Wednesday, August 20, 2014

Mufti Brunei: Memperlekeh hudud merupakan candu untuk melemahkan Islam


Mufti Brunei
BANGI, 20 Ogos – Tindakan sebahagian orang Islam yang memperlekeh undang-undang jenayah syariah merupakan candu untuk melemah dan merosakkan kefahaman Islam yang sebenar.
Mufti Negara Brunei Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned menyebut demikian dalam satu sesi penerangan berkenaan “Syariah Penal Code Order (SPCO 2013) daripada perspektif dan pengalaman Brunei” di Universiti Islam Malaysia (UIM), Cyberjaya semalam.
“Tindakan ini disebabkan mereka itu jahil samada jahil biasa atau jahil murakkab atau jahil murakkab murakkab, inilah yang disebut sebagai krisis keimanan.
“Mereka jahil terhadap hukum Islam yang sebenar, jahil terhadap kefahaman Islam serta jahil akan maksud keadilan yang ada dalam Islam,” tegasnya lagi.
Beliau menambah lagi penyelesaian bagi kejahilan ini adalah dengan dikukuhkan kembali aqidah serta dimantapkan kembali keimanan umat Islam yang menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam khususnya golongan ulamak.
“Ulamak perlu diperbetulkan, ulamak perlu berperanan dengan mendidik masyarakat dengan ilmu dan pendidikan (tarbiyyah), inilah yang terjadi di Brunei,” kata beliau.
Pada Oktober 2013, Sultan Brunei telah mengistiharkan bahawa negara tersebut akan melaksanakan sistem undang-undang jenayah Syariah bermula 6 bulan daripada tarikh tersebut secara berfasa.
“Saya ingin bertanya adakah wajar untuk kita kata Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Sempurna telah membuat untuk kita suatu undang-undang yang bersesuaian untuk sesetengah tempat sahaja atau membuat undang-undang yang cacat?” soal beliau kepada pihak yang menolak hudud.
“Sesungguhnya titik tolak kepada pelaksanaan undang-undang tersebut di Brunei adalah atas kehendak pemimpin negara (sultan) yang takutkan akan pertemuan hisab dan sebagai pelepas pertanggungjawaban di hadapan Allah SWT kelak,” katanya lagi.

Kelibat Buaya Di Ampang Jajar , Kepala Batas,SPU.Berhati-Hati Kepada Pemancing Tegar

Menteri puji sikap ahli parlimen PAS


HARAKAHDAILY | .

SEPANG: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz memuji sikap Ahli Parlimen PAS Sepang Mohamed Hanipa Maidin yang menurutnya, sering membangkitkan isu penumpuan industri pelancongan di Sepang.

Selain Hanipa, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang juga aktif membangkitkan hal itu di Dewan Rakyat.

"Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapakan terima kasih pada Ahli Parlimen Sepang dan juga Ahli Parlimen Seputeh kerana banyak kali membangkitkan di Parlimen tentang isu pelancongan di Sepang dan mereka berdua banyak kali meminta saya membuat lawatan ke  Sepang bagi melihat sendiri tempat tempat menarik di sini yang perlu dibangunkan sebagai destinasi pelancongan," katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap di Avani Gold Coast semalam ketika membuat lawatan sehari ke sini bagi meninjau dan melihat sendiri kawasan-kawasan yang menarik untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan.

Dalam ucapannya, beliau juga mengucapakan terima kasih kepada pihak Avani Gold Coast khususnya kepada Bapak Yanki yang telah melabur wang yang begitu banyak bagi memajukan Gold Coast sebagai destinasi pelancongan.

Beliau turut berjanji bahawa pihak Kementeriannya akan memberi sokongan padu untuk Kerajaan memperuntukkan belanjawan yang mencukupi dalam Rancangan Malaysia ke 11 nanti bagi memajukan Sepang sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia kerana lokasinya yang strategik dan berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa.

Sebelum ini, ketika perbahasan di Dewan Rakyat, Hanipa telah beberapa kali meminta Kerajaan memberikan tumpuan yang lebih kepada Sepang sebagai destinasi pelancongan kerana Sepang adalah pintu masuk utama para pelancong ke negara ini .

Beliau juga menegaskan banyak destinasi menarik dan produk-produk pelancongan di Sepang masih belum dibangunkan secara pesat meskipun ada destinasi pelancongan di situ yang menarik masyarakat antarabangsa seperti pesta sukan perahu layar antarabangsa di Batu Laut yang diadakan setiap tahun.

Beliau juga meminta pihak Kerajaan dapat menaik taraf jalanraya di Sepang khususnya jalan jalan utama ke destinasi pelancongan di Sepang.

Turut hadir dalam lawatan sehari menteri itu adalah wakil kerajaan Selangor dari Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Datuk Roslan, Teresa dan Adun Sg Pelek.

- HARAKAHDAILY 20/8/2014

Mahathir patut desak Najib letak jawatan


AZIZ MUDA | .
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sekarang sebagai Perdana Menteri, ekoran prestasinya yang teruk sehingga jauh lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dengan hanya sekadar mengkritik atau menegur dan menarik balik sokongannya ke atas Najib tidak memberikan sebarang kesan kepada Najib kerana Mahathir sendiri kini sudah berada di luar kerajaan.

Naib Presiden PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, disebabkan kritikan keras Mahathir itu, sekiranya Najib bermaruah, Najib pasti akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri sekarang.

Menurut beliau, penarikan balik sokongan Mahathir ke atas Najib akibat prestasinya yang buruk membuktikan Umno-BN sudah semakin teruk dan sepatutnya ditukarkan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara.

"Di bawah pemerintahan Umno-BN, rakyat semakin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan peningkatan hutang negara, ekoran kelemahan para pemimpin kerajaan dalam pengurusan ekonomi," katanya ketika dihubungi.

Tuan Ibrahim berkata, dalam masa yang sama, kerajaan Umno BN turut gagal menurunkan kes-kes jenayah, di samping gagal dalam melaksanakan undang-undang yang relevan dengan keperluan semasa, walaupun ISA dimansuhkan disebabkan penguatkuasaannya yang lemah.

Menurutnya, walaupun tindakan Najib memansuhkan ISA merupakan satu tindakan yang betul dari segi keadilan, tetapi ia tidak memberikan hasil yang baik disebabkan penguatkuasaannya yang lemah dan tidak diperbaiki.

"Isu jenayah bukan sahaja membabitkan undang-undang, tetapi penguatkuasaannya juga perlu diperbaiki. Dalam hal ini, kita mesti tengok secara keseluruhannya. Penguatkuasaan daripada pihak suruhanjaya-suruhanjaya berkenaan juga mestilah dipertingkatkan," katanya.

Kesemua kelemahan itu, menurut Ustaz Tuan Ibrahim, amat mengecewakan rakyat dan ia menjadi asas yang kuat kepada Mahathir untuk mengkritik dan menegur Najib ekoran prestasinya yang jauh lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Sepatutnya Tun Dr Mahathir sambung lagi jawatannya sebagai Perdana Menteri, tak patut berhenti sebab wawasannya belum tercapai. Kalau Tun Dr Mahathir berhenti dan lantik siapa-siapa pun untuk menggantikannya, wawasannya seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020 tak akan tercapai," katanya.

Ulasan lanjut boleh diikuti dalam Harakah cetak bilangan 1972 yang berada di pasaran hari ini. - HARAKAHDAILY 20/8/2014

Melihat keunikan keputusan 17 Ogos, mungkinkah Dun bubar?


WAN NORDIN WAN YAACOB | .

TANGGAL 17 Ogos 2014 telah berlalu.Tarikh yang penuh mendebarkan untuk rakyat, ahli PAS dan pendukung Pakatan Rakyat melihat bagaimana PAS merentasi  polemik isu penggantian Menteri Besar Selangor yang berlarutan sejak Ramadan lagi.

Tanggal 17 Ogos yang lalu menjadi satu tarikh yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia bahkan antarabangsa dengan pelbagai persepsi dilayangkan bahawa dalam hal ini PAS lambat bertindak.

Tidak kurang melihat PAS seolah-olah membiarkan sahaja apa yang berlaku untuk tidak diatasi segera. Namun bagi PAS sebagaimana Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat ia merupakan salah satu 'historical moment' dalam sejarah panjangnya di pentas politik tanah air.

Keputusan telahpun dicapai. Semua orang sudah tahu. Yang penting adalah dinamika yang berlaku dalam PAS sepanjang berinteraksi dengan isu ini adalah pengalaman yang amat berharga khususnya dalam menilai pelbagai aliran pandangan dan menguruskan krisis yang sejenak berlaku.

Tidak terbayang dek fikiran bahawa PAS akan datang dengan keputusan 'chek mate' dengan menamakan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali sebagai calon MB kerana bagi mata umum, PAS sebelumnya konsisten menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagaimana beberapa kenyataan sebelumnya.

Perkiraan Umno-BN pula mahu melihat PAS konsisten menyokong Khalid Ibrahim seperti yang direntakkan Umno apatah lagi ada tangan-tangan hitam yang sedang berwayang di belakang tubuh Khalid untuk terus bertahan dan bertahan walau selepas dipecat partinya.

Biarpun media Umno-BN melihat ia satu pusingan-u, namun dinamika PAS dalam meredah isu sepenting ini agar menjaga Tahaluf Siyasi yang dibina dengan pengesahan dalam tiga Muktamar PAS kebelakangan ini membayangkan betapa PAS selaku 'Abang Sulung' memiliki jiwa yang sangat demokrasi dan bertanggungjawab.

Hatta jika PAS berpendirian kekal bersama Khalid sekalipun, pastinya tahaluf yang dibina tidak akan diputuskan begitu sahaja untuk bercerai talak tiga dengan Pakatan Rakyat kerana dalam saranan Majlis Syura Ulama PAS telah mengingatkan bahawa PAS kekal bersama Pakatan Rakyat.

Inilah uniknya PAS, setiap keputusan dibawa ke meja perbincangan dan ada 'guide line' yang memberi sedikit panduan untuk kepimpinan meneroka isu yang sedang dan telah dihadapi dengan baik.

Bak kata Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu, keputusan ini juga menggambarkan bahawa Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seorang yang sangat demokrasi dalam membuat dan menyatakan keputusan.

Lihat sahaja bagaimana Presiden PAS melayarkan majlis mesyuarat yang penuh mendebarkan dan penuh 'sangkaan' sebelumnya, dan datang dengan satu keputusan yang akhirnya meredakan ketegangan semua pihak.

Biarpun masih ada yang 'kurang setuju' dengan keputusan ini, namun PAS terus utuh bersama kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang memiliki sikap dan sifat kepimpinan serta kepemimpinan.

Buat masa ini Umno boleh sahaja 'gigit jari' dengan keputusan ini, namun harus diingatkan juga bahawa Umno boleh juga menggunakan 'remote' nya untuk mengheret permainan hingga pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor.

Apapun, ahli dan rakyat sudah mula dapat menilai kematangan PAS membelah badai demokrasi untuk sekali lagi menjadi Abang Sulung yang sangat bertanggungjawab dalam memerhatikan saudara mara dalam Pakatan Rakyat tidak terus terbadai dek ombak ganas ciptaan Umno-BN.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor yang bakal berjalan selepas kematian Allahyarham Dato' Noor Zahidi Omar awal pagi tadi boleh menjadi satu kayu ukur kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam merintis semula jalan yang berlubang serta berlopak sebelum ini untuk teguh bersama panji menentang kezaliman.

Dun Pengkalan Kubor adalah kawasan yang ditandingi PKR, dan kemudiannya Parlimen Tumpat yang memayungi kawasan ini adalah kerusi di bawah PAS. Ini keunikan yang harus digunakan sebaiknya dalam merencana satu semangat bersama semula agar tidak lagi ada tuding-menuding yang mewajarkan perpecahan berlaku.

Di pihak PKR pula, harus ada satu sikap menghormati 'Abang Sulung' dalam membuat sebarang keputusan yang akhirnya akan membabitkan ketiga-tiga parti untuk disepakati. Pengajaran kes MB Selangor adalah 'ladang terbaik' buat semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat untuk meneladaninya.

BN sedang bergoyang sakan, Umno sedang retak akibat serangan Tun Mahathir Mohamad ke atas Dato' Seri Najib Tun Razak, peluang sebaik ini harus diambil kesempatan untuk Pakatan Rakyat terus membawa aspirasi rakyat.

Sama-sama kita semua mengambil iktibar dalam menjiwai semangat Tanggal 17 Ogos 2014...

Rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat usah ragu dan curiga dengan PAS, rakyat pula harus terus bersemangat untuk mendepani isu-isu politik yang akan menjadi tiang seri hidup di bumi Malaysia ini. –HARAKAHDAILY 20/8/2014

Budayakan letak jawatan atas rasa tanggungjawab


SHARIFAH NUR SHAHRIZAD SYED MOHAMED SHARER | .
KUALA LUMPUR: Sebaik sahaja berita disiarkan mengenai peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit (MRT) Corp, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid susulan kemalangan di tapak kerja landasan MRT di Kota Damansara yang meragut nyawa tiga pekerja warga Bangladesh, semalam, ramai yang memuji tindakan beliau.
  
Rata-rata menyifatkan Azhar telah menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan "mendukung integriti dan tanggungjawab", suatu kualiti yang amat jarang dapat dilihat di negara ini, baik di sektor awam mahupun swasta.
  
Kecuali beberapa kes, termasuk apabila pemimpin MCA melepaskan jawatan susulan skandal seks, tindakan melepaskan jawatan untuk mengambil tanggungjawab bagi kesalahan peribadi atau kegagalan organisasi sememangnya bukan budaya di Malaysia.
  
Sebaliknya tindakan serupa tidak lagi asing di beberapa negara luar seperti India, Jepun mahupun Korea dan antara yang terbaharu tindakan Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won yang meletak jawatan atas rasa bertanggungjawab susulan insiden feri karam yang meragut nyawa lebih 300 penumpang.
  
Kerana itu, 'kejutan' yang dibuat oleh Azhar semalam ini disifatkan bukan sahaja wajar dicontohi, malah perlu menjadi satu budaya yang harus dilaksanakan di negara ini.     
  
Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Salleh ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan keputusan Azhar jelas menunjukkan integriti beliau sebagai seorang ketua yang berani mengambil tanggungjawab di atas kegagalan organisasi semasa di bawah pemerhatian beliau.
  
"Ini tindakan yang perlu kita tabik, satu tindakan yang perlu dicontohi bukan sahaja oleh pengurusan atasan syarikat lain tapi juga pemimpin kerajaan dan perkhidmatan awam.
  
"Tetapi dalam kebanyakan kes di Malaysia tidak begitu kerana hingga ada yang turun naik mahkamah pun masih tidak mahu meletakkan jawatan," katanya kepada Bernama.
  
Dr Mohd Tap turut mengenepikan pandangan sesetengah pihak yang melihat tindakan Azhar seolah-olah mengambil jalan mudah dengan meninggalkan tanggungjawabnya 'yang belum selesai'.
  
Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan tindakan yang betul kerana dengan cara itu juga akan memudahkan siasatan kes berkenaan dilakukan tanpa adanya campur tangan pihak yang berkepentingan.   
  
Bagaimanapun, tegas beliau, rasa tanggungjawab Azhar di atas kejadian itu yang dizahirkan dengan peletakan jawatan beliau tidak boleh diterjemah sebagai 'tindakan orang yang bersalah' kerana siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenal pasti pihak yang benar-benar bertanggungjawab dalam kes itu.
  
"Tindakan dia (Azhar) meletak jawatan itu ok, tapi tidak boleh salahkan dia dalam kes ini, sebaliknya siasatan menyeluruh perlu dibuat, yang paling mustahak perlu dilihat sama ada pihak pengurusan telah meletakkan semua prosedur keselamatan dalam syarikat itu atau sebaliknya.
  
"Kalau prosedurnya lengkap, tetapi ada pihak yang tidak patuh kepada prosedur, maka bukan salah pengurusan, sebaliknya kesalahan adalah pada pihak yang tidak ikut prosedur itu, baik pekerja, kontraktor atau sub-kontraktor," katanya.
  
Penganalisis Sosial Tan Sri Lee Lam Thye pula berpendapat tindakan melepaskan jawatan atas rasa tanggungjawab merupakan "perbuatan yang terhormat" dan perlu menjadi budaya di negara ini.
  
Beliau juga menyifatkan Azhar sebagai seorang yang benar-benar mengotakan janjinya kerana sebelum ini pernah mengakui amat menitik berat soal keselamatan pekerjaan dan akan bertanggungjawab penuh di atas sebarang insiden yang berlaku di tapak pembinaan MRT.   
  
"Susulan itu saya sentiasa mengikuti perkembangan projek MRT ini dan bila berlaku kejadian itu dan semalam beliau buat keputusan letak jawatan, beliau membuktikan yang dia seorang yang menghormati kenyataannya sebelum ini," kata Lee yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).
  
Kata Lee, dengan tindakan Azhar diharap dapat menyuburkan budaya akauntabiliti dan menghakis sikap suka menuding jari yang sering menjadi amalan apabila timbulnya sesuatu isu di negara ini.
  
Azhar, 53, mengumumkan untuk meletakkan jawatan petang semalam susulan insiden tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh mati selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara kelmarin.
  
Bermula esok, jawatan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp akan dipangku oleh Haris Fadzilah Hassan, yang ketika ini merupakan Pengarah Perhubungan Pelabur dan Pengurusan Tanah.
  
Siasatan awal mendapati kontraktor yang terlibat tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) keselamatan secara menyeluruh, mengakibatkan kehilangan nyawa pekerja-pekerja berkenaan. -Bernama

PAS sangat bertoleransi dalam Pakatan Rakyat


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS telah mencapai tahap toleransi tertinggi dalam usaha memperkukuhkan hubungan Pakatan Rakyat melalui persetujuan sebulat suara mesyuarat Ahli Jaatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lepas.

"Kemelut ini menjadi pengajaran sangat berguna kepada kita semua dalam mengemudi hubungan komponen Pakatan Rakyat supaya lebih terarah dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam bentuk yang lebih harmoni dan rasional serta diputuskan secara bersama," ujar Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib.

Keputusan itu juga, katanya menyebabkan Umno BN terus terlopong sambil menggigit jari dalam penantian hampa mereka selama ini untuk melihat kemelut ini berakhir dengan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Tambahnya, toleransi dan kebersamaan dalam tindakan ini menjadi asas utama dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan agenda murni rakyat Selangor khususnya.

Sehubungan itu, katanya PAS Selangor menyeru semua pihak agar lebih menumpukan kepada gerak kerja berkhidmat kepada rakyat daripada terlampau berpolitik.

Menurutnya, rakyat sudah semakin muak dengan permasalahan politik yang bagai tiada penghujungnya.

Tambahnya, sifat mendesak, mengutuk dan mempertikaikan komitmen PAS adalah suatu yang sepatutnya dijauhkan sedangkan dalam masa yang sama PAS sentiasa membuktikan setiakawan dan sokongan dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Beliau juga menggesa agar dikurangkan ketegangan, merapatkan saf dan jangan terus menyalahkan dan mempertikaikan kesetiaan PAS dan rakan komponen PR yang lain apatah lagi melakukannya dalam keadaan yang terbuka.

"Oleh itu, kita menasihati semua pimpinan Pakatan Rakyat supaya lebih menghormati PAS dan sesama rakan Pakatan Rakyat dalam perbezaan pendapat sekaligus berusaha untuk mencapai persetujuan bersama," ujarnya yang juga Adun Templer.

PAS Selangor, ujar beliau mengharapkan agar rakan-rakan PR menghormati keputusan mesyuarat AJK PAS Pusat yang sebulat suara ingin mengekalkan empat orang Exco PAS di dalam Kerajaan Negeri Selangor ketika ini dan mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.

"Semoga Selangor terus maju di bawah kepimpinan yang berjiwa besar serta fokus dalam melunaskan amanah dan harapan besar rakyat kepada PR," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 20/8/2014

Tempoh edah uji cinta


CINTA mereka kekal teguh, Adam dan Fiza tidak mahu berpisah lagi.
PENULIS berada pada ketiga-tiga momen penting dalam diari cinta pasangan ini. Bermula dengan acara pernikahan, perceraian dan yang terbaru, mereka kembali rujuk. Tiada apa yang perlu penulis bangkitkan mengenai keadaan kedua selebriti ini selain menampilkan emosi yang berbeza untuk setiap acara itu. Bermula dengan senyuman, tangisan dan kini kembali dengan rasa kesyukuran, rasa yang sama menumpang di sanubari penulis.
Kalau boleh penulis singkap kembali perjalanan rumah tangga Adam dan Fiza secara ringkas, perkenalan mereka bermula dalam tempoh yang yang sangat singkat. Hanya selepas sekali dua bertemu, mereka memutuskan untuk bernikah. Bagaimanapun belum cukup setahun, Fiza memilih untuk meminta cerai. Sepantas ikatan perkahwinan, begitulah jua pantasnya mereka memilih untuk berpisah, namun dalam tempoh edah mereka kembali bersama sebagai suami isteri.
Siapa sangka rezeki Ramadan tahun ini sungguh besar buat mereka. Berkongsi perasaan, Adam dan Fiza pasti buat masa ini tiada apa yang lebih penting selain memperbaiki diri sendiri.
Tidak salah rasanya kalau penulis mahu menggambarkan keadaan ini sebagai suatu keajaiban buat mereka.
Tempoh edah yang diberikan kepada mereka tidak sedikitpun diabaikan fungsinya. Kata Adam sepanjang tempoh itu mereka saling berjumpa dalam mencari titik keseimbangan dalam hubungan yang sebelum ini menemui jalan buntu. Tidak pernah sebelum ini terdetik untuk kembali bersama, semuanya berlaku pada pertengahan Ramadan lalu.
“Dalam tempoh edah itu saya masih menjaga kebajikan isteri saya, maksudnya saya masih mengunjunginya dalam memastikan dia berada dalam keadaan yang baik. Bukanlah setiap hari tetapi saya akan pastikan untuk mengunjungi dia, tanya khabar dan sebagainya.
“Tetapi dalam tempoh itu kami tidak pernah berbincang soal untuk rujuk kembali, cuma pertengahan Ramadan lalu rasa untuk kembali itu sangat kuat lalu kami mengambil keputusan kembali bersama," katanya.
Kata Adam lagi dalam proses sebelum penyatuan ini berlangsung dia sering menonton banyak ceramah agama yang disampaikan tokoh terkenal mengenai fungsi sebenar tempoh edah. Melalui ilmu tersebut dia cuba aplikasikan dalam memastikan dia dan isterinya kini kembali bersama.
“Memang saya luangkan masa memahami apa sebenarnya tempoh edah itu, bila saya tahu apa yang boleh dan tidak boleh, saya cuba praktik.
“Alhamdullilah, dalam tempoh itu usaha dan doa kami berdua dimakbulkan. Bila saya buat keputusan untuk kembali rujuk, isteri saya juga terbuka hati untuk bersama. Apa yang boleh saya katakan perasaan sayang kami berdua masih lagi utuh mungkin antara satu sebab proses penyatuan ini dipermudahkan," katanya.
Kembali bergelar suami merupakan nikmat yang paling bahagia memandangkan sukar untuk melupakan wanita pertama yang bergelar isteri buat dirinya. Dan tiada apa yang lebih menyentuh hati Adam apabila melihat sendiri kesungguhan peminat mereka yang tidak sudah-sudah mendoakan agar mereka kembali bersama.
“Memang saya tersentuh melihat sebahagian peminat yang tidak sudah-sudah mendoakan kami, malah selepas tahu kami bersama semula. Bagi saya mereka juga mempunyai bahagian dalam usaha kami untuk kembali bersama.
“Jujurnya selepas berpisah dengan Fiza saya sibukkan diri dengan kerja, bagaimanapun perasaan itu masih kuat terhadap dia. Siapa yang boleh nafikan, ini merupakan perkahwinan pertama buat saya," katanya.
Belajar dari kesilapan lalu balas Adam ketika ditanya sama ada dia menyesal dengan keputusan yang pernah dibuat dirinya, katanya ini takdir yang mendewasakan. Berjanji akan cuba menyelesaikan permasalahan yang pernah timbul di antara mereka, sebagai suami ada sesuatu yang lebih menggembirakan hatinya kini.
“Memang kami cuba nyahkan masalah yang pernah timbul dalam rumah tangga kami. Buat masa ini kami saling memahami apa yang perlu kami korbankan dalam memastikan saya dan dia selesa.
“Kalau ada yang tanya apa bezanya tanpa Fiza, memang berbeza. Kehilangan dia dalam tempoh yang singkat sahaja sudah menyebabkan saya kelam kabut. Tetapi bila dia kembali dalam rumah saya, semuanya teratur terutamanya makan dan pakai saya," katanya tersenyum.
Pasangan ini juga tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis sambutan untuk penyatuan semula ini.
“Soal majlis itu belum fikir lagi, mungkin saya akan buat majlis doa selamat sahaja, tetapi itu pun secara kebetulan bila ada kumpulan ghasidah yang datang dari Kota Kinabalu. Jadi saya meminta mereka membacakan doa sahaja.
“Buat masa sekarang saya agak sibuk dengan tuntutan kerja, kalau mahu bercuti dengan Fiza mungkin hujung tahun ini. Tetapi saya fikir bila sudah bersama ini senang sebenarnya, bila-bila sahaja kami boleh pergi ke mana-mana bersama-sama, tiada masalah lagi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140819/hi_01/Tempoh-edah-uji-cinta#ixzz3Au81joZe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PR perlu elak konflik dengan istana


  • Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

SHAH ALAM – Jalan terbaik yang boleh dilakukan bagi menangani kemelut yang berlaku dalam pentadbiran Selangor adalah melalui jalan perundingan antara Adun PR dan pihak istana.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ketika ini PR dilihat seolah-olah mendesak Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila kemuka hanya satu nama calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

“Dari segi perundangan, Sultan perlu menerima calon yang mendapat majoriti Adun kerana suara itu digambarkan daripada sokongan rakyat, namun dari sudut jangka panjang akan timbul konflik dengan pentadbiran kerajaan negeri nanti dengan pihak istana. Jalan terbaik adalah duduk bermuafakat kerana sultan ada kuasa untuk membubar Dun, dan saya percaya itu juga bukan pilihan PR,” katanya.

Menurutnya, cara lain yang boleh diambil oleh PR adalah mengemukakan lebih daripada satu nama yang dianggap mampu mendapat sokongan majoriti.

Katanya, pelantikan menteri besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau berkata, menurut Perkara 53 (2) (a) undang-undang itu, baginda boleh melantik seorang Adun pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti Adun, selaku menteri besar.

Di bawah Perkara 55 (2) (a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan menteri besar.

Bagaimanapun, katanya, tindakan PR memanggil Adun membuat akuan bersumpah bagi menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah  Wan Ismail itu sedikit sebanyak merumitkan keadaan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

“Praktis mendapat budi bicara Sultan itu sudah diamalkan sejak tahun 60-an lagi, situasi sekarang ini agak rumit apabila akuan bersumpah itu boleh dianggap sah.

“Cara terbaik adalah dengan duduk berbincang, pihak istana akan menyatakan alasan mengapa calon berkenaan ditolak dan PR akan memberi alasan dipihak mereka pula,” katanya.

Pendapat sama diutarakan Pakar Perlembagaan daripada Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, bahawa budi bicara Sultan amat jelas seperti mana yang tertera pada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

“Berdasarkan prinsip Raja Berperlembagaan dalam keadaan di mana sebuah parti mempunyai majoriti di dalam Dun dan  mencadangkan satu nama, budi bicara Sultan adalah melantik calon itu.

“Bagaimanapun, dalam keadaan di mana tiada seorang calon pada pandangan baginda mempunyai majoriti, baginda boleh guna budi bicara untuk memilih calon yang pada pandangan baginda akan mendapat sokongan majoriti. Sultan menjalankan kuasa beliau mengikut Perlembagaan sebagai Raja Berperlembagaan,” katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata, dari sudut praktis yang diamalkan dalam negara, kebiasaannya calon menteri besar itu mendapat perkenan Sultan sebelum pelantikan dibuat.

Pada 10 Ogos lalu, Dr Wan Azizah memohon menghadap baginda, namun permohonan Presiden PKR itu tidak mendapat perkenan istana.

Namun, setelah mendapat sokongan majoriti melalui akuan bersumpah Adun PR, beliau yang juga Adun Kajang sekali lagi memohon menghadap baginda.

Pas tangguh tindakan dua Adun Selangor


  • Mustafa Ali Mustafa Ali

SHAH ALAM - Pas Pusat belum memutuskan tindakan sewajarnya terhadap dua Adun yang membelakangi pendirian parti dengan menyatakan sokongan terhadap Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menerima laporan dihantar Pas Selangor, bagaimanapun belum memikirkan tindakan kerana menanti penyelesaian kemelut politik di Selangor berakhir.

“Ya, kita dah terima laporan tapi tunggu dululah krisis politik Selangor selesai, lepas itu kita fikir apa nak buat.

“Buat masa ini, kita tangguh dulu, biar selesai isu menteri besar selesai,” katanya.

Pas Selangor menyerahkan sepenuhnya tindakan terhadap dua orang Adunnya yang mengambil langkah menyokong Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sebelum parti itu memuktamadkan keputusan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor Iskandar Abdul Samad berkata, laporan itu dibuat sejurus Pas Pusat mengarahkan laporan mengenai Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin dibuat.

Pada 14 Ogos lalu, Saari dan Hasnul menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat bersidang.

MB Kelantan minta keluarga Noor Zahidi bersabar


  • Ahmad YakobAhmad Yakob
 1 / 1 
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengucapkan takziah kepada ahli keluarga atas  pemergian Adun Pengkalan Kubur, Datuk Noor Zahidi Omar awal pagi tadi.

Ahmad berkata, beliau meminta kepada ahli keluarga terbabit bersabar dengan berita kematian berkenaan.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan bersabar dengan berita pemergian ini. Saya mendoakan agar ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas beliau,” katanya Ahmad dalam kenyataan media sebentar tadi.

BERITA BERKAITAN: [ Adun Pengkalan Kubor meninggal dunia]

 Noor Zahidi meninggal dunia akibat kanser hati pada jam 5.45 pagi di Ghuangzhou, China ketika mendapatkan rawatan.

Jenazah beliau akan dibawa pulang ke Pasir Pekan hari ini.

MH17: Dua jenazah dijangka tiba di Kuching petang Jumaat

SELASA, 19 OGOS 2014 @ 7:44 PM
ANGGOTA tentera melakukan upacara raptai di pangkalan Udara tentera Udara DiRaja Malaysia Kuching sebagai persediaan menerima jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dijangka tiba dari Amsterdam Jumaat ini.
 
KUCHING: Jenazah dua daripada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dijadual tiba di tanah air pada Jumaat ini, akan dibawa pulang ke Kuching sejurus selepas selesai istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak, Datuk Daud Abdul Rahman, berkata kedua-dua jenazah itu, yang diiringi empat anggota keluarga mereka, akan diterbangkan ke sini dengan pesawat Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijangka tiba di Pangkalan Udara TUDM di sini pada kira-kira 3 petang.

Sebaik tiba, jenazah itu akan dibawa ke Masjid Jamek, Petrajaya di sini untuk solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini bagi disemadikan.

"Orang ramai boleh berkumpul di Masjid Jamek untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan majlis penerimaan jenazah mangsa MH17 di Pangkalan Udara TUDM di sini.

Terdahulu, beliau memeriksa persiapan dan raptai penerimaan jenazah berkenaan.

Daud berkata Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang diiringi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan anggota kabinet negeri juga dijangka berada di Masjid Jamek pada petang Jumaat itu.

Menurutnya jenazah yang dibawa dari Armsterdam itu dijangka tiba di KLIA pada kira-kira 10 pagi dan akan dibawa ke Kuching kira-kira dua jam kemudian.

Pada hari itu, bendera Negeri Sarawak akan dikibarkan separuh tiang sama seperti Jalur Gemilang sebagai tanda berkabung.

Antara warganegara Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 itu ialah pasangan Tambi Jiee, 49, dan Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13. Mereka berasal dari Semariang.

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas. Pesawat Boeing 777 itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab. - BERNAMA

Kisah amin si penjual karipap


NORDEN MOHAMED
20 Ogos 2014


APABILA Amin mula berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual karipap, dia jugalah yang menjajanya sendiri. Dia tidak perlu menggaji pekerja. Cukup sekadar anggota keluarganya yang membantu untuk menguli tepung, mengupas keledek, mengisar lada dan rempah serta menggorengnya.

Amin sendiri yang akan menjaja keliling kampung. Sebanyak 30 butir karipap dengan untung 10 sen sudah mendatangkan pulangan RM3.00 sehari atau RM90.00 sebulan. Cukup untuk menambah pendapatan.

Apabila karipapnya semakin mendapat sambutan, dia mula memikir untuk meletak karipapnya di gerai-gerai selain menjualnya sendiri.

Dia mula menggoreng 60 butir karipap.  Sebanyak 30 dijualnya sendiri, sementara baki 30 butir lagi dihantar ke tiga buah gerai. Pendapatannya dari gerai itu kurang sedikit kerana Amin terpaksa memberi dalal atau komisyen kepada tuanpunya gerai yang menjualnya.

Jika dia memperoleh 5 sen untuk sebutir karipap yang terjual di gerai, dia akan mendapat untung RM1.50 bagi 30 butir karipap. Amin mendapat RM3.00 hasil jualan sendiri dan RM1.50 jualan di gerai. Kini pendapatannya ialah RM4.50 atau RM135.00 sebulan.

Apabila pendapatannya bertambah, keyakinannya juga akan meningkat. Kini Amin lebih berani untuk menjual 300 karipap sehari di kedai-kedai pula. Kali ini, untuk menjimatkan  masa, dia hanya mengedar karipap dan tidak menjaja sendiri.

Pendapatannya untuk 300 karipap sehari yang didarab dengan keuntungan 5 sen akan menjadi RM450 sebulan.

Fikiran orang berniaga selalunya tidak terhenti di situ. Cita-cita kian membara untuk melihat perniagaannya berkembang.

Amin mula mendapat khidmat nasihat daripada agensi kerajaan dan belajar memproses karipapnya secara komersial. Jika sebelum ini kesemua kerjanya dilakukan secara manual, kini Amin mula menggunakan mesin-mesin kecil. Atas nasihat pakar, dia tidak lagi menjual karipap goreng. Sebaliknya jenis sejuk beku.

Jika sebelum ini dia menjaja dengan menjual 30 butir karipap sehari, kemudian menjual 300 butir melalui jualannya di kedai, kini dengan teknologi pengeluaran, dia boleh mengeluarkan 3,000 karipap sehari.

Jika sebungkus mengandungi 10 butir karipap, Amin boleh mengeluarkan 300 paket karipap sehari atau 9,000 paket sebulan.

Persoalan sekarang, di manakah tempat yang baik untuk Amin mengedar karipap-karipapnya? Tentu sekali mengedarkannya di pasaraya-pasaraya.

Tetapi, apakah masalah yang Amin hadapi? Amin berdepan dengan pelbagai syarat daripada pihak pasaraya sebelum mereka bersetuju untuk menjual karipapnya.

Mereka mahukan diskaun yang tinggi sehingga 50 % daripada harga jualan dan kadar kredit melebihi 180 hari. Dia mesti menghantar bekalan mengikut jadual yang ditentukan.

Kegagalannya menghantar stok karipap mengikut permintaan dan waktu akan dikenakan penalti. Kelewatan mengambil stok yang sudah luput tarikh juga akan dikenakan penalti.

Amin juga disyaratkan untuk menyertai segala promosi yang dijalankan oleh pasaraya itu. Jurujual untuk promosi itu juga terpaksa Amin sediakan.

Apabila pasaraya itu hendak mempromosikan pasarayanya, Amin mesti membayar untuk mengiklankan karipapnya di dalam risalah pasaraya itu.

Jika dia mahu produknya dibariskan di peti sejuk bahagian hadapan, dia terpaksa pula membayar kos sewa tempat dia mempamer produknya. Jika dia tidak sanggup, produknya akan terperosok di peti sejuk bahagian belakang.

Amin yang tidak memahami situasi ini akan mempunyai andaian bahawa pihak pasaraya mempunyai dasar diskriminasi yang tidak mahu usahawan Melayu berjaya di dalam perniagaan.

Kepercayaan ini akan membuatkan Amin berasa terpinggir dan akhirnya tidak mahu membesarkan perniagaannya hingga ke peringkat nasional. Inilah kepercayaan yang biasa dihadapi oleh sebilangan usahawan Melayu.

Sebenarnya, inilah adat dalam dunia perniagaan. Ketika mula berniaga, gerai di mana Amin meletak kuihnya hanya ‘membantu Amin menjual karipap.’

Apabila dia menjual di kedai-kedai, ‘Amin memberi peluang kepada kedai-kedai itu untuk menambah pendapatan dengan menjual karipapnya.’ Tetapi, apabila Amin menjual di pasaraya, sebenarnya pasaraya hanya ‘menyewakan ruang kepada Amin untuk menjual produknya.’

Pihak pasaraya sudah ada nama. Malah mereka hanya menjual jenamanya. Segala barangan yang terjual di situ pula hanya menumpang tempat mempamer dan menjual barangan mereka.

Jika produknya laku, pasaraya akan suka. Andaikata sebaliknya, pihak pasaraya tidak akan ragu-ragu untuk menolak produk itu. Pendek kata, jika anda bagus, mereka tidak akan melihat warna kulit anda.

Inilah yang harus disedari oleh usahawan Melayu. Saya kongsikan pandangan berdasarkan pengalaman saya menjual buku dari gerai-gerai kecil, kedai-kedai besar dan juga di rangkaian gedung-gedung buku yang juga mempunyai pendekatan yang sama. Amin mengangguk-angguk faham setelah mengeluh dalam.

Pancaroba

Hentikan 'perang dingin' dengan Najib


  • Najib Mahathir

KUALA LUMPUR - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini meminta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan 'perang dingin' secara terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata Dr Mahathir boleh menyuarakan sebarang teguran secara kekeluargaan kepada Najib dan bukannya mengkiritik dengan cara terbuka.

"Mubarak amat kesal dengan kritikan terbuka yang diluahkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Implikasi keterbukaan ini akan merosakkan perjuangan yang Tun (Dr Mahathir) sendiri akui masih belum selesai lebih-lebih lagi ia kini telah pun mengelirukan anggota-anggota parti dan rakyat keseluruhannya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan.

Dr Mahathir berkata berdasarkan situasi semasa dalam negara, kepimpinan Najib perlu diperbaiki, justeru itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongannya supaya Najib mempelajari sesuatu.

"Harapan saya Najib akan mengambil ikhtibar daripada prestasinya yang buruk dalam PRU13 (Pilihan Raya Umum Ke-13). Malangnya, sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan daripada segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Najib," kata Dr Mahathir dalam blognya itu.

Abdul Aziz berkata Dr Mahathir perlu memberi peluang kepada Najib untuk meneruskan kepimpinannya kerana Najib telah menunjukkan prestasi yang baik berikutan ekonomi negara semakin berkembang pesat.

Menurutnya Najib memperkenalkan Dasar Transformasi Nasional yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Politik (PTP) sebagai langkah berani untuk melonjakkan negara ini ke arah mencapai matlamat negara maju menjelang 2020.

"Dasar ini dan lain-lain inisiatif baru yang dilancarkan telah mula menunjukkan kesan positif sehingga pertumbuhan ekonomi terus mantap, kepercayaan pelabur asing dan tempatan meningkat.

"Proses penstrukturan ini diiktiraf institusi-institusi antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)," katanya.

Selain itu, Abdul Aziz berkata indeks dan penarafan antarabangsa juga semakin meningkat di samping pendekatan kesederhanaan dan dasar luar yang menekankan diplomasi 'secara lembut' di bawah kepimpinan Najib telah membuahkan hasil yang baik.

Ini terbukti dalam cara Najib menangani tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 dan nahas Penerbangan MH17, katanya.   

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam.  

Gerakan mencari pesawat itu, yang membabitkan pelbagai negara, bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan akhirnya di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH17, yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, pula terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lepas.  

Pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu. - Bernama

Tamadun Islam boleh runtuh jika abai al-Quran


  • zambry

IPOH - Tamadun Islam boleh runtuh jika masyarakat Islam terus mengabaikan al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan harian mereka, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir malam tadi.

Beliau berkata mengamalkan pendekatan yang sekular juga boleh memberi kesan yang sama kepada tamadun Islam.

"Justeru itu, untuk membangunkan semula tamadun dan mengembalikan kegemilangan yang hilang, kita mesti kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah.

"Sehingga itu, dunia Islam akan terus kekal dalam kancah pergolakan dan terus dikuasai oleh kalangan mereka sendiri dan orang lain," kata beliau ketika berucap merasmi penutupan Persidangan Dunia mengenai Pemikiran dan Tamadun Islam (WCITC) 2014 di sini.

Menurutnya hasil utama persidangan itu ialah gesaan bagi mengkaji semula ciri-ciri tamadun Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

"Ia adalah tamadun yang menekankan tentang pentingnya ilmu, moral dan nilai-nilai yang merupakan tunggak utama dalam mana-mana tamadun.

"Sarjana dari Timur dan Barat pada umumnya mencapai kesepakatan dalam penilaian terhadap kebangkitan dan kejatuhan tamadun," kata beliau.

Zambry berkata tema persidangan itu 'Kebangkitan dan Kejatuhan Tamadun: Kontemporari Hal Ehwal Islam' adalah kena pada masanya dengan mengambil kira konflik geopolitik sekarang yang berlarutan dan membawa kerosakan hingga memecahkan perpaduan umat dan negara Islam di seluruh dunia.

"Dari Timur Tengah ke Barat, ke Afrika melangkaui Asia, kita mendengar dan menyaksikan umat Islam sama ada berperang antara satu sama lain atau negara mereka menghadapi penindasan, kegiatan lanun, penculikan atau mati kebuluran di sesetengah negara subSahara," kata beliau.

Menurutnya di kebanyakan negara berkenaan, umat Islam ditindas terutama oleh kerajaan-kerajaan Barat dan media mereka serta digelar dengan nama seperti 'pengganas' atau 'militan' dan diburu seperti haiwan.

"Akibat daripada tragedi 9/11, Islamofobia terus membara dengan setiap umat Islam di planet ini menjadi suspek dalam sekelip mata susulan konflik itu dan didorong oleh media.

"Ini adalah keadaan yang paling menakutkan, fenomena paling tragik, nasib dan keadaan malang yang membelenggui 1.6 bilion umat Islam di seluruh dunia hari ini.

"Kesimpulannya, hal ehwal umat Islam di seluruh dunia berada dalam keadaan kucar-kacir sehingga kita tidak dapat mengetahui siapa yang berperang dengan siapa, bagaimana, di mana, bila dan mengapa?," kata beliau.

Sementara itu, Timbalan Rektor Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), Prof Dr Wan Sabri Wan Yusof berkata persidangan anjuran KUISAS dan disertai sarjana tempatan dan antarabangsa telah mengemukakan 18 resolusi.

"Antara 18 resolusi itu ialah menekankan pembangunan teknologi dan sains hari ini harus memanfaatkan umat Islam demi mencapai kemajuan dan menjadi kompetitif tanpa mengenepikan aspek sosial, falsafah nilai-nilai sastera dan tamadun.

"Satu lagi yang menarik perhatian ialah kemajuan budaya menimba ilmu perlu diseimbangkan dengan ilmu agama dan moral supaya masyarakat Islam tidak sahaja bergantung kepada bahan dan sumber duniawi.

"Tamadun boleh dikembalikan dengan kembali kepada cara hidup Islam yang menekankan prinsip keadilan dan mampu membentuk masyarakat yang aman dan harmoni," kata beliau. - Bernama

Abdul Khalid mohon maaf kepada rakyat


  • Abdul Khalid hadir di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, semalam.  -Foto BernamaAbdul Khalid hadir di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, semalam. -Foto Bernama

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada rakyat berikutan situasi politik yang tidak terduga di Selangor, sekali gus mencalarkan corak pentadbiran negeri.

Namun beliau mengakui, tidak ambil pusing dengan karenah wayang politik dimainkan kerana beliau sendiri memilih menjadi ahli politik.

“Tak mengapa...saya yang pilih untuk menjadi ahli politik...jadi saya terpaksa hadapinya.

“Saya minta maaf kerana ‘perhatian’ yang diberikan kepada Selangor ketika ini. Minta maaf juga kepada anda kerana datang ke sini bukan untuk terlibat dalam keadaan ini,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Integriti ketiga anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, semalam.

Beliau ketika berucap turut memetik hadis Hadis Riwayat Bukhari (1746) daripada Abu Hurairah R.A yang menekankan soal nilai amanah.

"Rasulullah SAW bersabda 'di saat amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran.' Lalu Sahabat bertanya: 'Bagaimana orang tidak berpegang teguh kepada amanah itu, ya Rasulullah?' Baginda menjawab: 'Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran,'" katanya di hadapan kira-kira 100 penjawat PKNS.

Dalam ucapannya, Abdul Khalid mengaitkan isu integriti sebagai satu keperluan untuk mencapai satu pengurusan korporat yang baik.

Katanya, projek mega bukan lagi keutamaan tetapi harga sebuah integriti bertumpu kepada transparensi dan akauntabiliti.

 “Integriti bukan sahaja dituntut kepada sebuah organisasi dan individu...integriti juga memangkin kecemerlangan,” katanya.

Selepas dipecat PKR dua minggu lalu, Abdul Khalid dilihat sering diiringi hampir 20 anggota keselamatan pada setiap majlis dihadirinya dan mereka ini akan menghalang wartawan yang menahannya untuk mengemukakan soalan.

Beliau yang sebelum ini dikenali sebagai mesra media, hanya tersenyum tanpa sebarang kenyataan meskipun diasak dengan pelbagai soalan oleh media.

Pulau Pinang cadang bina masjid Cina


MOHD SABRI SAID | .
GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang berhajat mewujudkan sebuah Masjid Cina di bandaraya ini untuk mengembangkan syiar Islam selain sebagai pusat komuniti bagi masyarakat Tionghoa beragama Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dato' Abdul Malik Abul Kassim (gambar).

Buat masa ini ujarnya, Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) mencadangkan Masjid Papan yang terletak di Jalan Burma dijadikan pusat komuniti sementara untuk menggerakkan aktiviti saudara baru.

"Kami akan membantu NGO (badan bukan kerajaan) menggerakkan semua aktiviti yang dirancang untuk saudara baru.

"Masjid Papan ini merupakan lokasi yang sesuai untuk itu. Biar mereka banyakkan aktiviti dan jika ada kesungguhan, kita cuba cari lokasi lain yang lebih strategik untuk membangunkan sebuah masjid khas yang dinamakan Masjid Cina," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Menurut Abdul Malik, usaha mewujudkan Masjid Cina di Pulau Pinang pernah diusulkan  pendakwah terkenal, Ustaz Husin Yee sekitar tahun 2008 namun hanya difikirkan secara serius setelah MAINPP memulakan pensektoran baru organisasi jawatankuasa masjid.

Di Masjid Papan ujarnya, MAINPP melantik kaum Cina muslim sebagai jawatankuasa masjid dibantu seorang koordinator yang menjadi orang tengah antara masjid dan pejabat Exco.

"Dari sini mereka boleh merangka aktiviti kebudayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina dan sebagainya.  Kebajikan mereka juga terbela apabila masalah yang dihadapi dapat diatasi bersama," ujarnya.

Berita lanjut di Harakah edisi Jumaat. Dapatkan naskah anda.

Beli Harakah macam beli daun ketum


SARINA ISMAIL | .
PERANAN media begitu hebat dalam memberikan pemahaman kepada rakyat sehingga mampu menjatuh atau membangunkan sesebuah kerajaan.

Berucap membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah ucapan Tuanku Sultan Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya (PAS-Alor Mengkudu) berkata, kontroversi yang timbul akibat penyiaran berita sebuah akhbar harian yang menyentuh tentang pentadbiran kerajaan negeri adalah kecil berbanding serangan media semasa 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat.

"Isu yang timbul pada akhbar semalam ini kecil sahaja kerana ini adalah edisi utara, orang Selangor tak bacapun.

"Pihak di sebelah sana (BN) selalu menyebut pengalaman mereka sebagai pembangkang selama 5 tahun dulu, tapi Pakatan Rakyat selaku kerajaan pada masa itu lebih teruk dikerjakan oleh media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3.

"Ini termasuk cuba mengeruhkan hubungan dengan istana seperti yang kena kepada Adun Kubang Rotan dulu, seolah-olah digambarkan dia sendiri sudah tak layak berpijak di bumi Kedah ini," katanya.

Perbahasan Ustaz Ahmad turut menarik minta Dato' Ahmad Lebai Sudin (BN-Bukit Lada) yang mencelah dengan bertanyakan sama ada Harakah mampu menandingi media dikuasai BN.

Ali Yahya (BN-Pantai Merdeka) pula menyebut tentang peranan media yang turut menjatuhkan kerajaan BN Kedah pada 2008.

"Harakah ni kena tengok juga dari sudut kekerapan keluarannya iaitu dua kali seminggu. Itupun nak beli Harakah ni pun macam nak beli dadah atau daun ketum," jelas Ustaz Ahmad disambut ketawa anggota dewan.
Berita lanjut di Harakah edisi Jumaat. Dapatkan naskah anda.

Najib lemah, teguran Mahathir sangat serius


SALMIYAH HARUN | .
KUALA LUMPUR: Penarikan balik sokongan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana prestasi Perdana Menteri itu dilihat lebih buruk berbanding Tun Abdullah Badawi adalah perkara yang sangat serius.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Mahathir itu sangat serius dan perlu dilihat oleh rakyat bukannya hanya dalaman Umno sahaja.

"Apabila prestasi Najib lebih buruk daripada Pak Lah yang pernah diakui prestasi Pak Lah sangat lemah pada suatu ketika dahulu sehingga berlaku proses peralihan yang sangat menyedihkan kerana tekanan.

"Malah kenyataan TPM Muhyiddin yang juga dianggap tikam Pak Lah daripada belakang  kerana Pak Lah memperlihatkan prestasi sangat lemah bukan sahaja dalam pilihan raya umum tetapi kemampuan urus tadbir negara juga sangat lemah.

"Ianya sesatu yang sangat besar perlu jadi perhatian dalam negara kita kerana hala tuju masa depan negara sangat buruk," katanya kepada Harakahdaily.

Mahfuz juga percaya dakwaan Tun Mahathir yang pernah didakwa oleh PAS dan Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa Najib lebih banyak menonjolkan imej peribadi berbanding dengan pencapaian dan prestasi negara.

Tegas Mahfuz, Najib lebih melakukan perkara 'boombastik' untuk dilihat bahawa beliau merupakan seorang yang hebat tetapi bukan untuk negara.

"Misalnya dalam kes MAS sekarang ini yang hanya tinggal saham bernilai 27 sen lebih murah daripada sekeping belacan, masalah campur tangan menteri dalam Bank Rakyat, masalah kenaikan harga barang yang menyusahkan kehidupan rakyat hari ini, nampaknya Najib tidak berjaya menyelesaikan. Apa yang dikatakan transformasi najib hanya mempamerkan kegagalan sahaja," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, Umno harus ada keberanian seperti apa yang ditunjukkan oleh Mahathir dengan mengkritik secara terbuka apa yang tidak betul di dalam Umno.

"Dunia pemimpin serba tahu sudah tidak belaku lagi tetapi pemimpin mesti dengar daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang. Keberanian mengkritik apa yang tidak betul perlu ada di kalangan Umno.

"Jangan membiarkan pemimpin merasai mereka sahaja yang serba tahu sehingga leka walhal ada perkara tidak betul yang dilakukan," katanya.

Mahathir semalam menulis dalam blognya yang menarik balik sokongan kepada Najib selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir juga berkata Najib terlalu lembut dan sering berdiam diri dalam isu-isu penting negara.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta Mahathir supaya tidak memberi teguran secara terbuka berhubung masalah parti dan kepimpinan.

"Yang penting berbincang secara dalaman dan jangan expose. Ini masalah parti," kata Tengku Adnan. - HARAKAHDAILY 19/8/2014

Kawal FB sebelum cetus huru-hara


Oleh Mohd Aziz Ngah
Kerajaan melaksanakan kajian mendalam kesan laman sosial bagi memastikannya tidak mengugat keharmonian negara.
 
azis@bh.com.my

Secara kasarnya, jika ditolak jumlah golongan kanak-kanak di bawah lapan tahun dan warga emas lebih 60 tahun, jumlah 15.4 juta pengguna atau pemilik akaun laman sosial Facebook (FB) di Malaysia dianggap cukup besar. Itu sudah mampu mencecah kira-kira 60 peratus daripada kira-kira 30 juta rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah jika Malaysia disenaraikan berada di tangga ke-18 dunia daripada aspek jumlah pengguna FB. Namun, bayangkan jika kerajaan membuat kejutan menukar dasar langit terbuka yang membenarkan penggunaan internet tanpa sempadan kepada dasar tertutup atau tapisan ketat.

Kutuk dasar kerajaan

Apa akan berlaku dan pastinya komuniti FB akan marah, mengamuk bahkan mengutuk dasar kerajaan dengan pelbagai tohmahan, gelaran, fitnah kenapa membuat keputusan seolah-olah berpatah balik ke belakang seperti negara mundur.

Buktinya cukup jelas, baru saja ada ura-ura kerajaan mahu mengkaji kewajaran sama ada FB perlu ditutup atau dikekalkan, kerajaan terus diserang dari pelbagai sudut tanpa usul periksa.

Soal faham atau tidak mengenai apa yang diperkatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu, mereka tidak peduli. Cuma apa yang terlintas di fikiran ialah perkataan 'menutup' FB, sedangkan pada hakikatnya kerajaan tidak pernah membuat keputusan, cuma menyatakan sama ada wajar atau tidak FB dikaji semula. Jika dikaji semula pun, belum tentu keputusannya ialah menutup FB atau menukar dasar penggunaan internet.

Banyak perkara perlu diambil kira -apa kesannya, bagaimana kaedahnya, penggantinya, berapa kos ganti rugi dan berapa ramai yang bakal terjejas? Dalam erti kata lain, ia bukan semudah seperti yang dilaungkan untuk menggubal sesuatu dasar.

Penulis lebih berminat untuk membicarakan kenapa perkara itu timbul. Pastinya, fokus utama ialah berlaku terlalu banyak penyebaran paparan berunsur fitnah, tohmahan, isu sensitif sehingga menjejaskan keharmonian yang dinikmati selama ini, bahkan ada yang cukup berani mencabar kuasa Raja-Raja.

Mereka begitu berani kerana boleh bersembunyi di sebalik akaun FB palsu. Jika isu itu menarik, ia akan menjadi viral dan matlamat untuk mewujudkan huru-hara melalui kontroversi ciptaan mereka tercapai, itu belum lagi dikira penyebaran bahan pornografi.

Apabila ini berlaku, rakyat akan menuding jari kononnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis gagal mengawal atau jalankan tugas dengan baik.

Sedangkan, pelbagai akta dan undang-undang sudah tersergam di depan mata, cuma perlu kuatkuasakan saja, antaranya Akta Fitnah 1957; Akta Hasutan 1948; Akta Jenayah Komputer 1957 dan Kanun Keseksaan; Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Ini bukan soal berapa banyak akta sedia ada tetapi kenapa golongan tidak beretika ini seolah-olah sengaja mencetus polemik mencabar undang-undang sedia ada ataupun memang mereka mempunyai agenda tersembunyi.

2,000 laporan salah laku

Sehingga kini dianggarkan 2,000 laporan dibuat berhubung salah laku dalam penggunaan internet, termasuk fitnah dan hasutan. Itu termasuk laporan bertindan merujuk kepada satu kes tetapi laporannya dibuat banyak pihak.

Peratusnya cuma terlalu kecil jika dibandingkan dengan 15.4 juta pemilik FB di Malaysia tetapi mereka inilah yang menjadi tompok hitam dalam komuniti, mencemarkan nama baik dan menenggelamkan banyak nilai positif yang dinikmati pengguna lain.

Jika FB ditutup, bagaimana dengan nasib mereka yang bergantung kepada FB untuk mencari makan, termasuk golongan peniaga dalam talian, syarikat, orang industri filem dan pengiklanan.

Mungkin kerajaan boleh mengikut jejak langkah Singapura yang membenarkan akses terhad kepada pengguna FB. Pada zaman penggunaan gajet moden yang mementingkan kepantasan untuk akses, pengguna akan hilang sabar dan tidak berminat untuk kerap melayari FB.

Jangan cuma disebabkan tindakan biadab pihak tertentu yang menyalahgunakan FB atau media sosial lain, rakyat majoriti terpaksa menanggung akibatnya, sama seperti yang pernah berlaku ke atas rakyat Korea Utara, Iran, China, Cuba, Bangladesh, Mesir, Mauritius, Syria dan Pakistan.

Kesemua negara ini pernah menyekat atau mengawal ketat dengan hanya membenarkan proksi atau akses tertentu saja. Penulis percaya, apabila keadaan sudah menjadi tidak terkawal dan media sosial menjadi virus pembunuh, kerajaan akan lebih rela dianggap mengundur ke belakang daripada melihat negara musnah.

19 ribu bas untuk 1.4 juta jemaah



Makkah: Sebanyak 18 syarikat bersiap sedia mengangkut 1.39 juta jemaah yang dijangka berada di bandar suci untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Syarikat berkenaan akan menggunakan 19,000 bas, termasuk 452 yang baru dibeli dengan harga lebih SR200 juta (RM168 juta).


Selain berhawa dingin, bas baru itu juga dilengkapi tandas.



Menteri Haji, Bandar Hajjar diberitahu mengenai perkara itu ketika melancarkan unit operasi khas yang bertanggungjawab mengawal pergerakan lalu lintas menghala ke Makkah, Madinah dan Jeddah.


Sementara itu, persatuan syarikat bas Saudi menggesa kerajaan tidak menyewa bas negara luar tahun ini seperti musim haji lalu memandangkan kenderaan yang ada sudah mencukupi.


Bercakap kepada wartawan, Bandar berkata, musim umrah tahun ini berjaya dan enam juta jemaah dari luar negara sepanjang musim itu yang berakhir minggu lalu sudah pulang, kecuali 13,000 yang masih mengatur perjalanan pulang mereka.

Mengenai wabak Ebola, Bandar berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Hal Ehwal Luar bagi memastikan virus itu tidak merebak. Jemaah dari tiga negara barat Afrika - Guinea, Sierra Leone dan Liberia - dilarang menunaikan haji tahun ini.


“Kami akan memastikan semua jemaah selamat,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/20

Surendran didakwa menghasut





KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran (gambar) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Surendran yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa menerbitkan artikel bertajuk Press Release: Court of Appeal's Fitnah 2, Written Judgement is Flawed, Defensive and Insupportable di pejabat Malaysiakini.com di Jalan Kemuja, Bangsar Utama di sini pada pukul 3.40 petang pada 18 April lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan dan bagi kesalahan kemudian boleh dipenjara sehingga lima tahun.
Pada 7 Mac lalu, Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3Asmbo8Mt 
Hakcipta terpelihara