Saturday, June 23, 2012

Apakah BN telah bersedia menjadi PEMBANGKANG

Imbasan Keputusan PRU12...
Jurangnya semakin kecil...
Apakah BN telah bersedia menjadi PEMBANGKANG atau akan mempertahankan Putrajaya itu 'At All Cost' ???

Sampai bila rakyat Kelantan akan menjadi mangsa percaturan Politik Sempit di PWTC ???



Dua "INSAN MULIA"

Dua "INSAN MULIA" nie sedang dalam usaha untuk men"JAHANAM"kan periuk nasi orang ISLAM di 2 tempat di Pulau Pinang. Apa kita nak tunggu "NASI DAH BASI DAN KERING" baru kita nak jamah... Ayuh sahabat sekalian... Keadilan yang sebenarnya meletakkan sesuatu perkara itu ditempat yang betul... Jangan kerana "DUA INSAN MULIA" ini ROSAK PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT terutama Parti Keadilan Rakyat.

Perdana Menteri Mesir

Perdana Menteri Mesir, Dr.Kamal Ganzuri: Kerajaan yg dipimpinnya akan tamat tempoh pada 30 Jun ini. Beliau dilantik menjawat jawatan itu bermula 24 November 2011 lalu menggantikan kerajaan pimpinan Dr.'Essam Syaraf yg meletakkan jawatan setelah Peristiwa Berdarah di Tahrir. Tarikh 30 Jun ini merupakan tarikh yg dijanjikan oleh Majlis Tentera bg menyerahkan kuasa kpd kerajaan pilihan rakyat sepenuhnya. Dalam sidang media tengah hari tadi, Ganzuri meminta semua menteri-menteri agar menyiapkan dokumen bg diserahkan kpd kerajaan yg bakal dibentuk kelak. 

Dr.Muhammad Mursi semalam,mengulangi janji utk melantik individu yg tidak terikat dgn mana-mana parti politik sbg Perdana Menteri baru yg akan menggantikan tempat Ganzuri. Nama individu tersebut akan diumumkan oleh Mursi dalam masa terdekat ini.
 

UMNO Perlis pecah dan diambang kejatuhan

UMNO Perlis pecah dan diambang kejatuhan
Seorang pemimpin veteran Umno Perlis meramalkan BN akan tumbang dalam pilihan umum ke 13.

Bekas Ketua Penerangan negeri, Datuk Hashim Suboh berkata, pertelagahan sesama pemimpin dan wakil rakyat Umno yang tercetus sejak 2008 belum berakhir.

“Menteri Besar Datuk Seri Mohd Isa Sabu belum mengambil sebarang langkah untuk merapatkan semula hubungannya dengan pemimpin lain.

“Beliau harus ingat musuh beliau bukan Shahidan seorang. Mana-mana ADUN yang tidak dilantik semula itu adalah musuh-musuhnya.

“Lagi pun, Mohd Isa seorang pemimpin yang lemah dan tiada kebolehan,” kata penyokong kuat bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kumpulan Shahidan

Perpecahan Umno Perlis bermula selepas pilihan raya umum 2008, apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.

Selepas menjadi Menteri Besar, Mohd Isa membuat rombakan kabinet negeri dengan mengetepikan penyokong kuat Shahidan.

“Bohong jika mengatakan Umno Perlis kuat,” kata Hashim.

“Jika ada kenyataan seperti itu, sama ada kepimpinan negeri menipu atau pemimpin Pusat tidak mengambil peduli Umno Perlis.”

Hashim menambah, mesyuarat Umno berkelompok Umno Kangar baru-baru ini boleh dijadikan ukuran.

“Ketua-ketua cawangan yang datang tidak sampai 50 peratus, Wanita (60 peratus) manakala Pemuda dan Puteri sekitar 20 hingga 30 peratus.
“Perlis di ambang kejatuhan,” katanya lagi.

Kes saman MAS-Tajudin selesai

MAS
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Kes saman yang melibatkan Malaysian Airline System Bhd (MAS) dan bekas Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Tajudin Ramli  mencapai penyelesaian apabila kedua-dua pihak hari ini dibenar membatalkan saman masing-masing.
  
Hakim Mahkamah Tinggi di sini Rosilah Yop membenarkan permohonan MAS dan dua syarikat lagi membatalkan saman terhadap Tajudin dan kesemua tuntutan balas terhadap MAS dan 16 defendan lain juga dibatalkan.
  
Kedua-dua keputusan itu tidak melibatkan kos dan tanpa kebebasan untuk memfail semula kes.
  
Hakim Rosilah membuat keputusan tersebut di dalam kamar dengan dihadiri peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin, S.M. Shanmugam mewakili MAS dan Peguam Kanan Persekutuan Lailawati Ali bagi pihak kerajaan Malaysia.
  
Pada 2006, MAS dan dua syarikat berkaitannya, MAS Golden Holidays Sdn Bhd dan MAS Hotels & Boutiques Sdn Bhd selaku pihak plaintif memfailkan saman terhadap Tajudin dan empat defendan yang lain iaitu syarikat Naluri Corporation Bhd, Promet (Langkawi) Resorts Sdn Bhd, Kauthar Venture Capital Sdn Bhd dan Pakatan Permai Sdn Bhd.
  
MAS dalam saman itu antara lain mendakwa, pihak defendan telah melanggar kewajipan fidusiari (pemegang amanah) namun Tajudin yang berkhidmat di MAS antara 1994 hingga 2001 menafikan dakwaan tersebut.
  
Tajudin pula bersama Promet Resort dan Kauthar Venture Capital memfailkan tuntutan balas dengan menamakan MAS dan dua syarikat berkaitan dengannya serta 13 pengarah MAS dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan-defendan. - Bernama

Ulama Melayu setaraf

Ulama Melayu setaraf
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ulama yang dilahirkan di negara ini mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan sahaja terhad individu dari tanah Arab sahaja.

Menurutnya, kebanyakan ilmuwan agama yang ada di negara ini dilahirkan dari Universiti Al-Azhar Mesir yang menjadi tempat utama pusat pendidikan yang berteraskan Islam.

Bagaimanapun Nik Aziz berkata, komen negatif yang membabitkan ulama universiti Al- Azhar, Mesir terhadap Pakatan Rakyat (PR) diciptakan pihak tertentu bertujuan memecahkan hubungan yang tersedia terjalin sebelum ini.

“Ada pihak nak melagakan, antara Tok guru dengan kami dan mereka kena juga tahu bahawa Sheikh Al-Azhar ilmunya al-Quran dan hadis, kami juga ilmu al-Quran dan hadis juga, kena tahu bahawa orang Melayu alim juga, bukan Arab saja” katanya kepada Pemberita selepas Kuliah Jumaat di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashourmat bahawa umat Islam wajib menunaikan ibadat haji dan perlu mengutamakan Rukun Islam kelima itu jika berkemampuan.

Nik Abdul Aziz sebelum ini bersetuju jika umat Islam khasnya penyokong Pas membatalkan niat untuk menunaikan haji jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan pada musim haji tahun ini.

Ini kerana katanya, menurutnya Rasulullah sendiri pernah menangguhkan ibadah haji selama empat tahun dan hanya menunaikan ibadahtersebut
pada tahun kesepuluh hijrah, sedangkan ayat mewajibkan ibadah haji diturunkan pada tahun keenam hijrah.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya boleh membawa ulama , Dr Yusuf Qardawi untuk memperkukuhkan sokongan terhadap demonstrasi jalanan. ”Apa kata kalau kami bawa Dr Yusuf Qardawi ke Malaysia, Qardawi lawan Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, demonstrasi di sokong kuat Qardawi.

“Saya bukan tidak setuju dengan kenyataan Syeikh Mahmoud Abdel Ghany, tetapi laporan macam itu macam nak pelaga, nak adu domba antara kami pelajar azhar dengan Syeikhul Azhar,” katanya.

Nik Aziz: Ada pihak mahu lagakan ulama

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ulama yang dilahirkan di negara ini mempunyai kekuatan tersendiri dan bukan hanya terhad kepada mereka di tanah Arab.

Nik Aziz berkata, kebanyakan ilmuwan agama yang ada di negara ini dilahirkan dari Universiti Al-Azhar, Mesir yang menjadi tempat tumpuan umat Islam melanjutkan pengajian tinggi.

Bagaimanapun Nik Aziz berkata, komen negatif yang membabitkan ulama universiti  Al-Azhar terhadap Pakatan Rakyat dilakukan oleh pihak tertentu bagi memecahkan hubungan yang tersedia terjalin sebelum ini.

“Ada pihak nak melagakan, antara Tok Guru dan kami mereka kena juga tahu bahawa Sheikh Azhar ilmunya al-Quran dan Hadis. Kami juga (memperoleh) ilmu al-Quran dan Hadis juga,”katabeliau selepas kuliahmingguan di Dataran Ilmu di sini , hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar,Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashourmat baru-baru ini bahawa umat Islam wajib menunaikan ibadat haji dan perlu mengutamakan Rukun Islam kelima itu jika berkemampuan.

Ramai pesakit mental di NS

Dr Hazrah (tiga, kiri) memberikan penerangan kepada Mohd Kamil (kiri) sempena program Kesihatan Ment
Dr Hazrah (tiga, kiri) memberikan penerangan kepada Mohd Kamil (kiri) sempena program Kesihatan Mental di Dewan Theathreate Itqan, kelmarin.
GEMENCHEH – Orang ramai dinasihatkan lebih peka dengan tanda-tanda sebagai pesakit mental memandangkan Negeri Sembilan pernah muncul sebagai negeri tertinggi yang mempunyai pesakit berkenaan.

Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), Dr Siti Hazrah Selamat Din berkata, semua pihak perlu memandang serius masalah itu dengan menasihatkan rakan, keluarga atau kenalan mereka yang menghadapi tanda-tanda sebagai sakit mental.

Menurutnya, penyakit itu sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat, namun tidak ramai dalam kalangan mereka mengetahui dan mahu mendapatkan rawatan awal dengan berjumpa pakar mahupun kaunselor.

"Dalam tempoh tiga tahun, kira-kira 1,000 kes kesihatan mental direkodkan di negara ini dan statistik berkenaan menunjukkan ianya bukanlah penyakit yang perlu diremehkan dalam kalangan masyarakat.

“Oleh itu, orang ramai diingatkan agar tidak memandang remeh masalah ini," katanya ketika menyampaikan ceramahnya pada program Kesihatan Mental anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan (KK) Gemencheh di Dewan Theathreate Institut Tahfiz al-Quran Negeri Sembilan (Itqan), dekat sini, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh, Datuk Mohd Kamil Abdul Aziz; Pegawai KK Gemencheh, Dr Norzaliza Razali dan Pengerusi Panel Penasihat KK Gemencheh, Baharuddin Rasid.

Dr Hazrah berkata, terdapat empat jenis pesakit mental iaitu Skizofienia, bipolar mood disorder, kemurungan, kerisauan dan was-was serta nyanyuk.

"Komuniti setempat boleh memainkan peranan dengan memahaminya iaitu pesakit mental bukan bermaksud gila, buatan orang, perlu dikurung sebaliknya dirawat secara berterusan,” katanya.

Beliau berkata, pesakit mental boleh diwarisi melalui keturunan di mana setiap anak mempunyai 13 peratus peluang untuk mengalami masalah sama, bagaimanapun ianya tidak semestinya berlaku.

“Jika diambil contoh penyakit seperti kencing manis juga boleh menjadi penyakit keturunan. Namun sekiranya individu menjaga dan mengawal pemakanannya, mereka tidak akan mewarisi penyakit berkenaan.

“Begitu juga dengan pesakit mental. Sekiranya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dan dapat menghindari tekanan, peluang untuk mereka menghidapi penyakit berkenaan adalah kecil," katanya.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata, diharap ahli Panel Penasihat KK Gemencheh dapat menjadi penghubung dengan komuniti setempat dalam menyalurkan maklumat mengenai kesihatan mental dan meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai penyakit berkenaan.

“Jika di Gemencheh ini dicatatkan seramai 28 orang sedang mendapatkan rawatan pesakit mental di mana 18 daripadanya adalah lelaki dan 10 perempuan," katanya.

Bersih 3.0: Malaysia tegur Singapura

KDN tangguh siar video Bersih 3.0
Perhimpunan Bersih 3.0
KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra semalam berhubung penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lepas.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, beliau telah memanggil Keng Yong ke pejabatnya petang semalam untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penyertaan ketiga-tiga diplomatnya dalam perhimpunan itu.
Beliau berkata, kementerian telah menerima laporan-laporan daripada pihak berkuasa Malaysia yang menjelaskan tentang penglibatan ketiga-tiga diplomat Singapura berkenaan.
"Sebagai Menteri Luar Negeri, saya amat memandang serius perkara ini," katanya.
Dalam pertemuannya itu, Anifah berkata, beliau menjelaskan pendirian kerajaan Malaysia mengenai penyertaan secara langsung oleh diplomat dalam perhimpunan haram Bersih 3.0 sebagai satu langkah yang sama sekali tidak wajar.
"Langkah yang tidak wajar ini sememangnya telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam hubungan antara Malaysia dan Singapura walaupun pada hakikatnya hubungan antara dua negara jiran ini dan rakan baik Asean kini kian berkembang," katanya.
Dalam pertemuannya dengan Ketua-Ketua Perwakilan Asean di ibu negara pada 11 Jun lepas, beliau membangkitkan isu penglibatan diplomat asing dalam perhimpunan Bersih 3.0 di mana penglibatan sedemikian dilihat sebagai aktiviti di luar batasan yang boleh memberi persepsi negatif kepada hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dengan negara-negara mereka.
Anifah berkata, beliau turut menegaskan kepada Keng Yong bahawa Kementerian Luar tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan diplomatik yang lebih tegas terhadap diplomat yang didapati telah melanggar batasan norma-norma diplomasi yang terpakai mengikut Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 dan undang-undang negara.
Anifah berkata, beliau juga telah berhubung dengan rakan sejawatannya K.Shanmugan bagi memaklumkan mengenai pertemuan dengan Keng Yong itu.
"Semasa perbualan telefon yang positif tersebut, Menteri Luar Negeri Singapura dan saya bersetuju untuk terus menggerakkan usaha-usaha konstruktif bagi mempererat lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura," katanya.
Anifah berkata, kementerian memahami tanggungjawab Perwakilan Diplomatik yang ada di Malaysia untuk memantau perkembangan di negara ini dan melaporkannya kepada kerajaan masing-masing.
Bagaimanapun, katanya, para diplomat tetap perlu memberi perhatian kepada sensitiviti bagi menghormati negara tuan rumah dan cara bagaimana negara-negara di rantau ini menjamin hubungan baik antara satu sama lain dapat dijaga demi manfaat bersama.
"Saya juga yakin para diplomat tidak perlu terlibat secara langsung dalam perarakan semasa perhimpunan haram tersebut," katanya dipetik Bernama.

Kerani cederakan kemaluan murid dengan playar

REMBAU: Tindakan seorang kerani sekolah mengacah dua murid dengan playar supaya tidak membuat bising disebabkan guru tiada dalam kelas, mengundang padah apabila seorang murid mendakwa kemaluannya cedera terkena alat pertukangan itu.
Menurut sumber, kejadian berlaku jam 9.40 pagi kelmarin apabila kerani lelaki berusia 34 tahun itu masuk ke kelas tahun lima sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini, untuk mengambil buku daftar kedatangan murid.
Difahamkan, ketika itu guru tiada di dalam kelas dan disebabkan keadaan terlalu bising, kerani itu meminta murid supaya diam tetapi tidak diendahkan.
“Niatnya untuk bergurau dengan menggunakan playar bagi menakut-nakutkan murid akhirnya mendatangkan kecederaan kepada seorang murid yang mendakwa buah zakarnya dikepit dengan alat itu,” katanya.

Pemain bola sepak Philippe Senderos peluk Islam


LONDON: Pemain bola profesional Swiss yang kini bermain dengan kelab bolasepak British Fulham, Philippe Senderos telah memeluk Islam, lapor PressTV.
Senderos mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Menchester, sebuah pusat dakwah Islam.
Philippe Senderos (gambar atas kanan), sebelum ini bermain dengan Arsenal, kini adalah salah seorang pemain negaranya, Switzerland.
Senderos, seorang pelajar theology, telah menunjukkan minatnya kepada Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.
“Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenai,” kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.
“Jika saya bukan pemain bola, bola jadi saya sudah menjadi paderi,” tambahnya.
Harakahdaily.net
British footballer Philippe Senderos converts to Islam
The Swiss professional footballer, Philippe Senderos who plays as a defender for the British Premier League club Fulham has embraced Islam and converted to the Shia Muslim religion.
He declared his faith in Islam in the English city of Manchester, in an Islamic center dedicated to propagating the Islamic religion and the teachings of the Ahlul-Bayt (peace be upon them).
Philippe Senderos formerly played for English football giants, Arsenal, and now plays for his country’s national team, Switzerland.
Philippe, a theology graduate, showed much interest in world religions and spent most of his time outside football reading up on religious
matters before he embraced Islam.
“I am very interested in world religions and read a lot of books about that subject”, Senderos once said in an interview with Arsenal Magazine.
“If I wasn’t playing football, I would probably have become a priest”, he added.
Senderos has finally sought knowledge to his benefit and found guidance in the religion of Islam.

Diarah bayar RM200,000 kepada Guan Eng

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan Utusan Melayu Berhad (Utusan Melayu) membayar RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai ganti rugi perkataan fitnah yang dilaporkan dalam akhbar syarikat itu pada 2008.
Pesuruhjaya Kehakiman, Nurmala Salim, dalam penghakimannya memutuskan artikel DEB: Guan Eng Tetap Berdegil yang disiarkan Utusan Malaysia pada 15 Mac 2008 mengandungi perkataan fitnah iaitu ‘menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)’ yang tidak disebut Guan Eng.

Beliau berkata, perkataan yang digunakan akhbar itu terlalu berat, tidak mempunyai maksud sama dengan perkataan ‘bebas’, boleh menyebabkan ketegangan kaum serta perbuatan tidak bertanggungjawab dalam konteks masyarakat majmuk.
“Oleh itu, mahkamah berpendapat artikel yang disiarkan itu bertujuan memfitnah dengan cuba menggambarkan plaintif seorang ahli politik berniat jahat dan mempunyai pendirian untuk menghapuskan DEB.

“Oleh itu, mahkamah menganugerahkan kepada plaintif ganti rugi RM200,000 dan kos berjumlah RM20,000,” katanya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menyaman fitnah Utusan Melayu berhubung artikel itu dengan mendakwa ia mengandungi perkataan berunsur fitnah dan berniat jahat selain menafikan mengeluarkan perkataan berkenaan pada satu sidang akhbar.
Beliau diwakili Jagdeep Singh Deo manakala Utusan Melayu diwakili Mohana Kumar.

Sementara itu, Guan Eng berkata, dia gembira kerana mahkamah memberikan keadilan bagi membetulkan fitnah yang digunakan untuk menyerangnya selama empat tahun ini.
“Ini kemenangan kali kedua saya ke atas Utusan (Melayu). Hari ini juga hari kemenangan kepada kebebasan akhbar yang berdasarkan dua syarat iaitu melaporkan berita benar dan memberi peluang menjawab tuduhan yang dilemparkan kepada kami,” katanya.

Berita Harian Online | Kes royalti minyak 30 November

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 30 November depan untuk pengurusan kes saman difailkan kerajaan Kelantan terhadap PETRONAS berhubung isu royalti minyak. 

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh itu dalam kamar di depan Peguam Kanan Persekutuan, Haryati Ahmad yang mewakili Kerajaan Persekutuan dan peguam Rishwant Singh, mewakili PETRONAS.
Pada 30 Ogos 2010, kerajaan Kelantan memfailkan saman itu dengan menamakan PETRONAS sebagai defendan kerana mendakwa syarikat minyak berkenaan melanggar kontrak pembayaran royalti kepada plaintif berhubung pendapatan minyak.
Mahkamah Tinggi pada 18 Januari lalu kemudian membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS supaya kes itu diputuskan berdasarkan isu perundangan mengikut Perkara 14A Perintah Mahkamah Tinggi 1980 dan perkara 33 peraturan sama, tanpa perlu diadakan perbicaraan sepenuhnya.

Rajesh Khanna kritikal

 Rajesh Khanna
Rajesh Khanna



MUMBAI: Kesihatan pelakon Hindi popular 1970-an, Rajesh Khanna, yang sakit sebelum ini semakin membimbangkan, lapor media India. 

“Beliau tidak sihat dan berada di rumah. Beliau sudah tiga hari tidak mengambil sebarang makanan. Bekas isterinya, Dimple, berada di sisi dan anak perempuan pasangan itu, Rinke, turut melawat ayahnya,” kata pengurus aktor itu, Ashwin, kepada Press Trust of India.
Khanna dan Dimple berpisah pada tahun 1984. Mereka mempunyai dua anak perempuan, Twinkle dan Rinke.
Laporan akhbar Mumbai Mirror, aktor itu tidak makan secara sempurna sejak kali terakhir dimasukkan ke hospital. Khanna semakin lemah dan doktor melawatnya setiap hari di kediamannya. – Agensi

Hutang korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mencecah RM34.3 billion

Kerajaan Rakyat: Hutang korporat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mencecah RM34.3 billion:


Adakah Malaysia akan berhadapan krisis kewangan sekali lagi akibat hutang korporat terkumpul kumpulan anak-anak syarikat jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mencecah RM34.3 billion?

Pada krisis ekonomi Asia tahun 1997/988, kita menyaksikan kejatuhan syarikat kroni UMNO Renong Berhad yang telah muflis akibat hutang melebihi RM20 billion atau sekitar 7 peratus jumlah hutang di bank yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit kepada pelabur-pelabur mereka sendiri.

Apa pula ‘helah’ kerajaan apabila Rang Undang-Undang Perbelanjaan Tambahan diusulkan di Parlimen dengan jumlah besar peruntukan sebanyak RM8 billion yang meliputi hampir 40 peratus dari Belanjawan 2012? Bukankah ia akan dilihat sebagai “memastikan keuntungan kepada syarikat kroni?”

Dan mengapa kerajaan Barisan Nasional terus amalkan kronisme, iaitu memberi projek besar kepada ‘kawan’ tanpa perlu ada tender terbuka, serta tanpa mengira sama ada syarikat-syarikat kroni tersebut layak, mampu atau berkebolehan? Kesannya, rakyat sendiri yang terpaksa menanggung hutang besar apabila kroni-kroni tersebut gagal dalam perniagaan mereka.

“Yang menghairankan ialah, mengapa Pelabuhan Pulau Pinang diswastakan kepada Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sedangkan Syed Mokhtar mempunyai sejumlah hutang yang besar?

“Lebih mengejutkan lagi, banyak khabar angin mengatakan bahawa Syed Mokhtar juga sedang cuba untuk mendapatkan Pelabuhan Kelang (Northport Holding) dan juga KTM Berhad,” soal Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berikutan pengesahan Jabatan Perdana Menteri mengenai penswastaan pelabuhan Pulau Pinang.

Pua bimbang masalah yang sama akan berulang, iaitu isu Renong yang merupakan salah satu syarikat terbesar dan penting kepada kerajaan BN. Syarikat ini mempunyai lingkungan perniagaan yang meluas melibatkan kepentingan dalam pembinaan lebuh raya seperti PLUS, UEM, Linkedua termasuk landasan KTM dan Putra LRT, hartanah, telekomunikasi dan banyak lagi. Kemudian Renong menghadapi hutang amat besar.

Katanya, kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang merupakan lebih dari 10 peratus hutang korporat tertunggak tempatan sehingga 2011 manakala anggaran jumlah tunai dan asset cair syarikat-syarikat ini cuma sebanyak RM7.8 billion sehingga Mei 2012.

“Hutang sebanyak RM34.3 billion ini jauh melebihi dari hutang yang ditanggung Renong ketika itu sebanyak RM20.0 billion. Perkara ini telah menyebabkan kebimbangan umum kerana kita bimbang wang pembayar cukai negara ini digunakan untuk menyelamatkan syarikat gergasi,” ujarnya.

Empayar perniagaan yang besar dengan hutang yang tidak terurus
Dalam satu media di Parlimen semalam, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mendedahkan beberapa empayar syarikat dan industri milik Syed Mokhtar dalam empat kategori entiti.

Katanya, Syed Mokhtar memiliki RM51.8 peratus saham MMC Corporation Berhad yang mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM24.2 billion.

“Seperti yang kita tahu, anak-anak syarikat MMC Corporation adalah Malakoff Corporation, Gas Malaysia, Aliran Ihsan Resources, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, Senai Airport Terminal Services, Terowong SMART dan syarikat usahasama MMC-Gamuda,” tambah beliau.

Menurutnya, entiti kedua terbesar milik Syed Mokhtar ialah DRB-Hicom yang menanggung hutang RM5.7 billion termasuk hutang RM3.0 billion untuk memiliki Proton Berhad. Kumpulan syarikat yang lain ialah Edaran Otomobil Nasional, MODENAS, Honda Malaysia, Bank Muamalat, PUSPAKOM, Alam Flora, POS Malaysia, Defence Technologies dan beberapa syarikat pembangunan hartanah.

“Beliau juga memiliki 43.0 peratus saham Tradewinds (M) Berhad yang merupakan entiti ketiga terbesar milikannya yang mempunyai hutang berjumlah RM3.48 billion.

“Syarikat ini memiliki BERNAS yang memonopoli pembelian, import dan pengedaran beras di Malaysia, Central Sugar Refinery dan pegangan kecil dalam Malaysian Sugar Manufacturing Berhad yang sama-sama memonopoli pasaran gula Malaysia termasuk Tradewinds Plantation,” katanya

Persoalan yang terjawab
Harga gula negara ini sentiasa meningkat dari masa ke masa sedangkan kerajaan menanggung sejumlah subsidi yang besar. Setelah harga gula dunia berada pada paras tertinggi iaitu US$29.47 (RM89.66) setiap seratus Pound pada Julai 2011, ia mula jatuh setiap bulan sebanyak 20.5 peratus dan mencatatkan sebanyak US$23.42 pada Disember.

Pada Bajet 2012 yang lalu, sebanyak RM367 juta subsidi ditambah kepada RM198 juta yang diperuntukkan. Walau bagaimana pun, penambahan ini tidak berkadar terus dengan kenaikan harga gula sebenar yang menimbulkan persoalan siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan dari subsidi ini.

Menurut Pua, Syed Mokhtar juga memilki Tradewinds Corporation dengan 71.5 peratus pegangan di mana syarikat tersebut menanggung beban hutang sebanyak RM890 juta.

“Tradewinds Corporation mengurus beberapa hotel utama di Malaysia termasuk Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Hotel Hilton di Kuching dan Petaling Jaya dan juga Hotel Istana,” jelasnya.

Menurutnya lagi, kerajaan persekutuan perlu menjelaskan tindakan yang telah diambil untuk memastikan krisis kewangan 1998 tidak berulang di mana rakyat menjadi mangsa kesan hutang gergasi-gergasi korporat kroni..

“Segalanya perlu dijalankan dengan telus dan berintegriti agar rakyat dapat mengetahui seterusnya menilai tindakan yang diambil kerajaan.

“Kementerian Kewangan juga perlu menyediakan satu data yang menjelaskan kedudukan institusi kewangan kita, badan-badan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” jelasnya.

Mengkhianati wang pembayar cukai
Isu melibatkan ‘subsidi’ sering didakwa kerajaan BN sebagai untuk meringankan beban rakyat sedangkan ia terang-terang bercanggah dengan dasar subsidi itu sendiri.

Syarikat-syarikat tertentu yang mendapat subsidi dari kerajaan dilihat mempunyai kepentingan dengan UMNO-BN malah bersifat memonopoli walau pun mereka tidak mempunyai rekod kewangan yang baik.

Kerajaan sepatutnya memastikan agar wang cukai yang dikutip dari rakyat Malaysia digunakan untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukan digunakan untuk membayar kebobrokan yang dilakukan oleh kroni mereka sendiri.

Akhirnya, ia memungkinkan krisis ekonomi yang akan menggugat kestabilan negara. – Roketkini.com