Saturday, January 28, 2012

MAIS didakwa abai harta wakaf

BEGINILAH keadaan sebuah rumah teres yang didakwa rosak teruk selepas
diwakafkan kepada MAIS di Desa Fahmi, Kapar, Klang semalam.

KLANG - Seorang doktor kecewa dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) apabila 26 unit rumah teres dan sebuah banglo di Desa Fahmi, Kapar di sini yang diwakafkan kepada pihak berkuasa agama itu terbiar begitu sahaja sehingga mengalami kerosakan teruk.
Lebih mengecewakan apabila MAIS didakwa bercadang merobohkan semua rumah teres yang tidak berpenghuni tersebut untuk didirikan sebuah pangsapuri kos sederhana di situ.
Pewakaf, Dr. Kamarolzaman Hajar (gambar kecil), 53, berkata, kesemua kediaman itu siap dibina di atas tanah seluas 0.6 hektar pada tahun 2000 dengan menggunakan perbelanjaan sendiri dan disewakan kepada golongan berpendapatan rendah sebanyak RM420 sebulan.

Pengarah Eksekutif NFC nafi seleweng dana kerajaan

KERATAN Kosmo! 20 Januari 2012.

KUALA LUMPUR - Selepas dua bulan isu berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) yang didakwa berlaku penyelewengan terhadap dana kerajaan, semalam Pengarah Eksekutif syarikat itu menafikan dakwaan bahawa beliau dan anggota keluarganya terlibat dalam perkara itu.
Wan Shahinor Izmir Salleh berkata, tidak munasabah kalau keluarganya berfoya-foya menggunakan wang tersebut yang merupakan pinjaman yang wajib dibayar balik.
Menurut beliau, pinjaman yang diberikan kepada NFC adalah jutaan ringgit dan disebabkan itu komitmen untuk membayar balik pinjaman tersebut perlu dilakukan dengan cara yang betul.
"Saya dan anak-beranak akan hancur kalau tak boleh bayar pinjaman yang sebegini besar.
"Bermula tahun ini kita sudah kena membayar balik pinjaman yang telah diberikan termasuk kadar faedahnya sekali.
"Tidak mungkin ada penyelewengan berlaku dalam perkara ini kerana setiap sen yang dipinjam akan dibayar balik sepenuhnya," katanya.
Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'