Sunday, February 19, 2012

Parasit: Pas Kelantan cabar Hasan Ali tunjuk bukti

KOTA BHARU - Pas Kelantan mencabar Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengemukakan bukti siapa parasit sebenar yang dimaksudkan wujud dalam kepimpinan parti tersebut di peringkat negeri itu.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, bekas pemimpin Pas Selangor ituperlu berhenti membuat sebarang tuduhan sekiranya tidak mempunyai bukti kukuh.
“Jangan buat tuduhan melulu, saya pun orang yang dekat dengan (Mursyidul Am Pas, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), jika betul ada,sepatutnya dia buktikan kepada pimpinan Pas.
“Apa niat dia (Hasan) yang sebenarnya sehingga sanggup mendedahkan perkara ini secara terbuka menerusi media dan tiada bukti,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan semasa ditemu ramah dalam program bual bicara menyatakan dalam Pas Kelantan wujud parasit, yang dekat dengan Nik Aziz.
Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tindakan Hasan yang mendedahkan perkara itu secara terbuka seolah-olah menunjukkan dirinya seperti menyebelahi pihak Umno.
“Dia bukan ahli Pas lagi, tetapi sekiranya dia jujur dan mahu menjaga Pas, tidak perlulah terus membuat tuduhan seperti ini,” katanya.

Tidur pakai baju hujan


Tidur pakai baju hujan
JELUTONG – Seorang warga emas berumur 73 tahun bersama anaknya yang sakit terpaksa menggunakan baju hujan setiap malam kerana rumah yang didiami bocor.

A. Sellam, yang kini tinggal di Kampung Palaniandy Jalan Makloom terpaksa menjaga anaknya yang mengalami masalah kegagalan hati sehingga menyebabkan perutnya membesar seperti orang mengandung.

Sellam berkata, lebih memburukkan keadaan apabila sejak lima tahun lalu dia sudah tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan kini terpaksa menagih simpati jiran dan orang ramai sahaja untuk menjalani kehidupan.

“Saya langsung tidak ada duit, suami saya sudah meninggal sejak 20 tahun lalu, pencen suami saya yang pernah bekerja di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) juga saya tidak dapat.

“Malam-malam kami anak beranak terpaksa tidur di dapur kerana bilik saya sudah runtuh sejak dua tahun lalu. Setiap malam juga kami pakai baju hujan kerana atap sudah bocor, tempat yang saya baring akan penuh dengan air hujan, anak saya sakit, dia terpaksa terlantar saja di atas kerusi kerana perutnya sudah membesar,” katanya.

Ketika tinjauan ke rumah berkenaan, Sellam menunjukkan biliknya yang sudah tidak dapat digunakan. Lebih memburukkan keadaan apabila elektrik sudah tidak dapat digunakan sejak beberapa hari lalu berikutan fius yang dicuri orang.

Wanita tua itu turut memaklumkan dia tidak boleh bekerja kerana mempunyai penyakit di samping bimbang membiarkan anaknya tinggal bersendirian di rumah.

“Anak saya, K. Jegathisen, 47, hanya boleh baring saja, walaupun saya keluar dari rumah pergi membeli makanan untuk dia, ada orang masuk ke rumah dan curi macam-macam.

“Saya takut biarkan dia begitu sahaja, rumah saya memang sudah tidak selamat, makanan pun kadang-kadang ada jiran yang datang tolong,” katanya.

Hampir dua tahun memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun Sellam mengakui sehingga kini masih belum menerima sebarang bantuan walaupun tidak mempunyai pendapatan.
“Saya tidak tahu kenapa selama dua tahun saya tidak dapat bantuan sedangkan saya sudah tidak bekerja dan terpaksa menanggung anak yang sakit,” katanya.
Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh mengunjungi rumah mereka di 159-H Kampung Palaniandy Jalan Makloom.

Sebarang bantuan turut boleh disalurkan melalui cek atas nama Sellam a/p Alagumalay dan hantarkan ke Hon, Treasurer, The Temple of Fine Arts Malaysia, No 1 Babington Avenue, 10450 Pulau Pinang.

Ada gerakan guling kerajaan


MELAKA 18 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia tidak akan terkecuali daripada menghadapi gerakan menggulingkan kerajaan sedia ada kerana terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di negara ini yang menerima sokongan kewangan dari Amerika Syarikat (AS).

Tegas beliau, sejak dahulu lagi AS memberi sokongan kewangan kepada mana-mana NGO dan parti politik bagi menggerakkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh negara tersebut.

''Saya tidak hairan dan percaya ada NGO dan parti politik di negara ini sedang mengadakan gerakan untuk menukar kerajaan yang sedia ada.

''Kalau di Malaysia ia berlaku namun ini bukan perkara biasa buat AS. Memang kerja mereka adalah hendak menjatuhkan kerajaan yang tidak sokong mereka.

''Sebagai contoh, AS minta kita sekat perdagangan dengan Iran dan jika kita tidak berhenti, mereka akan ambil tindakan terhadap perdagangan Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Jelajah Aman, Wakaf Water For 4Gaza anjuran Yayasan Keamanan Dunia Perdana (PGPF) peringkat negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengerusi PGPF, Tan Sri Norian Mai.

Jelajah Aman anjuran PGPF itu bertujuan mendapat sumbangan ikhlas daripada orang ramai melalui penjualan 1.5 juta botol air mineral bagi membantu penduduk Palestin di Gaza yang menghadapi kesulitan keperluan air minuman.

Menjawab soalan pada sesi dialog pada majlis tersebut mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong Israel, bekas Perdana Menteri berkata, ketua pembangkang itu cuba mendapat sokongan bukan sahaja daripada rejim Zionis tetapi juga AS bagi melakukan gerakan menukar kerajaan.

''Hanya dengan sokongan daripada dua buah negara itu, Anwar boleh menukar Malaysia untuk menyokong Israel selain membantu perjuangannya untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, sokongan AS itu diperlukan kerana tanpa sokongan daripada luar mungkin hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian.


Utusan Malaysia Online - Berita Utama:

'via Blog this'

polispun minat anwar