Saturday, June 19, 2010

Banduan ketiga ditembak mati di AS




2010/06/19

LOS ANGELES: Seorang banduan di penjara Utah yang disabitkan kesalahan membunuh dihukum tembak sehingga mati oleh pasukan penembak semalam, menjadikannya orang pertama dihukum sedemikian di Amerika Syarikat (AS) sejak 1996. 

Ronnie Lee Gardner, 49 dijatuhkan hukuman mati berkenaan selepas rayuan terakhirnya ditolak mahkamah agung.

Pesalah itu diikat pada sebuah kerusi besi berwarna hitam dan diapit beg pasir bagi menghalang peluru melantun.

Selepas sasaran dilekatkan pada kawasan dada di atas jantungnya dan kain tukup dipakaikan untuk menutup kepalanya, satu pasukan lima penembak tepat dengan raifal .30 kaliber menembak Gardner. 

Hanya empat daripada senjata digunakan mempunyai peluru hidup, manakala satu lagi peluru lilin, amalan untuk menyedapkan hati penembak yang tidak akan tahu siapa yang sebenarnya menembak mati pesalah. 

Sejurus sebelum hukuman tembak itu, peguam Gardner, Andrew Parnes berkata: 
“Anak guam saya kelihatan tenang. Apakah itu satu lakonan, saya tidak tahu.” 
Berikutan Gardner meminta tidak seorang pun dari ahli keluarganya menyaksikan dia dihukum tembak, ahli keluarganya berkumpul di luar penjara berkenaan. – Agensi 

Pelarian Kyrgyzstan semakin meningkat




2010/06/19

OSH: Kira-kira 400,000 rakyat Kyrgyzstan hilang tempat tinggal dan terpaksa menjadi pelarian berikutan keganasan etnik di negara itu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, peningkatan jumlah yang mendadak berbanding anggaran kerajaan. 

Jurucakap Pejabat Kemanusiaan PBB Elisabeth Byrs, berkata kira-kira 300,000 orang terpaksa melarikan diri tetapi masih berada di dalam negara yang mempunyai 5.3 juta penduduk itu.“Seramai 100,000 pelarian lagi kini berada di Uzbekistan dan berdepan krisis makanan, kekurangan bekalan air bersih rta risiko jangkitan penyakit,” kataPresiden kerajaan sementara Kyrgyzstan Roza Otunbayeva ketika melawat kawasan pertelagahan etnik itu berkata hampir 2,000 orang terkorban, walaupun sebelum ini Kementerian Kesihatan berkata jumlahnya hanya 191 orang. 

“Saya menganggarkan jumlahnya 10 kali ganda daripada yang dilaporkan,” kata Otunbayeva yang dipetik jurucakapnya Farid Niyazov. 

Beliau berkata angka semasa itu tidak termasuk jenazah yang dikebumikan serta-merta bagi memenuhi tuntutan Islam. 

Sementara itu, etnik Uzbek yang ditemuramah wartawan agensi berita antarabangsa di bandar raya Osh berkata, lelaki Kyrgyz mencabul dan memukul lebih 10 orang wanita dan remaja perempuan Uzbek, termasuk yang sedang hamil dan kanak-kanak seawal usia 12 tahun di sebatang jalan ketika keganasan minggu lalu. 
Matlyuba Akramova turut menunjukkan kepada wartawan seorang gadis remaja dan saudaranya berusia 16 tahun yang mengalami trauma selepas melihat bapanya dibelasah samseng etnik Kyrgyz di kejiranan Cheryomushki. 

“Dia bersembunyi di loteng ketika kejadian, tetapi kemudian turun untuk merawat luka bapanya. Bagaimanapun sekumpulan samseng lain terlihat gadis itu dan mencabulnya di hadapan bapanya,” katanya. – AP 

Macam-macam: Kakitangan kerajaan ditegah simpan janggut

2010/06/19

TOKYO: Pihak berkuasa bandar raya Isesaki di timur laut Jepun, mempertahankan tindakannya melarang kakitangan kerajaan tempatan menyimpan janggut dan berkata ia bersesuaian dengan kempen ‘jimatkan tenaga’ yang dilaksanakannya. 

Jurucakap Dewan Bandaraya Isesaki, Mamoru Hasegawa, berkata larangan itu adalah sebahagian daripada kempen menggalakkan pekerja tidak memasang pendingin hawa pada musim panas, sebaliknya mencukur janggut, menanggalkan jaket dan tali leher, bagi menjimatkan tenaga.Pengerusi Jawatankuasa hak asasi Isesaki, Fumio Haruyama mengkritik larangan itu dan menyifatkannya satu tindakan mencabul kebebasan peribadi. – Agensi

Penceramah dilarang masuk Britain




2010/06/19

LONDON: Britain mengeluarkan perintah melarang penceramah agama terkenal, Dr Zakir Naik daripada memasuki negara itu selepas didakwa berkata bahawa ‘setiap Muslim perlu menjadi pengganas’, lapor akhbar tempatan yang memetik kenyataan setiausaha dalam negeri. 

Dr Zakir, 44, sebelum ini dijadual menyampaikan siri ceramah di London dan bahagian utara England, tetapi Setiausaha Dalam Negeri yang baru, Theresa May mengambil keputusan melarang beliau memasuki Britain, lapor khbar Daily Telegraph.an Dr Naik memasuki negara ini. Kenyataan yang beliau keluarkan membuktikan sikapnya yang tidak boleh diterima. Kebenaran memasuki Britain adalah satu keistimewaan dan bukan hak. Saya tidak bersedia membenarkan mereka yang mungkin menjejaskan penduduk awam datang ke Britain,” katanya dipetik akhbar itu. – AFP

Nik Aziz saran wanita tunaikan solat Jumaat



BACHOK - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan wanita turut mengerjakan solat Jumaat sebagaimana lelaki menunaikannya di masjid dengan mempunyai ruang khas bagi mengerjakan ibadah itu.

Beliau berkata, walaupun amalan itu adalah sunat bagi wanita tetapi ia digalakkan dalam Islam kerana di Tanah Suci Mekah, wanita boleh melakukannya.

“Saya nampak benda ini sepatutnya sudah lama diamalkan, tetapi kerana kita tidak mempunyai tempat cukup kerana melibatkan percampuran antara jemaah lelaki dan wanita,” katanya di sini, hari ini.

Nik Aziz menyarankan imam masjid di Kelantan agar mencontohi amalan di Arab Saudi yang mengamalkan solat Jumaat dalam kalangan Muslimat.

Ditanya sama ada ia akan menimbulkan suatu kejutan kerana baru diperkenalkan di negeri ini, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, ia tidak menjadi masalah selagi tidak bercanggah dengan Islam.

“Memanglah sesuatu yang terpendam, setelah baru didedahkan akan menimbulkan kejutan,...tetapi ia tidak akan menjadi masalah selagi ia tidak bercanggah dengan agama.

“Biasalah...malah sejak Pas baru lahir dulu pun menimbulkan kejutan dalam kalangan masyarakat macam mana politik dengan agama boleh dicampuradukkan,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini kebanyakan wanita sanggup menunggu suami dalam kereta mengerjakan solat Jumaat kerana tiada ruang khas untuk mereka disebabkan kebanyakan ruang di masjid digunakan lelaki.

“Tetapi jika ada ruang cukup untuk wanita, ia tidak jadi masalah. Kalau hari-hari biasa wanita boleh bersolat jemaah, tidak ada sebab wanita juga boleh mengerjakan solat Jumaat di masjid,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap masjid yang bakal dibina di sini akan dijadikan masjid contoh untuk memperkenalkan wanita mengerjakan solat Jumaat di negeri ini. - Bernama



Sultan tidak perkenan tindakan Pemangku Raja Kelantan



KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra tidak perkenan dengan tindakan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menarik balik pelantikan Jaksa Pendamai (JP) dan anugerah lain terhadap seorang keluarga diraja, Tengku Ahmad Zahiri Tengku Abdul Kadir.

Tengku Ahmad Zahari mendakwa, Sultan Kelantan kesal terhadap penarikan pelantikan tersebut selepas dimaklumkan mengenai tindakan itu ketika menghadap baginda di Istana Mahkota di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, beliau menghadap Tuanku Ismail selepas menerima surat itu daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias pada 9 Mei lalu, beberapa hari selepas penarikan gelaran itu.

Beliau yang juga pegawai lantikan kontrak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) berkata, penarikan balik pelantikan itu terhadapnya juga berkuat kuasa 9 Mei lalu.

“Selain JP, anugerah saya yang lain ditarik balik ialah Seri Kelantan (SK), Ahli Kelantan (AK) dan Pingat Taat (PT),” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar 17 Jun lalu melaporkan, Kerajaan Kelantan mengumumkan penarikan balik darjah kebesaran yang membawa gelaran datuk daripada tujuh individu oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Pada masa sama, Tengku Muhammad Faris juga menarik balik pelantikan Jaksa Pendamai (JP) terhadap tiga individu lain.

Ribuan bantah larang bertudung di Kosovo





PRISTINA - Ribuan penduduk Kosovo berketurunan Albania berhimpun di sini semalam bagi membantah tindakan kerajaan negara rantau Balkan itu yang mengharamkan pemakaian tudung di kalangan pelajar Muslim di dalam sekolah.
Penunjuk perasaan itu menuntut pihak berkuasa membenarkan pemakaian tudung yang dianggap sebagai simbol agama untuk pelajar perempuan Islam.
Mereka turut mendesak pihak pemerintah menarik balik hukuman penggantungan terhadap beberapa pelajar yang berkeras untuk memakai tudung dan enggan menanggalkannya apabila diarahkan oleh pihak pentadbiran sekolah awam.
Kosovo yang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia pada 2008 masih melaksanakan perlembagaan sekular dengan memisahkan urusan pihak berkuasa agama daripada hal ehwal negara. - AFP

Pasangan tinggal dalam khemah dapat pembelaan



Jamawi Jaafar (tiga dari kiri) bersama rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Tenom membawa bantuan makanan untuk diserahkan kepada Ampakat Magindul dan Sinang Bangsian di Kampung Kalibatang Lama, Kemabong, Sabah, baru-baru ini.


TENOM 18 Jun - Kedaifan hidup warga emas, Ampakat Magindul, 90, dan pasangannya, Sinang Bangsian, 87, yang hanya tinggal dalam khemah di Kampung Kalibatang Lama, Kemabong dekat sini berakhir apabila mendapat pembelaan Pergerakan Pemuda UMNO Sabah.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, pihaknya terpanggil membela pasangan berkenaan selepas dimaklumkan mengenai kisah hidup mereka oleh penduduk setempat.
Katanya, keadaan hidup pasangan berkenaan yang banyak bergantung simpati sumbangan masyarakat sekeliling amat menyedihkan dan tidak terurus.
''Kita bukan sahaja melawat dan menghantar bantuan tetapi akan mengambil langkah penyelesaian jangka panjang bagi membantu pasangan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat pasangan berkenaan baru-baru ini.
Jamawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom berkata, antara penyelesaian jangka panjang itu adalah mendapatkan sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk pasangan tersebut.
Tambahnya, pasangan tanpa anak itu turut dipelawa untuk dihantar ke rumah kebajikan bagi memastikan kehidupan mereka lebih terurus.
''Bagaimanapun kedua-dua langkah berkenaan bergantung kepada keputusan pasangan berkenaan dan keluarga mereka.
''Kita tidak boleh terlalu memaksa tetapi sedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa dan memastikan bantuan tersebut disegerakan," ujarnya.
Beliau menambah, walaupun pasangan berkenaan sudah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan sebanyak RM300 sebulan, ia masih belum memadai kerana pasangan tersebut sudah terlalu uzur untuk mengurus hidup masing-masing.
Oleh itu beliau berharap Jabatan Kebajikan tampil dengan kaedah lain untuk membantu pasangan berkenaan.
Sementara itu, Jamawi berkata, pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi perlu lebih peka kepada masalah masyarakat dengan melaporkan segera masalah itu kepada pihak berkaitan.
Katanya, dengan itu tindakan susulan dapat diambil bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk itu.

Pensyarah dalam senarai JI?





KUALA LUMPUR 18 Jun – Bukit Aman sedang menyiasat kemungkinan penglibatan pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negara ini dengan saki-baki kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).
Sumber Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini mengesahkan terdapat nama pensyarah dalam senarai pemantauan pasukan itu,
“Saya tidak menolak kemungkinan penglibatan mereka (pensyarah-pensyarah) dengan kumpulan militan itu, kita sedang siasat,” katanya.
Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kumpulan militan JI dikesan cuba menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrut golongan remaja termasuk pelajar IPT.
Kata Musa, perkara itu terbukti selepas polis menahan dan mengusir 10 anggota JI dalam siri operasi yang dijalankan sejak awal tahun ini.
Polis turut menyelamatkan 20 hingga 30 pelajar IPT daripada terjebak dalam gerakan militan itu dalam tempoh yang sama.
Sehubungan itu, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pengajian Tinggi dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara tersebut.
Menurut sumber itu lagi, sekiranya terbukti ada pensyarah yang terlibat dengan JI, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.
Sumber itu juga mengesahkan masih terdapat saki-baki kumpulan ekstremis tersebut terutama di Johor dan Lembah Klang.
Mengenai ugutan kumpulan tersebut untuk meletupkan Kuil Batu Caves di Gombak dan Kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang, beliau berkata:
“Perkara itu memang betul dan setakat hari ini cuma dua kuil yang terlibat. Bagaimanapun kita telah meningkatkan pemantauan dan kawalan di kedua-dua kuil tersebut.”
Laporan akhbar hari ini menyebut PDRM telah meningkatkan pemantauan di kuil-kuil terbabit termasuk berpakaian preman berikutan wujud ancaman pihak militan untuk meletupkannya.

Amerika Syarikat hantar AS$60 Juta (RM195 Juta) lagi untuk pelarian Palestin



19/06/2010 3:52am

WASHINGTON 19 Jun - Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton hari ini mengumum mengeluarkan bantuan baru sebanyak AS$60 juta (RM195 juta) kepada PBB Relief dan Works Agency (UNRWA) bagi pelarian Palestin.
"Sumbangan ini akan menyediakan perkhidmatan krikital seperti penjagaan kesihatan dan meningkatkan taraf hidup 4.7 juta rakyat Palestin," kata ketua diplomat Amerika Syarikat itu pada majlis yang menandakan Hari Pelarian Sedunia.
Clinton berkata, Amerika Syarikat adalah penyumbang terbesar bantuan kepada pelarian dengan jumlah AS$1.74 bilion (RM5.66 bilion) yang diperuntukkan pada tahun 2009.
Manakala, bajet tahunan bagi UNRWA yang mengalami kesulitan kewangan, adalah sekitar AS$600 juta (RM1950 juta). - AFP