Sunday, March 22, 2015

Video Hudud 'Persenda Islam' - KPN


Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 1:57 PM
Khalid Abu Bakar
Tan Sri Khalid Abu Bakar

PUTRAJAYA: Wartawan BFM Aisyah Tajudin boleh berdepan hukuman sehingga setahun penjara berhubung video hudud di Kelantan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata.

Khalid berkata, ini kali kedua stesen radio perniagaan berbahasa Inggeris itu mempersendakan agama Islam dengan memuat naik klip video menyindir pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Katanya pada akhir tahun lepas, stesen radio BFM didenda RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung satu wawancara yang dibuatnya bersama sarjana agama dari Amerika Syarikat, Reza Aslan berhubung kalimah Allah pada 21 Oktober 2013.

"Saya ingin ingatkan stesen-stesen radio, khususnya BFM supaya lebih berhati-hati kerana sebelum ini mereka pernah dikenakan tindakan berhubung isu kalimah Allah.

"Kini, sekali lagi dia cuba mainkan isu yang sensitif kerana apa yang diucapkan oleh (wartawan BFM) Aisyah (Tajuddin) sebenarnya boleh dianggap mempersendakan agama Islam yang tentunya melukai perasaan ramai orang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang," katanya.

Khalid berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menentukan tindakan lebih tegas boleh diambil terhadap stesen radio BFM serta mencari kaedah terbaik mengawal penyiaran isu-isu sensitif yang membangkitkan kemarahan masyarakat.

Dalam pada itu, beliau berkata polis akan memanggil Aisyah, penulis skrip dan pihak yang membuat ugutan terhadap penyampai BFM itu bagi membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan berkenaan kesalahan menimbulkan suasana tidak harmoni dan perpecahan di kalangan masyarakat.

Katanya sehingga kini polis menerima lima laporan berhubung penyiaran video kontroversi itu.

Siasat betul-betul bukan main-main saja....

Polis Tetap Siasat Isu 1MDB - KPN

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 2:04 PM

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tetap menjalankan siasatan terhadap isu dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika Jabatan Audit Negara melakukan audit terhadap syarikat itu.

Beliau berkata walaupun polis sebelum ini menetapkan hanya akan menjalankan siasatan jika audit terhadap 1MDB mengesan sebarang percanggahan, pasukan petugas khas bagi kes itu yang bermesyuarat pada Jumaat lalu memutuskan segala maklumat atau laporan yang diterima berhubung kes itu perlu disiasat.

"Berikutan polis menerima maklumat dan laporan berkaitan kes (1MDB), pasukan petugas khas ini berpendapat kami perlu menjalankan siasatan yang sepatutnya ke atas apa juga maklumat yang diterima tanpa perlu menunggu laporan penuh Jabatan Audit Negara selesai," katanya.

Selain Bahagian Jenayah Komersial, pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat laporan polis berhubung 1MDB berkaitan dakwaan salah urus dana syarikat itu turut disertai Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melepaskan peserta Kayuhan Malaysia Polis Diraja Malaysia di Dataran Putrajaya di sini, Ahad.

1MDB, syarikat pelaburan strategik berkaitan kerajaan yang ditubuhkan pada 2009, menjadi fokus utama media dan masyarakat berikutan dakwaan penyelewengan pengurusan kewangannya.

Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 Mac lepas, telah mengarahkan agar Ketua Audit Negara untuk meneliti dan mengesahkan secara bebas akaun syarikat itu.

"Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," kata Perdana Menteri.

Berani kerana Allah

DAP Perlu 'Cermin Diri', Juga Pernah Membelakangkan PAS - Abdul Hadi

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 2:14 PM
Datuk Seri Abdul Hadi Awang

MARANG: DAP perlu cermin diri sebelum memanggil PAS sebagai pengkhianat kerana parti itu juga pernah membelakangkan PAS, termasuk dalam isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata tiada istilah 'khianat' kerana DAP menerusi penasihatnya Lim Kit Siang telah menandatangani kenyataan bersama pada tahun 2011 yang 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam pelaksanaan hukum hudud.

Turut menandatangani kenyataan bersama itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.

"Kami buat kenyataan bersama bahawa kami (Pakatan Rakyat-PR) menerima hakikat itu adalah hak kerajaan Kelantan (untuk melaksanakan hudud) dan kami beri ruang kepada DAP untuk tidak bersetuju.

"Kami tidak halang mereka untuk tidak setuju. Kami bukan orang Melayu yang mudah lupa. Kami orang Islam yang tidak lupa.

"Macam dalam isu pilihan raya PBT, kami (PAS) tidak setuju, tapi DAP tetap kemuka dalam (sidang) dewan (undangan) negeri dia (Pulau Pinang). Kami diam, tapi mereka tidak diam (dalam isu hudud). Itu bezanya," katanya.

Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas penutupan Ijtima' Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3 di sini, malam Sabtu.

Pada Sabtu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, menyifatkan Abdul Hadi bertindak khianat dan sengaja melakukan provokasi untuk memecahbelahkan PR, kerana memberi notis kepada Parlimen pada 18 Mac lalu untuk melaksanakan hukum hudud dengan meminda Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Sementara itu, mengulas mengenai pendirian PKR untuk tidak menyokong cadangan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian itu di Parlimen, Abdul Hadi berkata perkara itu biasa dalam amalan demokrasi, malah perbezaan pendapat juga berlaku dalam parti.

"Pakatan Rakyat merupakan satu pakatan yang longgar ... memang ada dasar yang berbeza. Ada perkara yang sama dan ada perkara tidak. Kami tidak boleh halang (jika) ada dalam pakatan memberi pandangan berbeza," katanya.

Abdul Hadi bagaimanapun enggan mengulas sama ada PAS akan keluar daripada PR disebabkan perselisihan itu, sebaliknya berkata 'PAS masih bersama pakatan'.

Mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri bahawa RUU itu mungkin tidak dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang, beliau berkata perkara itu boleh diputuskan mengikut budi bicara Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia).

Katanya mengikut Peraturan Mesyuarat, RUU persendirian hendaklah diusulkan dan perlu mendapat keizinan daripada seorang menteri terlebih dahulu sebelum boleh dibentangkan.

"Soal sama ada boleh atau tidak mendapat majoriti (jika berlaku pengundian kelak), kAMI kena lihat tapi kewajipan kami adalah untuk membentang (RUU)," katanya.

Dapat lihat ramai penentang hukum Allah....syabas PAS... orang kafir dah tentu....orang islampun tentang hukum Allah

Umno Perlu Tegas Hudud Di Kelantan - Musa Hitam

Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 12:36 AM

PETALING JAYA: Umno perlu membuat pendirian yang jelas mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, jelas Tun Musa Hitam.
"Umno perlu mengambil pendirian tegas. Isu negara mempunyai implikasi yang sangat panjang untuk negara ini, kedua-dua di dalam dan di peringkat antarabangsa, " kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan pada hari Sabtu. 
"Dari awal lagi, saya secara peribadi berpendapat bahawa hudud tidak sesuai untuk negara kita.

"Sebagai bekas pemimpin Umno, saya percaya bahawa sejak penubuhannya sehingga hari ini, pendirian Umno jelas bahawa hudud tidak sesuai untuk sebuah negara berbilang kaum, berbilang agama  seperti Malaysia," kata Musa, yang kini berada di Cordoba, Sepanyol menyertai sesi meja bulat Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF).

Beliau juga berkata bahawa pihak pembangkang tidak seharusnya berpura-pura seperti mereka tidak tahu apa-apa.

Musa menyatakan bahawa rakyat tidak perlu terkejut dengan rang undang-undang hudud PAS, kerana mereka telah memperjuangkan sejak sekian lama.

"Jika saya salah mengenainya, maka Umno perlu menyatakan pendirian mereka secepat mungkin. Isu ini adalah penting dan tidak boleh diketepikan, "katanya.

Pada Khamis, dewan undangan negeri Kelantan  telah meluluskan pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Undi tersebut telah diluluskan dengan sebulat suara oleh 44 wakil rakyat yang terdiri daripada 31 dari PAS, 12 dari Umno dan seorang dari PKR.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat kepada Parlimen memohon kebenaran membentangkan rang undang-undang persendirian itu pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini hingga 9 April. 

Haron Din pernah kayuh basikal pusing Malaya


Haron Din
Haron Din
MARANG - Mursyidul Am Pas baharu, Datuk Dr Haron Din turut berkongsi pengalaman dan kisah kehidupannya pada sesi ‘Chat With Me’ Sembang Santai Bersama Pemuda sempena program Ijtima Perpaduan Ummah kali ke-3 di Rusila di sini.

Haron berkata, beliau adalah seorang insan terdidik dengan kerja berat sejak di bangku sekolah apabila beliau mengayuh basikal berulang alik dari rumah ke sekolah arab yang jauhnya kira-kira 20 kilometer.

“(Itu) rutin sewaktu kecil. Selalu berulang alik mengayuh basikal dan menjadikan saya seorang sukakan cabaran.

“Pada 1961 saya dan seorang kawan berpakat untuk pusing Malaya (Malaysia) mengembara ke seluruh tanah air dengan basikal,” katanya bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Beliau berkata, mereka berdua kemudiannya bertolak dari Perlis dengan basikal itu dan hanya berbekalkan RM50, namun dalam perjalanan, ketika sampai di Kuala Lumpur, sahabatnya itu mengalami demam panas.

Menurut beliau, mereka kemudiannya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dengan duit yang ada, akhirnya sahabatnya itu sembuh dan mereka nekad untuk balik semula ke Perlis.

“Sampai di Perlis (ketika itu) pada waktu tengah hari, ramai orang memenuhi rumah saya. Sebaik sahaja sampai sebuah keranda besar diusung keluar. Saya terduduk kerana memikirkan ayah ataupun ibu saya mungkin meninggal.

“Saya meninjau orang ramai dan melihat ayah dan ibu. Ketika itu barulah saya tahu, bahawa yang meninggal itu adalah seorang lelaki yang tinggal di hujung sawah dan kebaikan hati ayah yang mahu menguruskan jenazah arwah di rumah kami sendiri. Itulah antara pengalaman saya yang dirasakan mencabar,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun zaman kian berubah begitu pantas kerana pada zaman beliau dahulu, cabaran hampir tiada kerana budaya luar tidak dapat masuk ke Tanah Melayu.
“Yang ada hanyalah permainan melalaikan untuk memenuhi masa lapang dan tidak memberi erti kepada masyarakat.

“Tapi kini, cabaran yang ada menghambat kita hingga ke tempat tidur. Semua yang ada menyediakan hiburan dan keseluruhan daripada pengaruh ini membuat kita menyimpang dari Islam sebenar.

“Kesemua ini adalah cabaran yang memerlukan ketahanan, bukan sahaja orang muda, bahkan ketahanan dari seluruh masyarakat untuk kembali kepada Islam dari sumber asli dan penaksirannya yang dapat dipertanggungjawabkan sebagai sahih,” katanya.

Turut menjadi ahli panel pada pada program ‘Chat With Me’ Sembang Santai Bersama Pemuda ialah Pengerusi Jawatankuasa Induk Ijtima Perpaduan Ummah Kali Ke-3, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Azhar Idrus atau UAI.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden Pas itu turut berpesan kepada ribuan golongan muda yang hadir pada program santai itu agar jangan merosakkan diari hidup sendiri kerana mereka sendiri juga yang akan menyesal di kemudian hari.

“Gunakanlah waktu muda itu untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat kerana kita tidak mungkin dapat mengembalikan waktu muda kita. Kesilapan di usia mudalah yang terkadang menimbulkan penyesalan di usia tua,” katanya.

GST: Harga kereta mungkin turun


Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
KUALA LUMPUR - Secara keseluruhannya harga kereta akan menjadi lebih murah selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan 1 April, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau menjelaskan GST hanya enam peratus sahaja manakala cukai jualan kenderaan ketika ini ialah 10 peratus. Cukai jualan kenderaan akan dimansuhkan pada 1 April.

Khazali memberitahu Bernama, kesangsian berhubung sama ada harga akan naik atau turun wujud susulan terdapat kekeliruan dalam kalangan pengedar kereta berhubung  bagaimana mereka hendak menjual kereta yang mereka telah bayar cukai jualan kereta sebanyak 10 peratus.

"Sebenarnya, Kastam akan membayar balik cukai jualan 10 peratus yang telah dibayar oleh mereka dengan syarat mereka harus menunjukkan dokumen rasmi sebagai bukti yang  mereka telah membayar cukai itu dan masih belum menjual kereta berkenaan setakat 31 Mac," katanya.

Presiden Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Kredit Kuala Lumpur-Selangor (KLSCDCCA) Khoo Kah Jin berkata, beliau tidak menjangkakan penurunan ketara harga kereta  kerana perbezaannya mungkin diimbangi oleh harga komponen kereta yang diimport berikutan kadar tukaran asing lebih tinggi.

"Harga kereta memang akan turun iaitu dua hingga tiga peratus dengan GST," katanya.

"Namun, harga itu mungkin akan naik sedikit bergantung kepada kadar tukaran asing kerana kebanyakan komponen kereta adalah diimport, contohnya Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun," katanya.

Khoo berkata bagi kereta terpakai, harganya juga dikenakan GST namun dimasukkan ke dalam Skim Margin bagi mengelakkan pembayaran cukai berganda.

"Pembeli (kereta  terpakai) tidak akan terjejas dengan kenaikan harga kerana GST hanya dikenakan ke atas pengedar kereta terpakai berdasarkan keuntungan daripada jualan kereta.

"Sebagai contoh pengedar kenderaan terpakai membeli sebuah kereta dari seorang individu dengan harga RM30,000, kemudian menjualnya semula kepada individu lain dengan harga RM60,000, maka GST akan dikenakan ke atas kadar keuntungan RM30,000 itu sahaja," katanya. - Bernama

India khas 33 peratus wanita dalam polis


21 Mac 2015


NEW DELHI - INDIA. Dalam usaha meningkatkan perlindungan untuk wanita, Kerajaan India mengumumkan 33 peratus jawatan dalam pasukan polis negara ini dikhaskan untuk mereka.
 
Keputusan itu, yang diambil pada mesyuarat Kabinet semalam dengan dipengerusikan Perdana Menteri Narendra Modi, dipercayai akan mendorong lebih banyak wanita menyertai pasukan polis, terutama di ibu negara India ini, yang kini hanya mempunyai 6,300 anggota polis wanita daripada keseluruhan 80,000 anggotanya.
 
The Times of India memetik pengumuman Kerajaan Persekutuan bahawa pasukan itu sepatutnya mempunyai antara 25,000 dan 27,000 anggota polis wanita dan pada waktu yang sama, menggesa semua kerajaan negeri mengadakan peruntukan serupa.
 
Menurut Perlembagaan India, undang-undang dan ketenteraman terletak di bawah bidang kuasa negeri dan oleh itu, keputusan mengenainya perlulah dibuat kerajaan negeri.
 
Akhbar harian itu berkata di samping untuk menjadikan pasukan polis lebih peka kepada gender, kerajaan juga berharap langkah tersebut akan dapat menyemai keyakinan dalam diri wanita untuk tidak teragak-agak berjumpa dengan polis bagi mendapatkan perlindungan atau bantuan.
 
Berikutan kes rogol berkumpulan pada Disember 2002 yang menggegarkan negara ini, Kerajaan India membuat beberapa pindaan terhadap Kanun Jenayah, Kanun Tatacara Jenayah dan Akta berkaitan lain untuk melancarkan penyiasatan dan perbicaraan bagi kes melibatkan jenayah terhadap wanita. - Bernama

Hakim arah AS siar gambar penderaan


Hakim arah AS siar gambar penderaan
Seorang pegawai tentera AS menumbuk tahanan di penjara Abu Gharib pada 2003.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang hakim mahkamah Amerika Syarikat (AS) mengarahkan pentadbiran Presiden Barack Obama supaya menyiarkan gambar pegawai tenteranya mendera tahanan di Iraq dan Afghanistan.

Hakim Mahkamah Persekutuan New York, Alvin Hellerstein memberikan tempoh 60 hari kepada kerajaan AS untuk menyiarkan gambar tersebut kepada umum.

Menurut Press TV, pada 2005, mahkamah sama mengarahkan pentadbiran bekas Presiden George W Bush menyerahkan lebih 100 gambar dan rakaman video baharu yang menunjukkan penderaan tahanan di Abu Gharib, Baghdad.

Jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Myles Caggins III berkata, pihaknya sedang mengkaji keputusan itu dan akan memberi maklum balas di mahkamah.

AS sebelum ini berusaha keras merahsiakan gambar-gambar tersebut sebelum ia dibocorkan kepada umum oleh Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) pada 2004.

Lapan sampel gambar yang disiarkan itu menunjukkan berlakunya pelanggaran hak asasi manusia di penjara Abu Gharib, sehingga menimbulkan kecaman antarabangsa.

Peguam kerajaan mendakwa tindakan menyiarkan gambar itu akan mendedahkan identiti tahanan, sekali gus mencabuli hak mereka menurut Konvensyen Geneva.

Baru tahu sebenarnya DAP menentang keras perlaksanaan hukum hudud......musuh islam! wajib ditentang....

Guan Eng dakwa Hadi khianat PR
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah bertindak khianat dan sengaja melakukan provokasi untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat (PR), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
  
Beliau berkata, isu yang dihadapi Majlis Kepimpinan PR tidak lagi berkisar kepada kedegilan Pas untuk bekerjasama dengan Umno bagi melaksanakan hukum Hudud tetapi Presiden Pas itu menghina PR dengan berulang kali melanggar janjinya sendiri kepada gabungan itu.
  
"Pendekatan Abdul Hadi tidak boleh menjadi sebahagian daripada, malah melanggar pendekatan secara persetujuan yang diamalkan oleh PR ke arah gabungan sihat, demokratik dan berfungsi," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Lim berkata, keputusan unilateral Abdul Hadi untuk membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum Hudud pada sidang Parlimen sekarang, adalah tindakan pengkhianatan oleh Pas dengan mencabuli kesepakatan PR yang dipersetujui oleh pemimpin tertinggi Pas pada mesyuarat Majlis Kepimpinan PR pada 8 Februari lepas.
  
Beliau berkata namun, Abdul Hadi memberi notis kepada Parlimen pada 18 Mac lepas untuk melaksanakan hukum Hudud terhadap orang Islam di Kelantan dengan meminda Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Bagan berkata, rang undang-undang Hudud Pas hanya diluluskan sebulat suara oleh Dun Kelantan pada 19 Mac.
  
"Dengan memberi notis walaupun sebelum rang undang-undang itu diluluskan menunjukkan bahawa Abdul Hadi sekali lagi memungkiri janjinya yang dibuat sendiri semasa mesyuarat pada 8 Feb lepas bahawa sebarang percubaan untuk membentangkan rang undang-undang persendirian oleh anggota dewan perlu dibincangkan oleh Majlis Kepimpinan PR dahulu," kata beliau.
  
Pada 18 Mac lepas, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) untuk membolehkan pelaksanaan hukum hudud Pas' di Kelantan. Rang undang-undang itu diluluskan sehari kemudian.
  
Abdul Hadi dilaporkan berkata bahawa Pas telah belajar untuk menerima dan menghormati agama lain dan mempersoalkan mengapa orang bukan Islam tidak boleh menghormati Islam.
  
Beliau juga berkata, Pas mematuhi Perlembagaan dalam usaha untuk melaksanakan Hudud dan tidak berhasrat menghalang orang bukan Islam daripada mengamalkan agama mereka.

Lim mendakwa orang bukan Islam dan pengundi beragama Islam berfahaman sederhana yang menyokong Pas pada pilihan raya umum lepas, marah dengan pengkhianatan yang dilakukan Abdul Hadi.
  
Beliau mengulangi bahawa DAP dengan tegas menentang pelaksanaan hukum Hudud 'bukan kerana ia hukum Islam tetapi kerana Hudud tidak mengikut Perlembagaan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan'.
  
Menurutnya mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pada malam Isnin lepas memutuskan untuk membincangkan tindakan terbaharu Abdul Hadi dan hukum Hudud yang diluluskan kerajaan Kelantan diterajui Pas. - Bernama

‘Bukan niat persoal hudud’

Oleh Muhammad Saufi Hassan 
saufi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat umum berhubung video bertajuk ‘Hudud Isi Periuk Nasi?’ yang dimuat naik di laman YouTube kelmarin, BFM Media dan Projek Dialog memohon maaf secara terbuka menerusi satu kenyataan media, semalam.
Berdasarkan kenyataan itu, BFM Media mengakui menerima reaksi daripada pelbagai pihak dan sebahagian daripada penonton video itu beranggapan bahawa radio berkenaan sengaja mempersoalkan kesahihan hukum hudud itu sendiri.
“Ini bukanlah niat sebenar di sebalik video itu, kami hanya mengajak penonton supaya mempertimbangkan beberapa persoalan mengenai pelaksanaannya.
“Justeru, kami ingin meminta maaf jika ada pihak yang tersinggung berikutan video berkenaan. Video itu bermatlamat sebagai komentar satira yang menyentuh persoalan sama ada pelaksanaan hudud seharusnya menjadi keutamaan oleh pihak kerajaan dan perundangan di Kelantan,” katanya dalam kenyataan itu.
Video yang dimuat naik kelmarin di laman YouTube mencetuskan rasa kurang senang sebahagian besar masyarakat Islam kerana dilihat seolah-olah mempertikaikan isu hukum hudud.
BFM Media dalam kenyataan itu menjelaskan bahawa pihaknya mengambil keputusan untuk menarik balik video berkenaan memandangkan reaksi yang tercetus hasil daripada isu itu.
Bagaimanapun, menurutnya, pihaknya ingin menyatakan rasa kesal terhadap serangan peribadi yang ditujukan kepada pengacara video berkenaan iaitu Aisyah termasuk ugutan bunuh serta rogol yang diterimanya.
“Kami ingin menegaskan bahawa Aisyah (Tajuddin) hanyalah pengacara pengganti BFM Kupas dan bukan pengacara tetap rancangan itu. Beliau (Aisyah) juga bukan pengarang skrip terbabit.
“Oleh itu, pandangan yang diajukan di dalam video berkenaan bukanlah pendirian peribadinya dalam hal ini dan kami membantah sekeras-kerasnya segala serangan serta ugutan yang dibuat terhadap Aisyah,” katanya.
BFM Media turut membantah serangan serta ugutan yang dibuat terhadap wanita itu berikutan ancaman berkenaan bukan saja menyalahi perundangan, malah tidak bertepatan dengan nilai masyarakat negara ini yang mendokong prinsip keamanan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2015 @ 10:04 AM


ANTARA babak dalam video bertajuk ‘Hudud Isi Periuk Nasi?’ yang menjadi viral di laman sosial.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38403#sthash.4DkH22uK.dpuf

Burger paling mahal RM25,976


Sharjah (Emiriah Arab Bersatu): Satu hidangan burger mencipta rekod sebagai burger paling mahal di dunia apabila dijual pada harga mencecah AS$7,000 (RM25,976) dalam satu acara lelongan amal di sini, kelmarin.
Acara lelongan amal yang berlangsung di pusat beli-belah Dubai Mall di sini, itu dianjurkan bagi mengutip dana untuk sebuah pertubuhan mencegah kanser payudara, Pink Caravan.
Burger istimewa itu disediakan Pengerusi Jabatan Statistik dan Pembangunan Komuniti Sharjah, Sheikh Mohammed Bin Abdullah Al Thani juga duta Pink Caravan.
Hidangan burger paling mahal sebelum ini djual pada harga AS$5,000 (RM18,554) dalam satu acara lelongan di Las Vegas, Amerika Syarikat.


Beberapa lagi duta pertubuhan itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menyediakan hidangan burger mereka sebelum melelongkan kepada pembida.
Bagaimanapun, identiti pembida yang membeli hidangan burger paling mahal di dunia itu tidak didedahkan.
Jawatankuasa penganjur Pink Caravan mengumumkan bahawa aktiviti amal itu berjaya mengutip dana AS$19,650 (RM72,921).
Pengasas Pertubuhan Rakan Pesakit Kanser, Ameera Bin Karam berkata, beliau sangat bangga dengan sokongan yang diberikan penderma dan duta Pink Caravan pada program berkenaan.
“Tanpa sokongan mereka ini (penderma dan duta) Pink Caravan tidak dapat mencapai misi mereka,” katanya.
Menurutnya, Pink Caravan menyediakan beberapa pusat perubatan bergerak untuk menjalankan pemeriksaan terhadap wanita bagi mengesan tanda awal kanser payudara. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38500#sthash.i712sOPo.dpuf

Istiadat bersiram penuh tradisi



Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan menerima siraman air sungai pada Istiadat Siram Tabal di pekarangan Bukit Bintang, Istana Besar, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah menjalani Istiadat Siram Tabal di pekarangan Bukit Bintang, Istana Besar di sini semalam. Baginda berdua berangkat ke istiadat itu pada pukul 3.30 petang sebelum naik ke Panca Persada tempat bersiram diadakan.
Sultan Ibrahim yang memakai baju Melayu teluk belanga berwarna putih dan Raja Zarith Sofiah yang memakai baju kurung teluk belanga berwarna yang sama, bersemayam di peterana di Panca Persada setinggi sembilan tingkat.
Istiadat dimulakan dengan doa oleh Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsudin dan kemudiannya disusuli istiadat menepung tawar ke atas Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah oleh bonda Sultan Ibrahim, Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3V4JqV7KF 
Hakcipta terpelihara 

Pasukan penyiasat Belanda kembali siasat nahas MH17


Pasukan menyelamat Ukraine memeriksa sebahagian daripada rangka
Pasukan menyelamat Ukraine memeriksa sebahagian daripada rangka pesawat MH17 di tapak nahas di Rassipnoye, Ukraine pada 20 Julai, 2014. AGENSI
AMSTERDAM 21 Mac – Sepasukan 12 pegawai penyiasat dari Belanda dikerahkan ke Ukraine, semalam untuk mengumpul lebih banyak bukti di kawasan baharu nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur negara itu pada tahun lalu.
Kementerian Keadilan dan Keselamatan Belanda dalam kenyataannya berkata, pasukan penyiasat itu dihantar semula ke lokasi nahas yang masih belum disiasat ekoran situasi keselamatan yang tidak mengizinkan di kawasan itu, sebelum ini ekoran pertempuran antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera kerajaan.
Menurut kenyataan tersebut seperti yang dilaporkan portal berita India Today, pasukan penyiasat itu akan bekerjasama dengan Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE), Perkhidmatan Kecemasan Ukraine, pihak berkuasa pekan Kharkiv dan beberapa perkampung­an lain bagi meneruskan siasatan.
Tambah kementerian itu, siasatan terbaharu itu akan meliputi kawasan di barat laut Petropavlivka, yang sebelum ini menjadi lokasi pertempuran antara kumpulan pemberontak pro-Rusia dan tentera Ukraine.
Pasukan siasatan tersebut dijangka menyiarkan laporan akhir berkenaan punca pesawat MH17 ditembak jatuh dalam tempoh setahun selepas kejadian.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pasukan-penyiasat-belanda-kembali-siasat-nahas-mh17-1.72085#sthash.bbUG6XM4.dpuf