Saturday, May 30, 2015

Tambah anak: Menteri dicabar hidup bergaji RM900

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim dicabar supaya menjalani kehidupan biasa dengan gaji minima sebanyak RM900 untuk tempoh 30 hari.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, ia bagi merasai sendiri peritnya beban dan tekanan hidup yang terpaksa ditanggung oleh wanita bekerja yang berpendapatan minima dalam masa yang sama menanggung perbelanjaan dapur dan keperluan harian.

“Beliau (Rohani) pasti tidak pernah menikmati kesusahan dengan makan gaji. Kami ingin cabar beliau untuk hidup 30 hari sebagai seorang wanita yang memperoleh gaji minimum RM900 bersama-sama keluarganya.

“Kemudian setelah 30 hari berakhir, kami mahu beliau buat keputusan sama ada relevankah untuk mempunyai lebih ramai anak apabila kos kehidupan yang semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zuraida, setiap keluarga perlu memiliki kestabilan dari segi kewangan sebelum bersedia menerima tanggungjawab tambahan.

Menurutnya lagi, ia juga bagi mengelakkan timbulnya masalah yang tidak diingini dalam jangka masa panjang.

“Ia adalah satu fakta bahawa kadar kelahiran semakin berkurangan. Tetapi dalam pada masa yang sama, kualiti kehidupan harus juga dipertingkatkan.

 “… Daripada memberi nasihat “tidak perlu terlalu tumpu pada kualiti hidup”, kerajaan perlu mengambil tanggungjawab untuk memastikan tahap kualiti kehidupan di Malaysia harus menjadi lebih baik,” katanya lagi.

Rohani ketika menjawab soalan daripada pertanyaan lisan di persidangan Dewan Rakyat di Parlimen awal minggu ini menyatakan bahawa kerajaan menggalakkan pasangan berkahwin di negara ini menambah bilangan anak bagi menyokong peningkatan populasi negara.

Menurutnya, kebanyakan keluarga didapati memiliki dua anak dan perkara itu dipengaruhi banyak faktor termasuk masalah lewat berkahwin dan kesuburan.

Kata Rohani lagi , keluarga yang ideal diunjurkan mempunyai antara tiga hingga empat anak, sehubungan itu, pelbagai usaha dan galakan dilakukan kerajaan bagi menggalakkan pasangan berkahwin mempunyai anak yang ramai.

Misi pencarian MH370 dikritik


Kapal Go Phoenix yang digunakan dalam operasi pencarian pesawat

Kapal Go Phoenix yang digunakan dalam operasi pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi dikatakan tidak sesuai untuk menjalankan misi berkenaan. REUTERS
SYDNEY 28 Mei – Selepas hampir setahun memulakan operasi pencarian melibatkan misteri kehilangan pesawat MH370, pihak berkuasa dan kumpulan mencari dikritik berikutan pendekatan yang digunakan dalam operasi pencarian di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.
Operasi pencarian diketuai Australia yang setakat ini tidak menjumpai sebarang bukti melibatkan pesawat MH370 atau 239 anak kapal itu, menimbulkan gesaan supaya pihak terlibat memikirkan semula cara yang lebih sesuai untuk misi berkenaan.
Pakar yang terlibat dalam operasi pencarian dasar laut berkata, syarikat Fugro NV yang mengetuai operasi itu, kemungkinan terlepas pandang kedudukan lokasi sebenar pencarian kerana tidak mempunyai kepakaran dan kakitangan yang berpengalaman di beberapa kawasan untuk tugas khusus mengesan objek-objek tertentu.
Meningkatkan lagi kebimbangan, pihak berkuasa Australia berkata, sebuah lagi kapal, Go Phoenix, yang mempunyai kelengkapan carian dasar laut paling dalam di dunia dan anak kapal yang disediakan oleh firma Amerika Syarikat (AS) Phoenix International Holding Inc, akan menarik diri daripada misi sama dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Bagaimanapun tiada alasan kukuh diberikan oleh atas tindakan tersebut.
“Fugro adalah sebuah syarikat besar, tetapi mereka tidak mempunyai kepakaran dalam operasi pencarian kerana melibatkan kerja-kerja khas,” ujar bekas pegawai tentera, Paul-Henry Nargeolet yang diupah oleh agensi siasatan kemalangan Air France yang menyelaras operasi pencarian dan pemulihan penerbangan Air France AF447 pada 2009. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/misi-pencarian-mh370-dikritik-1.97042#sthash.msXrCizP.dpuf

China tempatkan senjata di pulau buatan


Satu daripada gambar pulau buatan China yang dibangunkan di Laut

Satu daripada gambar pulau buatan China yang dibangunkan di Laut China Selatan. AGENSI
BEIJING 28 Mei – Ketegangan di Laut China Selatan dijangka terus meningkat selepas China dilapor menempatkan senjata di pulau-pulau buatan baharu yang masih dalam pembinaan di perairan yang menjadi pertikaian beberapa negara termasuk Malaysia.
Kuasa besar Asia itu dan Amerika Syarikat (AS) telah terlibat dalam konflik di kawasan berkenaan dengan Washington memberi amaran agar Beijing tidak mencabar tentera laut negaranya yang beroperasi di Laut China Selatan.
Di Kepulauan Spratly, AS mendakwa China mewujudkan sebuah pulau berkeluasan 800 hektar sejak tahun lalu yang boleh digunakan sebagai landasan kapal terbang.
AS menegaskan, pulau buatan manusia tidak boleh digunakan dalam menuntut kedaulatan dan mereka secara rapat mengikuti sebarang isyarat bahawa China akan mencari sokongan dengan meletakkan sistem peluru berpandu dan jet pejuang di pulau buatan baharu mereka itu.
Bagaimanapun, Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun dilihat cuba untuk tidak membangkitkan isu kehadiran tentera di pulau buatannya, dengan mendakwa isu itu diperbesarkan oleh pihak yang mencari alasan untuk mengenakan tindakan yang tidak dapat dipastikan, merujuk kepada Amerika.
“Setiap hari di seluruh China, terdapat pelbagai jenis projek pembinaan dimulakan seperti membina rumah, jalan raya, jambatan, membuka kilang, dan sebagainya.
“Melihat dari sudut kedaulatan, pembinaan pulau-pulau buatan itu sama sekali tidak berbeza dengan semua jenis pembinaan yang berlaku di China,’’ katanya sebagaimana lapor Mail Online.
Pembinaan-pembinaan itu kata Yang dibuat bagi memenuhi keperluan awam dan tentera seperti pencegahan bencana, perlindungan perikanan, dan pemantauan cuaca.
Dalam perkembangan berasingan, Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter semalam memberitahu rakan sejawatnya dari Filipina, Voltaire Gazmin, bahawa Washington akan mempertahankan negara itu dan meminta supaya tindakan menambak tanah di perairan Laut China Selatan dihentikan. – AGENSI/AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/china-tempatkan-senjata-di-pulau-buatan-1.97049#sthash.p2px0EU3.dpuf