Wednesday, July 18, 2012

SLOGAN HARI KEMERDEKAAN TAHUN INI 'JANJI DITEPATI' CTH JANJI DITEPATI....KUIKUIKUI

s'

Tahukah anda kenape para mujahidin tak pernah lekang daripada menyebut takbir?

Tahukah anda kenape para mujahidin tak pernah lekang daripada menyebut takbir?

kerana antara kelebihannya disebut oleh Rasulullah saw:

" Sesiapa yg bertakbir 1x ketika berjihad fi sabilillah, maka akan berbentuk bagaikan batu besar dalam timbangan amal kebaikan pada hari qiamat lebih berat daripada langit dan bumi dan isinya...."

( mutaffaqun alaih)
 

Menghina ULAMA..Kamu sedang MAKAN RACUN!!



Imam Ibnu 'Asakir rahimahullah berkata:

"Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa daging para ulama itu beracun. Siapa saja yang melepaskan lisannya dengan berbagai cacian dan makian terhadap para ulama,maka sebelum mati, Allah s.w.t. akan menimpakan cubaan baginya berupa hati yang mati.."

Menghina ahli ilmu dan orang-orang shalih adalah salah satu sifat orang-orang kafir sekaligus salah satu ciri orang-orang munafik sebagaimana hal itu ditetapkan oleh al-Qur`an, salah satunya adalah firman Allah,

“ Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah: 211)...

- Jangan BIADAP dgn 'warasatul anbiya',kalau kamu berani bsemuka dgn malaikat MALIK nnt,xde hal..hina la ULAMA sepuas hati kamu..;-)
 

Artikel Di Utusan Malaysia Semakin Tidak Relevan



Sumber: http://shahrizar1987.blogspot.com/

Aku sebenarnya cuba untuk ambil yang positif terlebih dahulu bila melibatkan kesilapan dalam sesetengah artikel yang dikeluarkan oleh akhbar Utusan tapi tak berjaya sebabnya:

Sememangnya kesilapan boleh berlaku tapi kalau kerap berlaku itu apa? itu maksudnya memang sengaja buat silap!

Bila aku teliti balik sesetengah orang yang mengeluarkan notis saman ke atas Utusan sebenarnya memberi peluang kepada Utusan untuk memohon maaf tetapi Utusan buat tak tahu pula. Aduihh peliknya, sanggup kena saman dari minta maaf.

Kat bawah ni antara kesilapan-kesilapan yang yang dilihat seakan-akan disengajakan. Aku ambil sikit je sebab malas nak tulis panjang-panjang.

Melibatkan Saman Fitnah
Mahfuz Menang RM120,00 - Tajuk Artikel "Demonstrasi-Mahfuz"
Guan Eng Menang RM200,000 - Tajuk Artikel "Kebiadaban Guan Eng"
Khalid Samad Menang RM60,000 - Tajuk Artikel "Zulkifli Bidas Pak Janggut"
Guan Eng Menang RM200,000 (Kali Ke-2) - Tajuk Artikel "DEB Guang Eng Berdegil"
Dato Seri Anwar Ibrahim Mengemukakan Notis Saman RM50 Juta Atas Tuduhan Menghalalkan Homoseksual
Guan Eng Mengemukakan Notis Saman Kali ke-3 Ke Atas Utusan Atas Tuduhan Menjual Maklumat Rahsia Negara
Lain-Lain
Menggunakan gambar mumia firaun untuk artikel "Jenazah Wanita Masih Utuh, Berbau Wangi" (Berlaku di Indonesia)
Mengeluarkan artikel bertajuk "Senator anti-Islam Pantau Bersih 3.0". Senator bebas tersebut dari Selatan Australia, Xenophon. (Utusan tarik balik pertuduhan ini dan memohon maaf)
Menggunakan gambar sebuah bank HSBC di Jalan Gaya, Kota Kinabalu dalam Artikel "Kiulu Nikmati Limpahan Merdeka" bagi mengambarkan kemewahan di Pekan Kiulu.
Artikel yang bertajuk "Isu Mahasiswa Koyak Bendera:Saifudin Serah Kepada Polis", yang sebetulnya ialah menurunkan bendera bukan mengoyak.
Parti DAP menuntut Utusan memohon maaf ke atas artikel yang bertajuk "Penguguran Hassan Ali diSambut Baik DAP"
Prof Dr Abdul Aziz Bari Mengambil Tindakan Undang-Undang Atas Tuduhan Derhaka dan Kurang Ajar Kepada Sultan.
Writ Saman Yang Ditolak Mahkamah (Masalah Prosedur)
Saman Dari Mat Sabu Ke Atas 3 Artikel Yang Mengambarkan Belia Menyokong Komunis.
p/s: Kalau nak lebih detail boleh google dan sumber di atas adalah kebanyakan dari akbar online dan kesimpulan yang dibuat selepas perbandingan yang dibuat antara akhabar-akhbar.


P/s: Bagi Admin PTB perkara ini memang benar
 

Syiah Alawi Turki Tuduh Gerakan Pembangkang Syria Teroris



Komuniti Syiah minoriti dari mazhab Alawi semakin merasakan keresahan atas masa depan mereka. Hal ini terjadi kerana kesedihan mereka atas Dasar kerajaan Turki yang menyokong penggulingan rejim Bashar Al Assad di Syria.

Syiah Alawiah merupakan salah satu ajaran Syiah yang selain mengaku menyakini Al-Quran mereka juga menjadikan Hari raya kelahiran Jesus Kristus atau perayaan Krismas dan Thanksgiving Day sebagai salah satu perayaan wajib yang harus diikuti mereka setiap tahun.

Dikutip dari Aljazeerah.com, menurut salah satu juru bicara kelompok Syiah Alawi tidak seharusnya Bashar Al Assad digulingkan. Menurutnya selama ini Bashar Al Assad telah memimpin secara adil, toleransi dan menjunjung tinggi pluralisme agama.

Kelompok minoriti Syiah Alawi ini juga menyebut kumpulan mujahidin dari tentera pembebasan Syria sebagai "pengganas" dan ekstrimis Sunni.

"Saat ini kami kumpulan Syiah di Syria menjadi korban diskrimansi dan tekanan dari kumpulan pengganas Sunni," jelasnya salah satu juru bicara komuniti ini kepada Aljazeerah.com.

Namun, berbeza antara tuduhan kelompok Syiah Alawi Turki ini. Saat ini justru telah jatuh korban sebanyak 17,000 dari kelompok Sunni yang dibunuh oleh rejim Bashar Al Assad sejak konflik meledak di bulan Mac 2011. *

Syeikh Dr. Ihsan Baadarani merupakan seorang ulama' Syria yang bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria

Syeikh Dr. Ihsan Baadarani merupakan seorang ulama' Syria yang bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria telah mengeluarkan kenyataannya hari ini menyatakan bahawa apa yang berlaku di kota Dimasyq hari ini merupakan petanda kepada kemenangan.

Sesungguhnya ini merupakan petanda kepada peringkat terakhir terhadap kebangkitan rakyat Syria dan peringkat kemenangan semakin menghampiri kita semua.

Beliau juga mengingatkan kepada masyarakat Dimasyq agar bersatu dan bekerjasama dengan Tentera Pembebasan Syria agar kemenangan dapat dicapai tidak lama lagi.

Kata beliau lagi,

" Wahai orang-orang Dimasyq, Sham, kalian semua adalah pemuda yang telah membenarkan perjanjian kalian dengan Allah untuk memelihara agama ini. Sehingga ada yang telah gugur syahid dan ada yang masih menunggu untuk mengikuti jalan yang sama.."

sayu hati wa..mmg prihatin sungguh..dalam hati ada taman ni..

FATHER of KING CORRUPTION

Fakta Yang Mungkin Mengundang Kontroversi



Fakta Syiah dalam Bahasa Nusantara

Fahaman Syiah merupakan satu fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Sebahagian besar golongan syiah ini berpusat di Republik Iran tetapi ianya berkembang sehingga ke Malaysia pada hari ini. Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Iran yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Iran.

Berikut adalah antara ciri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

1. Imam Adalah Maksum
Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.

2. Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati
Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.
Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83

3. Berpura-Pura
Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal

4. Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan
Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197

5. Menghalalkan Nikah Mut’ah
Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358

6. Menambah Syahadah
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441

7. Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.
Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149

8. Menolak Ijmak Ulama’
Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51

9. Menolak Qias
Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:
10. Mengubah ayat al-Quran
Dipercayai Syiah telah menambah beberapa ayat dalam al-Quran yang bukan dari ayat Al-Quran sebenar.

11. Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam
Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:

12. Menghina Isteri-Isteri Nabi.
Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330

13. Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan
Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr. Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36:
Ja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab

14. Sembahyang Duha Adalah Bid’ah.
Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 :
Ja’fari : sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada Marwan al-‘Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab: “tidak”. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr? Dia menjawab: “tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah

KESIMPULAN

“Keputusan berdasarkan kajian termasuk kajian luar dapat disimpulkan bahawa fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar”

Dah nak tergolek baru panggil kami

Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka.

Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama.

“Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu.

Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.

“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.

Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada ‘moral standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini.

Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.

Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini.

Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata.

Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya.

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita.

"Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara,” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

“Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai.

"Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak,” Sambungnya lagi.

Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.

Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.

Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.

Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi.

Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata beliau marah-marah.

Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/07/bekas-wakil-rakyat-bersungut.html
 —

Menyelamatkan Rohingya Islam: OIC



Ketua Setiausaha Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ekmeleddin Ihsanoglu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Jeddah kemarin ini.

Beliau sangat-sangat dikutuk penindasan baru dan pencabulan hak asasi manusia rakyat Muslim Rohingya Myanmar sejak June lepas 2012 yang telah mengakibatkan kematian orang awam yang tidak bersalah, membakar rumah-rumah dan masjid-masjid mereka dan memaksa mereka meninggalkan tanah air mereka.

Ihsanoglu menambah bahawa lebih tiga dekad yang lalu, Muslim warganegara Rohingya Myanmar telah tertakluk kepada pencabulan hak asasi manusia termasuk pembersihan etnik, pembunuhan, rogol, dan anjakan yang dipaksa oleh pasukan keselamatan Myanmar.

Setiausaha Agung OIC berkata bahawa pemulihan terkini demokrasi di Myanmar telah membangkitkan harapan dalam masyarakat antarabangsa bahawa penindasan terhadap Rohingya Islam warga akan berakhir dan bahawa mereka akan dapat menikmati hak-hak dan peluang yang sama.

Walau bagaimanapun, keganasan baru terhadap umat Islam Rohingya pada 3 June, 2012 telah menyebabkan amaran dan kebimbangan kepada OIC. Beliau berkata bahawa apabila usaha-usaha masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang dijalankan bagi resolusi aman isu ini, OIC telah terkejut dengan kenyataan baru-baru ini malang Myanmar Presiden Thien Sein disowning Rohingya Islam sebagai warga Myanmar.

Setiausaha Agung menegaskan bahawa Kerajaan Myanmar sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ASEAN, mesti mematuhi instrumen hak asasi manusia antarabangsa termasuk konvensyen dan perisytiharan yang berkaitan, dalam rawatan rakyat mereka.

Setiausaha Agung Ihsanoglu disebut perisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa Rohingya adalah etnik minoriti, agama dan bahasa dari Myanmar barat, dan fakta sejarah menunjukkan bahawa Rohingya telah hadir di tanah abad Myanmar sebelum British datang dan selepas mereka pergi, sebelum pembentukan Burma, dan sangat jelas sebelum pembentukan keadaan semasa Myanmar.

Sungguhpun begitu, kerajaan Myanmar terus untuk menganiaya dan mendiskriminasi minoriti Rohingya, terutamanya undang-undang kewarganegaraan tahun 1982, yang melanggar kebiasaan antarabangsa dengan menanggalkan Rohingya zalim hak-hak mereka kewarganegaraan.

Ekmeleddin Ihsanoglu berharap bahawa Kerajaan Myanmar akan bertindak balas terhadap kebimbangan masyarakat antarabangsa dengan cara yang positif dan membina supaya semua orang Islam warganegara Rohingya dapat kembali ke tanah air mereka dalam kehormatan, keselamatan dan maruah. Beliau berkata bahawa Piagam OIC menyatakan Pertubuhan untuk membantu golongan minoriti Muslim dan masyarakat di luar Negara Anggota untuk memelihara maruah mereka, identiti budaya dan agama.

Dalam semangat ini, beliau juga menyatakan penentuan OIC untuk kekal disita dengan isu ini dan untuk membawa ia dalam agenda yang prihatin antarabangsa termasuk Bangsa-Bangsa Bersatu, Manusia Hak Suruhanjaya, ASEAN, Kesatuan Eropah (EU) serta dua hala dengan Kerajaan Myanmar, bagi satu resolusi yang aman dan berkekalan isu itu.

Myanmar perlu menyedari bahawa penglibatan yang baru di peringkat antarabangsa tidak hanya datang dengan peluang-peluang tetapi juga dengan tanggungjawab.

Suu Kyi masih menutup mata dan telinga terhadapa pembantaian muslim Rohingya di negaranya



Ang San Suu Kyi masih diam seribu bahasa, menutup mata, dan menutup telinga terhadap pembunuhan beramai-Muslim Rohingya yang sedang berlaku di negaranya.

Menurut seorang penganalisis terkemuka mengatakan bahawa Suu Kyi, yang katanya icon demokrasi Myanmar, sungguh tuli terhadap kekejaman yang terus berlaku terhadap Muslim di Burma (Myanmar).

"Diamnya Ang San Suu Kyi adalah sungguh tuli dan sungguh meragukan, mengingat dia sedang mempromosikan dirinya sendiri dan dinaikkan pangkat sebagai rumah api demokrasi," kata Raza Kazim, jurucakap NGO Islamic Human Rights Commission (IHRC) yang berpusat di London, dalam sebuah wawancara dengan PressTV , Jumaat (13/7/2012).

Kazim amat membimbangkan atas keputusan presiden Myanmar U Thein Sein yang akan mengusir Muslim Rohingya ke kem-kem pelarian yang dikendalikan PBB, atau ke negara lain yang mahu menerima mereka, Kazim menganggap bahawa pengusiran tersebut merupakan tanda jelas pembersihan etnik Muslim di Myanmar.

Thein Sein berkata pada Khamis minggu lalu bahawa satu-satunya 'penyelesaian' adalah mengusir Muslim Rohingya keluar dari negaranya ke kem-kem pelarian.

Suu Kyi saat menerima Hadiah Keamanan di Oslo, Norway, 16 June 2012 disaat Pembantaian Muslim sedang terjadi di Arakan, Myanmar.
Namun, Pusat Pengungsian PBB mengatakan bahawa mereka "tidak akan membantu Muslim Rohingya."

Kekejaman terhadap Muslim Burma telah berlangsung sejak berabad-abad lalu, dan telah meningkat akhir-akhir ini.

"Ini sangat mengejutkan bahawa dunia telah diam dan telah pilih-pilih dalam hal orang-orang seperti apa yang mereka siapkan untuk dipertimbangkan untuk mendapatkan hak-hak. Tetapi orang-orang ini (Muslim Rohingya), telah mempunyai masalah ini dalam masa yang lama dan situasi ini telah meningkat dalam tahun-tahun terakhir sangat signifikan. Sebenarnya tidak ada yang dilakukan berkaitan hal ini, "jelas Kazim.

Kazim mewakili IHRC juga menyeru orang-orang non-Muslim untuk melakukan usaha untuk mengubah keputusan kerajaan Burma, dan mencegah atau menghentikan pembersihan etnik yang serupa dengan pembunuhan beramai-Sebrenica (pembunuhan beramai-Muslim Bosnia).

"Saya benar-benar ingin mengatakan bahawa, ketika kes kemanusiaan benar-benar terjadi, entah bagaimana hanya orang-orang Muslim yang perlu melihat ini dan berfikir bahawa ada masalah di sini. Setiap orang, setiap manusia, yang mempunyai hati nurani, (seharusnya) benar-benar perlu untuk memikirkan tentang ini, 'bagaimana saya boleh membiarkan ini, Srebrenica lain atau jenis pembersihan etnik lain untuk terjadi', "katanya Kazim.

Sejak dua tahun terakhir, Muslim Myanmar yang masih dalam keadaan mampu, berusaha berhijrah ke negara-negara jiran melalui laut dengan perahu-perahu kecil untuk mengelakkan pembunuhan. Namun, mereka tak disambut dengan baik oleh pihak berkuasa, dianggap pendatang haram, bahkan sebahagian besar diusir kembali ke laut.

Kerajaan Myanmar tidak mengakui Muslim Rohingya sebagai warga negara yang sah. Mereka dianggap pendatang haram keturunan Bengali, padahal Muslim telah lahir dan hidup berabad-abad di sana hingga memiliki keturunan beberapa generasi.

Ikhwanul Muslimin Serukan Lawan Rezim Al Assad



Al Ikhwan Syria hari Isnin (16/7/2012) memulakan pertemuan dua hari di pinggiran kota Istanbul, guna membahas tentang sokongan atas gerakan penentangan terhadap rejim Bashar Al Assad.

"Ini merupakan pertemuan pertama organisasi setelah lebih dari 30 tahun," kata Omar Mushaweh, wakil Al Ikhwan yang ada di dalam Dewan Nasional Syria kepada AFP. Sejak aksi perlawanan tahun 1982 yang mendapatkan tanggapan ofensif dari rejim Syria ketika itu, banyak ahli Al Ikhwan yang melarikan diri ke luar negera.

Menurut Mushaweh, ada dua pokok masalah yang mereka angkat, iaitu masalah dalaman berkaitan menggerakkan pemuda dan wanita di dalam organisasi Al Ikhwan dan mendapatkan sokongan lebih banyak terhadap revolusi di Syria.

Dalam acara pembukaan pertemuan itu, salah seorang ahli bernama Muhammad Riad Al Shakfa menyeru agar masyarakat antarabangsa mahu mendengar suara rakyat Syria.

Abdul Bassit Sayda, pimpinan Dewan Nasional Syria yang juga hadir dalam acara itu mengulangi seruannya agar kelompok pembangkang bersatu melawan rejim di Damsyik.

Al Ikhwan Al Muslimun dilarang di Syria sejak tahun 1963, setelah berusaha melakukan revolusi yang mengakibatkan sekitar 20.000 orang meninggal dunia

Pembangkang Syira Akan Terus Buru Al Assad Hingga Istana



Pasca Al Ikhwan Al Muslimin Syria memerangi rejim Bashar Al Assad, pertempuran kumpulan pembebasan Syria sudah menembusi kota Damsyik. Tentera pro Al Assad sendiri sudah mengerahkan kereta kebal dan helikopter secara total untuk membendung arus perlawanan dari kerjasama kumpulan Mujahidin dan rakyat awam Syria.

Kumpulan pembangkang sudah menjalankan operasi Damsyik. Operasi ini adalah tindakan serangan total terhadap sasaran rejim Al Assad dan sekatan jalan utama di seluruh negara.

Operasi perlawanan yang disebut oleh Al Ikhwan Al Muslimin ini sebagai operasi penentuan, merupakan titik kemenangan dari puncak perlawanan kumpulan pembangkang untuk menjatuhkan rejim Al Assad.

Sementara itu perdamaian dari utusan PBB Kofi Annan mencari jalan buntu. Perbezaan pendapat antara kumpulan pembangkang yang terlanjur tidak boleh memaafkan atas 17.000 korban awam yang dibantai Bashar Al Assad sejak konflik bermula pada Mac 2011 ini, semakin meruncing dengan sikap Vladimir Putin yang akan melawan setiap campur tangan international untuk menjatuhkan Bashar Al Assad.

Kekerasan terus menyebar di seluruh Syria. Secara terancang tentera pembangkang telah menembus Damsyik. Saksi mata mengatakan, Rabu (18/7/2012) awal pagi hari ini Tentera Bashar Al Assad mengerahkan kekuatan penuh untuk menghalang perlawanan yang semakin menembusi ke tengah-tengah Damsyik.

Perlawanan yang bermula dari Baghdad Street, menembus ke bandar Homs. Hingga saat ini roket-roket Al Assad dari helikopter terdengar di sepanjang Sabaa Bahrat yang merupakan pusat para pendukung Al Assad. Bahkan kumpulan pembangkang juga menyerang dari sisi barat kota Midan, Barzeh, Qaboun, hingga daerah Nahr Eisha.

Sementara itu masyarakat international masih membimbangkan kemungkinan. Ada satu senjata terakhir yang belum digunakan Al Assad, iaitu senjata kimia yang mempunyai kesan pemusnah besar-besaran.

Namun kesemuanya itu tidak membuat gentar kumpulan pembangkang untuk terus menembus masuk mengejar Al Assad hingga ke kediamannya di Presidential Palace, di hujung kota tempat Masjid Umawi pernah dibebaskan oleh Shahaludin alayubi dalam sejarah.

"Adalah mustahil itu terjadi di Syria, jika Bashar Al Assad rela melepaskan jawatannya kerana intevensi politik. Dia hanya boleh digulingkan dengan perlawanan (jihad)," jelas Nawaf Fares, salah seorang tokoh pembangkang kepada AFP. *
 

Ulama Al-Azhar Kecam Sekatan Myanmar



Dewan Ulama al-Azhar dalam kenyataan mengenai jenayah terhadap kaum Muslim Rohingya di Myanmar, menyeru demonstrasi umat Islam di depan Kedutaan Besar Myanmar di seluruh dunia Islam.

Fars News melaporkan, al-Azhar menuntut reaksi tegas khususnya terhadap kerajaan Myanmar atas aksi pembunuhan warga Muslim etnik Rohingya.

Dewan Ulama al-Azhar dalam kenyataan mengecam pembunuhan, penyiksaan, dan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Muslim Rohingya.

Menyinggung kebisuan masyarakat antarabangsa di hadapan aksi tidak berperikemanusiaan itu, Dewan Ulama al-Azhar menyeru protes dan sekatan terhadap Kedutaan Besar Myanmar di seluruh negara Islam.

Seraya menjelaskan penindasan Muslim Rohingya, al-Azhar menilai apa yang terjadi di Myanmar lebih buruk dari perlakuan rejim Zionis Israel terhadap warga Palestin. Tidak terdengarnya teriakan mereka [Rohingya] merupakan hal yang sangat menyedihkan di era maklumat seperti saat ini.

Dewan Ulama al-Azhar juga menekankan persaudaraan sesama Muslim dan menuntut ahli politik serta penguasa negara-negara Islam untuk memboikot Myanmar sampai kerajaan Rangoon memperbaiki keadaan untuk warga Muslim di negaranya.

Dewan Ulama al-Azhar juga meminta Syeikh al-Azhar mengeluarkan kenyataan tentang pelbagai kejahatan yang menimpa warga Muslim Myanmar, demi keredhaan Allah SWT.
 

Bimbang Pengaruh Pakatan Rakyat Makin Meningkat, 100 Bendera PAS Dan PKR Di Sabotaj


Posted by Addin at 7/18/2012

REMBAU – Hampir 100 bendera Pas dan PKR yang dipasang sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Chembong, dekat sini diturunkan pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi semalam.Tidak diketahui pihak yang menurunkan bendera dipasang sepanjang jalan dari Kampung Senama hingga Pedas di sini, bagaimanapun ada pihak mengakui terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri sebaik saja berjaya menurunkan bendera kedua-dua parti berkenaan.




Ahli Jawatankuasa PKR Cabang Rembau, Redzuan Zainudin berkata, beliau terkilan dengan tindakan pihak tertentu mensabotaj bendera Pas dan PKR. Menurutnya, dia dikejutkan dengan panggilan telefon seorang anak buahnya yang kebetulan terlihat kelibat individu bermotosikal melarikan diri setelah selesai menurunkan bendera, kira-kira 3.30 pagi semalam."Saya pergi ke lokasi dimaksudkan dan melihat hanya buluh sahaja yang ditinggalkan dan dibuang ke dalam longkang. “Masa itu memang saya marah sangat. Mereka ini melakukan tindakan secara sorok-sorok dan pengecut kerana menurunkannya semasa kita sedang tidur lena," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam.Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Dr Rosli Yaakop berkata, perbuatan pihak tertentu menurunkan bendera Pas dan PKR bukanlah kejadian baru di kawasan berkenaan."Pada 1999, kita pernah membuat laporan polis apabila ada seseorang di Kundur membawa parang menghalang kita memacakkan bendera parti. Kita terpaksa melarikan diri bagi mengelakkan dicederakan."Walaupun ada yang mensabotaj, namun kita tetap bersyukur kerana penerimaan penduduk terhadap PR terus meningkat.Timbalan Ketua Cabang Rembau, Yusuf Tapar berkata, biasanya kegiatan menurunkan bendera PR itu dibuat semasa awal pagi oleh individu bermotorsikal."Tindakan sebegini tidak seharusnya berlaku kerana Pas dan PKR merupakan organsasi berdaftar dan bukannya parti haram. “Kita tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan dengan bendera kita. Cuma apa yang kita takutkan, mereka menyalah gunakan bendera kita sebagai usaha menjatuhkan imej parti," katanya.Sementara itu, Pengarah Pas Dun Chembong, Nazri Yusuf berkata, pihaknya sudah berjumpa Majlis Daerah Rembau (MDR), kira-kira dua bulan lalu untuk berbincang engenai tindakan jabatan itu menurunkan bendera parti. Bagaimanapun, katanya, MDR telah memulangkan semula bendera yang diturunkan tanpa sesekali mengambilnya. “Memang kita tahu jika sebelum PRU, tidak boleh sebarang bendera digantungkan.“Dalam kejadian terbaru ini kita yakin MDR tidak terlibat, cuma pihak lain berkemungkinan takut dengan populariti PR yang semakin meningkat," katanya. ~sinarharian

Awal minggu ini, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengumumkan mahu melaksanakan catuan air.



Sebagai tindak balas, Khalid mengumumkan kerajaan negeri akan mengambil alih pentadbiran Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana ragu dengan keputusan entiti itu mahu berbuat demikian walhal air tadahan di empangan dikatakan melimpah-limpah.

Melihat situasi ini, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George berkata, senario main tarik tali ini pada akhirnya hanya akan mengundang kemarahan rakyat terutama di Selangor.

Keadaan ini katanya, akan menjejaskan peluang terutama kepada Umno-Barisan Nasional untuk merampas kembali Selangor kerana rakyat berpandangan isu air ini sengaja dipolitikkan oleh pusat dengan menjadikan Syabas sebagai kuda tunggangan.

“Keadaan ini tidak bagus untuk pemerintah dan ia juga tidak bagus untuk kerajaan negeri Selangor dan rakyat. Namun tindakan-tindakan daripada pemimpin Pusat mahu pun negeri (dalam isu air) nampaknya tidak masuk akal.

“Rakyat marah kerana ini untuk kepentingan politik,” ujar beliau.

Rakyat menurut beliau, akan menterjemahkan kemarahan mereka melalui peti undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Berdasarkan siasatan yang kita lakukan, kita yakin jika isu ini berterusan, Kerajaan Pusat tidak akan dapat mengambil alih Selangor.

“Dua tiga bulan sebelum ini mereka terbuka untuk menerima Kerajaan Pusat tetapi sekarang mereka merasakan ada kumpulan tangan hitam mereka-rekakan krisis air ini, mereka jadi marah,” tambah beliau.

More : http://www.sinarharian.com.my/nasional/jangan-sampai-isu-air-melangkah-ke-peti-undi-1.67907

Suara Keadilan Telah Mula Terbit Untuk Edisi Rabu

Suara Keadilan Telah Mula Terbit Untuk Edisi Rabu, Minggu ini... Dapatkan Dipasaran Sekarang... Lebih Hangat Daripada Biasa..

bentuk mcm org perempuan...hebatnya ciptaan tuhan

LAPORAN POLIS DIBUAT !!! Ingatkan pencacai UMNO, rupanya wakil rakyat UMNO yang turunkan bendera PAS




Satu laporan polis telah dibuat pada 17 Julai 2012 mengenai seorang wakil rakyat Umno di Negeri Sembilan yang bergelar Dato’ Dr yang dilihat menanggalkan beberapa bendera PAS di sebuah jalan utama di negeri ini.

Laporan polis telah dibuat. Kita harapkan pihak berkuasa melakukan siasatan yang teliti tanpa memilih bulu.Rembau hari ini

Posted by PASPB

ADAB-ADAB BERDOA



Berikut adalah kaedah dan adab-adab berdoa:

> Hendaklah dalam keadaan suci dari hadas kecil dan besar selain memakai pakaian bersih serta tempat berdoa yang selesa.
.
> Menghadap kiblat dan berdoalah dengan khusyuk dan tawadhuk selain merendah diri kepada Allah SWT.

> Mulakan doa dengan membaca Surah Al-Fatihah atau memuji-muji Allah SWT dengan sekurang-kurangnya “Alhamdulillahirabbilalamin” diikuti dengan membaca selawat atas Nabi.
.
> Angkat tangan hingga kelihatan kedua-dua ketiak di samping perut anak jari menghadap ke atas.
.
> Selepas selesai berdoa, sapukan kedua-dua tangan ke muka.
.
> Berdoa perlulah dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT akan memperkenankan doa kita. Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hati yang lalai atau kurang yakin. Rasulullah SAW bersabda: "Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan penuh yakin Dia akan memperkenankan doa kamu. Dan, ketahuilah sesungguhnya Allah tidak akan memperkenankan doa daripada hati yang lalai atau keluh kesah." (Riwayat At-Tirmidzi).
.
> Setiap orang Islam hendaklah banyak berdoa kepada Allah SWT ketika dalam keadaan senang atau lapang supaya Allah akan memperkenankan doanya apabila tiba saat-saat yang sukar.
.
> Berdoalah dengan suara yang perlahan dan merendah diri selain mengakui segala kesalahan serta dosa-dosa yang pernah dilakukan. Firman Allah: "Berdoalah kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan." (Surah al-A'raaf: 55)
.
> Sebaik-baik doa ialah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas, contohnya: “Ya, Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.”
.
> Untuk memohon sesuatu hajat, sebaik-baiknya ulangi permintaan itu sekurang-kurangnya tiga kali.
.
> Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan, perpecahan dalam masyarakat atau keluarga.
.
> Apabila berdoa janganlah meminta sesuatu yang mustahil.
.
> Jangan merasa kecewa jika doa kita tidak dikabulkan Allah SWT. Sebaliknya hendaklah bersabar dan terus berdoa selain bertawakkal kepada Allah.
.
> Sebelum mengakhiri dengan ucapan "Amien", setiap doa perlu ditutup dengan selawat ke atas Nabi SAW selain puji-pujian kepada Allah SWT dengan puji-pujian yang layak bagiNya.
.
KIRIMAN TIGOSOTIGO