Saturday, June 15, 2013

Adakah rakyat johor benar2 sifar miskin, fakir miskin?.

Daulat tuanku, pinjam bugati rakyat sekali. Adakah rakyat johor benar2 sifar miskin, fakir miskin?... kbt
 Jkkk Fan Club's photo.
Daulat tuanku, pinjam bugati rakyat sekali. Adakah rakyat johor benar2 sifar miskin, fakir miskin?... kbt

Bugati harga jutaan ringgit milik tmj johor

Bugati harga jutaan ringgit milik tmj johor. Rakyat johot amat berbangga kerana monarki beliau kaya raya dan memiliki pancuang camni, yang tidak dimiliki oleh marhaen muahahahaha, bakal ketua agama.... KbtJkkk Fan Club
Bugati harga jutaan ringgit milik tmj johor. Rakyat johot amat berbangga kerana monarki beliau kaya raya dan memiliki pancuang camni, yang tidak dimiliki oleh marhaen muahahahaha, bakal ketua agama.... Kbt

Murdoch fail penceraian

 Rupert MurdochMurdoch dan Deng mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dan dikurniakan dua anak
NEW YORK - Jutawan media, Rupert Murdoch, dilapor memfailkan penceraian ke atas isteri ketiganya, Wendi Deng pada usia 14 tahun perkahwinan mereka, kelmarin.

Murdoch, 82, memfailkan penceraiannya di Mahkamah Agung New York, Amerika Syarikat dengan alasan rumah tangga mereka gagal diperbaiki.

Menurut laporan dipetik TheGurdian,  Murdoch dan Deng sebelum ini melangsungkan perkahwinan pada 25 Jun 1999, sebulan selepas bercerai dengan bekas isteri, Anna yang mengahwininya selama 32 tahun.

Perkahwinan Murdoch dan Deng sebelum ini dilangsungkan dalam satu majlis di atas kapal layar mewah di Pelabuhan New York.

Tadah hujan untuk masak

Foto
SARIFAH (berdiri dua dari kanan) terpaksa 
memikul tanggungjawab selepas suaminya hilang keupayaan bekerja.
Foto
SARIFAH menggunakan air tadahan hujan selepas 
bekalan air dan elektrik rumahnya dipotong.
Ipoh: Seorang suri rumah yang hidup dalam kemiskinan dan menjaga tiga anak orang kurang upaya (OKU) kini tidak mampu membayar bil elektrik dan air sejak beberapa bulan lalu.

Wanita malang itu, Sarifah Tun Mat Haril, 41, yang tinggal di Taman Chepor Jaya, di sini, terpaksa menagih simpati jiran selain menadah air hujan untuk memasak dan diminum.

Menurutnya, bil elektrik dan air yang tertunggak menyebabkan bekalan ke rumahnya dipotong sejak seminggu lalu.

“Saya diuji Tuhan dengan dugaan begini hebat dan terlalu banyak tekanan hidup. Saya tidak hanya perlu menjaga tiga anak OKU malah turut perlu memastikan enam anak lain tidak kelaparan setiap hari.

SARIFAH (berdiri dua dari kanan) terpaksa memikul tanggungjawab selepas suaminya hilang keupayaan bekerja.

“Malah suami saya yang juga pesara tentera, Syed Mohd Saliza Syed Hamzah, 45, uzur dan tidak mampu bekerja,” katanya.

Putera William berdarah India


London: Putera William akan menjadi raja Britain pertama yang memiliki darah keturunan India.

Analisis terbaru DNA membantu penyelidik membuktikan keturunan nenek moyang Duke of Cambridge, Eliza Kerwark ada mewarisi darah India.
Eliza yang juga leluhur kepada ibu William dan Harry, Puteri Diana selama ini dipercayai berasal dari Armenia.

Bagaimanapun, ujian terbaru terhadap sampel air liur diberikan keturunannya, termasuk ibu saudara Diana menunjukkan Eliza sekurang-kurangnya mempunyai separuh darah India.


Penemuan itu kelihatannya menjadikan William pewaris kedua takhta, bakal ketua negara Komanwel pasti melonjakkan popularitinya di kalangan 1.1 bilion penduduk India.


Dia belum lagi mengunjungi negara itu, tetapi ibu bapanya, Charles dan Diana pernah melawat India pada 1992 dengan aksi Diana duduk bersendirian di depan Taj Mahal.

William dan isterinya, Kate Middleton digalakkan melakukan kunjungan ke India selepas kelahiran anak pertama mereka bulan depan.

Penyelidik sebelum ini menjejaki salasilah keluarga Diana kepada enam generasi hingga pada Eliza Kerwark yang dilahirkan di barat India sekitar 1790 dan dipercayai berkahwin dengan pedagang Scotland Theodore Forbes pada 1812.

Bapa Eliza ialah pedagang Armenia, tetapi tiada rekod mengenai ibunya. Kini analisis genetik menunjukkan bahawa ibu Eliza pastinya berketurunan India.

Ibu saudara Diana, Mary Roach, seorang daripada penyumbang DNA berkata: “Saya selalu menyangka saya berketurunan separuh Armenia, jadi saya gembira kerana saya juga memiliki darah keturunan India.” - Daily Mail

PENCACAI AMNO TUDUH LGE BAGI PROJEK JAMBATAN KEDUA YANG RUNTUH SEMALAM





Daripada page AUTA pencacai amno PAPAGEGE FRENZ tuduh LGE yang bagi projek jambatan kedua Penang


Faktanya:

1. Jambatan Kedua Pulau Pinang dibangunkan oleh KERAJAAN PERSEKUTUAN melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) sebagai sebahagian daripada pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara.

2. Sejumlah RM1 bilion daripada perbelanjaan itu bagaimanapun diperoleh oleh syarikat dari China, China Harbour Engineering (CHEC) yang turut terlibat di dalam pembinaan jambatan itu.

Faktanya ada di sini.


Pejuang Reformasi


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013_06_01_archive.html#ixzz2WFAXV85d

GAMBAR KEPALA BABI DI SEJADAH


DEY MACHA!!!
BERHATI-HATI MEMILIH SEJADAH
TENGOK BETOI-BETOI
TAKUT ADA GAMBAQ KEPALA BABI MACAM NI...


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013_06_01_archive.html#ixzz2WFAApnV7

Wanita Islam pakai burka, niqab terima layanan buruk

PARIS 14 Jun - Wanita-wanita beragama Islam di negara ini kini menerima layanan buruk daripada rakyat Perancis selepas undang-undang melarang pemakaian burka dan niqab dikuatkuasakan pada 2011.
Sejak pelaksanaan undang-undang tersebut, terdapat beberapa kes jenayah berlaku melibatkan serangan ke atas wanita-wanita yang memakai pakaian tersebut.
Dalam kes pertama semalam, seorang wanita mengandung berumur 21 tahun diserang dan dicederakan dua lelaki 'berkepala botak' yang bertindak menarik purdah dan rambutnya.
"Wanita itu dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Argenteuil untuk rawatan bagi kecederaan yang dialaminya," menurut polis.
Jelas polis, kedua-dua lelaki itu turut menghina mangsa menggunakan kata-kata berunsur perkauman dan menyatakan pemakaian purdah tidak dibenarkan di Perancis.
Dalam kejadian berbeza pada 20 Mei lalu, seorang gadis bernama Rabia, 17, diserang di Argenteuil kerana memakai purdah.
Dua lelaki bertindak memukul Rabia kira-kira pukul 9 malam sambil menjerit 'Arab Pengotor' dan 'Penganut Islam Pengotor'.
Rabia berkata, seorang penyerang menarik purdah serta menolaknya sehingga jatuh dan kemudian bertindak memukul sambil menghinanya.
Jelasnya, penyerang hanya berhenti memukulnya apabila ada individu lain melalui kawasan tersebut.
Di bawah undang-undang tersebut, wanita yang didapati bersalah memakai burka dan niqab di tempat awam boleh dikenakan denda sehingga 130 euro (RM539.50). - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130615/lu_07/Wanita-Islam-pakai-burka-niqab-terima-layanan-buruk#ixzz2WERVwaAk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rundingan tamatkan keganasan ambil masa


KETUA Barisan Revolusi Nasional (BRN), Hassan Taib (tengah); wakil Pertubuhan Liberalisasi Bersatu Patani, Lukman Lima (kiri) dan Adam Nor juga daripada BRN mengadakan sidang media di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kumpulan pemberontak di Selatan Thailand menyatakan bahawa rundingan untuk menamatkan keganasan mungkin mengambil masa selama bertahun-tahun.
Sejak sedekad lalu, lebih 5,500 orang maut dalam keganasan tersebut. Rundingan antara kerajaan Thailand dan wakil-wakil Barisan Revolusi Nasional (BRN) bermula pada 28 Mac lalu. Namun sehingga kini ia masih gagal menamatkan keganasan yang berlaku hampir setiap hari.
"Rundingan mungkin memakan masa selama dua, tiga tahun atau lebih lama lagi. Jadi, kami berharap semua pihak bersabar. Ini adalah usaha terbaik kami. Perang tidak menyelesaikan apa-apa.
"Isu ini boleh diselesaikan menerusi rundingan walaupun ia akan memakan masa yang lama," kata wakil BRN, Hassan Taib.
Khamis lalu, kerajaan Thailand dan kumpulan pemberontak bersetuju untuk mengurangkan keganasan sepanjang bulan Ramadan.
Walaupun rundingan sudah memasuki pusingan kedua pada Mac, pertumpahan darah masih berlaku. Situasi itu menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana para pemimpin pemberontak mampu mengawal militan yang radikal.
Hassan mengakui bahawa ada pihak yang cuba menggagalkan rundingan tersebut. Tetapi beliau menegaskan golongan itu terdiri daripada individu yang memiliki kepentingan tersendiri. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2WENHQUD1 
Hakcipta terpelihara 

Agen CIA dedah rahsia AS dilarang masuk UK

BANGKOK - Kerajaan Britain semalam telah mengeluarkan notis kepada semua syarikat penerbangan di seluruh dunia yang menggesa mereka supaya tidak membenarkan bekas agen Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden (gambar) menaiki pesawat menuju ke United Kingdom (UK).

Notis dengan kepala surat Pejabat Dalam Negeri itu menyatakan semua syarikat penerbangan patut menghalang Snowden daripada menaiki pesawat mereka kerana dia hampir pasti tidak dibenarkan memasuki UK.
Diplomat Britain di sini mengesahkan bahawa surat itu asli. Beliau turut menyatakan bahawa mana-mana penerbangan yang membawa Snowden boleh didenda sebanyak AS$3,125 (RM9,735).
Tindakan menghalang Snowden daripada masuk ke UK dikatakan adalah untuk 'kebaikan orang awam'.
Snowden, 29, pada Ahad lalu membocorkan program intipan rahsia pemerintah AS iaitu PRISM yang berfungsi untuk menghimpun berjuta-juta rakaman perbualan telefon dan mengawasi aktiviti orang ramai di internet.
Jelas Snowden, kesedaran bahawa PRISM telah menyalahi prinsip kebebasan dan hak peribadi rakyat AS telah mendorongnya untuk membocorkan program rahsia tersebut.
Snowden kini melarikan diri ke Hong Kong. Dia juga menegaskan bahawa dia akan menentang sebarang percubaan AS untuk mengekstradisinya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2WEMdfObI 
Hakcipta terpelihara