Saturday, May 3, 2014

Brunei konsisten beri taklimat hudud

Brunei konsisten beri taklimat hudud
Pihak hal ehwal agama memberi penerangan dan demonstrasi mengenai tatacara hukuman sebat dilaksanakan.
3 Mei 2014   BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Brunei membuat lebih banyak taklimat mengenai Kod Panel Syariah dalam usaha meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai hukum hudud yang dikuatkuasakan pada 1 Mei lalu.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Agama berkata, jawatankuasa penguatkuasaan kesedaran ditubuhkan untuk memberi lebih banyak taklimat secara konsisten mengenai undang-undang itu.

“Kami menerima banyak permintaan untuk memberi penerangan mengenai hukuman itu, “ katanya.

Jawatankuasa dipengerusikan Timbalan di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paduka Abd Wahab Juned  dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama Pengiran Datuk Paduka Bahrom Pengiran Haji Bahar telah membentuk kumpulan terdiri daripada 32 pegawai untuk melakukan taklimat itu.

Pegawai dilantik adalah dari Unit  Undang-undang Islam, Jabatan Peguam Negara, Pejabat Mufti Negeri, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Jabatan Hal Ehwal Syariah dan Pusat Dakwah Islam.

Sejak hudud diperkenalkan, statistik kerajaan mendedahkan, lebih 40,000 orang dari 82 kumpulan menghadiri taklimat terbabit, laporan dipetik dari Brunei Times.

Hishammuddin yakin MH370 di Lautan Hindi





KUALA LUMPUR – Operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi berada pada landasan yang betul dan semua pihak yang terlibat yakin lambat-laun kapal terbang itu pasti akan ditemui di kawasan tersebut.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau yakin pasukan mencari dan menyelamat berada pada landasan yang betul tetapi mereka bakal menghadapi cabaran yang amat besar.
“Saya percaya lambat-laun kita akan menemui MH370 dengan lebih banyak rakan-rakan (negara) yang turut serta di samping pakar-pakar demi memastikan kita fokus kepada tugas ini.
“Kami akan teruskan usaha ini tetapi pada masa yang sama akan melihat sebarang spekulasi yang timbul dengan pendekatan yang sama dan konsisten, melalui khidmat nasihat, pengesahan, maklumat sokongan dan penyertaan rakan-rakan antarabangsa,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0503&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz30bOgiykK 
Hakcipta terpelihara 

Beberapa lagi individu akan ditahan


Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Majikan Prihatin kepada Khalid Abu Bakar sambil diperhatikan Presiden CUEPACS, Azih Muda (tengah) dalam majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah, semalam. - UTUSAN/Safrizal Azmi
KUBANG PASU 1 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menahan beberapa lagi individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan militan dalam masa terdekat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, maklumat berkaitan mereka sedang dikumpul dan polis akan memaklumkan me­ngenai perkara itu selepas operasi penangkapan dijalankan.
"Masih ada lagi suspek, bila dah tangkap nanti kita akan umum," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 di Dewan Wawasan, di sini hari ini.
Pada majlis itu juga beliau mewakili PDRM menerima anugerah majikan prihatin daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada 28 April lalu, akhbar melaporkan satu kumpulan militan yang mirip dengan pengganas Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah (JI) serta berselindung di sebalik misi kemanusiaan terbongkar apabila polis menahan sembilan anggota kumpulan itu termasuk ketuanya dalam beberapa serbuan di Sela­ngor dan Kedah.
Kesemua suspek berusia 22 hingga 55 tahun itu dikatakan bersiap sedia untuk 'berjihad' di negara- negara bergolak.
Pada keesokannya, seorang lagi suspek yang merupakan seorang wanita ditahan menjadikan jumlah tangkapan setakat ini, seramai 10 orang.
Utusan Malaysia turut mendedahkan kegiatan seorang 'ustaz' dan bekas pemuzik sebuah kumpulan rock terkenal tanah air pada tahun 90-an, yang dipercayai kini berada di Syria untuk 'berjihad'.
Sementara itu, sumber kese­lamatan memberitahu, bekas pemuzik terbabit sudah lama menjalani latihan dan teknik pe­perangan penggunaan senjata api di kawasan terpencil.
Katanya, bekas pemuzik itu dan anggota militan lain menjalani latihan secara rahsia di lokasi-lokasi tersembunyi bagi mengelakkan ia dikesan oleh pihak berkuasa.
"Siasatan mendapati kawasan hutan di beberapa negeri menjadi pilihan untuk mereka menjalani latihan tersebut dalam usaha mempersiapkan diri bagi berjihad di luar negara," kata sumber itu ketika dihubungi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140502/je_03/Beberapa-lagi-individu-akan-ditahan#ixzz30bLhEqPf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Himpunan gagal capai matlamat


SEBAHAGIAN peserta bantahan pelaksanaan GST menyertai perarakan di Dataran Maybank, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 1 Mei - Perhimpunan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran pakatan pembangkang di Dataran Merdeka, bukan sahaja gagal mencapai matlamat utamanya untuk menarik ratusan ribu orang, malah ia dijadikan medan oleh pemimpin pembangkang melemparkan dakyah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Selain itu, matlamat kononnya untuk menjadi perhimpunan itu bagi menumbangkan kerajaan hanyalah omong kosong apabila peserta yang mula berkumpul sejak pukul 1 petang, mula beredar dari kawasan dataran tersebut pada pukul 4.30 petang.
Seperti perhimpunan pembangkang sebelum ini, ia turut menyaksikan perlanggaran Akta Perhimpunan Aman apabila ada peserta membawa kanak-kanak ke perhimpunan hari ini.
Walaupun membantah GST dikatakan menjadi matlamat utama, namun perhimpunan kali ini menunjukkan tiada sepakatan dan dijadikan platform bagi sesetengah pihak menonjolkan diri mereka di hadapan khalayak.
Ini termasuklah sekumpulan pemuda Cina yang mengaku mengamalkan homoseksual dengan membawa sepanduk yang tertera perkataan, 'Kami homoseksual, kami menentang GST' dan 'Tidak kira saya tidur dengan siapa, tetapi saya menentang GST'’.
Kecelaruan juga timbul apabila ada peserta turut membawa sepanduk-sepanduk yang sama sekali tiada kaitan dengan matlamat perhimpunan seperti tuntutan ro­yalti minyak untuk Kelantan dan kes kematian Teoh Beng Hock. Malah lebih melucukan ada pula kelompok melaungkan slogan mengecam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Apa dikesalkan, perhimpunan itu juga menjadi medan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang berucap untuk menyebar dakyah termasuk melakukan fitnah terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan.
Antara isu yang difitnah oleh mereka termasuklah kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibu dan mengecam hukuman penjara ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut menarik perhatian ialah kehadiran ribuan penyokong Pas yang dikatakan peserta majoriti perhimpunan itu walaupun mereka menyedari PKR dan DAP menentang keras pelaksanaan hukum hudud di Kelantan melalui usaha Pas untuk membentangkan Rang Undang-undang persendirian berhubung perkara itu di Dewan Rakyat, pada Jun atau Disember ini.
Sementara itu, menyedari perhimpunan kali ini gagal untuk mencetuskan kekecohan bagi menarik perhatian media asing, penyokong pembangkang cuba menggunakan taktik kotor apabila menyebarkan dalam laman sosial berita kononnya ada pemimpin pembangkang termasuk Anwar ditahan dan seorang anggota Unit Amal Pas mati ditikam ketika pergaduhan dengan anggota Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Mereka juga turut menyebarkan gambar seorang pemuda yang didakwa sebagai suspek kes itu digari dan terbaring di atas pengusung.
Pergaduhan dikatakan berlaku apabila peserta SAMM dikatakan mahu merempuh hadangan bagi memasuki kawasan padang di Dataran Merdeka dan tindakan itu dihalang oleh Unit Amal Pas.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa anggota SAMM bertindak ganas dengan menyerang petugas media yang membuat liputan sehingga ia mencetuskan kekecohan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140502/je_01/Himpunan-gagal-capai-matlamat#ixzz30bL1JbTn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tentera Ukraine cuba rampas semula Slaviansk


Bahagian hadapan sebuah kereta api rosak setelah melanggar bahagian belakang sebuah kereta api yang berhenti di stesen bawah tanah di Seoul, semalam. - REUTERS
SLAVIANSK, Ukraine 2 Mei - Tentera Ukraine melancarkan serangan termasuk menggunakan helikopter, awal pagi ini dalam usaha untuk merampas semula bandar Slaviansk yang kini menjadi kubu kuat kumpulan pemisah pro-Rusia.
Dua juruterbang helikopter terbunuh apabila dua helikopter tentera Ukraine ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah berkenaan.
Pegawai dan saksi berkata, pertempuran berlaku pada kira-kira pukul 4 pagi (9 pagi waktu Malaysia) apabila tentera Ukraine dilihat berada di kawasan luar bandar di selatan Slaviansk.
Menteri Dalam Negeri, Arsen Avakov berkata, kumpulan pemisah menggunakan senjata berat termasuk bom tangan bagi mematahkan serangan tentera Ukraine termasuk menggunakan pelancar peluru berpandu antipesawat bagi menyerang helikopter tentera Ukraine.
Avakov yang menuduh kumpulan pemisah menggunakan askar upahan berkata, Moscow menaja dan memberi senjata kepada kumpulan pemisah yang kini merampas kawalan ke atas bangunan-bangunan kerajaan di sekitar Donbass, timur Ukraine dan menggesa dua pungutan suara diadakan pada 11 Mei ini untuk menentukan kemerdekaan di dua negeri di wilayah tersebut.
Moscow menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan kumpulan pemisah yang merupakan penduduk berbahasa Rusia mempertahankan hak mereka daripada serangan pemimpin Kiev yang pro-Barat.
Avakov yang menyifatkan serangan tersebut sebagai operasi antikeganasan berkata, ia bertujuan untuk membebaskan tebusan, bangunan kerajaan dan mengembalikan fungsi pentadbiran di bandar tersebut.
“Kumpulan pemisah menggunakan senjata berat termasuk bom tangan pelancar roket dan pelancar peluru berpandu bergerak bagi mematahkan serangan pasukan khas Ukraine," katanya dalam akaun laman web Facebooknya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140503/lu_06/Tentera-Ukraine-cuba-rampas-semula-Slaviansk#ixzz30bHUfLEs
© Utusan Melayu (M) Bhd