Thursday, July 15, 2010

Masalah rakyat Malaysia yang tak pernah selesai dulu, kini dan selamanya

Setiap hari kita baca suratkhabar kita akan
dapati berita-berita seperti yang dicatatkan 
dibawah. Kita seperti sudah lali dengan berita-
berita ini. Seolah-olah masalah ini
tak akan selesai sampai bila-bila. Sesuai dengan
slogan satu Malaysia dulu, kini dan selamanya tak selesai.
1. Dadah ( Bapak segala masaalah)
2. Kemalangan Jalan Raya ( hari-hari ada, nyawa seperti tak bernilai )
3. Rasuah ( Boleh melingkupkan negara) 
4. Rompak ( Anytime,anyday , anywhere )
5. Ragut ( Banyak berpunca dari penagihan dadah )
6. Rogol /liwat
7. Buang Anak ( Pergaulan bebas )
8. Maksiat ( pergaulan Bebas )
9. Ah Long ( hutang akibat kemiskinan)
10.Arak ( Boleh didapati dimana-mana )
11. Bunuh ( rompakan atau pergaduhan )
12.Penipuan ( banyak berkenaan dengan wang )
13. Penderaan ( Masalah Rumahtangga )
14. Khalwat
15. Pelacuran
16. Penzinaan
17. buli/raging
18. pukul/ belasah
19. pecah rumah/kedai
20. Kecurian ( curi kereta/ motor )
21. Sumbang Mahram
22. Perjudian
23. Homosek/ Mak Nyah
24. Penyeludupan  (manusia/dadah, dll )
25. Samseng
26. Pendatang Tanpa Izin ( Berjuta dah!)
Sampai bila kita nak biarkan ini berterusan?
Apakah ini amalan negara Islam hadhari?
Malu pada negara bukan islam!
Tukar kerajaan! gantikan dengan kerajaan
yang lebih jujur dan amanah! InsyaAllah selamat
dunia dan akhirat.

'Tak boleh tarik kereta yang lunas 75% pinjaman'

'Tak boleh tarik kereta yang lunas 75% pinjaman' - Malaysiakini


Institusi kewangan tidak dibenarkan untuk menarik kenderaan yang gagal membuat bayaran bulanan sekiranya penyewa telah melunaskan lebih 75 peratus daripada jumlah pinjaman sewa belinya apabila Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2010 diwartakan kelak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan pindaan syarat itu, institusi kewangan perlu mendapatkan perintah mahkamah sebelum boleh menarik kenderaan tersebut.

"Pemunya (institusi kewangan) hanya boleh melaksanakan proses pengambilan semula melalui perintah mahkamah jika penyewa (pemilik kenderaan) telah membayar lebih daripada 75 peratus daripada jumlah keseluruhan harga tunai barangan tersebut yang dinyatakan di dalam perjanjian sewa beli berasaskan bayaran ansuran bulanan mereka," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ismail Sabri yang menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2010 berkata sebelum ini kerajaan hanya menetapkan syarat 'satu pertiga' ke atas pemunya (institusi kewangan) berhubung dengan pemilikan semula di bawah Akta Sewa Beli 1967.

Perundangan sekarang menjelaskan pengambilan semula barangan oleh pihak pemunya boleh dilaksanakan apabila penyewa gagal menjelaskan bayaran ansuran sebanyak dua kali dan notis bertulis telahpun diserahkan kepada pihak penyewa.

"Antara keperluan threshold (sewa beli) ini dipinda bagi mengelakkan pertambahan bebanan kes di mahkamah sekiranya threshold terdahulu dikekalkan," katanya.

Ismail Sabri berkata perubahan threshold itu juga dilihat akan membantu rakyat bagi mendapatkan pinjaman kenderan daripada industri perbankan dengan mudah memandangkan syarat terkini lebih munasabah dan praktikal.

Bagaimanapun beliau berkata pemunya boleh melaksanakan pengambilan semula barangan tanpa perintah mahkamah, jika penyewa membayar kurang 75 peratus daripada jumlah keseluruhan harga tunai barangan tersebut yang dinyatakan di dalam perjanjian sewa beli.

Mengenai isu penarik kereta, Ismail Sabri berkata rang undang-undang itu turut mencadangkan kaedah pemberian permit diperkenalkan bagi mengawal selia aktiviti pengambilan semula oleh penarik kenderaan.

Katanya bagi memastikan aktiviti pengambilan semula itu dibuat dengan beretika, kerajaan meningkatkan penalti daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali kepada denda tidak melebihi RM100,000 terhadap mana-mana syarikat yang didapati melanggar peraturan akta berkenaan.

Selain itu, denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan terhadap orang perseorangan yang melakukan kesalahan sama.

Ismail Sabri juga berkata rang undang-undang itu bertujuan mengatasi masalah dalam amalan membayar wang tempahan untuk kenderaan yang ditempah.

"Masalah timbul apabila terdapat segelintir pihak yang menggunakan kelemahan perundangan sedia ada dengan tidak mengembalikan semula 'booking fees' (wang pendahuluan) sekiranya terdapat pembatalan penempahan. Terdapat juga kes di mana ejen menipu orang ramai dengan menggelapkan kesemua 'booking fees' daripada pelanggan yang berurusan dengan mereka," katanya.

Selaras itu, pindaan akta berkenaan memperuntukkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak pengedar kenderaan untuk memulangkan semula bayaran tempahan sekiranya terdapat pembatalan dari mana-mana pihak selain menjadikan bayaran tempahan sebagai sebahagian daripada bayaran deposit.

Rang Undang-Undang itu kemudian diluluskan.

- Bernama

Cerpen 'YB J': KDN tegur Mingguan Malaysia

Cerpen 'YB J': KDN tegur Mingguan Malaysia - Malaysiakini
Richard Loo
Jul 14, 10
5:35pm
Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat teguran kepada Mingguan Malaysia berhubung cerpen berjudul 'Politik Baru YB J' yang diterbitkannya itu pada 12 Oktober 2008.

Teresa Kok (DAP-Seputeh) mendakwa cerpen satira politik itu seolah-olah cuba mengambarkan dirinya sebagai YB Josephine, seorang ahli parlimen wanita yang dikatakan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam yang berakhir dengan pembunuhan watak itu.

Pada 12 Disember 2008, beliau memfailkan saman ke atas akhbar itu dan juga pengarang cerpen berkenaan, Datuk Chamil Wariya, yang juga adalah ketua pegawai eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) berhubung penerbitan cerita berkenaan.

Dalam jawapan bertulisnya kepada P Ramasamy (DAP-Batu Kawan) di Parliamen hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata cerpen itu menyalahi garis panduan penerbitan kementerian dan dikhuatiri boleh memudaratkan ketenteraman awam dan keharmonian kaum.

Surat teguran

Sehubungan itu, katanya, KDN mengeluarkan surat teguran kepada Mingguan Malaysia pada 21Oktober 2008.

Dalam jawapannya kepada Ramasamy, Hishamuddin berkata polis telah membuka tiga kertas dan membuat siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung empat laporan polis yang dibuat terhadap Utusan Malaysia kerana didakwa menyiarkan artikel berbaur hasutan dan perkauman.

Tiada maklumat lanjut diberikan berhubung laporan berkenaan.

Satu lagi laporan polis yang dilakukan diklasifikasikan sebagai 'rujuk kepada majistret' tanpa diberikan butiran lanjut.

Katanya, polis akan meneruskan pemantauan ke atas elemen-elemen berunsur hasutan dari semasa ke semasa.

Ramasamy dalam soalannya meminta menteri dalam negeri menyatakan berapa jumlah laporan polis yang telah dibuat terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa menyiarkan artikel-artikel berbaur hasutan dan perkauman.

Beliau juga menuntut untuk mengetahui tindakan yang telah dan akan diambil oleh kementerian dan polis terhadap akhbar berkenaan.

Felda: Mazlan sedia berdialog dengan Ahmad - Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri
Jul 15, 10
2:37pm
Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman menyahut pelawaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Ahmad Maslan untuk berdialog berhubung dakwaan kemerosotan rezab tunai Felda.

Katanya beliau menerima pelawaan tersebut dengan syarat dialog itu dibuatt secara terbuka kepada rakyat.

"Setelah mengambil kira kepentingan masyarakat Felda, maka saya bersedia untuk berdialog dengan syarat ia dibuat secara terbuka.

"Kalau tertutup, saya tidak berhasrat (untuk menerimanya)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi ini berhubung dakwaan tersebut.

Mazlan (kiri) yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata antara isu yang boleh dicadangkan untuk berdialog ialah isu tanam semula dan isu kadar perahan minyak.

Sebelum ini Mazlan telah menyerahkan surat mencabar Ahmad untuk berdebat berhubung dakwaan tersebut. Bagaimanapun, pada yang sama, Ahmad menyarankan supaya ia ditukar kepada majlis dialog.

Pada 16 Jun lalu, Ahmad dilapor berkata di Parlimen bahawa status kewangan Felda merosot sebanyak RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun.

Mengulas perkara itu, Mazlan berkata beliau akan menghantar surat rasmi kepada Ahmad yang juga ketua penerangan Umno dalam masa terdekat sebagai tanda menerima pelawaannya untuk berdialog.

Beliau berhasrat untuk berdialog dengan Ahmad (kiri) sebelum bulan Ramadhan.

"Saya tidak kisah di mana. Saya cadangkan kita buat di dewan Felda (di ibunegara) yang boleh memuatkan kira-kira 1,500 orang," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata, beliau akan menghantar dokumen berkaitan Felda kepada ahli jawatankuasa kira-kira (PAC) Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mendesak jawatankuasa itu bersidang untuk "melihat apa yang berlaku dalam Felda".

"Kalau PAC boleh bersidang (menyiasat) isu PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang), kenapa tidak (menyiasat isu) Felda yang mewakili rakyat," kata Mazlan.

Rezab Felda: ANAK buat laporan kepada SPRM pula

Abdul Rahim Sabri
Jul 15, 10
2:02pm
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan kemerosotan rezab tunai Felda.

Laporan tersebut dibuat oleh pengerusi ANAK, Mazlan Aliman. Hadir sama ialah kira-kira 10 ali jawatankuasa ANAK dan wakil peneroka Felda dari negeri Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Kedah.

Beliau dan rombongannya tiba di ibupejabat SPRM pada jam 11 pagi dan masuk kira-kira 15 minit selepas itu.

Turut masuk bersamanya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar, dan seorang wakil peneroka, Tamingin Paiman.

Kira-kira 15 wartawan dan jurugambar tidak dibenarkan masuk dan mereka menunggu di luar pejabat suruhanjaya itu.

Sementara itu, Mazlan yang keluar daripada pejabat tersebut pada jam 11.45 pagi memberitahu pemberita, beliau membuat laporan kepada SPRM bersama dokumen tambahan bagi mendesak siasatan menyeluruh terhadap Felda berhubung isu-isu yang dibangkitkan.

"Saya tidak boleh ceritakan secara terperinci, tetapi saya nak maklumkan ia berkaitan kenyataan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Ahmad Maslan di Parlimen," katanya.

Katanya, laporan kepada SPRM adalah lanjutan kepada laporan polis yang dibuat berhubung isu tersebut sebelum ini.

Lebih kurang 80 laporan polis dibuat berhubung perkara itu, tambah Mazlan.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata, antara dokumen tambahan yang diserahkan adalah berhubung dakwaan pecah amanah, salahguna kuasa dan penyelewengan, antaranya di Felda Sungai Buaya dan Gedangsa di Hulu Selangor dan Felda Lurah Bilut di Pahang.

"Ini sebahagian daripada kes yang diserahkan," katanya sambil mendesak supaya SPRM membuat siasatan segera terhadap aduan tersebut.

Menurut Mazlan, akan ada lagi dokumen yang akan diserahkan kepada suruhanjaya tersebut.

Katanya, SPRM akan memanggilnya untuk memberikan keterangan dalam masa terdekat.

Beliau juga berjanji kepada suruhanjaya itu untuk membawa saksi-saksi yang berkaitan.

"(Jumlahnya) bergantung kepada SPRM dan kita ada 'point' yang cukup kuat (berhubung perkara itu)... Kita akan beri kerjasama," katanya.

Menurut Mazlan, laporan dan dokumen yang diserahkan itu, diterima oleh dua pegawai penyiasat SPRM hari ini.
Rezab Felda: ANAK buat laporan kepada SPRM pula - Malaysiakini

Menembak mati si pembawa berita

Hishamuddin Rais
Jul 5, 10
11:08am
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata bahawa dalam masa yang tidak lama lagi negara kita ini boleh jatuh bangkrap atau muflis. Sebenarnya ini satu kenyataan yang jujur.

Susuk yang bernama Idris Jala ini bukan orang politik. Susuk ini tidak diundi oleh orang ramai untuk dijadikan pemimpin.

Susuk ini seorang birokrat. Justeru, apa yang disuarakan adalah pandangan seorang professional birokrat bukan 'huh hah huh hah' dari seorang politikus.

Tidak ada perhitungan politik dalam kenyataan Idris Jala.

Apa yang di luahkan adalah hasil dari rumusan pembacaan angka dan fakta. Angka dan fakta yang dianalisis untuk memberikan pandangan masa depan ke atas ekonomi negara ini.

Pandangan Idris Jalan ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan politik ketua Umno bahagian Bacok atau berkait dengan cita-cita bekas mufti Perlis menghantar kuda-kudanya menyelam ke dalam Umno.

Kenyataan Idris Jala ini telah disangkal. Diperlekeh. Dipertikai.

Ramai di antara kita kurang sedar bahawa kebenaran jika kita tidak menyedarinya tidak bermakna kebenaran itu tidak wujud.

Kebenaran itu tetap wujud tanpa kita sedar atau tidak.

Banyak warga terlupa kenyataan Perdana Menterti, Datuk Seri Najib Razak ketika bahan bakar minyak petrol hendak dinaikkan empat tahun dahulu.

Najib telah mengajukan agar kita mengubah gaya hidup. Tapi yang amat penting dalam kenyataan ini ialah negara Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pada tahun 2016. Ini bererti 'Puncak Minyak – Peak Oil' telah melintasi Malaysia.

Sa

ya telah menulis banyak tentang 'Puncak Minyak' danHubbert Peak Oil Theory. Saya telah meneliti fakta, angka dan kenyataan dari orang-orang penting yang bersangkutan dengan minyak.

Orang-orang ini juga mengendalikan risikan pertahanan, kelengkapan ketenteraan yang berkait rapat dengan pengeluaran bahan bakar petrol. Semua yang saya baca dan fakta yang ditemui telah meyakinkan saya bahawa dunia telah melintasi puncak minyak.

Melintasi puncak minyak bermakna bekalan bahan bakar minyak semakin susut dan berkurangan. Jumlah bekalan minyak ini kian susut hari demi hari.

Satu demi satu negara pengeluar dan pengekspot minyak kini berubah menjadi negara pengimpot minyak. Pada tahun 2016 malah mungkin lebih awal lagi – kita juga akan menjadi negara pengimpot minyak.

Apa sangkut paut minyak, Hubbert Peak Oil Theory atau risikan perang dengan kenyataan Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan jatuh bangkrap?

Jawabnya: semua ini sangkut bersangkut dan kait mengait.

Memahami politik dan ekonomi sebenarnya adalah keupayaan kita untuk menyambung-kait -- fakta ekonomi, fakta politik, kenyataan rasmi, babak politik dan ucapan ucapan dari ahli politik dan dari pakar ekonomi.

Semua ini bukan fakta atau angka-angka rahsia. Kita boleh membacanya dan meneliti data-data dari media arus perdana. Memang betul kalau kita kurang arif maka kita akan melihat fakta ekonomi, kenyataan politik dan ucapan politikus ini terpisah-pisah, bersimpang siur tidak tentu hala. Sebenarnya tidak.

Apa yang wajib kita lakukan ialah menyambungkan semua ini -- menyusun dan mengaturnya secara linear untuk menjadi satu cerita.

Dalam keilmuan moden - naratif /cerita ini dipanggil political ekonomi - satu cabang ilmu di mana politik dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan. Malah politik itu dilihat sebagai jurumudi untuk ekonomi.

Dari pengamatan dan pembacaan – saya cukup yakin bahawa ekonomi kapitalis hari ini sedang mengalami satu krisis yang paling tenat. Bila saya katakan krisis ekonomi kapitalis ini yang menjadi jurutunjuknya ialah ekonomi Amerika Syarikat.

Krisis yang melanda ekonomi Amerika Syarikat hari ini lebih tenat dari krisis pada zaman 'depression' atau zaman meleset tahun 1929 dahulu.

Sejak September 2008 dahulu sistem ekonomi kapitalis telah diserang oleh satu demi satu permasalahan. Bermula dengan bocornya dana cagaran – apabila si pehutang pembeli rumah tidak lagi sanggup membayar. Rumah-rumah dirampas oleh bank. Rumah-rumah yang dimiliki oleh bank ini bertimbun-timbun sehingga memufliskan bank.

Se
sudah bank jatuh bankrap, diikuti pula dengan tertutupnya lembaga dana gergasi – Goldman Sachs - yang selama ini menjalar dan menelan keuntungan berbilion dolar.

Kedudukan Wall Street menjadi goncang – bank pelaburan dan hedge fund jatuh muflis.

Tidak cukup dengan ini timbul pula masalah bank tidak cukup kecairan ringgit dan sen untuk terus beroperasi dengan pelanggan.

"Seorang 'mamat' telah dilanggar kereta, apabila dibawa ke hospital ambulan pula berlanggar, sesampai ke hospital – hospital terbakar. Cari 'tuan doktor' tak jumpa-jumpa kerana semua 'tuan doktor' telah membunuh diri."

Metafora ini pun masih belum cukup penuh untuk menggambarkan betapa besarnya krisis ekonomi Amerika Syarikat hari ini.

Lihat d
an baca - G8, G10, G 37, G200, G3000 dan pelbagai macam Gtelah dan sedang bersidang dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi kapitalis ini.

Mesyuarat demi mesyuarat. Konferensi demi konferensi. Persidangan demi persidangan telah diadakan.

Pelbagai cadangan telah diajukan. Beberapa cadangan telah diterima dan dijalankan. Kongres Amerika telah meluluskan 700 bilion dollar untuk menutup hutang yang bocor.

Banyak syarikat telah jatuh muflis. Duit sebanyak ini hanya menangguhkan bisul yang akhirnya akan meletus. Akhirnya masalah yang sama melimpah ke Eropah.

Pada ketika ini Bank Dunia, IMF dan lembaga-lembaga pemikir puak kanan telah mencadangkan agar dasar - berjimat cermat -dijalankan untuk meredakan keadaan gawat ekonomi yang berpanjangn ini.

Di Eropah, negara pertama yang jadikan 'tikus percubaan' ialah Greece kerana negara ini dikatakan ekonominya hampir lungkup. Hutang negara telah bertimbun tambah dan Greece tidak ada keupayaan untuk membayar bukan ibu hutang tetapi bunga.

Jika Greece tidak diselamatkan penyakit ini akan merebak ke Sepanyol dan Itali.

Apa sebenarnya dasar 'berjimat cermat' ini? Jimat cermat bermakna kaum buruh dan warga Greece yang bekerja tidak ada lagi 'overtime', tidak ada lagi cuti bergaji, bayaran insuran peubatan dinaikkan, duit pencen dipotong, sumbangan KWSP majikan dikurangkan, banyak sokongan ekonomi akan dilupuskan.

Belanjawan negara akan dikurangkan – semaksimun yang boleh.

Bila 'berjimat cermat' ini diajukan jawapan rakyat Greece ialah turun ke jalan raya. Ini kerana rakyat biasa merasakan yang mereka telah dipaksa mengikat perut walhal bank-bank, syarikat besar dan gedung-gedung perniagaan tidak pula dinaikan cukai.

Malah
diketahui umum syarikat-syrikat ini ada pelbagai cara untuk mengelak dari membayar cukai. Malah syarikat-syarikat inilah yang sering melakukan pembocoran ekonomi.

Bila sampai ke babak ini maka kita bertemu kembali dengan al-kisah Idris Jala. Susuk yang bernama Idris Jalan ini sedia memahami bahawa bencana ekonomi yang sedang dihadapi oleh Greece akan sampai ke Malaysia. Hanya masa yang akan menentukan.

Seperti di Greece kita sedang melihat beberapa suara mencadangkan ajenda 'berjimat cermat' dan 'mengikat perut'. 'Menteri Telur dan Gula' - Datuk Seri Sabri Yacob telah beberapa kali menyatakan bahawa subsidi akan ditarik balik. Najib juga telah berkata bahawa berbilion ringgit yang digunakan untuk subsidi tidak baik untuk ekonomi negara.

S
uara suara sumbang menyokong langkah 'berjimat cermat' ini telah mula kedengaran. Berkali-kali rakyat seluruh Malaysia dingatkan bahawa subsidi bahan bakar minyak akan menempangkan ekonomi negara.

Austerity atau dasar berjimat cermat adalah agenda IMF dan Bank Dunia. Dasar ini diajukan - atau dipaksakan - kepada kerajaan. Kerajaan akan dipaksa untuk mengurangkan perbelanjaan negara.

Mengikut sifir IMF dan Bank Dunia perbelanjaan kerajaan memberi subsisdi kepada rakyat ini tidak sihat untuk perkembangan ekonomi. Dalam sistem ekonomi kapitalis tidak harus ada subsidi – subsidi merosakan pasaran.

Mengikut IMF pasaran akan mencari harga dan memberi penilaian terhadap barang-barang – inilah apa yang dikenali sebagai perdagangan bebas atau 'free trade'.

Idris
Jala pasti telah melihat data, angka dan statistik ekonomi negara dengan lebih teperinci. Angka dan statistik negara yang sulit-sulit juga pasti telah berada di atas mejanya.

Dia juga pasti telah menghitung hutang negara, bon yang telah sampai masa untuk dibayar, duit simpanan negara dan emas negara. Setelah meneliti semua ini maka adalah tidak silap apabila Idris Jala membawa berita bahawa Malaysia boleh jadi macam Greece dalam masa beberapa tahun lagi.

Sayangnya politikus akan menembak mati si pembawa berita – jika berita itu tidak sedap didengar. Atau jika berita itu menganggu keseronokan politikus yang sedang berpesta memperdayakan orang ramai.

Menembak mati si pembawa berita - Malaysiakini

Isu pasir: Umno, PERKASA berdemo di SUK

Lebih 200 penyokong Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merempuh barisan polis di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam dalam demonstrasi membantah cara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mentadbir pengeluaran pasir negeri.

Mereka meluru ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di dalam kawasan bangunan pentadbiran itu.

Polis bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan dan memberikan masa 15 minit untuk masing-masing bersurai.

Seorang lelaki ditangkap tetapi dilepaskan sejurus selepas itu.

Anggota polis membentuk benteng manusia bagi memisahkan penyokong Umno dan kira-kira 50 anggota pasukan komunikasi kerajaan negeri yang menunggu untuk 'menyambut' mereka.

Penyokong kedua belah pihak saling mengejek antara satu sama lain.

"Umno rompak. Tangkap Toyo," jerit penyokong kerajaan negeri yang diketuai pengarah penerangan kerajaan Selangor, Badrul Amin Baharom.

"PKR rasuah," jawab penyokong Umno.dan PERKASA.

Diketuai Exco Pemuda Umno Lokman Nor Adam, mereka sebelum itu berkumpul kira-kira jam 10 pagi di Masjid Shah Alam, tidak jauh daripada situ sebelum berarak beramai-ramai ke bangunan SUK dengan memakai lencara bertulis "Selangor berlubang, selamatkan rakyat Selangor".

Mereka juga membawa bendera Umno dan bendera Selangor dan pelbagai poster mengkritik pentadbiran hasil pasir melalui syarikat negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), antaranya"KSSB monopoli pasir", "Bila tak serupa cakap" dan "RM50 juta pasir mana dia."

Sementara pada masa yang sama, kira-kira 50 penyokong Pakatan pula mula berkumpul di situ pada masa yang sama.

Ketegangan antara kedua-dua pihak tamat apabila polis membenarkan exco Umno negeri Datuk Ismail Kijo dan Pengerusi PERKASA Selangor Abdullah Mansor menyerahkan memorandum di pintu pagar kepada seorang setiausaha menteri besar.

Memorandum itu antaranya mendesak Khalid menarik balik kuasa monopoli KSSB dalam pengurusan pasir negeri, menamatkan perkhidmatan semua ahli lembaga pengarahnya dan menubuhkan jawatankuas bertindak bagi memulihkan lombong-lombong pasir negeri.
Isu pasir: Umno, PERKASA berdemo di SUK - Malaysiakini

Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Harga petrol, diesel, gula dan gas naik - Malaysiakini: "Harga petrol, diesel, gula dan gas naik
Jul 15, 10 6:26pm
Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.

Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikut adalah harga baru:

- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.

- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.

- Diesel - RM1.75 seliter.

- Gula - RM1.70 sekilogram

- Gas LPG - RM1.85 sekilogram"

RAKYAT MARHAEN: Curi pasir: Kenapa Muhyiddin, Hishammuddin diam

KUALA LUMPUR, 15 Julai: Kerajaan Pusat dilihat enggan memberi kerjasama membanteras beberapa kes curi pasir di Selangor walaupun kerajaan negeri telahpun menyerah maklumat berwajib, semalam.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata demikian ekoran melihat kengganan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerima surat maklum balas daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Dah terima surat tentang siapa curi pasir, kroni pemimpin Umno bahagian mana yang terbabit, kenapa Muhyiddin dan Hishammuddin tak terima dan diam," soal beliau pagi tadi di lobi Parlimen.
Difahamkan, Khalid turut menyerah surat maklum balas yang sama kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar supaya membanteras sendikit curi pasir itu.
Katanya lagi, kerajaan Pusat sepatutnya mengambil tanggungjawab bersama membanteras sindiket mencuri pasir memandangkan pihak berkuasa di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.
Beliau yang juga AJK Pemuda PAS Pusat turut menasihatkan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo supaya tidak melindungi pihak terbabit memandangkan aktiviti curi pasir dilihat mula giat sejak beliau menjadi Menteri Besar.
"Jangan setakat fitnah itu dan ini, dia (Mohamad Khir) kena dedah sindiket itu sekiranya dia masih ingat," beliau menambah.
Sehubungan itu, beliau menyuarakan rasa yakin bahawa rakyat tidak terkeliru dengan dakyah-dakyah Umno yang mahu merampas kerajaan negeri daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Semalam, Khalid Ibrahim mengaku bahawa pengurusan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. masih lemah walaupun syarikat itu adalah syarikat berkaitan kerajaan negeri itu.
Ini kerana, beliau di Dun Selangor berkata, kerajaan negeri kurang mendapat kerjasama daripada pihak penguatkuasaan berwajib yang nyata di bawah bidang kuasa pusat.
Namun, Muhyiddin pada satu kenyataan media yang lain mengetepikan alasan Khalid itu dengan mendakwa bahawa kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat tidak mampu menguruskan isu pasir sebagaimana era Umno BN memerintah negeri.
Pun begitu, Mohamad Khir sendiri sehingga kini difahamkan masih belum menyatakan kesediaan untuk mendedahkan sindiket curi pasir yang berlaku ketika beliau menjadi Menteri Besar dulu.RAKYAT MARHAEN: Curi pasir: Kenapa Muhyiddin, Hishammuddin diam

Enjin jet: Dipaksa mengaku, didera dalam tahanan


KUALA LUMPUR, 15 Julai: Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sarjan N Tharmendran yang menerima pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM Januri lalu hari ini tampil mendedahkan penderaan yang dilakukan terhadapnya sepanjang berada dalam tahanan.
Tharmendran, 42, yang hadir bersama peguamnya, N Surendran di Parlimen hari ini mendakwa dia telah mengalami penderaan fizikal yang teruk dan dipaksa untuk mengaku bersalah dalam kes kecurian enjin tersebut.
Tharmendran memberitahu, seorang ketua pegawai penyiasat berpangkat mejar telah diarahkan untuk menyelesaikan kes itu dan dibenarkan menggunakan apa cara sekalipun bagi memaksa dia mengaku bersalah.
"Sepanjang tempoh tahanan saya bermula 2 Julai 2009, selama 60 hari saya ditahan, mereka tidak memberitahu keluarga di mana saya ditahan. Saya dipaksa mengaku bahawa saya bersalah mencuri enjin tersebut.
"Sepanjang tempoh siasatan, ketua pegawai penyiasat dipanggil penglima tentera udara untuk menyelesaikan kes ini dengan secepat mungkin dan boleh menggunakan apa cara sahaja asalkan dapat selesaikan kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ceritanya juga, dia didera oleh pegawai berkenaan dan tidak tidur selama tiga minggu di dalam bilik yang kecil dan secara berterusan dipaksa mengaku bersalah.
Dia dipakaikan topi keledar dan kepalanya dipukul menggunakan kayu kriket dan kayu golf sehingga topi keledar yang dipakai mengalami keretakan.
Sepanjang dalam tahanan itu juga, beliau turut mendengar tahanan lain didera dengan teruk sehingga tangisan dan jeritan mereka dapat didengarinya.
"Semasa saya disoal siasat, terdapat tiga hingga empat orang yang disoal siasat. Mereka turut didera dan saya dapat mendengar tangisan mereka merayu agar tidak dipukul. Namun saya tidak pasti sama ada mereka mahu tampil membuat pendedahan seperti yang saya lakukan ini," katanya.
Tharmendran turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap TUDM yang langsung tidak mengambil tahu mengenai apa yang berlaku terhadapnya sepanjang tempoh tahanan namun selepas dia dibebaskan, dia dipanggil untuk bertugas kembali.
Tempoh perkhidmatan Tharmendran sepatutnya berakhir pada 28 Mei tahun ini.
"Selama enam bulan saya ditahan di penjara Sungai Buloh, mereka tidak pernah tanya apa berlaku pada saya.
“Tapi bila saya keluar dengan peguam saya, baru mereka datang suruh saya bertugas. Saya rasa ini sangat tidak adil," katanya.
Semalam, Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam menghantar usul penderaan dalam tahanan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat namun ianya ditolak speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas alasan ianya dalam siasatan polis dan tidak perlu disegerakan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media yang sama mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes kecurian enjin jet yang menjejaskan imej pertahanan negara.
"Kita mahukan satu siasatan menyeluruh, jawatankuasa atau Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk mengkaji apa sebenar yang berlaku dalam kes kecurian ini. Rakyat nak tahu bagaimana enjin yang penting itu boleh hilang. Kita sedia maklum bahawa ada peraturan sebelum semua barang melibatkan ketenteraaan dikeluarkan. Inikan pula enjin jet.
"Kami ahli Parlimen mahu menunjukkan bahawa kehilangan dua enjin merupakan satu maruah yang besar yang menjadi satu bahan ketawa seluruh dunia hari ini. Kes ini berlaku pada 2007 dan mencerminkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kerana beliau adalah menteri pertahanan ketika itu. Kami mendapat berita bahawa bukan dua enjin ini sahaja yang lesap, banyak lagi alat-alat lain yang mahal harganya hilang dalam simpanan," katanya.
Tegasnya, Tharmendran telah dikambinghitamkan oleh pihak tertentu bagi menyelesaikan kes itu daripada terus didedahkan kepada umum.
"Kita lihat sarjan Tharmendran ini seolah-olah dijadikan kambing hitam untuk menyelesaikan perkara ini," tegasnya.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula berkata, keselamatan Tharmendran masih belum terjamin kerana TUDM masih mendakwa dia sebagai kakitangan mereka.
"Kes ini sangat memalukan negara sebab kita usulkan perkara ini. Keselamatan sarjan Tharmendran belum terjamin kerana pihak tentera masih mendakwa bahawa dia seorang dalam perkhidmatan jadi bila-bila masa boleh gunakan paksaan untuk tangkap dia.
"Kes ini seolah-olah ada konspirasi untuk tidak mahu siasat dan dedahkan realiti sebenar sebab sudah menjadi tumpuan masyarakat," katanya.
Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.
Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Minggu lepas, Tharmendran dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan.
Jaminan terhadap Tharmendran sebanyak RM50,000 bagi kesalahan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F-5E milik TUDM dijelaskan oleh bapanya, N. Nagarajan selaku penjamin.

Enjin jet: Dipaksa mengaku, didera dalam tahanan

Lulus operasi ternakan babi



SEREMBAN – Kerajaan Negeri bersetuju membenarkan pengusaha ladang ternakan babi di Air Kuning, Gemencheh meneruskan operasi tetapi dengan bersyarat. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengusaha ladang ternakan terbabit perlu sentiasa memastikan air kumbahan tidak menjadi punca pencemaran air dan bau di kawasan sekitar.

Menurutnya, mereka juga hanya dibenarkan menternak 1,000 babi dari tahun ke tahun sebagai syarat jumlah kawalan ternakan dipersetujui bersama. 

“Dahulu Kerajaan Negeri telah mengarahkan pengusaha ladang ternakan ini berpindah ke Pusat Ternakan Babi (PFA) di Ladang Tanah Merah dan turut memberikan mereka jadual berkala bagi mengurangkan jumlah ternakan setiap tahun. 

“Oleh itu, sebelum mereka berpindah ke PFA, satu tempoh masa diberikan dengan menetapkan pengurangan had jumlah ternakan sebanyak 500 babi setiap tahun. Namun kini, kami hanya membenarkan 1,000 babi sahaja,” katanya pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, dekat sini, semalam. 

Mohamad berkata, beliau difahamkan pengusaha ladang terbabit mampu mengurangkan 80 peratus bau busuk dengan penggunaan teknologi canggih. 

“Atas faktor ini memungkinkan kebenaran ini diputuskan Kerajaan Negeri kerana mereka mampu mengawal pencemaran dengan baik selain memiliki sistem kumbahan sistematik. 

“Persetujuan ini juga berdasarkan pertimbangan yang telah dikaji dan rundingan dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar,” katanya.

Menurutnya, pengusaha ladang ternakan terbabit juga telah memaklumkan masalah mereka mengenai kawasan ternakan baru di Ladang Tanah Merah belum siap sepenuhnya, selain kos operasi mahal walaupun telah membeli tapak di kawasan itu. 

“Justeru, mereka meminta Kerajaan Negeri mempertimbangkan keputusan bagi membolehkan operasi diteruskan di sana dan atas dasar itu, kami memberi kebenaran. 

“Namun, jika didapati mereka melanggar syarat ditetapkan, kami akan serta-merta mengarahkan mereka untuk berpindah dengan segera,” katanya. 

Pada sidang media itu juga, Mohamad turut menyampaikan bantuan pelbagai kepada 33 penerima bantuan membabitkan sumbangan daripada Pejabat Menteri Besar dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

"Imam Muda" dapat liputan meluas di Jerman, Switzerland



15/07/2010 12:54pm

FRANKFURT 15 Julai - Media di Jerman dan Switzerland melaporkan secara meluas mengenai program realiti televisyen Malaysia berjudul "Imam Muda".
Pada masa di kebanyakan negara di barat, program bakat televisyen dianjurkan bagi memilih bintang Malaysia memilih "bintang imam" berikutnya menerusi program pencarian bakat, seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar di Jerman dan Switzerland.

Butiran mengenai program "Imam Muda" dilaporkan dengan meluas oleh akhbar harian; daripada Tagesspiegel, Merkur Online menerusi n-tv.de, Bild.de, Sueddeutsche Zeitung sehinggalah kepada akhbar harian Switzerland, Tagesanzeiger - membuatkan pembaca begitu asyik, seperti yang digambarkan oleh pembaca dalam komen mereka terhadap laporan berita itu.

Menerusi program "Imam Muda", kira-kira lapan anak muda muncul di televisyen di Malaysia pada waktu perdana, lengkap berbaju Melayu dan bersongkok.
Tagesanzeiger, misalnya, menyifatkan calon berkenaan sebagai "superstar" di televisyen Malaysia dan melaporkan bahawa mereka nampaknya telah menjadi pujaan hati ramai wanita muda. - Bernama

Masjid ditukar jadi rumah

AL-BAHA: Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat seorang lelaki yang dikatakan menjadikan sebuah masjid di taman awam sebagai kediamannya sejak lima tahun lalu.
Lelaki yang juga kakitangan pejabat pentadbiran Qulwa itu dipercayai menggunakan jawatannya di pejabat berkenaan untuk tinggal di masjid terbabit.
Surat rasmi daripada pejabat amir Al-Baha mengarahkan ketua pentadbiran Qulwa, Muhammad Al-Ghamdi supaya mengerahkan kakitangannya berpindah daripada masjid berkenaan kerana ia untuk kegunaan awam.

“Masjid kecil di daerah Al-Kadama yang terletak di hadapan bangunan pejabat Qulwa itu dibina selepas mendapat kelulusan majlis perbandaran berikutan tiada masjid di kawasan itu,” lapor kandungan surat berkenaan.

Masjid itu kemudian dijadikan tempat menyimpan barang kebajikan sebelum kakitangan Qulwa terbabit tinggal di situ.

Amir Al-Baha mengarahkan supaya masjid itu dikosongkan segera dan fungsinya untuk kegunaan awam dikekalkan. - Agensi

Dr Mahathir yang Sebenar: Kawan baik Yahudi dan Antek AS


Dari Just Gan
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata jika penasihat Parti Rakyat Keadilan (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim setia kepada kumpulan-kumpulan Yahudi, dia tidak akan setia kepada negaranya sendiri” (Bernama,. 12 Julai 2010).
Jika logik ini digunapakai, maka bekas PM Dr Mahathir meludah ke langit terkena muka sendiri, kerana sejarah menunjukkan Dr Mahathir yang sebenarnya tidak setia kepada Malaysia.Mahathir telah terlibat Salmon Smith Barney (sebuah syarikat Yahudi) sebagai penasihat kewangan selama krisis mata wang. Dia juga terlibat Goldman Sach (firma lain Yahudi) untuk tugas-tugas lain. Putera Mahathir, Mirzan, bekerja untuk Salomon Brothers (sebuah syarikat Yahudi). Mahathir berdamai dengan George Soros, seorang Yahudi yang pernah dihinanya, tetapi ketika Soros melawat Malaysia beberapa tahun yang lalu Mahathir secara terbuka menyatakan (untuk alasan yang masih misteri ) bahawa Soros tidak bertanggung jawab atas krisis kewangan Malaysia.Abramoff, seorang Yahudi, menetapkan pertemuan antara Mahathir dan George Bush selepas kerajaan Mahathir membayar USD 1.2 Juta ke Heritage Foundation yang dikendalikan oleh Abramoff. Ini hanya beberapa dari kerjasama Mahathir-Yahudi.
Jadi, siapa yang teman baik orang Yahudi ‘? Mahathir atau Anwar? Mungkin Dr Mahathir sekali lagi menderita dari (dengan) nya penyimpangan mental yang dia alami selama kes VK Lingam ketika dia terlalu mudah lupa (atau buat-buat lupa?) butiran asas dan tidak hairan jika Dr Mahathir telah lupa kerjasama dan hubungannya dengan syarikat Yahudi dan individu.
Mahathir juga sering disebut Anwar sebagai antek AS, dan akhir-akhir ini Rais Yatim, pembodek Mahathir, telah memfitnah Anwar sebagai agen CIA atas artikel sampah Utusan yang mengambil blog seorang penulis yang tidak boleh dipercayai kesahihannya (lihat rencana John Mallot’s: Rais Yatim perlu meminta maaf kepada Anwar Ibrahim) Ya, beberapa orang terkemuka dari AS berbicara untuk diri Anwar selama Sodomi I dan berbicara kembali setelah Sodomi II.
Anwar tidak meletup di AS seperti munafik tertentu menderita diare akut oral. Apakah yang membuat Anwar budak suruhan AS atau agen CIA? Soalan terkini RPK, Siapa agen AS? Anwar atau Najib?, menunjukkan kepada orang lain sebagai agen CIA – Mahathir.Hal ini Mahathir yang merupakan antek dan tali barut AS, si pencuri yang sebenarnya yang berteriak “pencuri, pencuri, pencuri, …” untuk mengalihkan perhatian dari dirinya sendiri. Dalam sambutannya kepada Heritage Foundation pada 3, Mei 2002 Menteri Pertahanan Malaysia, Najib Tun Razak, memberi butiran lengkap tentang tatacara rahsia Malaysia dengan Amerika Syarikat dalam hal pertahanan (lihat http://www.heritage.org/Research/Lecture/US -Malaysia-Pertahanan-Kerjasama). Ini juga telah disebutkan oleh Barry Wain dalam bukunya, yang Maverick Malaysia.
Melihat apa yang terjadi antara AS dan Malaysia, terutama dalam sektor pertahanan dan masalah-masalah ekonomi, selama pemerintahan Mahathir, tidak salah jika disimpulkan bahawa Mahathir mengikat Malaysia sebagai negara pengikut AS, sebuah negara yang bergantung pada AS untuk kemajuan juga sebagai kelangsungan hidup.
Malaysia di bawah Mahathir mempunyai sokongan US sokongan dalam pertahanan di Asia Tenggara. Ekonomi Malaysia juga paling bergantung pada AS, AS muncul sebagai nombor 1 pasaran eksport dan pelabur untuk Malaysia.Adakah perhambaan akrab antara dua negara yang paling kritis mungkin jika hubungan antara Malaysia dan AS bermusuhan seperti yang digembar-gemburkan oleh Mahathir?
Bolehkah satu bangsa (Malaysia) bersikap musuh ketat terhadap bangsa lain (AS) tetapi pada masa yang sama Malaysia bergantung pada AS untuk kelangsungan hidup ekonomi dan keselamatan? Hanya orang bodoh dan munafik akan percaya dan mempertahankan logik dangkal ini.Mahathir membodohi Malaysia dengan bertindak dan berpura-pura bahawa dia anti-AS, tetapi selama ini sebagai tali barut dan antek dari Amerika Syarikat.
Sebahagian rakyat Malaysia berfikir bahawa Mahathir berani dan kasar terhadap Amerika Syarikat. Banyak negara-negara dunia ketiga dan negara-negara Islam juga terpukau dengan lakonan jijik Mahathir dan menyatakan dia sebagai juru bicara dunia ketiga dan negara-negara Islam.
Mereka tidak tahu bahawa Mahathir dibenarkan untuk membuat semua laporan anti-AS sebagai taktik menipu umat Islam bahawa dia sebenarnya tali barut AS.Martin Jalleh menulis dalam MT pada bulan Januari 2010 bahawa Dr Mahathir adalah “Kejadian dari AS” tetapi hanya segelintir rakyat yang membaca dan menghadam isi sebenar rencana ini. Hujah artikel beliau mengekpos Mahathir yang sebenarnya: seorang munafik yang tidak segan untuk melakukan apa-apa untuk memenuhi keserakahan yang tak dapat diukur kekuasaan, kekayaan dan kemasyhuran.Bolehkah Mahathir membuat amaran dan ucapan kaustik tentang AS tanpa apa-apa tindakan seperti yang dikenakan keatas Iran, Myanmar, Zimbabwe oleh AS kecuali CIA telah memungkinkan dia untuk melakukannya? Seperti Mahathir berpendapat, jika AS dapat menghasilkan Avatar, mereka boleh merancang serangan 9 / 11 Twin Tower sebagai serangan pengganas. Jadi, apa yang begitu sukar bagi CIA untuk menangani Mahathir, kecuali Mahathir adalah orang mereka yang melakukan arahan mereka?

Najib sudah hilang tuah


Baru-baru ini saya mendengar khabar angin bahawa Datuk Seri Najib Razak, seorang individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak dapat tidur lena. Adalah amat tidak adil terhadap dirinya jika kita menganggap Najib mampu tidur lena seperti bayi. Ini kerana pertamanya, beliau bukannya seorang bayi.

Kedua, saya diberitahu Najib kini berasa amat bimbang. Saya pun akan berasa begitu jika berada dalam keadaan seperti beliau. Agak memeranjatkan jika Najib mampu tidur langsung.

Najib seorang yang amat resah ketika ini. Apa tidaknya dengan segala tuduhan dan dakwaan terhadapnya, umpamanya menjadi kaitan kepada kes pembunuhan yang berlegar disekitar beliau.

Saya pun akan merasa begitu juga. Saya berasa kasihan terhadap beliau kerana walaupun memegang tampuk kekuasaan, ada sahaja warga Malaysia samada di dalam atau luar negara yang tidak menghargai jasa baik serta budinya dan tidak mahu meninggalkan beliau dalam aman.

Kenapa mereka amat nekad untuk menelanjangkan peribadi sebenar Najib dan mendedahkan segala apa yang mereka percayai sebagai kejahatan Najib?

Raja Petra Kamarudin, blogger tersohor Malaysia kini bergabung tenaga dengan orang kuat KEADILAN dan peguam terkemuka, Datuk Zaid Ibrahim untuk menumbangkan pengaruh dan kedudukan Najib. Tidak cukup dengan itu sejumlah warga Malaysia yang berhemah juga turut mendesak Najib untuk mendapatkan jawapan kepada soalan mereka.

Sebagai warga Malaysia yang taat, mereka berhak untuk mengharapkan, walaupun sedikit, kebenaran dari Perdana Menteri mereka.

Setakat ini mereka telah dikecewakan kerana walaupun dengan kewujudan bukti kukuh, ditambah pula dengan akuan bersumpah Bala, Najib dan Rosmah terus menerus membisu seribu bahasa dan menonjolkan adegan mereka teraniaya.

Zaid menuduh Najib takutkan RPK dan Bala kerana apa yang mereka tidak tahu tentang pembunuhan Altantuya sebenarnya tidak langsung bernilai. Maka adakah sesuatu yang mengejutkan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyoal Bala di London? Ya, kita melihat sedikit drama yang dimainkan oleh SPRM untuk mengaburi mata masyarakat dunia yang memerhati.

Dengan menggunakan beberapa alasan yang tidak dapat diterima akal, SPRM mempastikan kebenaran tidak akan terbongkar. Bagaimana SPRM boleh mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat jika inilah alasan terbaik mampu mereka rekacipta? Dan untuk PDRM, tidak ada apa-apa lagi yang boleh kita katakan

Seolah-olah siapa yang menyimpul perumpamaan Inggeris yang berbunyi, 'sesiapapun boleh terlepas selepas membunuh' nampaknya memikirkan mengenai Malaysia memasa menciptanya. Tindakan Khairy Jamaluddin mendakwa pihak polis lembab mengambil tindakan terhadap RPK cukup untuk memnggutakan lagi teori konspirasi saya. Adalah jelas bahawa Khairy dan Najib sememangnya menunjukkan sikap permusuhan yang nyat terhadap RPK.

Ditambah pula dengan apa yang Bala tahu mengenai pembunuhan Altantuya sudah cukup untuk menamatkan riwayat politik Najib sementara Khairy pula seorang yang dalam keadaan tergesa-gesa dalam mengejar cita-cita politiknya. Saya harap dia tahu apa yang beliau sedang lakukan, demi kebaikan dirinya sendiri.

Jadi sekarang apakah pilihan yang ada pada Najib? Walau pun pilihan yang bakal dibuat pahit dan sukar ditelan, Najib tidak punyai jalan lain kecuali menyerahkan nasib kepada penelitian dan siasatan rapi pihak berkuasa bagi membersihkan namanya. Bersandarkan kepada keyakinan bahawa kebenaran akan akhirnya terbongkar, mungkin beliau ada sedikit peluang untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Kalaulah caranya begitu, beliau bukan sahaja akan disayangi dan dihormati oleh warga Malaysia tetapi dalam proses itu akan menguatkan lagi tuntutan moral dan etika untuk memimpin negara. Adakah Najib memiliki kekuatan dan integriti karakter sebegitu untuk mempertahankan namanya dan maruah beliau dalam mahkamah?

Saya harap atas nama kebaikan sejagat Perdana Menteri kita memiliki kekuatan moral untuk membiarkan mahkamah membuat keputusan mengenai nasibnya.
Sumber:klik kat sini

Perancis Janji Bongkar Skandal Scorpene Habis-habisan - Najib & UMNO Di Tebing Keruntuhan



Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skandal Scorpene Habisan

Roh Altantuya Shaariibuu mungkin kembali tenang apabila pihak pendakwaraya Perancis yang menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam di Paris semalam berjanji akan menegakkan keadilan bagi model Mongolia yang mati dibunuh secara kejam pada 2006 itu.

Pihak pendakwaraya Perancis juga berikrar akan membongkar habisan semua dakwaan penyelewengan dan rasuah dalam urus niaga pembelian kapal selam Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia

Dalam emel yang dihantar kepada Suara Keadilan malam tadi melalui peguam Americk Sidhu, Bala berkata beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis dan peguam Perancis berhubung skandal rasuah Scorpene serta mendedahkan hubung kait Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda serta model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam urus niaga pembelian dua kapal selam buatan syarikat konglomerat DCN milik kerajaan Perancis.

Bala disoalsiasat berseorangan selama tiga jam bermula pukul 2.00 petang waktu Paris bertempat di Direction Centrale de la Police Judiciare DNIF, Nanterre, Paris oleh penyiasat Perancis, M Ryckewaert. Peguam Manjeet Singh tidak dibenarkan bersama Bala ketika anak guamnya ditemubual pendakwaraya Perancis.

Bala memberitahu Suara Keadilan melalui emel malam tadi pihak pendakwaraya Perancis amat berminat untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai hubungan beliau dengan Altantuya dan Abdul Razak.

"Saya telah menerangkan segala butiran mengenai pembunuhan Altantuya. Saya merujuk mereka kepada akuan bersumpah saya yang pertama dan juga temubual saya di Singapura. Saya juga menerangkan kepada mereka identiti dua anggota polis dan siapa pegawai atasan mereka yang berkait dengan kehilangan Altantuya serta apa hubungan mereka dengan Abdul Razak dan Najib.

"Peguam Perancis juga menyelidiki hubungan Abdul Razak dengan Najib serta maklumat yang diberikan kepada saya oleh Abdul Razak bagaimana Najib telah menghantar SMS kepadanya ketika beliau ditabgkap, atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya," terang Bala dalam emel beliau.

Beliau juga ditanya mengenai Perimekar Sdn Bhd dari segi pemilikan syarikat dan hubungannya dengan Abdul Razak dan isterinya.

Bala juga telah menerangkan mengenai tiga pembayaran sebanyak AS$5,000 setiap satu kepada Altantuya oleh Abdul Razak termasuk bayaran denda lewat AS$1,000.

"Saya jelaskan mengenai apartmen yang dibeli oleh Abdul Razak untuk Altantuya serta bayaran AS$500,000 yang dituntut oleh beliau. Juga saya terangkan pembabitan Altantuya dalam rundingan serta pengakuan dan pengesahan Abdul Razak bahawa beliau akan membayar wang tersebut kepada Altantuya.

"Mereka bertanya kepada saya mengenai identiti dua individu warga Perancis yang terlibat dalam urusan Scorpene dan samada saya mempunyai maklumat berhubung pembayaran daripada pihak Perancis kepada Perimekar. Ini kerana maklumat yang diberitahu Altantuya kepada saya ialah pembayaran AS$500,000 kepada beliau itu adalah di atas kejayaan urus niaga Scorpene.

"Mereka juga ingin tahu mengenai sepupu Altantuya, Amy yang mengetahui berkenaan majlis makan malam di mana Najib dan Abdul Razak hadir bersama Altantuya," jelas beliau lagi.

"Saya juga ditanya mengenai identiti dua individu bernama Major Rahim dan Abdul Rahim Saad," kata Bala lagi.

Disamping itu Bala juga menerangkan mengenai peranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang berpakat dengan usahawan perniagaan permaidani bernama Deepak Jaikishan yang menyebabkan beliau terpaksa lari dari Malaysia.

Beliau juga memberi rentetan peristiwa dan pembabitan adik Najib, Datuk Nazim dalam akuan bersumpah kedua Bala dan bagaimana beliau diseludup keluar dari Malaysia dan diarah berada di luar negara sehingga Najib menjadi Perdana Menteri.

"Saya diminta memberi butiran mengenai apa yang berlaku di sebuah gerai di Rawang di mana Deepak, adiknya Dinesh dan ASP Suresh bertemu dengan saya.

Bala berkata beliau juga bertemu dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang bertindak bagi pihak badan has asasi Malaysia, Suaram.

Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/07/perancis-janji-bongkar-skandal-scorpene.html

mula-mula projek pasir lepas tu jadi projek kolam ikan he he he


BEKAS Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Pembangkang negeri itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (bertopi) meninjau satu lagi kawasan yang musnah dipercayai akibat kegiatan melombong pasir yang tidak terkawal di Kampung Chuang, Rasa, Hulu Selangor, 14 Julai. - Utusan/NOORADZRENE 

Pasir: Tamparan hebat kepada Pakatan

PUTRAJAYA 14 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan isu perlombongan pasir secara tidak terkawal di Selangor seperti didedahkan oleh media sejak kelmarin merupakan satu tamparan hebat kepada kewibawaan kerajaan negeri yang diterajui oleh pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.
Perdana Menteri berkata, ini kerana kerosakan yang berlaku akibat kegiatan mengorek pasir di negeri itu begitu dahsyat dan keadaan sedemikian tidak sepatutnya dibiarkan terus berlaku.
''Oleh kerana ini merupakan bidang kuasa kerajaan negeri, maka mereka patut memantau dan mengambil keputusan yang membolehkan ia tidak berlaku lagi kerana apa yang terjadi kepada keadaan rupa muka bumi begitu berat sekali.
''Jadi saya harap kerajaan negeri akan mengambil tindakan untuk memulihkan keadaan kerana isu tersebut telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang melihatnya sebagai satu kelemahan besar kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Perdana Menteri mengulas isu aktiviti perlombongan pasir di Bukit Changgang berdekatan Paya Indah Wetlands di Dengkil Sepang yang menyaksikan kegiatan mengorek pasir dilakukan secara tidak terkawal.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang mendedahkan perkara itu Ahad lalu melahirkan rasa bimbang jika kegiatan tersebut tidak dihentikan, tanah di Selangor akan dipenuhi lubang yang sukar dipulihkan.
Mengenai cadangan yang ditimbulkan oleh Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim untuk menubuhkan 'Perkasa Cina' bagi membalas kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Najib berkata, kerajaan tidak boleh menyekat mana-mana pihak untuk berbuat demikian.
Namun, beliau menegaskan, kerajaan tidak mahu perbalahan berlaku akibat sentimen perkauman yang menjadi-jadi dalam negara ini.
''Ini yang mesti kita bendung kerana saya mengacukan semangat 1Malaysia itu menjadi panduan kita, jadi saya harap tidak ada sesiapa yang mengambil tindakan keterlaluan dalam memperjuangkan kepentingan mana-mana kaum.
''Sebab kita perlu melihat kepada konteks negara secara keseluruhannya," katanya.
Berhubung syor Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah supaya kuasa pendakwaan kes-kes rasuah diletakkan di bawah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Najib berkata, kerajaan masih mengkaji cadangan itu.