Sunday, February 8, 2015

Lebih RM21 Juta, Nilai Tali Gantung Saddam Hussein


Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 10:18 AM

LONDON: Ia hanya seutas tali, tetapi tetap menjadi rebutan walaupun nilainya mencecah puluhan juta.
Nyata ia bukan sebarangan tali kerana pernah digunakan untuk mengantung bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.
Pada harga 4.6 juta pound (RM21.64 juta), pembida kini berebut-rebut untuk memastikan artifak bersejarah itu menjadi milik mereka.
Mail Online melaporkan tali tersebut ketika ini dimiliki oleh bekas penasihat Pasukan Keselamatan Iraq, Dr. Mowaffak al-Rubaie, dan mula menjadi perhatian selepas laman web Al-Araby Al-Jadeed memuat naik gambar Mowaffak bersama tali gantung itu di Internet.
Dr Mowaffak menunjukkan tali gantung Saddam Hussein yang kini diletakkan pada patung gangsa bekas pemimpin Iraq itu.
“Beberapa pembida berminat untuk mendapatkan bahan bersejarah itu, antaranya dua usahawan dari Kuwait, keluarga hartawan dari Israel dan kumpulan agama yang berpusat di Iran.
“Bidaan tertinggi yang diterima ketika ini adalah 4.6 juta pound (RM21.64 juta),” jelas web Al-Araby Al-Jadeed.
Bidaan tersebut mendapatkan kritikan daripada seorang anggota kumpulan hak asasi manusia, Ahmeed Saheed yang memberitahu laman web Al-Araby Al-Jadeed, wang hasil bidaan itu perlu diserahkan kepada Jabatan Perbendaharan Iraq dan bukannya menjadi hak milik peribadi.
Saddam dijatuhi hukuman gantung pada 30 Disember 2006 selepas Tribunal Khas Iraq mendapati beliau bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.

Wajah sebenar Jacko?

Los Angeles: Asalnya cuma satu prosedur untuk mecantikkan hidung, namun legenda pop Michael Jackson kemudian menghabiskan 30 tahun usianya melakukan lebih 100 pembedahan kosmetik ‘membetulkan’ wajah yang akhirnya semakin jauh daripada yang asal.
Ada yang berpendapat dia mahu kelihatan seperti sahabat dan idolanya, Diana Ross, tetapi tidak kurang juga rakannya menganggap Jackson sekadar tidak ingin menyerupai ayah yang dibencinya.
Semuanya didedahkan dalam dokumentari baru mengenai obsesi Jackson untuk mengubah wajahnya kerana dipercayai menghidap sindrom ‘body dysmorphic disorder’ (gangguan dismorfia badan).
Ia memaparkan wajah Jackson sekiranya masih hidup hari ini tanpa melalui sebarang pembedahan kosmetik.
Malangnya, pada saat kematian pada 2009 identiti Jackson seolah-olah terus lenyap termasuk sebagai lelaki berketurunan Afrika Amerika. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Februari 2015 @ 5:30 AM


WAJAH asal Jackson (kiri) dan pada 2009. Gambar kanan, jika masih hidup dan tidak melakukan pembedahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29470#sthash.yW2MpRZc.dpuf

‘Terima kasih suami ceraikan saya’


1
SERING kali dikatakan peceraian akan menghancurkan masa depan isteri yang ditinggalkan manakala anak-anak pula akan menjadi tidak tentu hala hidup mereka.
Bagi sesetengah pasangan kata-kata itu ada kebenarannya tetapi bagi mereka yang reda dengan keadaan dan menyifatkanya sebagai ujian hidup pasti akan membawa perubahan.
Inilah kisah yang ingin saya sentuh minggu ini, pengalaman menjadi mangsa perceraian dan hidup sebagai ibu tunggal bagi seorang wanita yang berkahir dengan kebahagiaan.
Di sebalik air mata yang tumpah setiap hari di permulaan perceraiannya, kini wanita ini yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Ann (bukan nama sebenar) hidup bahagia bersama anak menantu dan cucunya.
“Derita saya sudah berakhir, Allah gandakan dengan kebahagiaan ini. Alhamdulillah,” demikian komen Kak Ann kepada saya.
Kita ikuti cerita Kak Ann....
“Umur saya 58 tahun. Saya telah menjadi ibu tunggal selama lebih 20 tahun, saya terpanggil untuk berkongsi cerita hidup saya dengan anda semua.
“Dalam hidup ini kita kena reda atas tiga perkara: jodoh, maut dan pertemuan itu kerja Allah. Mahu tidak mahu kita tidak dapat mengelak apabila ia terjadi.
“Status ibu tunggal atau janda memang sangat ditakuti oleh kebanyakan wanita. Begitu juga de­ngan saya. Sebagai wanita saya amat terhina apabila diceraikan suami tanpa kerelaan saya.
“Saya tidak mahu cerita sebab saya diceraikan sebab tentu semua orang boleh agak kerana orang ketiga. Memang betul, suami jatuh cinta dengan orang lain. Kalau sudah dia tidak mahukan kita, buat apa tunggu. Jalan terbaik adalah dengan meminta cerai.
“Bukan kita sengaja nak minta tetapi keadaan meletakkan begitu. Buat apa lagi bersuami kalau nafkah anak, rumah tangga dan segala-galanya tentang keluarga dilupakan?
“Bukankah lebih baik dilepaskan dan biarkan kita menjalani hidup sendiri dengan cara kita dan dilindungi Allah. Itu yang saya mahukan. Alhamdulillah. Akhirnya saya terlepas daripada kemelut tersebut setelah hampir dua tahun naik turun mahkamah.
“Pengalaman saya yang telah menjadi ibu tunggal lebih 20 tahun ini sangat indah... indah maksudnya warna warni, ada suka ada duka. Kadang ketawa kadang menangis. Tidak menentu hidup kita dalam tempoh itu.
“Ketika itu saya berusia 30 tahun tidak silap. Bayangkan bagaimana nak jaga dua orang anak yang masih kecil, seorang lelaki 3 tahun dan perempuan 1 tahun. Rasa macam nak lari tinggal dalam hutan ketika itu.
“Kehidupan ketika itu memang sangat sukar, tanpa kelulusan yang tinggi dan hanya dengan gaji tidak sampai RM800 ringgit sebulan apa yang mampu saya berikan kepada anak-anak.
“Sewa rumah, bil api air, makanan dan tambang pergi balik kerja pun cukup-cukup. Nafkah untuk anak-anak langsung tidak ada. Begitu juga dengan bantuan lain.
“Saya buat kerja macam-macamseperti menceburi jualan langsung, jual kain dari rumah ke rumah semata-mata untuk menambah pendapatan. Tapi saya selalu ambil positif dan berkata dalam hati, saya boleh hidup tanpa suami. Saya yakin rezeki untuk saya dan anak-anak Allah sudah tentukan.
“Saya perlu berusaha dan sabar. Saya perlu bangkit dan melawan rasa sedih dan kecewa demi anak-anak. Saya terus bekerja dan pada masa yang sama mengambil kursus luar kampus di salah sebuah universiti tempatan di Kuala Lumpur di dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan Pemasaran. Tiga tahun bertungkus-lumus akhirnya saya berjaya menggenggam segulung diploma.
“Hasil penat lelah saya itu membuka mata majikan yang menawarkan saya jawatan Pegawai Pemasaran di kilang tempat saya bekerja. Di situ saya mengasah bakat. Saya berdoa agar saya terus berjaya.
“Alhamdulillah 10 tahun kemudian saya membuka syarikat sendiri. Berkat kesabaran yang dikurniakan oleh Allah kepada saya, anak-anak juga berjaya dalam pelajaran mereka dan memegang jawatan penting di tempat kerja mereka. Salah seorang daripada mereka telah membuka syarikat IT sendiri.
“Saya juga telah mempunyai seorang cucu yang comel berusia satu tahun, mempunyai perniagaan yang maju dan mempunyai sedikitsimpanan dan harta untuk hari tua juga dapat bersedekah, berzakat serta dapat juga diwariskan kepada anak cucu setelah saya meninggal dunia nanti.
“Kini saya semakin bahagia dan rilek. Saya ada masa untuk beramal jariah, pergi masjid, menghabiskan masa dengan anak menantu dan cucu serta kawan-kawan.
“Syarikat saya juga anak kedua tolong uruskan jadi saya ada masa untuk berehat dan saya harap satu hari nanti kedua-dua anak saya akan meneruskan perniagaan saya ini.
“Ketika meniti usia senja ini, saya terfikir balik, apa nasib yang telah menimpa saya selama ini adalah ketentuan Allah dan sesungguhnya Allah ingin menguji saya. Ujian itu adalah tandanya Allah sayang kepada kita.
“Teringat ketika diceraikan dahulu saya sangat marah dengan bekas suami, dengan orang ketiga yang merampas suami dan bekas mentua saya. Tetapi sekarang tidak lagi, sebaliknya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada suami kerana menceraikan saya kerana jika tidak, tentu hidup saya tak seindah dan bahagia seperti sekarang.
“Hidup saya sekarang sangat bahagia, saya telah menunaikan Haji dan sudah beberapa kali buat umrah. Kalau tidak bercerai, mungkin saya masih bekerja kilang hingga ke tua dan tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri. Ini semua kerja Allah.
“Selalu juga saya menasihatkan kepada anak-anak, apa saja perkara yang tak baik yang berlaku kepada kita, anggaplah sebagai satu cabaran. Sahutlah cabaran itu dengan hati yang sabar, tenang bersifat positif.
“Saya ingatkan anak-anak akan kehidupan kami semasa mereka masih kecil. Mereka nampak apa yang saya lalui. Bagaimana saya menangis setiap hari, bagaimana susahnya mencari duit untuk me­nyara mereka.
“Bagaimana susahnya saya naik bas, turun bas dan kadang kala tumpang orang untuk ke kuliah setelah penat balik kerja. Semua itu saya buat dengan ikhlas... sebab saya fikir masa depan mereka.
“Apa yang saya paparkan ini adalah sebagai teladan untuk orang lain khasnya ibu tunggal yang di­t­inggalkan suami seperti saya.
“Saya harap mereka kuat sema­ngat dan bangkit melawan keadaan untuk terus berjaya dalam hidup. Jangan berputus asa dan jangan sesekali mengalah kepada keadaan.
“Semoga semua ibu tunggal dan wanita yang ditinggalkan suami akan tabah melalui hidup mereka dan terus berjuang untuk mencari kebahagiaan hidup.’’ demikian pesanan Kak Ann sebelum menamatkan ceritanya.
Terkedu saya dengan kisah Kak Ann. Berapa ramai wanita yang sanggup menerima perceraian yang berlaku kepada mereka secara positif seperti mana yang kak Ann lalui.
Betul pesanan kak Ann, jangan jadikan status ibu tunggal sebagai alasan untuk putus asa. Teruskan perjuangan untuk hidup. Insya-Allah setiap kerja baik itu pasti akan dirahmati Allah.
Sebelum menamatkan cacatan pesanan saya, nilai hidup sebenarnya apabila seseorang itu dapat menikmati dan memanfaatkan setiap saat yang dilaluinya dalam kehidupan.
Salam
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/8216-terima-kasih-suami-ceraikan-saya-8217-1.56775#sthash.By4SJfHO.dpuf

QZ8501: 1 lagi mayat dibawa keluar


Sekumpulan anggota pasukan kecemasan Indonesia mengangkat mayat
Sekumpulan anggota pasukan kecemasan Indonesia mengangkat mayat mangsa nahas QZ8501 yang ditemui di Laut Jawa menaiki helikopter. – AGENSI
JAKARTA 7 Feb. – Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia berjaya membawa keluar salah satu daripada dua mayat di dalam kokpit pesawat AirAsia QZ8501, lewat petang semalam.
Agensi berita Channel News Asia melaporkan, ketika ditemui mayat yang semakin mereput itu didapati masih lengkap dengan pakaian seragam syarikat penerbangan, dengan tubuhnya terikat dengan tali pinggang keledar.
Kokpit tersebut ditemui 20 meter dari badan pesawat yang tenggelam di dasar Laut Jawa pada 28 Disember lalu.
Pihak berkuasa berkata, operasi mencari dan menyelamat terpaksa dihentikan menjelang malam, dengan satu lagi mayat yang masih terperangkap di dalam kokpit berkenaan akan dibawa keluar, pagi ini.
Bagaimanapun, pegawai operasi tidak dapat mengenal pasti idenititi mayat yang berjaya dibawa keluar itu, sama ada milik juruterbang, Iriyanto atau pembantunya, Remy Plesel.
Mayat yang berjaya dibawa keluar kemudian dibawa menaiki kapal KN Pacitan untuk dihantar kepada pihak berwajib untuk proses pengecaman.
Sepanjang minggu ini, pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui 28 mayat mangsa nahas itu, dengan operasi mencari saki baki mangsa dilanjutkan untuk tempoh seminggu lagi.
Selain itu, akibat dibawa arus laut yang deras badan pesawat QZ8501 kini beralih pada kedudukan 980 kilometer dari tempat asal pesawat itu terhempas.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/qz8501-1-lagi-mayat-dibawa-keluar-1.57078#sthash.iOXRvuuA.dpuf