Sunday, June 7, 2015

Muhyiddin Lawat Sekolah, Masjid Rosak Akibat Gempa Bumi


Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 1:44 PM
Muhyiddin meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau pada Ahad yang mengalami kerosakan selepas dilanda gempa bumi Jumaat lepas. - fotoBERNAMA

RANAU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad melawat dua sekolah dan masjid daerah di sini yang rosak akibat gempa bumi pada Jumaat lepas.
Masjid Daerah Ranau, tempat pertama beliau lawati, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Mohamad Ali dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau.
Turut mengiringi beliau, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Sukiman.

Dalam lawatan di Masjid Daerah Ranau, beliau diberi penerangan mengenai kerosakan masjid yang kini ditutup oleh Masidi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Karanaan.

Ketika melawat SMKA Mohamad Ali dan SMK Ranau pula, Muhyiddin diberi penerangan oleh Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Jame Alip dan taklimat itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap.

Timbalan perdana menteri kemudian ke Taman Kinabalu di Kundasang bagi mendengar taklimat bencana serta operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di puncak Gunung Kinabalu sebelum berlepas balik ke Kota Kinabalu.

Kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter berlaku pada Jumaat lepas menyebabkan kerosakan beberapa bangunan di sekitar daerah ini.

Masjid Daerah Ranau mengalami kerosakan beberapa struktur bangunan dan siling bumbung anjung tepi runtuh.

Dua blok kuarters rumah guru SMK Ranau yang menempatkan 23 keluarga mengalami keretakan menyebabkan ia dikosongkan serta paip bawah tanah pecah menyebabkan bekalan air di kawasan sekolah ditutup.

Di SMKA Mohamad Ali, kerosakan membabitkan siling sebuah kelas di sekolah itu runtuh.

Sengsara ‘anu’ patah

London: Seorang lelaki terkejut dan menahan kesakitan selepas kemaluannya patah ketika mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya.
Alan Parke mendakwa dia mendengar bunyi kuat sebelum merasai sakit yang terlalu teruk pada kemaluannya.
“Saya tidak pernah terbayang boleh merasai sakit seperti itu yang menyebabkan saya terus melompat bangun dan menjerit kesakitan.
“Teman wanita Clarissa Cairns, 22, terkejut dengan reaksi saya.
“Namun, lebih teruk lagi apabila terpaksa ditahan di hospital dengan kemaluan dibalut anduh menyebabkan saya ditertawakan pesakit lain. Saya rasa itu lebih ‘menyakitkan,’” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 5:28 AM


Alan bersama Clarissa.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56275#sthash.O2hMsrtz.dpuf

‘Saya tabik keputusan Mat Sabu’

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, beliau menghormati keputusan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk melepaskan semua jawatannya dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

Lim berkata, keputusan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang berpegang kepada prinsip dan tidak mementingkan jawatan selepas akur kepada keputusan yang dibuat oleh Muktamar Tahunan Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

“Mana-mana jawatan yang dikosongkan oleh wakil Pas dalam kerajaan negeri itu kelak akan diisi oleh pemimpin Melayu lain yang bukan daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Larian Menara Komtar 2015, di sini hari ini.

Semalam, Mohamad memutuskan untuk melepaskan jawatannya sebagai Lembaga Pengarah Bekalan Air Pulau Pinang dan Penang International Halal Hub.

Mat Sabu berkata, keputusan itu dibuat berikutan keputusan Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-61 menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan iaitu memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam PR.

Dalam pemilihan parti Khamis lepas, Mohamad gagal mempertahankan jawatannya selepas tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. - Bernama

Kit Siang: PR bakal terkubur dua minggu lagi

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

JOHOR BAHRU - Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan tiada lagi PR dalam tempoh dua minggu lagi.
 
Menurutnya, dengan situasi semasa melibatkan parti dalam PR, yang tinggal hanya untuk melihat pakatan berkenaan dikuburkan.
 
“Hari ini, dalam Muktamar Pas ke-61 meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan hingga kini dalam PR, tiada sebarang perbahasan.
 
“Dengan gerakan dalam Muktamar Pas, politik Malaysia sudah memasuki keadaan yang keruh dengan kesan serta merta.
 
“Di Pulau Pinang, keputusan Muktamar Pas akan menyebabkan perkara mustahil untuk wakil Pas meneruskan gerak kerja di pelbagai peringkat dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya seperti dipetik dalam blog limkitsiang.com.
 
Kit Siang berkata, di Selangor, senario teruk bakal juga berlaku iaitu Pilihan Raya Negeri Selangor.
 
“Amat sukar untuk bercakap bagaimana perkembangan politik akan membangun pada masa akan datang, tetapi sama ada, ada PR atau tidak, rakyat Malaysia perlu tetap, konsisten kepada matlamat keadilan, kebebasan dan maruah bangsa yang mereka aspirasi dan pilih pada PRU-13.
 
“Itu sebab saya bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah untuk merealisasikan Impian Malaysia di mana rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan wilayah bersatu untuk membina Malaysia sebagai negara yang hebat menerusi politik, sosio ekonomi, pendidikan dan pembaharuan negara,” katanya.
 
Beliau berkata, pertarungannya di Gelang Patah semasa PRU-13 bukan sekadar untuk satu kerusi Parlimen, tetapi untuk mengajak masyarakat di Gelang Patah bersama dalam tsunami politik di Johor dan Malaysia sekali gus membawa perubahan politik di negara ini.
 
“Kini Najib (Perdana Menteri) berjaya melihat kemusnahan PR. Bagaimanapun, sama ada, ada PR atau tidak, Impian Malaysia perlu diteruskan.
 
“Untuk memastikan Impian Malaysia, binalah masa depan kepada generasi akan datang,” katanya.

Hadi: Ada orang cemburu hubungan Pas-Umno

Hadi: Ada orang cemburu hubungan Pas-Umno
Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas kali ke - 61, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

KUALA SELANGOR - Selama menjalinkan kerjasama sama dengan PR, Pas tidak pernah mengkhianati tahaluf siyasi bersama rakan mereka PKR dan DAP.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu paling berdisiplin dalam menjaga hubungannya dengan rakan PR.

Bagaimanapun, rakan mereka DAP telah menyentuh soal akidah dan kepimpinan Pas sehingga mereka terpaksa bersuara.

"Kita amalkan tahaluf sejak Pas ditubuhkan, kita menghadapi liku-liku yang mencabar. Alhamdulillah Pas menunjukkan kita parti yang berdisiplin dalam bertahaluf. Pas tidak khianati kawan, Pas beradab dalam tahaluf kerana tahaluf fahaman dalam titik persefahaman.

"Masing-masing berbeza ideologi, tidak ganggu akidah dengan ideologi berbeza dalam titik persamaan kita berbeza pandangan," katanya pada ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas kali ke - 61, hari ini.

Menurut, beliau titik persamaan itu telah dirosakkan oleh rakan dalam PR sendiri.

"Namun rakan kita menyentuh dan mengaibkan kita yang berkait akidah bukan ideologi. Isu syariat, isu kepimpinan parti ini urusan dalaman Pas kita tidak kempen pemilihan parti orang lain.

"Orang lain tolong kempen pemilihan kita, disiar oleh media kesian rakan-rakan kita yang jadi mangsa," katanya.

Tegas beliau,  tiada seorang pun kepimpinan Pas yang menolak perlaksanaan hukum hudud kerana perkara itu perkara yang di perjuang Pas sejak dahulu.

"Tidak ada lagi pemimpin Pas yang tolak akidah Islam, kalau mereka tolak mereka tak masuk Pas. Tetapi akibat salah laku rakan PR menyebabkan pimpinan kita tercalar.

"Ini bukan silap kita. Kita mencuri ahli, wakil rakyat orang. Ini salah laku termasuk isu penting Islam adalah teras kekuasaan politik negara. Ini akidah tapi ada yang memperkecilkan teras akidah perjuangan kita," katanya.

Abdul Hadi dalam ucapannya juga meminta agar semua pimpinan Pas yang baharu atau lama tidak terus hanyut dengan agenda pihak yang mahu memusnahkan usaha Pas selama ini.

Selain itu, turut memberitahu ada pihak yang cemburu akan hubungan Pas dan Umno.

Jelas beliau, hubungan yang terjalin adalah berlandaskan syariat bagi tujuan merealisasikan hukum hudud.

"Tetapi ada orang cemburu buta, macam kisah suami isteri,  isteri yang tidak benar suaminya ke pasar sehingga tidak boleh bercakap dengan perempuan lain.

"(Begitu) Pas diharamkan jumpa Umno, tak boleh itu tak boleh," katanya.

Bagi memastikan kepimpinan Pas terus bergerak ke hadapan, beliau berharap agar semua menyokong kepimpinan baharu dipilih.

Katanya,  kemenangan itu adalah atas pertolongan Allah untuk hambaNya menjalankan amanah yang diberikan.

"Kemenangan ini adalah bersyarat wajib untuk teguhkan akidah," katanya.

Beliau turut meminta semua ahli Pas menjadikan kisah Nabi Yunus sebagai tauladan yang di tarbiah Allah atas kesilapan yang dilakukan.