Friday, March 16, 2012

Kereta halimunan yang pertama di dunia


Jumaat, 16 Mac 2012



kereta halimunan

SEBELUM ini kita didedahkan dengan pelbagai kisah halimunan seperti filem The Invisible Man yang ditayangkan seawal tahun 1933. Kemudian filem James Bond: Die Another Day yang ditayangkan pada 2002 menunjukkan kereta James Bond yang terus ‘hilang’ atau halimunan selepas memasuki terowong.

Malah dalam filem Harry Porter juga terdapat selimut yang menjadikan Harry manusia halimunan.

Sememangnya semua orang mahu menjadi manusia halimunan kerana kita boleh melakukan apa saja dan orang lain tidak dapat melihatnya. Tentu hebat kan!

Mungkin inilah sebabnya, sebuah syarikat pengeluar kereta mengambil keputusan membina kereta halimunan sebagai satu cara mempromosikan kenderaan dengan bahan api baru yang tidak membebaskan gas rumah hijau.

Dalam publisitinya, Mercedes menekankan kenderaan dengan bahan bakar F-Cell tidak membebaskan gas rumah hijau menjadikannya halimunan kepada alam sekitar.

Kereta halimunan Mercedes adalah buah tangan pakar teknologi penyamaran optikal untuk mewujudkan ilusi ke atas kereta berkuasa hidrogen.

Teknologi yang asalnya dirintis oleh sekumpulan saintis dari Universiti Tokyo, Jepun telah digunakan oleh syarikat Mercedes.

Mereka menutup bahagian kiri kenderaan tersebut dengan kepingan LED, manakala di bahagian kanannya pula diletakkan kamera Refleks Lensa Tunggal Digital (DSLR).

Kaedah

Kamera itu berperanan untuk merakamkan imej di bahagian sebelah kanan kereta itu dan videonya disiarkan di kepingan LED yang menutupi bahagian kiri kenderaan itu.

Kaedah itu menyebabkan orang ramai yang melihat kenderaan itu dari sebelah kiri akan nampak pemandangan di sebelah kanan kenderaan itu yang dipancarkan pada kepingan LED tersebut.

Sebenarnya teknik berkenaan pernah digunakan pada pakaian beragam semasa perayaan Halloween sebelum ini.
Caranya mudah, hanya letakkan satu iPad di bahagian perut dan bungkus sehingga kelihatan seperti lubang, kemudian letakkan kamera video di belakang dan kemudian sambung ke iPad.

Ketika itu nampak seperti ada lubang di bahagian perut dan tembus hingga ke belakang. Sungguh menakjubkan!

Syarikat Mercedes juga menggunakan teknik yang sama.

Semasa berada di atas jalan, orang ramai kagum dengan kereta halimunan apabila melihat kereta berkenaan melintasinya.

Mercedes dalam satu kenyataan berkata, sistem pemanduan penjanaan hidrogen sudah sedia untuk pengeluaran walaupun ada yang mengatakan kereta berkenaan akan hanya dikomersialkan pada tahun 2014.

Bagaimanapun teknologi sel bahan api F-Cell masih lagi amat mahal kerana hidrogen merupakan bahan api yang sukar untuk disimpan dan diangkut.

KERETA+AJAIB

Hidrogen yang diperlukan untuk menghasilkan sel bahan api harganya amat tinggi.

Bagaimanapun sekalung tahniah diucapkan kepada pihak Mercedes atas usaha menghasilkan kenderaan yang tidak membebaskan gas rumah hijau sekali gus mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar.

Waris kanak-kanak berusia enam tahun dicari

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri:



Noorshaqiatina Aqira Sabarudin


ALOR SETAR 15 Mac - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Setar memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu kandung atau waris seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Noorshaqiatina Aqira Sabarudin.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar, Mat Isa Ahmad berkata, kanak-kanak itu diserahkan kepada penjaganya, Zamaliah Ahmad kira-kira lima tahun lalu tanpa sebarang dokumen.
"Ibu kandung kanak-kanak tersebut, Noor Lelah Mohd. Noor dipercayai berasal dari Petaling Jaya, Selangor menyerahkan Noorshaqiatina Aqira kepada Zamaliah.
"Zamaliah telah berusaha mengesan wanita itu sejak lebih tiga tahun lalu untuk mendapatkan dokumen kelahiran kanak-kanak ini, namun gagal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mat Isa, kes itu telah dirujuk ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah jagaan sementara di bawah Subseksyen 19 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah jagaan Zamaliah.
"Zamaliah memberitahu dia tidak mengenali secara rapat ibu kandung Noorshaqiatina Aqira dan sehingga kini wanita itu gagal dikesan," katanya.
JKM memohon ibu kandung Noorshaqiatina Aqira agar tampil menghubungi jabatan itu atau mana-mana individu yang mengetahui kedudukan wanita itu diminta menghubungi Pelindung Kanak-kanak Pejabat JKM Kota Setar, Mohd. Basharudin Samsudin atau Rosmini Meh 04-7202370/04-7202351.

'via Blog this'

‘NFCorp gagal bayar sewa pasar raya’



NOOR AZURA SAHRIL
16 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendedahkan kegagalan National Feedlot Corporation (NFCorp) untuk membayar sewa pasar raya yang dimiliki syarikat berkenaan di Singapura.
Menurut Tony, Syarikat Farmhouse Supermarkets didakwa gagal membayar sewa dan sekali gus perjanjian itu di­batalkan.

Tony merujuk akhbar Singapura semalam yang melaporkan pemilik Rochester Mall di Buona Vista telah membatalkan perjanjian pem­binaan rangkaian pasar raya itu kerana syarikat dari Malaysia gagal mematuhi syarat­ yang dimeterai.

Merujuk kepada laporan berkenaan, Tony turut mempersoalkan jumlah pelaburan untuk menubuhkan pasar raya berkenaan.

“Sebelum ini pasar raya itu perlu dilaksanakan untuk mempromosi daging lembu dari NFCorp, sedangkan buat masa ini Singapura tidak bagi import.

“Mengikut maklumat, mereka tidak siapkan pasar raya itu dan membayar sewa yang dikenakan ke atas tempat itu, maka perjanjian tersebut dibatalkan.

“Sekarang pasar raya tidak dapat dibina dan ditendang keluar pula. Saya mahu tanya berapa jumlah pelaburan yang hilang? Siapa yang akan menanggung pembiayaan? Adakah keluarga Datuk Seri Shahrizat ataupun NFCorp?.

“NFCorp datang daripada pembayar cukai. Adakah NFCorp yang perlu tanggung kerugian pasar raya ini? katanya.

Syarikat Farmhouse Super­markets Pte Ltd didakwa­ memiliki Pasar Raya Mewah di Singapura dengan sewa SGD900,000 atau RM2.2 juta sebulan.

Wanita ingin temui anak hilangkan diri sejak 12 tahun

Wanita ingin temui anak hilangkan diri sejak 12 tahun - Kelantan - Sinar Harian:
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Mac 2012
KOTA BHARU - Seorang warga emas meminta bantuan orang ramai untuk mencari anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak 12 tahun lepas dan kini dipercayai menetap di Putrajaya.

Naimah Loman, 69, dari Kampung Parit, Peringat, di sini berkata pelbagai usaha telah dibuat untuk mencari anaknya Sarina @ Maizun Hassan yang kini berusia 42 tahun namun tidak berhasil.

Beliau berkata Sarina, anak ketiga daripada lima beradik, tidak pulang ketika ayah tirinya, Mat Sari Daud, meninggal dunia kira-kira dua tahun lepas.

"Sarina melarikan diri dari rumah kerana berselisih faham dengan adik-beradik dan kami fikir ia hanya untuk sementara, namun tidak menyangka dia tidak pulang ke rumah sehingga kini.

"Kali terakhir saya bercakap dengannya ialah melalui panggilan telefon tahun lalu ketika dia menelefon ke rumah dan berada di Putrajaya," katanya.

Bagaimanapun, Sarina enggan memberi nombor telefon bimbit peribadinya, kata Naimah.

"Harapan saya hanya satu iaitu untuk berjumpa dengan Sarina kerana sudah terlalu lama dia menghilangkan diri," kata wanita itu sambil menjelaskan empat lagi anaknya telah berumahtangga dan mempunyai keluarga masing-masing.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Sarina boleh menghubungi Naimah di talian 013-9104585. - Bernama

'via Blog this'

Alasan SPR Pindahkan Kawasan Mengundi MB Selangor Paling Tak Masuk Akal ??

 


Khamis, 15 Mac 2012 - Alasan SPR Pindahkan Kawasan Mengundi MB Selangor Paling Tak Masuk Akal ??


SPR: Zon mengundi sama, sempadan p'raya diperbetul

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya.

Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan.

"Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya

Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak.

Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya. -mk

Khalid hairan ditukar kawasan mengundi

Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua. -mk



Ulasan GB

Lepas satu, satu, penipuan yang dilakukan SPR.

Ini kerja amat tidak beretika.

Mengubah sempadan kawasan pilihan raya tanpa sebarang makluman kepada rakyat.
Ia hanya satu alasan SPR untuk menutup salahlaku dan kerja penipuan mereka.

Amat jelas SPR bertindak secara tidak telus dan berusaha melakukan apa saja cara untuk mempastikan UMNO BN mendapat faedah daripada tindakannya itu.

Dan yang terlibat di dalam perubahan ialah di negeri-negeri yang UMNO BN tewas pada pilihanraya 2008 iaitu Kelantan, Perak dan Selangor. Mengapa tidak di seluruh negara?

GB sudah kata dahulu, Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk untuk menyiasat perbuatan salahlaku yang begitu ketara dilakukan oleh SPR. Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR perlu didakwa.

Rupa-rupanya Jawatan Khas Pilihanraya yang ditubuhkan ditubuhkan oleh Kerajaan dahulu hanya helah supaya SPR dapat terus berperanan menlakukan penipuan.

Anggota PR yang mengangotainya memang bangang, hanya memikirkan elaun, tetapi gagal untuk memainkan peranan mereka, apatah lagi kini seorang MB dari negeri PR tiba-tiba dipindahkan kawasan mengundinya. Satu tamparan hebat ke muka anggota-anggota EC dari Pakatan Rakyat. Hanya diperlembukan SPR.

BERSIH pula sudah lembik. Atau kita tertanya-tanya masih wujudkah lagikah BERSIH itu? Atau ia sudah mati?

Percayalah, jika pilihanraya diadakan tanpa integriti SPR dicabar dengan disiasat sepenuhnya salahlaku mereka dan daftar pemilih tidak dibersihkan, Pakatan Rakyat akan menggigit jari selepas PRU13. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak tengadah!

Kepada YB-YB PR, jika masih lena, PRU12 itulah sekali kamu menjadi YB, selepas ini jangan mimpi!



Kelab Greenboc

Mokhzani Merompak Petronas ?? -

 

Jumaat, 16 Mac 2012 - Mokhzani Merompak Petronas ?? - 
Posted by alif asyraf

Felda dan Petronas adalah aset yang telah membawa keuntungan besar kepada Malaysia. Tetapi kini kedua-dua syarikat besar ini telah menjadi mangsa Pemimpin Umno/Bn untuk menambahkan lagi harta haram mereka. 

Jika kedua-dua syarikat ini terus dicuri hasilnya, saya percaya Malaysia akan duduk sama rendah dengan negara-negara yang miskin lagi kedana.

Pada 3 mac yang lalu, Dato' Sri Anwar Ibrahim telah mendedahkan sebanyak RM 23 billion wang Petronas telah dibolot oleh syarikat kroni Umno/Bn. Tidak hairanlah jika adik Najib Razak dan anak Mahathir, Mokhzani diumumkan sebagai antara terkaya di Malaysia. 

Memang benarlah kata DSAI ketika di Batu Cave baru-baru ini yang menyamakan Malaysia dengan India. Jiak kita lihat di India, rakyatnya kita lihat hidup dalam kedaifan, tetapi pemimpinnya mempunyai harta melimpah ruah. Ini juga berlaku di Malaysia. Ini anda harus sedar.

Terbaru, Petronas telah membuat transaksi wang sebanyak RM 23 billion kepada tiga buah syarikat kroni, salah satunya dimiliki oleh Dato Mokhzani anak kepada Mahathir. Sepatutnya wang ini perlu digunakan untuk mencari gali minyak di luar negara bukan mengenyangkan kroni-kroni BN.

Sepatutnya RM 23 billion ini selalu dibelanja untuk cari gali minyak di sudan, tetapi selepas pemecatan Tan Sri Hasan Merican, dan diganti oleh orang yang dipilih sendir oleh Najib Razak, wang ini telah dibawa balik dan diberi kepada pemakan-pemakan duit haram ini. 

Antara syarikat yang diberi duit haram ini ialah syarikat KENCANA iaitu syarikat kepada Dato Mokhzani.

Satu lagi ketirisan yang berlaku dalam Petronas ialah jika kita lihat dalam laporan kewangan 31 Mac 2010 telah yang menunjukkan 85.6% keuntungan PETRONAS atau RM 57.6 Billion diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan. Jumlah ini membuktikan bahawa kerajaan langsung melanggar sasaran Rancangan Malaysia ke-Sepuluh iaitu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap syarikat minyak terkemuka dunia itu.

Mustahil sasaran itu akan dicapai melihat kepada tahap kebergantungan kepada PETRONAS seperti kini. Umno/Bn penipu.

Saya percaya bahawa minyak merupakan pilihan besar yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan kuasa pemerintahan hebat di dalam parti Umno Najib.

Pihak-pihak ketiga ini dikatakan telah diberi keizinan untuk membenarkan pilihan jual beli di dalam pasaran minyak global, yang disokong oleh minyak Petronas sendiri. 

Disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak sejajar dengan permintaan dunia, ini telah memberi pihak-pihak kroni keuntungan yang besar dan tidak sama sekali akan kembali ke Negara ini. 

Apa lagi yang anda harus tunggu lagi. Bukanlah ini cara rakyat yang sayangkan negara jika hanya mampu lihat dan tidak membuat sebarang tindakan. 

Jika benar-benar sayang akan negara, ayuh bangkit dan menunjukkan solidariti kepada negara kita yang tercinta. Rakyat malaysia, marilah kita boikot Umno/Bn yang telah lama mengeksploitasi harta-harta kerajaan. Pilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Baru Malaysia.

INI HARUS JELAS


Tukanglawan

Bekas Menteri Umno Mengakui BN Akan Kalah PRU 13??


‎16 Mac, 2012 - Bekas Menteri Umno Mengakui BN Akan Kalah PRU 13?? Mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Datuk Ariff Sabri Abd Aziz. Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP. Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu. Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya. "Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi. Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka," kata Ariff Sabri. Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini. Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya. Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri. Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut. Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan. Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini. Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya. "Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah. "Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai. "Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini," katanya. Sementara itu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis. "Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus. "Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ," kata Mat Sabu. Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah. "Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini kerja puak-puak UMNO. Depa dah tak ada isu," kata Mat Sabu lagi. Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang. - Posted by Addin at 3/16/2012

Ketua Pemuda Umno Bangang


Jumaat, 16 Mac 2012 - Ketua Pemuda Umno Bangang... !!!! Mamak Ni Lagi....!!!! Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, meramalkan BN mungkin akan berakhir makan "telur" atau mendapatkan ‘sifar’ kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang telah membuatkan pemimpin2 gerombolan BarisanNasio-anal haramjadah Pulau Pinang menjadi meroyan serta gilababi tak tentu hala, hahahaha....dan menuduh Lim Guan Eng sebagai angkuh dan bersikap buruk.... hahahaha.... "Kebenaran sentiasa pahit... itulah hakikat yang tidak dapat di terima oleh semua orang, terutamanya puak2 dari gerombolan barisan nasio-anal.... hahahhaa... Tetapi jika puak2 gerombolan yang berkata begitu, dan selalunya angkuh dan sombong selama ini dengan kenyataan "Hanya BN sahaja yang pandai memerintah Malaysia" tidak pula anjing2 BN nih nak menyalak... kah...kah...kah.... Yang membuatkan gua berangin, apatah lagi jika ada perkataan yang keluar dari spesies makhluk haramjadah umporno berbangsa Mamak yang mengaku Melayu.... hahahaha.... siapa lagi kalau bukan Ketua Pemuda Umporno Penang... wal haramjadah wal P**M** dia.... ini mamak sialan wa cakap luuuu.... Lu orang tau mamak pundek haramjadah nih komen apa...??? Ketua Pemuda untuk Parti Orang Melayu umporno... muakakakakakaaaaa.... macam sial wa cakap luuu...!!!! "Lim tidak seharusnya terlalu angkuh dan sombong untuk berharap bahawa Pulau Pinang, terutamanya golongan profesional, dari semua kaum, akan terus menyokong PR dengan majoriti dua pertiga, kerana terdapat kekeliruan terlalu banyak dalam hal-hal pembangunan di sini. Ia adalah jelas bahawa Lim adalah seorang jaguh kampung semata-mata kerana dia telah berjaya ditipu penduduk kampung, terutama masyarakat Cina, dengan bermain sentimen perkauman”, kata Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin. Aarraaamaaakkk..... itu pundek anak Mydin Sri Lanka tuduh LGE main sentimen perkauman pulak dahhhh.... hahahaha.... yeeyyynadeeeiiii... mamak... yinna pu rengge... (eh betul ke apa gua sebut tuuu... haha), hantam saja laaaa... asal nampak identiti kepundekkan mamak sial mengaku melayu umporno tu pun dah ok bagi gua.... Tapi biasak laaa.... spesies mamak sial umporno memang perangai diorang macam tuuuu... cakap putar belit menjadi lumrah kehidupan diorang... wakakakaaaa..., selama ini diorang yang banyak memainkan isu perkauman, la ni tuduh orang pulak main isu perkauman... lagi sekali gua nak pundek kutty kan mamak sial tuuuu.... pi mampuih kat hang...!!!! Dia kata LGE berjaya di tipu penduduk kampung, terutamanya masyarakat Cina, hahaha... lu orang nampak tak lidah bewak mamak sial tuuuu..., wooiiittt... mamak Mydin celaka, eloklah kalau LGE di tipu penduduk kampung, daripada penduduk kampung di tipu oleh barisan nasio-anal selama ini... kah...kah...kah...., bangang jugak mamak kutty sialan haramjadah anak Mydin tuuuu.... hahahaha... mana punya melayu2 penang bangang laaaa... yang dah pi kutip anak Mamak Mydin tu jadi Ketua Pemuda diorang... hahahaha... Woiiittt... Pundek Shaik Hussein Mydin, tempat lu bukan dalam Parti Melayu UMNO laaaa...., tempat lu yang sepatutnya dalam KIMMA atau PRESMA.... dalam sana lu punya gang ramai... yang menyemak dan menyibuk hal orang melayu apasal....!!!!! *********************************** Ini part gua nak mengutuk umporno dan ahli mamak2 pundek di dalamnya.... hahahahaha....!!!! Sesiapa yang marah dengan gua kerana gua dok mengutuk bangsa mamak umporno nih... pi mampus la kat lu orang, gua mengaku gua memang anti gileeerrrr.... dengan Bangsa Mamak dalam umporno jenis tak sedaq diri dan terlebih Melayu dari orang melayu sendiri.... beb....!!!! Suruh puak2 mamak umporno tu pi cermin diri dulu dan check darah tu darah melayu muslim ke... atau darah india muslim (mamak)... lepas tu baru boleh sembang pasal melayu... dan berkecimpung dalam parti untuk orang2 melayu... Ikut definasi kepala otak gua; Melayu - Banjar, Jawa, Bugis dan lain2 kecuali mamak = Bangsa Melayu. Cina - Hakka, Tionghua dan lain2 = Bangsa Cina India - Chettiar, Moplah, Marakkayar, Tamil Sri Lanka = Bangsa India Daripada taburan kumpulan bangsa di atas, dalam Bangsa Melayu dan Cina tak sebut pun kaitannya dengan Bangsa Mamak. Hanya dalam kategori Bangsa India jer... ada penjelasana keturunan Mamak nih... so macamana boleh Parti untuk Bangsa Melayu mengiktiraf Bangsa Mamak nih jadi melayu dalam Parti Orang2 Melayu.... bodoh bangang ke apa orang2 melayu dalam umporno... itu pun buta tak boleh nampak ke... BODOH...!!!! Daripada situ pun dah nampak dengan jelas... bahawa orang2 melayu dalam Parti umno semuanya spesies bangang dan mudah diperbodohkan... muakakakakakaaaaa...., sepatutnya parti umporno secara jelasnya harus mengubal perlembagaan parti yang baru dan mengistiharkan bahawa parti itu adalah Parti untuk orang Melayu dan Mamak... baru la betul... dan gua pun boleh terima kenyataan dan hakikat tersebut. Ini pi letak nama parti untuk orang melayu... perlembagaan parti pun ada menyebut perihal ahli khusus untuk orang melayu, tup... tup... terselit melayu celup aka Mamak Moplah dari Tamil Naidu... apa barang beb...!!!! Nampak sesangat terdesak nak kan sokongan... hinggakan mamak boleh jadi melayu, itu tak termasuk pendatang2 haramjadah yang di beri MyKad Free.... wakakakakaaaaa....!!!! Gua anti dan boikot semua restoran2 mamak Kimma dan Presma - sebab diorang sokong BN. Gua anti dan menyampah dengan mamak2 dalam umno - sebab diorang kaki putaq alam lidah biawak, dan menyemak dalam parti melayu. Gua tak anti dengan mamak2 yang selain daripada mamak2 di atas.... jangan marahhhh... aaarrr.. mamak2 sekalian.... kah...kah...kah.... BOIKOT RESTORAN MAMAK KIMMA DAN PRESMA....hahahahaha....!!!!! ABU...ABU...ABU... Sebab pelihara Mamak dalam Parti Orang Melayu...!!!! IkutSukaAku ISA

Zahid Hamidi Gagal Tolak Saman Tumbuk Ahli Perniagaan


Jumaat, 16 Mac 2012 - Zahid Hamidi Gagal Tolak Saman Tumbuk Ahli Perniagaan Menteri gagal tolak saman tumbuk ahli perniagaan Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman yang dibawa oleh seorang ahli perniagaan, yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuan menteri itu. Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, dan mengarahkan menteri itu untuk membayar RM5,000 sebagai kos. Ahli-ahli panel yang lain ialah Hakim Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali. Ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 40, memfailkan saman itu pada 4 Julai 2007, mendakwa bahawa beliau telah dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Ahmad Zahid pada 16 Januari, 2006. Keputusan itu dicapai selepas mahkamah mendengar penghujahan peguam Shamsul Bahari Ibrahim yang mewakili Ahmad Zahid, dan memutuskan bahawa ia tidak perlu bagi peguam, Amir Bazli, Karpal Singh, untuk membuat penghujahan. APA DOSA AMIR BAZLI ABDULLAH? Ini adalah kisah yang membabitkan hubungan cinta antara En Amir Bazli Abdullah dengan Nurul Hidayah Ahmad Zahid (Dato' Ahmad Zahid Hamidi - hari ini adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini adalah menteri Penerangan - sekarang Menteri Pertahanan -GB). Percintaan terhalang ini mengakibatkan En Amir Bazli Abdullah menghadapi kecederaan kekal di mukanya. Amir Bazli Abdullah diculik dan dipukul dengan begitu teruk hanya kerana menjalinkan perhubungan cinta dengan Nurul Hidayah, Puteri Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini telah menyebabkan kehidupannya berubah dengan kecacatan kekal di muka dan hidung beliau. Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan rajan-rakan "gangstser" beliau telah melakukan semua ini dan sehingga hari ini masih bebas tanpa diambil sebarang tindakan. Dato' Ahmad Zahid Hamidi adalah orang yang bertanggungjawab dan sepatutnya beliau perlu dihakim atas tindakan melampau beliau. Pendedahan ini akan memaparkan kebenaran apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa tindakan masih tidak diambil ke atas Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Adakah kerana beliau berjawatan Timbalan Menteri, maka beliau berhak untuk melakukan apa sahaja sehingga melakukan kenayah yang melibatkan penculikan, penderaan, pukul dan mengugut bunuh? Sehingga hari ini masih tiada lagi siasatan yang benar-benar telus dilakukan. Sehingga hari ini mereka yang terlibat masih di luar sana serta bebas dan yang paling menyedihkan penjenayah ini sekarang bergelar Menteri. Berikut adalah petikan dari media Sunday Mail 21-22 Julai 2007 yang telah memaparkan insiden tersebut. Ini adalah hasil dari kegagalan pihak polis dalam melakukan siasatan terperinci mengenai kes tersebut. Kenapa sehingga kini tidak ada pendakwaan. Suratkhabar ini telah memaparkan kecederaan yang dialami oleh Amir Bazli Abdullah serta sebab yang menyebabkan beliau dipukul dengan begitu teruk oleh kumpulan Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Dato' Ahmad Zahid Hamidi tindakan Amir Bazali hanya untuk memburuk-burukkan namanya dan adalah mustahil beliau melakukan perkara ini semata-mata kerana Amir Bazli keluar "temujanji" dengan anaknya. [Nota: Ini menjawab saranan komentar yang menyatakan Amir Bazli layak dipukul kerana keluar tanpa persetujuan.] Dato' Ahmad Zahid Hamidi yang menolak tuduhan itu dengan alasan hanya bertujuan untuk memburukkan namanya tetapi tidak mengambil sebarang tindakan atas tuduhan yang dibuat oleh Amir Bazli Abdullah. Lebih memburukkan ialah polis turut "senyap" mengenai isu ini. Kenapa? Agak keterlaluan sekiranya Amir Bazli terpaksa memukul dirinya sedemikian rupa dengan mengalami kecacatan semata-mata untuk memburukkan nama Dato' Ahmad Zahid Hamidi. Ini tidak logik dan sukar diterima akal. Persoalan-persoalan tuduhan ini sepatutnya dirungkai oleh pihak polis demi untuk mencari kebenaraan (dan keadilan). Ini kes jenayah dan tuduhan adalah tuduhan jenayah. Persoalan ini memerlukan siasatan dan pembelaan. Apakah dengan penafian Dato' Ahmad Zahid Hamidi sahaja cukup untuk menolak perbuatan jenayah yang beliau lakukan. Apakah hasil siasatan yang dibuat oleh polis? Adakah Amir Bazli mencederakan dirinya sebegitu rupa, mengalami kecederaan kekal hanya untuk membuerukkan nama Dato' Ahmad Zahid Hamidi? Adakah kecederaan di muka Amir Bazli >tidak menimbulkan sedikit kemusykilan dari pihak polis? Kenapa tidak disiasat dan sekiranya Amir Bazli menipu,mengenai isu ini kenapa beliau tidak diambil tindakan kerana laporan palsu? Ini semua menaikkan bulu kening. Polis tidak mengambil langkah-langhkah yang sepatutnya dalam memastikan kebenaran terselongkar. Sekiranya tidak, maka timbul spekulasi bahawa polis bertindak menyorokkan insiden ini hanya kerana Dato' Ahmad Zahid Hamidi seorang yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan. Adakah kedudukkan ini melayakkan undang-undang diketepikan dan mengsa terbiar tanpa pembelaan? -Sumber Kelab Greenboc

Timbalan Menteri berbohong, dakwa Anak



NOOR AZURA SAHRIL
15 Mac 2012
MAZLAN-ALIMAN
KUALA LUMPUR - Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berbohong bahawa peneroka Felda tidak akan terjejas dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Pengerusi Anak, Mazlan Aliman berkata, Ahmad berbohong di Parlimen kelmarin apabila mengatakan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia adalah ‘durian runtuh’ kepada peneroka yang merupakan pemegang saham utama dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF).
“Saya mengikuti perbahasan itu dan Ahmad telah berbohong di Parlimen, apabila beliau mengatakan peneroka tidak akan terjejas dengan penyenaraian FGVH.
“Sedangkan saya ada bukti, hujah dari pakar-pakar ekonomi bahawa peneroka akan terjejas sekiranya tindakan penyenaraian itu dilaksanakan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Mazlan berkata, adalah salah di sisi undang-undang untuk memindahkan tanah Felda di bawah penyenaraian FGVH.
Di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, tanah Felda hanya boleh dimiliki oleh koperasi dan individu, bukan entiti komersial seperti FGVH.
Justeru katanya, Anak akan memfailkan injunksi mahkamah akhir bulan ini atas sebab-sebab ini untuk menghalang penyenaraian tersebut.
“Kami akan memfailkan injunksi untuk memastikan bahawa tanah Felda itu tidak akan disenaraikan,” katanya
Hadir sama pada sidang media itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Timbalan Presiden Anak; Razman Zakaria serta Penasihat Ekonomi Anak; Rosli Yaakob.
Mazlan juga mengulangi kesediaannya untuk berdebat dengan Ahmad berhubung isu Felda.
“Saya ajak dia debat dalam isu Felda, namun beliau mahukan dialog terbuka. Tetapi sehingga hari ini, tiada lagi maklum balas darinya,” katanya.