Tuesday, February 12, 2013

syria

May God be with every doctor and paramedic risking his life for the sake of his brothers and sisters. 
May God heal our wounds and protect our people. 
Dr. Muhammad and everyone out there, may God protect you and give you more strength

Cahaya Islam berkembang di Korea....

Alhamdulillah, rancangan ke Korea ini menjadi kenyataan apabia saya mula bermusafir dengan pesawat MH 67 ke Seoul dengan penerbangan yang mengambil masa selama 7 jam.

Saya selamat mendarat di awal pagi pada jam 6.45 pagi dan agak teruja dengan kedinginan suhu paginya yang mencecah 5’C di kala musim sejuk sebenar belum pun menjelang tiba.

Baca lagi :

http://zainurrashid.com/cahaya-islam-bersinar-di-korea-selatan/

syria

In my country even birds get killed. 

Assad is a mass murderer

syria

Aya Al Husien is from Aleppo, 
She has severe burns after the shrapnel got mixed with diesel and her body got burned

protokol menghancurkan islam

Anda sebagai Seorang Muslim,Anda perlu Tahu Disebalik Agenda Mereka ?
Apakah tindakan kita ?
----------------------------------------------------------------
Layari : www.amanpalestin.net

syria

SNHR| Syria| Violations Report| 27 January 2013

A documentation of the Syrian regime’s violations of human rights in various Syrian provinces on the 09 February 2013 
==========================================================================
Deaths and Injuries
Ghanto, Homs
Random shelling by the Syrian army using explosive barrels killed a number of people including Abdullatif Hassan Agha whose body was disfigured because of shrapnel wounds.
http://www.youtube.com/watch?v=klzdJQZXCoI
Douma, Damascus Suburbs
Random shelling on Douma caused a number of deaths and injuries.
http://www.youtube.com/watch?v=TAOrV8-g5eg
Moreover, the regime army carried out extrajuidicial executions on a number of civilians.
http://www.youtube.com/watch?v=eKG56iE29J8
==================================================
Suffering and Violations
Herak, Dara’a
Civilians in Herak city suffer from arrests and intimidation of civilians at the many army checkpoints spread across the city along with heavy vehicles and machinery.
http://www.youtube.com/watch?v=ZfiZlqn7ulk
Rastan, Homs
Civilians in Rastan suffer from lack of food and fuel. Children have to collect firewood as power is cut and they are further deprived of schooling as shelling continues.
http://www.youtube.com/watch?v=SEA-4Iyk2kA
=========================================================
Shelling and Destruction
Yalda, Damascus Suburbs
Destruction and fire spread all over the town due to army shelling.
http://www.youtube.com/watch?v=AGR-G-ZeXmc
Kafr Nabouda, Hama
The regime army continues to shell the cities of Rural Hama causing massive destruction in civilian houses.
http://www.youtube.com/watch?v=ndMtYRJe3Lg
=========================================================
Children Suffering
Rastan, Homs
Children are injured on a daily basis due to the regime army shelling.
http://www.youtube.com/watch?v=eCh9q8sXj_4

syria

Just how would their tiny bodies endure all this pain???

Syria

Only in Syria babies legs are amputated before they even learn how to walk..
An infant losing his leg after their farm being targeted with Assad's missiles in Maarat Numan.

syria

Right now next to you, you can have a cup of tea of a glass of juice. 
But for them, it’s a dream they want to come true.

syria

Right now next to you, you can have a cup of tea of a glass of juice. 
But for them, it’s a dream they want to come true.

Pemberontak Darfur setuju tandatangani gencatan senjata



DOHA - Satu perjanjian gencatan senjata antara kerajaan Sudan dan kumpulan pemberontak Darfur, Pergerakan Keadilan dan Kesamarataan (JEM) dimeterai bagi menamatkan konflik lebih sedekad, semalam.

Menurut pegawai, Sudan yang diwakili menterinya, Amin Hassan Omar menandatangani persetujuan itu bersama wakil JEM, Mohamed Bashir Ahmed di hadapan Timbalan Perdana Menteri Qatar, Ahmed Abdullah Al-Mahmoud dan Ketua Pengantara Kesatuan Afrika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Aichatou Mindaodou.

Pada 2003, beberapa usaha antarabangsa menemui kegagalan, apabila beberapa kumpulan pelampau melanggar perjanjian terdahulu dengan meningkatkan serangan untuk menentang kerajaan yang didominasi bangsa Arab.

Pada 2011, satu lagi perjanjian damai dimeterai antara kerajaan Sudan dan cabang pemberontak Pergerakan Keadilan dan Pembebasan (LJM) yang dikenali sebagai Perjanjian Doha. - Reuters

syria

Al Jarrah military airport in Aleppo suburbs is now under the control of FSA. At least 10 MIG warplanes inside the airport besides other ammunition and missiles. Now those warplanes are unable to attack civilians anymore.
http://youtu.be/OXb_qe5eklY

Adakah polis terlibat cetus insiden Felda Sungai Tengi?


Muhammad Faizal,12 Feb 2013


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman akan mengemukakan nota bantahan kepada Ketua Polis Selangor (IGP) dalam masa seminggu berhubung insiden yang berlaku di Felda Sungai Tengi.

Beliau yang berkata pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS (gambar atas), nota bantahan tersebut adalah untuk mendapat kepastian sama ada pihak polis juga turut terlibat dalam insiden tersebut seperti mana perbualan pengurus Felda bersama beberapa pertubuhan NGO di dalam rakam video.

"Nota bantahan ini akan kita serahkan kepada IGP dan berharap beliau dapat berkomunikasi dengan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor berhubung insiden yang berlaku di Felda Sungai Tengi.

"Dalam nota bantahan tersebut, kita turut meminta penjelasan dari pihak polis adakah benar kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus Felda yang mengatakan segala perancangan kekacauan itu telah diketahui oleh pihak polis," jelas beliau.

Tambahnya lagi, pihak polis perlu menjelaskan perkara tersebut dan jika tiada penglibatan, maka pengurus Felda tersebut telah melakukan kesalahan besar apabila menggunakan nama polis untuk tindakan provokasi mereka.

"Kita desak tindakan tegas diambil jika benar pihak polis tidak terlibat langsung dan tidak ada rundingan dilakukan antara pengurus Felda dengan pihak berkuasa," sambungnya lagi.

Mazlan yang sebelum itu memberitahu, beliau kesal dengan tindakan pihak polis yang membiarkan sekumpulan pemuda yang telah melakukan huru hara pada program yang diadakan di Felda tersebut.

Malah menurutnya lagi, pihaknya akan memastikan segalanya akan terkawal walaupun terdapat provokasi yang melampau batas dilakukan oleh pihak tertentu tetapi tiada jaminam diberikan bahawa situasi ini akan terus terkawal.

"Ketika pertemuan saya dengan pihak polis di Bukit Aman, saya berjanji akan memastikan anggota kita akan mengawal suasana sebaik mungkin walaupun terdapat provokosi yang melampau.

"Namun dalam pada itu, saya turut memberitahu sampai bila jaminan ini akan terkawal dan pasti huru hara akan berlaku, atas sebab itulah saya mohon pihak polis menjalankan tugas mereka dengan adil dan jangan jadi kuda tunggangan pihak lain," tegas beliau.

Sebelum itu, program Jamuan Rakyat dan Penerangan di Felda Sungai Tengi  telah  mencetuskan kekecohan apabila tindakan provokasi sekumpulan orang 'berbaju hitam' yang membaling kerusi dan botol air ke arah hadirin pada program tersebut.

Situasi kecoh itu berlarutan lebih kurang 30 minit dan pihak penganjur terpaksa menghentikan program itu lebih awal bagi mengelak keadaan tidak diingini.

Tiga laporan polis telah dibuat termasuk daripada Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Muhamad Idris Ahmad dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor, Mohd Nizam Mat Rahim.

SEMOGA TENANG DISANA



As-Syahid Abu Hamza merupakan antara Sniper terbaik dalam kalangan mujahidin FSA telah menemui syahid pada hari Jumaat, 8 Februari 2013. 

Beliau ditembak di kepala oleh sniper rejim Basyar dalam satu pertempuran berhampiran dengan masjid Khaled Ibn Waleed, Homs.

As-syahid berasal dari Homs Khaldiyah dari bandar sahabat Nabi, Khaled bin Waleed RA. 

Beliau sangat cintakan jihad dan pernah berjihad di Iraq pada tahun 2003 dan di Syria bermulanya revolusi. Beliau meninggalkan 4 orang anak dan seorang isteri. 

SIDANG OIC BINCANG ISU SYRIA



Satu sidang kemuncak yang dihadiri pemimpin-pemimpin utama Islam telah diadakan di Kaherah pada hari Rabu, 6 Februari, di mana majoriti mereka mengangkat konflik di Syria sebagai isu utama pertemuan tersebut kerana konflik di sana telah meragut beribu-ribu nyawa masyarakat Islam tidak berdosa.

"Rejim Syria (Bashar Al Assad) harus belajar dari sejarah akibat kebangkitan rakyat yang berlaku di seluruh negara," kata Presiden Mesir Mohamad Mursi dalam ucapan perasmian persidangan kemuncak OIC - Organization of Islamic Cooperation summit kali ke-12.

Sidang kemuncak dua hari itu dihadiri oleh 57 anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) termasuk Iran, sekutu tegar kerajaan Bashar Al Assad. Manakala wakil Syria tidak hadir pada sidang kemuncak Islam selepas digantung keanggotaan OIC sejak dari bulan Ogos tahun lepas di Arab Saudi.

Dalam persidangan itu Dr Morsy menggesa semua ahli OIC termasuklah Ahmadinejad, Presiden Iran yang hadir dalam pertemuan sidang OIC tersebut agar menyokong usaha pembangkang Syria bagi menyatukan dan membawa perubahan.

Satu kenyataan yang digubal oleh Jabatan Hubungan Luar OIC berkata bahawa komuniti akhbar Reuters terus menyalahkan kerajaan Assad yang telah menjadi punca pembunuhan berskala besar di negaranya dan turut menggesa agar peralihan politik segera dilaksanakan.

"Kami menggesa rejim Bashar di Syria untuk lebih bersikap bijaksana menjayakan dialog yang serius terhadap gabungan revolusi Syria kebangsaan, pasukan pembangkang, dan wakil-wakil kerajaan Syria yang masih hidup agar komited melakukan transformasi politik di Syria."

Draf yang dikeluarkan oleh Jabatan HUbungan Luar OIC juga menggesa Gabungan Pembangkang Kebangsaan Syria (Syrian National Coalition - SNC) untuk menyegerakan pembentukan kerajaan peralihan dan bersedia memikul tanggungjawab sepenuhnya sehingga selesai proses perubahan yang diingini kepentingan politik bersama.

Sumber : OnIslam.net

Keadaan sebenar yang sedang berlaku di khemah pelarian Za'tari.

Keadaan sebenar yang sedang berlaku di khemah pelarian Za'tari. Mereka terpaksa melarikan diri daripada negara sendiri kerana kezaliman rejim Basyar.

Doakan mereka. 

Dilaporkan bahawa kini mujahidin FSA mencapai kemajuan di selatan dan luar ibu kota Dimasyq.

TERKINI

Dilaporkan bahawa kini mujahidin FSA mencapai kemajuan di selatan dan luar ibu kota Dimasyq.

Tentera Basyar telah kehilangan kawalan seluruh Jobar, yang menghubungkan antara kawasan timur dan dataran Abbasiyah. Di samping itu, mujahidin FSA telah mengumumkan bahawa pertempuran untuk membebaskan Dimasyq akan tiba kemuncaknya.

Mujahidin sekarang sedang berjuang di beberapa lokasi sekitar pintu masuk ke ibu kota Dimasyq dalam percubaan untuk mengalahkan rejim.
 

REJIM BASYAR JALANKAN STRATEGI BUMI HANGUS DI HALAB



1) Tentera rejim yang terdiri daripada 23 kereta kebal dan 3000 tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai yang meragut nyawa lebih daripada 40 orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak di kampung Jneid di pinggir bandar timur Halab. Ia adalah antara usaha rejim untuk memecahkan pengepungan yang dikenakan oleh pejuang ke atas sebuah kilang tentera di Sfeera, Halab.

2) Hukuman mati juga dijalankan oleh tentera rejim di pinggir bandar Dimasyq. Mereka membunuh lima orang pelarian dari Homs kerana cuba untuk meloloskan diri daripada pusat pemeriksaan tentera di bandar Jebeh. 

3) Seramai enam orang pula terbunuh apabila serangan udara yang mensasarkan sebuah stesen petrol mengenai kereta di kejiranan Asali di selatan Dimasyq. Berpuluh-puluh orang terbunuh dan cedera akibat serangan rambang dan sengit di kejiranan Jobar dan bandar-bandar wilayah Douma, Saqba, Drousha, Moadamiyat al-Sham dan Zabadani. 

4) Tentera rejim meneruskan serangan mereka di kawasan kediaman dalam bandar yang dikuasai mujahidin. Sebanyak 365 lokasi serangan di seluruh negara, 17 daripadanya melibatkan pesawat pejuang yang menggunakan bom berangkai, fosforus, dan thermboaric, menyebabkan kerosakan harta benda dan memaksa beribu-ribu orang awam untuk melarikan diri rumah mereka. 

Doakan rakyat Syria.

Pengebom berani mati serang pos tentera di Gao

GAO, Mali 11 Feb. - Seorang pengebom berani mati yang memakai baju seragam tentera meletupkan dirinya di sebuah pondok keselamatan di bandar Gao, menyebabkan seorang tentera cedera, kelmarin.
Menurut jurucakap tentera semalam, letupan itu merupakan insiden kedua di tempat yang sama sejak Jumaat lalu.
"Kejadian berlaku ketika pasukan keselamatan sedang melakukan rondaan," katanya. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130211/lu_09/Pengebom-berani-mati-serang-pos-tentera-di-Gao#ixzz2Kgc971BQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MUJAHIDIN TERUS MAJU DI MEDAN TEMPUR



1) Mujahidin terus mara menghampiri ibu kota dan pertempuran sengit dengan tentera rejim di daerah timur Qaboun dan Jobar, beberapa ratus meter jauhnya dari dataran strategik Abbasiyyah. Mereka juga membunuh sepuluh askar dan mencederakan ramai lagi yang lain apabila mereka menyerang sebuah pos pemeriksaan tentera di utara kejiranan Ruken al-Din.

2) Mujahidin mengambilalih kawalan kompleks perumahan yang dimiliki oleh pegawai-pegawai tentera di Adra pinggir Dimasyq. Mereka juga menyerang beberapa lokasi tentera di Mleiha, Harasta dan Zabadani di pinggir Dimasyq.

3) Puluhan askar regim berpaling tadah dari pangkalan tentera Abel, Qalamon pinggir Damsyik dan dari pangkalan al-Dayf Wadi, Ma'arrat al-Numan pinggir bandar Idlib.

4) Para mujahidin mengambilalih kawalan sebahagian kecil Pangkalan Udara Menneg di pinggir Halab dan terus mengepung dan menghujani Kuwaires dan pangkalan udara Jarah, menggunakan meriam berat dan peluru berpandu buatan tempatan.

5) FSA menembak jatuh pesawat regim di kampung Kafrnbouda pinggir bandar Hama. Mereka turut menyerbu sebuah pusat pemeriksaan tentera serta premis Jabatan Perumahan Tentera di Tabaqa pinggir bandar Raqa.

6) FSA juga turut menguasai sebahagian daripada kejiranan Ommal di bandar Deir Azzour dan operasi di kejiranan Matar qadim (Lapangan Terbang Lama) berhasil menawan kenderan berperisai, menahan 17 askar dan seorang pegawai kanan tentera regim terbunuh.

Doakan mujahidin. —

PERKEMBANGAN MUJAHIDIN



Pertempuran antara mujahidin FSA dan tentera rejim bertambah sengit di seluruh negara pada hari di mana FSA mencapai lebih banyak kemenangan dan tentera rejim pula terus melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata. 

FSA merampas kawalan pekan Tabaqa, 55km barat bandar Raqa. Ini susulan daripada beberapa siri kemenangan di mana FSA menyerbu bangunan Perisikan Tentera Udara dan majlis perbandaran, polis tentera, perumahan tentera dan pengrekrutan. FSA juga berjaya mengambil semula Empangan Baath, 22km barat Raqa. 

Doakan mujahidin.

INILAH PERJUANGAN.


Semalam, hari Isnin (11 Februari 2013) genap 700 hari kebangkitan rakyat Syria menentang rejim Basyar dan pakatan Syiahnya.

Setelah berpuluh-puluh tahun mereka dizalimi oleh rejim Syiah Nusairi ini bermula zaman ayah Basyar, Hafiz Al-Asad, tahun 2011 bermula kebangkitan mereka sehingga saat ini.

Sungguh, ahli Syam merupakan orang yang paling thabat dalam perjuangan mereka untuk menjatuhkan rejim zalim, Basyar la'natullah.

Titipkan doa untuk mereka setiap waktu dan ketika.

(Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak tidur keletihan disamping barang-barangnya di khemah pelarian Za'tari, Jordan)

2 JUTA YANG HANGUS...



Jadi, berakhirlah konsert superstar Korea, Psy yg terkenal dengan lagu hitnya "Oppa Gangnam Style" di atas pentas BN Pulau Pinang sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina pada tengahari Ahad lepas. Aku kat sini tak la berminat nak ulas ttg kejadian2 memalukan Najib dan BN pada konsert tersebut - it is well documentated by loads of ppl - jadi aku tak berminat nak menambahkan perisa.

Cuma aku nak bangkitkan beberapa keraguan dan pandangan aku mengenai event ni -

1) Nilai yang dibayar kepada Psy terus menjadi teka teki - RM 2 juta ke? USD 2 juta ke? Apapun jumlahnya, nilai jutaan terlibat.

2) Siapa yg menanggung kos tersebut? BN? Kompeni pengurus iaitu Mega Ultimate? Atau ada kompeni lain?

3) Jika BN yg mengeluarkan dana tersebut, duit siapakah yg digunapakai? Ada ke BN duit sebanyak itu tanpa melibatkan dana daripada kerajaan pusat? Obviously kerajaan negeri Pulau Pinang takkan terlibat la..

4) Jika benar wang itu datangnya dari dana BN, maka kita hendak tahu secara detailnya bagaimana BN ada wang sebanyak itu UNTUK DIHANGUSKAN.

5) Jika wang itu datangnya dari duit kerajaan a.k.a duit rakyat, mmg tak leh kata apa la. Inilah kesialan yg amat nyata.

6) Jika wang itu disumbangkan oleh Mega Ultimate atau kompeni pihak ketiga, kenapa depa begitu cuak utk mengakui penglibatan depa? Biasanya kalau kompeni yg sponsor jumlah sebanyak itu pastinya mahukan publisiti sebagai "trade-in" sumbangan depa. Jarang ada kompeni swasta yang "lillahi taala" nih.

7) jika Mega Ultimate itu yg menyumbang, bagaimana sebuah kompeni yg untung bersih tahunannya bawah RM50,000 boleh pulak keluarkan dana 2 juta?

8) jadi semua keraguan mengenai kompeni ini menunding kembali kepada satu kesimpulan - konsert ini mmg ditaja oleh BN sepenuhnya. Sama ada menggunakan dana BN atau dana kerajaan a.k.a dana rakyat, ini yg menjadi persoalan. Sikap berselindung Najib dalam memperkatakan ttg asal usul dana konsert Psy ini tidak membantu langsung.

9) Dan seperti yg kita tahu, walaupun 2 juta telah hangus, reputasi Najib dan BN bukan saja tidak dipulihkan, malah makin teruk.

10) Keputusan mengadakan konsert ini di Pulau Pinang juga bagi aku sebagai satu penghinaan kepada penyokong2 BN berketurunan cina di negeri2 BN seperti Johor dan Melaka. Seolah2 BN lebih mementingkan depa yg TIDAK MENYOKONG BN berbanding para penyokong depa sendiri.

11) Dan semua ini pastinya akan merencatkan lagi hasrat Najib utk mengumumkan tarikh pilihanraya. Tapi jika Najib membiarkan saja kerajaan ini luput mandatnya dengan sendiri, ini pastinya akan menambahterukkan lagi reputasi Najib serta menggoyahkan kedudukan BN kerana BN sudah pastinya dilihat tidak berkeyakinan langsung utk menghadapi PRU.

jadi kesimpulannya, apakah 2 juta yg dihanguskan itu berbaloi? Jawapannya tidak sama sekali bagi Najib dan BN.
 

Serban-serban Rasulullah

 

Israel lulus 90 lagi penempatan haram Yahudi



BAITULMAQDIS 12 Feb. - Israel semalam meluluskan pembinaan 90 buah rumah baharu di kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Tebing Barat.
Rumah baharu tersebut akan dibina di Beit El yang merupakan kawasan utama penempatan haram Yahudi di utara Baitulmaqdis.
Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sebelum ini berjanji untuk mendirikan 300 rumah baharu di Beit El.
Keputusan itu dibuat selepas 30 keluarga Yahudi diusir ekoran menetap secara haram di tanah persendirian milik Palestin. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130212/lu_08/Israel-lulus-90-lagi-penempatan-haram-Yahudi#ixzz2KgXR3WOB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemberontak tawan empangan terbesar Syria



BEIRUT 12 Feb. - Kumpulan pemberontak semalam berjaya menawan empangan terbesar di Syria yang merupakan halangan terpenting di sepanjang Sungai Euphrates di utara wilayah Raqa.
Pengarah Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, empangan tersebut masih beroperasi ketika pemberontak menawannya.
"Pemberontak mengawal kedua-dua pintu utama empangan tersebut, namun tidak membenarkan anggotanya berada di dalam kompleks empangan kerana khuatir dibom tentera kerajaan.
"Penguasaan pemberontak di empangan tersebut menyebabkan pentadbiran Presiden Basyar al-Assad bakal mengalami krisis ekonomi yang teruk," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130212/lu_06/Pemberontak-tawan-empangan-terbesar-Syria#ixzz2KgXHVLpG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

SEHINGGA DUNIA MENGERTI..

.
Inilah 'rumah' yang terpaksa didiami oleh sebuah keluarga di Rastan setelah mana rumah asal mereka musnah dibom oleh rejim Basyar.

Moga masharakat dunia membuka mata.

Tahukah anda? Pada 12 Februari 1949 Imam Hassan Al Banna syahid dibunuh

 Tahukah anda?

Pada 12 Februari 1949 Imam Hassan Al Banna syahid dibunuh. Siapa Imam Hassan Al Banna? Imam Hassan Al Banna pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir. Kemudian, mati ditembak oleh individu yang membenci Imam Hassan Al Banna. Di hospital, Imam Hassan Al Banna tidak diberikan rawatan dan akhirnya meninggal disebabkan kehilangan darah yang banyak. 

Pada 12 Februari 1964 walaupun berlainan tahun lahirnya seorang individu yang dikenali sebagai Ustaz Azhar Idrus yang berjaya menarik anak-anak muda menghadiri kuliah agama. Fenomena UAI tidak dapat di nafikan lagi dengan jumlah kehadiran yang mencecah ribuan hadirin setiap kali kuliah agama diadakan.

Peribahahasa Melayu berbunyi, "Patah tumbuh, hilang berganti"

- abg min 

ZALIM DAN TIDAK BERPRIKEMANUSIAAN



Ini adalah hakikat sebenar apa yang sedang berlaku di Syria. Kanak-kanak perempuan ini antara ribuan yang menjadi mangsa kerakusan rejim Basyar dan pakatan Syiahnya.

Mohon maaf atas gambar yang mengerikan, tetapi inilah hakikat sebenar yang berlaku di Syria sekarang.

Lihat pautan ini : http://youtu.be/mf3U_8XMLxc

(Gambar ini diambil di Deir Khabiyyah)

Keserasian yang menakjubkan


Mereka melihat dengan mata hati, kami melihat dengan mata nafsu ...

Suatu hari al Imam Al Syafiiy duduk bermuzakarah dengan gurunya,pakar fiqh terbilang dalam mazhab Hanafi,iaitu al Imam Muhammad bin Hasan al Syaibani, tiba-tiba tampil seorang yang asing ke dalam masjid. Al Syaibani bertanya pada anak murid yang disayanginya, pada hematmu apakah kerjanya hamba Allah itu? Syafiiy ra menjawab; mungkin dia bekerja sebagai tukang kayu. Al Syaibani berkata, aku merasakannya seorang guru. 

Tak lama kemudian selepas bersolat muslim yang asing tampil ke hadapan dua orang tuan guru ini memperkenalkan dirinya, bahawa dia orang asing di Baghdad, sebelumnya dia adalah tukang kayu di sebuah kampung yang terpencil, tapi akhirnya menghargai ilmu yang ada dia bertekad mengubah kepada profession yang baru iaitu untuk menjadi guru di sebuah sekolah di Baghdad yang dibangunkan oleh seorang saudaranya ... 

Petikan dari kitab Al Syafiiy oleh al Imam Abu Zahrah.

SubhanalLah !!! Mereka mempunyai firasat ( pandangan mata hati ) yang tepat hasil dari riyadhah ruhaniyyah ( pendidikan ruhani yg konsisten & mujahadah ) 

Ya Allah kurniakan untuk kami murabbi yang mursyid yang dapat menunjukkan kami jalan keredhaanMu untuk keselamatan dunia & akhirat kami .. 

Gambar di atas hanyalah hiasan ; kuliah tafsir di masjid Rusila, Marang, oleh Tn Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang,dihadiri oleh ribuan muslimin termasuk mantan mufti Perlis yg juga naqib kami masa di Kisas, Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin.-Ustaz Zahazan Mohamed

Gambar terbaik semasa Majlis Kesyukuran sempena Ulang Tahun Al Fadlil Ustaz Azhar Idrus

Gambar terbaik semasa Majlis Kesyukuran sempena Ulang Tahun Al Fadlil Ustaz Azhar Idrus malam tadi.

Di sebalik kejayaan dakwah UAI pasti ada pergorbanan, bantuan nasihat, moral dsb dari wanita yang hebat serta di sayangi, yang menjadi tulang belakang utama yang tidak semua orang tahu.

Perkongsian kegembiraan, ujian, kesusahan, kesenangan, perit jerih, tangisan, kedukacitaan, celaan dsb lagi, sama2 diharungi dengan tabah oleh mereka bersama.

UAI disamping bonda tercinta, serta kedua isterinya iaitu Puan Rogayah Sulong dan Puan Nisya Wan.

Semoga mereka terus kekal, di murahkan rezeki dan bertambah bahagia pada masa2 yang mendatang. Amin.
 

Facebook disaman isu paten



facebook
$entry.content.caption.value
THE HAGUE - Laman sosial Facebook berhadapan dengan tindakan undang-undang berhubung isu hak paten penggunaan butang “Like” dan "share".

Firma itu yang disenaraikan tahun lalu disaman oleh sebuah syarikat pemegang paten, yang bertindak bagi pihak seorang pengatur cara komputer dari Belanda, yang telah meninggal dunia, Joannes Jozef Everardus van Der Meer.

Media Sosial Rembrandt berkata, kejayaan Facebook adalah berdasarkan sebahagiannya daripada penggunaan dua paten van Der Meer tanpa kebenaran.

Facebook berkata, ia tidak mempunyai sebarang komen buat masa sekarang berhubung tuntutan itu.

Tuntutan mahkamah telah difailkan di Mahkamah Persekutuan di Virginia oleh Rembrandt.

"Kami percaya paten Rembrandt mewakili satu asas penting media sosial seperti yang kita tahu, dan kita mengharapkan seorang hakim dan juriakan mencapai kesimpulan yang sama berdasarkan bukti," kata peguam Tom Melsheimer dari firma undang-undang Fish and Richardson yang mewakili pemegang paten itu.

Rembrandt kini memiliki teknologi paten Van Der Meer yang digunakan untuk membina satu rangkaian sosial baru yang dipanggil Surfbook, sebelum kematiannya pada 2004.

Van Der Meer telah diberikan paten pada tahun 1998, lima tahun sebelum kemunculan pertama Facebook.

Menurut kertas kerja undang-undang yang difailkan oleh Fish and Richardson, Surfbook adalah diari sosial yang membolehkan orang ramai berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dan keluarga serta meluluskan beberapa data menggunakan butang "Like".

syria


He used to help the injured people, now, he became the martyr. 
He feared their lives more than he did for himself. 
Have you seen Syria’s men? 
Aleppo, Masaken Hanano || A young man got martyred while he was aiding the residents 
Feb. 11, 2013 
http://www.youtube.com/watch?v=eUZ-MbA6eZ8

Penyelewengan BN, Kedah tanggung hutang RM403 juta


Muhammad Faizal,12 Feb 2013

KUALA LUMPUR: Suara Anak Muda Kedah atau Bongkar 403 juta hari ini tampil untuk membuat pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sewaktu pemerintahan mereka di Kedah.

Pengerusi Bongkar 403 juta, Mohd Firdaus Jaafar menjelaskan, sebanyak 11 penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum ini yang mengakibatkan rakyat kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403 juta.

Menurut beliau lagi, perkara ini perlu diketahui oleh semua rakyat Kedah agar mereka boleh menilai kenapa perlu menolak BN pada piliharaya yang akan datang.

"Kita tampil dengan satu Suara Anak Muda Kedah atau Bongkar 403 juta yang akan membuat pendedahan terhadap 11 penyelewengan yang dilakukan oleh BN sebelum ini.

"Pendedahan yang kita lakukan ini perlu dijelaskan oleh BN, kerana kita mahu seluruh rakyat Kedah mengetahui penyelewengan yang dilakukan oleh mereka," jelas beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS.

Mohd Firdaus memberitahu pembongkaran 11 penyelewengan yang melibatkan RM403 juta itu akan diadakan pada 23 Februari malam di Taman Melawar.

Beliau yang turut berkongsi penyelewengan yang dilakukan oleh BN adalah berkenaan dengan loji air Padang Sanai dan Lubuk Buntar yang melibatkan kerugian RM145 juta.

"Kerajaan negeri di zaman BN telah menolak status geran membina loji pembersihan air di Lubuk Buntar dan Padang Sanai yang diberikan oleh kerajaan pusat, dengan memilih untuk mengambil status pinjaman.

"Pembinaan loji pembersihan air Lubuk Buntar yang berkapasiti 25 juta liter sepatutnya bernilai RM25 juta, tetapi harganya menjadi RM65 juta apabila ditukar status pinjaman," katanya.

Manakala loji pembersihan air Padang Sanai yang sepatutnya bernilai RM50 juta untuk kapasiti 50 juta liter air tetapi dengan sentuhan tangan BN harganya melonjak menjadi RM155 juta, jelas beliau lagi.

Beliau yang mempersoalkan mengapa kerajaan negeri sebelum ini beriya-iya menolak geran peruntukan pusat, sehingga samggup menerima pinjaman yang berlipat kali ganda kosnya.

Ahli Parlimen Jerai itu juga berharap kepimpinan BN Kedah yang sebelum ini tampil menyerang kerajaan Pakatan di Kedah tampil dengan segera untuk membuat penjelasan berhubung penyelewengan tersebut.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Pengerusi Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar), Mohd Amin Othman.

Potong kek hari kelahiran Ustaz Azhar 12 Feb (gambar)


http://www.queachmad.com,12 Feb 2013

GAMBAR UAI Potong Kek Di MAJLIS KESYUKURAN Sambutan Hari kelahiran USTAZ AZHAR IDRUS | 12 Februari 2012

GAMBAR UAI Potong Kek Di MAJLIS KESYUKURAN Sambutan Hari kelahiran USTAZ AZHAR IDRUS | 12 Februari 2012 | Ustaz Azhar Idrus potong kek (dengan gambar motosikal) sempena Sambutan Hari Kelahiran Ustaz Azhar Idrus yang ke-49. Ya Allah, panjangkan umur murabbi kami ini... jadikan dia ahli syurgaMu. Majlis kesyukuran ini di mulakan dengan solat Hajat berjemaah, puisi dsb.


Ustaz Azhar Idrus sendiri juga sempat juga bagi nasihat dan tazkirah tadi. Abe dikhabarkan ini adalah majlis tertutup dan di bayar sendiri oleh setiap tetamu yang hadir tanpa melibatkan mana2 duit derma kariah dsb ya. Hebat juga orang ganung ni kan.. Tanpa bantuan wang dari pihak luar pun tetap hebat majlisnya.

Orang muda sayang Ulama.

baca lagi & lagi gambar Klik TAJUK ENTRI ni

Mengikut sumber yang Abe terima, Ustaz Azhar Idrus kata, kita kena campur dengan semua golongan, samada mat rock, mat rempit dsb. Kena faham jiwa mereka. Biarlah orang kutuk atau hina kita. Pedulikan orang. Tapi bila kita buat ikhlas kerana Allah maka Allah akan bantu kita. Tengoklah kini.

Saya (Ustaz Azhar Idrus) tidak pernah pun suruh atau paksa mereka ikut saya ke kuliah itu ini. Tapi mereka yang ikhlas hendak ikut saya. Sampai kini puluh2 ribu yang hendak ikut saya. Orang yang mula2 belajar dengan saya (Ustaz Azhar Idrus) adalah Pok Man seorang. Kemudian videoman saya Abg Mat. Alhamdulillah, malah kini Page saya di Facebook juga mendapat sambutan. Klik FanPage Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus (Original). 
Tahukah anda?

Pada 12 Februari 1949 Imam Hassan Al Banna syahid dibunuh. Siapa Imam Hassan Al Banna? Imam Hassan Al Banna pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir. Kemudian, mati ditembak oleh individu yang membenci Imam Hassan Al Banna. Di hospital, Imam Hassan Al Banna tidak diberikan rawatan dan akhirnya meninggal disebabkan kehilangan darah yang banyak.

Pada 12 Februari 1964 walaupun berlainan tahun lahirnya seorang individu yang dikenali sebagai Ustaz Azhar Idrus yang berjaya menarik anak-anak muda menghadiri kuliah agama. Fenomena UAI tidak dapat di nafikan lagi dengan jumlah kehadiran yang mencecah ribuan hadirin setiap kali kuliah agama diadakan.

Peribahahasa Melayu berbunyi, "Patah tumbuh, hilang berganti" 

Mahasiswa dibelasah samseng di Parlimen Pekan


Harakahdaily,12 Feb 2013
Salinan report polis yang telah dibuat oleh Ekhsan Bukharee, mahasiswa yang dibelasah samseng di Dun Pulau Manis, Parlimen Pekan hari ini ketika jelajah mahasiswa ke Parlimen Pekan untuk PRU13.

KUALA LUMPUR: Kejadian mahasiswa dibelasah samseng di Parlimen Pekan merupakan kejadian yang sangat memalukan arena politik negara.

“Saya syaki kejadian ini didalangi oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pengumuman mahasiswa untuk bertanding tempoh hari terutamanya Umno BN,” kata Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), Syis Abd Kadir dalam satu kenyataan.

Katanya, politik samseng membayangkan Umno BN kian terdesak dalam menyambung hayat sebagai kerajaan di Malaysia.

Beliau berkata, jika dengan mahasiswa pun Umno BN terdesak menggunakan samseng, ini memberi gambaran pentas demokrasi Malaysia kian parah.

Katanya, kumpulan mahasiswa yang turun bertemu rakyat dengan membawa idea dan agenda dibalas dengan dibelasah adalah politik tidak sihat.

Seharusnya, kata beliau politik hujah dibalas hujah, ini bukan ketikanya lawan tumbuk dan berkelahi.

Justeru, ujar beliau sepatutnya tempat Perdana Menteri Malaysia adalah paling selamat untuk dikunjungi dan sangat menjunjung nilai demokrasi untuk berkempen, namun sebaliknya yang berlaku.

Menurutnya lagi, hari pertama mahasiswa di Pekan sudah disambut dengan samseng dan budaya kurang sihat.

“Bagaimana kita ingin membina ketamadunan negara jika kawasan Perdana Menteri sendiri pun masih tidak mengamalkan politik matang,” ujarnya.

Sebelum ini, kata beliau kerajaan pimpinan Najib mengumumkan mahasiswa boleh berpatisipasi dalam politik sehingga dibenarkan untuk bertanding tetapi hari ini kenapa terpaksa menggunakan samseng untuk berhadapan dengan mahasiswa.

Beliau kira Parlimen Pekan bukan lagi kawasan selamat untuk Najib memenangi pilihanraya sehingga terdesak menggunakan politik kotor untuk berhadapan mahasiswa.

“Saya harap arena politik negara perlu dilatari dengan politik matang.

“Oleh itu, saya menjemput DS Najib untuk berdebat dengan mahasiswa berkenaan idea dan agenda yang kami bawakan, bukannya halang kami dengan cara yang tidak matang.

“Maaf Datuk Seri, kami tolak politik samseng!” katanya.

Are you ready for BN

Utara Mali diserang

Utara Mali diserang
Kumpulan MUJAO mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Gao.
BAMAKO - Kumpulan Pergerakan Jihad dan Keesaan (MUJAO) berpangkalan di Barat Afrika mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di bandar Gao, utara Mali termasuk melakukan pengeboman berani mati, kelmarin.

Pegawai melaporkan, seorang lelaki berpakaian seragam tentera melepaskan tembakan menggunakan senapang AK-47 sejurus tiba di Gao.

Serangan itu juga tercetus dua minggu selepas tentera Mali yang dibantu pasukan keselamatan Perancis menumpaskan sayap militan Al-Qaeda.

"Penyerang menggunakan laluan sungai untuk memasuki Gao dan serangan dimulakan kira-kira jam 2 petang (waktu tempatan) berlarutan sehingga malam," kata pegawai tentera Perancis, Bernard Barera.

Sabtu lalu, seorang penyerang berani mati meletupkan dirinya sebaik tiba di pusat keselamatan utara Gao dan mencederakan seorang askar tempatan.  - Al-Jazeera

Ketua pembangkang dakwa Damsyik enggan bincang



Ketua pembangkang dakwa Damsyik enggan bincang
Moaz Al-Khatib
BEIRUT - Pemimpin Pembangkang Syria, Moaz Al-Khatib mendakwa, rejim Presiden Bashar al-Assad, memberikan respons negatif sekali gus menyulitkan usaha untuk mengadakan rundingan damai bagi menamatkan konflik yang berlanjutan hampir dua tahun itu.

“Rejim memberikan mesej dingin dan sangat negatif dalam tawaran dialog itu,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan di laman Facebook rasmi beliau.

Terdahulu, Khatib bersetuju mengadakan rundingan damai dengan syarat rejim Assad perlu pembebasan 160,000 tahanannya.

Jumaat lalu, Menteri Penerangan Syria, Omran al-Zohbi berkata, kerajaan bersetuju mengadakan dialog dengannya tetapi tidak bersetuju dengan prasyarat dikemukakan itu. - AP

Tanah dirampas, tanaman dimusnah


logo tabung gaza
Tabung Kemanusiaan Gaza.
Tabung Kemanusiaan Gaza.

HAMPIR setiap hari rakyat Palestin terpaksa menanggung penderitaan atas kekejaman rejim Zionis terhadap mereka.

Ada saja cara digunakan Zionis untuk memastikan rakyat Palestin terus terseksa termasuklah baru-baru ini tanaman penduduk di Kampung Al-Khader, di selatan Tebing Barat dimusnahkan.

Menurut saksi, rejim merampas lima bidang tanah milik penduduk dan mencabut semua tanaman ditanam mereka.

Turut terjejas ialah tanah pertanian milik seorang penduduk, Ali Abdul Hadi di kawasan Khallet Umm al-Fahm yang turut dirampas.

Rejim juga telah mengeluarkan arahan agar petani tidak mengusahakan sebarang tanaman di tanah itu dan mencabut pokok yang sedia ada.

Jawatankuasa kampung Al-Khader, Ahmed Salah berkata, rejim Zionis mahu mengambil alih tanah di Khallet Umm al-Fahm bagi membangunkan taman dan penempatan untuk rakyatnya.

Sementara itu, dalam situasi yang lain, tentera rejim memecah masuk banyak rumah di kampung Burkin, dekat Jenin, untuk mencari warga Palestin yang dikehendaki, namun tiada seorang pun yang ditemui.

Sebaliknya, mereka menahan beberapa pemuda yang didakwa telah membaling batu ke arah tentera rejim sewaktu pencerobohan dilakukan.

Malah, tentera rejim turut melepaskan gas pemedih mata ketika berdepan dengan kumpulan pemuda yang cuba menghalang tindakan mereka itu.

Sampai bilakah rakyat Palestin akan terus berdepan dengan situasi ini? Adakah kita juga sanggup melihat penderitaan saudara kita di sana?

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-samalah kita menghulurkan sumbangan ke Tabung Kemanusiaan Gaza-Sinar Harian di Akaun Maybank Sinar Karangkraf tertera atau hubungi talian 03-51013888.

Mat Sabu: 'Arab Spring' mungkin berlaku jika PRU13 diseleweng

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu  menegaskan, 'Arab Spring' hanya akan berlaku di negara ini jika pilihan raya umum dicemari dengan penipuan pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Katanya, keadaan itu tidak mungkin berlaku hanya kerana mana-mana parti politik yang bertanding itu tewas dan tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya.

“Arab Spring itu berlaku kalau berlaku penipuan dalam pilihan raya, tak ada demokrasi, bukan soal kalah, kita dah banyak kali kalah, tak ada masalah, tak ada pun turun ke jalan raya.

"... Pas sendiri dah banyak kali bertanding dan kalah dalam pilihan raya, tapi kita tak turun jalan pun,” katanya yang dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin yang percaya 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.

Pandangan itu diberi susulan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Kata Musa, pihak yang kalah akan menggunakan penyokong-penyokong mereka untuk membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana berlaku di Asia Barat.

13 maut letupan di sempadan Syria-Turki




12 Februari 2013
CILVEGOZU – Sebuah bas mini meletup di sempadan Syria-Turki menyebabkan sekurang-kurangnya 10 rakyat Syria dan tiga warga Turki terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera.

Seorang pegawai Turki berkata, punca letupan bagaimanapun masih belum diketahui.

Kejadian berlaku di kawasan pintu masuk kastam di Cilvegozu yang terletak di sempadan Turki dan merupakan salah satu daripada jalan utama bagi pelarian Syria untuk menyeberangi ke Turki.

Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc berkata, bas tersebut yang didaftarkan di Syria meletup hanya beberapa meter dari pintu sempadan Turki, di mana puluhan orang awam dan pekerja kemanusiaan sedang berkumpul.

"Ia merupakan satu letupan kuat. Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada bas itu sarat dengan bahan letupan atau satu jenis letupan yang lain. Saya fikir, selewat-lewatnya hasil siasatan akan diketahui esok (hari ini).

"Segala kemungkinan berlakunya kejadian kini sedang disiasat, termasuk motif politik," katanya.

Sistem kebajikan Britain lahirkan ramai pemalas



London: Hampir empat juta penduduk dewasa Britain tidak pernah mendapat pekerjaan berbayar seumur hidup dan jumlah itu adalah lebih ramai berbanding populasi Wales.

Data menunjukkan sistem kebajikan Britain menghadapi masalah besar dan ia dikritik kerana membenarkan penganggur menikmati hidup lebih baik berbanding orang lain yang bekerja. Lebih satu pertiga daripada mereka yang tidak pernah mendapat bayaran adalah berusia antara 25 hingga 64 tahun, manakala 205,000 penduduk berusia lebih 65 tahun tidak pernah bekerja sebelum menjadi pesara.


Golongan yang paling terjejas ialah anak muda dengan lebih satu per tiga daripada mereka yang berusia antara 18 dan 24 tahun tidak pernah mendapat bayaran daripada pekerjaan dilakukan. - DM

Kempen hapuskan ilmu hitam



Moscow: Pemimpin Checnya, semalam mengarahkan kempen menghapuskan kepercayaan terhadap dukun dan pengamal ilmu hitam yang semakin berleluasa di wilayah pergunungan Russia itu.

Ramzan Kazyrov, orang kepercayaan Kremlin yang mentadbir wilayah penduduk Islam berkenaan turut menggesa penduduk Chechnya menjauhi mereka yang mendakwa mempunyai kuasa luar biasa.


Dalam pertemuannya dengan pemimpin majlis perbandaran, Kadyrov berkata, memohon bantuan kepada dukun dan pengamal ilmu hitam tidak akan membawa mereka ke mana dan ia dilarang dalam Islam.



Beliau memberi amaran mereka yang enggan meninggalkan amalan ilmu hitam akan dikenakan tindakan keras.


Ramai penduduk tempatan percaya Chechnya menjadi tumpuan jin yang muncul di wilayah itu selepas ia musnah akibat dua peperangan menuntut pemisahan dari Russia. - AFP

Pemberontak Darfur setuju tandatangani gencatan senjata




12 Februari 2013
DOHA - Satu perjanjian gencatan senjata antara kerajaan Sudan dan kumpulan pemberontak Darfur, Pergerakan Keadilan dan Kesamarataan (JEM) dimeterai bagi menamatkan konflik lebih sedekad, semalam.

Menurut pegawai, Sudan yang diwakili menterinya, Amin Hassan Omar menandatangani persetujuan itu bersama wakil JEM, Mohamed Bashir Ahmed di hadapan Timbalan Perdana Menteri Qatar, Ahmed Abdullah Al-Mahmoud dan Ketua Pengantara Kesatuan Afrika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Aichatou Mindaodou.

Pada 2003, beberapa usaha antarabangsa menemui kegagalan, apabila beberapa kumpulan pelampau melanggar perjanjian terdahulu dengan meningkatkan serangan untuk menentang kerajaan yang didominasi bangsa Arab.

Pada 2011, satu lagi perjanjian damai dimeterai antara kerajaan Sudan dan cabang pemberontak Pergerakan Keadilan dan Pembebasan (LJM) yang dikenali sebagai Perjanjian Doha. - Reuters

Mahkamah luluskan tukar jantina anak



Bogor: Sebuah mahkamah rendah semalam membenarkan pasangan suami isteri Achmadi dan Tugini menukar nama serta jantina anak mereka di sijil kelahiran.

Hakim Ronald Lumbuun, membenarkan nama Anindya Thalita Putri, 5, menjadi Azriel Anindya Putra, manakala jantina asal pada dokumen kelahirannya ditukar menjadi lelaki daripada perempuan. “Kebenaran ini diberikan selepas membuat pertimbangan daripada aspek perubatan dan agama,” katanya. Dalam perbicaraan, mahkamah turut mendengar keterangan seorang doktor yang menjalankan pembedahan pada alat kelamin Anindya, Jose Batubara.


Kata Jose, budak lima tahun itu tidak memiliki sel telur dan hormon esterogen yang membolehkan dia memiliki payu dara.



Justeru, kata Jose, budak terbabit perlu menjalani pembedahan menukar jantina. Seorang lagi saksi ialah pakar undang-undang Islam, Syaiful Anwar.


Kata Syaiful, walaupun menukar jantina dengan alasan nafsu atau duniawi haram, hukum itu menjadi sebaliknya jika dibuat berdasarkan keperluan perubatan. Saksi lain berkata, tingkah laku Anindya memang menunjukkan ciri seorang budak lelaki, sama ada cara berpakaian atau kecenderungan bermain. - tribunnews.com

Tragedi gajah kerdil



BANGKAI gajah pigmy yang ditemui di Hutan Simpan Rara baru-baru ini disyaki akibat termakan racun tikus.


RABU lalu, negara digemparkan dengan penemuan bangkai 10 ekor gajah pigmy atau gajah kerdil Borneo yang mati dalam keadaan menyayat hati di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara, kira-kira 130 kilometer dari Tawau, Sabah.
Ketika ditemui awal bulan lalu, kesemua bangkai didapati mengalami kerosakan organ dalaman sementara usus, mulut dan dubur berdarah, kemungkinan besar disebabkan keracunan.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr. Laurentius Ambu memberitahu, kesemua bangkai haiwan yang dilindungi itu dipercayai daripada satu keluarga dan dijumpai mati di tiga lokasi tidak jauh antara satu sama lain dalam hutan simpan tersebut sejak 29 Disember lalu hingga 24 Januari lepas.
Beberapa hari kemudian, pihak berkuasa menemui empat lagi bangkai gajah pigmy dalam keadaan sama di lokasi berbeza, menjadikan jumlah bangkai yang ditemui meningkat kepada 14 ekor.

BILANGAN haiwan unik yang hanya boleh ditemui di Borneo ini kurang daripada 1,500 ekor di dunia.


Misteri kematian kawanan gajah pigmy itu dikaitkan dengan kekejaman manusia.
“Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan akibat tembakan.
“Siasatan terhadap penggunaan racun tikus juga terpaksa dijalankan memandangkan keadaan kesemua bangkai yang ditemui sama dengan bangkai tujuh ekor gajah pigmy yang mati akibat memakan racun tikus di Rizab Hidupan Liar Tabin di Lahad Datu 10 kira-kira tahun lalu,” tambahnya.
Sementara itu, pegawai veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr. Sen Nathan yang ditemui berkata, penemuan 14 bangkai tersebut cukup menyedihkan terutamanya apabila petugas jabatan berkenaan terpaksa memujuk dan menangkap seekor anak gajah berusia tiga bulan yang masih hidup.
“Ketika ditemui anak gajah itu seolah-olah sedang menangis sambil menggerakkan tubuh ibunya yang telah mati.
“Anak gajah yang diberi nama Baby Joe seberat 120 kilogram itu kini ditempatkan di Taman Hidupan Liar Lok Kawi dan diberi minum susu formula yang ditambah serat serta antibiotik.
“Anak gajah biasanya minum susu antara 20 hingga 30 liter sehari tetapi Baby Joe ketika ini hanya minum separuh daripada jumlah itu,” katanya.
Gajah pigmy merupakan spesies gajah terkecil dunia yang hanya boleh ditemui di negeri Sabah dan beberapa kawasan lain di Borneo.
Bagaimanapun, populasi haiwan unik ini semakin mengecil dengan hanya 1,500 ekor sahaja dipercayai masih hidup di kepulauan Borneo termasuk kira-kira 400 ekor hidup bebas di Hutan Simpan Gunung Rara.

WWF mengambil inisiatif memasang tag elektronik pada gajah pigmy untuk mengesan pergerakan dan mengkaji tingkah lakunya.


Takut panas
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Colombia di New York, Amerika Syarikat mendapati terdapat persamaan genetik antara gajah pigmy dengan kelompok asal gajah yang berasal dari tanah besar Asia dan Sumatera.
Terdapat juga mitos menyatakan bahawa gajah pigmy lahir daripada sisa kawanan gajah yang diberikan sebagai hadiah daripada Syarikat India Timur kepada Sultan Sulu pada kurun ke-17.
Ia juga disenaraikan sebagai haiwan terancam oleh Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemuliharaan Alam (IUCN) pada 1986 berikutan bilangannya semakin menyusut sehingga 50 peratus dalam tempoh 65 tahun.

AKTIVITI pembalakan sering menimbulkan konflik antara gajah dan manusia.


Bagaimanapun, gajah pigmy hanya diisytihar sebagai haiwan yang wajar dilindungi selepas analisis asid deokribonukleik (DNA) yang dilakukan oleh Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF) dan Universiti Columbia di Amerika Syarikat pada tahun 2003 mendapati gajah pigmy merupakan subspesies yang semakin pupus secara genetiknya.
Menerusi kajian tersebut, dapat diketahui bahawa gajah pigmy dewasa boleh mencapai ketinggian sehingga 2.4 meter ketika berdiri, iaitu 30 hingga 60 sentimeter lebih pendek berbanding gajah Asia yang tinggal di tanah besar.
Dengan jangka hayat mampu menjangkau sehingga 70 tahun, berat berat gajah pigmy dewasa boleh mencecah sehingga 5 tan.
Bentuk mukanya kelihatan lebih bulat, kecil dan muda manakala, karakternya pula tidak agresif dan lebih mudah dilatih.
Memilih hidup secara berkumpulan antara 10 hingga 20 ekor, gajah pigmy memerlukan kawasan jelajah yang luas namun kumpulan ini tidak akan pergi jauh daripada tebing Sungai Kinabatangan kerana ia cukup sensitif kepada cuaca panas.
Koordinator program WWF, A. Christy Williams di laman web badan tersebut berkata, gajah pigmy gemar memakan buah kelapa sawit.
“Menanam pokok kelapa sawit di sebelah kawasan hutan sama seperti menunjukkan gula-gula kepada kanak-kanak,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Alam_Damai&pg=al_01.htm#ixzz2Ke5PffZU 
Hakcipta terpelihara