Thursday, September 11, 2014

PKR, DAP khianati Pas


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempertahankan kuasa pemutus Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung senarai nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu.
Beliau menegaskan, tindakan Abdul Hadi itu terpaksa dibuat tanpa perundingan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP berikutan perbuatan khianat yang dilakukan sekutu mereka itu terhadap Pas.
Katanya, pengkhianatan itu tercetus apabila berlakunya tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selangor yang memberi sokongan kepada PKR.
"Dua pengkhianat daripada ADUN Pas yang melompat telah memberi sokongan kepada PKR. Ini memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman Pas.
"Pengkhianatan PKR terhadap setia kawan dengan Pas dalam pakatan pembangkang apabila mereka menerima pengkhianatan dua ADUN Pas dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.
"Sebagaimana dua ADUN itu memutuskan wala' dan kesetiaan kepada Presiden, begitu juga PKR telah memutuskan setiakawan dengan Pas," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.
Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh menjelaskan, sesiapa pun yang menginsafi akan memahami tindakan yang perlu dilakukan oleh Abdul Hadi apabila partinya dikhianati dari dalam oleh ahli sendiri.
Menurut beliau, pergolakan di dalam Pas sekarang sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan dua ADUN tersebut.
"Anda juga sedang melihat akibat pengkhianatan PKR, pergolakan dalam pakatan pembangkang akibat Pas kehilangan taruhan kuasanya dalam menentukan kelangsungan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang Majlis Syura Ulama Pas putuskan untuk mempertahankannya," katanya.
Tambah Nik Mohamad Abduh, terdapat dua pilihan yang perlu dilakukan Abdul Hadi dan salah satunya adalah untuk terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti Pas ke arah keluar daripada pakatan pembangkang.
"Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan tahaluf siyasi," jelasnya.
Kedua, kata beliau, adalah Abdul Hadi bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman Pas dan hubungan dengan PKR serta pakatan pembangkang.
Bagaimanapun, tegas beliau, Abdul Hadi telah memilih pilihan kedua dan tindakan itu menerima pujian apabila Pas melalui mesyuarat 17 Ogos lalu, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada Abdul Khalid.
Tindakan itu, ujarnya, telah dilakukan walaupun dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura serta mengejutkan pihak yang menyokong Abdul Khalid.
Malah, jelas Nik Mohamad Abduh, Abdul Hadi mengemukakan dua nama calon baharu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal Majlis Syura.
"Lihat, alangkah berjiwa besarnya Presiden (Abdul Hadi). Beliau mampu mempengaruhi Majlis Syura agar menerima hakikat pakatan pembangkang perlu diselamatkan," tegasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140911/po_01/PKR-DAP-khianati-Pas#ixzz3D1JPieoY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Scammers 4 real - REAL faces of scammers


This HALL OF SHAME was compiled from our forum topic
Bookmark and Share
  
pretends to be
(innocent person)
real face
(actual scammer)
 pretends to be
(innocent person)
real face
(actual scammer)