Wednesday, March 20, 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

Rombongan Yang Gagal



Malam itu juga satu rombongan dari Dewan Zulkifli berangkat ke rumah Pesuruhjaya di Kg Pulau Melaka. Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz keluar dalam keadaan gementar yang jelas dalam pandangan mereka. Mereka memujuk Tuan Guru supaya bersetuju dengan keputusan parti untuk memilihnya sebagai Menteri Besar. Rombongan pertama ini gagal. Alasannya, beliau takut tidak dapat menjalankan tugas dan memikul amanah dengan baik.

Kemudian menyusul pula beberapa rombongan lain dari kalangan pimpinan PAS Kelantan.

Berusaha memujuk beliau untuk bersiap sedia mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Besar keesokan harinya. Rombongan ini juga gagal. Sehinggalah apabila keputusan muktamad dibuat oleh PAS Pusat, bahawa Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz mesti mengangkat sumpah esok hari.

Ulama Pertama Sebagai Menteri Besar

Maka mahu tidak mahu terpaksalah dengan berat hati keputusan itu diterima. Sami'na wa atho'na. Lalu keesokan harinya berangkatlah rombongan kepimpinan PAS, Berjasa, Hamim dan S46 diketuai oleh Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz ke Kota Darulnaim untuk majlis mengangkat sumpah sekaligus membentuk kerajaan APU di Kelantan. Untuk kali pertama dalam sejarah tanahair selepas merdeka, seorang ulama diamanahkan tugas berat untuk mentadbir sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia. Umat Islam melalui gerakan-gerakan Islam di seluruh dunia menyampai ucapan tahniah tidak putus-putus.

Kemajuan yg dinikmati setelah lbh 50 thn setia menyokong UMNO/BN

Kereta Proton dianggap "junk" di UK dan Ireland

Kereta Proton dianggap "junk" di UK dan Ireland kerana harga spare part jauh lebih mahal dari kereta... Tak berbaloi beli spare part baru... Second hand baru GBP 200 sahaja (RM 1000)... Mahal lagi nak repair... Student Malaysia pun tak sanggup nak bawa balik sebab kena bayar cukai eksais...

Russia dakwa pemberontak Syria guna senjata kimia

20 Mac 2013
MOSCOW - Russia menuduh pemberontak Syria menggunakan senjata kimia dalam serangan semalam, yang menurut Moscow ia perkembangan amat membimbangkan dan berbahaya.

“Menurut maklumat yang kami dapat dari Damsyik, kes penggunaan senjata kimia oleh pembangkang ini dilaporkan berlaku semalam di wilayah Aleppo,” kata Kementerian Luar Russia dalam satu kenyataan.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan sumber maklumat secara tepat dalam serangan itu tetapi Presiden Bashar al-Assad dan pemberontak dipersalahkan antara satu sama lain.

Difahamkan letupan senjata kimia itu mengandungi bahan beracun dan membunuh 16 orang dan mencederakan 100 yang lain.

Russia sebelum ini pernah memberi amaran kepada kerajaan Assad supaya tidak menggunakan senjata kimia dan berkata Disember lalu, Damsyik telah mengambil langkah berjaga-jaga  memastikan agen kimia adalah selamat.
-sh

Remaja Pakistan ditembak Taliban mula belajar di Birmingham

20 Mac 2013
BIRMINGHAM - Gadis kental, Malala Yousafzai yang ditembak oleh Taliban Oktober lalu ekoran kempennya memperjuangkan pendidikan bagi kanak-kanak perempuan menghadiri sesi persekolahan hari pertama di sebuah sekolah di sini.

Dia yang kini berusia 15 tahun ditembak semasa berada dalam bas sekolah di Pakistan, Oktober lalu.

Malala menyifatkan yang kehadirannya di Edgbaston High School sebagai hari yang paling penting dalam hidupnya.

“Saya rasa hari ini merupakan detik paling gembira buat saya kerana dapat kembali ke sekolah dan merasakan bagai mimpi. Semua kanak-kanak juga mempunyai hak asasi mereka untuk ke sekolah.

“Saya juga rasa bangga dapat memakai semula pakaian seragam sekolah dan ini bukti saya seorang pelajar dan hidup dengan pelajaran,” katanya.

Beliau turut berkata sangat teruja untuk belajar mengenai politik dan undang-undang.
-sh

JANGAN FITNAH ORANG SEDANGKAN DIRI SENDIRI YANG BUAT MASALAH

Anwar serah cabaran Papa Gomo kepada peguam

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara
 eksklusif di pejabatnya. -
Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
RUZY ADILA IDRIS

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan 'cabaran' Papa Gomo yang memberi beliau tempoh 48 jam supaya menarik balik saman terhadapnya jika tidak mahu lebih banyak pendedahan dibuat.

"Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya," kata beliau ringkas pada sidang media di sini, hari ini.

Papa Gomo membuat kenyataan beliau enggan menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf walaupun bakal berhadapan saman berjumlah RM100 juta, sebaliknya mahu mendedahkan lebih banyak video  membabitkan Anwar.

Menerusi sebuah entri di blognya semalam, Papa Gomo berkata, beliau ingin mengikut jejak langkah idolanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang enggan memohon maaf apabila menggelarkan Anwar sebagai homoseksual.

"Saya nak menyatakan bahawa saya memohon maaf kepada Datuk Seri kerana saya tidak ada pilihan lain selain daripada terus mendedahkan kegiatan tak bermoral Datuk Seri agar rakyat mengetahui kebenarannya," tulis blogger pro-Umno berkenaan.

Anwar memulakan proses perundangan ekoran pendedahan gambar dan video lelaki mirip pemimpin utama pembangkang itu, semalam.

Ketua Umum PKR itu memberi masa 48 jam supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan dan memohon maaf terhadapnya.

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu dan menegaskan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin.
-Sinar Harian

38 pengikut Kiram ditahan perlu sedia RM475,000 untuk bebas

20 Mac 2013
BATU-BATU - Seramai 38 pengikut Kiram yang ditangkap pihak berkuasa Filipina  pada 13 Mac lalu perlu menyediakan wang jaminan P6.2 juta (RM475,000) jika mahu dibebaskan.
Mereka ditahan kerana memiliki senjata api secara haram dan mencetuskan konflik sehingga menjadi pencetus konflik di Sabah.
“Kami telah memfailkan usul untuk mengurangkan wang jaminan semalam tetapi ia masih belum selesai,” kata Ketua Pejabat Peguam (PAO), Persida Rueda-Acosta.

Acosta hanya mengikut permintaan Kesultanan Sulu membela nasib pengikut Kiram seramai 38 orang itu.

Beliau berkata, pihaknya cuba untuk meminta mahkamah mengurangkan wang ikat jamin kepada P3,000 (RM230) bagi setiap tertuduh.

Pihaknya turut meminta mahkamah menjalankan siasatan awal supaya boleh mengemukan afidavit mereka.

Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima sebelum ini berkata Kiram dan pengikutnya boleh dibicara di Filipina di bawah Kanun Keseksaan yang diguna pakai jika rakyat negara itu melakukan kesalahan jenayah di luar negara.

Penjelasan Ustaz Kazim -tak mau jadi ahli politik dia nak jadi pendakwah saja....






Saya Ustaz Mohammad Kazim b Elias dengan ini secara rasminya menyatakan bahawa saya tidak akan bertanding di dalam pilihanraya dan menyertai kempen pilihanraya untuk mana-mana parti dan calon sekalipun.

Segala cerita dan khabar angin yang menyatakan saya akan bertanding di mana-mana Dun atau Parlimen adalah fitnah dan ingatlah setiap fitnah akan dibicarakan dihadapan Allah SWT di akhirat nanti.Takutlah kita semua dengan azab Allah SWT.

Saya lebih selesa mendampingi masyarakat dengan kerja saya sebagai penceramah dan pendakwah dan bukannya sebagai Wakil Rakyat.

Biarlah orang yang arif dan pandai dalam politik berpolitik.Saya tidak pandai.Kerja saya dakwah,dakwah dan terus berdakwah.Siapa jemput,InsyaAllah saya akan penuhi.Tapi bukan untuk ceramah politik sebaliknya ceramah agama.

Kepada semua blogger pula,hati-hati dengan artikel-artikel yang anda siarkan di dalam blog anda.Kalau artikel tersebut tidak benar,ia merupakan fitnah dan anda telah menyebarkan fitnah kepada ramai orang dalam era kecanggihan teknologi maklumat pada hari ini.Ingat,berapa ramai yang akan baca fitnah anda dan ingat juga bahawa tangan-tangan yang menaip,menulis,mengedar dan mulut-mulut yang bercakap serta telinga-telinga yang mendengar akan fitnah,semuanya mendatangkan dosa dan akan didakwa oleh Allah SWT.

Sudahkah kita lupa dengan janji Allah SWT “ Pada hari ini,Kami tutup mulut mereka dan akan berkata kepada Kami tangan mereka dan juga akan berkata kepada Kami kaki mereka,memberikan kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan “ ( Surah Yassin : Ayat 65 )

Selamat Maju Jaya kepada semua Ahli Politik yang akan bertanding mahupun tidak bertanding di dalam pilihanraya nanti.Pesan saya,berpolitiklah dengan cara yang bersih dan baik.Dampingi serta menangilah hati masyarakat dengan sikap kita dan tunjukkan contoh akhlak yang baik.Elakkan memaki,memfitnah dan mencaci serta perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut kita…Ingat…!!! masyarakat ( pengundi ) menilai kita……

Akhir kata,sekali lagi saya tegaskan bahawa segala cerita dan khabar angin yang menyatakan saya akan bertanding di mana-mana Dun atau Parlimen adalah fitnah dan ingatlah setiap fitnah akan dibicarakan dihadapan Allah SWT di akhirat nanti.Takutlah kita semua dengan azab Allah SWT.




Kisah Benar: Orang memaki Tok Guru akhirnya tak boleh bercakap

KERENGGA: Kisah Benar: Orang memaki Tok Guru akhirnya tak boleh bercakap:

Wartautara.com





Dulu di kampungku terdapat sebuah surau separuh batu separuh kayu, menjadi tempat warga desa mendirikan solat fardu berjamaah, sekarang surau itu sudah tiada lagi kerana di atas tapaknya dibina sebuah masjid mukim.





Waktu itu seorang imam dengan sukarela mengetuai imam solat, sekaligus mengajar fardu ain untuk warga desa terutama muslimat. Bila ada majlis tahlil, sang imam ini dijemput mengetuai pembacaan tahlil. Justeru beliau layak dikatogerikan sebagai antara tok lebai yang disegani di desa ku.





Pada awal beliau menjadi imam dan mengajar agama kepada warga, ramai jamaah datang mengikuti kuliahnya terutama kuliah Maghrib dengan menadah kitab. Tapi tiga atau empat tahun kemudian jamaah semakin berkurangan. Ramai yang tak mahu bersolat dengan berimamkan Tok Lebai itu lagi. Mengikuti kuliahnya juga tak mahu. Akhirnya tinggal beberapa orang saja yang “malu mata” untuk melarikan diri darinya.





Bila ditanya kepada warga, mengapa kalian tak ikut bersolat di surau Tok Lebai Pakcu, masing- masing menjawab “ Tok Lebai Pakcu Paie tu dah berubah, tidak lagi seperti mula-mula dulu. Dulu bagus. Sejak akhir-akhir ini beliau kutuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat habis-habisan dalam kuliahnya”.





Perubahan mendadak Tok Lebai Pakcu itu kononnya setelah beliau mendapat sedikit habuan daripada pemimpin UMNO setempat, sebelumnya tidak begitu. Ramai warga desa puji beliau. Ilmunya lumayan setakat untuk mengajar fardu ain warga desa.





Dari sehari ke sehari sumpah saranahnya kepada Tok Guru Nik Aziz semakin kuat dan lantang, sehinggalah suatu hari Tok Lebai Pakcu jatuh sakit. Permulaannya kurang selera makan, disertai dengan tak boleh bercakap.





Dibawa ke hospital, pernah tinggal di wad, tapi menurut keluarganya, doktor yang merawat memberitahu, masih belum dikenalpasti penyakit apa menyerang Tok Lebai Pakcu.





Saya sempat menjengok beliau. Saat itu tubuh badannya seperti papan sekeping, tersangat kurus. Suaranya hilang. Hanya dua biji mata bergerak-gerak sebagai tanda isyarat kepada keluarganya, meminta air.





Abang ipar saya yang kerap menziarahinya kerana kebetulan rumahnya berdekatan memberitahu; katanya kelmarin keluarga terdekat Tok Lebai Pakcu membisik kepada Pakcu “ Pakcu, kalau ambo gi minta air tawar (air doa) Tok Guru Nik Aziz lagumana, nak minum kah?. Pakcu banyak buat salah kepada dia, dok kata macam-macam kat Tok Guru, sedang Tok Guru tak buat salah apapun kepada Pakcu.”





Mendengar kata-kata keluarganya itu, serta merta terbuka biji matanya, kepalanya bergerak-gerak, seolah-olah bersetuju dengan cadangan keluarganya. Tapi saat itu Tok Lebai Pakcu hampir nazad. Beliau menutup usia beberapa jam selepas itu.





Saya tidak mahu meletakan sakit dan matinya dikeranakan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Sakit serta ajalnya sudah ditentukan Allah SWT.


-selatanonline-

'via Blog this'

Azzimuddie Kiram bekas ADO dan rakyat Malaysia

KERENGGA:


Muhammmad Faizal 




(Rafizi dan Derell dalam sidang media hari ini)


PETALING JAYA: PKR mendakwa Raja Muda Sulu yang mengetuai Kesultanan Sulu menceroboh Sabah sekarang, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram merupakan seorang bekas kakitangan awam dan juga merupakan rakyat Malaysia setelah diberi kad pengenalan.





Dakwaan ini dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini. Beliau menyertakan dokumen berkaitan bagi menyokong dakwaannya itu.




Rafizi yang menjelasksan sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku banyak spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.





Menurutnya lagi, sejak tercetusnya pencerobohan itu, PKR telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba memdapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh yang berada dalam kumpulan penceroboh, yang antaranya adalah ketua kumpulan itu sendiri yang mengelarkan dirinya sebagai Raja Muda.





"Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini, walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu.




(Dokumen yang menunjukkan Agbimudin @ Azzimuddie Kiram bekas kakitangan awam)


"Namun maklumat yang kita perolehi dari penduduk setempat adalah Azzimuddie Kiram ini pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan beliau adalah rakyat Malaysia," jelasnya.





Menurut Rafizi lagi, Timbalan Setiausaha Agong PKR, Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.





Dari maklumat 'Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah' seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah mengesahkan Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pengawai Pentadbir Muda di Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.





PKR mendesak agar Najib tampil memberi menjelaskan berapa ramai di kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia.





"Kita juga ingin tahu dari kalangan penceroboh bersenjata berapa ramaikan mereka merupakan ahli Umno.





"Kenapa Najib tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru," sambung Rafizi lagi.





Rafizi yang turut menegaskan penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini jelas mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan projek IC yang dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno.





PKR akan turut menganjurkan Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara (BKKN) dalam bentuk forum bagi memgupas perkara tersebut yang akan disertai Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Mantan Timbalan Panglima Tentera Darat) dan Yusuf Barji (mantan Penolong Pesuruhjaya Polis / ACP dan Pengarah Cawangan Khas PDRM Sabah) di Kuala Lumpur, Sungai Petani dan Johor Bahru.


'via Blog this'

dicari...suspek kes rogol

25 maut letupan di Nigeria


KANO, Nigeria 19 Mac - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam kejadian lima letupan di sebuah tempat letak bas di Kano, utara Nigeria semalam.
Serangan terancang itu berlaku selepas penyebaran satu rakaman suara lelaki yang menyatakan dia merupakan bapa kepada tujuh sekeluarga warga Perancis yang diculik oleh kumpulan militan Boko Haram.
Lelaki itu turut menyatakan tentang ancaman kumpulan militan tersebut untuk terus menculik dan melancarkan serangan berani mati di Cameroon, sekiranya pihak berkuasa negara ini menahan lebih ramai anggota Boko Haram.
Semua letupan tersebut memusnahkan beberapa bas di Sabon Gari yang merupakan kawasan penempatan golongan imigran beragama Kristian dari selatan Nigeria.
Pasukan polis dan tentera dikerah ke tempat kejadian bagi mengawal situasi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130320/lu_09/25-maut-letupan-di-Nigeria#ixzz2O3Z1cOxZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mengaku sewa rumah bersama kakak angkat



Beego

KUALA LUMPUR 19 Mac - Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Phyne Ballerz, Beego, memberitahu seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dua tahun lalu, dia menyewa rumah yang didiaminya bersama-sama seorang kakak angkat.
Selain mereka berdua, Beego turut memberitahu Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur JAIS, Muhammad Luqman Ramli, seorang lagi rakan lelakinya turut menyewa rumah berkenaan yang terletak di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang.
Perkara itu dimaklumkan oleh Muhammad Luqman semasa memberi keterangan bagi pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes khalwat Beego dan dua rakannya di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Muhammad Luqman berkata, Beego memberitahu perkara tersebut ketika disoal olehnya dalam rumah berkenaan selepas serbuan dilakukan berikutan aduan orang ramai mengenai kehadiran lelaki dan wanita bukan muhrim di dalam rumah itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130320/je_02/Mengaku-sewa-rumah-bersama-kakak-angkat#ixzz2O3WDNQ3i
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Siapakah keluarga Kiram


SALASILAH keluarga Jamalul Kiram III daripada Kesultanan Sulu bermula semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808).
Daripada Jamalul Kiram I, inilah bermulanya nama Kiram dan nama ini berakhir semasa kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika kedatangan Amerika Syarikat (AS) ke Sulu.
AS mula menjajah Filipina dan wilayah-wilayahnya termasuk wilayah-wilayah Kesultanan Sulu pada 14 Ogos, 1898 apabila tentera AS berjaya menewaskan tentera Sepanyol di Manila.
Sultan Jamalul Kiram II juga merupakan Sultan Sulu yang menandatangani perjanjian dengan Sepanyol bagi menyerahkan wilayah-wilayah, kedaulatan dan kekuasaan Sulu kepada penjajah Sepanyol pada 1885.
Sebelum itu sultan-sultan Sulu terdahulu bersama-sama penduduk Sulu bangsa Tausug telah bertarung nyawa berperang selama hampir tiga abad bagi mempertahankan kedaulatan wilayah-wilayah Sulu daripada penjajah Katolik Sepanyol.
Daripada laporan sejarah, sultan daripada keluarga Kiram sering membuat kesilapan dalam pentadbiran dan mengkhianti kaum Tausug, bumi Sulu serta agama Islam.
Dalam satu peristiwa, Sultan Jamalul Kiram II pernah merestui tentera AS membunuh lebih 4,000 rakyat Sulu yang enggan membayar cukai kepala kepada penjajah AS ketika itu.
Kaum Tausug melihat Sultan daripada keluarga Kiram sebagai tali barut AS yang merestui pembunuhan kaum keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu berhubung isu pembayaran cukai kepala kepada AS.
Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada AS membunuh rakyatnya sendiri berjumlah lebih 4,000 orang (termasuk 1,600 yang mati syahid, termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang AS dan perintah Sultan.
Malahan ada bukti waris-waris Kesultanan Sulu menuntut supaya bayaran pajakan Sabah dinaikkan dan difahamkan arahan itu dikeluarkan oleh Sultan Esmail Kiram II bin Datu Punjungan.
Ramai waris-waris Kesultanan Sulu yang lain menentang bayaran kepada sembilan waris Kesultanan Sulu daripada keluarga Kiram oleh Mahkamah Sesyen Borneo Utara pada 1939 dan menganggap kumpulan itu sebagai `penjual negara’ dan sanggup menjual tanah kubur ayahanda mereka sendiri.
Malahan Esmail Kiram turut didakwa mengugut Malaysia untuk menambah bayaran wang pajakan Sabah untuk kepentingan keluarganya.
Keluarga Kiram sekali lagi menjadi pengkhianat bangsa Tausug apabila menyerahkan wilayah-wilayah Sulu kepada kerajaan Filipina di bawah era Ferdinand Marcos pada 1962 semasa Sultan Esmail I bin Rajamuda Mawallilwasit.
Pada 11 Februari lalu, keluarga Kiram sekali lagi menimbulkan angkara apabila pengikut Jamalul Kiram III menceroboh Lahad Datu, Sabah menyebabkan lebih 60 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia.
Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga daripada sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram daripada jalur keluarga Sultan Esmail I bin Rajamuda Mawallilwasit (Sultan inilah yang menyerahkan Sulu kepada Filipina pada 1962) dan ada Kiram daripada Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (ayahanda Jamalul Kiram III).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20130310/lk_02/Siapakah-keluarga-Kiram#ixzz2O3VyCc5v
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kereta perisai berantai Adnan mula 'bekerja'


SALAH sebuah kereta perisai berantai ACV Adnan kelihatan memasuki kawasan operasi bagi memburu pengganas Kiram dalam Ops Daulat di Lahad Datu, semalam.
LAHAD DATU 19 Mac - Kereta perisai berantai Adnan yang tiba semalam, mula memasuki kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu hari ini, bagi membantu usaha mengesan saki baki kumpulan pengganas Kiram di kawasan berkenaan.
Panglima 1 Divisyen Infantri, Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, dengan bantuan kereta perisai berkenaan, pihaknya percaya operasi membersih dan menggeladah Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan hari ini.
"Penggunaan kereta perisai berkenaan amat signifikan kerana ia bukan sahaja mempunyai daya perlindungan dan persenjataan yang baik tetapi mampu bergerak di kawasan yang sukar.
"Kalau sebelum ini, operasi banyak terbatas kepada jalan dan kawasan tertentu tetapi dengan kereta perisai berantai ini kita mampu meredah kawasan luar daripada jalan-jalan biasa," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130320/dn_25/Kereta-perisai-berantai-Adnan-mula-bekerja#ixzz2O3Vpzgy1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sabah tetap kita punya


JAMALUL Kiram III (duduk tengah), Esmail Kiram II (berdiri kanan) bersama anak-anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat dirinya sebagai Sultan Sulu.
SELEPAS berakhir era komunis dan konfrantasi antara Malaysia dan Indonesia pada 1965, ini merupakan kali pertama negara berdepan dengan konfrantasi ketenteraan dengan pihak luar yang menceroboh kedaulatan negara ini.
Walaupun berlaku beberapa insiden berdarah sebelum itu, seperti tragedi Memali dan serangan militan di Sauk, tetapi ia merupakan kejadian-kejadian jenayah yang mengugat keselamatan negara dan tidak melibatkan pencerobohan kedaulatan negara.
Berita pencerobohan kumpulan pengganas yang dipimpin oleh Jamalul Kiram III ini di Lahad Datu, Sabah mulai 9 Februari Februari lalu telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.
Tindakan pengecut kumpulan penceroboh itu bertindak memperdayakan pasukan komando VAT 69 Malaysia pada hari Jumaat dua minggu lalu menyebabkan rakyat Malaysia marah.
Rakyat Malaysia semakin berang apabila mengetahui enam lagi anggota polis kita terbunuh di tangan pengganas ini pada keesokan harinya, terutama apabila mengetahui beberapa orang anggota polis itu disiksa terlebih dahulu sebelum mereka dibunuh dengan kejam dengan organ mereka dikeluarkan daripada badan dan kepala seorang daripada mereka dipenggal.
Jamalul Kiram mengaitkan pencerobohan pengikutnya itu dengan haknya ke atas Sabah dan bertegas tidak akan tunduk kepada desakan kerajaannya dan kerajaan Malaysia supaya mengarahkan pengikutnya itu menyerah diri bagi mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah.
Persoalannya apakah benar, Jamalul Kiram mempunyai hak ke atas Sabah seperti yang didakwanya.
Banyak faktor bagi menolak tuntutan Jamalul Kiram itu sama ada berdasarkan fakta sejarah mahupun bukti-bukti lain.
Daripada segi faktor sejarah, Kesultanan Sulu sudah tidak wujud lagi selepas Sultan Sulu ketika itu, Jamalul Kiram II menandatangani Protokol Madrid pada 1885 yang mengesahkan penyerahan semua wilayah, kedaulatan dan kuasa Kesultanan Sulu kepada Sepanyol dan menyerahkan kedaulatan Sabah kepada British North Borneo Company (BNBC).
Protokol Madrid itu kemudian diiktiraf sah oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2003.
Protokol Madrid itu ditandatangani selepas satu perjanjian awal antara Sultan Jamalul A'lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili BNBC pada 22 Januari 1878 untuk memajak Sabah kepada BNBC.
Pajakan yang dikurniakan oleh Sultan Sulu itu merupakan penyerahan secara kekal sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian itu 'selagi ada bintang dan cakerawala'.
Kesultanan Sulu kemudian menandantangani pula perjanjian dengan Amerika Syarikat (AS) di bawah Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915 menyerahkan sepenuh kuasanya ke atas wilayah-wilayah serta kedaulatannya kepada AS.
Dengan kedua-dua perjanjian itu, Kesultanan Sulu tidak lagi wujud sebagai sebuah negara, mahupun sebuah kerajaan tetapi hanya sebagai sebuah institusi beraja tanpa kekuasaan.
Manakala di bawah perjanjian dengan BNBC pada 1878 pula, waris-waris Sultan Sulu telah menerima bayaran 'cession' sehingga ke hari ini, yang membawa maksud waris-waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.
Status Kesultanan Sulu sebagai sebuah kerajaan terus hilang selepas Kesultanan Sulu menyerahkan wilayah-wilayah dan kedaulatannya kepada kerajaan Filipina diikuti tindakan kerajaan Filipina berhenti mengiktiraf Sultan Sulu selepas kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada 1986.
Adalah difahamkan bahawa Kesultanan Sulu pernah diajak menyertai Malaysia semasa penubuhan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak, tetapi ditolak oleh Sultan Sulu ketika itu yang memilih untuk menyertai Filipina.
Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 yang mendapati lebih dua pertiga penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan Malaysia menguatkan lagi hujah bahawa Sabah bersetuju menyertai Malaysia dan Sabah menjadi sebahagian wilayah Malaysia dengan restu penduduk negeri itu dengan mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pungutan suara yang diadakan oleh Suruhanjaya Cobbold pada 1962 itu yang dijalankan selama empat bulan menerima 2,200 memorandum dengan kira-kira 80 peratus penduduk di negeri Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia dan bersetuju menyertai Malaysia.
Suruhanjaya Cobbold menyamai Referendum Singapura pada 1962 berhubung penubuhan Malaysia yang mendapati penduduk Singapura bersetuju menyertai Malaysia.
Setiausaha Agung PBB ketika itu, U Thant dalam kenyataannya pada 1963 menyatakan bahawa penduduk Sabah "ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka".
Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, Malaysia terus membangunkan Sabah seperti yang ada sekarang dan mengambil tanggungjawab untuk membangunkan infrastruktur untuk kemudahan penduduk Sabah.
Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran berterusan secara aman oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah.
Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, seperti mana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.
Selain itu, Kesultanan Sulu tidak konsisten dalam tuntutan mereka dengan mendakwa Sabah sebagai milik mereka, tetapi gagal membuat tuntutan serupa terhadap wilayah-wilayah lain yang pernah mereka kuasai termasuk pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, dan wilayah Palawan, Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina.
Isu pajakan Sabah kepada British North Borneo Company telah dibawa oleh waris-waris Kesultanan Sulu ke mahkamah sebanyak dua kali. Kali pertama pada 1939, apabila Hakim Mahkamah Sesyen Borneo Utara, Makaskie memutuskan supaya BNBC terus membayar kepada waris-waris Kesultanan Sulu.
Apabila Sabah merdeka melalui Malaysia, kerajaan Malaysia meneruskan bayaran Pajakan Sabah itu kepada sembilan waris Kesultanan Sulu, membuktikan Malaysia berhak terus mengurus dan mentadbir Sabah selepas mengambil alih pentadbiran daripada penjajah British.
Memandangkan Kesultanan Sulu tidak lagi wujud sebagai sebuah negara dan kerajaan, serta sudah hilang kedaulatan dan kekuasaannya setelah menyerahkan wilayah-wilayah dan kedaulatannya kepada Sepanyol, AS dan kemudian kepada kerajaan Filipina, maka tuntutan Jamalul Kiram III ke atas Sabah tidak sah kerana perjanjian pajakan itu ialah antara Kesultanan Sulu dengan BNBC dan bukan antara waris Kesultanan Sulu dengan BNBC.
Lebih-lebih lagi statusnya sebagai Sultan Sulu tidak diiktiraf oleh mana-mana kerajaan termasuk kerajaan Filipina, malahan oleh waris-waris Kesultanan Sulu yang lain.
Keputusan Hakim Makaskie itu supaya BNBC terus membayar kepada sembilan waris Kesultanan Sulu mengesahkan lagi pemilikan Malaysia ke atas Sabah kerana Malaysia terus membayar pajakan sebagai mematuhi perjanjain 1878 itu.
Melalui perintah itu, Hakim Makaskie sendiri cuba memberi pentafsiran baru secara tersirat kepada istilah pajakan itu. Secara langsung juga penerusan pembayaran pampasan itu membawa maksud putusnya perjanjian tersebut antara Kesultanan Sulu dan BNBC, dan kemudiannya dengan Malaysia kerana kerajaan Malaysia tidak lagi berurusan dengan Kesultanan Sulu.
Sebenarnya Malaysia boleh bertindak tidak membayar kerana Kesultanan Sulu sudah tidak ada lagi, maka secara semula jadinya juga soal pajakan juga sudah hilang dan tidak timbul lagi.
Dalam satu lagi kes yang sama di Mahkamah Jolo pada 2011, hakim ketika itu turut membuat keputusan yang sama.
Berdasarkan hujah-hujah itu, Jamalul Kiram tiada hak untuk menuntut Sabah lagi bagi mewakili kaum Tausug, selain hanya jika beliau mempunyai kepentingan tertentu untuk dirinya dan keluarganya.
Sejak perjanjian 1878 dan penyerahan Sabah kepada BNBC, Kesultanan Sulu juga tidak berbuat apa-apa untuk rakyat Tausug di Sabah mahupun membawa kemajuan di Sabah.
Wang pajakan yang diterima sejak 1878 sehingga kini itu juga tidak dikongsipun dengan rakyat Tausug dan Sabah.
Maka rakyat Sabah tidak berhutang apa-apa dengan Jamalul Kiram.
Tindakan pengikut Jamalul Kiram menceroboh Sabah dan menggunakan tindakan keganasan untuk mencapai maksudnya itu adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, dan kerajaan Filipina serta Malaysia perlu bersatu bertindak menghapuskan mereka.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20130310/lk_01/Sabah-tetap-kita-punya#ixzz2O3VHgZvK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sepupu Gaddafi yang dikehendaki Libya ditahan di Mesir


KAHERAH 20 Mac - Polis Mesir semalam menahan sepupu Muammar Gaddafi, Ahmed Qaddaf al-Dam yang dikehendaki di Libya kerana peranannya semasa pemerintahan bekas pemimpin Libya itu.
Stesen televisyen Mesir, MENA melaporkan, Qaddaf menyerah diri kepada polis yang mengepung rumahnya di kawasan penempatan Zamalek di Kaherah.
Jelas laporan tersebut, Qaddaf tidak melawan semasa ditahan pihak polis.
Sebelum itu pihak berkuasa Mesir telah menghantar Konsul Libya untuk memujuknya menyerah diri. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130320/lu_01/Sepupu-Gaddafi-yang-dikehendaki-Libya-ditahan-di-Mesir#ixzz2O3BA66yP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Serangan roket di utara Syria mengorbankan 26 nyawa


BEIRUT 20 Mac - Seramai 26 orang terbunuh dalam satu serangan roket di sebuah kawasan kediaman berdekatan bandar Aleppo di utara Syria semalam.
Pengarah Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdelrahman berkata, serangan tersebut berlaku di kawasan Khan al-Assal.
Sebanyak 16 anggota tentera Syria antara mereka yang terbunuh.
"Kira-kira 10 lagi mangsa maut di hospital, namun tidak dapat dipastikan sama ada mereka merupakan orang awam atau tentera," katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130320/lu_02/Serangan-roket-di-utara-Syria-mengorbankan-26-nyawa#ixzz2O3AoFRKd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bom mortar meletup semasa latihan, 7 askar AS terbunuh


WASHINGTON 20 Mac - Sebanyak tujuh anggota tentera laut Amerika Syarikat terbunuh dan beberapa orang lagi cedera akibat satu letupan bom mortar semasa menjalani latihan menggunakan peluru hidup di pusat latihan Marine Corps di Nevada, kelmarin.
Laman web berita NBC News yang memetik kenyataan yang dikeluarkan Marine Corps melaporkan, kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 10 malam (2 petang waktu Malaysia semalam) di Depot Tentera Hawthorne.
"Letupan tersebut menyebabkan tujuh anggota tentera daripada Divisyen Kedua Tentera Laut terbunuh dan beberapa orang lagi cedera," jelas laporan itu.
Punca bom itu meletup masih disiasat.
Jumlah mereka yang cedera masih belum dapat dipastikan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130320/lu_03/Bom-mortar-meletup-semasa-latihan-7-askar-AS-terbunuh#ixzz2O3AGhN5R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Letupan bom ragut 57 nyawa



Penduduk berkumpul di lokasi serangan bom di Mashtal, Baghdad, Iraq, semalam. - REUTERS
BAGHDAD 19 Mac - Beberapa letupan bom kereta dan tembakan meletus di kawasan pengikut Syiah dan sekitar Baghdad, meragut 57 nyawa dan mencederakan 88 yang lain.
Kejadian berlaku pada malam ulang tahun ke-10 pencerobohan Amerika Syarikat (AS) di Iraq apabila sekurang-kurangnya 12 buah kereta yang dipasang dengan bom meletup, selain pembunuhan berterusan berlaku di ibu negara ini.
Pihak berkuasa memberi amaran, jumlah kematian akan meningkat, sekali gus menimbulkan persoalan tentang keupayaan pasukan keselamatan mengawal keselamatan semasa pilihan raya wilayah pada bulan depan.
Serangan berlaku di kawasan kediaman pengikut Syiah dan sekitar bandar ini pada waktu pagi dan pasukan keselamatan kemudiannya memperkukuhkan pemeriksaan di pusat-pusat kawalan dan menutup beberapa jalan utama hingga memburukkan lagi keadaan.
Pasukan tentera dan polis turut menubuhkan pusat pemeriksaan baharu dan mencari kenderaan kerajaan yang sering dibenarkan memasuki kawasan yang dibenarkan tanpa pemeriksaan.
Menurut pegawai keselamatan, 10 buah kereta telah dipasangkan bom termasuk dua daripadanya dipasang pada badan penyerang berani mati.
Serangan tersebut berlaku di kawasan kediaman Husseiniyah, Mashtal, Zafraniyah, Baghdad Jadidah, Kadhimiyah, Sadr City dan Shuala serta bandar Iskandariah yang terletak di selatan bandar ini.
Sementara itu, di daerah Saidiyah dan Mansur, dua orang ditembak mati.
Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.
Minggu lalu, 87 orang dilaporkan terbunuh menjelang ulang tahun pencerobohan AS di Iraq. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130320/lu_05/Letupan-bom-ragut-57-nyawa#ixzz2O37qnhMP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembangkang Syria lantik PM wilayah

DASMYIK - Kumpulan utama pembangkang Syria, Majlis Kebangsaan, kelmarin melantik Eksekutif Komunikasi, Ghassan Hitto, 50, sebagai perdana menteri di wilayah yang dikuasai Tentera Pembebasan Syria (FSA).

DIpetik Al-Jazeera, keputusan itu dibuat selepas rundingan tertutup selama 14 jam bersama 63 anggota majlis tersebut.

Pemimpin Majlis Kebangsaan, Mouaz al-Khatib berkata, pelantikan Hitto tersebut adalah satu keputusan yang telus kerana ia berdasarkan undian secara demokrasi.

Sebelum ini, Hitto pernah menetap selama beberapa dekad di Texas.

Siri letupan bom gegar utara Nigeria

KANO - Sekurang-kurangnya 25 maut dalam insiden letupan di kawasan perhentian bas di bandar Kano, utara Nigeria, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Dipetik laporan AFP, laporan awal mendakwa sebuah kereta mengandungi bahan letupan yang dinaiki dua pengebom berani mati merempuh sebuah bas di stesen New Road di Sabon Gari.

Beberapa letupan susulan turut berlaku selepas insiden pertama itu hingga mencetuskan panik kepada penumpang lain.

Pihak berkuasa turut memaklumkan mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital dan mereka turut menjangkakan angka kematian mungkin meningkat.

Pada 20 Januari 2012, sekurang-kurangnya 185 terkorban dalam serangan berdarah didalangi kumpulan militan, Boko Haram yang menyasarkan pihak berkuasa.

syriaTahanan Guantanamo mogok lapar meningkat



20 Mac 2013
SAN JUAN - Jumlah tahanan mogok lapar di Penjara Teluk Guantanamo dilaporkan meningkat kepada sekurang-kurangnya 21 orang, menurut kenyataan Tentera Amerika Syarikat(AS), kelmarin.

Menurut laporan AP, jurucakap pusat tahanan itu, Kapten Robert Durand berkata, dua tahanan telah dimasukkan ke klinik perubatan penjara kerana mengalami dehidrasi.

Beliau juga menafikan dakwaan kononnya pihak berkuasa sengaja mahu menyembunyikan jumlah sebenar tahanan yang mogok lapar.

"Tindakan tersebut diambil sebagai tanda sokongan di antara satu sama lain," katanya.

Minggu lalu, tahanan Islam di penjara itu dilaporkan nekad mogok lapar sebagai membantah campur tangan pihak berkuasa dalam urusan ibadah harian mereka.

China pengeksport senjata kelima dunia



20 Mac 2013
China senjata
Jumlah senjata yang dieksport China meningkat sebanyak 162 dalam tempoh lima tahun.
STOCKHOLM - China kini tersenarai sebagai negara kelima dunia mengeksport senjata sekali gus mendahului Britain, dipetik dari laporan AP.

Lapor Institut Kajian Keamanan Antarabangsa Stockholm (Sipri), jumlah senjata yang dieksport China meningkat sebanyak 162 dalam tempoh lima tahun iaitu antara 2008 dan 2012 berbanding lima tahun sebelumnya.

Sebelum ini, negara China menduduki tangga kelapan dengan dua peratus nilai eksport berbanding 5 peratus bagi tempoh terkini.

Sipri mendedahkan, Pakistan merupakan negara utama yang membeli senjata China serta menyumbang sebanyak 55 peratus daripada nilai eksport negara dan diikuti Pakistan sebanyak 8 peratus dan Bangladesh dengan nilai 7 peratus.

"Negara Asia itu mengembangkan industri senjatanya dengan sendiri melibatkan negara-negara penting dunia," kata Pengarah  Program Pemindahan Senjata Sipri, Paul Holtom.

Britain kini terpaksa selesa di tangga keenam buat pertama kali sejak disenaraikan pada 1950.

Negara Asia itu turut mewujudkan ruang dagangan eksport pengangkutan untuk ketenteraan termasuk tiga buah kapal perang ke Algeria, lapan pesawat pengangkut ke Venezuela dan sebanyak 54 kereta kebal ke Maghribi.

Dalam perkembangan lain, Amerika Syarikat (AS) dilapor menduduki tangga teratas dunia sebagai pengeksport senjata bagi tempoh 2008 hingga 2012 dengan nilai 30 peratus jumlah global. Rusia menduduki senarai kedua dengan nilai 26 peratus diikuti Jerman dengan 7 peratus dan Perancis mencapai nilai eksport sebanyak 6 peratus.

Institut berkenaan dalam kenyataannya memberitahu, Asia kini mampu mendominasi import senjata dengan tersenarainya China dalam kedudukan kelima pengeksport senjata dunia.

Pyongyang hasilkan video provokasi




20 Mac 2013
Pyongyang
Video ini turut memaparkan Rumah Putih menjadi sasaran penembak hendap.
PYONGYANG - Korea Utara telah menghasilkan sebuah lagi video berunsur provokasi menunjukkan Rumah Putih dan bangunan Kongres di Amerika Syarikat (AS) diserang yang dilihat akan meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara itu.

Memetik laporan AFP, kelmarin, video berjudul Firestorms will rain on the Headquarters of War berdurasi empat minit tersebut dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube.

Mereka turut menggelar AS sebagai 'pembuli' yang menghalang program nuklear Korea Utara menerusi paparan gambar pesawat pengebom B-52 dan kapal perang USS.

Awal bulan lalu, laman propaganda Pyongyang, Uriminzokkiri turut memuat naik video yang menunjukkan New York musnah akibat serangan peluru berpandu.

Kira-kira dua minggu selepas itu, sebuah lagi klip memaparkan Presiden Barack Obama dan tentera AS terbakar akibat letupan nuklear pula dihasilkan.  

Konflik antara Korea Utara, Seoul dan AS semakin meningkat sejak awal bulan lalu selepas Pyongyang melancarkan ujian nuklear ketiga mereka walaupun  dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rally Ilmu di Taman2 Syurga Masjid Kg. Ijok, Selangor.24 Mac 2013



Rally Ilmu di Taman2 Syurga Masjid Kg. Ijok, Selangor.

Semua jemput datang awal ya. Dari 1 petang lagi pun sudah bermula ya.

Peta lokasi kuliah ini pun telah ada di post2 di bawah ini ya.

Pohon share.

syria berdarah

 5 orang penduduk awam dibunuh oleh tentera Assad dengan tangan mangsa digari di kawasan luar bandar Aleppo yakni Asafeera. 
...

https://www.youtube.com/watch?v=Wil6GOUZWtk&list=UUp5VipCcqr_izE_NfssWvuQ&index=0

Sedapnya pusing2... Kalau ada kesempatan ada sesiapa yang hendak ikut Big Bos ?... :) a.m

PROF DR MUHAYA : MENGAPA PERLU MENGUNDI ?



Soalan :

"Profesor, saya tidak pernah mengundi dan saya sendiri tidak pernah kisah dengan isu pilihan raya. Pada saya,dalam politik semuanya sama. Saya tidak suka terlibat dengan politik. Tidak kira politik kampus, mahupun politik negara. Bolehkah saya terus berpegang pada cara ini?"

Jawapan Prof Dr Muhaya :

"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global.."

Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"

- abg min
 

Jemputan ke Taman2 Syurga bersama Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor pada 23 Mac 2013, Sabtu, 8 - 10 malam.

Jemputan ke Taman2 Syurga bersama Ustaz Azhar Idrus di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor pada 23 Mac 2013, Sabtu, 8 - 10 malam.

Semua di jemput hadir.

Ghassan Hitto dilantik PM wilayah pemberontak


Ghassan Hitto (kanan) menerima ucapan tahniah dari pemimpin Perikatan Nasional Syria, Moaz al-Khatib selepas dipilih sebagai Perdana Menteri wilayah yang dikuasai pemberontak Syria di Istanbul, Turki, kelmarin. - AFP
ISTANBUL 19 Mac - Kumpulan pemberontak utama di Syria, Perikatan Kebangsaan Syria, melantik eksekutif komunikasi dan aktivis Islam, Ghassan Hitto, sebagai Perdana Menteri bagi wilayah yang dikuasai pemberontak di negara itu.
Seorang anggota perikatan itu, Hisham Marwa memberitahu wartawan di Istanbul, Turki, lewat semalam, Hitto, yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) selama beberapa dekad, menerima 35 undi daripada 49 undi keseluruhan.
Keputusan itu dibuat dalam rundingan tertutup lebih 14 jam dalam kalangan 70 anggota kanan perikatan dengan sesetengahnya menyifatkan Hitto sebagai calon yang disokong oleh kedua-dua pihak dalam pembangkang iaitu daripada pergerakan Islam dan liberal.
Namun, beberapa anggota perikatan bertindak keluar daripada mesyuarat sebelum undian dijalankan, sekali gus menunjukkan berlaku perpecahan dalam kalangan mereka.
Ketika undian itu diadakan, anggota perikatan yang tinggal membuang kertas undi di peti lutsinar yang diletakkan di hadapan dewan persidangan.
"Ini adalah satu proses pengundian yang demokrasi dan bersih," kata ketua perikatan itu, Ahmed Moaz al-Khatib.
Menurut anggota-anggota perikatan, tugas pertama Perdana Menteri ialah membentuk kerajaan sementara dan Hitto merancang untuk membuka pejabat di wilayah yang dikuasai pemberontak di Syria.
Hitto mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam syarikat telekomunikasi dan teknologi tinggi, termasuk 16 tahun terlibat dalam pengurusan eksekutif.
Beliau meletak jawatan pada November lalu untuk menyertai revolusi Syria dan menjadi ketua bantuan kemanusiaan yang beribu pejabat di Turki, menurut jurucakap Perikatan Kebangsaan Syria, Khaled al-Saleh.
Pemberontak Syria kini dilaporkan menguasai sebahagian besar kawasan di utara dan timur Aleppo serta bahagian bawah tengah negara itu iaitu antara Idlib dan Hama.
Dalam perkembangan terbaru di Syria hari ini, tentera kerajaan didakwa mengebom kawasan sempadan antara Syria dan Lebanon. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130320/lu_08/Ghassan-Hitto-dilantik-PM-wilayah-pemberontak#ixzz2O37euZtU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hidup papagomo tak akan senang

HIDUP KALAU DAH MAKAN HASIL TAK HALAL, HASIL FITNAH ORANG SAMPAI BILA-BILA PUN HIDUP TAK AKAN SENANG

Diciptakan bangsa untuk berkenalan

 "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." - Surah Al-Hujurat: ayat 13

Jul Asbi terbunuh



Manila: Jul Asbi yang merekrut sekurang-kurangnya 100 pengikut Esmail Kiram untuk menceroboh Sabah disahkan terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia pada 8 Mac lalu.

Jurucakap Pengawal Pantai Filipina (PCG) Armand Balilo berkata, kematian Jul dimaklumkan oleh tiga pengikutnya yang dikenali sebagai Ruben Anok, 23, Joseph Mahabasal, 43, dan Andmursalun Yusop, 30.


Ketiga-tiga mereka adalah penduduk Pulau Tawi-Tawi. Balilo berkata, ketiga-tiga pengikut Jul itu dipintas anggota PCG pada 13 Mac lalu di kawasan perairan yang terletak 12 batu nautika dari Pulau Omapoy, Tawi-Tawi. “Pemeriksaan menemui sepucuk pistol .45 calibre dan enam peluru daripada tiga lelaki terbabit yang mengaku pengikut Esmail,” katanya. Berdasarkan pengakuan lelaki itu, mereka mendakwa direkrut Jul ke Sabah pada 6 Mac lalu.

Katanya, Jul adalah individu paling dipercayai keluarga Kiram. “Pada hari sama, mereka dibawa dari Tawi-Tawi ke Tanjung Batu di Sabah menaiki bot yang dikendalikan Musa Abdullah,” katanya. - Inquirer.net

Pencalonan Ibu Ani tunggu restu Susilo



Jakarta: Cadangan untuk mencalonkan Ani Yudhoyono, isteri Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sebagai Ketua Umum Parti Demokrat perlu mendapat restu daripada pemimpin Indonesia itu yang juga Ketua Majlis Tertinggi parti berkenaan.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Dewan Pimpinan Pusat Parti Demokrat, Jafar Hafsah. Menurutnya, Ani memang layak untuk menjadi ketua umum dan telah dicalonkan oleh pelbagai pihak dalam parti berkenaan.


“Keupayaannya memimpin tidak perlu dipersoalkan. Dia pernah menjadi Timbalan Ketua Umum ketika Demokrat dipimpin oleh Hadi Utomo. Ani boleh menyatukan seluruh komponen parti. Dia boleh berkomunikasi dengan baik dengan setiap lapisan masyarakat. Kini, kita hanya tunggu restu daripada Majlis Tertinggi dan Susilo sendiri,” katanya.

Tangguh undang-undang kawal hamil



Manila: Mahkamah tertinggi Filipina semalam menangguhkan undang-undang kontroversi mengenai kawalan kehamilan selepas mendapat kecaman hebat daripada pemimpin gereja Katolik yang berpengaruh.

Dengan undi 10 berbanding lima, Mahkamah Agung mengeluarkan perintah pembekuan selama empat bulan ke atas peraturan berkenaan.


Menurut peruntukan undang-undang itu, kerajaan dikehendaki mengedarkan kondom percuma dan menyediakan pendidikan seks di sekolah.

Jurucakap mahkamah, Theodore Te berkata, perintah menghentikan pelaksanaan undang-undang kesihatan kelahiran itu dibuat selama 120 hari. Bagaimanapun, Te tidak menyatakan asas kepada keputusan berkenaan.


“Hanya mahkamah boleh mengemukakan hujah lisan mereka pada 18 Jun,” katanya. Sementara itu, Pejabat Presiden Filipina berkata, kerajaan menghormati keputusan berkenaan tetapi yakin Mahkamah Agung akhirnya akan mengesahkan undang-undang berkenaan. - AFP

Kedudukan Yingluck tergugat kerana 2 isu



Bangkok: Hanya 18 bulan menjadi perdana menteri wanita pertama di Thailand, Yingluck Shinawatra kini berdepan beberapa masalah perundangan serius yang mungkin menyebabkan dia kehilangan kerusi sebagai ahli parlimen.

Dua isu utama yang menggugat kedudukan Yingluck ketika ini ialah kecelaruan data dalam pengisytiharan hartanya serta cadangan kerajaan mengeluarkan pasport baru kepada abangnya, Thaksin, yang disabitkan bersalah atas tuduhan penyelewengan oleh mahkamah. Dalam keadaan begitu, pemerhati berpendapat, seorang lagi adik Thaksin, Yaowapa Wongsawat bakal menceburi politik tidak lama lagi. Berdasarkan kenyataan kewangan diserahkan oleh Yingluck kepada Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan (NACC) selepas menjadi perdana menteri, suaminya, Anusorn Amornchat, memiliki 4.01 juta saham Ad Index Co Ltd dan setiap satunya bernilai Baht10 (RM1).


Yingluck juga menyatakan, dia meminjamkan Baht30 juta (RM3 juta) kepada firma itu, tetapi rekod syarikat berkenaan tidak menunjukkan ia berlaku sehingga 2007. Anusorn juga memegang 10,000 saham firma itu pada 16 Julai 2003 dan secara beransur-ansur pegangan itu meningkat lebih banyak sehingga 4.01 juta pada 20 April 2011. Yingluck dinamakan sebagai calon perdana menteri oleh Parti Pheu Thai pada 16 Mei 2011. Mengenai isu pasport Thaksin, jurucakap badan pemantau kerajaan, Raksakecha Chaechai berkata, Yingluck masih menangguhkan penjelasan mengenainya sejak 30 hari lalu.

Dalam pada itu, Thaksin semalam dilapor menelefon ketika mesyuarat anggota Parlimen Parti Phue Thai untuk menawarkan nasihat dan pandangannya mengenai isu berkait dengan keamanan di wilayah selatan dan pindaan perlembagaan.


Beliau juga menolak spekulasi bahawa adiknya Yaowapa yang akan bertanding pada pilihan raya di Chiang Mai bulan depan akan menjadi ‘perdana menteri pengganti’ sekiranya Yingluck dipecat. - Agensi

Desak perketat dana bantuan tentera Mesir



Washington: Lima senator Amerika Syarikat mahu supaya Washington memperketat kawalan terhadap cara Kerajaan Mesir menggunakan lebih AS$1.3 bilion (RM3.9 bilion) dalam bentuk bantuan tentera dan lain-lain yang diberinya setiap tahun kepada Kaherah.

Empat senator Republikan dan seorang dari Parti Demokrat mengemukakan cadangan pindaan berasingan mengenainya dalam usul perbelanjaan domestik bagi mengelak operasi kerajaan lumpuh pada 27 Mac depan.
Cadangan itu adalah antara 125 usul pindaan yang dimasukkan dalam deraf perbelanjaan domestik dan tidak diketahui berapa banyak daripadanya akan diterima pada penghujungnya.

Senat dijangka mengundi usul muktamad hari ini dan esok. Washington menyampaikan bantuan tentera bernilai AS$1.3 bilion setahun kepada Mesir.

Cadang beri AS$250 juta

Awal bulan ini, Amerika menyatakan, ia akan memberi Mesir bantuan bajet AS$250 juta (RM750 juta) selepas Presiden Mohamed Mursi berjanji melaksanakan pembaharuan ekonomi sejajar syarat pinjaman Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

Senator itu termasuk Marco Rubio, John McCain, James Inhofe dan Rand Paul dari Republikan serta rakan Parti Demokrat, Patrick Leahy, pengerusi Jawatankuasa Rendah Operasi Luar dan Negara, Jawatankuasa Peruntukan Senat.
Mereka tidak mendesak bantuan itu dihentikan tetapi Leahy dan McCain mahu memastikan ia digunakan untuk menangani keganasan, operasi khas dan keselamatan sempadan tetapi tidak membabitkan jet pejuang F-16 atau kereta kebal M1.

Pembaharuan ekonomi

Rubio pula mahu menyekat pemberian dana dan kontrak baru sehingga Kaherah melaksanakan pembaharuan ekonomi dan diperakui oleh pentadbiran Obama sebagai melindungi hak asasi manusia.

Usul pindaan Paul pula yang ditaja bersama Inhofe, mahu semua bantuan kepada Mesir dihentikan sehingga Mursi mengulas dalam bahasa Inggeris dan Arab bahawa beliau menyokong sepenuhnya perjanjian damai Camp David.
REUTERS

Kawalan di Pulau Bum Bum diperketat

Foto
PERKAMPUNGAN nelayan di Pulau Bum-Bum yang terletak berdekatan dengan perkampungan Simunul dan Sri Jaya.
Semporna: Seperti ‘kampung koboi’ sesuai bagi menggambarkan tanggapan pertama terhadap perkampungan Pulau Bum Bum, dekat sini, yang agak tersisih daripada penguatkuasaan pihak berkuasa, bukan kerana tidak dipedulikan, tetapi kerana tidak banyak jenayah di kawasan berkenaan.
Walaupun wujud pelbagai masalah termasuk jenayah seperti penyeludupan dan berkaitan dadah yang biasanya dilakukan pendatang asing, namun ia tidak serius.
Perkampungan Simunul dan Sri Jaya berhampiran, menjadi terkenal selepas menjadi medan tragedi apabila enam anggota polis maut dibunuh dengan kejam oleh pengganas ketika pertempuran dengan pihak berkuasa yang turut menyebabkan tujuh pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, ditembak mati, 2 Mac lalu.

Difahamkan, sebelum kejadian berdarah itu, kurang pengawasan dilakukan pihak berkuasa, termasuk melakukan pemeriksaan terhadap pendatang asing.


Bagaimanapun, selepas kejadian itu, tahap penguatkuasaan di pulau itu diperketat bagi memburu pengganas serta tali barutnya.

Bertempur empat kali




Perisai berantai jenis ‘Adnan’ menuju ke Kampung Labian untuk memulakan operasi menggeledah kubu pengganas. Gambar kiri, pekerja ladang Felda Sahabat melambai ke arah anggota tentera yang bertugas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, semalam. - Foto Fathil Asri
Lahad Datu: Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, kelmarin.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kematian membabitkan anggota pasukan keselamatan atau pihak musuh dilaporkan dalam pertempuran antara jam 8.05 pagi hingga 5 petang itu.
Operasi selesai hari ini

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kubu pengganas di Tanjung Batu dijangka selesai hari ini.

“Kita percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang. Itu pun sudah berpecah dalam kumpulan kecil selepas operasi dilancarkan pasukan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Panglima 1 Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16 dekat sini, semalam.

62 pengganas terbunuh
Sehingga semalam, 62 pengganas ditembak mati dan 241 orang ditahan kerana memasuki kawasan zon merah serta pelbagai kesalahan lain.

Ahmad Zaki berkata, pasukan keselamatan mengukuhkan operasinya berikutan penggunaan kenderaan perisai berantai jenis Adnan di kawasan zon merah, sejak semalam.

Katanya, Adnan yang mempunyai kelengkapan persenjataan tinggi itu membolehkan pasukan keselamatan bergerak ke lebih banyak lokasi, khususnya meredah kawasan sukar dilalui anggota keselamatan yang dikenal pasti kemungkinan menjadi tempat persembunyian musuh.

“Alhamdulillah pagi ini (semalam) kenderaan perisai berantai mula masuk ke kawasan operasi termasuk Tanjung Batu. Operasi menggeledah giat dijalankan dengan bantuan kenderaan itu.

Guna perisai berantai

“Jadi, kita harap semua berjalan baik. Kita percaya dengan bantuan perisai berantai, lebih luas lokasi yang boleh diredah berbanding sebelumnya.

“Kita berdoa semoga dengan bantuan kenderaan itu membersih sepenuhnya kawasan berkenaan,” katanya.

Selain kelengkapan persenjataan, kenderaan perisai berantai jenis Adnan juga mampu memasuki kawasan berpaya, berbukit-bukau dan tanah lembut