Tuesday, October 7, 2014

Pancaroba

minta Jabtan Mufti nyatakan pendirian


Ahmad Mujahid added 2 new photos.
Ajaran ESQ Sesat dan Menyesatkan
M. Fachry -
JAKARTA (Arrahmah.com) – ESQ akhirnya dinyatakan sesat dan menyesatkan. Demikian kesimpulan dari diskusi Forum Komunikasi Sosial dan Kemasyarakatan (FKSK) yang ke 58 yang diadakan di Gedung Intiland, Jakarta, Kamis (29/7). Sayangnya Ary Ginanjar, presdir ESQ Leadershi[ Centre tidak hadir untuk menolak secara terbuka kesimpulan tersebut.
Benarnya Fatwa Mufti Malaysia
The Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) yang diajarkan Ary Ginanjar Agustian selama 10 tahun belakangan ini ternyata sesat dan menyesatkan. Pasalnya, training ESQ yang sudah diikuti lebih dari 850.000 orang di Indonesia, Malaysia, Australia, Belanda dan AS dengan biaya amat mahal itu, ternyata mengandung ajaran sinkretisme, liberalisme, pluralisme dan dapat menjadikan zindiq dan kufur.
Maka benarlah apa yang dikatakan Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia, Datuk Haji Wan Zahidi Bin Wah Teh, yang melarang ajaran ESQ Ary dikembangkan di Kuala Lumpur, Putra Jaya dan Labuan Malaysia, karena dianggap sesat dan menyimpang dari aqidah Islam.
Demikian antara lain kesimpulan dari diskusi Forum Komunikasi Sosial dan Kemasyarakatan (FKSK) ke 58 yang diadakan di Gedung Intiland, Jakarta, Kamis (29/7). Turut berbicara KH Amin Djamaluddin (Direktur LPPI), KH Anwar Ibrahim (Ketua Komisi Fatwa MUI), Bernard Abdul Jabbar (Mantan Missionaris Kristen) dan KH Muhammad Al Khaththath (Sekjen FUI). Sedangkan Ary Ginanjar Agustian (Presdir ESQ Leadership Centre) yang sudah berkali-kali menyatakan bersedia hadir ternyata mengingkari janji dengan dalih ada undangan ke Malaysia.
Sesat & Menyesatkan Karena Menjurus Kepada Syirik
Menurut Amin Djamaluddin yang dikenal sebagai ulama ahli aliran sesat, Ary dengan sengaja telah menyampaikan ajaran sesat dan menyesatkan orang lain melalui buku yang ditulisnya “Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi dan Spiritual”. Sebab dalam buku itu penuh dengan ajaran sinkretisme, pluralisme, liberalisme sehingga menjurus pada zindiq dan kufur bahkan syirik. Ary juga mengajarkan agar umat Islam tidak percaya dengan mukjizat para Nabi termasuk mukjizat Nabi Muhammad SAW, karena dianggap tidak masuk akal.
“Setelah saya teliti, dalam buku tersebut Ary sesat dan menyesatkan dengan sengaja mencampur adukkan ajaran Islam dengan Kristen, Yahudi, Hindu dan Buddha. Selain itu Ary menggunakan kebebasan berfikir untuk menafsirkan Al Qur’an dan Hadis, padahal dia bukan ahli Tafsir dan ahli Hadis, sehingga tafsirannya ngawur sekali. Selain itu Ary juga menafsirkan 99 sifat Allah dalam Asmaul Husna bisa juga menjadi sifat manusia dalam kehidupan sehari-hari. Jadi seolah-olah manusia bisa meniru Allah sehingga bisa menjurus pada kemusyrikan. Apalagi Ary tetap meyakini suara hati sebagai sumber kebenaran, bukan Al Qur’an dan As Sunnah sebagai sumber kebenaran,” tegasnya.
Pendapat Amin Djamaluddin itu diperkuat dengan pendapat Bernard Abdul Jabbar yang mampu membuktikan bahwa ajaran dalam buku yang ditulis Ary itu ternyata secara diam-diam diambil dari kitab injil, kitab taurat dan kitab weda yang merupakan kitab suci Hindu. Memang sebelumnya Ary bertahun-tahun menjadi dosen Universitas Udayana Bali sehingga bergaul akrab dengan orang Hindu Bali.
ESQ Wajib Koreksi Diri
Sementara itu KH Anwar Ibrahim meragukan ajaran ESQ, karena penuh dengan liberalisme dan pluralisme, yang menganggap semua agama adalah benar. Pasalnya, sewaktu Ary mendirikan ESQ tahun 2000 bertepatan dengan lahirnya gerakan Islam liberal di Indonesia yang diwakili JIL (Jaringan Islam Liberal).
“Apakah orang seperti Ary Ginanjar bisa dijadikan rujukan dalam memahami Al Qur’an dan As Sunnah, sementara Ary sendiri tidak mampu berbahasa Arab sehingga keahliannya dalam memahami litelatur Islam sangat diragukan,” ungkap Anwar Ibrahim yang pernah studi Islam di Madinah dan Kairo tersebut.
Sedangkan KH Muhammad Al Khaththath menyebut ajaran Ary bisa menjurus pada kesyirikan. Pasalnya, para peserta ESQ dimintanya untuk meneladani sifat-sifat Allah dalam Asmaul Husna.
“Saya menyayangkan mengapa tidak ada pelajaran syariah dalam training ESQ, yang ada hanya aqidah dan itupun sudah menyimpang dari pokok ajaran Islam dan menjurus pada kesyirikan,” tegasnya.
Sementara itu Amin Djamaluddin mengusulkan umat Islam jangan hanya menerima permintaan maaf Ary saja, tetapi wajib mengumumkan di berbagai media massa mengenai kekeliruan dan kesesatan yang terdapat dalam bukunya dan modil trainingnya sehingga bersedia untuk mengkoreksinya. Selain itu Ary juga harus merombak modul dan materi dalam trainingnya sehingga tidak menyesatkan para peserta training. Pasalnya, kalau hanya mengandalkan ucapan permintan maaf saja, nanti dikhawatirkan akah dikhianati, sehingga dia kembali mengajarkan ajaran sesatnya untuk merusak aqidah umat Islam. Sebab selama ini Ary dikenal suka berubah-ubah dan tidak konsekwen dalam ucapannya.

Presiden Kenya dihadapkan ke ICC

NAIROBI: Presiden Kenya Uhuru Kenyatta hari ini ke The Hague, Belanda untuk menghadapi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.
Kenyatta, yang akan menjadi presiden masih berkuasa pertama dihadapkan ke mahkamah itu, menyerahkan kuasanya buat sementara waktu kepada timbalannya bagi melindungi kedaulatan negara Afrika timur itu, sebelum mengambil penerbangan sebagai 'rakyat biasa' ke Amsterdam.
Beliau melambai tangan ke arah penyokongnya di lapangan terbang Nairobi dan mendaftar masuk di sisi penumpang lain dengan diiringi isteri dan anak perempuannya, enam ahli Parlimen dan tiga menteri.
Beliau dijadualkan menghadiri perbicaraan di ICC di The Hague esok.
Kenyatta, 52, menghadapi lima tuduhan bagi peranannya merancang keganasan pasca pilihan raya pada 2007 dan 2008 yang mengakibatkan 1,200 orang maut dan 600,000 orang hilang tempat tinggal. - AFP

Kapal perang Korea Utara, Selatan berbalas tembakan amaran



GAMBAR fail, tentera Laut Korea Selatan melakukan latihan ketenteraan berhampiran Taean, Korea Selatan pada bulan Mei, 2010. Bot peninjau dari Korea Utara dan Korea Selatan berbalas tembakan amaran berhampiran Korea Selatan di pulau sempadan Yeonpyeong hari ini, kata laporan media. - Foto EPA
SEOUL: Kapal perang Korea Selatan dan Korea Utara dilaporkan berbalas tembakan amaran apabila kapal jirannya itu dikatakan memasuki perairan sempadan selatan yang dipertikaikan, demikian menurut pegawai Seoul hari ini.
Pegawai berkenaan berkata, tembakan kedengaran di perairan berkenaan namun tiada laporan mengenai kecederaan dan kerosakan membabitkan aset kedua-dua pihak.
Insiden berbalas tembakan bukan lagi asing di sempadan perairan di antara pihak keselamatan maritim kedua-dua negara termasuk membabitkan kematian.
Namun, kejadian terbaharu hari ini berlaku tiga hari selepas satu kumpulan berprofil tinggi Korea Utara melakukan lawatan mengejut ke Korea Selatan dan bersetuju untuk mengkaji semula rundingan membabitkan peringkat pegawai tertinggi.
Pegawai berkata, kapal Korea Utara memasuki perairan selatan yang dikawal Korea Selatan kira-kira 10 minit sebelum belayar keluar. - AP

Pesta arak cemari bulan haji


USAHA syarikat arak untuk mempromosikan di Malaysia pesta arak Oktoberfest yang berasal dari Jerman perlu disekat.


SHAH ALAM – Pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengecam tindakan kerajaan negeri Selangor membenarkan pesta jualan arak Oktoberfest diadakan di negeri ini sejak bulan lalu tanpa mengira sensitiviti umat Islam.
Menurut mereka, sikap biadab kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat membenarkan promosi pesta anjuran Carlsberg Malaysia itu secara keterlaluan tidak patut berlaku. Oktoberfest merupakan pesta jualan arak yang menjadi tradisi turun-temurun di Jerman dan cuba dikembangkan di negara ini secara terbuka oleh syarikat pengeluar arak ternama itu.
Lebih menyedihkan, kerajaan negeri Selangor memandang sebelah mata terhadap tindakan penganjur menyewa papan iklan gergasi milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Jalan Subang, Seksyen U2 di sini untuk mempromosikan iklan festa tersebut sedangkan majoriti penduduk Shah Alam adalah orang Islam.
Presiden Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDS), Rosdi Long berkata, kebenaran bagi pemasangan papan iklan Oktoberfest di sekitar bandar raya Shah Alam seolah-olah menggalakkan orang Islam di Selangor menyertai aktiviti mempromosi minuman keras terbabit.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3FSjibUum 
Hakcipta terpelihara 

Jemaah haji mula bergerak ke Mekah


SEBAHAGIAN jemaah haji di sebatang jalan di Mina untuk melaksanakan ibadah melontar, kelmarin. - AFP
MEKAH 6 Okt. - Kira-kira dua juta jemaah haji mula bergerak Mekah hari ini selepas selesai melaksanakan ibadah melontar jamrah selama tiga hari di Mina.
Setibanya di Mekah, para jemaah akan melaksanakan Tawaf Ifadlah (Tawaf Rukun) dan Saei bagi yang belum melakukannya sebelum me­lakukan Tawaf Wada (Tawaf Selamat Tinggal) bagi menandakan selesailah pelaksanaan ibadah haji.
Namun, terdapat sebahagian jemaah yang masih berada di Mina sehingga esok, hari terakhir ibadah haji.
Laman web Saudi Gazette me­laporkan, hujan turun dengan lebat di kebanyakan kawasan di Mekah dan Mina semalam, sehingga memaksa para jemaah menggunakan payung untuk bergerak ke satu-satu tempat.
Bagaimanapun, hujan sama sekali tidak mematahkan semangat mereka untuk menyempurnakan ibadah haji, sebaliknya bersyu­kur kerana tidak perlu berhadapan de­ngan cuaca panas terik di Mina.
Gabenor Mekah, Putera Mishal Abdullah yang memantau rapi kea­daan semasa musim haji tahun ini turut mengeluarkan arahan kepada agensi terbabit untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga keselamatan para jemaah.
Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, sehingga kini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Melontar di jamrah merupakan simbolik kepada perbuatan Nabi Ismail yang membaling batu ke arah syaitan yang cuba menghasut baginda supaya enggan patuh kepada perintah Allah untuk disembelih oleh bapa baginda, Nabi Ibrahim. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141007/lu_06/Jemaah-haji-mula-bergerak-ke-Mekah#ixzz3FQ7HVsGW
© Utusan Melayu (M) Bhd