Sunday, August 2, 2015

Hisham: Kes Muhyiddin bukan baru



Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pengguguran Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri bukan perkara baru dalam parti itu.

Katanya, pengasas Umno Datuk Onn Jaafar, yang juga datuknya, juga pernah ditolak oleh parti tetapi ia tidak memecahkan Umno.

“Ini bukan perkara baru. Kita pernah hadapi perkara yang sama. Tetapi kita rapatkan saf dan muncul sebagai parti yang lebih utuh dan bersatu,” katanya.

Bercakap dalam mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Batu, Hishammuddin berkata Umno telah memilih kepentingan parti berbanding cadangan Onn untuk membuka keanggotaan parti untuk semua bangsa.

Begitu juga dengan kes Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang letak jawawan sebagai menteri kerana perbezaan pandangan dengan perdana menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman, kata Hishammuddin.

Sarawak Report: Tiga ditahan polis bantu siasatan


KUALA LUMPUR 1 Ogos – Seramai tiga individu ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung laporan yang diterima terhadap pengarang portal Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Khalid Abu Bakar
Mereka yang ditahan ialah bekas Ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Rashpal Singh; petugas di bahagian Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA), Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis telah merakam percakapan ketiga-tiga mereka berhubung laporan berbaur fitnah yang dibuat Clare.
“Siasatan polis turut menjurus kepada isu kebocoran maklumat rasmi kerajaan yang disalahgunakan oleh pihak tertentu.
“Beberapa pegawai daripada Bank Negara dan bank komersial akan turut dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Isnin lalu, portal berita Malaysia Today mendakwa Rashpal te­lah membocorkan maklumat mengenai siasatan pasukan petugas khas terhadap Sarawak Report.
Bagaimanapun, SPRM menafikan dakwaan terbabit dengan menyatakan Rashpal tidak mempunyai sebarang akses kerana ketika ini beliau bukan anggota penasihat agensi itu.
Sebelum ini, bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi telah membongkar komplot oleh pembangkang dan pe­ngendali Sarawak Report untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Melanyi juga mendedahkan hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Najib.
Mengulas lanjut, Khalid me­negaskan, polis akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil berlandaskan peruntukan undang-undang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/i-sarawak-report-i-tiga-ditahan-polis-bantu-siasatan-1.119519#sthash.03aZ31Kt.dpuf

Umat Islam CAR ditindas


Umat Islam yang kembali ke wilayah barat Republik Afrika Tengah
Umat Islam yang kembali ke wilayah barat Republik Afrika Tengah (CAR) selepas berlakunya pembunuhan beramai-ramai ekoran perbalahan agama pada tahun lalu, kini diancam dan dipaksa untuk meninggalkan agama mereka. AGENSI
LIBREVILLE, Gabon 1 Ogos – Amnesty International mendedahkan, kebanyakan umat Islam yang kembali ke wilayah barat Republik Afrika Tengah (CAR) selepas berlakunya pembunuhan beramai-ramai ekoran perbalahan agama pada tahun lalu, kini diancam dan dipaksa untuk meninggalkan agama mereka.
Penasihat Amnesty International, Joanne Mariner berkata, selepas berjaya memaksa berpuluh-puluh ribu penganut Islam melarikan diri dari barat CAR, kumpulan militan anti-Balaka kini melakukan penindasan agama ke atas beratus-ratus umat Islam.
Badan hak asasi manusia itu dalam satu laporan bertajuk ‘Memadam Identiti, pembasmian umat Islam di CAR’ mendedahkan, penganut Islam dilarang daripada mengamalkan agama mereka terutama di kawasan yang dikuasai oleh kumpulan militan anti-Balaka.
“Ada sejumlah daripada umat Islam dipaksa menganut agama Kristian atau berhadapan ancaman bunuh.
“Kawasan ini tidak dikawal pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ini memudahkan mereka menjadikan umat Islam sebagai sasaran,” jelas laporan itu.
Laporan tersebut turut menyatakan, sembahyang diharamkan selain penggunaan pakaian tradisional Islam tidak dibenarkan dan sebarang usaha untuk membina masjid dihalang.
Sehingga kini lebih 400 buah masjid dan surau yang berada di sekitar barat CAR telah dimusnahkan oleh kumpulan militan berkenaan.
“Kami diharamkan untuk mengerjakan solat di sana. Untuk bersembahyang kami perlu melakukan dengan cara bersembunyi, cepat dan tidak boleh secara berjemaah,” kata seorang penduduk yang enggan dikenali.  AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/umat-islam-car-ditindas-1.119399#sthash.kwFd9leF.dpuf