Thursday, April 2, 2015

Ku Li Senada Dengan Tun M, Mahu Najib Dedah Kebenaran


Diterbitkan: Khamis, 2 April 2015 4:18 PM
 Tenkgu Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah melahirkan pandangan senada dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung beberapa teguran bekas perdana menteri itu terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Razaleigh, beliau yakin Dr Mahathir mempunyai alasan kukuh disebalik kritikan terbukanya yang dimuat naik ke blog chedet.cc.
"Sudah tiba masanya agar jawapan sebenar diberikan…kebenaran perlu didedahkan.
"Saya yakin Dr Mahathir mempunyai alasan untuk berkata demikian. Beliau orang lama, pastinya tahu isu yang berlaku dengan baik," katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Khamis.
Beliau mengulas mengenai posting terbaharu Dr Mahathir di blognya yang mengkritik dan meramalkan Barisan Nasional (BN) akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang sekiranya parti itu dan Umno masih diterajui Najib.
Dr Mahathir juga membangkitkan beberapa isu kontroversi yang menyelubungi pentadbiran Najib termasuk 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Mengulas lanjut Razaleigh yang mesra dengan panggilan Ku Li berkata semua pihak harus melihat kritikan Dr Mahathir dari sudut positif.
"Beliau hanya mencari jawapan. Dr Mahathir mahu mengetahui kebenaran di sebalik semua yang berlaku," katanya.
Sebelum ini ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen, Razaleigh juga dengan lantang mengkritik kepimpinan Najib dan mempersoalkan kedudukan ekonomi termasuk jumlah hutang negara.
Malah Ahli Parlimen paling lama berkhidmat itu turut mengulangi gesaannya supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Selamatkah naik kancil?

Image result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancilImage result for kemalangan kereta kancil