Saturday, April 9, 2011

Perhimpunan Pakatan terus jadi tarikan - Malaysiakini



Wong Teck Chi
Apr 9, 11
5:06pm
Ribuan penyokong Pakatan Rakyat membanjiri perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di utara Sarawak, malam tadi. Jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri.

NONEBeberapa sumber berkata jumlah hadirin di perhimpunan di Miri, Senadin dan Bintulu adalah 7,000 orang manakala pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tulisan di Twitter menyifatkan “puting beliung” sedang melanda negeri itu.

Perhimpunan terbesar dikatakan di Miri dengan kehadiran tidak kurang 4,000 penyokong yang datang untuk mendengar ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Rali kedua terbesar adalah di Senadin - yang tidak jauh dari Miri - di mana dianggarkan tidak kurang 2,000 orang berkumpul di klinik calon PKR Dr Teo Yu Kheng bagi mendengar ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Lihat video]
NONEPada ucapannya, Anwar berkata masa sudah tiba untuk rakyat berhenti menjadi pemerhati pasif kepada perompakan hasil mahsul Sarawak yang memperkayakan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin BN lain termasuk kerabat keluarga dan kroni mereka.

"Jangan biarkan Taib atau Najib (Razak) atau Rosmah (Mansor) sekalipun menentukan nasib kita. Kita sendiri mesti bangun dan tentukan nasib negeri ini demi masa depan anak cucu kita.

“Sudah cukup rakyat Sarawak menderita miskin disebabkan kerakusan BN. Sekarang masa yang amat sesuai untuk berubah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.
Manakala di Bintulu, kira-kira 1,000 orang hadir pada perhimpunan yang dianjurkan oleh DAP dengan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang dijemput sebagai penceramah.

sarawak election miri dap ceramah 080411 01DAP dikatakan kini memberi tumpuan di dua bandar di utara Sarawak - iaitu di Sibu dan Miri selepas yakin, kerusi-kerusinya di Kuching boleh diperttahankan tanpa sebarang masalah besar.

Semua kerusi di Sibu dan Miri itu adalah di kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang begitu sukar ditembusi.

Sesetengah pihak mendakwa jumlah hadirin yang ramai belum tentu dapat menjamin bahawa DAP mampu menumbangkan calon-calon BN, termasuk presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan, khususnya di kerusi Piasau.

Chan, adalah juga timbalan ketua menteri Sarawak dan ini penggal ketujuh beliau mempertahankan kerusinya.

NONEMeskipun jumlah hadirin yang ramai, belum tentu dapat diterjemahkan sebagai undi, namun pemimpin DAP cukup selesa kerana di kalangan yang hadir itu, ramai yang menyumbang kepada tabung parti itu, terutamanya di Miri dan Bintulu.

Di Miri, ketua pemuda DAP Anthony Loke melaporkan kira-kira RM20,000 berjaya dikutip di kalangan penyokong parti itu yang menghadiri perhimpunan semalam, manakala Kit Siang pula berkata RM10,896.70 dikutip di Bintulu.
Perhimpunan Pakatan terus jadi tarikan - Malaysiakini

Kase: Putrajaya perlu hapus saman ekor, bukan tangguh - The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 9 April – Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyambut baik pengumuman Timbalan Menteri Pengangkutan bahawa Kabinet telah bersetuju untuk menangguhkan penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen tetapi menegaskan saman ekor perlu dihapuskan sama sekali.

Pengerusi Kase Datuk Mahfuz Omar(gambar) berkata, keputusan Kabinet itu telah mengesahkan dakwaan dan desakan pihaknya selama ini iaitu penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu adalah salah, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kami ingin mendesak kerajaan agar terus menarik balik tindakan senarai hitam, bukan hanya menangguhkan sahaja.

“Penangguhan tidak bermakna apa-apa kerana pada bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan semula.

“Cukuplah duit rakyat dikutip selama ini sehingga 1 April lalu,” kata beliau sambil menegaskan “kerajaan mempermainkan hak” rakyat.

Tempoh penyenaraian hitam ditangguhkan sehingga akhir Februari lalu dan kemudian dilanjutkan sehingga 10 Mac lalu bagi membolehkan saman dikeluarkan polis diselesaikan dengan diskaun.

Kase dimulakan tahun lalu bagi mendesak kerajaan menghapuskan saman ekor.

“Semasa mengumunkan perkara tersebut di Dewan Rakyat (23 Mac lalu), Timbalan Menteri Pengangkutan menyatakan bahawa keputusan penangguhan senarai hitam membabitkan Notis Pol 170A (iaitu saman rkor) tersebut adalah atas nasihat Jabatan Peguam Negara bahawa terdapat satu kes yang sedang dalam proses rayuan.

“Kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan ini sekali lagi dengan jelas telah menunjukkan bahawa tindakan kerajaan yang selama ini menyenarai hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen berasaskan Notis Pol 170A adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang kerana sudah terdapat kes di mahkamah yang telah memutuskan bahawa tindakan senarai hitam berasaskan sesuatu perkara yang belum dibuktikan adalah salah,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Oleh itu kata Mahfuz, yang juga Naib Presiden, pihaknya percaya kes yang dimaksudkan adalah kes Mahkamah Tinggi Kuching yang menjadi sandaran hujah Kase selama ini iaitu kes Leonard Lim Yaw Chiang melawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada 2009.

“Kami merasakan sesuatu yang aneh dan pelik apabila satu keputusan mahkamah telah dibuat pada 2009 lagi tetapi kerajaan langsung tidak mengambil endah, malah meneruskan tindakan senarai hitam yang jelas bertentangan dengan keputusan mahkamah tersebut,” kata beliau.

Malah menurut Mahfuz, kes yang dirujuk tersebut dikendalikan sendiri oleh Penasihat Undang-Undang Kanan Persekutuan yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak.

Oleh itu katanya, mustahil Penasihat Undang-Undang Kanan tersebut tidak memberikan laporan kepada Jabatan Peguam Negera dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pengangkutan tentang kesan kes tersebut.

“Jika laporan dan nasihat telah diberikan tetapi kerajaan tidak mengikut nasihat tersebut, ia sesuatu yang malang kerana dengan jelas kerajaan tidak menghiraukan nasihat serta tidak menghormati keputusan mahkamah.

“Jika kerajaan tidak dinasihati, adalah malang kerana kerajaan mempunyai Penasihat Undang-undang yang gagal menjalankan tugas mereka,” kata Mahfuz lagi.

Mahfuz menambah, apa yang malang ialah segala tindakan kerajaan tersebut dengan jelas telah menindas dan membebankan rakyat.

“Rakyat dihukum, ditindas, dipaksa membayar kompaun walaupun kesalahan mereka belum dibuktikan. Rakyat dipaksa beratur, bersesak-sesak di kaunter-kaunter bayaran kompaun kerana takut dengan gertakan kerajaan untuk menyenarai hitam jika kompaun tidak dibayar,” katanya sambil menambah, rakyat ditekan sehingga ada yang terpaksa berhabis duit tabungan, terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membayar kompaun kerana takut disenarai hitam.

Kini menurut Mahfuz, sekarang dengan bangganya kerajaan mengumumkan penangguhan senarai hitam.

“Alasannya kerana menunggu rayuan kes di mahkamah. Kenapa sebelum ini tidak menunggu keputusan rayuan tersebut terlebih dahulu?

“Selepas rakyat diperlakukan sedemikian rupa, baru sekarang tindakan tersebut ditarik balik? Malah Kerajaan melalui Timbalan Menteri Pengangkutan begitu bangga mengumumkan bahawa rakyat seharusnya bergembira dengan keputusan kerajaan menangguhkan senarai hitam tersebut,” katanya.

Justeru, Mahfuz bertanya mengapa rakyat harus gembira setelah mereka diperlakukan sedemikian?

“Kenapa rakyat harus gembira dipermain-mainkan oleh kerajaan? Kenapa rakyat harus gembira dengan penindasan dan paksaan kerajaan terhadap mereka?” katanya lagi.

Malah tegas Mahfuz, Kase tetap dengan pendiriannya sejak dari dulu lagi bahawa tindakan kerajaan menyenarai hitam adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.

“Segala desakan kami selama ini akhirnya jelas dan nyata kebenarannya. Selain itu, kami sekali-kali tidak akan berdiam diri dan berpuas hati setakat ini sahaja.

“Kami ingin nyatakan bahawa kami tidak akan berhenti dengan desakan kami agar kerajaan menghapus kira kesemua saman ekor (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan sebelum 1 Februari 2011,” katanya.

Beliau menambah, pihaknya juga mahu kerajaan khasnya JPJ dan polis agar menghormati dan mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada dalam menguatkuasakan undang-undang.

“Jangan menguatkuasakan undang-undang tanpa mengikut prosedur serta undang-undang itu sendiri. Seterusnya kami juga mendesak kerajaan khasnya JPJ dan polis agar membuktikan segala kesalahan yang didakwa dilakukan oleh pengguna-pengguna jalanraya jika terdapat bukti kukuh terhadap mereka.

“Buktikan dakwaan di mahkamah sebelum sebarang hukuman dilaksanakan,” katanya lagi.

Kase: Putrajaya perlu hapus saman ekor, bukan tangguh - The Malaysian Insider

Lima pemberontak Libya maut akibat bedilan Nato

Jeneral: Amerika tidak dapat guling Gaddafi secara paksa
AJDABIYAH (Libya): Para pemberontak Libya semalam berkata lima pejuang mereka terbunuh apabila pesawat-pesawat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) tersilap membedil jajaran kereta kebal dan trak pemberontak.Seorang jeneral Amerika Syarikat pula berkata mereka tidak mungkin dapat menggulingkan Encik Muammar Gaddafi dengan paksaan.Dengan pertempuran harian dekat pelabuhan Brega di timur Libya membuahkan sedikit kesan di barisan hadapan dan para pemberontak gagal menamatkan serangan tentera pemerintah di bandar Misrata di barat Libya, Nato mengakui bahawa misinya untuk melindungi orang awam adalah sukar.Di sebuah bandar di timur Libya, para pemberontak berkata trak-trak dan kereta kebal mereka dibedil pesawat Nato di luar Brega kelmarin, di mana pertempuran telah berjalan selama seminggu.Ia kali kedua dalam masa kurang seminggu para pemberontak menyalahkan Nato kerana tersilap membedil rakan-rakan mereka selepas 13 orang terbunuh dalam satu serangan udara tidak jauh dari tempat yang sama Sabtu lalu.Pada masa yang sama, para pemberontak menuduh Nato terlalu lambat mengarahkan serangan udara yang mereka harapkan dalam pemberontakan mereka untuk menamatkan pemerintahan Encik Gaddafi selama lebih empat dekad.Nato berkata ia sedang menyiasat laporan tersebut.Ditanya adakah konflik selama tujuh minggu itu sedang menuju ke jalan buntu, Ketua Komander Amerika-Afrika, Jeneral Carter Ham, berkata:'Saya akur dengan itu ketika ini.'Beliau memberitahu Dewan Senat di Washington bahawa Amerika tidak harus memberi senjata kepada pihak pemberontak tanpa mengetahui dengan lebih jelas siapa mereka.Apabila ditanya bagaimana perang itu akan berakhir, beliau berkata: 'Saya fikir ia tidak akan berakhir dengan tindakan ketenteraan.'Para pemberontak tidak mungkin dapat meneruskan perjuangan mereka menawan Tripoli dan menggulingkan Encik Gaddafi dengan menggunakan kekerasan, kata Jeneral Ham.Para pekerja perubatan membawa pakaian seragam dari bilik-bilik hospital di Ajdabiyah, gerbang masuk ke bandar Benghazi di timur Libya, selepas para pejuang kumpulan pemberontak dibawa ke tempat itu dari Brega.'Ia akibat serangan Nato ke atas kami. Kami sedang berada dekat kenderaan kami berhampiran Brega,' kata seorang pemberontak yang cedera, Encik Younes Jumaa, dari sebuah usungan di hospital tersebut.Seorang jururawat, Encik Mohamed Ali, berkata sekurang-kurangnya lima pemberontak terbunuh dalam serangan itu. -- ReutersCyberita Online Luar Negara

Gadis ditipu 'Romeo Bangladesh' RM5,000



IPOH: Akibat terpedaya dengan cinta 'Romeo Bangladesh', seorang gadis tempatan kerugian RM5,000 (apabila ditipu kekasihnya yang terdesak menggunakan wang itu bagi melanjutkan tempoh visanya yang hampir tamat tempoh.
Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Syuhaida, 34 tahun, berkata beliau mula mengenali lelaki terbabit, yang juga rakan sekerjanya ketika sama-sama bertugas sebagai operator di sebuah kilang menjahit pakaian seragam di sebuah pusat perindustrian di Taiping, di sini.Lelaki terbabit kerap dipanggil rakan sebagai Shah Rukh Khan berikutan iras wajahnya yang hampir sama dengan pelakon Hindustan tersebut.Dia mula bekerja sebagai pembantu stor dan peramah serta sering membantu pekerja lain.'Mulanya saya tidak tertarik dengan lelaki warga asing itu kerana kerap mendengar cerita tidak manis tentang sikap lelaki asing. Namun, tidak dapat disangkal, lelaki itu mempunyai keistimewaan, selain matanya yang mudah melemahkan hati wanita jika ditenung.'Tambah membuatkan saya tertarik apabila dia cukup penyabar dan tidak pernah menunjukkan riak marah walaupun kerap ditengking majikan atau dibayar gaji lebih rendah berbanding pekerja warga tempatan,' katanya.'Wang dipinjamkan itu digunakan 'Shah Rukh Khan' kononnya untuk membantu persekolahan adiknya di Dhaka, Bangladesh, selain menanggung kos perubatan ayahnya yang kerap sakit,' kata Cik Syuhaida.Setelah menjalin hubungan selama setahun, masalah mula menimpanya pada 10 Mac lalu apabila lelaki itu memberitahu yang beliau ingin ke Kedutaan Bangladesh Kuala Lumpur bagi menguruskan visanya yang hampir tamat tempoh bersama seorang rakan senegaranya.'Namun, saya mula pelik apabila dia gagal dihubungi dan tidak pulang ke asrama kilang seminggu selepas itu sedangkan dia hanya mengambil cuti selama dua hari saja.'Sehingga kini saya tidak pasti apa yang berlaku. Namun, yakin dipermain-mainkan lelaki Bangladesh terbabit yang menghilangkan diri dan mungkin berpindah kerja ke tempat lain di Kuala Lumpur,' kata Cik Syuhaida. -- Harian Metro.
Cyberita Online Luar Negara

'Saya tak maaf'

KUANTAN: “Sukar bagi saya untuk menerima dia semula dan tidak akan maafkan dia atas apa yang sudah dilakukannya terhadap saya serta anak-anak,” kata wanita malang yang dicerai dan dilanggar kereta suami ketika mereka bertengkar selepas wanita itu menangkap lelaki terbabit bermain kayu tiga dengan wanita lain dalam kejadian di Balok, di sini, awal pagi Rabu lalu.

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Imah, 35, berkata, dia juga kesal kerana kejadian itu berlaku di depan dua adik lelaki kerana baginya ia cukup memalukan.


“Tuhan saja yang tahu betapa pedihnya hati apabila suami sendiri tergamak melakukan perkara itu terhadap saya.

“Selama 16 tahun kami berkahwin sehingga mendapat tujuh anak, saya melakukan yang terbaik untuk rumah tangga kami. Tetapi ini balasannya kepada saya,” katanya, semalam.


Wanita itu pergi ke Balok, bagi mengunjungi suaminya yang bekerja di sana dan berlaku pertengkaran antara mereka, selepas dia berjaya ‘menangkap’ suaminya bermain kayu tiga dengan wanita lain.


Ketika cuba memujuk suami kembali ke pangkuan keluarga, dia dimarahi suaminya dan lebih pedih apabila suaminya melafazkan talak beberapa kali.

Lelaki itu kemudian menolak Imah dengan kuat menyebabkannya jatuh terlentang dan kereta dipandu suaminya kemudian menggilis lutut kanan Imah.


Menurut Imah, dia juga berasa dirinya diperbodoh dan diperguna oleh suami kerana ia adalah perbuatan sama kali kedua dilakukan lelaki berkenaan.

“Suami saya pernah menjalin hubungan sulit dengan wanita lain kira-kira dua tahun lalu ketika bekerja di Kuala Terengganu.


“Namun, hubungan itu hanya bertahan enam bulan dan saya memaafkannya selepas dia berjanji akan berubah di samping menyesali perbuatan itu,” katanya.


Menurutnya, jika sebelum ini suaminya sentiasa bercakap dalam nada lemah lembut tetapi bertukar bengis dan sering marah-marah sejak mempunyai hubungan sulit dengan janda beranak dua di Kuantan.


“Malah, saya juga dimarahi dengan menjadikan alasan sikap saya yang sering bertanya mengapa dia jarang pulang ke rumah dan tidak menjawab panggilan telefon sejak mendapat kerja di Kuantan memeningkannya padahal sebelum ini dia tidak seperti itu.


“Saya juga kesal apabila dia tidak mempedulikan anak-anak. Anak bongsu pernah dimasukkan ke hospital kerana keracunan akibat tertelan lingkaran ubat nyamuk tetapi dia langsung tidak pulang menjenguk anak yang sakit walaupun sudah banyak kali diberitahu melalui SMS,” katanya.


Imah kini terlantar di rumah dan tidak dapat bergerak melakukan kerja harian kerana kecederaan pada lututnya yang membengkak.


“Saya tidak dapat berjalan, nak berdiri pun susah. Dua adik lelaki saya bergilir-gilir menjaga dan menguruskan saya serta anak-anak.


“Saya bersyukur dapat melihat sendiri kecurangan suami kerana bertemunya ketika dia bersama wanita itu kerana akhirnya saya dapat mengesahkan khabar angin selama ini,” katanya.


Imah bercadang ke pejabat agama bagi menyelesaikan kes perceraiannya selepas kecederaan lututnya pulih tetapi belum pasti mengenai nasib anak-anak dan menegaskan tidak mahu suami bersikap lepas tangan membiarkannya seorang diri memelihara mereka.

myMetro | 'Saya tak maaf'

Songkran: Thailand wujud 60 kawasan bebas arak



BANGKOK: Sebanyak 60 ‘kawasan selamat bebas arak’ akan diwujudkan di seluruh Thailand ketika ia mengadakan sambutan Tahun Baru disebut Songkran yang bertujuan mengurangkan keganasan dan serangan seksual akibat ramai peserta pesta yang mabuk.


Di kawasan zon pejalan kaki, arak tidak dibenarkan dijual, dibawa atau digunakan. Ia akan diwujudkan di seluruh 44 wilayah ketika cuti Tahun Baru yang bermula dari 13-17 April, kata Visanu Srithawongse dari Yayasan Penggalak Kesihatan Thailand.
Pesta mabuk masih lagi dibenarkan di zon parti popular di Bangkok tetapi di beberapa wilayah, kawasan selamat akan diwujudkan sebagai pusat sambutan dan kamera CCTV serta sukarelawan akan membantu memeriksa pengunjung yang melanggar peraturan, kata Visanu.
Songkran adalah musim yang paling banyak membawa maut dan zon selamat mula diwujudkan pada 2005 dan terus diperluaskan, kata Visanu. Di timur laut Khon Kaen, gadis dan wanita melaporkan sejumlah 200 aduan mengenai serangan seksual lima tahun lalu manakala dua dilaporkan tahun lalu di daerah utama sambutan di ibu negara.

Ketika cuti tahun lalu, sebanyak 2,516 kemalangan jalan raya dilaporkan mengakibatkan 361 kematian, angka kematian terendah dicatatkan sepanjang beberapa tahun.

Sambutan moden adalah mengikut tradisi untuk memastikan simpanan air mencukupi bagi musim tanaman seterusnya. Secara tradisi golongan muda menyimbah air kepada tangan orang yang lebih tua sebagai tanda hormat dan menerima restu. – AP

Diserang lebah


MOHD. BADRI (kiri) menunjukkan kesan sengatan lebah pada bibir Osman di Kampung Telok Perah Kuala Pegang, Baling semalam.


BALING - Tiga sahabat nyaris maut apabila diserang ratusan ekor lebah jenis sawa ketika mahu mengambil madu lebah di kebun Bongi, Keledang, Kuala Pegang di sini petang kelmarin.

Kosmo! Online - Negara

Empat dibicara serentak

Kosmo! Online - Negara: "
Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my
SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan perbicaraan selama enam hari bermula 13 Julai depan terhadap empat daripada lapan pegawai Imigresen yang didakwa menerima suapan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM122,140 di antara April dan September tahun lalu."