Friday, July 19, 2013

WHO tangguh sekatan

WHO tangguh sekatan
Jemaah dinasihatkan mengambil langkah pencegahan awal sebelum menunaikan haji.
GENEVA - SWITZERLAND. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kelmarin memutuskan untuk menangguhkan sekatan perjalanan menjelang musim haji, Oktober depan selepas penularan virus korona di Arab Saudi.

Dipetik laporan Press TV, keputusan itu dibuat selepas WHO berpendapat, tiada sebab untuk meningkatkan amaran kepada tahap berjaga-jaga.

Ketua Keselamatan Kesihatan, Keiji Fukuda berkata, mereka sedar jemaah haji musim ini sememangnya berisiko terdedah dengan virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers).

"Golongan itu boleh mengambil langkah pencegahan lebih awal," jelasnya.

Sebelum ini, badan antarabangsa tersebut memaklumkan, mereka akan membantu negara terlibat meningkatkan pengawasan dan keupayaan makmal serta memberi panduan kepada orang ramai tentang cara mengurangkan risiko jangkitan.

Sabtu lalu, pihak kesihatan Saudi menggesa warga emas, pesakit kronik dan wanita hamil tidak mengerjakan haji pada musim ini.

Sehingga kini, terdapat 65 kes jangkitan Mers dilaporkan dan 38 daripada 45 daripadanya menyebabkan kematian di Arab Saudi.

Pelajar Islam anggotai Lembaga Universiti AS

Pelajar Islam anggotai Lembaga Universiti AS
Sadia dipilih sebagai anggota senat Lembaga Universiti AS.
SAN FRANCISCO - Kumpulan pelajar Yahudi menyelar keputusan Lembaga Universiti Amerika Syarikat (AS) apabila melantik seorang pelajar wanita Islam menganggotai lembaga universiti di negara itu.

Dipetik Press TV, kumpulan terbabit mendakwa, pelajar UC Berkely, Sadia Saifuddin tidak layak dipilih sebagai ahli senat kerana beliau adalah ahli Persatuan Pelajar Islam AS yang terbabit dalam aktiviti politik dan keganasan.

Pengarah Stand With Us, sebuah organisasi penyokong pendidikan Israel, Roberta Seid mendakwa, Sadia pernah menggesa supaya menolak dana dari syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel.

"Beliau juga pernah mengutuk keputusan kumpulan pensyarah UC Santa Cruz selepas mengaitkan Persatuan Pelajar Islam melakukan keganasan dan hasutan perkauman serta merupakan individu penting dalam gerakan kempen anti-Israel," katanya.

Salah satu poster bantahan rampasan kuasa tentera di Medan Rabiatul Adawiyah

Salah satu poster bantahan rampasan kuasa tentera di Medan Rabiatul Adawiyah

"Saudaraku pegawai,
Jangan halakan senjatamu ke dada saudara-saudaramu,
senjatamu menentang musuh-musuh tanah airmu"

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬

Bermulanya perarakan keluar dari Hadaik Qubba dari Masjid Sheikh Ghurab.



Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬

Sekarang di bangunan Pengawal Republik.



Sumber : انت عيل اخونجى

Sekarang berdekatan Nadi Sikkah.



Sumber : انت عيل اخونجى
‪#‎mesirkini‬

Sekarang di Giza kampung halaman Abu Trekaa (Kapten pasukan bola sepak Mesir).



Sumber : انت عيل اخونجى
‪#‎mesirkini‬

Sekarang di Dokki.



Sumber : انت عيل اخونجى
‪#‎mesirkini‬

lelaki-lelaki yang tidak dikenali membaling batu ke arah penunjuk perasaan pro-Morsi

Seorang wartawan Al Jazeera di Kaherah melaporkan pertempuran berlaku berhampiran dengan Al Azhar, dimana lelaki-lelaki yang tidak dikenali membaling batu ke arah penunjuk perasaan pro-Morsi yang mengadakan perarakan dari Masjid al Azhar.

Wartawan kami mengatakan lapan lelaki ditahan dan keadaan kini terkawal.

Sumber : AlJazeera
‪#‎mesirkini‬

Sekarang di Hayyu Sabi', Madinah Nasr.

Sumber : AlJazeera
‪#‎mesirkini‬

Beberapa kumpulan samseng telah mengepung semua pintu Masjid Azhar

Beberapa kumpulan samseng telah mengepung semua pintu Masjid Azhar bagi menghalang para penyokong legitimasi dari keluar berarak menuju ke perhimpunan jutaan kemenangan semenjak usai solat jumaat.

Kata seorang dari penunjuk perasaan yang terkepung yang telah mempunyai hubungan dengan rangkaian Rassd mengatakan bahawa pasukan keselamatan (polis) telah bersubahat dengan kumpulan samseng bagi mengepung para penunjuk perasaan.

Beliau juga mengesahkan apabila sebilangan dari penunjuk perasaan ingin cuba keluar, mereka telah ditikam menggunakan pisau dan senjata tajam.

Para penunjuk perasaan yang terkepung merayu agar pasukan keselamatan membenarkan mereka keluar dan menghalang kumpulan samseng agar mereka dapat sampai ke perhimpunan aman yang bertempat di Rabiatul Adawiyah.

..........

Laporan sebelum ini juga melaporkan bahawa kumpulan samseng telah menceroboh Masjid Al-Azhar selepas solat Jumaat tadi. Mereka cuba menyerang ratusan penyokong Presiden Mursi yang cuba memulakan perarakan ke dataran Rabiatul Adawiyah. 9 orang penyokong Mursi telah cedera diserang dengan pisau dan pedang. Dan paling menyedihkan apabila pasukan polis turut bersubahat dengan kumpulan samseng ini.

Hasbiyallahu wani'mal wakil !

Sumber : Rassd
‪#‎mesirkini‬

Ribuan telah berarak di Mansourah bagi menentang rampasan kuasa tentera

Ribuan telah berarak di Mansourah bagi menentang rampasan kuasa tentera yang berlaku dan menuntut Dr Mursi dikembalikan. Mereka tidak akan berundur selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi. Mereka melaung-laungkan slogan,"Berambus kau wahai Sisi,Kami bersamamu wahai Mursi !". Beberapa orang samseng upahan bertindak membaling batu ke arah pro-Mursi.

Sumber : شبكة نبض الاخوان
#mesirkini
 — Perarakan Ribuan Pro-Mursi di Mansourah (7 photos)