa di rumahnya di Auckland.
Awal tahun ini, kerajaan Malaysia secara rasmi mengumumkan kehilangan MH370 sebagai berakhir di Lautan Hindi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pekerja-pelantar-sahkan-lihat-pesawat-terbakar-1.71893#sthash.XaLIAkQd.dpuf

Pengarang hina Nabi Muhammad terima hadiah


COPENHAGEN 20 Mac – Pengarang yang membenarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad disiarkan dan mencetuskan bantahan di peringkat antarabangsa, Flemming Rose menerima anugerah daripada Kelab Wartawan Denmark.
Flemming Rose
Rose merupakan pengarang kebudayaan akhbar harian Jyllands-Posten pada 2005 apabila dia menerbitkan 12 karikatur satira yang menghina Nabi Muhammad, mencetuskan rusuhan di negara-negara Islam.
Karikatur tersebut turut disiarkan di akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo yang menyaksikan 12 orang dibunuh dalam serangan ke atas pejabat akhbar mingguan itu di Paris pada Januari lalu.
Rose berkata, sejak 10 tahun lalu, dia terbabit dalam debat me­ngenai toleransi dan kebebasan.
“Saya melihat anugerah ini sebagai tanda debat di Denmark telah berubah,’’ katanya.
Keputusan Jyllands-Posten menerbitkan karikatur itu mencetuskan kontroversi di Denmark dan kebanyakan wartawan mengutuk perbuatan Rose tersebut.
Kelab wartawan Denmark itu memberikan anugerah tahunan kepada Rose kerana menjadi orang yang tetap utuh dan memainkan peranan dalam debat antarabangsa berhubung kebebasan bersuara.
Rose, 57, kini diberi perlindug­an polis ekoran ancaman bunuh terhadapnya.
Minggu lalu, seorang pelukis Swedan, Lars Vilks, yang mencetuskan bantahan di dunia Islam ekoran tindakannya menyiarkan lakaran menghina Nabi Muhammad pada 2007 turut menerima ha­diah daripada sebuah kumpulan kebebasan bersuara Denmark.
Vilks bulan lalu terlepas cubaan membunuh ketika menghadiri satu debat berhubung kebebasan bersuara.
Dalam kejadian itu, seorang warga Denmark berketurunan Palestin melepaskan tembakan di luar pusat kebudayaan Copenhagen yang meng­anjurkan debat itu menyebabkan seorang pengarah filem terbunuh.
Penyerang itu turut menembak mati seorang lelaki Yahudi di luar sebuah rumah ibadat Yahudi sebelum dia ditembak mati oleh polis. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pengarang-hina-nabi-muhammad-terima-hadiah-1.71872#sthash.3FEThC0N.dpuf