Saturday, June 2, 2012

Bahagian II: Pas tidak akan khianati janji dalam Pakatan

Bahagian II: Pas tidak akan khianati janji dalam Pakatan - Wawancara - Sinar Harian:

Bahagian II: Pas tidak akan khianati janji
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
Setakat ini, bagaimana perbincangan agihan kerusi dengan komponen PR?

MUSTAFA
: Sehingga kini, beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan telah selesai. Negeri lain hanya berlaku sedikit pertindihan dan akan diselesaikan dalam mesyuarat akan datang.

Sejauh mana keyakinan Pakatan Rakyat untuk menang pada PRU akan datang? Ada yang mendakwa Pakatan Rakyat terlalu yakin. Komen Datuk?

MUSTAFA
: Kami tidak terlampau yakin, tetapi yakin boleh menang. Masalah menang atau kalah, bergantung kepada sokongan rakyat, sebab itu sokongan rakyat itu dapat dilihat di Semenanjung dan di Sabah serta Sarawak.

Pokoknya sekarang, sokongan BN semakin menurun, dan PR semakin meningkat naik. Siapa yang menang antara BN dan PR, dijangka akan berlaku majoriti mudah. Tidak akan ada majoriti dua pertiga.

Bermakna kita akan berhadapan dengan Parlimen gantung?

MUSTAFA
: Jangkaan saya tidak akan berlaku Parlimen tergantung dan yang menang sama ada PR atau BN tidak boleh dapat dua pertiga majoriti.

Selain sokongan rakyat, apakah faktor lain yang mendorong keyakinan PR untuk menang?

MUSTAFA
: Daripada sudut lain, kepimpinan PR begitu rapat di antara satu sama lain, meskipun sedikit sebanyak pelbagai isu berlaku, tetapi isu tersebut boleh diselesaikan dengan mudah kerana komunikasi secara terus dengan kepimpinan dalam PR.

Bagaimana pula dengan soal pelaksanaan hudud, dan hubungan Pas dan DAP yang dibangkitkan (oleh pesaing politik)?

MUSTAFA
: Pelaksanaan hudud telah lama dibincangkan. Pas akui, dalam soal pelaksanaan hudud, berlakunya perbezaan, dan kita mengetahui DAP memang tidak setuju dengan hudud, tetapi menghormati pendirian Pas tentang hudud.

Kita tidak kata 100 peratus sama, di mana ada perbezaan antara Pas dan DAP, tetapi persamaan dalam kalangankita itu jauh lebih besar daripada perbezaan. Persoalan sepatutnya ditanya,
mengapa Umno yang seratus peratusnya Islam, menolak pelaksanaan hudud dan pastinya mereka tidak boleh jawab. Kalau bukan Islam tidak setuju, itu boleh difahami, tetapi DAP hormati pendirian Pas. Itu bezanya.

Bertolak dari itu, bagaimana pula isu muzakarah antara Pas dan Umno?

MUSTAFA
: Muzakarah ini telah disalah tafsir oleh media. Bila disebut muzakarah untuk menerangkan tentang Islam, bukanlah bermaksud kerjasama Umno dan Pas. Isu ini sudah lama, sejak dulu lagi.

Kita sekarang ini berdepan dengan PRU, bukan lagi kerjasama politik antara Pas dengan Umno, sebaliknya Pas konsisten hanya dengan Pakatan.

Mengapa Pas tidak pernah terlintas untuk berkerjasama dengan Umno?

MUSTAFA
: Berdasarkan pengalaman terdahulu, Umno pada awalnya mempunyai hasrat yang jujur, tetapi hasrat pemimpin kini tidak lagi sedemikian. Pengalaman lalu, sesiapa yang bekerjasama dengan Umno akan dikawal dan selepas itu banyak berlakunya perbezaan pandangan.

Peluang untuk kerjasama itu tidak berlaku kali ini, biarlah PR menghadapi PRU kali ini, untuk 50 tahun akan datang, kita tidak tahu.

Adakah ini kerana Pas melihat ia kuat manakala Umno dilihat sebaliknya?

MUSTAFA
: Soal Pas kuat atau BN lemah, bukan isunya. Kami tidak mahu mendabik dada, tetapi kita tidak akan mengkhianati perjanjian dengan komponen Pakatan Rakyat dan akan lawan BN menghadapi PRU ini.

PR memperjuangkan keadilan, kesaksamaan dan Umno tidak menunjukkan sikap seperti itu.

Yakin menang di Perak, Terengganu, Negeri Sembilan

Sebelum ini Pakatan sepakat bahawa Selangor tidak menyertai pilihan raya serentak, sekiranya PRU diadakan pada Jun atau Julai ini?

MUSTAFA
: Sekiranya PRU diadakan Jun, Julai ini, Selangor tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri kerana daftar pemilih terlalu kotor, penambahan yang terlalu banyak.

Namun melihat kepada perkembangan semasa, kemungkinan PRU pada tarikh lain, ia akan dipertimbangkan sekiranya daftar pemilih sudah dibersihkan.

Apakah Pakatan Rakyat akan memboikot jika PRU13 diadakan tanpa daftar pemilih dibersihkan?

MUSTAFA
: PR tidak akan memboikot PRU kerana yakin boleh menang meskipun dengan demokrasi yang tempang. Begitu juga negeri lain, pilihan raya akan berlangsung serentak.

Berapa buah negeri yang yakin akan dimenangi oleh PR?

MUSTAFA
: Negeri yang dimenangi sebelum ini akan dikekalkan. PR yakin untuk menang di Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan negeri yang lain akan berlaku peningkatan sokongan terhadap PR Di Pahang, keluasannya besar dan merupakan negeri (kelahiran) Perdana Menteri, tidak mudah bagi PR tetapi yakin akan berlaku peningkatansokongan.

Bagaimana Datuk melihat tsunami pada kali ini?

MUSTAFA
: Pada PRU kali ini, saya melihat kecenderungan tsunami muncul dari arah selatan di mana sokongan di negeri Johor khususnya semakin meningkat, tidak seperti dahulu di mana kita sering hilang deposit. Kita nampak peningkatan kali ini.

Kenapa Datuk berkata tsunami kali ini muncul dari selatan?

MUSTAFA
: Kita yakin tsunami muncul dari selatan sebab tsunami dari arah utara sudah kering, sudah tepu. Jadi tsunami dari arah selatan pula.

Tawaran Pas dan harapan menjelang PRU akan datang?

MUSTAFA
: Dalam Buku Jingga, Pas dan komponen parti dalam Pakatan menawarkan pelbagai aspek meliputi ekonomi, pendidikan, dan pelbagai lagi.

Manifesto PR hanya satu. Pas tiada manifesto, begitu juga PKR dan DAP, hanya satu manifesto bersama. Manakala di peringkat negeri juga, hanya ada satu sahaja.

Adakah Pas risau akan populariti dan imej Datuk Seri Najib Razak?

MUSTAFA
: Itu tidak menjadi masalah kepada Pas. Ini kerana yang memberi warna terhadap sokongan kepada Najib hanyalah media. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan bekas pimpinan kerajaan dan mempunyai nama akan menyertai Pas.

Saya tidak mahu menyebut nama mereka sekarang, tetapi dari semasa ke semasa akan dedahkan. Pada Perhimpunan Hijau di di Alor Setar, 1 Jun ini saya akan dedahkan beberapa nama. Ini juga termasuk bekas Ketua Setiausaha.

Komen Pas akan kenyataan Pengerusi DAP, KarpalSingh baru– baru ini akan memperjuangkan Perdana Menteri (PM) bukan Melayu?

MUSTAFA
: Saya telah meminta penjelasan daripada Karpal dan Penasihat DAP, Lim Kit Siangbenarkah kenyataan itu tetapi mereka menjelaskan bahawa ada sebahagiannya tidak betul dan disalah tafsir.

Dalam perlembagaan menyebut, PM tidak terikat kepada satu kaum sahaja, tetapi memperjuangkan Perdana Menteri Melayu, ini tidak disebut oleh Karpal. DAP tidak pernah menuntut PM dalam kalangan bukan Melayu dan DAP juga sedia maklum, PM mesti orang Melayu.

'via Blog this'

renung-renungkan ..

Anak Kelantan Di Perantauan

Panas!!!!! Rahsia Dari Sabah Terbongkar!!!!

agen dsai












Saudara Pengarang,

SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Hj. Mohammad Bin Mentek dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Ismail Ahmad berhubung kehadiran seorang Warga India yang dilantik sebagai 'Anak Angkat' Jabatan Imigresen Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah.

Saya, Chung Su Li (530316-12-XXXX) ingin melaporkan tentang salah laku seorang warga India yang bernama Nasir Bin Yusuf atau yang lebih dikenali Latiff. Beliau merupakan seorang agen pekerjaan swasta (haram) yang mempunyai 'kuasa non-eksekutif' untuk keluar masuk semua jabatan kerajaan, terutama Imigresen Sabah sesuka hati beliau.
Nasir @ Latiff yang memegang kad pengenalan projek 620605-12-6421 dan tinggal di 3L-3I, Country Height seolah-olah berjaya menjadi salah satu warga Imigresen atau ‘Pegawai Khas’ yang tidak potfolio di Jabatan Imigresen.

Untuk makluman, Nasir @ Latiff telah berjaya menjadi agen pekerjaan swasta yang paling berkuasa tanpa kelulusan Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk menguruskan pasport, visa dan dokumen lain kepada orang ramai tanpa lesen dan berjaya mengaturkan sindiket kad pengenalan projek kepada warga asing seperti India, Indonesia dan Filipina.

Majoriti rakyat India kenal Nasir @ Latiff kerana beliau telah membeli 'hati dan khidmat' semua pegawai yang bertugas di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara; sekalipun dengan sarapan mi kosong, top-up kredit telefon sehinggalah kepada nasi briyani istimewa.

Setiap urusan Nasir @ Latiff di dua jabatan penting ini dipermudahkan kerana beliau akan dilayan dahulu dan segala urusan beliau disegerakan; malah semua urusan yang menggunakan khidmat beliau 'LULUS' segera.

Nasir @ Latiff membuka sebuah kedai, JJ One Phone di Lot 57, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu untuk menutup segala aktiviti haramnya. Jika diperiksa kedai ini, sudah pasti terdapat tidak kurang 50 passport dalam satu-satu masa di situ. Kedai ini dibuka untuk memperlihatkan wang yang ada padanya datangnya daripada hasil untung kedai tersebut.

Untuk makluman, Nasir @ Latiff mempunyai pengaruh yang amat kuat di Jabatan Imigresen Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara. Semua pegawai jabatan ini dirosakkan dengan mengajar mereka budaya menerima suapan @ rasuah. Pegawai dua jabatan penting ini terpaksa menerimanya kerana pegawai berpangkat tinggi turut terlibat dalam menerima rasuah.

Mengikut siasatan saya, pendapatan Nasir @ Latiff daripada menguruskan dokumen melalui jalan songsang ini boleh mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan. Pendapatan seperti ini tidak perlu dibayar cukai sama sekali kerana tidak dapat dibuktikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Maka atas dasar inilah, beliau semakin hari semakin berani. Semuanya bermula pada tahun 2011, apabila Nasir @ Latiff telah mula menjadi salah satu agen membuat IC di Sabah yang mengenakan caj antara RM30,000 sehingga RM 70,000 setiap satu kad pengenalan.

Sindiket yang didalangi oleh rangkaian besar yang terdiri daripada pegawai JPN berjaya membuatkan IC kepada sekurang-kurang 30 orang setakat ini di Sabah. Saya mendapat tahu rangkaian ini diketuai oleh pegawai JPN Putrajaya dan Sabah iaitu Rahman (Gred 42-Ketua Unit Khas Sabah di Putrajaya); Farah; Susilan serta Ruslan Bin Alias (Pegawai Unit Khas) serta Suzie Binti Rafie (Pendaftaran K.K).

Pada mulanya, Jaafaer Henry yang membantu Nasir @ Latiff melalui Suzie untuk mendapatkan IC tersebut. Setelah berjaya mendapatkan IC untuknya, Nasir @ Latiff mula mencari untung dengan menawarkan IC kepada orang ramai dengan kaedah tersebut.

Mereka akan mengeluarkan kad Pengenalan orang yang telah mati atau Kad yang tidak dipungut oleh pemohon kepada pemohon yang bersedia membayar dengan jumlah yang diminta.

Mengikut Modus Operandi, mereka akan diberikan Sijil Lahir, Nombor IC Lama dan MyKad baru. Antara yang berjaya mendapat IC melalui cara ini ialah Musakkar bin Abdullah (620305-12-5961) yang sebelum ini menggunakan nama Kadersha Mydeen dalam pasport India bernombor A7754373 dan kini menjadi pemilik Restoran Farveen Curry House, berhampiran Shell, Kampung Air, Kota Kinabalu.

Sejajar dengan cadangan pengumuman penubuhan RCI oleh Perdana Menteri, maka sewajarnya bermula di Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Sabah dan jadikan Naser @ Latiff sebagai salah seorang 'Target' siasatan dan TOR yang mampu memberikan bukti yang melampaui keraguan munasabah.

Salam Hormat, CHONG SU LI

Himpunan Hijau