Sunday, May 24, 2015

Kabinet Belanda cadang haram niqab


Belanda merancang mengharamkan pemakaian penutup muka atau niqab

BELANDA merancang mengharamkan pemakaian penutup muka atau niqab di beberapa tempat tertentu termasuk sekolah dan hospital. Agensi
AMSTERDAM 23 Mei – Kabinet Belanda merancang membentang undang-undang bagi mengharamkan pemakaian penutup muka atau niqab di tempat-tempat seperti sekolah, hospital dan pengangkutan awam.
Laman web al-Jazeera melaporkan, Perdana Menteri, Mark Rutte semalam berkata, langkah bagaimanapun, tidak melibatkan pemakaian niqab di jalan-jalan raya.
“Pengharaman ini hanya dikenakan dalam situasi tertentu di mana merupakan satu keper­luan untuk muka seseorang dilihat atas alasan keselamatan,” katanya kepada wartawan.
Beliau berkata, kerajaan cuba mencari keseimbangan antara kebebasan rakyat untuk memakai apa jenis pakaian dan kepentingan memudahkan komunikasi bersama.
Rutte berkata, rang undang-undang yang dicadangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Ronald Plasterk itu tidak berdasarkan latar belakang agama.
“Kerajaan tidak melihat pelaksanaan pengharaman sepenuhnya di tempat-tempat awam,’’ katanya.
Mereka yang melanggar undang-undang tersebut boleh dikenakan denda sehingga 405 euro (RM1,606).
Badan penyiaran rasmi, NOPS melaporkan antara 100 dan 500 wanita di negara ini memakai niqab.
Jiran Belanda iaitu Perancis dan Belgium turut mengenakan pengharaman pemakaian niqab di tempat-tempat awam.
Sejumlah pergerakan berhaluan kanan di Eropah menjadikan pengharaman niqab sebagai objektif politik mereka.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kabinet-belanda-cadang-haram-niqab-1.94922#sthash.W0eWFEd3.dpuf

Turki tahan 43 penentang Presiden Erdogan


RECEP TAYYIP Erdogan

RECEP TAYYIP ERDOGAN
ISTANBUL 23 Mei – Turki semalam menangkap 43 penentang kerajaan di Konya dalam satu serbuan ke atas penyokong Fethullah Gulen, seteru Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Agensi berita Anatolia melaporkan mereka yang ditahan termasuk bekas anggota polis dan pegawai pendidikan serta bekas rektor Universiti Mevlana di Konya.
“Waran tangkap pada awalnya dikeluarkan ke atas 50 orang suspek,” kata laporan itu.
Suspek yang ditahan semalam akan disoal siasat, sebelum mereka didakwa atau dibebaskan.
Penahanan tersebut dilakukan dua minggu sebelum Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan pada 7 Jun ini ketika penyokong Gulen didakwa cuba membentuk sebuah negara dalam usaha menggulingkan Erdogan.
Berpuluh-puluh serbuan dilakukan terhadap penyokong Gulen sejak musim panas tahun lepas.
Gulen yang merupakan bekas sekutu Erdogan, berjaya mening­katkan pengaruhnya sejak beberap tahun lepas terutama dalam kalangan polis dan penguatkuasa serta melalui kepentingan dalam sektor pendidikan dan kewangan.
Pihak berkuasa menuduh Gulen mendalangi dakwaan rasuah terhadap Erdogan dan sekutunya pada Disember 2013.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-tahan-43-penentang-presiden-erdogan-1.94926#sthash.OVuCe10W.dpuf