Sunday, July 8, 2012

Kesejukan Ais Dan Hikmahnya


* Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.


* Orang yang tidur dalam udara yang sejuk & berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.


* Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.


* Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.


* Ais @ air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.


* Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan & berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.


* Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran & kepantasan pergerakan.


* Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.


* Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.


* Air sejuk @ ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.


* Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.


* Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.


* Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan & mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.


* Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.


* Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.


* Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.


* Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.


* Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.


* Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.



p/s: Sesungguhnya Allah mengetahui setiap perkara yang dilakukanNya..
 

Hah....nama Najib dalam dokumen Scorpene.

Hah....nama Najib dalam dokumen Scorpene....memang tak terperanjatlah sebab memang dia yang menguruskan pembelian 2 kapal selam tersebut.....dan nama dia juga muncul semasa perbicaraan kes C4 Altantuya....SMS dia...dan macam-macamlah...hmmm smell belacan here....mungkin secara kebetulan je kot...kankankan....

P/S : Kalau nak tau dgn lebih lanjut pilah dapatkan Suara Keadilan di pasaran sekarang....banyak cite-cite menarik yang tak pernah keluar pun kat utusan..

Muhasabah : Jangan bersekongkol dengan kezaliman

 :

""DAN SIAPAKAH YANG LEBIH ZALIM DARIPADA ORANG YANG TELAH DIPERINGATKAN DENGAN AYAT-AYAT DARI TUHANNYA LALU DIA BERPALING DARIPADANYA? SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MELETAKKAN TUTUPAN DI ATAS HATI MEREKA, (SEHINGGA MEREKA TIDAK) MEMAHAMINYA, DAN (KAMI LETAKKAN PULA) SUMBATAN DI TELINGA MEREKA; DAN SEKALI PUN KAMU MENYERU MEREKA KEPADA PETUNJUK, NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN DAPAT PETUNJUK SELAMA-LAMANYA" ... Al-Kahfi:57
 —

BACA INI!!!PENTING, DIPETIK DARI UNIVERSITI MIAMI HOSPITAL ..AMARAN SANGAT SERIUS ...


Saya selalu melakukannya  setiap  masa! Saya rasa saya tidak akan melakukannya APA-APA lebih!


Beberapa hari lalu, seseorang telah mengecas semula telefon bimbit di rumah.

Hanya pada masa itu ada panggilan datang dan dia menjawab dengan alat pengecasan masih disambungkan ke outlet.

Selepas beberapa saat elektrik mengalir ke dalam telefon bimbit tidak terkawal dan orang muda itu telah tercampak ke lantai dengan Bunyi dentuman yang kuat. Seperti yang anda boleh lihat, telefon sebenarnya meletup.

Ibu bapanya bergegas ke bilik hanya untuk mencari dia tidak sedarkan diri, dengan degupan jantung yang lemah dan jari terbakar.

Beliau dikejarkan ke hospital berhampiran, tetapi telah disahkan mati pada masa ketibaan.

Telefon bimbit adalah ciptaan moden yang sangat berguna.

Walau bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa ia juga boleh menjadi alat yang menyebabkan kematian.

Jangan sekali-kali menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang capaian kepada soket elektrik! Jika anda mengecas telefon bimbit dan ada panggilan masuk, cabut plag dari pengecas dan keluar.

sebarkan kepada semua,

Tampal lebihkurang sudah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan tarikh akhir pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan tarikh akhir pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013 sekiranya tiada pilihan raya umum diadakan sebelum itu.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada tarikh tersebut kerana mandat rakyat kepada kerajaan masa kini untuk memerintah telah berakhir.

Noordin berkata, selepas tarikh tersebut, SPR akan segera memainkan peranan untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri juga menetapkan bahawa Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, kecuali dibubarkan lebih awal, adalah terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima (5) tahun daripada tarikh persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan Raya Umum.

Mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

P/S : Hmmmmm..... tak faham la apa sebenarnya isu yang menteri ni cakap. Samaada menteri ni Vangang ataupun Umno BN memang ada plan C...jengjengjeng...

Sambutan yang sungguh luar biasa kepada DS @anwaribrahim

Sambutan yang sungguh luar biasa kepada DS @anwaribrahim. Dewan penuh sesak dengan orang ramai untuk mendengar amanat mungkin yang 'terakhir' kepada masyarakat Sandakan sebelum PRu 13 .....INI KALI LAH !!!!!

P/S : Maka cai-cai UMNO akan jadi seperti cacing kepanasanlah..kuikuikui

Sham adalah kanak-kanak termuda di Syria !!! Beliau baru berumur 10 jam sebelum meninggal dunia..

Sham adalah kanak-kanak termuda di Syria !!! Beliau baru berumur 10 jam sebelum meninggal dunia..

الفتاة الصغيرة شام ... من أصغر شهداء سوريا ... عمرها 10 ساعات فقط

the smallest shahid was a baby girl, was killed in ten hours after birth !
 —

aku telah syahid dan hidup di dalam Syurga sekarang..!!

"saya adalah budak yang bernama Hamzah Bakkur, aku harapkan kamu jangan bersedih atau menangis ketika melihat gambarku yang mengerikan, aku tidak mati.. tetapi sebaliknya aku telah syahid dan hidup di dalam Syurga sekarang..!!

أنا الطفل حمزة بكور , أرجوكم لا تبكوا عندما ترون صورتي المرعبة
أنا لست ميّتاً , أنا شهيد وحي في الجنة الآن !

i am hamza, just want to ask you not to cry when you see my horrible picture, because i am a shahid and alive in the paradise!
 

Kenapa syarikat yang gagal penilaian diberi projek?

Penilaian bidaan untuk kerja-kerja tambahan LRT Ampang dibuat oleh sebuah syarikat perunding kejuruteraan bernama HSS Integrated Sdn Bhd. Syarikat ini adalah syarikat bersekutu yang menggunapakai kepakaran Halcrow, salah sebuah perunding kejuruteraan terkemuka di dunia.

Keseluruhan penilaian teknikal projek LRT Ampang bernilai lebih RM1 bilion ini dibuat oleh Halcrow. Keputusan penilaian telah dimaklumkan kepada Syarikat Prasarana Negara Berhad dalam sebuah laporan bertarikh September 2011 yang disertakan bersama.

Berdasarkan keputusan penilaian yang dibuat oleh Halcrow, Dato’ Shahril Mokhtar (Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana) telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 untuk memaklumkan hasil penilaian bidaan kepada Jawatankuasa Peroleh Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.

Mukasurat 7 dan 8 dari surat itu yang menyenaraikan keputusan penilaian bidaan ada disertakan bersama. Ia secara jelas menunjukkan bahawa bukan sahaja George Kent (pembida 3) gagal dari aspek kewangan (dikira tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk mengendalikan projek ini), konsortium itu juga adalah antara pembida yang mendapat penilaian teknikal yang terendah pada mata 38.62 sahaja (diragui kemampuan teknikal dan tidak berpengalaman mengendalikan projek seperti ini).

Saya ingin memetik beberapa perkara penting hasil dari keputusan penilaian bidaan yang wajib diberikan perhatian serius oleh rakyat Malaysia, seperti yang termaktub di dalam laporan penilaian:

1. Mukasurat 14 – pembida George Kent dirumuskan tidak memahami kehendak teknikal projek (terutamanya dari segi koordinasi dan integrasi dengan sistem sedia ada), apatah lagi berkemampuan mengendalikan projek seperti ini;

2. Mukasurat 17 – pembida George Kent dirumuskan tidak mampu meyakinkan perunding bahawa mereka mempunyai kepakaran menjalankan projek ini secara sistematik dan disokong oleh sistem audit projek yang memuaskan;

3. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, apatah lagi berpengalaman di dalam projek sebesar ini. Berbanding dengan pembida lain yang hampir kesemuanya pernah menyiapkan projek bernilai lebih RM1 bilion, projek terbesar pernah dikendalikan George Kent hanyalah bernilai RM40 juta, sedangkan pakej kerja-kerja tambahan LRT Ampang ini dianggarkan bernilai lebih RM1 bilion;

4. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah terlibat di dalam projek melibatkan rel atau LRT;

5. Mukasurat 64 – pembida George Kent dirumuskan berada di tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman teknikal. Markah yang diperolehinya adalah lebih rendah dari purata markah keseluruhan pembida-pembida; dan

6. Mukasurat 72 – Halcrow merumuskan bahawa Panel Penilai Teknikal tidak yakin George Kent boleh mengendalikan projek itu dengan jayanya.
Berdasarkan dokumen-dokumen ini, terbuktilah bahawa George Kent tidak mempunyai apa-apa kemahiran, kepakaran atau pengalaman yang melayakkannya dianugerahkan tender ini, kecualilah hubungan baik di antara George Kent dan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Lebih mengecewakan, keputusan Dato’ Seri Najib Tun Razak campur tangan dengan membatalkan keputusan jawatankuasa penilai memberi gambaran seolah-olah beliau tidak menghiraukan bahaya dan risiko keselamatan awam apabila projek sistem LRT diserahkan kepada syarikat yang langsung tidak tahu mengenai LRT.

Jika niat Dato’ Seri Najib Tun Razak ini diteruskan, bermakna ratusan ribu rakyat yang menaiki LRT Ampang saban hari kini berada di dalam keadaan bahaya.

Saya menyeru supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak menjelaskan apakah pertimbangan beliau yang mendorong beliau membahayakan keselamatan rakyat dengan menganugerahkan kerja-kerja ini kepada George Kent yang ternyata tidak layak.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Tengok, baca, faham dan sebarkan kepada yang tak tahu.

Jenderal Manaf Tlas

Jenderal Manaf Tlas, salah seorang pemimpin tertinggi Republik Syria yang juga seorang teman rapat masa kecil Basyar Asad, telah membelot dan melarikan diri ke Turki. Tlas adalah jeneral ke-16 yang telah membelot dari regim Basyar.

Pembelotan Tlas ini pula telah menyebabkan menyusul sejumlah pemimpin tertinggi yang lain dan juga tentera militer regim Basyar telah membelot ke Turki. 

Ayah Tlas yang bernama Mustafa Tlas merupakan seorang kepala staf Angkatan Darat dan menjawat sebagai Menteri Pertahanan dari 1971 hingga 2004. Menurut laporan, kemungkinan kerana takut dikenakan tindakan, Mustafa dilaporkan telah bersembunyi di Paris, Perancis.

Dengan membelotnya Tlas, ia menunjukkan perpecahan semakin membarah di dalam pemerintahan ketenteraan regim Basyar.

Anak kecil mangsa kekejaman Basyar

Anak kecil yang berada di dalam gambar ini bernama Lynn Muhammad Fakhri dan merupakan di antara yang dipilih oleh Allah untuk syahid bertemu-Nya semalam (Jumaat) akibat kekejaman regim Basyar.

Anak kecil ini syahid ketika berada di dalam pangkuan emaknya yang sedang melintasi jalan dan terkena tembakan snipper regim Basyar.

Semoga Allah melaknat regim Basyar dan sekutunya kerana menumpahkan darah umat Islam tanpa hak. Semoga Allah merahmati Lynn. Al-Fatihah.


Video as-syahidah : http://www.youtube.com/watch?v=pqQ3QAlEhtc&feature=youtu.be
 —

Tentera Pembebasan Syria berjaya menjatuhkan sebuah helikopter

Deir Al-Zour (8/7/2012) : Tentera Pembebasan Syria berjaya menjatuhkan sebuah helikopter tentera regim disebuah bandar di wilayah Deir Al-Zour hari ini.

Sejak akhir-akhir ini, tentera regim meningkatkan serangan mereka terhadap masyarakat awam dan juga Tentera Pembebasan Syria dengan menggunakan serangan udara dan sebagainya.

Teruskan berdoa, semoga kemenangan menjadi milik rakyat Syria. Insya-Allah.

Pautan video tersebut : http://bambuser.com/v/2811590
 —

Mangsa kekejaman Basyir

Fatimah (7 tahun) bersama adiknya yang berumur 8 bulan sedang menerima rawatan di Hospital Kielce, Turki setelah cedera dibom oleh regim Basyar. Kedua-dua anak kecil ini berjaya dibawa masuk ke Turki bersama 10 lagi yang lain turut dalam keadaan cedera yang teruk.

Ibu anak kecil ini telah meninggal dunia dalam keadaan hamil dan ayah mereka sedang kritikal di hospital yang tidak dapat dikenal pasti kedudukannya. Kini, tinggal mereka berdua melayari kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ini.

Wahai pemimpin dan umat Islam yang masih diam membisu melihat kezaliman ini, jangan lupa bahawa kamu akan disoal dihadapan Allah tentang darah umat Islam yang ditumpahkan tanpa hak ini dan tidak mendapat pembelaan sesiapa.

Semoga Allah memelihara mereka dan memberi ketabahan kepada mereka.

Video semasa mereka dirawat : http://www.youtube.com/watch?v=xYV0o1pSBjw&feature=share
 

Kolonel Sami Ali Dib yang merupakan di antara pemimpin tentera tertinggi regim Basyar di wilayah Tartous berjaya dibunuh

Kolonel Sami Ali Dib yang merupakan di antara pemimpin tentera tertinggi regim Basyar di wilayah Tartous berjaya dibunuh oleh Tentera Pembebasan Syria dalam satu pertempuran.

Dialah yang bertanggungjawab membunuh dan menyembelih rakyat Syria terutamanya di wilayah Tartous.

Kejayaan demi kejayaan berjaya dicapai oleh Tentera Pembebasan Syria. Teruskan berdoa untuk mereka, kemenangan semakin hampir. Insya-Allah.

Sumber : FB Hai'ah Am Ulama' Muslimin Syria

Tahukah kita?


Ini adalah merupakan suasana sebelah dalam masjid Umawi yang berada di Dimasyq, Syria ketika masih belum berlaku kebangkitan rakyat Syria.

Menurut hadis, di masjid inilah Nabi Isa akan turun untuk memerangi Dajjal ketika akhir zaman.

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم :

“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Dimasyq dengan mengenakan dua helai pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua Malaikat. Bila ia menundukkan kepala, maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti akan meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu nabi Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian nabi Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di Syurga.."

(Sumber hadis : Sahih Muslim, Kitab al-Fitan wa Asyrathis Sa ‘ah, Bab Zikr ad-Dajjal 18: 67-68)

Ibnu Katsir menyebut, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya nabi Isa, iaitu di menara putih bahagian timur Dimasyq. Dan dalam beberapa kitab yang kami baca, nabi Isa turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Dimasyq, dan ini merupakan pendapat yang lebih terpelihara.

Kerana di Dimasyq, tidak dikenali menara di bahagian timur selain daripada di sebelah Masjid Jami’ Umawi, Dimasyq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana beliau turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada beliau, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami solat.”

Kemudian beliau menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, kerana iqamat tadi dilaungkan untuk kalian.”

Nota : Kami juga menjumpai hadis dan perbahasan ulama' berkenaan nabi Isa akan turun di Masjid Umawi dalam keadaan kota Dimasyq ketika itu huru-hara seolah-olah sedang berlaku satu peperangan. Kami akan kongsikannya selepas daripada ini. Wallahua'lam.
 

Renungan.

Hapuskan ISA

Pada kawan2 khas nye warga PERAK hari ini akan diadakan PERHIMPUNAN PROTES "Bebas Tahanan ISA 45" Ahad 8 Julai,pukul 11pg di hadapan Kem Tahanan ISA kamunting Perak.Ayuh turun ramai2.Tahanan ISA dah mogok lapar 15 hari....turut akan menyertaikan..Abby Abadi

Hari ini dalam sejarah


Pada Hari ini 8 Julai 1099 bersamaan 16 Sya'ban 492 Tentera Salib berarak mengelilingi Jurusalem sambil diperhatikan oleh Tentera Islam di dalam penghujung Perang Salib Pertama (1096-1099). Perang Salib Pertama adalah penaklukan ketenteraan oleh Roman Katolik Eropah untuk mendapatkan kembali Jurusalem dari tangan Muslimin, yang akhirnya menyebabkan kejatuhan tanah Jurusalem ketangan Tentera Salib pada tahun 1099. Perang Salib Pertama dimulakan pada 27 November 1095 oleh Paus Urbanus II dengan tujuan utama memujuk Bizantium Kaisar Alexios I Komnenos, meminta agar tentera relawan dari Barat datang membantunya memerangi Empire Saljuk yang mempertahankan Kota Suci Jurusalem.
 

Hamas: Bongkar Dalang Pembunuhan Arafat


Izzat Rashiq, Anggota Biro Politik Hamas menegaskan bahawa penglibatan Israel dalam pembunuhan Allahyarham Presiden Arafat tidak boleh dibantah, tetapi harus terus diinvestigasi untuk mengungkap cara yang digunakan, dan eksekutornya.

Dalam kenyataan di rangkaian facebook, Rabu (4/7) Rashiq menuding entiti Israel bertanggungjawab atas pembunuhan Allahyarham Presiden Yaser Arafat. Menurutnya, Israel adalah pihak pembunuh syahid Yaser Arafat, dan itu tidak boleh dibantah. Yang harus diinvesitasi selanjutnya adalah alat yang digunakan dan pihak eksekutornya guna mengungkap semua butiran.

Ia menambah, apakah Arafat dibunuh menggunakan racun yang dibuat di makmal Israel atau dengan gas beracun yang dibuat di pemasangan nuklearnya atau lain? Banyak cara dan sarana untuk membunuh, namun tangah jahat zionis tetap satu, katanya.

Siasatan Al-Jazeera yang berlangsung selama 9 bulan mengungkap adanya zat polonium beracun di barang-barang peribadi Presiden Yaser Arafat yang digunakannya beberapa waktu sebelum kematiannya, hal itu diketahui setelah dilakukan pemeriksaan di lab Switzerland.

Dalam laporan yang disiarkan Selasa (3/7) Al-Jazeera mengungkap penyiasatan perubatan seputar kematian Arafat, analisis mengungkap bahawa pakaian, berus gigi dan topi beliau mengandung zat polonium dalam jumlah yang besar, zat ini sangat langka dan sangat beracun.

Tokoh Hamas, Sholah Bardawil menyeru pentingnya melakukan penyiasatan serius dalam peristiwa syahidnya Presiden Yaser Arafat, yang mulai nampak jelas peristiwa tersebut telah dirancang dan bukan kematian biasa.

Sementara itu Palestin mengapresiasi upaya TV Al-Jazeera yang mengungkap peristiwa kematian Yaser Arafat kerana racun polonium, peranan Pihak Berkuasa sangat ditunggu untuk mengungkap hakikat penting ini.

Dalam keluaran yang diterima Pusat Maklumat Palestin, Rabu (4/7) menjelaskan pentingnya usaha penyiasatan persoalan ini supaya boleh mengungkap penyebab kematiannya dan mengheret pelaku yang terlibat dalam masalah ini.
 

Teka siapakah pemimpin ini?


Abe Mat Sabu pi menjala.

Mahathir Samakan TG Nik Aziz Dengan Ayah Pin

08 JULY 2012
Membaca tulisan Mahathir dalam blog CheDet, Tun Mahathir juga kaki merapu. Pada awal tulisannya walaupun tak dinyatakan secara terus, Tun menganggap orang pas sanggup minum air basuh kaki Nik Aziz. Itulah maksudnya. Kalau di Malaysia gamaknya sama seperti pengikut Ayah Pin. Ini kerana yang sanggup minum air kaki hanya pengikut Ayah Pin.

Ini semuanya kerana semasa eranya dan sehingga kini BN gagal menguasai Kelantan dan mengatakan Asabiah kepada Nik Azizlah yang menjadi puncanya. Tun juga menganggap majoriti orang Kelantan tidak waras kerana menyokong Nik Aziz. Satu komen menarik daripada Botak tentang apa yang ditulis Tun;

RESPECT HAS TO BE EARNED
HORMAT BUKAN PAKSAAN

HORMAT SESAORANG
BUKAN PADA SARBANNYA
PADA TUDUNGNYA
PADA UMURNYA
PADA KEKAYAANNYA

HORMAT SESEORANG PADA AKHLAKNYA
BEGITULAH NABI MUHAMMAD S.A.W BERJAYA MENAKLUKI
DUNIA KAFIR,MUSUH MUSUH ISLAM DENGAN AKHLAK BELIAU YG MULIA.
BUKAN KERANA BALAH TENTERA YG HEBAT
BUKAN DENGAN BANTUAN F-16, M-16,NUCLEAR
BUKAN DENGAN BANTUAN NATO
BUKAN DENGAN BANTUAN US AIR DRONE

Jadi janganlah Tun risau sekiranya rakyat Kelantan begitu sukakan Nik Aziz kerana akhlaknya. Tun juga jangan risau orang pas tak akan sekali-kali minum air kaki Nik Aziz. Sebenarnya Tun perlu risau arak yang diminum orang ramai yang dihasilkan dari kilang anaknya. Tun juga perlu risau kerana menjadikan akhlak anaknya begitu ‘mulia’ iaitu dengan menjadikan anaknya pemilik kilang arak terbesar. Apa Tun nak jawab nanti!!!

Kena perbetulkan yang tu, Tun tu dah nak mati dah!!

Uncle Seekers ditangkap kerana cuba bela Kamal Hisham- kata Pak Habib




Uncle Seekers "Berani Kerana Benar", Kata Bapa (Pak Habib)

KUALA LUMPUR: Syed Hussein Al-Attas aka Pak Habib yang juga ayah kepada pengkaji aktiviti paranomal, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berkata, beliau serta seluruh ahli keluarga menerima berita mengenai penahanan anaknya itu dengan begitu tenang.

Meskipun pihak polis sehingga kini mereka sekeluarga tidak dimaklumkan apa-apa daripada pihak berkuasa, dan tidak sedikit pun merasa bimbang.

Malah penulis buku politik terkenal ini berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan sebaliknnya membiarkan pihak polis menjalankan siasatan ke atas anaknya itu mengikut prosedur yang sewajarnya.

"Apa yang saya boleh katakan lagi? Kami boleh buat apa? Bila polis dah tahan dia dan simpan pula dia di Johor Bharu. Cuma apa yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah dia di tahan di Senawang tapi macam mana pula dia boleh dibawa kesana", ujar Syed Hussein Al-Attas kepada Malaysian Digest ketika dihubungi sebentar tadi memintanya mengulas mengenai isu terbabit.

Kelmarin, media melaporkan Uncle Seekers dan teman wanitanya ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah sekaligus mengaibkan Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada kira-kira pukul 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.

Menyifatkan anaknya sebagai seorang yang berani, pun begitu Pak Habib dan keluarga mengharapkan agar Uncle Seekers berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

"Bila dapat tahu berita itu, kami biasa saja. Tak panik. Macam nilah, ini satu permulaan bagi dia (Uncle Seeker), dia bukan manusia pertama yang ditahan dalam Malaysia ni.

"Kalau kami cakap banyak pun bukan boleh menyelesaikan masalah."

"Suka hati polis lah nak tahan dia berapa lama. Nanti pihak polis akan cakap dia ada dadah lah, ada macam-macam lah"

"Kami tak panik. Kita semua tahu dia bukan ditahan kerana dadah, merogol, mencuri, merompak, bukan. Dia ditahan kerana dia cuba membela nasib Kamal Hisham. Dia berani kerana benar! Saya rasa dalam Malaysia ni dia seorang saja yang berani lawan dengan raja."

"Mana ada blog-blog lain yang berani lawan dengan raja. Kalau ada pun isu yang baru-baru ni timbul, dah diarahkan minta ampun. Jadi, kami tunggu sajalah. Tuhan lebih mengetahui" tambahnya lagi.

- mDhttp://shalehudin.blogspot.com/

Reman terhadap Uncle Seekers, teman wanita dilanjut tiga hari

Reman terhadap Uncle Seekers, teman wanita dilanjut tiga hari - Semasa - Sinar Harian:


Didakwa fitnah Sultan Johor, Uncle Seekers direman 4 hari
Uncle Seekers bersama Siti Nadhirah dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini


JOHOR BAHRU - Reman ke atas pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas dan teman wanitanya dilanjutkan lagi tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penulisan di dalam blognya yang didakwa mengaibkan Sultan Johor.

Majistret Hafizah Johor Arif Johor membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan reman itu selepas tempoh reman terhadap Syed Abdullah, 46, atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dan teman wanitanya, 26, yang bermula Khamis lepas berakhir hari ini.

Sebelum itu, mereka tiba di Kompleks Mahkamah Johor Baharu menaiki van polis dengan keadaan tangan bergari kira-kira pukul 10 pagi dan dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira pukul 11.15 pagi.

Syed Abdullah dan wanita itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya kira-kira pukul 9.45 malam, Rabu lepas, di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - Bernama


'via Blog this'

Keceluparan harus dihukum

Anak lagi penting dari jaga hak negara....daddykasi..

"Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas dengan melobi agar syarikat minyak negara diberi peluang untuk membekalkan bahan api kepada pesawat Airbus A380 kerana ia selaras dengan jawatan yang dipegang olehnya.

"Namun beliau mengenepikan Petronas tetapi mengunakan pengaruhnya melobi untuk syarikat milik keluarga beliau,"

See More : http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/07/pecat-mahathir-dari-petronas-mahfuz.html

Samseng UMNO tengok kecut perut!

Mansuhkan ISA, Tutup Kem Kamunting

Amat menghairankan...
Apabila tahanan di Guantanamo, yang jauh beribu batu disiksa & diaibkan tentera Amerika, begitu marah kita terhadap perlakuan tersebut,
Apabila tahanan Palestin mogok lapar baru-baru ini, jutaan daripada kita menukar "Profile Picture" bagi menunjukkan solidariti,
Namun, di tanah air kita sendiri, tahanan ISA yang diliwat, diaibkan, dibelasah dan sekarang sudah hampir 15 hari mereka mogok lapar, tidak ramai yang ambil tahu dan simpati...
Apakah kita seorang manusia yang sangat hipokrit dalam nilai-nilai kemanusiaan?
Kuman di seberang laut kita nampak, namun gajah di depan mata kita hiraukan?
Ayuh tunjukkan solidariti terhadap mangsa-mangsa tahanan ISA yang sedang mogok lapar dan protes di Kem Tahanan Kamunting esok...
Perdana Menteri telah mengumumkan pemansuhan ISA, namun masih ada 45 orang lagi tahanan di dalam! -S/U GEMPUR
 —

Anak Mahathir beli syarikat minyak pakai duit arak – Anwar

08 Julai 2012
Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka.“Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari Petron.“MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan, daripada syarikat anak Mahathir, Petron – boleh,” katanya, sinis.

Ketua Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri.“Dasar ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua kampung? Ini Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa takut, dengan Obama takut, balik rumah takut.Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno ‘berikrar’ mahu membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji kerana mereka mendahulukan kroni.

“Bukan tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang korup. Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main banyak.

“Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh,” katanya.

BERITA BERKAITAN :

Komplot Mahathir bolehkan anaknya dapat kontrak bekal minyak untuk MAS

KUALA LUMPUR 6 Julai: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian Membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd.
Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas.


“Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily. Beberapa blog sebelum ini mempertikai tindakan Mahathir kerana ‘melepaskan’ kontrak membekal bahan api kepada MAS sedangkan beliau adalah penasihat Petronas.

Mengulas perkara itu, Azan berkata, Petron diberikan kontrak kerana syarikat tersebut dimiliki

anak bekas Perdana Menteri itu.Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation iaitu syarikat berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir.

Azan menambah, keuntungan jualan arak membolehkan San Miguel membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sdn Bhd.“Esso kemudian dijenama semula kepada Petron dan ia berlaku secara pantas disebabkan kepentingan Mahathir,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Azan yakin, beberapa pemimpin tertinggi MAS meletak jawatan disebabkan tidak bersetuju dengan perjanjian itu kerana ia bakal menjejaskan keuntungan MAS.


Kedahkini
 —

Masjid dibakar diBurma

Apakah RM10 Dalam Sampul Putih Upah Mendengar Ceramah Umno?



Pada hari ini (Sabtu, 7hb Julai 2012) saya telah menghadiri satu seminar yang dinamakan MTPI Era Globalisasi 1 Gasasan yang diadakan di Dewan Besar 1 PSPN Marang. Program tersebut telah dihadiri oleh 300 orang guru Pendidikan Islam dari seluruh Daerah Kuala Terengganu.


Antara agendanya ialah ucapan utama oleh Yang Berbahagia Dato’ Hj. Zainal Abidin Abd. Kadir, Pengarah Bahagian Tajdid PERKIM Kebangsaan, yang juga merupakan bekas pengetua saya di Kolej Islam Kelang seingat saya semasa saya berada di Tingkatan 4 dan 5 (1980/1981). 

Ucapannya berkisar mengenai salah faham terhadap Islam yang diterajui oleh Barat dan Yahudi. Antara ayat yang dibacanya ialah;


وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ


yang bermaksud; "Tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti jejak langkah mereka"

Beliau juga memberikan takrifan tentang negara Islam. Beliau mentakrifkan negara Islam sebenarnya merupakan sebuah negara yang pemerintahnya adalah orang Islam.

Setahu saya, negara Islam adalah negara yang ciri utamanya ialah negara yang diperintahkan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, seperti mana yang terdapat di dalam sukatan Tasawwur Islam yang saya ajarkan kepada murid-murid saya di Tingkatan 4. 

Sedih juga saya melihat Ustaz Zainal yang masih sihat itu menyembunyikan ilmunya. Mengapa jadi begitu? Saya tidak pasti dan rasanya tuan-tuan boleh menjawabnya dengan sendiri.

Slot kedua pula merupakan pembentangan kertas kerja oleh Prof. Dr. Idris Zahari, seorang pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM. Semasa saya di UKM, saya juga mengenalinya sebagai penyokong kuat UMNO. 

Tajuk kertas kerjanya ialah Islam Liberal : Bahaya dan Cabarannya kepada Umat Islam di Malaysia. Menurutnya, Islam Liberal berasal dari Indonesia yang diasaskan oleh bijak pandai Islam yang berpendidikan Barat. Dan ianya memang jelas sesat lagi menyesatkan. 

Kemudian beliau mengaitkan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Islam Liberal ini dengan menjadikan satu kenyataan Anwar di London konon menjadi buktinya.
Sebenarnya saya tidak berhasrat untuk menulis dalam slot-slot di muzakarah ini, tetapi saya ingin memberitahu pada akhir program ini, guru-guru agama telah diberikan satu sampul surat berwarna putih. 

Apakah isinya? Apabila saya membuka sampul surat tersebut, terlihat dua keping duit kertas bernilai RM 5. Ya Allah! Agak terkejut juga saya. Adakah ini nilainya khidmat guru agama? Mengapakah diberi wang sebanyak RM 10? Adakah upah mendengar ceramah UMNO? 

Pada saya, ini merupakan salah satu bentuk penghinaan yang paling dahsyat sepanjang 23 tahun saya menjawat jawatan sebagai seorang pendidik. Saya berasa sangat kesal, sedih dan sangat terhina. 

Mengapakah UMNO begitu terdesak, memaksa kami mengikuti programnya? Kalaulah program tersebut benar-benar mempunyai nilai-nilai ilmu, bukan tujuannya untuk berpolitik, tentunya tiada upah RM10!

Guru Siswazah
Kuala Terengganu

Gosip sudah cukup untuk bertindak?


PETALING JAYA: “Agak pelik blogger Uncle Seekers ditahan polis hanya berdasarkan tulisannya yang bercorak gosip,” kata Badrul Hisham Shaharin @CheguBard dalam satu kenyataan media hari ini.

Blogger Uncle Seekers atau nama penuhnya Syed Abdullah Syed Husein bersama teman wanitanya ditahan polis dalam satu operasi berhampiran Tol Senawang pada waktu malam semalam.

Ketua Cabang PKR Rembau itu menyoal “kenapa tidak dipanggil sahaja beliau untuk menyerah diri di Balai Polis?”

Menurutnya, Uncle Seekers bersama teman wanitanya ditahan reman selama 10 hari.

Katanya, mungkin perintah tahanan reman 117 Kanun Acara Jenayah ada alasan digunakan ke atas beliau yang merupakan pemilik blog tersebut.

“Tetapi apa kena mengena teman wanitanya turut ditahan reman sehingga 10 hari juga,” soal beliau yang juga pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia.

Rahsia rasmi

Blogger Uncle Seekers bersama teman wanitanya ditahan polis dalam satu operasi berhampiran Tol Senawang.

Ujarnya, “kenyataan polis yang menyatakan kertas siasatan dibuka dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 juga menimbulkan tanda tanya.

“Apa rahsia rasmi yang didedah sehingga serius sangat? Adakah jumlah kenderaan individu tertentu atau gambar kereta atau gambar individu tertentu dengan kekasihnya tertakluk dalam rahsia rasmi kerajaan?,” tanya beliau.

Menurutnya, penahanan Uncle Seekers dipercayai ada kaitan dengan dakwaan beliau bahawa beberapa pegawai tinggi polis terlibat dengan salah laku atau kesalahan.

“Tetapi melaporkan kes kerabat Johor menyerang kerabat Negeri Sembilan sehingga melibatkan kes culik, mencedera dan gaduh gempar tempat awam terkandung dalam akta rahsia negara?,” soal CheguBard.

Beliau berkata, jika Uncle Seekers menghina raja dan terkandung dalam undang-undang ia merupakan kesalahan maka beliau wajar dihadapkan ke mahkamah dan mendapat perbicaraan sewajarnya.

“Kita berharap pasukan polis dan Peguam Negara juga boleh bertindak sebegini serius khususnya dalam menangani laporan-laporan yang melibatkan kepentingan rakyat terbanyak seperti rasuah dan kehilangan wang negara,” ujar beliau.

- FMT

Kini sedang berlangsung.. himpunan protes BEBASKAN tahan ISA di Kem Kamunting,Perak

Ustaz Azhar Idrus di Cameron Highland

Baca sebelum tidur

sebelum tido.
moh pekena skali baca ayat ni sambil tadabbur.
bukan panjang pun,pendek je.
kalau dakleh baca jugak,baik jadi tiang api...k.b.t

Moga hari ini diberkati Allah

Perhatian Kepada Semua Pemegang Akaun Maybank!


Semua pemegang akaun Maybank dengan kad ATM, sila berhati-hati apabila withdrawing wang melalui mesin ATM.

1. Apabila pertama kali apabila anda memasukkan nombor pin yang betul, tetapi mesej "nombor pin salah" terpapar keluar.
2. Kemudian, apabila anda memasukkan nombor pin anda untuk kali kedua, mesej "nombor pin tidak sah", sila hubungi nombor ini 'xxx-xxxx' akan keluar.
3. Jika anda menekan nombor ini, anda akan kehilangan semua wang anda.
4. Nashihat, lebih baik tak payah buat apa-apa transaksi terlebih sementara waktu demi keselamatan (just tekan cancel).

#SHARE untuk manfaat bersama.

harap pemimpin malaysia tiru apa yang dikatakan Dr.Mursi

SUBHANALLAH...

USTAZ DON DANIEL DAN TUAN GURU

Ini 4 Fakta Menarik tentang Isteri Mursi


Isteri Muhammed Mursi, Najla Mahmud
REPUBLIKA.CO.ID, Najlaa Ali Mahmoud rasmi menjadi wanita pertama bagi rakyat Mesir. Namun, ia tak mau disebut wanita pertama. Najlaa lebih memilih sebutan pelayan bangsa.

Isteri Presiden Mesir yang baru terpilih, Mohamed Morsi itu berbeza dengan Suzanne Mubarak. Najlaa memilih hidup sederhana dan bersahaja.

Sebagai surirumah, Najlaa memilih memakai abaya, sehingga mencerminkan perempuan kebanyakan di negara Piramid itu.

Inilah fakta menarik tentang kehidupannya:

Tentang Ikhwanul Muslimin:

"Dr Mursi bergabung dengan Ikhwanul Muslim 31 tahun yang lalu, apabila kami tinggal di Los Angeles. Anggota gerakan tersebut sangat terbuka dan menjelaskan bahawa penglibatan dalam gerakan berisiko penjara, dan salah satu hal yang penting adalah bahawa isteri setuju dengan jalan hidup tersebut sehingga rumah tangga tidak goyah.''

''Bagi kami, keluarga adalah sangat penting. Jadi, jika sang isteri tidak mampu menghadapi jangkaan-jangkaan tersebut, maka anda tidak akan dipaksa menyertai. Dr Mursi datang pada saya dan mengatakan bahawa dengan bergabung menjadi anggota Ikhwanul Muslimin ada risiko penjara dan hilang pekerjaan. Semua itu terjadi pada saat kami masih di Amerika. Saya katakan padanya, 'Tidak ada masalah. Tidak ada masalah. Mari kita jalani, Insya Allah."

Pesannya kepada golongan Kristian Koptik di Mesir.

"Saya ingin mengatakan bahawa kita ada di tanah air yang sama, keturunan yang sama. Islam tidak membezakan antara Muslim dan Kristian. Sebaliknya, kami belajar bahawa dalam Islam, umat Islam dan Kristian mempunyai hak penuh yang sama di negara yang sama. Mereka mempunyai apa yang kami punya, dan kita semua mempunyai kewajipan yang sama. Saya peribadi mengenal ahli masyarakat beragama Kristian, baik perempuan maupun laki-laki, dan saya bersyukur pada Tuhan, hubungan saya dengan mereka baik. "

Tentang peranan sebagai wanita pertama dan presiden.

"Dalam Muslim Brotherhood, kedudukan presiden dianggap sebagai pelayan nombor satu, kerana presiden repablik ini seharunya menjadi pelayan utama Mesir. Ia yang akan menjadi sponsor, dan ini adalah ajaran Islam. Dalam Islam, sesiapa sahaja yang memimpin dan menguruskan urusan negara, seperti yang dikatakan oleh khalifah Umar bin Khattab, 'jika ada unta yang jatuh di daerah Levant, saya yang akan diminta pertanggungjawaban.' Inilah Islam. "

Tentang suaminya.

"Ia orang yang sangat seimbang, sangat serius. Ini bukan kerana ia suami saya. Tapi memang sifatnya seperti itu. Ia adalah sangat seimbang dan rasional serta bermental politik. Saya telah berkahwin dengannya selama hampir 31, 32 tahun. Saya tidak kata dia pelawak, tapi ia punya selera humor dan pandai menghibur. Ia serius di saat yang serius dan menghibur di kala susah. "
http://www.republika.co.id/