Monday, July 6, 2015

Rafizi Dakwa 'Orang' Pemuda Umno Terlibat Skandal Hartanah Mara


Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 1:21 PM

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO), National Oversight and Whistleblowers (NOW) mempersoalkan tentang urusniaga pembelian hartanah keempat di Australia yang ditandatangani oleh dua individu yang didakwa tidak mempunyai kaitan dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Pengarah Eksekutif NOW, Rafizi Ramli berkata, dua individu yang terlibat dalam pembelian hartanah di 746 Swanston Street oleh syarikat milik penuh Mara Inc, Thrushcross Land Holdings Limited ialah Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid.
Menurut, persoalan kini timbul kerana kedua-dua individu tersebut mempunyai banyak kepentingan dengan pimpinan Pemuda Umno iaitu Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dan Exco Pemuda Umno Dazma Shah Daud.
"Mengikut maklumat rakan penyiasat di Australia, pembelian hartanah ini daripada pemilik sebelumnya ditandatangani oleh Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid iaitu individu yang tak ada kena mengena dengan Mara.
Kedua-dua mereka adalah rakan kongsi yang mempunyai banyak kepentingan perniagaan dengan pimpinan Umno, terutamanya Pemuda Umno," katanya pada sidang media di pejabat NOW di sini, Isnin.

Najib pertimbangkan tindakan terhadap WSJ

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Siti Fatimah Hassan
Semenyih: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan tuduhan disiarkan Wall Street Journal (WSJ) kononnya beliau 'songlap' atau mencuri wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah hampir AS$700 juta (RM2.65 bilion) sebagai tuduhan liar dan amat jahat.

Beliau berkata, sehubungan itu beliau sudah merujuk perkara berkenaan kepada peguam-peguamnya untuk menentukan bentuk tindakan termasuk undang-undang.

"Saya merujuk kepada tuduhan liar yang dibuat terhadap saya kononnya saya songlap atau curi AS$700 juta wang 1MDB dan masukkan ke dalam akaun peribadi.

"Saya sudah merujuk kepada peguam dan mereka akan beri nasihat apakah tindakan susulan dalam bentuk undang-undang yang boleh dibuat dalam dan luar negara.



"Insya-Allah, saya akan buat keputusan dalam beberapa hari apa tindakan selanjutnyayang akan diambil berhubung dakwaan cukup jahat ini," katanya pada sidang media di Masjid Bandar Rinching, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Sero Noh Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih Datuk Johan Abdul Aziz dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel.

WSJ melaporkan penyiasat Malaysia didakwa mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun peribadi Perdana Menteri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 8:29 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62263#sthash.dRNKGT1r.dpuf

Bukan babi tapi wombat


IKLAN digital imej haiwan yang dikatakan menyerupai seekor babi sehingga menjadi viral di laman sosial semalam.


KUALA LUMPUR – Syarikat Oohm Inter­national Holdings menghentikan iklan hari raya kontroversi yang me­maparkan imej seekor haiwan menyerupai babi mengenakan baju Melayu di papan iklan elektronik miliknya di Bukit Bintang di sini semalam.
Pengurus Kanan Pembangunan Per­niagaan Oohm International, Zahira Rahman berkata, bagaimanapun imej digital pada iklan yang ditayangkan sejak seminggu lalu bukanlah seekor babi, sebaliknya sejenis wombat iaitu haiwan dari Australia.
“Iklan itu sudah dihentikan semalam akibat imej kontroversi tersebut kerana kami bimbang ia mencetuskan kekeliruan dalam kalangan orang ramai,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3f4D4ALq8 
Hakcipta terpelihara 

Greece adakan pungutan suara


Tsipras membuang undi dalam penentuan menyokong atau menolak lebih banyak langkah penjimatan untuk bantuan antarabangsa bagi membayar hutang besar Greece dalam pungutan suara di seluruh negara semalam. - REUTERS


ATHENS – Rakyat Greece semalam membuat undian bersejarah sama ada akan menerima langkah penjimatan ketat untuk mendapatkan pinjaman tambahan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kesatuan Eropah (EU).
Sebanyak 11 juta pengundi membuat pilihan itu di seluruh negara sementara negara Eropah lain dan pelabur antarabangsa memerhati dengan teliti pilihan rakyat Greece. Kegagalan menyokong pelan penjimatan EU-IMF akan menyebabkan Greece terkeluar daripada negara mata wang euro.
Di ibu kota Greece, Athens berpuluh-puluh orang berbaris di luar sebuah sekolah dan bangunan universiti yang dijadikan pusat membuang undi seawal pukul 7 pagi (waktu tempatan semalam). Pusat-pusat mengundi akan ditutup 12 jam kemudian.
“Saya mengundi ‘tidak’ kerana saya fikir itu lebih baik untuk negara ini. Saya bukan mengundi untuk diri sendiri tapi untuk cucu-cucu saya dan masa depan mereka,” kata pengundi pertama di sebuah sekolah semalam bernama Michelis, 80.
Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras yang merupakan pemimpin radikal haluan kiri mempertaruhkan kerjaya politiknya kepada pungutan suara tersebut. Tsipras mula mentadbir Greece sejak enam bulan lalu.
Tsipras membuat keputusan drastik untuk mengadakan pungutan suara rakyat pada minggu lalu untuk menamatkan kebuntuan dengan pemiutang antarabangsa yang berlarutan selama lima bulan.
Undi ‘tidak’ dalam referendum itu memberikan Greece lebih banyak kelonggaran dan ruang untuk menstruktur semula hutang negara.
Bagaimanapun, ramai penyokong Tsipras beralih untuk mengundi ‘ya’ susulan amaran beberapa pemimpin EU bahawa undian ‘tidak’ boleh menyebabkan Greece terkeluar daripada EU.
Menteri Kewangan Greece, Yanis Varoufakis kelmarin menuduh pemiutang antarabangsa itu sebagai memeras ugut Greec di samping menegaskan tiada peruntukan undang-undang untuk memaksa negara ini keluar daripada EU.
Greece secara rasmi diisytihar gagal membayar hutangnya pada Jumaat lalu oleh agensi Kemudahan Kestabilan Kewangan Eropah yang memegang 144.6 bilion Euro (RM608.81 bilion) pinjaman negara ini. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3f4BfVcwF 
Hakcipta terpelihara 

Kahwin murah trend di Korea



Seorang lelaki menyarungkan cincin perkahwinan di jari pengantin perempuan semasa berkahwin di Perpustakaan Negara Korea di Seoul, Korea Selatan pada 16 Mei lalu. - REUTERS


SEOUL – Semakin ramai rakyat Korea Selatan meminggirkan resepsi mewah dan berkahwin dalam majlis kecil-kecilan ketika negara berkenaan berdepan kelembapan ekonomi.
Pada tahun lalu, purata perbelanjaan perkahwinan di Korea Selatan ialah sekitar AS$64,000 (RM242,541) atau sekali ganda lebih tinggi berbanding di Amerika Syarikat (AS).
Majlis perkahwinan di negara itu biasanya diadakan untuk menunjukkan status seseorang melibatkan beratus-ratus tetamu dan pemberian hadiah mewah.
Namun, kos perkahwinan yang melambung tinggi menyebabkan semakin ramai lelaki dan wanita Korea Selatan menangguhkan untuk berkahwin.
Bagi meningkatkan kadar perkahwinan yang terendah pada 2014, kerajaan bertindak menyewakan fasiliti awam seperti dewan orang-ramai pada harga amat rendah.
“Saya mahu perkahwinan saya diraikan bersama-sama orang yang saya kehendaki. Saya juga tidak suka jika mendapat undangan perkahwinan daripada mereka yang saya tidak begitu kenali,” kata seorang pengantin baharu berusia 32 tahun, Cho Jin-oh.
Dia dan suaminya, Kim Kwang-yoon, 34, menyewa sebuah dewan kecil milik Dewan Bandar Raya Seoul pada harga cuma AS$60 (RM227) untuk berkahwin.
Mereka turut membayar sendiri kos majlis perkahwinan sebanyak AS$10,000 (RM37,883).
Trend majlis perkahwinan kecil-kecilan mula mendapat tempat di Korea Selatan pada tahun lalu yang turut dipopularkan oleh artis irama K-Pop.
Pada bulan lalu, bintang filem Won Bin dan Lee Na-young berkahwin di sebuah ladang gandum dekat Seoul dengan dihadiri kurang daripada 50 tetamu. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0706&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3f4BSGu2D 
Hakcipta terpelihara