Wednesday, August 27, 2014

Pancaroba

Contoh terbaik.... BR1M.. 
UMNO guna duit rakyat yg bersusah payah mencari rezki..dan terkumpul dlm KWSP untuk BR1M .... lantas di jaja.. nilah jasa UMNO pada rakyat.. sedangkan duit itu dicuri dari rakyat juga... syukur kata org kampung......

Misteri Boriska, Mengaku Penduduk Marikh!



Boris Kipriyanovich The Martian Boy

Masakan tidak, kanak-kanak ini yang memiliki pengetahuan yang luar biasa dan sangat petah bercakap tampil mendakwa dirinya seorang Martian, seorang penduduk Marikh ketika usianya tujuh tahun!

Boriska tinggal di bandar Zhirinovsk, Volgograd, Rusia. Dia dilahirkan pada 11 Januari 1996 oleh seorang wanita normal yang bekerja sebagai jururawat. Ya, ibunya seorang manusia normal!

Boriska dikatakan mula bercakap ketika berusia empat bulan dan mampu membaca surat khabar apabila berusia dua tahun.

Dia mula bersekolah ketika berusia enam tahun dan ketika itulah gurunya menyedari kebijaksanaan dan kepetahan Boriska berbicara yang jauh ke hadapan berbanding kanak-kanak lain seusianya.

Ketika melangkah ke tahun dua, Boriska terpaksa 'bersekolah' di rumah kerana sekolahnya tidak mahu menerima kehadirannya. Dia diajar oleh beberapa orang tenaga pengajar khas dirumahnya.

Ini berikutan kebijaksanaan Boriska yang jauh ke hadapan menjadikan dia seorang yang agak cerewet. Dia seringkali membetulkan apa yang diajar oleh gurunya di kelas.

Apa yang menarik tentang Boriska ialah dia mampu bercerita secara terperinci bagaimana kehidupan penduduk di Marikh dan tamadun di sana.

Boriska mendedahkan buat pertama kali pengetahuannya tentang Marikh ketika dia menyertai satu ekspedisi di bukit Medvedetskaya Gryada berdekatan Volgograd.

Dihadapan para peserta ekspedisi yang rata-ratanya berpendidikan tinggi dan jauh lebih tua, Boriska yang ketika itu baru berusia tujuh tahun berjaya memukau para peserta ekspedisi dengan kepetahannya berbicara yang berkisar mengenai tamadun Marikh, bandar-bandar megalitik, kapal angkasa penduduk Marikh, penerbangan Martian ke planet-planet lain selain tamadun purba yang hilang -- Tamadun Lemuria di bumi!

Tamadun Lemuria

Ramai diantara peserta itu kagum dan hairan dengan keupayaan intelektual Boriska yang jauh kehadapan berbanding kanak-kanak tipikal. Dia seolah-olah langsung tidak menipu dan benar-benar menyaksikannya.

Ada pihak mendakwa ibu bapa Boriska yang mengajar budak itu sehingga dia mampu berbicara sedemikian. Namun, ibu bapanya menafikan dakwaan itu. Menurut mereka, Boriska mampu berimaginasi sedemikian rupa tanpa diajar sesiapa.

Boriska juga boleh menamakan semua planet dalam sistem suria termasuk satelit-satelitnya ketika berusia tiga tahun. Ini membuatkan ibu bapanya sendiri risau dengan keupayaan imaginasi Boriska.

Pakar-pakar sendiri turut bingung dengan keupayaan Boriska. Kanak-kanak ini bukan sahaja mampu bercerita tentang Marikh, Lemuria, kapal angkasa dan tamadun purba, malah dia mampu bercerita fungsi binaan Sphinx yang menurut dakwaannya terdapat satu suis untuk membuka pintu rahsia pada binaan tersebut.

Boriska dengan petah bercerita tentang kehidupannya ketika menjadi penduduk Marikh -- sebelum dia dilahirkan ke bumi.

Menurutnya, penduduk Marikh membina tamadun dan tinggal di bawah permukaan planet itu. Ketika tamadun Lemuria terbina di bumi, mereka selalu 'menziarahi' tamadun berkenaan.

Boriska mampu bercerita dengan lebih terperinci mengenai tamadun Lemuria jauh lebih hebat daripada seorang Profesor dan sesetengah dari apa yang diceritakannya langsung tidak pernah tercatat dalam mana-mana teks kajian tamadun Lemuria.

Boriska mendakwa dia dilahirkan ke bumi sebagai perantara diantara Martian (penduduk Marikh) dengan penduduk bumi!

Saksikan video Boriska ketika ditemuramah suatu ketika dahulu.



-Sentiasapanas.com


Read more: http://www.sentiasapanas.com/2014/08/misteri-boriska-mengaku-penduduk-marikh.html#ixzz3BmuDBGc1

Separatis Ukraina Lakukan Offensif

Georgia-Russia_794873cDonetsk, LiputanIslam.com — Di tengah-tengah berbagai  laporan tentang kehadiran militer Rusia di wilayah konflik di Ukraina timur, pasukan separatis melancarkan offensif untuk memecah kepungan pasukan Ukraina atas kota Donetsk.
Sebagaimana laporan BBC News, hari Rabu (27/8), separatis melancarkan serangan terhadap kota Novoazovsk yang dikuasai pemerintah. Akibatnya penduduk harus tinggal di ruang bawah tanah setelah mortir dan roket berjatuhan di kota itu. Belum ada laporan tentang jumlah korban akibat serangan itu.
Dalam serangan sehari sebelumnya, sebanyak 4 warga mengalami luka-luka. Demikian keterangan walikota setempat kepada wartawan. Pertempuran sengit juga terjadi di kota Ilovaisk, Rabu (27/8).
Pertempuran itu terjadi setelah President Petro Poroshenko berjanji mengimplementasikan rencana perdamaian di wilayah konflik. Hal itu disampaikan Porosehenko usai mengadakan pembicaraan langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Minsk, Belarusia.
Di sisi lain Putin yang membantah keterlibatan Rusia dalam konflik Ukraina, mengatakan akan membantu dialog antara pemerintah dengan separatis. Namun sebelum itu, ia mendesak Ukraina untuk menghentikan serangan militernya.
Putin juga menambahkan, kesepakatan telah dicapai antara dirinya dengan Poroshenko, tentang pengiriman bantuan kemanusiaan lanjutan Rusia ke Ukraina timur.

Pasukan Rusia  
Di sisi lain Perdana Menteri Polandia Donald Tusk mengatakan, Rabu (27/8) bahwa inteligennya mendapatkan laporan tentang keberadaan unit-unit militer Rusia di Ukraina.
Tuduhan keterlibatan pasukan Rusia di Ukraina semakin kuat minggu ini setelah 10 pasukan payung Rusia tertangkap oleh pasukan Ukraina di dekat perbatasan. Militer Ukraina juga mengklaim terlibat pertempuran dengan satu unit pasukan tank Rusia yang berkekuatan 10 tank dan beberapa kendaraan mengangkut, yang tengah bergerak menuju kota Mauripol. 2 tank Rusia dikabarkan hancur oleh senjata anti-tank Ukraina. Demikian sebagaimana dilaporkan BBC News.
Presiden Putin sendiri berusaha mengelak dari tuduhan itu, meski mengindikasikan keberadaan pasukan Rusia di Ukraina.
“Yang saya dengar adalah pasukan kami berpatroli di perbatasan, dan mungkin saja tersasar ke wilayah Ukraina,” katanya.
Sebaliknya media Rusia Vedomosti secara terang-terangan menuduh Rusia tengah melakukan perang rahasia di Ukraina dengan mendukung separatis Ukraina.
“Apakah Kita Sedang Berperang (di Ukraina)?” Tulis editorial koran ini, Rabu (27/8). Vedomostimerujuk pada beberapa upacara pemakaman secara militer yang dilakukan diam-diam dan tertangkapnya 10 prajurit Rusia di Ukraina.
Di wilayah Donetsk, pasukan Ukraina melaporkan melihat iring-iringan 100 kendaraan militer termasuk tank dan peluncur roket milik kelompok separatis bergerak antara kota Starobesheve menuju kota Telmanove. Diduga ini adalah bagian dari rencana serangan separatis untuk mendobrak kepungan pasukan Ukraina.
Seorang pejabat militer Ukraina menyebutkan konvoi itu adalah konvoi militer Rusia.
Komandan separatis di Donetsk mengatakan kepada media Rusia bahwa sebanyak 129 pasukan Ukraina menyerah di Starobesheve pada hari Rabu, 94 lainnya menyerah di kota Kuteinykove.
Sedangkan dalam pertempuran di kota Ilovaisk, kedua pihak saling mengklaim berhasil merebut kota itu dari lawannya.(ca)

Berdagang dengan Palestin, bukan Israel


Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Kerajaan Malaysia tidak menjalinkan hubungan ekonomi secara langsung dengan Israel, namun menegaskan eksport negara ke Palestin terpaksa melalui Israel yang mengawal laluan perdagangan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pintu masuk ke Palestin dikawal oleh pihak berkuasa sempadan Israel kecuali di sempadan Mesir - Semenanjung Gaza, dan Mesir hanya membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan, ubat-ubatan dan makanan ke Palestin melalui sempadan Rafah.
Beliau berkata, segala aktiviti perdagangan tidak langsung di antara Malaysia dan kawasan tersebut juga adalah untuk menyokong pembangunan ekonomi dan bantuan kemanusiaan rakyat Palestin.
"Dasar luar Malaysia adalah tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel. Sejajar dengan dasar tersebut dan ditunjangi prinsip kemanusiaan dan keamanan dunia, kementerian menyokong penuh gesaan komuniti antarabangsa dalam mendesak agar kezaliman ke atas rakyat Palestin di Gaza dihentikan serta-merta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, pihaknya difahamkan seramai 40,000 rakyat Palestin memasuki Israel setiap hari yang mana seramai 30,000 daripadanya adalah untuk bekerja manakala seramai 10,000 mendapat permit untuk bermalam di Israel.
"Berdasarkan pemerhatian terdapat tiga cara perdagangan dengan Israel, pertama secara amalan rangkaian bekalan antarabangsa syarikat-syarikat antarabangsa (MNC), produk yang dihantar ke Palestin melalui Israel dan eksport ke Israel tetapi berkemungkinan bukan secara langsung kerana dihantar dari negara-negara ketiga," jelas beliau.
Jelas Mustapa lagi, perangkaan Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC) menunjukkan pada tahun 2013 Malaysia menduduki tangga ke-32 dalam senarai pengeksport ke Israel dan tangga ke-12 dalam senarai pengimport dari Israel.
"Data yang dikeluarkan oleh ITC mencerminkan eksport mengikut negara asal (country of origin), iaitu kemasukan barangan buatan Malaysia ke Israel melalui negara ketiga seperti Singapura dan Hong Kong yang turut direkodkan sebagai eksport dari Malaysia. Cara merekod perdagangan seperti ini diamalkan oleh kebanyakan negara lain.
"Amalan perniagaan dan pelaburan antarabangsa ini adalah berada di luar kawalan Kerajaan Malaysia," kata beliau lagi.
Bagaimanapun katanya, kewujudan amalan tersebut tidak menjejaskan pendirian dan ketegasan Kerajaan Malaysia dalam menyokong seruan dan gesaan komuniti antarabangsa yang mendesak kezaliman ke atas rakyat Palestin di Gaza dihentikan serta-merta.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140827/ek_01/Berdagang-dengan-Palestin-bukan-Israel#ixzz3BaD2sSMs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1,800 rumah mampu milik dibina di Shah Alam


SELANGOR KINI | .

SHAH ALAM: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan memulakan rangka kerja pembinaan 1,800 unit rumah mampu milik di Shah Alam melibatkan kawasan Seksyen U1 Glenmarie dan Seksyen 35 dengan keluasan tanah sejumlah 24.7 ekar.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata pembinaan rumah mampu milik ini dijangka siap pada 2018 dan boleh dijual dengan harga antara RM200,000 hingga RM250,000 seunit.

Katanya LPHS turut memperolehi  11 lot tanah untuk dibangunkan rumah mampu milik dengan keseluruhan keluasan lot tanah adalah 82.06 ekar.

Antara lokasinya adalah Taman Bangi Indah (Kajang), Bandar Baru Kuala Selangor, Kampung Merbau Indah (Kuala Selangor), Ladang Air Manis (Sabak Bernam) dan Kampung Galung Tengah, Hulu Yam.

“LPHS juga memberi taklimat bahawa setakat Julai 2014, sebanyak 1,682 unit rumah mampu milik sudah dibina berdasarkan Polisi Rumah Selangorku.

“Keseluruhannya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan 10,650 unit rumah mampu milik,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, hari ini.

Iskandar berkata LPHS turut menjalankan pemantauan pada setiap enam bulan bagi memastikan pemaju membina rumah mampu milik terlebih dahulu atau beiringan dengan rumah harga bebas.

Katanya sekiranya pemaju gagal, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat boleh mengeluarkan arahan henti kerja untuk menangguhkan keseluruhan pembinan projek mereka.

“Ini adalah menunjukkan komitmen Kerajaan Selangor bagi memastikan rumah mampu milik memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana sekaligus menggalakkan pemilikan rumah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kerja-kerja pembinaan 2,496 unit Fasa 1 projek rumah mampu milik Selangorku di Sungai Sering, Hulu Klang sudah dimulakan dan berjalan lancar.

Titah Sultan: PAS Selangor harap episod penyudah


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Selangor menjunjung tinggi titah Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam berkenaan isu menteri besar.

"PAS Selangor menjunjung tinggi titah DYMM Tuanku Sultan Selangor agar setiap parti PAS, PKR dan DAP menamakan lebih dari dua nama daripada Pakatan Rakyat untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor," ujar Ketua Penerangan PAS negeri, Zaidy Abdul Talib dalam satu kenyataan.

Juga, katanya dengan perkenan Tuanku agar Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor sehingga dilantik Menteri Besar yang baru menggambarkan bahawa kemelut MB Selangor sudah sampai kepada episod penyudah yang bakal menggembirakan semua pihak khususnya seluruh rakyat Selangor dan rakyat Malaysia amnya.

Tambahnya, PAS Selangor yakin dengan pengalaman dan jiwa besar pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat, mereka mampu untuk duduk semeja dan bersepakat bagi menyembah ke bawah Tuanku Sultan nama calon-calon Menteri Besar dari Pakatan Rakyat yang disepakati secara bersama.

"Diharapkan episod penyudah ini dapat segera sampai ke penghujungnya supaya harapan rakyat kepada Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri tercinta dan seterusnya negara berdaulat ini terus bersinar terang," ujarnya yang juga Adun Templer. -HARAKAHDAILY 27/8/2014

Rayer mengaku tidak bersalah dituduh menghasut


HARAKAHDAILY | .
GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebut kata-kata menghasut pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang dan ceramah di Jalan Delima, Island Glades Jelutong, di sini Mei lepas.

Rayer, 43, yang juga seorang peguam, turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan anggota Umno dengan melafazkan kata-kata menghasut pada ceramahnya itu.

Di Mahkamah Sesyen 2, Rayer didakwa menyebut kata-kata menghasut itu ketika sesi perbahasan di dalam Dun Pulau Pinang, pada pukul 9.30 pagi, 20 Mei lepas.

Wakil rakyat itu menghadapi pertuduhan berkenaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani memohon jaminan RM20,000 atas alasan kes berkenaan merupakan kes berprofil tinggi dan kejadian berlaku di dalam Dun.

Rayer yang diwakili tiga orang peguam, diketuai Gobind Singh Deo, memohon mahkamah mengurangkan jaminan RM2,000 atas alasan dia memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan.

"Beliau seorang peguam, berumah tangga di Pulau Pinang dan merupakan Adun di kawasan Seri Delima. Tidak ada kemungkinan untuk beliau melarikan diri," kata Gobind Singh.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan Rayer diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 1, Rayer didakwa menyebut kata-kata menghasut pada ceramahnya di Taman Permainan Kanak-kanak, Jalan Delima Island Glades, Jelutong di sini pada pukul 10 malam, 22 Mei lepas.

Untuk kesalahan itu dia didakwa menurut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, jika sabit kesalahan.

Rayer turut didakwa atas pertuduhan pilihan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan anggota Umno dengan melafazkan kata-kata menghasut itu yang boleh memecahkan keamanan awam, di tempat dan pada masa serta tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Zaharah Hussain membenarkan Rayer diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dilakukan oleh Razali.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 17 Okt untuk sebutan semula kes. - Bernama

Najib vs Mahathir: Khairy sokong siapa?


WAN NORDIN WAN YAACOB | .
PERTENGAHAN September ini lebih ramai pemimpin akar umbi dan pertengahan dijangka akan menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad memastikan gelombang menurunkan Presiden, Dato' Seri Najib Tun Razak yang lemah bakal menjadi realiti.

Meskipun Dr Mahathir menyebut bahawa kritikannya itu bukan untuk menjatuhkan Najib, sebaliknya di peringkat akar umbi dan kepimpinan pertengahan merasakan mereka tidak lagi selesa dengan kelibat Najib yang dikuasai Datin Seri Rosmah Mansor.

"Kalau setakat hal pentadbiran sedikit mencampuri ia tidak datang kesan, tetapi hal pentadbiran Umno dan negara habis semuanya boleh dikatakan ada campur tangan yang menyebabkan Najib semakin lemah," kata sumber itu yang bergiat aktif dalam mempropagandakan pemikiran ahli untuk bangkit mengkritik kepimpinan Najib.

Dalam satu blog pro-Mahathir pula menyebut, "Sudah acap kali kita mendengar teguran Mahathir sejak pemerintahan Najib.

"Najib kelihatan seperti tidak sedar diri, dirinya seolah-olah terlalu sibuk mengejar glamour. Apa sahaja teguran kepada Najib langsung tak diendah, malahan kelihatan juga kaki  pengampu akan bersedia  mempertahankan Najib," katanya.

"Mungkin juga sudah dibayar, maklumlah siapa yang menjadi Menteri Kewangan? Najib, dia boleh menggunakan saluran wang untuk mengekalkan kedudukannya seperti mana kita lihat apa yang terjadi kepada calon-calon yang bertanding dalam perebutan kerusi tertinggi Umno yang lepas," kata blog darah-satria.blogspot.com dipetik.

Sementara ramai dalam kalangan kepimpinan anak muda di bahagian dan negeri mula menyatakan rasa tidak selesa mereka dengan sikap Najib dalam mentadbir parti.

"Cuma saya tak tahulah dalam hal ini Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin duduk di posisi mana, sebab tak nampak lagi dia mengulas dalam isu Najib-Mahathir ini.

"Yang mungkin boleh saya katakan adalah, Khairy juga ada persepsi lain terhadap Tun Mahathir sebab bekas Perdana Menteri itu pernah jadikan beliau sasaran ketika menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi," kata Razman yang juga aktivis pemuda di peringkat bahagian di Negeri Sembilan.

Khairy mempunyai sejarah hitam dengan Dr Mahathir apabila bekas Presiden Umno itu menjadikan beliau sasaran dalam krisis tahun 2007 hingga 2009.

Khairy yang dilabel sebagai budak 'tingkat empat' oleh Mahathir yang mempengaruhi Abdullah dalam pemerintahan sepanjang tahun 2004 hingga 2009 dibalun seteruknya dan dikatakan menjadi antara punca Abdullah terpaksa melepaskan jawatan.

Kini Khairy dipilih Najib menganggotai kabinetnya selaku Menteri Belia dan Sukan selain Ketua Pemuda Umno yang mengalahkan Dato' Mukriz Mahathir.

Mukriz adalah satu-satunya aset yang ditinggalkan Mahathir untuk kelangsungan politiknya selepas bersara. Namun kelibat Mukhriz kurang mendapat sambutan daripada kalangan akar umbi.

Najib pula tidak peka dengan permasalahan akar umbi Umno yang kini semakin meradang apabila pelbagai projek pembangunan katanya disusun rapi oleh orang-orang keliling Rosmah.

Isu kaitan antara usahawan karpet, Deepak Jaikishen dengan Rosmah sedikit sebanyak memberi gambaran buruk kepada ahli bagaimana isteri Perdana Menteri itu dilihat memberi imej negatif kepada parti.

Terdapat desakan di peringkat bawah agar kepimpinan yang ada hari ini direformasikan, namun Najib sendiri sedang mencatur langkah samada untuk memujuk semula bekas bossnya atau meneruskan gaya pentadbiran lemah yang ada.

Episod perang Mahathir-Najib ini baru bermula, sama ada Khairy akan menjadi penyerang di pihak Najib atau 'swtich game' untuk bersama bahtera Mahathir, beliau orang politik yang pastinya licik melihat percaturan dalaman.

Naiknya siapa sahaja untuk menggantikan Najib, pastinya Khairy tidak mahu lepas peluang bersama dengan saf kepimpinan baharu. –HARAKAHDAILY 27/8/2014

PAS gesa tubuh JK Khas siasat punca rusuhan di Kulai


HARAKAHDAILY | .

KULAI: PAS mendesak satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi menyiasat punca rusuhan 800 pekerja asing di sebuah kilang di Kulai semalam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman berkata, jawatankuasa itu mestilah membabitkan Kementerian Sumber Manusia, kesatuan sekerja, majikan dan wakil pekerja kilang terbabit.

"Ia mesti ditubuhkan segera bagi mewujudkan mekanisme penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang," katanya pada sidang media ketika melawat kawasan rusuhan di kilang JCY HDD Technology Sdn Bhd, Desa Perindustrian Kulai 2,  di sini pagi ini.

Menurut beliau, PAS melahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan merusuh pekerja asing yang memusnahkan harta benda seperti premis bangunan dan kenderaan.

Kejadian sekitar jam 8-10 pagi semalam itu, bermula apabila pekerja tersebut melontar batu sehingga tingkap bangunan pecah dan membakar sebuah kereta.

Ia disusuli lebih agresif, apabila ada pekerja membakar aset kilang di sebelah belakang bangunan di sebelah malam.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat berkata, PAS mengucapkan setinggi penghargaan dengan tindakan pantas polis termasuk pasukan FRU serta bomba yang berjaya mengawal suasana dan memadam kebakaran.

Jelasnya, tindakan penahanan yang dilakukan terhadap 13 orang pekerja asing yang dipercayai dalang rusuhan amat wajar.

Mazlan berkata, beliau dimaklumkan tindakan pekerja dibuat ekoran tidak puas hati mereka dengan gaji yang diberikan.

Menurutnya, pihak pengurusan kilang dikatakan sesuka hati memotong gaji pekerja, memaki hamun dan memukul pekerja.

Selain dari faktor gaji, tindakan lewat pihak pengurusan kilang menghantar seorang rakan pekerja ke hospital sehingga meninggal dunia juga turut mengundang kemarahan pekerja asing tersebut.

Katanya, isu kebajikan pekerja telah lama berkumandang separti isu gaji yang tertunggak dan rendah, kediaman yang daif dan berbagai isu yang berkaitan selalunya menjadi ribut yang akhirnya tidak terkawal.

Golongan pekerja ujarnya selalunya menjadi mangsa ketidakadilan majikan malah kadangkala menjadi sentimen perkauman apabila majikan dengan pekerja berlainan agama dan bangsa.

Ianya termasuk kes pekerja tidak dibenarkan solat jumaat, skim gaji yang berbeza dan proses kenaikan pangkat menjadi isu yang turut menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Harus di ingat, sumbangan pekerja asing sebagai guna tenaga di negara ini sangat tinggi. Jangan diremehkan soal kebajikan mereka.

"Insiden terbaru ini bukan sahaja merosakkan hubungan pekerja dengan majikan yang tentu sahaja menjejaskan produktiviti, nama baik Malaysia di mata dunia juga dipersoalkan," jelasnya.

- HARAKAHDAILY 27/8/2014

Lebih satu nama calon MB pada 2008, 2013 - Khalid


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) mencalonkan lebih daripada satu nama kepada istana untuk jawatan Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata terdapat permohonan calon lain selain dirinya yang dicadangkan PKR dan PAS dari masa ke masa selepas kedua-dua PRU itu berlangsung, lapor Selangor Kini.

Justeru, katanya tindakan PKR mencalonkan satu nama sahaja yang didakwa sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 termasuk mengambil maklum titah Sultan Selangor adalah tidak tepat.

“Saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan, kerana itu terpulang kepada Pakatan, maka apa-apa kenyataan mengenai perkara ini akan dibuat pihak istana.

“Ada permohonan lain dibuat oleh PKR dan PAS pada 2008 dan 2013, laporan tidak dilaporkan secara tepat kerana lebih dari satu nama dihantar dari masa ke masa kepada Istana,” katanya yang juag Adun Pelabuhan Klang pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Shah Alam, hari ini.

Akur titah Sultan, PAS hantar tak kurang dua nama


NAZRI ABDULLAH | .
KUALA LUMPUR: PAS akan mempersembahkan tidak kurang dari dua nama kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sebagai calon menteri besar yang baru.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menghormati dan menjunjung titah baginda melalui kenyataan yang dibacakan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.

"PAS menghormati titah Tuanku dan kita akan menghantar tidak kurang dari dua nama," kata beliau kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun menurut Mustafa, PAS masih menunggu surat pemakluman rasmi daripada Istana.

Sebarang keputusan berhubung nama calon tersebut ujarnya, akan dimuktamadkan selepas menerima surat rasmi tersebut.

"Surat tersebut biasanya ada dinyatakan deadline. Kita akan respons selepas mendapat surat tersebut.

"Saya tak fikir perlu mesyuarat (PAS Pusat) yang baru. Kita sudah ada gambaran daripada mesyuarat sebelum ini.

"Apapun perbincangan tak rasmi kita akan buat untuk mendapatkan pandangan," katanya lagi.

Beliau diminta mengulas titah baginda semalam yang mahu ketiga-tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP menghantar lebih dari dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Ianya bagi memudahkan baginda untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak.

Sementara itu, PKR dan DAP dalam kenyataan bersama malam tadi menyatakan bahawa hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut kenyataan itu, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

- HARAKAHDAILY 27/8/2014

Liberia pecat menteri yang enggan pulang untuk memerangi Ebola

RABU, 27 OGOS 2014 @ 10:38 AM

Dua jururawat dengan pakaian perlindungan mengiringi seorang lelaki yang disyaki dijangkiti wabak Ebola ke hospital di Monrovia.

MONROVIA: Presiden Liberia Ellen Johnson Sirleaf memecat menteri dan pegawai kanan kerajaan yang ingkar arahan supaya kembali ke negara Afrika barat itu untuk turut serta mengetuai usaha memerangi wabak Ebola.

Pemimpin Liberia itu mengarahkan menterinya yang berada di luar negara supaya kembali dalam tempoh seminggu sebagai sebahagian daripada pengumuman darurat pada 6 Ogos lalu dan memberi amaran bahawa langkah luar biasa diperlukan "bagi terus menjamin kehidupan di negara ini".

Sirleaf mengarahkan agar semua pegawai yang memegang jawatan menteri atau setaraf, pengarah urusan, timbalan/penolong pengarah, pesuruhajaya dan lain-lain, yang melanggar arahan akan diberhentikan, katanya dalam satu kenyataan.

Ia tidak menyatakan berapa ramai menteri yang terbabit atau siapa yang dipecat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikrar akan melipatgandakan usaha terhadap virus tropikal yang boleh membawa maut itu, yang menjangkiti lebih 2,600 orang dan mengakibatkan 1,427 orang maut sejak awal tahun ini. - AFP

Tiga maut helikopter PBB terhempas di Selatan Sudan

RABU, 27 OGOS 2014 @ 11:09 AM
Gambar fail menunjukkan contoh helikopter kargo Mi-8 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terhempas di Selatan Sudan.
 
JUBA, selatan Sudan: Tiga orang terbunuh dan seorang cedera apabila sebuah helikopter kargo Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhempas di zon peperangan negeri Unity di Selatan Sudan.

Misi PBB berkata ia sudah menghantar pasukan menyelamat ke kawasan terbabit, kira-kira 10 kilometer di utara bandar minyak Bentiu, salah sebuah kawasan paling teruk terjejas dalam perang sivil selama lapan bulan.

Misi PBB itu menyatakan kebimbangan dengan nasib kru di dalam helikopter Mi-8 terbabit, yang selalunya membawa antara tiga hingga lima orang.

"Misi ini hilang perhubungan dengan helikopter itu, yang dalam penerbangan rutin dari Wau ke Bentiu pada kira-kira jam 11.30 pagi (7.30 malam Malaysia)," kata misi PBB di Selatan Sudan (UNMISS) dalam satu kenyataan.

Jurucakap pemberontak Lul Ruai Koang, yang bercakap di Ethiopia, enggan mengulas sama ada helikopter berkenaan ditembak jatuh. - AFP

Presiden Afghan tidak akan hadir pada sidang kemuncak NATO


Presiden Afghanistan, Hamid Karzai.
KABUL: Presiden Hamid Karzai tidak akan menghadiri sidang kemuncak penting Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) minggu hadapan kerana perbezaan pendapat dengan Washington berhubung keperluan keselamatan Afghan selepas tentera asing berundur pada penghujung tahun ini.
Sidang kemuncak pada 4 dan 5 September itu di Wales antara lain akan membincang bantuan pasukan keselamatan selepas misi pertahanan NATO tamat. NATO akan mengekalkan pasukan lebih kecil selepas 2014 bagi melatih dan menasihati pasukan keselamatan Afghan dan memerlukan persetujuan Kabul.
"Atas sebab pandangan serta pendiriannya mengenai kehadiran tentera NATO dan Amerika Syarikat inilah yang mendorongnya tidak ke Wales," kata jurucakap Karzai, Aimal Faizi.
Karzai menyatakan sidang itu akan dihadiri sama ada oleh penggantinya ataupun wakil kerajaan.
Hubungan Karzai dengan Washington dikatakan dingin ketika penggal terakhirnya sebagai presiden dan beliau juga enggan menandatangani perjanjian keselamatan dua hala dengan Amerika Syarikat bagi membenarkan pasukan AS kekal di Afghanistan selepas tahun ini, dengan menuntut beberapa syarat. - Reuters

Berkahwin Dengan Buah Nanas Sebagai Pasangan Hidup!

Bagi manusia normal, perkahwinan atau memilih pasangan hidup sudah semestinya melibatkan dua golongan iaitu lelaki dan wanita.


Ulli Hopper
Dilaporkan dalam akhbar online UK.[Baca]

Kebiasaannya, ia akan disempurnakan melalui upacara keagamaan atau sivil sebelum dua golongan ini boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang.

Tetapi, lain pula halnya bagi seorang warganegara Jerman yang bernama Ramma Damma atau Ulli Hopper. Percaya atau tidak, lelaki ini yang juga seorang bintang pop terkenal negara itu memutuskan untuk mengahwini sebiji buah nanas sebagai pasangan hidupnya.

Mungkin kedengaran agak aneh namun bagi lelaki ini dia menganggap keputusan untuk mengahwini buah nanas tersebut adalah tepat.

Jelasnya lagi, dia bertindak sedemikian bukan untuk mendapatkan publisiti murahan, sebaliknya dilakukan atas dasar perasaan cinta yang mendalam terhadap buah nanas itu yang dinamakan sebagai Tippi.

Menurut Hopper, dia tidak berbelanja besar dan tiada majlis perkahwinan rasmi dijalankan. Sebaliknya, lelaki itu hanya mengeluarkan wang sebanyak lapan Pound Sterling sahaja untuk melamar kekasihnya.

Kemudian, kata Hopper lagi, dia membawa bakal isterinya menaiki kenderaan miliknya yang dihiasi aksesori serba hijau ke sebuah lokasi yang terletak di sempadan antara Jerman dan Scotland. Lokasi tersebut adalah sebuah hotel yang dikenali sebagai Gretna Green Hall.

Disitu, pasangan pelik berkenaan dikahwinkan secara sah oleh seorang individu yang memakai kilt - sejenis pakaian rasmi bagi lelaki warganegara Scotland yang memakai skirt berlipat-lipat daripada paras pinggang hingga ke lutut.

Sepanjang tempoh tersebut, menurut Hopper, dia dan pasangannya banyak menghabiskan masa bersama. Mereka meraikan hari perkahwinan dengan suasana romantik seperti makan bersama di restoran dan menonton wayang.

Penangan mengambil keputusan mengahwini sebiji buah nanas, populariti Hopper naik mendadak dalam masa yang singkat. Selain itu, kisah mengenai lelaki tersebut turut mendapat liputan meluas oleh media cetak dan elektronik tempatan dan luar negara.

Ia menjadi satu berita hangat yang diperkatakan oleh semua orang. Kebanyakan mereka ingin tahu mengapa lelaki itu sanggup menjadikan sebiji nanas sebagai pasangan hidup.

Mengulas mengenai persoalan itu, Hopper menyedari dia mula jatuh cinta dengan Tippi kira-kira 38 tahun yang lalu!

Bagaimanapun, dia terpaksa memendamkan perasaannya ekoran masa yang belum sesuai. Namun, lama-kelamaan perasaan cinta terhadap buah hatinya itu sukar dibendung sekali gus mengambil keputusan mengahwini Tippi.

Akibat perbuatannya itu, lelaki tersebut juga pernah disangka sebagai seorang yang tidak waras dikalangan jiran dan ahli keluarganya sendiri.

Walaupun Hopper menyedari ramai yang tidak menyenangi perangai peliknya, dia tetap gembira bersama Tippi. Ia merupakan satu pengalaman berharga buat dirinya yang kini berstatus seorang suami.

Selain dikenali sebagai manusia pertama yang mengahwini buah, bintang pop dari Jerman ini turut terkenal sebagai aktivis tumbuh-tumbuhan. Selain itu, Hopper turut mengambil inisiatif dengan menubuhkan sebuah taman perlindungan yang meliputi 300 jenis spesis tumbuh-tumbuhan di negara itu.

Jadi, apa pendapat pakar-pakar psikologi mengenai fenomena manusia yang berkahwin selain daripada manusia lain?

Rata-rata pakar yang ditanya sukar untuk memberikan jawapan kerana masih belum ada kajian dilakukan mengenai tabiat sebegini.

Kebanyakan pengkaji berpendapat, mereka tidak menolak kemungkinan disebabkan oleh sejarah hitam masa lampau individu sebegini seperti didera, dipulaukan atau kurang mendapat kasih sayang menjadi faktor kenapa mereka bertindak sebegitu.

Justeru, keadaan sejarah hitam ini mungkin akan mengakibatkan individu seperti ini hilang kepercayaan dan ingin lari daripada tekanan lalu beralih kepada perkara-perkara yang tidak menyakitkan hari, tiada penderaan, selamat dan berasa lebih berkuasa.

Keadaan ini biasanya akan mewujudkan perasaan cinta dan suka kepada sesuatu benda yang tidak bernyawa.

Bagaimanapun, kelakuan individu seperti ini tidak ditakrifkan. Cuma, dari segi tahap kepercayaan mereka menganggap objek-objek ini yang diklasifikasikan sebagai 'kekasih', mempunyai roh, perasaan dan boleh menjalinkan hubungan intim.

Tapi, dari segi logiknya, ia hanyalah sekadar objek atau benda yang tidak bernyawa.

-Sentiasapanas.com


Read more: http://www.sentiasapanas.com/2014/08/berkahwin-dengan-buah-nanas-sebagai.html#ixzz3BZJeeJie

Sultan Selangor titah nama calon MB dikemuka Rabu depan

RABU, 27 OGOS 2014 @ 8:59 PM

 
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan PKR, PAS dan DAP mengemukakan nama calon untuk jawatan Menteri Besar pada atau sebelum Rabu depan.

Titah baginda itu terkandung dalam surat Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohammad Munir Bani, yang dihantar kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, petang tadi.

"Nama calon hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 3 September 2014," menurut surat itu.

Dalam surat itu, Mohammad Munir menegaskan Sultan Selangor telah menitahkan mereka mengemukakan lebih daripada dua nama daripada parti masing-masing sebagai calon Menteri Besar untuk pertimbangan dan perkenan baginda.

"Ini adalah sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini," katanya.

Menurut Mohammad Munir, Sultan Selangor juga menitahkan calon-calon yang dicadangkan itu perlulah mematuhi Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, iaitu berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Semalam, Sultan Selangor menangguh menerima peletakan jawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehingga penggantinya ditentukan dan menitahkan parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon untuk perkenan baginda.

Bagaimanapun, PKR dan DAP tetap mahu mengemukakan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan itu.

Krisis Selangor: Kerusi MB milik PKR - Anwar

RABU, 27 OGOS 2014 @ 6:28 PM

 
KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kerusi Menteri Besar Selangor adalah milik parti itu dan ini harus dihormati parti lain dalam konteks semangat Pakatan Rakyat.

"Ia adalah kerusi dan keputusan PKR dan ia harus dihormati dalam semangat Pakatan Rakyat," katanya ketika ditanya sama ada beliau bimbang PAS akan mengemukakan nama lain sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Anwar berkata, PAS juga turut serta dalam proses membuat keputusan ketika mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lepas.

"Kita tidak pernah mempersoalkan isu berhubung calon PAS untuk menjadi Menteri Besar Perak, Kedah atau Kelantan tetapi apa yang lebih penting dalam pemikiran saya ialah semua itu sudah dipertimbangkan sebelum mesyuarat dan diputuskan pada 17 Ogos," katanya.

Anwar berkata demikian di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini sebelum prosiding perbicaraan kes samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Semalam Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar yang baharu. - BERNAMA

CEO MRT diminta kekal hingga siasatan selesai


26 Ogos 2014


KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) memutuskan tidak mempertimbang peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO), Datuk Azhar Abdul Hamid sehingga siasatan terhadap kemalangan maut baru-baru ini selesai.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, lembaga pengarah MRT Corp berkata Azhar telah diarah terus menerajui badan itu dan siasatan terhadap kemalangan berkenaan.

Lembaga itu hanya akan mempertimbang peletakan jawatan Azhar sebaik saja hasil siasatan diumumkan.

Minggu lepas, Azhar mengemukakan peletakan jawatan berikutan kemalangan di tapak kerja Transit Aliran Massa (MRT) dekat Kota Damansara yang meragut nyawa tiga pekerja Bangladesh.

Lembaga itu berkata ia telah menilai prestasi Azhar sejak beliau dilantik CEO pada 1 September, 2011 dan mendapati MRT Corp sedang menuju haluan yang betul.

"Sebagaimana terbukti dengan projek MRT Lembah Klang yang mencapai kemajuan baik yang 50 peratus siap, lebih awal dari jadual. Lembaga juga mendapati pengurusan kewangan projek itu juga terpuji," katanya.

Pada 18 Ogos, tiga pekerja binaan terbunuh selepas 'span' konkrit seberat 650-tan metrik di tapak kerja MRT dekat Institut Penyelidikan Getah itu runtuh.  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan siasatan penuh dijalankan dan kerja pembinaan dihentikan sehingga siasatan selesai dijangkakan menjelang bulan depan. - Bernama

Mari kita tengok!!!..... Apa kata Macai dan golongan Melayu Hutan.

Lesapkan wang mangsa MH370: Pegawai bank, suami diarah lantik peguam


Nur Shila Kanan

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Mahkamah Sesyen di sini memberi tempoh sebulan kepada seorang pegawai bank HSBC dan suaminya untuk melantik peguam setelah mereka dituduh atas 16 pertuduhan memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun simpanan empat mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 secara tidak sah membabitkan jumlah RM85,180, pertengahan tahun ini.
Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu hari ini selepas membenarkan permohonan Nur Shila Kanan dan Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, masing-masing berusia 33 tahun, melantik peguam mewakili mereka.
Beliau juga memberitahu, walaupun kedua-dua tertuduh gagal mendapatkan peguam pada sebutan semula kes itu, 25 September ini, mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraan.
Dalam prosiding sebutan kes itu hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud memberitahu, pihak pendakwaan masih belum menyerahkan sebarang dokumen kepada mana-mana pihak yang mewakili tertuduh.
Nur Shila didakwa atas 12 pertuduhan dan suaminya yang bekerja sebagai mekanik dituduh atas empat pertuduhan.
Bagi empat pertuduhan pertama, Nur Shila didakwa memindahkan wang daripada akaun simpanan HSBC milik Hue Pui Heng sebanyak RM40,000 ke dalam akaun Tian Jun Wei dan RM35,000 lagi ke dalam akaun Ali Faran Khan.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman denda sehingga RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Tertuduh juga didakwa atas empat pertuduhan dengan curangnya menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi memohon kad debit atas nama Jun Wei; mengisi dua borang pindahan tempatan akaun simpanan didaftar menggunakan nama Jun Kun dan pramugara, Tan Size Hiang; serta membuat permohonan bagi perbankan internet atas nama Judy Margaret Lai bagi mendapatkan Perkhidmatan Keselamatan (Security Device) supaya dapat mengaktifkan perkhidmatan perbankan internet.
Bagi keempat-empat pertuduhan itu, Nur Shila didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Nur Shila turut didakwa atas dua pertuduhan menipu dua penyelia bank tersebut, Nor Aini Derus @ Mat Rose dan Mohd. Fazli Mokhtar untuk mempercayai permohonan baharu kad debit oleh Jun Wei dan perbankan internet, Judy Margaret dibuat oleh pemohon-pemohon sendiri.
Bagi dua pertuduhan itu, ibu kepada tiga anak berusia antara enam bulan dan lima tahun itu didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara bagi dua lagi pertuduhan, wanita itu didakwa mencuri wang berjumlah RM1,030 daripada akaun Jun Kun dan RM1,500 daripada akaun Size Hiang.
Nur Shila juga didakwa atas empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang milik empat mangsa yang sama.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di premis HSBC cawangan Lebuh Ampang, di No. 2, Jalan Lebuh Ampang, di sini antara 14 Mei dan 8 Julai lalu.
Sementara Basheer Ahmad Maula pula didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kad debit akaun simpanan Jun Wei untuk mengeluarkan wang berjumlah RM7,650 dalam empat transaksi berasingan. Dia juga menghadapi empat pertuduhan alternatif iaitu mencuri wang berjumlah RM7,650 daripada akaun simpanan Jun Wei.
Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) HSBC Amanah, Ampang Point, Ampang, dekat sini antara pukul 10.02 pagi, 15 Mei dan pukul 11.28 malam, 29 Jun lalu.
Kesemua pertuduhan mencuri terhadap Basheer Ahmad Maula dan Nur Shila dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan sebanyak RM110,643 milik keempat-empat individu itu lesap daripada akaun bank mereka, dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.
Siasatan awal polis mendapati daripada jumlah itu, sebanyak RM35,000 dipindahkan ke akaun kelima menerusi perbankan internet.
Kejadian disedari pada 18 Julai lalu oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan daripada empat akaun berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140826/ma_06/Lesapkan-wang-mangsa-MH370-Pegawai-bank-suami-diarah-lantik-peguam#ixzz3BY4rQdHd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Mengaku tidak bersalah menghasut kuasa MAIS


KUALA LUMPUR 26 Ogos - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd. Samad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan pernyataan menghasut berhubung kuasa Majlis Agama Islam Selagor (MAIS) dan kuasa eksekutif institusi raja, pertengahan Jun lalu.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu didakwa melakukan perbuatan tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi 17 Jun lalu ketika mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen di sini.
Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Yang Dipertua Pas Cawangan Shah Alam itu juga berkemungkinan dipenjarakan tidak lebih lima tahun sekiranya, kesalahan kali ini merupakan sabitan kali kedua.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam bela, Mohamed Hanipa Maidin.
Suhaimi mencadangkan agar jaminan RM5,000 dikenakan ke atas Khalid namun jumlah itu dibantah oleh Mohamed Hanipa.
Peguam terbabit menyatakan, anak guamnya telah memberikan kerjasama malah hadir sendiri ke mahkamah. Beliau memohon agar ikat jamin RM3,000 dikenakan ke atas anak guamnya itu.
Hakim Azwarnida Affandi selepas mempertimbangkan hujah dan rayuan kedua-dua pihak menetapkan wang jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 September ini bagi membolehkan segala dokumen berkaitan dapat diserahkan kepada pembelaan.
Walaupun suasana sewaktu Khalid didakwa agak bising dengan suara-suara nakal rakan tertuduh, namun keadaan bertukar tegang selepas jaminan pemimpin pembangkang itu selesai dibayar, kira-kira dua jam selepas tertuduh didakwa di mahkamah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140827/ma_03/Mengaku-tidak-bersalah-menghasut-kuasa-MAIS#ixzz3BY4kRybP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ezany fail nusyuz terhadap isteri


PETALING JAYA 26 Ogos - Pelakon Ezany Nizariff mengemukakan permohonan nusyuz (derhaka atau perintah kembali taat) terhadap isterinya, Lizda Nuryanti Abidin di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling dekat sini hari ini.
Ezany atau nama sebenarnya Mohd. Zani@ Mohd. Zohri Mohd. Nizariff, 41, dalam sebutan pertama kes itu memaklumkan Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar, dia akan meneruskan kes itu.
Ini berikutan pada 4 Ogos lalu, Lizda Nuryanti telah mengemukakan permohonan cerai secara baik di mahkamah yang sama.
Walau bagaimanapun pada sebutan kes itu pelakon berkenaan tidak bersetuju terhadap permohonan isterinya kerana telah memfailkan permohonan nusyuz itu pada 22 Julai lalu.
Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 60(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 setelah Lizda Nuryanti, 32, keluar dari rumah kelamin mereka di Seri Kembangan pada 17 Julai lalu.
Mahkamah kemudian menetapkan 3 September ini bagi sebutan semula kes nusyuz iaitu serentak dengan sebutan kes permohonan cerai secara baik oleh isterinya itu.
Dalam pada itu, Ezany ketika ditemui di luar mahkamah berkata, sebutan kes permohonan nusyuz itu telah dimaklumkan kepada isterinya pada 4 Ogos lalu namun Lizda Nuryanti tidak hadir hari ini.
Dia juga berkata, telah memfailkan permohonan hadanah (penjagaan kekal) dua anaknya yang akan disebut di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, esok.
Pasangan itu yang bernikah pada 1 Julai 2007 dikurniakan dua anak lelaki, Rayyan Harraz, 3, dan Hayden Harraz, 16 bulan.
Menurut Ezany, kedua-dua anaknya itu kini tinggal bersama-samanya di rumah mereka di Seri Kembangan.
Pada 17 Julai lalu, Ezany telah membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang setelah mendakwa isterinya dilarikan seorang lelaki.
Menurut Ezany dia menyedari kehilangan isterinya setelah bangun daripada tidur kira-kira pukul 4.30 pagi untuk bersahur dan mendapati pintu utama rumahnya di Seri Kembangan, Selangor tidak berkunci.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140827/ma_02/Ezany-fail-nusyuz-terhadap-isteri#ixzz3BY4ehGtc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MH17: Mayat pertama Australia dibawa pulang


SYDNEY 26 Ogos - Mayat pertama mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 warganegara Australia akan dibawa pulang ke negara ini minggu ini, kata Perdana Menteri Tony Abbott, hari ini.
Beliau berkata, proses pengecaman yang memakan masa menyumbang ke arah perkara tersebut.
"Apa yang saya boleh maklumkan, satu upacara memperingati 38 rakyat Australia yang maut dalam insiden itu akan diadakan di Dataran Parlimen di Canberra," katanya di Parlimen hari ini.
Pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh ketika berada di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai lalu, mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140827/lu_07/MH17-Mayat-pertama-Australia-dibawa-pulang#ixzz3BY3c1LFt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Presiden Ukraine bubar Parlimen


Kumpulan pemberontak pro-Rusia (kanan) mengiringi tahanan perang Ukraine di Donetsk, Ukraine, Ahad lalu. - REUTERS
KIEV 26 Ogos - Presiden Ukraine, Petro Poroshenko membubarkan Parlimen semalam bagi menyingkirkan penyokong bekas Presiden pro-Rusia, Viktor Yanukovych dan mengumumkan pilihan raya umum akan diadakan pada 26 Oktober ini ketika konflik antara Ukraine dengan kumpulan pemberontak pro-Rusia masih berterusan.
Keputusan Poroshenko itu telah dijangka selepas kerajaan campuran Ukraine yang menyingkirkan Yanukovych menerusi tunjuk perasaan awal tahun ini, tumbang pada 24 Julai lalu.
Poroshenko dan kerajaannya yang menyebelahi polisi Eropah berharap, mampu menstabilkan situasi di timur Ukraine pada Oktober ini bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan dalam usaha mengukuhkan pentadbiran ketika berurusan dengan Rusia.
"Saya telah memutuskan untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan 26 Oktober ini," kata beliau menerusi mesejnya dalam laman web, Twitter.
Dalam satu kenyataan di laman web Presiden semalam, Poroshenko turut berharap pilihan raya yang akan diadakan itu, boleh mewujudkan kerajaan campuran yang mampu mengubah situasi politik serta ekonomi selepas negara berkenaan menghadapi masalah penyalahgunaan kuasa.
"Parlimen yang ditubuhkan selama setahun setengah itu masih diselubungi dengan sokongan terhadap Yanukovych. Mereka turut mengamalkan undang-undang diktator yang menyebabkan ratusan penunjuk perasaan terkorban," kata beliau.
Tambah Poroshenko, terdapat beberapa Ahli Parlimen yang dikesan memberi sokongan kepada pemberontak pro-Rusia.
Dalam perkembangan lain, pihak keselamatan Ukraine semalam melaporkan, tenteranya menangkap 10 orang anggota tentera penerjun udara Rusia yang memasuki kawasan Ukraine.
Dalam satu kenyataan, anggota tentera daripada jabatan tentera udara yang berpusat di Rusia itu, ditahan berdekatan perkampungan Dzerkalne, kira-kira 50 kilometer di tenggara Donetsk.
"Pihak penyiasat sedang meneliti tindakan tentera udara Rusia yang memasuki kawasan sempadan Ukraine secara haram," jelas kenyataan itu. - REUTERS/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140827/lu_05/Presiden-Ukraine-bubar-Parlimen#ixzz3BY2dJgbn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PKR, DAP tetap mahu Wan Azizah jadi MB Selangor


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Keadilan Ke-10 PKR 2014 di Stadium Malawati Shah Alam minggu lalu.

 SELASA, 26 OGOS 2014 @ 11:13 PM
KUALA LUMPUR: PKR dan DAP tetap mahukan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan semua pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat mencadangkan lebih daripada dua nama kepada baginda untuk diperkenankan.

Dalam satu kenyataan bersama malam ini oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, PKR dan DAP menegaskan pencalonan tunggal itu adalah mengikut konvensi dalam pelantikan Menteri Besar Selangor seperti yang dilakukan pada 2013 apabila hanya nama Abdul Khalid dipersembahkan untuk perkenan Sultan Selangor.

"DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato' Menteri Besar dalam tahun 2013. Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.



"Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato' Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterima pakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.



"Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri)," menurut kenyataan itu.

Petang tadi, PAS Selangor menyatakan ia menjunjung kasih dan menyambut baik titah Sultan Sharafuddin berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman, berkata PAS Selangor yakin rakyat Selangor juga menyambut baik titah baginda itu.

"PAS Selangor akan terus mempertahankan Pakatan Rakyat dan kita serah sepenuhnya kepada PAS Pusat untuk menentukan calon yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan petang tadi.

1.3 juta jemaah tunai haji


Riyadh: Kementerian Haji Arab Saudi berkata, lebih 1.3 juta jemaah warga asing akan menunaikan ibadah haji tahun ini.

Kebanyakan jemaah dijangka dari Asia Selatan iaitu 410,000, diikuti 250,000 dari negara Arab.


Kira-kira 228,000 jemaah pula dari Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Malaysia, manakala Turki dan Eropah 190,000, negara Afrika bukan Arab 170,000 dan 63,000 dari Iran.

Ahli Jawatankuasa Haji dan Umrah Saad Al-Qurashi berkata, 150,000 jemaah tempatan termasuk ekspatriat juga bakal menunaikan ibadah itu.


“Ini termasuk 41,000 yang akan mendapat manfaat perkhidmatan haji kos rendah,” katanya kepada Arab News.


Kementerian berkenaan turut menafikan laporan kerajaan akan mendapatkan bantuan syarikat keselamatan luar untuk menguruskan keselamatan sepanjang musim haji.- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

Michael Brown dikebumi


St Louis (Amerika Syarikat): Orang ramai berhimpun bagi memperingati Michael Brown - remaja yang mati ditembak anggota polis berkulit putih awal bulan ini dalam upacara pengebumiannya, semalam.

Lebih 4,500 berhimpun termasuk ibu bapa Trayvon Martin, remaja kulit hitam berusia 17 tahun yang turut mati ditembak anggota rukun tetangganya di Florida serta sepupu Emmitt Till, remaja berusia 14 tahun yang dibunuh beberapa lelaki kulit putih di Mississippi pada 1955.


Kematian Till memulakan pergerakan hak asasi golongan kulit hitam di Amerika.

Mereka turut mengambil peluang itu untuk menggesa masyarakat Afrika Amerika mendesak kerajaan mewujudkan perundangan lebih ketat untuk memastikan kejadian tidak berulang.


Sepupu Brown, Eric Davis berkata: “Cukuplah kes seperti ini berlaku. Kita perlu bersatu dan bersuara lantang untuk memastikan perubahan,” katanya.


Turut dilihat di acara itu, beberapa pegawai Rumah Putih, aktivis Jesse Jackson, pengarah filem Spike Lee, penyanyi rap Sean Combs dan beberapa anak aktivis Martin Luther King.

Aktivis Al Sharpton yang turut hadir menggesa tindakan diambil untuk memantau pihak polis demi kebaikan masyarakat.

“Kami bukanlah antipolis, malah amat menghormati mereka.

“Namun, tidak dapat dinafikan ada yang tidak teragak-agak bertindak di luar batasan dan golongan terbabit perlu diberi hukuman sewajarnya, sama seperti sesiapa saja yang melakukan kesalahan,” katanya.

Brown tidak bersenjata ketika kejadian 9 Ogos lalu.

Polis mendakwa pegawai polis Darren Wilson mengarahkan Brown dan rakannya menjalani pemeriksaan di tepi sebuah jalan di subbandar Ferguson.

Wilson didakwa diserang dan ditolak masuk ke kereta perondanya.

Saksi mendakwa Brown dilihat mengangkat tangannya tanda menyerah diri ketika kejadian. Laporan bedah siasat menunjukkan Brown ditembak sekurang-kurangnya enam kali.

Rentetan kematian Brown melihat protes jalanan selama dua minggu yang ada kalanya ganas di Ferguson. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/27

Hasrat Wan Azizah jadi MB kabur



Abdul Khalid Ibrahim mengadakan sidang akhbar berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam, semalam. Turut kelihatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi (kanan). - Utusan/Mohd. Shaharani Saibi
SHAH ALAM 26 Ogos - Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahukan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Menteri Besar dilihat kabur apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan tugasnya sehingga peralihan kuasa jawatan itu diselesaikan.
Abdul Khalid dalam sidang akhbarnya di sini berkata, beliau akur dengan titah Sultan Selangor itu meskipun sebelum ini menyembah perkenan untuk meletak jawatan ketika menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.
Bagaimanapun, jelasnya, baginda memutuskan untuk menangguhkan peletakan jawatannya selain menitahkan setiap pemimpin Pas, PKR dan DAP masing-masing mencadangkan tidak lebih daripada empat nama untuk dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikannya.
"Ini tatacara yang pernah dilakukan oleh pihak Istana Selangor termasuklah dalam pelantikan Menteri Besar semasa negeri ini di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN)," katanya yang enggan mengulas tempoh masa beliau akan terus kekal jawatan berkenaan.
Pada masa sama, ketika ditanya mengenai kriteria individu untuk dilantik sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid menjelaskan, pihak istana mempunyai pandangan sendiri mengenai perkara itu yang sudah tentunya selari dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 serta konvensyen yang menjadi amalan di negeri ini.
Terdahulu, Abdul Khalid ketika membacakan kenyataan rasminya menegaskan, keyakinan beliau terhadap kebijaksanaan Sultan Selangor dalam mencari penyelesaian terbaik dalam isu jawatan Menteri Besar sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah, institusi beraja dan pentadbiran awam negeri ini.
Malah, beliau turut memohon maaf kepada Sultan Selangor ekoran suasana politik yang menyebabkan pihak istana terheret dalam kemelut pentadbiran kerajaan negeri khususnya melibatkan isu jawatan Menteri Besar.
"Saya berharap semua pihak terutama ahli politik, media dan pengguna media sosial mengelak daripada membuat kenyataan atau kritikan yang menjurus kepada niat untuk memperkecil-kecilkan peranan mana-mana pihak terlibat terutama institusi beraja dan Raja-Raja Melayu," tegasnya.
Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, beliau tidak berhasrat untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang sehingga baginda memutuskan pelantikan Menteri Besar baharu.
"Saya tidak akan buat apa-apa keputusan (sama ada kekal atau mengosongkan kerusi DUN) sehingga baginda membuat keputusan.
"Walau bagaimanapun, dalam keadaan ini, saya teruskan kedudukan dan tugas saya sebagai ADUN Pelabuhan Klang," ujarnya.
Abdul Khalid sebelum itu tiba di pekarangan Istana Bukit Kayangan pada pukul 2.20 petang bagi membincangkan kedudukannya sebagai Menteri Besar.
Pertemuannya dengan Sultan Selangor berakhir pada pukul 4.30 petang apabila kenderaan rasmi Abdul Khalid beredar meninggalkan istana untuk ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bagi mengadakan sidang akhbar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140827/po_01/Hasrat-Wan-Azizah-jadi-MB-kabur#ixzz3BpSncngf
© Utusan Melayu (M) Bhd