Saturday, November 29, 2014

China naikkan cukai penggunaan gasolin, diesel

China
China
BEIJING - CHINA. China menaikkan cukai penggunaan ke atas produk minyak, termasuk gasolin dan diesel, pada Sabtu walaupun harga minyak global jatuh.
Kenaikan itu, kali terakhir pada 2009, bertujuan mengurangkan pencemaran dan merangsang ekonomi hijau, agensi berita Xinhua memetik kenyataan bersama dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF) dan Pentadbiran Percukaian Negeri.
Menurut kenyataan itu, susulan pelarasan tersebut, cukai penggunaan ke atas gasolin akan meningkat kepada 1.12 yuan seliter berbanding 1.0 yuan (US$0.16) manakala diesel akan naik daripada 0.8 yuan kepada 0.94 yuan seliter.
Kejatuhan harga minyak global kepada paras terendah dalam tempoh empat tahun pada Jumaat adalah susulan keputusan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum untuk mengekalkan pengeluaran.
Liu Shangxi, Pengarah Institut Penyelidikan bagi Sains Fiskal MOF, berkata langkah itu akan menjimatkan sumber minyak dan mengurangkan pencemaran, berikutan ekzos auto merupakan punca utama kepada pencemaran udara.
"Pelarasan cukai produk petroleum merupakan trend global dan menggariskan keperluan segera untuk menggalakkan ekonomi hijau di seluruh dunia," kata Liu yang dipetik oleh Xinhua. 
Menurut agensi berita itu, produk petroleum yang terlibat dalam kenaikan cukai tersebut termasuk nafta, minyak pelincir dan minyak jet, manakala motorsikal kecil, tayar dan etil alkohol dikecualikan daripada cukai tersebut untuk mengurangkan beban kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah. 
Bagaimanapun, harga runcit bahan api akan dikekalkan pada paras semasa, bertentangan dengan jangkaan pasaran bagi pengurangan harga yang kesembilan sejak Julai. 
China melancarkan cukai penggunaan ke atas barangan pengguna dengan kos tenaga dan pencemaran yang tinggi pada 1994 sebagai panduan berhubung pengeluaran dan penggunaan ke arah mesra alam sekitar, serta menggalakkan model pertumbuhan ekonomi yang mampan. - Bernama

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid mengisahkan Di Masjid Negeri semalam.

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid mengisahkan Di Masjid Negeri semalam.. Al Imam Hassan As Syadzili pernah bermimpi bertemu melihat beberapa orang besar disisi Allah yang tinggi derajatnya, dalam mimpinya tersebut ada Rasulullah, Nabi Musa as dan Imam Al Ghazali.. Di dalam majlis itu, Nabi Musa AS telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ “Ya Rasulullah, Apakah maksud Hadis mu: Ulama-ulama di kalangan umatku setara dengan para Anbiya' dari Bani Israel?”. Maka Rasulullah pun memanggil Al Imam Ghazali dan memperkenalkannya kepada Nabi Musa AS “Ini adalah salah satu ulama kami yang setara para nabi di masa kamu.” Yang dimaksudkan Setara dari segi keilmuanya.

Lalu Nabi Musa AS telah bertanya kepada Imam Al-Ghazali, “Siapakah nama mu”. Maka Imam Ghazali pun menjawab, “Namaku ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al Hamid Al Ghazali.
Nabi Musa A.S berkata “Aku bertanya nama mu sahaja, kenapa kau menyebut sehingga nama ayah dan datuk mu sekali”. Imam Al-Ghazali mengatakan pada Nabi ﷺ , untuk meminta izin dari Rasullullah ﷺ untuk menjawab persoalan dari Nabi Musa Kalimullah atau dirinya diam saja kepada Imam Al Ghazzali sebab nak hormat kepadanya..
Lalu Nabi kata, jawab.. Selepas mendapat keizinan maka Imam Al-Ghazali pun menjawab, “Bukankah Allah telah bertanya kepadamu :

وما تلك بيمينك يا موسىٰ
“Dan apakah itu yang berada di tangan kananmu itu wahai Musa? (Surah Toha:17), Dan Jawab Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkat saya, aku bertekan atasnya( bersandar, berjalan dsb), dan aku memukul dengannya pada daun-daun dan supaya gugur dan menghalau kepada kambing-kambing saya dan lain-lain lagi keperluan saya " (Surah Toha :18) ”

Allah bertanya kepadamu apa ditanganmu, kenapa kamu menjawab sehingga tiga jawapan kamu beri, kenapa tidak menjawab tongkat saja?

Jawab Nabi Musa “Allah itu adalah kekasih ku, maka aku mengambil peluang itu untuk bercakap panjang lebar dengannya lantaran rasa kerana suka, nikmat dan lazat dapat bercakap dengan Tuhan. Maka Imam Al Ghazali pula mengatakan “Begitulah aku, kamu juga adalah kekasih aku, maka aku juga mahu mengambil kesempatan untuk bercakap panjang lebar denganmu”. #PencintaRasulullah

Mahfuz cabar Mukhriz dedah kontraktor projek lanskap Seri Mentaloon

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir agar memaklumkan kepada orang ramai kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap di kediaman rasminya di Seri Mentaloon.

Menurut Mahfuz, projek pengubahsuaian lanskap di Seri Mentaloon itu menelan belanja sehingga RM2.9 juta.

"Kita minta Mukhriz mendedahkan siapakah yang tender penanaman pokok kurma dan royal itu dan mohon diperjelaskan adakah projek berkenaan dalam pengetahuan UPEN dan adakah ianya melalui JKR? "Saya minta dia jelasnya kepada umum dalam tempoh seminggu.Selain itu saya minta dia maklumkan juga berapa belanja penanaman sebatang pokok kurma dan royal palm sehingga peruntukan RM2.9 juta dibelanjakan," kata beliau kpeada pemberita dalam sidang media, semalam. Menurutnya lagi, kebanyakan pokok kurma dan royal palm yang ditanam di Malaysia diimpot dari Thailand dan dalam pengetahuannya, kos sebatang pokok kurma sehingga selesai urusan hanya RM1000 dan royal palm antara RM500 hingga RM600 sahaja.

Justeru beliau meohon supaya Mukhriz bersikap telus memaklumkan hal demikian kerana jumlah peruntukan yang besar itu tidak munasabah sama sekali serta tidak berpadanan dengan jumlah pokok yang ditanam di kediamaan rasminya itu.

 "Saya dimaklumkan dalam tempoh empat tahun kurma itu dijangka mengeluarkan buah dan kononnya dapat menampung keperluan orang ramai menjelang bulan Ramadan.

 Tapi belum tentu ianya berbuah dan mengeluarkan hasil sedangkan jumlah yang dikeluarkan terlalu tinggi serta tidak senilai dengan keperluan yang dikatakan.

 "Rakyat Kedah bukan mengharapkan kurma dari Seri Mentaloon, setiap tahun mereka boleh beli di Pekan Rabu tapi rakyat memerlukan kebajikan yang lain dan jangan sewenang-wenangnya menggunakan duit rakyat pada perkara yang tidak terlalu diperlukan oleh rakyat," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau merasa amat kesal akan sikap Mukhriz yang cuba berselindung perkara sedemikian dan sebaliknya mencanang projek pengubahsuaian Seri mentaloon diberikan kepada 'abang Ahli Parlimen Pokok Sena' seperti yang didedahkan semasa penggulungan perbahasan bajet Kedah 2015 minggu lalu.

 "Perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan saya kerana projek berkenaan diberi kepada abangnya melalui tender yang dikeluarkan oleh JKR. "Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang surat sokongan agar abang saya memperolehi tender berkenaan, tetapi yang dipertikaikan ialah apakah keperluan rumah itu di ubahsuai sedangkan perkara yang sama telah dibuat semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dulu.

"Tahun 2011, rumah tu sudah di baikpulih untuk dijadikan istana tetamu menyambut Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Brunei.

Apakah tak cukup lagikah segala kelengkapan yang diubahsuai?" soal Mahfuz. Mukhriz juga dibidas kerana berbohong di dalam Sidang Dun tersebut ini dengan mengatakan kedua-dua projek berkenaan diberi kepada abang beliau sedangkan menurut Mahfuz kedua-dua tender berkenaan diberi kepada kontraktor yang berbeza.

 "Saya minta dia jawab. Kalau dia tak jawab, saya akan maklumkan. Saya tahu siapa kontraktor tanam pokok kurma dan royal palm tu. Tapi saya nak dia jawab dulu," ujarnya. Harakahdaily dimaklumkan bahawa kos pengubahsuaian di Seri Mentaloon membabitkan kos RM4.3 juta iaitu rumah kediaman sebanyak RM1.4 juta dan bahagian lanskap sebanyak RM2.9 juta.

Dalam sidang media yang sama, Mahfuz yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat, mengharapkan Kerajaan Kedah mengikuti langkah Selangor yang memperuntukkan sebanyak RM200,000 untuk Adun Pembangkang walaupun disifatkan sebagai satu penghinaan kepada mereka. "Sebenarnya, Pakatan Rakyat Kedah juga mempunyai perancangan, andainya diberi mandat oleh rakyat sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum yang lalu, akan memberi peruntukan kepada Adun Pembangkang untuk membantu menyelesaikan urusan-urusan berkaitan kebajikan rakyat.

Jadi saya harap kerajaan sekarang bolehla meniru macam apa yang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor buat," tambah beliau. Terdahulu, Mahfuz telah menyempurnakan Program Santuni Denyutan Rakyat (Sedara) di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Lam sun, Telok Wan Jah di sini. Hadir sama dalam program tersebut Adun Derga, Tan Kok Yew dan Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim.

Pelakon Seksi Ini Pula Hina Nabi.



Veena Malik, pelakon seksi Pakistan hina Nabi Muhammad SAW

Veena Malik, pelakon seksi dan suaminya, Asad Bashir Khan  telah dihukum oleh Mahkamah Pakistan kerana menghina keluarga Nabi Muhammad SAW dalam suatu acara televisyen.

Kes penghinaan ini berawal dari sebuah acara di Geo TV yang dibintangi oleh Veena dan Asad Bashir Khan. Di acara tersebut Veena mengumumkan sebuah 'pesta pernikahan pura-pura', acara yang berlatarbelakang lagu renungan dibawa oleh sekumpulan pemuzik sufi tentang pernikahan puteri Nabi Muhammad SAW.

Mereka dihukum 26 tahun penjara dan denda wang oleh Mahkamah Pakistan. (IH) 

Cetus isu perkauman, Umno mahu alih perhatian rakyat - Bang Mat

Mat SabuPUCHONG 28 NOV: Isu perkauman yang dimainkan Umno Barisan Nasional bertujuan mengalih perhatian rakyat terhadap ketirisan dalam pentadbiran negara, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

 Beliau merujuk ucapan dasar perwakilan Umno dalam perhimpunan agung parti itu yang sengaja mencetuskan isu perkauman. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Ketua Umno Cabang Baling, Dr Mashitah Ibrahim bebas berucap dalam persidangan itu dengan mempersoal isu-isu membabitkan perkauman dan mempertikai hal-hal berkait isu Melayu.

Menyambung ucapannya pada Ceramah Perdana Rakyat Hakim Negara di Puchong Perdana malam tadi, Mohamad atau dikenali Mat Sabu berkata, beliau cukup muak dengan permainan Umno mencetuskan isu perkauman di negara ini.

Mengimbas pengalaman kanak-kanaknya, Mat Sabu berkata, Umno ketika itu memainkan isu perkauman walaupun tanpa kemajuan teknologi seperti sekarang.

Katanya waktu itu, penyebaran unsur perkauman hanya disebarkan melalui surat layang yang diedarkan di sekolah, universiti dan panggung wayang. “Sejak saya kecil, masa saya darjah enam, kami sering dapat surat terbang.

“Dalam surat itu dinyatakan kononnya orang Cina buat rancangan untuk hapuskan hak orang Melayu, hapuskan sistem beraja.

Orang Cina akan perintah Malaya, buang pemimpin Melayu dan Melayu akan jadi Red Indian,” jelas Mat Sabu.

Beliau turut menyelar tindakan pemimpin Umno di zaman teknologi ini yang menyalahkan orang Cina.

Katanya, mereka tersepit kerana mahu mendapatkan kuasa dan pengaruh kononnya demi mempertahankan Melayu. “Daripada saya darjah enam sampai sekarang, inilah kerja Umno yang buat saya geram, benci, benci dan benci Umno,” tegasnya.


Tidak mungkin ulama taraf dunia buat fitnah...ini semua komplot CIA nak jatuhkan Islam....

 Mohd Shamsul sekadar menuntut permohonan maaf daripada Presiden PAS atas kenyataan fitnah yang dibuat terhadapnya tahun lepas.

Tapi kerana berasa tak bersalah, Hj Hadi tidak ambil tak kisah. 

 Mungkin kerana berasa dirinya hebat sebagai seorang presiden sebuah parti Islam, dia sombong dan angkuh lalu enggan minta maaf kepada Shamsul .... Maka tiada pilihan lain bagi Shamsul melainkan mencari menyelesaikan perkara tersebut melalui mahkamah bagi membersihkan namanya yang dicemar. 

Hj Hadi terkejut beruk bila pada 23 Februari lalu Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkannya membayar RM2 juta sebagai ganti rugi kepada Mohd Shamsul untuk saman fitnah yang difailkan pada 5 Disember tahun lepas. 

 Beliau telah menyaman Hj Hadi berhubung kenyataan beliau bahawa terdapat seorang peniaga dadah di kalangan calon-calon pilihan raya umum PKR pada tahun lepas, yang telah digunakan alasan oleh Pas untuk menamakan calon-calon mereka sendiri di tempat yang diperuntukkan kepada PKR menyebabkan pertandingan tiga penjuru di Bukit Besi.  

 Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa bahawa ucapan Abdul Hadi di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April telah mencemarkan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. 

Sila klik rakaman ucapan Shamsul Sementara kita menunggu hari perbicaraan yang ditangguh pd 7 Dis 2014, iaitu tarikh akhir utk mendengar saksi plaintif dan penggulungan dan keputusan kemungkinan nya, marilah kita imbas semula ucapan fitnah seloka Hj Hadi Awang, ulama Dunia....


Perhimpunan Umno: 'Setakat habiskan karipap saja bang'

KUALA LUMPUR: Aspan Alias menceritakan mengenai seorang perwakilan Umno pada bahawa Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung di PWTC hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja. Beliau menerusi tulisan dalam blognya bertanya kepada salah seorang perwakilan perhimpunan itu tentang hasil perhimpunan yang begitu mendapat liputan meluas itu. Tulisnya, perwakilan itu menjawab, “tak ada apa-apa, setakat menghabiskan karipap sajalah bang! Rasanya sudah malas hendak bergiat lagi sebabnya ia hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja..dibawanya kita di bawah ni bersorak dan bertepuk sahaja”.

 Tulisan penuh beliau seperti di bawah. Apakah hasil Perhimpunan Agung UMNO 2014 perolehi? Jawapannya semua tahu. UMNO tetap sama…sama keadaannya seperti sebelum Perhimpunan Agung itu. Kalau ada pun hasilnya ia tidak begitu diminati oleh rakyat yang tidak suka dan gemar dengan Akta Hasutan 1948 di kekalkan.

 Ya, itu sahaja perbezaan diantara sebelum dan selepas Perhimpunan Agung itu. Selain dari itu UMNO tetap UMNO sebelum perhimpunan agung dahulu. Ia masih memainkan isu yang boleh menyatukan ahli-ahli UMNO walaupun buat seketika walau seburuk mana pun isunya. Selepas perhimpunan perwakilan yang tidak tahu isu sebenar yang dihadapi oleh UMNO akan balik kampung dan seperti yang saya sebut beberapa hari lepas, ‘business as usual’.

Tidak ramai di antara perwakilan itu balik ke kawasan masing-masing dengan memahami kenapa mereka mewakili UMNO kawasan mereka ke Perhimpunan Agung itu dan apakah yang mereka perolehi yang baik dari perhimpunan tahunan itu. Cuba kita tanya mereka apa yang mereka sumbangkan dalam perhimpunan itu selain dari membaham karipap yang disediakan oleh urusetia pusat UMNO itu?

Perhimpunan seperti itu pada asasnya ialah bermatlamatkan untuk melihat apakah perbezaan yang manambah kebaikan kepada parti itu, dengan perwakilan dan pemimpin yang berbaris duduk di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu lakukan. UMNO yang sepatutnya menumpukan untuk menambah keyakinan terhadap kepimpinan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang amat kritis itu. Isu ekonomi tidak langsung disentuh oleh Presiden parti dalam ucapan dasar Presiden dan itu amat pelik sedangkan itulah masalah dan isu terbesar yang dihadapi oleh UMNO dan kepimpinan kita. Isu rasuah tidak dapat dibangkitkan dengan baik dan tidak ada perwakilan yang mengupas itu itu dengan teliti sedangkan imej rasuah yang sedang melekat dan bergayut kepada kepimpinan negara yang kebanyakannya adalah dari UMNO tidak hilang-hilang lagi, malahan bertambah kuat lagi.

Yang membuat masalah kepada negara adalah kepimpinan UMNO yang duduk diatas ‘high table’ itu. Jika keadaannya sama maka UMNO tidak boleh berharap yang kejayaan mereka akan pasti dalam pilihanraya yang akan datang, kerana rakyat dan di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri tidak berpuas hati dengan hasil perhimpunan itu. Saya bertanya kepada salah seorang perwakilan perhimpunan itu tentang hasil perhimpunan yang begitu mendapat liputan meluas itu. Beliau menjawab, “tak ada apa-apa, setakat menghabiskan karipap sajalah bang! Rasanya sudah malas hendak bergiat lagi sebabnya ia hanya untuk kepentingan pimpinan sahaja..dibawanya kita di bawah ni bersorak dan bertepuk sahaja”. Tidak ada suara yang bercakap secara betul tentang isu-isu ekonmi.

1MDB tidak diberikan penjelasan secara teliti dan isu pendidikan langsung tidak ada pencapaiannya. Malahan perwakilan Kelantan sahaja yang berkata yang ada pihak yang dicemburukan tentang kejayaan 1MDB. Entah apa yang dicemburui oleh sesiapa yang mempunyai pemikiran dan kefahaman sedikit sebanyak tentang 1MDB ini pun tidak siapa yang tahu. Apa sebabnya orang cemburu dengan syarikat pelaburan kerajaan yang hanya boleh disertai oleh mereka yang berkesanggupan untuk mengalami kerugian besar sahaja yang boleh bersama dengan 1MDB itu. Tidak ada apa-apa isu yang boleh membawa ‘consequence’ besar terhadap parti itu dalam perhimpunan agung itu, hanya setakat melihat pemimpin utamanya berucap bergegar-gegar dengan genggaman tangan yang kuat untuk menambahkan seni pembohongan yang sedang mereka lakukan terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat keseluruhannya.

 Yang kita tahu kita masih dalam genggaman pemimpin yang gila dengan kuasa dan sifat lahap yang tidak terkawal sahaja. Bagi mereka semuanya bersalah kecuali mereka sahaja. Jika kita lihat kerajaan kita begitu lemah, ia adalah disebabkan oleh kita semua, bukannya oleh kerana kelemahan pimpinan mereka. Jika ada perselisihan faham diantara rakyat berbilang kaum, ia disebabkan oleh kita, bukannya oleh kelembapan pimpinan mereka. Jika negara sarat dengan rasuah itu kerana kesalahan kita, pemimpin kita tidak rasuah dan akan membawa negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi, walaupun sudah ramai rakyat yang sedang bergelumang dalam kesusahan untuk mengharungi kehidupan yang kian menyepit mereka. Melebarnya jurang pendapatan diantara segelintir rakyat dengan rakyat yang ramai itu adalah kesalahan kita semua.

Ia bukannya kerana sifat pemimpin kita yang mengamalkan budaya kronisma dan nepotisma. Tidak diberitahu bagaimanakah Najib hendak mentadbir negara dengan kejatuhan harga minyak ke tahap USD70 semalam sdedangkan Najib hanya tahu menghadap rakyat sahaja apabila berdepan dengan keadaan ini. Bila pula cukai-cukai lain hendak dikenakan kepada rakyat kerana isu penurunan harga minyak ini buka satu isu kecil.

Yang kaya-kaya hanyalah mereka yang berada di ‘corridor of power’ dan itu pun salah kita semua, kenapa tidak mengampu dan berkhemah di pejabat menteri-menteri dan mereka yang berkuasa. Menghapuskan subsidi bahan bakar itu pun salah rakyat. Subsidi bahan bakar yang diberikan kepada industri tidak dihapuiskan tetapi subsidi terhadap rakyat ditarik balik. Itu pun salah kita. Semuanya salah kita dan pimpuinan UMNO yang mengaku bijak itu tetap tidak bersalah. Bagaimana hendak menyalahkan pimpinan UMNO, kerana mereka berada di atas itu bukannya tahu apa-apa. Kita tidak boleh menyalahkan kepada mereka yang tidak tahu apa-apa kerana ‘ignorance is not a crime’. Begitu juga ‘stupidity is not a crime’. Tetapi kita masih bernasib baik. Kita masih mempunyai tanah terbiar yang luas.

Rakyat marhaen boleh mulakan menanam ubi kayu sebagai ganti ‘staple food’ kita apabila negara kita jatuh menderum nanti. Apa nak ditakutkan, bukankah datuk nenek kita biasa dengan makan ubi semasa pemerintahan Jepun dahulu? Jika Jepun membuatkan datuk nenek kita makan ubi, kenapa kita masarah jika UMNO akan membuatkan generasi kita makan ubi sebagai pengganti beras hancur yang sedang dimakan rakyat biasa di bawah-bawah ini? Yang pentingnya mereka yang berada di atas ‘high table’ di Dewan Merdeka itu kenyang dan senang lenang dengan memerah keringat rakyat biasa yang serba miskin sekarang ini. Walau bagaimana pun kita tunggu ucapan penangguhan pemimpin-pemimpin kita petang ini dahulu. Manalah kita tahu, mungkin ada yang baik kita akan dengar. Kepada perwakilan UMNO ucapkan kembali ke kampung dengan selamat. Jangan memandu terlalu laju, elakan kemalangan di jalanraya. Terima kasih banyak-banyak kerana bertepuk dengan bergegar-gegar selama 5 hari berada di ibu kota. Bukannya tidak letih bertepuk dalam dewan itu.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Umno cuma kenyangkan kroni, rakyat melarat – Anwar

Anwar PuchongPUCHONG 28 NOV: Umno kini mengamalkan tatakelola pentadbiran yang hanya menguntungkan kroni sebaliknya rakyat menjadi mangsa kerakusan pentadbiran kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
“Lihat sahajalah sekarang, sistem percukaian yang lebih mesra golongan maha kaya untuk kekal kaya manakala golongan bawahan dipaksa menanggung bebanan berterusan. “Kononnya nak bela nasib orang Melayu. Nak bela apa kalau kenyangkan kroni sendiri. Adakah ini yang dikatakan Umno bela nasib Melayu?” soalnya. 

Ketua Umum KEADILAN itu berucap pada Ceramah Perdana Rakyat Hakim Negara di Puchong Perdana, malam tadi. Anwar berkata, pimpinan pentadbiran Umno gagal memartabatkan hak dan kepentingan Melayu di negara ini. Katanya, jurang ekonomi bangsa Melayu juga semakin terhakis dan akhirnya menggugat kedudukan ekonomi mereka untuk berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain. 

Beliau merujuk kajian yang menunjukkan perbezaan besar jurang ekonomi antara golongan miskin dan kaya. “Dalam kajian Prof Fatimah Kari di UM, kesenjangan ekonomi di negara ini berlaku antara golongan maha kaya dan golongan rakyat termiskin melibatkan Umno, kroni Umno dan rakyat biasa. “Dasar-dasar Ekonomi Baru dan dasar sedia ada sekarang ini memperkayakan golongan kecil Melayu sahaja sementara yang lainnya melarat dengan tanggungan kos sara hidup yang semakin meningkat. “Inilah yang menjadi isu di Malaysia apabila wujud kesenjangan pendapatan golongan kaya dan miskin melebar. Golongan kaya inilah melibatkan Umno dan kroni sementara yang miskin itu siapa kalau bukan rakyat sendiri,” kata Anwar. Sambungnya, beliau turut bimbang dengan nasib bangsa Melayu yang ditekan pemimpin Melayu sendiri berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), peningkatan kos sara hidup, kadar kenaikan kos pengangkutan, pemansuhan subsidi dan lain-lain.


Dakwa Cina bakar Al-Quran, PKR mahu Mukhriz gesa Mashitah mohon maaf


29 November 2014
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta menuntut permohonan maaf dari Datuk Mashitah Ibrahim yang berkata terdapat insiden pembakaran Al-Quran oleh Cina di Kedah walaupun sebenarnya ia dilakukan oleh seorang Melayu kurang siuman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 November, 2014.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta menuntut permohonan maaf dari Datuk Mashitah Ibrahim yang berkata terdapat insiden pembakaran Al-Quran oleh Cina di Kedah walaupun sebenarnya ia dilakukan oleh seorang Melayu kurang siuman. – Gambar fail The Malaysian Insider,

29 November, 2014. 
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta menuntut permohonan maaf dari Datuk Mashitah Ibrahim yang berkata terdapat insiden pembakaran Al-Quran oleh Cina di Kedah walaupun sebenarnya ia dilakukan oleh seorang Melayu kurang siuman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 November, 2014.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu menggesa Datuk Mashitah Ibrahim memohon maaf atas kenyataan yang mendakwa kononnya berlaku insiden membakar Al-Quran di Alor Setar oleh orang Cina, kata pemimpin PKR Gooi Hsiao Leung.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu berkata, kenyataan Mashitah tidak boleh dimaafkan kerana Mukhriz terlebih awal sudah menjelaskan tiada kejadian membakar Al-Quran, sebaliknya kitab suci itu dikoyak oleh seorang Melayu yang kurang siuman.

“Beliau (Mashitah) tidak menghiraukan sekiranya masyarakat Cina tidak membakar Al-Quran – walaupun beliau menuduh mereka berbuat demikian dan menghasut orang Melayu bangkit membela Islam daripada tindakan tersebut.



“Mashitah mesti meminta maaf kepada masyarakat Cina di Kedah kerana menyebarkan pembohongan semasa mesyuarat agung tahunan Umno yang masyarakat Cina membakar Al-Quran di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mashitah ketika berucap di Perhimpunan Agung Umno pada Rabu menggesa ahli parti Melayu itu berdiri menentang mereka yang mencabar Islam dan orang Melayu dengan mendakwa masyarakat Cina di Kedah membakar Al-Quran semasa upacara sembahyang.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kepada sebuah portal semalam, kenyataannya itu merujuk kepada apa yang dimaklumkan Ketua Wanita Kuala Kedah Noor Hasita Mat Isa dan bersedia dengan tindakan saman oleh pihak tertentu.

Gooi berkata respon Mashitah kepada portal berkenaan memperlihatkan senator itu tidak berminat untuk mengetahui keadaan sebenarnya – sama ada masyarakat Cina ada atau tidak membakar Al-Quran.

Katanya, jika Mashitah benar-benar percaya versi yang diberitahu oleh Hasita maka pastinya pemimpin Umno itu sudah membuat laporan polis mengenai dakwaan serius membakar Al-Quran.

“Ucapan beliau bertujuan menghasut kebencian kaum dan benci di kalangan orang Melayu terhadap orang Cina Kedah.

“Jelas daripada respons agresif dan berperang Mashitah sejauh ini, beliau sudah tentu tidak akan meminta maaf atas tindakan memalukan beliau.

“Maka, saya menyeru Mukhriz sebagai Ketua Umno Kedah, untuk bertindak bagi pihak masyarakat Cina untuk mendisiplinkan Mashitah dan meminta beliau meminta maaf kepada masyarakat Cina di Kedah atas kesalahan yang dilakukan,” katanya. – 29 November, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dakwa-cina-bakar-al-quran-pkr-mahu-mukhriz-gesa-mashitah-mohon-maaf#sthash.27hY92We.dpuf

'Kaji sekolah persendirian, pondok dan agama'



Wakil Wanita Umno, Senator Datin Rahimah Mohamad menggesa kerajaan mengkaji semula kewujudan sekolah persendirian dan sekolah agama.

Menurutnya, sekolah-sekolah berkenaan dikhuatiri melahirkan golongan pelampau dan perkauman yang bercangghan dengan Falsafah Pendidikan Negara.

"Pendidkan negara dirangka dengan rangka falasafah pendidikan kebangsaan yang jelas.

"Tetapi kesatuan yang dirangka terhasil dari pendidikan, terganggu dengan kepelbagaian pendidikan iaitu sekolah persendirian, sekolah pondok dan sekolah agama yang membawa falsafah yang berbeza daripada yang diharapkan.

"Kerenggangan dengan Falsafah Pendidikan Nasional ini boleh melahirkan ekstremisme yang tidak kita harapkan," kata bekas guru bahasa Inggeris itu.

Beliau berkata demikian sewaktu menyokong usul agama dan pendidikan yang dibentangkan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar dari Kuala Terengganu.

Abdul Hakim sebelum ini mencadangkan penubuhan satu suruhanjaya untuk mengkaji semula peranan sekolah vernakular.

"Inilah pentingnya penubuhan sebuah suruhanjaya seperti dicadangkan Terengganu (Wan Abdul Hakim).

"Suruhanjaya ini akan bertindak sebagai badan pemantau bagi memastikan sentimen dan polarisasi kaum tidak menjadi agenda.

"Pada masa sama kita menolak ekstremisme dan polarisasi kaum daripada menjadi sistem nilai kita," katanya.

Kerjasama Umno-PAS, kuatkan Melayu-Islam atau takut hilang kuasa?

Umno yang dilihat lemah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 perlu pertimbang bekerjasama dengan PAS demi orang Melayu dan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 November, 2014.
Umno yang dilihat lemah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 perlu pertimbang bekerjasama dengan PAS demi orang Melayu dan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 November, 2014. 









Umno yang dilihat tenat dan lemah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu mempertimbangkan talian hayat terakhir iaitu menjalin hubungan dengan PAS untuk terus berkuasa dengan menggunakan alasan Melayu dan Islam.

Walaupun kerjasama Umno dan PAS pernah berakhir dengan pemecatan parti Islam itu daripada Barisan Nasional (BN) pada 1977, ia diperlukan sekarang bagi mengekang kemaraan Pakatan Rakyat (PR) yang semakin memenangi banyak kerusi sejak pilihan raya umum 2008.
Perwakilan Umno yang ditemui semasa perhimpunan agung parti itu berkata, perbincangan mengenai kerjasama dengan parti Islam itu harus dipertimbangkan secara serius.

Kerjasama antara Umno dan PAS diberi nafas baru terutama selepas kemelut penukaran menteri besar Selangor lalu yang menyaksikan konflik hubungan di antara parti dalam PR semakin ketara, sehingga tahaluf siyasi parti Islam itu bersama PKR dan DAP dipersoalkan.
Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mendedahkan, Umno melalui kumpulan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berusaha menyerapkan agenda mereka ke dalam parti Islam itu.
Kebetulan baru-baru ini semasa menyampaikan ucapan dasarnya merasmikan perhimpunan agung sayap Pemuda, Wanita dan Puteri, Muhyiddin secara terbuka juga berkata, PAS bukan lagi musuh Umno sebaliknya mereka kini berdepan fahaman liberalisme yang songsang.
"Bagi Pemuda Umno, kalau betul susur dan jalannya, ia tidak salah. Dan kita lihat Umno sekarang ini bergantung kepada Melayu," kata Zairul kepada The Malaysian Insider semasa ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam.
Katanya, parti komponen BN juga dilihat kurang membantu dalam memperkukuhkan sokongan kepada kerajaan.
"Kalau kita lihat parti komponen, sudah dua kali pilihan raya (umum), bukan tidak membantu, tapi mereka belum cukup membantu," kata perwakilan dari Melaka itu.
Perwakilan Pahang, Tengku Abd Rahman Tengku Perang, 48, berkata mereka sentiasa mengalu-alukan sebarang usaha penyatuan Umno dan PAS.
"Di peringkat bawah, menunggu-nunggu sebenarnya penyatuan orang Melayu. Dan tidak boleh lari daripada penyatuan Umno dan PAS.
"Ini boleh memberikan kekuatan kepada Melayu dan Islam di negara ini. Tinggal lagi, terserah kepada pemimpin Umno dan PAS," kata Tengku Abd Rahman kepada The Malaysian Insider.
Beliau yang juga merupakan setiausaha Umno Bahagian Raub itu berkata, langkah tersebut boleh mengelak daripada hak keistimewaan orang Melayu dipersoalkan.
"Kita di peringkat bawah mengalu-alukan penyatuan ini kerana kita lihat biarlah orang Melayu itu kuat menjadi satu dan tidak dipertikaikan hak keistimewaan Melayu," katanya.
Bagaimanapun, sekiranya kerjasama tersebut direalisasikan, persoalannya ialah, adakah Umno sanggup menerima ideologi PAS yang memperjuangkan negara dan hukum Islam?
"Pemimpin Umno pun bersikap terbuka terhadap hudud. Malah zaman Tun Dr Mahathir (Mohamad) dan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) serta (Datuk Seri) Najib (Razak), tidak pernah kata menolak hudud, kerana itu hukum Allah.
"Orang Islam perlu kuat dulu untuk kita laksanakan hukum Allah itu," katanya.
Seorang perwakilan daripada negeri diperintah PAS, Kelantan, Tengku Bahrim Tengku Kamarul Zaman, 52, berkata, kerjasama Umno dan PAS akan menjamin pengukuhan bagi orang Melayu dan Islam.
"Demi perpaduan Melayu dan Islam di Malaysia, perlu wujud perpaduan antara Umno dan PAS, kerana majoriti dalam PAS adalah Melayu-Islam, sama dengan Umno.
"Perpaduan ini penting bagi mengukuhkan umat Islam dan Melayu," kata Tengku Bahrim, yang juga AJK Umno Bahagian Kota Baru.
"Saya amat berharap perpaduan PAS-Umno dapat dilaksanakan,” katanya.
Baru-baru ini, dalam satu temubual dengan Mingguan Malaysia menjelang perhimpunan agung parti itu, Najib tidak menolak kemungkinan parti itu yang akan terlebih dulu menyuarakan tawaran bekerjasama dengan PAS.
Bagaimanapun, presiden Umno itu menegaskan, perkara itu tidak boleh dibincangkan secara terbuka.
Katanya, perlu wujud kesedaran yang kerjasama antara parti itu dengan PAS penting dalam usaha mengelak ancaman atas orang Islam dan Melayu menjadi semakin getir. – 29 November, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerjasama-umno-pas-kuatkan-melayu-islam-atau-takut-hilang-kuasa#sthash.Q9qWFfod.dpuf

'Video semasa ucapan Najib hina mahkamah'



Aktivis politik, Hishamuddin Rais mengemukakan surat tuntutan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghentikan tayangan video menunjukkan imej beliau semasa perhimpunan agung Umno.

Hishamuddin melalui surat guamannya menyebut, tayangan video berkenaan merupakan tindakan sub judice dan menghina mahkamah kerana kes melibatkan dirinya mengikut Akta Hasutan masih lagi berlarutan di mahkamah.

Video berkenaan ditayangkan semasa Najib mengumumkanuntuk tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948 semasa menyampaikan ucapan dasar di perhimpunan agung Umno, Khamis lalu.

“Dalam klip video tersebut, anak guam kami digambarkan sebagai bersalah atas kesalaha menghasut mengikut Akta Hasutan 1948.

“Klip video itu seterusnya memburuk-burukkannya dan menggambarkan bahawa anak guam kami sering melakukan kesalahan hasutan.

“Seperti yang ada sedari, anak guam kami menghadapi tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 yang kini berlarutan di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur.

[Berita penuh menyusul]

Bukan sebarangan wanita

Oleh Nurul Huda Kosnon

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Biarpun dianggap 'gila' apabila menjadikan ular sebagai teman mainan, tanggapan seperti itu langsung tidak melemahkan semangat tiga wanita untuk terus menguasai teknik menjinakkan haiwan berbisa itu.

Gadis yang bukan sebarangan itu beranggapan apa yang dilakukan berbaloi dan hobi itu dijadikan sebagai terapi untuk merehatkan minda dan menghilangkan tekanan terutama selepas bekerja.

Nadzirah Hanis Amir Hasrat, 25, berkata dia sering diejek rakan lain kerana beranggapan hobi bermain dengan ular dan dijadikan tempat meluah perasaan sebagai tidak masuk akal.

"Saya pernah digelar begitu (gila) sebab mencium tedung selar. Tapi, saya tidak peduli. Ini kerana saya tenang apabila dapat membelai dan bermanja dengan reptilia peliharaan saya,” katanya.

Menurutnya, dia memang tidak takut atau geli untuk memegang ular berkenaan selain mendakwa sudah `temannya’ itu sudah serasi dengannya kerana `mengenali’ reptilia itu sejak kecil.

Rakaman aksi Nadzirah bermain tedung selar sepanjang kira-kira 4.8 meter dan seberat sembilan kilogram sebelum itu kongsi oleh rakan HMLive, Slumber Studio di Google+ https://plus.google.com/u/0/communities/116855719367386087691

yang kemudiannya dikongsi pula di laman Facebook Harian Metro.

Rakannya yang juga ibu dua anak, Rosnah Johar, 36, berkata kegilaan memelihara ular dan menjadikannya sebagai teman hidup dianggap perkara pelik oleh keluarga dan jiran.

“Saya mula berjinak dengan reptilia ini sejak setahun lalu. Ia umpama sebati dalam jiwa dan kehidupan saya apatah lagi menjadikannya sebagai tempat meluah perasaan dan teman tidur.

“Saya rasa tenang apabila dapat berbuat demikian. Pada sebelah malam reptilia peliharaan seperti ular sawa akan tidur di sebelah saya dan ia umpama sudah jinak dan kenal tuannya.

“Malah, seorang daripada anak saya juga gemar memelihara ular. Kami membelanjakan hampir RM300 untuk memelihara lebih sembilan ular antaranya sawa batik," katanya.

Teman mereka yang juga kakitangan swasta, Nurul Nabila Shariman, 23, pula menjelaskan orang ramai mungkin tidak sedar ular juga mempunyai perasaan seperti manusia.

"Jika ternampak ular di tepi jalan saya akan menangkapnya dan membawa pulang tetapi bergantung kepada saiznya. Saya tidak ambil pusing jika ada orang mengatakan saya gila,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 5:09 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12755#sthash.PL4jnHSQ.dpuf

Kenapa kita tiada?

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

kalidevi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kenapa Belgium berada dalam Pasukan Siasatan Bersama (JIT) sedangkan Malaysia sebagai negara pemilik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 tiada di dalam organisasi itu?
Itu persoalan ditimbulkan Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), Dr Chandra Muzaffar mengenai wakil negara ini yang ‘tercicir’ daripada senarai anggota JIT yang menyiasat insiden MH17 ditembak jatuh di Ukraine.
Memetik tulisannya di laman web, Pusat Kajian Globalisasi, Dr Chandra berkata kegagalan Malaysia menyertai JIT mungkin ada kaitan dengan pendirian Malaysia yang tidak berpihak kepada mana-mana negara atau menyertai pihak yang menuduh Russia mendalangi kejadian berkenaan.
Beliau berkata, Malaysia mempunyai lebih hak untuk berada dalam JIT daripada beberapa anggota lain dan menyatakan harapan bahawa resolusi menyokong permintaan itu akan dimasukkan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung.
“Seseorang boleh faham alasan Ukraine berada dalam pasukan berkenaan berikutan pesawat itu ditembak jatuh di negara itu dan pada masa sama Belanda turut menyertai pasukan siasatan kerana pesawat itu terbang dari Amsterdam.
“Tetapi kenapa Belgium berada dalam JIT? Adakah kerana Brussels adalah pusat pentadbiran Kesatuan Eropah (EU) dan EU mungkin mempunyai beberapa tanggungjawab ke atas penerbangan penerbangan komersial di benua?
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 6:29 AM


DR Chandra
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12828#sthash.i50e22Hn.dpuf

Jawatankuasa Hak & Kebebasan Selangor Pertimbang Bayar Gaji Bekas Adun Digantung


Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 9:42 PM
Hannah Yeoh.

SHAH ALAM: Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor bersedia mempertimbang pembayaran gaji tertunggak seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan enam bekas Adun negeri itu yang pernah digantung tanpa gaji.

Pengerusinya Hannah Yeoh Tseow Suan berkata perkara itu akan diteliti susulan kemenangan kes Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo baru-baru ini, apabila Mahkamah Persekutuan mengarahkan Parlimen membayar gaji dan imbuhan yang ditahan semasa beliau digantung setahun pada 2009.

"Memandangkan kes Gobind Singh menang di Mahkamah Persekutuan dan mempunyai hak mendapatkan gaji, kita akan meneliti serta mempertimbang semula kesediaan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membayar gaji Adun dan bekas Adun yang pernah digantung tanpa gaji," katanya pada pemberita di lobi DUN di sini, hari ini.

Hannah yang juga Speaker DUN Selangor berkata jawatankuasa itu juga dijangka bermesyuarat dalam tempoh terdekat atau selewat-lewatnya bulan depan sebelum membawa usul berkenaan dalam sidang DUN pada Mac 2015 untuk dibahaskan.
 
"Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan buat satu keputusan untuk dibawa dalam sidang DUN pada Mac. Selepas itu, baru akan diketahui sama ada gaji mereka akan dibayar atau tidak," katanya.

Seorang Adun yang terlibat dalam perkara berkenaan adalah Adun Sungai Pinang Datuk Teng Chang Kim yang digantung selama 18 bulan pada 2005 manakala enam bekas Adun pula melibatkan Adun Sungai Panjang Datuk Seri Mohamad Khir Toyo (digantung setahun pada 2009); bekas Adun Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim (digantung enam bulan pada 2009) dan bekas Adun Seri Serdang Datuk Satim Diman (digantung enam bulan pada 2009).

Selain itu, bekas Adun Sabak Datuk Warno Dogol juga digantung selama enam bulan pada 2009; bekas Adun Dengkil Datuk Marsum Paing (digantung enam bulan pada 2009) dan bekas Adun Hulu Bernam Datuk Mohamad Idris Abu Bakar (digantung enam bulan pada 2009).

PAU 2014: Pucuk Pimpinan Digesa Serius Tangani Rasuah - Wakil Wanita


Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 8:34 PM
Wakil Pergerakan Wanita Umno, Datuk Maznah Hamid menyampaikan perbahasan usul ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat. -foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Wakil Wanita Umno menggesa pucuk pimpinan parti mengambil serius terhadap isu berkaitan intergriti dan rasuah jika parti itu ingin  memperoleh semula kepercayaan daripada rakyat. 
Datuk Maznah Hamid berkata pada ketika ini Malaysia berada di kedudukan ke-53 daripada 177 negara dalam indeks persepsi rasuah yang dikeluarkan Transparency International dan Global Financial Integrity (GFI).
"Tindakan tegas harus diambil terhadap ahli politik dan penjawat awam yang terlibat dengan rasuah.
"Kita harus serius dalam membanteras isu ini sekiranya kita mahu mengembalikan keyakinan rakya kepada Umno, " katanya ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di Dewan Perdangangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.
Beliau turut membangkitkan isu kedudukan sosial yang tidak seimbang antara kaum Bumiputera dengan kaum lain yang dijangka menghasilkan jurang yang lebih besar dalam beberapa tahun akan datang menurut laporan yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu). 
"Mengapa perkara ini berlaku? Ia boleh menyebabkan timbulnya sentimen rasis yang menakutkan. 
"Adakah kita mahu perkara seperti ini berlaku?," katanya.

Beliau turut mengajak masyarakat Bumiputera menceburi bidang keusahawanan dan tidak bergantung kepada amalan sewa beli semata-mata. 

Pampasan Kepada Pegawai Abdul Khalid Amalan Pekerjaan Biasa


Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 9:32 PM
Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM: Sebuah firma perundangan berkata pembayaran pampasan dan ex-gratia kepada sekumpulan pembantu politik dan kakitangan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah amalan pekerjaan yang biasa.

Bon Advocates, yang bertindak bagi pihak Abdul Khalid, berkata apabila persetujuan dicapai untuk penamatan awal kontrak bersama seorang pekerja, sejumlah wang yang dipersetujui dibayar sebagai pampasan.

"Jumlah yang dibayar biasanya ialah baki terma kontrak yang belum tamat dan jumlah ex-gratia atas budi bicara bagi perkhidmatan yang diberikan.

"Dalam hal ini, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri adalah sebahagian daripada proses membuat keputusan," kata firma guaman itu dalam kenyataan di sini, hari ini.
Lapan pegawai kontrak bekas Menteri Besar yang dilantik oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor dilaporkan menerima pampasan berjumlah sehingga RM2.3 juta, yang disifatkan oleh beberapa pihak termasuk Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.

Pembayaran itu dibuat pada akhir tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan Menteri Besar pada 23 Sept.

Mohamed Azmin dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau tidak membantah jika Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT)
mahu menyiasat isu itu.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa mesyuarat majlis eksekutif negeri tidak mempunyai kuasa untuk menentukan jumlah pampasan atau gratuiti untuk pegawai MBI dan kaedah pembayaran diputuskan oleh lembaga MBI yang dipengerusikan olehAbdul Khalid sebagai bekas menteri besar.

Dalam hubungan ini, Bon Advocates berkata anak guamnya menyambut baik audit negeri dan siasatan dijalankan berhubung perkara itu.

"Beliau (Abdul Khalid) akan bekerjasama untuk membantu dalam apa-apa persoalan yang mungkin timbul," kata firma guaman itu.

Isu 'Rumah Mampu Tengok' Dapat Perhatian Perwakilan


Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 10:05 PM

KUALA LUMPUR: Satira "rumah mampu tengok" yang mencuri perhatian pengunjung laman media sosial sebelum ini, mendapat perhatian perwakilan pada hari kedua perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2014, pada Jumaat.

Wakil Pahang Mohd Shahar Abdullah yang membawa isu itu berjaya menyegarkan perwakilan yang letih dan mengantuk bersidang di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

"Rumah mampu milik jangan hanya gah pada nama dan nampak cantik di dalam iklan sahaja tetapi harganya juga perlu mampu dibiayai golongan muda yang ingin memiliki rumah sendiri.

Jika mereka tidak mampu, maka kena tukar kepada 'rumah mampu tengok'," kata Ketua Pemuda Umno Pahang itu ketika membahaskan usul ekonomi.

Isu "rumah mampu tengok" juga pernah mendapat perhatian Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis perasmian serentak perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC, Selasa lepas.

"Ada ahli UMNO di akar umbi memberitahu saya, rumah-rumah yang dibina dengan harga RM400,000 sebenarnya bukan rumah mampu milik, tetapi rumah mampu tengok sahaja.

Pandangan ini ada juga kebenarannya. Rumah-rumah yang dibina dengan harga terlalu mahal, terutamanya di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar, sudah tentulah tidak mampu dibeli oleh rakyat berpendapatan rendah dan sederhana," kata Muhyiddin.

Mohd Shahar berkata kerajaan perlu mewujudkan sistem caruman seperti yang dipraktikkan Lembaga Tabung Haji bagi tujuan menunaikan haji di Mekah.

Sistem caruman yang dimaksudkan adalah khusus untuk golongan muda mencarum bagi membolehkan mereka memiliki rumah sendiri pada usia muda.

"Mereka perlukan rumah sendiri. Kalau kita tidak bagi peluang dan adakan suatu mekanisme maka sampai bila-bila mereka tidak akan memiliki rumah idaman akibat masalah kewangan," katanya.

PAU 2014: Ketua Umno Bahagian Cheras Gesa Shahrizat Letak Jawatan


Diterbitkan: Jumaat, 28 November 2014 11:40 PM
Shahrizat Abdul Jalil.

KUALA LUMPUR: Ketika Presiden Umno menggesa ahli parti agar bersatu pada Perhimpunan Agung Umno, seorang Ketua Umno Bahagian melahirkan rasa kurang senangnya terhadap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 
Pada Jumaat, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam satu temubual bersama, Astro Awani telah menggesa Shahrizat meletakkan jawatan sebagai ketua sayap wanita Umno. 
"Shahrizat harus melihat diri sendiri, kerana ada individu lain yang inginkan jawatan yang dipegangnya. Adalah tidk adil untuk beliau (Shahrizat) meminta jawatan Naib Presiden diberikan kepada sayap wanita. 
"Dia mempunyai liabiliti. Maka, jalan terbaik adalah dengan meletakkan jawatan, isu ini akan berakhir," katanya kepada Astro Awani di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Sementara itu di blog peribadinya, Syed Ali menggesa Wanita Umno agar bersikap lebih realistik dan meletakkan agenda rakyat dihadapan berbanding mendesak agar mereka diberikan peranan yang lebih besar dalam parti.

Beliau berkata persoalan untuk memberikan jawatan penting diperingkat tertinggi kepimpinan parti tidak wajar menjadi perkara utama.

"Wanita Umno tidak harus menyatakan hasrat mereka. Ia ibarat memberikan tekanan dan menggesa presiden parti."
"Adalah lebih baik mereka yang membebankan parti keluar dan meninggalkan parti, termasuk mereka dalam Wanita Umno," katanya di blog peribadi beliau. 
Sebelum ini, Syed pernah mempertikaikan cadangan agar kerusi Naib Presiden ditambah hanya kerana 89 peratus menyokong atau 171 daripada 192 bahagian menyokong Wanita Umno Bahagian seluruh negara.

"Cadangan tersebut hanya datang daripada mereka dan ia tidak dipersetujui oleh majoriti ahli parti."
"Mengapa anda perlu meminta pucuk pimpinan agar mempertimbangkan satu kerusi tambahan untuk Wanita Umno kerana ia akan hanya dipertandingkan dikalangan bagi sayap Wanita Umno sahaja. 
"Jika anda meminta kerusi tambahan, ia akan menyebabkan parti terpaksa 'menyediakan' satu kerusi hanya untuk sayap Wanita. Saya menolak tanggapan Umno kejam dan tidak menghargai peranan wanita sebagai tulang belakang parti.
"Ya,...memang pada ketika ini tiada pemimpin wanita yang menjadi menteri penuh. Namun ahli sayap wanita perlu menanyakan soalan tersebut kepada Ketua Wanita Umno mengapa perkara sedimikian berlaku," ujar Syed Ali. 
Ini bukan kali pertama Syed Ali mempersoalkan keupayaan Shahrizat memimpin sayap wanita dan beliau juga pernah menggesa bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakka jawatan dalam beberapa majlis kira-kira dua tahun lalu. 

‘Makan jangan mahal-mahal’


Jakarta: Kerajaan mengarahkan semua majlis rasmi membabitkan pegawai kerajaan tidak menghidangkan makanan mahal, sebaliknya mengutamakan menu tempatan seperti yang banyak dijual di jalanan.
Menteri Reformasi Birokrasi Indonesia, Yuddy Chrisnandi berkata, hidangan seperti ubi kayu, jagung kukus dan bingka keladi sesuai untuk dihidangkan dalam mana-mana majlis rasmi.
Jumlah pegawai yang dijemput juga, kata Yuddy, boleh dihadkan mengikut keadaan tertentu bagi menjimatkan perbelanjaan.
“Mulai sekarang semua pihak diingatkan supaya berhenti berbelanja berlebihan, kerana ada pegawai atasan kerajaan mengadakan majlis perkahwinan anak sehingga menyebabkan kesesakan lalu-lintas,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 5:08 A
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12734#sthash.ZaBkxcu1.dpuf

Rimas tapi rela bersepah


Singapura: Kajian terbaru menunjukkan 88 peratus penduduk negara ini mengaku rimas dengan keadaan rumah masing-masing yang bersepah tetapi kurang daripada separuh yang benar-benar mahu menguruskan kediaman mereka dengan baik.
Tinjauan mendapati 56 peratus daripada mereka hidup dalam rumah yang sesak.
Namun, hampir 40 peratus masih menyimpan pelbagai barangan yang tidak boleh digunakan lagi.
Kajian firma Extra Space itu dibuat ke atas 1,000 penduduk berumur antara 25 hingga 65 tahun yang menetap di kediaman satu bilik, apartmen dan ke rumah teres.
Menurut Extra Space, tinjauan dilakukan bagi memahami kekangan dalam sesebuah rumah.
Ketua Eksekutif Extra Space Self Storage Asia, Kenneth Worsdale berkata, penduduk Singapura tidak sedar mereka mengumpul barangan rosak hingga premis mereka seolah-olah stor.
Menurut kajian itu, gambar lama, hadiah dan cenderahati adalah antara barangan yang kerap disimpan dengan 63 peratus daripada responden mengaku masih menyimpan barangan seperti itu.
Pakaian tidak dipakai berada di tempat kedua dengan 49 peratus, manakala akhbar lama serta buku sekolah di tempat ketiga dengan 47 peratus. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12412#sthash.rnLofc30.dpuf

Terlajak ramai peguam


Chandigarh, India: Kerajaan Punjab semakin kekeringan wang dan gagal membayar gaji kepada ramai pegawai perundangan di pejabat penasihat undang-undang negeri (AG) sejak tahun lalu.

Kira-kira 45 pegawai perundangan yang dilantik kerajaan negeri pada Oktober dan Disember 2013 serta Mac lalu tidak dibayar gaji langsung sehingga kini.

Mereka dilantik bagi mengisi jawatan pembantu penasihat undang-undang (AAG) dan timbalan penasihat undang-undang (DAG) di pejabat perundangan negeri Punjab.

Tugas peguam berkenaan adalah untuk mewakili kerajaan negeri di mahkamah tinggi di Punjab serta Haryana selain forum kehakiman lain.

Mereka sepatutnya menerima gaji sebanyak antara Rs55,000 (RM3,000) hingga Rs90,000 (RM4,900) sebulan berdasarkan kepada pangkat.

Lazimnya pegawai perundangan terbabit dikekalkan dalam jawatan itu sepanjang pemerintahan kerajaan negeri.

Seorang DAG berkata, dia dilantik pada Mac lalu tetapi sejak itu dia tidak menerima gaji walaupun satu sen.

Menurutnya, 45 daripada mereka menemui AG selain mengadu kepada jabatan hal ehwal negeri untuk merayu, namun sehingga kini tiada perkembangan positif dilaporkan.

Seorang rakannya pula berkata, nasib dialami itu seolah-olah ditimpa malang berganda kerana sebagai AG, mereka tidak boleh berkhidmat sebagai peguam bela bagi mana-mana kes.

Sementara itu, AG Ashok Aggarwal mengakui sedar masalah itu namun mendakwa, ia di bawah bidang kuasa bendahari negeri atau jabatan hal ehwal negeri dan keadilan.

Sumber pula mendakwa, masalah itu timbul kerana kerajaan Punjab memang menghadapi masalah kewangan yang serius akibat melantik terlalu ramai pegawai perundangan bagi mengambil hati sesetengah orang.

Akibatnya, menurut sumber, jumlah dilantik jauh melebihi pegawai yang diperlukan oleh kerajaan.

Kira-kira 160 pegawai perundangan bekerja di pejabat AG Punjab sedangkan jumlah diperlukan hanya 60 orang. Kebanyakan yang dilantik adalah ahli keluarga ahli politik, dan hakim serta peguam yang mempunyai kaitan dengan parti politik di Punjab.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 November 2014 @ 5:08 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12732#sthash.rF4oRsLk.dpuf

‘Bola sepak bukan mainan wanita’

London: Di sebalik desakan aktivis untuk mendapatkan hak persamaan jantina, masih ada pihak menganggap wanita cuma sesuai melakukan aktiviti yang tertentu.
Bola sepak adalah satu daripada sukan yang wajar dijauhi wanita.
Seorang pembaca semalam menulis kepada akhbar untuk menyatakan - secara sinis - mengapa bola sepak hanya sesuai untuk kaum lelaki.
Kata David Hickey, selepas menyaksikan skuad bola sepak wanita England menentang Jerman, dia yakin pendiriannya adalah tepat.
“Wanita tidak tahu apa-apa walaupun peraturan asas.
“Apabila dibentes, wanita bingkas bangun dan meneruskan permainan.
“Mereka tidak berpura-pura sakit. Mereka tidak sengaja merebahkan badan. Mereka tidak berusaha menyebabkan pemain lawan dibuang padang,” katanya.
Paling teruk, kata Hickey, pemain bola sepak wanita tidak mengganggu pengadil perlawanan.
“Semua peminat bola sepak tahu itu bukan cara bola sepak dimainkan,” katanya - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 5:07 AM


KOMEN yang ditulis Hickey.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12431#sthash.42pSd22u.dpuf

Tarian Tangan Seribu catat rekod dunia

SeBANYAK 5,057 penari kanak-kanak dan dewasa daripada etnik Gaya
SEBANYAK 5,057 penari kanak-kanak dan dewasa daripada etnik Gaya mempersembahkan Tarian Saman atau dikenali juga Tarian Tangan Seribu di Stadium Seribu Bukit, Aceh, Sumatera Utara, baru-baru ini. – AFP
GAYO LUES, Aceh – Seramai 5,057 penari kanak-kanak dan dewasa daripada etnik Gayo bergandingan mempersembahkan Tarian Saman secara beramai-ramai di Stadium Seribu Bukit di sini, baru-baru ini, sekali gus mencatat rekod dunia penari paling ramai.
Menurut laporan portal berita Jawa Post, tarian tradisional itu yang juga dikenali sebagai Tarian Tangan Seribu, turut memecahkan rekod sebelum ini yang dicatatkan oleh 3,000 penari di Banda Aceh, kira-kira empat tahun lalu.
Laporan tersebut yang memetik kenyataan wakil Muzium Rekod Dunia Indonesia (MURI), Awan Raharjo berkata, acara tersebut memberi harapan kepada etnik Gayo untuk mempamerkan kebudayaan mereka kepada dunia.
“Semua peserta menunjukkan semangat yang tinggi untuk menjayakan Tarian Saman kerana sanggup berpanas di bawah terik matahari sehingga ada penari yang pengsan.
“Malah sokongan orang ramai juga sangat mengagumkan apabila mereka memenuhi stadium dan memberi tepukan sepanjang acara berlangsung,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Bandar Gayo Lues, Ibnu Hashim berkata, acara berkenaan merupakan satu daripada cara mengekalkan Tarian Saman selain menunjukkan kepada dunia dan Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tentang komitmen penduduk tempatan mahu mempertahankan dan mengembangkan budaya tersebut.
“Selepas ini, kami merancang untuk membangunkan Pusat Tarian Saman sebagai langkah memudahkan orang ramai terutamanya pelancong asing mendalami tarian itu,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tarian-tangan-seribu-catat-rekod-dunia-1.30357#sthash.tCZb4Qpc.dpuf