Saturday, October 13, 2012

GEMPAR!! TERBUKTI GUAN ENG HINA ORANG ISLAM!!



Memang orang Islam negeri Johor, Terengganu, Pahang dan semua negeri BN rasa TERHINA...beb..kehkehkeh

P/S : Kat Penang ada scoreboard menunjukkan waktu solat beb...lu org tak terasa terhina ke umno/bn.

via: Pakatan Rakyat Supporters

Soros di seberang laut, nampak. Boros di depan mata, tak nampak!

Kalau dah suka Umno, pergi masuk Umno lah Ostad. Jangan cemarkan perjuangan ini dengan kekotoran hati kamu!

Saksi Utusan Bingung Setelah Diasak Peguam Mat Sabu



Saksi Utusan 'diasak' berhubung Islam & komunisme

Saksi pakar yang dipanggil Utusan Malaysia dalam saman sivil terhadapnya oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu 'diasak' berhubung kesimpulannya bahawa Mat Indera seorang komunis.

Peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan oleh pensyarah kanan yang berpangkalan di United Kingdom itu Karl Hack (gambar) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.

Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyaman akhbar Umno itu kerana menyiarkan beberapa laporan berhubung ucapannya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.

Beliau mendakwa laporan itu menggambarkannya sebagai penyokong komunisme, yang tabu dalam masyarakat Islam, ketika menyentuh peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong.

Hack dicabar sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme.

"Mat Indera memiliki satu ciri khas, dia selalu membaca Quran. Kamu perlu memahami Islam sebelum membuat kesimpulannya bahawa dia seorang komunis," kata Hanipa ketika menyoal balas Hack.

"Kamu tentu sedar bahawa British sangat menentang Parti Komunis Malaya (PKM)? Itu pada tahun 1950-an, bilakah jadi salah untuk sertai komunis?" soal Hanipa.

"Kenyataannya (Mat Indera) mungkin diputar kerana ia daripada polis. (Adakah kamu tahu) bagaimana kenyataan itu boleh keluar? Dia diperdaya untuk menyerahkan diri kepada polis?" tanya peguam.

Melihat Hack bingung dengan perkara itu, Hakim Zakaria Sam berkata, peguam hanya mahu bertanya: "Adakah kenyataan polis itu boleh dipercayai?" -mk

Kes Mat Indera: Utusan import pakar dari England

TASEK GELUGOR: Utusan Malaysia mengimpot pakar sejarah dari England semata- mata ingin membuktikan bahawa Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengatakan Mat Indera bukan komunis adalah tidak benar.

Mohamad yang diwakili peguam Hanipa Maidin ketika perbicaraan semalam bertegas mengatakan Mat Indera pejuang Melayu yang kental demi mempertahankan tanah air daripada cengkaman British.

Kelmarin dan semalam merupakan pemulaan pembicaraan kes saman sivil Haji Mohamad Sabu terhadap Utusan Malaysia yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Saman itu berkaitan tindakan akhbar itu yang didakwa menuduhnya menyokong komunis ekoran kenyataannya yang mendakwa Mat Indera bukan komunis ketika menentang pemerintahan British semasa peristiwa Bukit Kepong.

Kenyataan itu dikeluarkannya dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada Ogos tahun lalu.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan, peguam Hanipa Maidin mempersoalkan kewibawaan maklumat yang dibekalkan saksi pakar Karl Hack itu yang menyimpulkan bahawa Mat Indera seorang komunis.

Maklumat Hack semata-mata berasaskan kenyataan Mat Indera kepada polis ketika ditahan di penjara.

Hack dicabar Hanipa sama ada termasuk dalam bidangnya untuk menentukan ideologi Mat Indera tanpa pengetahuan penuh tentang Islam atau kedudukannya terhadap komunisme.

Ketika berceramah merasmikan cawangan baru PAS di Taman Sena Indah semalam pula, Mohamad berkata Utusan sanggup bebelanja besar dan mengimpot pakar dari luar untuk berdepan dengannya di mahkamah.

"Untuk membuktikan Mat Indera Komunis bagi menafikan kenyataan saya, Utusan Malaysia sanggup berbelanja besar membawa pakar dari England.

"Entah berapa kos pula mereka tanggung penerbangan, penginapan dan makan minum ketika di sini, " katanya.

Kes beliau akan disambung semula di mahkamah sama pada 15 hingga 18 Oktober ini.

Masih pilih UMNO?

NAJIB BERTEMU SOROS DI NEW YORK


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh nombor satu - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut - yang mula2 didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim
- berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang2nya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

MASA BN MEMERINTAH ADA DOK DORG KUTIP HUTANG TALAM NIH... TALAM NE SAPA???

HATI BUSUK PUNYER MAMAK!!!

Imam Hoslan Bebas, Janji Terus Perjuangkan Keadilan, Benteras Kezaliman



Imam Hoslan Husin yang dijatuhi hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah kerana melempar selipar ke arah panel hakim dibebaskan dari penjara Kajang hari ini selepas didapati berkelakuan baik.

Beliau dilepaskan bersyarat di bawah perintah Parol dari Pejabat Parol Daerah Cheras di bawah Jabatan Penjara Malaysia kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam selepas menjalani hukuman penjara tujuh bulan tiga hari mulai 8 Mac lalu.

Hoslan dikehendaki melapor diri setiap minggu ke pejabat parol, atau pada bila-bila masa dikehendaki pegawai parol sehingga dibebaskan sepenuhnya pada 8 November 2012.

Hoslan turut perlu melapor diri jika ingin keluar dari daerah Cheras.

Isterinya, Noorliza Mat Isa, 43, bergegas hadir dari Hospital Kuala Lumpur dari menjaga anaknya akibat demam denggi.

“Syukur. Dengan kehendak Allah Taala saya dipenjara.Dengan kehendak Allah Taala dibebas. Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi sokongan kepada saya dan keluarga,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada peguam Karpal Singh; Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat kerana membelanya secara terbuka.

Hoslan menambah, beliau memaafkan pihak yang menganiainya, namun akan terus memperjuangkan keadilan kerana ia adalah ijtihad dalam hidupnya.

“Tidak ada yang lebih baik dari memaafkan. Kerana Rasulullah sendiri pun sentiasa memaafkan,” kata Hoslan memaklumkan, diberi kebenaran menyampaikan tazkirah kepada banduan dalam himpunan harian pagi semalam.

Hoslan berkata, beliau akan meneruskan kehidupan dengan berniaga kitab-kitab agama.

“Kita jalankan kehidupan. Tidak ada masalah. Tidak baik sekiranya ada penyakit hasad dengki,” kata bekas Imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan ini.

Parol bermaksud pelepasan seseorang penghuni penjara yang mempunyai tarikh bebas dan layak, untuk menjalani mana-mana bahagian hukuman pemenjaraannya di luar penjara menurut sesuatu Perintah Parol.

Penghuni dikehendaki menjalani baki hukumannya di luar penjara di bawah pengawasan pegawai Parol.

Dituduh bunuh suami, kekasih

Berita Harian | Dituduh bunuh suami, kekasih:


Chooi Thin dihadapkan ke   Mahkamah Majistret atas tuduhan bunuh suami, teman wanita suami, semalam.Chooi Thin dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan bunuh suami, teman wanita suami, semalam.
Kajang: Seorang ahli perniagaan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh suami dan teman wanita suaminya, bulan lalu. 

Yau Chooi Thin, 29, dituduh atas dua tuduhan berasingan membunuh tauke kedai tayar yang juga suaminya, Leong Kian Sheong, 37, dan teman wanita suaminya, Vivien Wong, 20, di sebuah rumah beralamat Nombor 1, Jalan SP 6/3, Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras di sini. 
Tertuduh yang direman sejak tujuh hari lalu, dituduh melakukan kesalahan itu bersama dua lagi yang masih bebas antara jam 6.10 dan 6.45 pagi pada 13 September 2012. 

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 Kanun sama, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. 

Tiada pengakuan direkod 

Sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di dalam Bahasa Mandarin, tertuduh mengakui memahami tuduhan yang dikenakan terhadapnya, namun tiada pengakuan direkodkan. 

Majistret Aina Azahra Arifin menetapkan 5 Disember ini untuk pengurusan kes bagi mendapatkan laporan forensik dan kimia kerana kertas siasatan kes itu turut membabitkan empat lagi tertuduh yang dituduh minggu lalu melakukan kesalahan sama. 
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, R Siamalah, manakala semua tertuduh diwakili peguam, Geethan Ram Vincent. 

Minggu lalu, empat lelaki iaitu pekerja sendiri, Ismail Ahmad, 58; pemandu teksi, S Dheepak, 27; penjaga kafe internet, S Sandrasagran, 37, dan pengawal keselamatan tapak pembinaan, V Rajendra Prakash, 33, dituduh atas dua tuduhan berasingan membunuh pasangan kekasih itu.

Pemungut barang dihukum 100 tahun

Berita Harian | Pemungut barang dihukum 100 tahun:


Pemungut barang lusuh di bawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh.Pemungut barang lusuh di bawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh.
Ayer Keroh: Seorang pemungut barangan lusuh dijatuhi hukuman penjara 100 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas lima tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya, empat tahun lalu. 

Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dan memerintahkan hukuman berjalan serentak.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol anak gadisnya yang ketika itu berusia 13 tahun di sebuah rumah di Durian Tunggal, Alor Gajah, di sini, kira-kira jam 3 petang pada 2008. 

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh yang berasal dari Durian Tunggal didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di sebuah rumah di kawasan sama, masing-masing kira-kira jam 4 petang Oktober tahun lalu, dan kira-kira jam 11 malam Mac lalu. 

Tuduhan terakhir 

Untuk pertuduhan keempat dan terakhir, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa di dalam sebuah kereta jenis PROTON Iswara di kawasan berhampiran Pantai Klebang, di sini, masing-masing kira-kira jam 8 malam 18 September dan 8.30 malam 20 September lalu. 

Berikutan itu, tertuduh yang mempunyai enam anak didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan. 
Zaharah dalam penghakimannya berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh disabitkan dengan lima pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. 

“Kamu (tertuduh) bernasib baik kerana ditangkap lebih awal dan dapat mengelak daripada terus melakukan perbuatan itu (sumbang mahram) terhadap anak sendiri. Saya berharap kamu insaf apabila berada di penjara nanti,” katanya.

Hizbullah akui serang Israel

Berita Harian | Hizbullah akui serang Israel:

Imej dirakam tentera  Israel menunjukkan tentera Zionis menembak jatuh pesawat  kawalan jauh yang dihantar pejuang Hizbullah dari Lubnan.Imej dirakam tentera Israel menunjukkan tentera Zionis menembak jatuh pesawat kawalan jauh yang dihantar pejuang Hizbullah dari Lubnan.
Beirut: Pemimpin Hizbullah Sheikh Hassan Nasrallah mengaku bertanggungjawab melancarkan satu serangan ke atas tentera Israel menggunakan pesawat kawalan jauh buatan Iran terhadap ruang udara Israel awal minggu ini, menambahkan lagi ketegangan yang sudah sedia serius di Asia Barat. 

Nasrallah memberi amaran ia tidak akan menjadi operasi terakhir kumpulan militan Lubnan beliau. 
Menembak jatuh 

Pesawat Israel menembak jatuh pesawat tanpa pengendali itu, tetapi kejadian itu memberi isyarat ruang udara Israel dikawal ketat, masih boleh diceroboh. 

Hizbullah menjadi sasaran utama kerana memiliki senjata canggih Iran dan mempunyai sejarah cuba untuk menghantar pesawat yang hampir sama. 

Bertanggungjawab 

Dengan senjata mantap yang menjadi pesaing tentera Lubnan, Hizbullah yang sedia berada di bawah tekanan di Lubnan berikutan pesaingnya mendakwa meletakkan Lubnan dalam bahaya akibat krisis serantau. 
Pengesahan Hezbollah bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan boleh meletakkan kumpulan terbabit terus dalam keadaan yang tertekan berikutan konflik sekian lama dengan Israel. 

Hizbullah, sebuah kumpulan Syiah yang komited kepada usaha memusnahkan Israel sejak sekian lama menjadi proksi Iran di sepanjang sempadan utara Israel. 

Ia juga sekutu rapat rejim Presiden Syria, Bashar Assad. Israel mendakwa kerajaan Assad membenarkan Iran membawa senjata kepada Hizbullah melalui wilayahnya. - AP

Peti sejuk serba lengkap

myMetro | Peti sejuk serba lengkap:

LONDON: Jika anda berminat memiliki peti sejuk untuk menempatkan koleksi magnet anda, ini mungkin bukan untuk anda.
Sebuah syarikat mengeluarkan peti sejuk canggih yang lebih mahal daripada dapur biasa.

Harganya mencecah sehingga $41,500 (RM124,500).
Unit Meneghini La Cambusa itu boleh dilengkapi dengan pembancuh kopi, pembuat ais, pantri yang dikawal suhu dan juga televisyen permukaan rata.

Kelihatan lebih kepada perabot antik, peti sejuk itu disasarkan untuk golongan berada. Peruncit di Britain, Robey’s mengaku, ia tidak dapat menjual banyak petik sejuk itu dalam seminggu.

Selain menyimpan makanan, model tiga pintu La Cambusa, turut mempunyai ruang yang boleh memenuhi keperluan pelanggan.
Jurang harga antara satu unit dengan unit lain berbeza dalam jumlah yang banyak kerana setiap satunya dibuat di Itali, berdasarkan tempahan.

Selepas membayar RM78,000 untuk rangka kayu, yang boleh dicat dengan lebih 500 warna, pelanggan kemudian perlu membayar harga tambahan untuk pemegang yang diperbuat daripada loyang, rak cermin dan unit peti sejuk dan peti beku.
Pelanggan juga boleh meminta peralatan lain dipasang pada peti sejuk itu.

Sistem pembancuh kopi Miele yang berharga kira-kira RM9,000 menjadi pilihan popular, begitu juga dengan televisyen permukaan rata. - DM

'via Blog this'

Guru tadika sumbat 19 kanak-kanak dalam kereta

myMetro | Guru tadika sumbat 19 kanak-kanak dalam kereta: "JOHANNESBURG: Seorang guru tadika ditangkap membawa 19 kanak-kanak bersiar-siar dalam kereta kecil miliknya.

Melanie Minnie ditahan bersama-sama dengan enam kanak-kanak di dalam but kereta Renault Clio. Sekurang-kurangnya tiga murid lain duduk di depan dan baki 10 lagi di belakang.


Tidak pasti sama ada kanak-kanak itu memakai tali pinggang keledar dalam kejadian di Afrika Selatan itu.

Jurugambar, Nico van Heerden merakam imej kanak-kanak itu berhimpit-himpit di dalam kereta kecil berkenaan.


Murid itu, dari Sekolah Tadika Rietfontein di Gauteng, dalam perjalanan ke sebuah restoran burger tempatan.


Polis menahan guru itu kira-kira setengah kilometer dari restoran berkenaan selepas menerima laporan daripada orang awam.

Seorang jurucakap polis berkata, Melanie disaman RM500. - DM"

'via Blog this'

Dron milik Hizbullah

myMetro | Dron milik Hizbullah:

BEIRUT: Pemimpin Hizbullah semalam mengaku bertanggungjawab melancarkan dron buatan Iran ke ruang udara Israel awal minggu ini, sekali gus menambah ketegangan di Timur Tengah.
Sheikh Hassan Nasrallah turut mengingatkan, operasi itu bukan yang terakhir dilaksanakan kumpulannya terhadap negara rejim Zionis berkenan. Ketika muncul di televisyen semalam, Sheikh Hassan secara terbuka mengaku kumpulan pejuang Islam bertanggungjawab melancarkan dron berkenaan. “Hari ini sebahagian kecil kemampuan kami didedahkan dan kami akan tetap menyembunyikan banyak lagi rahsia.

“Memang menjadi hak semula jadi untuk kami menghantar pesawat peninjau ke wilayah Palestin yang diduduki Israel,” katanya. Tentera Udara Israel mengaku menembak jatuh sebuah dron tidak dikenali pada awal pagi 6 Oktober lalu, tetapi sebelum ini tiada sesiapa tampil mengaku bertanggungjawab melancarkannya.
Insiden itu juga mendedahkan bagaimana ruang udara Israel yang selama ini dikawal ketat, berjaya ditembusi pihak luar.

Bagaimanapun, sejak awal lagi rejim Zionis mengesyaki pesawat tanpa juruterbang itu didalangi Hizbullah kerana hubungannya yang rapat dengan Iran. Menurut Sheikh Hassan, dron berkenaan dilancarkan dari kawasan Lubnan dan terbang “berpuluh-puluh kilometer” ke dalam kawasan sensitif Israel sebelum ia dikesan dan ditembak jatuh berhampiran reaktor nuklear Dimona, selatan Israel. Sementara itu, sesetengah pihak melihat pengakuan Hizbullah itu meletakkan mereka di bawah tekanan kerana menjadikan Lubnan sebagai sasaran Israel.

Beberapa pihak lain pula berkata, pengakuan itu boleh menyeret Lubnan ke dalam konflik di rantau berkenaan. - AP

Recep sahkan pesawat penumpang bawa peluru ke Syria

myMetro | Recep sahkan pesawat penumpang bawa peluru ke Syria: "ISTANBUL: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam berkata pesawat penumpang Syria yang dipaksa mendarat di Ankara kelmarin membawa peluru buatan Russia untuk tentera Presiden Bashar al-Assad.

“Ia adalah peluru dari Russia yang dihantar kepada Kementerian Pertahanan Syria,” katanya.


Recep turut mendakwa peluru berkenaan sama seperti yang dikeluarkan Perbadanan Industri Mekanikal Dan Kimia, sebuah syarikat di Turki.

Sementara itu, Damsyik berkata, pesawat berkenaan membawa kargo yang dibenarkan dan menganggap tindakan Ankara sebagai “perbuatan lanun udara.” Moscow pula menuduh Ankara membahayakan nyawa warganya apabila jet tentera Turki memintas pesawat Syrian Air berkenaan, kelmarin.


Jurucakap Lapangan Terbang Vnukovo pula berkata, semua kargo yang dimuatkan ke pesawat penumpang itu mendapat kelulusan kastam serta pihak keselamatan.


“Tiada barang larangan di dalam pesawat berkenaan,” katanya. - Reuters"

'via Blog this'

Najib: ‘Memang saya ada jumpa Soros’

Najib: ‘Memang saya ada jumpa Soros’ - Nasional - Sinar Harian:

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Datuk Onn, mala mini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengaku pernah mengadakan pertemuan dengan George Soros di New York dua tahun lalu.

Menurut Najib, pertemuan dua tahun lalu dibuat atas permintaan Soros sendiri dan baginya ia tidak menimbulkan sebarang masalah.

"Memang saya ada berjumpa Soros atas permintaan beliau, ini tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita dalam sidang media  selepas  mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Datuk Onn, malam ini.
Sambil berkata ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, "tak perlu dibimbangi."
"Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat.
"Beliau (Soros) mahu jumpa saya. Hakikatnya, selepas Tun Mahathir datang terlebih dahulu untuk jumpa dengan dia," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.
Beberapa pihak mendakwa Najib dan Dr Mahathir pernah mengadakan pertemuan dengan Soros.
Sehubungan itu mereka meminta agar Najib memberi penjelasan segera di sebalik laporan media bahawa beberapa pihak menerima dana daripada institusi milik jutawan tersebut.

'via Blog this'

Britain henti boikot pemimpin politik India

Britain henti boikot pemimpin politik India: "AHMEDABAD, India 12 Okt. - Britain dilapor akan menamatkan boikot yang dikuatkuasakan terhadap seorang pemimpin Gujarat, India yang didakwa tidak mengekang rusuhan agama pada 2002 yang menyebabkan tiga rakyat Britain maut.

Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi seorang pemimpin sayap kanan parti nasionalis, memerintah negeri tersebut sebelum kejadian rusuhan terbabit berlaku.

Britain menuduh Modi tidak bersungguh-sungguh menghalang rusuhan tersebut, yang menyebabkan lebih 2,000 orang maut, kebanyakannya penduduk Islam. - AFP"

'via Blog this'

Duta baru AS di Libya dilantik

Duta baru AS di Libya dilantik: "WASHINGTON 12 Okt. - Amerika Syarikat (AS) semalam melantik wakil diplomat baru di Libya untuk menggantikan Chris Steven yang mati dibunuh penunjuk perasaan pada bulan lalu di Benghazi.

Jurucakap Jabatan Negara, Victoria Nuland berkata, wakil diplomat veteran, Laurence Pope dilaporkan sudah tiba di Tripoli dan pelantikannya dijangka akan menitikberatkan komitmen AS dalam membina hubungan dengan Libya.

Nuland berkata, Pope juga akan menumpukan perhatian terhadap memperkukuhkan hubungan Washington dengan penduduk awam Libya yang akan ditadbir oleh kerajaan demokratik. - AFP"

'via Blog this'

Bom motosikal meletup di pasar Pakistan, 9 maut

Bom motosikal meletup di pasar Pakistan, 9 maut:

QUETTA 12 Okt. - Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan terbunuh manakala 22 lagi cedera apabila sebutir bom yang dipasang pada sebuah motosikal diletupkan di wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan, semalam.
Pegawai polis tempatan, Qazi Hussain Ahmad berkata, bom tersebut dipercayai diletupkan menggunakan alat kawalan jauh berdekatan sebuah pasar di Sibi, kira-kira 180 kilometer di tenggara Quetta.
“Sembilan orang maut dan 22 lagi cedera, namun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbabit," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121012/lu_13/Bom-motosikal-meletup-di-pasar-Pakistan-9-maut#ixzz299z8EH6j
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'