Tuesday, June 5, 2012

Ketua Pasukan Pemerhati PBB mengakui bahawa usaha mereka gagal untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Syria.

Ketua Pasukan Pemerhati PBB mengakui bahawa usaha mereka gagal untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Syria.

Pasukan Pemerhati seramai 300 orang dihantar oleh PBB untuk memantau perjalanan pelan damai yang dicanang oleh Koffi Annan dan jelas ia gagal. 

Hal ini berikutan pembunuhan demi pembunuhan tetap dilakukan oleh rejim Basyar walaupun mereka dikecam keras dunia.

Ternyata, krisis yang berlaku di Syria hanya dapat diatasi dengan jihad.

Gambar ini menunjukkan seorang kanak-kanak kecil tetap senyum walaupun badannya dipenuhi darah akibat kekejaman rejim Basyar.

Ini adalah di antara wira rakyat Syria sekarang. Beliau bernama Abdul Razak Tllas

Ini adalah di antara wira rakyat Syria sekarang. Beliau bernama Abdul Razak Tllas yang kini merupakan Komander Briged el-Farouq. 

Beliau memasuki Tentera Bebas Syria ketika awal kebangkitan rakyat Syria sebelum ini dan memimpin Briged el-Farouq. 

Briged el-Farouq merupakan di antara pasukan Tentera Bebas Syria yang begitu digeruni oleh rejim Syria.

Semoga Allah memanjangkan usia dan memelihara Abdul Razak Tllas.

-------

Lihat pautan ini berkenaan beliau : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=P_p3zrbdiQo

FB beliau : البطل عبد الرزاق طلاس

Tentera Bebas Syria di Damsyiq telah mengeluarkan kenyataan bahawa adik ipar kepada Basyar Al-Asad, Asif Syaukat dan beberapa pimpinan rejim Basyar telah mati dibunuh

Tentera Bebas Syria di Damsyiq telah mengeluarkan kenyataan bahawa adik ipar kepada Basyar Al-Asad, Asif Syaukat dan beberapa pimpinan rejim Basyar telah mati dibunuh dalam pertempuran yang sengit hari ini (20 Mei 2012) di bandar Damsyiq.

Pimpinan rejim tersebut antaranya ialah Muhammad Sya'ar (Menteri Dalam Negeri Syria), Dawud Raajihah (Menteri Pertahanan) dan beberapa lagi pimpinan rejim.

Asif Syaukat pernah dilantik sebagai Pengarah Perisikan Tentera Syria dan menjadi di antara ahli keluarga Basyar yang banyak membantu Basyar meneruskan kezalimannya ke atas rakyat Syria.

Apa yang pasti, berita sebegini tidak akan sama sekali disiarkan oleh televisyen Syria bahkan kemungkinan mereka akan menafikan berkenaan kematian ini sebagaimana kematian As-Syahidah Zainab Al-Husni yang pernah kami dedahkan sebelum ini.

Insya-Allah ini petanda awal kemenangan rakyat Syria. Allahu Akbar!

Lihat pautan ini : http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=jK5haZQSaPc

Sarjan Mahmoud Abdul-Qader, komander Briged Usama bin Zaid telah gugur syahid dalam pertempuran dengan rejim Syria di Idlib.

Sarjan Mahmoud Abdul-Qader, komander Briged Usama bin Zaid telah gugur syahid dalam pertempuran dengan rejim Syria di Idlib.

Ternyata cita-citanya untuk bertemu tuhan-Nya telah dikabulkan dengan pengakiran hidupnya yang begitu mulia, dengan dikurniakan syahid.

Semoga Allah memberkati as-syahid dan memberi kerehatan kepada beliau di syurga sana setelah berhempas pulas berjihad di dunia yang fana' ini. Al-Fatihah.

senarai nama pimpinan rejim Basyar yang terbunuh dalam pertempuran sengit di Damsyiq

Berdasarkan berita yang telah kami siarkan berkenaan kematian Asif Syaukat, adik ipar Basyar, berikut adalah senarai nama pimpinan rejim Basyar yang terbunuh dalam pertempuran sengit di Damsyiq semalam (20 Mei 2012).

Selain Asif Syaukat (adik Ipar Basyar), ialah Muhammad Sya'ar (Menteri Dalam Negeri), Dawud Raajihah (Menteri Pertahanan), Hassan Turkmani, Hisyam Bakhtiar, Muhammad Sa'iid Bakhaitan, Salih al-Naimi, dan Ali Mamlouk.

Nampaknya berita-berita berkenaan kematian ini, pihak rejim tidak menyiarkannya di televisyennya akibat bimbang ia diketahui dunia dan akan melemahkan pihak tentera rejim.

tentera Lubnan juga membuat pakatan dengan Hizbullah (baca : Hizbul Lat) dan dibantu oleh rejim Syria untuk melakukan keganasan terhadap Sunni di Lubnan

Di Lubnan semalam (20 Mei 2012) berlaku satu rusuhan yang mengakibatkan 2 terkorban dan 9 tercedera. Dua orang yang terbunuh tersebut adalah ulama' Sunni, Syeikh Ahmed Abdul Wahid (gambar) dan Syeikh Mohammad El-Mar'ab yang ditembak semasa pemeriksaan keselamatan oleh tentera Lubnan. 

Nampaknya tentera Lubnan juga membuat pakatan dengan Hizbullah (baca : Hizbul Lat) dan dibantu oleh rejim Syria untuk melakukan keganasan terhadap Sunni di Lubnan. Ia juga adalah untuk memberi tekanan kepada kebangkitan rakyat Sunni di Syria.

angkara puak Syiah yang telah banyak terpesong akidah mereka

Seorang tentera berpangkat Sarjan (nama terpaksa dirahsiakan untuk keselamatan) menghantar mesej pada inbox kami membenarkan pendedahan kami apa yang berlaku di Lubnan. Beliau merupakan tentera berpangkat sarjan yang ditugaskan untuk bertugas di bawah PBB di Lubnan. 

Beliau memberitahu bahawa pernah bersembang dengan tentera Lubnan tentang perselisihan yang berlaku di Lubnan, dan tentera tersebut menyatakan bahawa ianya adalah disebabkan angkara puak Syiah yang telah banyak terpesong akidah mereka. 

Beliau menyebut, sebagai contohnya pengalaman beliau melihat anak muda mereka yang Syiah bertatu dan laungan azan mereka tidak menyebut Nabi Muhammad, akan tetapi menukarkannya kepada ya Ali.

Beliau juga menceritakan berkenaan negara Iran yang juga sama seperti apa yang berlaku di Lubanan tersebut. Oleh kerana itulah tentera Lubnan (Syiah) baru-baru ini menyerang golongan Sunni di Lubnan kerana untuk melemahkan Sunni di Lubnan dan juga memberi tekanan kepada kebangkitan rakyat Sunni di Syria.

----------

Maka tidak mustahil kenapa Hizbullah (Baca : Hizbul Lat) dan juga Iran begitu bersungguh-sungguh menghantar bantuan ketenteraan dan juga senjata bagi membantu rejim Basyar membunuh dan menyembelih rakyat Sunni di Syria.

As-Syahid Syeikh Ahmed Abdul Wahid, ulama' Sunni Lubnan yang dibunuh ketika pemeriksaan keselamatan oleh tentera Lubnan

Wajah As-Syahid Syeikh Ahmed Abdul Wahid, ulama' Sunni Lubnan yang dibunuh ketika pemeriksaan keselamatan oleh tentera Lubnan pada 20 Mei baru-baru ini.

Syeikh merupakan di antara ulama' yang lantang bersuara menyokong kebangkitan rakyat Sunni di Syria dan telah menguruskan pelarian-pelarian rakyat Syria di Lubnan.

Syeikh di antara yang dibunuh dalam satu rusuhan yang berlaku di Lubnan hasil pakatan Hizbullah (baca : Hizbul Lat) dan dibantu oleh rejim Syria untuk melakukan keganasan terhadap Sunni di Lubnan.

Semoga Allah mengurniakan syurga buat syeikh. Insya-Allah. Al-Fatihah.

"..Aku persembahkan anakku ini untuk menjadi penghuni syurga-Mu ya Allah.."

"..Aku persembahkan anakku ini untuk menjadi penghuni syurga-Mu ya Allah.."

Anak perempuan kepada Abu Ghani ini adalah di antara ribuan kanak-kanak yang gugur syahid akibat kekejaman rejim Basyar.

Anak kecil ini akan menjadi penghuni syurga yang kekal abadi. Insya-Allah.

muslimah Syria telah bergabung tenaga berjihad bersama-sama Tentera Bebas Syria

Akibat tindakan ganas rejim Basyar, Hizbullah (Baca : Hizbul Lat), Iran, Tentera Mahdi Iraq dan beberapa lagi kekuatan tentera bukan sahaja membunuh rakyat awam akan tetapi merogol dan mencabul kehormatan muslimah Syria.

Oleh yang demikian, muslimah Syria telah bergabung tenaga berjihad bersama-sama Tentera Bebas Syria untuk memelihara maruah agama dan diri mereka.

Gambar ini menunjukkan sebahagian daripada mujahidah Syria yang bersama dengan Briged Syahid Ahmed Khalf yang merupakan kumpulan Tentera Bebas Syria yang bergabung dengan Briged Mohammed bin Abdullah.

Semoga Allah memelihara dan memberi pertolongan kepada mereka. Insya-Allah.

Operasi culik komander Tentera Bebas Syria tumpas

Operasi culik komander Tentera Bebas Syria tumpas

Menurut laporan laman PALTIMES, pihak berkuasa Turki telah berjaya menumpaskan satu operasi menculik Kolonel Riadh Musa Al-As'ad, komander Tentera Bebas Syria dari sebuah kem tentera yang diduduki As'ad. 

Dalam operasi cubaan penculikan ini, tiga individu yang terlibat telah ditangkap, dua orang warga Turki dan seorang warga Syria.

Menurut laporan, individu-individu tersebut telah ditangkap pada hari Rabu yang lalu dan soal siasat telah dijalankan berhubung pertuduhan ke atas mereka. Bagaimanapun, hakim telah membebaskan mereka.

Menurut sumber akhbar yang lain pula, Kolonel Mustafa Harmush salah seorang dari pengasas Tentera Bebas Syria telah diculik baru-baru ini hasil kerjasama antara perisik Syria dengan beberapa orang anggota perisikan dari Turki dan telah dibawa ke Syria.

Pada waktu itu, Kementerian Luar Turki telah mengumumkan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Syria yang pulang ke negaranya. Lantas perkara ini mendorong kepada tafsiran bahawa anggota perisikan dari Turki tersebut telah mengadakan kerjasama secara sulit dengan Syria.

Mereka disogok habuan bayaran wang demi menculik pegawai-pegawai tentera Syria yang berpaling dari rejim Asad yang mana pegawai-pegawai berkenaan berada di sempadan Turki-Syria.

Selepas timbulnya dakwaan ini, pihak-pihak berkuasa Turki telah memperhebatkan lagi operasi untuk membanteras kes ini daripada terus berlaku.

akhirnya Syeikh Ahmad Muaz al-Khatib Al-Hasani dibebaskan

Setelah desakan dan kempen besar-besaran yang dilakukan oleh rakyat Syria dan dunia, akhirnya Syeikh Ahmad Muaz al-Khatib Al-Hasani dibebaskan hari Selasa yang lalu.

Kami pernah siarkan berkenaan penangkapan syeikh baru-baru ini, disebabkan beliau merupakan ulama' dan bekas imam Masjid Umawi yang begitu ditakuti oleh rejim Basyar.

Terima kasih di atas doa seluruh umat Islam. Teruskan berdoa agar Allah memberi kemenangan kepada rakyat Syria.

Sebarkan maklumat kepada masyarakat berkenaan kezaliman yang berlaku di Syria

Ramai yang bertanya apakah peranan yang boleh dimainkan oleh rakyat Malaysia terhadap kebangkitan umat Islam di Syria khususnya.

Antara peranan yang boleh dimainkan oleh kita ialah :

1) Prihatin terhadap isu-isu yang berlaku di Syria atau isu ummah secara keseluruhannya.

2) Sebarkan maklumat kepada masyarakat berkenaan kezaliman yang berlaku di Syria. 

(Klik share setiap maklumat yang kami kongsikan dan share page ini kepada masyarakat yang lain)

3) Hulurkan bantuan kewangan kepada rakyat Syria yang memerlukan.

4) Teruskan berdoa agar mereka dibebaskan daripada pemerintah yang zalim rejim Basyar dan semoga Allah sentiasa memelihara rakyat Syria.

5) Jangan tertipu dengan berita-berita daripada kebanyakan media yang begitu mengelirukan.

6) Kenali dan peka terhadap sebarang anasir Syiah dan Zionis agar umat Islam di Malaysia tidak tertipu dan menerima nasib sebagaimana di Syria.

7) Merasakan Syria adalah sebahagian daripada tanah Umat Islam yang perlu dipertahankan. Ini kerana terdapat banyak hadis nabi yang menceritakan berkenaan bumi Syam.

Kerajaan Rusia menghantar sebuah kapal kargo yang dipenuhi senjata untuk memberi bantuan kepada rejim Basyar.

Kerajaan Rusia menghantar sebuah kapal kargo yang dipenuhi senjata untuk memberi bantuan kepada rejim Basyar.

Menurut sumber, Kapal "Broviissour Katzman" tersebut berlayar daripada Pelabuhan St. Petersburg di Rusia dan kini di Laut Mediterranean Timur. Kapal tersebut tidak menyatakan di manakah destinasinya yang terakhir akan tetapi sumber menyebut bahawa kapal ini akan mendarat di Pelabuhan Tartous, Syria.

Ini satu lagi bukti bahawa rejim Basyar dan sekutunya langsung tidak mempedulikan pelan damai yang dicanangkan oleh Koffi Annan dan juga PBB.

sumber : http://www.iumsonline.org/ar/default.asp?menuID=26&contentID=4356

Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengutuk kezaliman rejim Basyar

Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengutuk kezaliman rejim Basyar dalam khutbah beliau pada hari Jumaat semalam (25 Mei 2012) di Masjid Umar Al-Khattab di Doha.

Antara ucapan beliau :

Sesungguhnya aku melihat kehancuran dan kematian Basyar Al-Asad beserta tenteranya dengan mata kepalaku.

Justeru itu, beredarlah wahai Basyar Asad sebelum rakyat mengambil tindakan tegas kepada kamu. Nanti kamu akan mengalami kesusahan.

Seluruh bangsa Arab, umat Islam dan seluruh manusia memarahi dan membenci kamu. 

Dr. Qaradhawi berkata lagi : "Kamu adalah musuh kepada rakyat! Kalian semua adalah penghisap darah!"

Dengan kereta kebal, jet pejuang dan senjata berat, kalian membunuh kanak-kanak, meruntuh dan merobohkan rumah dan menghina maruah rakyat.

Namun ingatlah! Kezaliman tidak akan kekal lama. Allah sangat murka kepada orang yang zalim lagi angkuh.

Basyar! Anda sudah melampaui batas. Anda penumpah darah, pembunuh dan penjenayah.

Kemudian Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berdoa kepada Allah s.w.t :

Ya Allah, berilah bantuan kepada mujahidin di Syria dan sembuhkanlah orang cedera di kalangan mereka.

Ya Allah, bertindaklah ke atas Basyar dan tenteranya, pisahkan kesatuan mereka dan pecahkanlah himpunan mereka. Letakkan mereka dalam zon bencana dan turunkan azab siksa ke atas mereka!

Ameen..

Sumber : http://qaradawi.net/component/content/article/5880.html

Pautan khutbah penuh : http://www.youtube.com/watch?v=OZjNdPHhvE4&feature=youtu.be

Tentera Bebas Syria

Tentera Bebas Syria merupakan pasukan tentera yang terdiri daripada pimpinan dan juga tentera yang berpaling tadah daripada rejim Syria dan menyokong kebangkitan rakyat.

Sehingga kini, mereka merupakan tentera yang bertanggungjawab memelihara rakyat Syria daripada kekejaman rejim Basyar dan sekutunya. Mereka juga bertanggungjawab memelihara Syria daripada kerakusan rejim Basyar yang kelihatan semakin hari semakin kejam.

Walaupun Tentera Bebas Syria serba kekurangan dari sudut persenjataan, namun semangat jihad mereka jelas menggerunkan pihak rejim.

Teruskan berdoa untuk mereka agar doa kita menjadi pembantu kepada mereka berjihad dan berjuang menghadapi rejim Basyar yang begitu zalim.

Moga kemenangan menjadi milik rakyat Syria. Insya-Allah.

Nota : Untuk lebih jelas sila muat turun doa ini dan sebarkan.

keluarga As-Saleem itu dikerat badan mereka satu persatu oleh rejim Basyar La'natullah.

Hama : Setelah masyarakat setempat dilaporkan dengan kehilangan seorang ibu dan empat orang anaknya akibat diculik oleh pihak rejim beberapa hari yang lalu.

Akhirnya masyarakat setempat menemui mereka dalam keadaan yang cukup mengerikan. Mereka yang berasal daripada keluarga As-Saleem itu dikerat badan mereka satu persatu oleh rejim Basyar La'natullah.

Semoga Allah mengurniakan syahid kepada mereka dan mela'nat rejim Basyar.

Pautan ini menunjukkan solat jenazah yang dilakukan ke atas mereka :https://www.youtube.com/watch?v=y8VX2mBXLZE&feature=relmfu 

Penyembelihan Haulah

Penyembelihan Haulah: Rejim Basyar yang semakin tertekan dengan kematian pembesar mereka 'mengamuk' Jumaat lalu dengan menyembelih penduduk sebuah kampung, Haulah dalam bandar Homs yang mengakibatkan 114 orang awam terkorban. 

Operasi antara yang terbesar itu sejak tercetus revolusi 15 bulan lalu hanya mengambil masa 12 jam. Paling tragis ialah ia turut menyaksikan 55 orang kanak-kanak disembelih selepas tangan mereka diikat. 

Berikutan penyembelihan yang tragis itu, Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang menyeru Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar. 

"Tentera Syria Bebas" berjanji tidak akan berdiam diri dan akan menuntut bela atas kematian rakyat awam tersebut.

Anda masih mengharapkan PBB yang sememangnya bertugas sebagai pemerhati tanpa melakukan apa-apa?

Apa yang wakil pemerhati PBB (yang tertera di jaket UN) buat setelah lebih 100 penduduk Haulah disembelih? Anda masih mengharapkan PBB yang sememangnya bertugas sebagai pemerhati tanpa melakukan apa-apa?

betapa jahat dan zalimnya Syiah.

Demi Allah, jika sekiranya masih ada yang menganggap apa yang berlaku di Syria adalah suatu yang dirancang oleh Barat, jelas mereka masih buta. Ya, buta hati dan buta mata.

Penyembelihan paling tragis yang berlaku di Haulah beberapa hari lalu yang menggugurkan ratusan syuhada' menunjukkan kepada kita bahawa betapa jahat dan zalimnya Syiah.

Ayuh umat Islam, hiasi malam kita semua dengan doa dan munajat kepada Allah agar rejim Basyar dijatuhkan segera yang mungkin. 

Adakah kalian semua masih lena tidur dalam keadaan saudara kita di Syria bergelumang dengan darah?

Seorang ahli perniagaan Arab Saudi telah mendermakan kesemua harta kekayaannya kepada Tentera Bebas Syria.

Seorang ahli perniagaan Arab Saudi telah mendermakan kesemua harta kekayaannya kepada Tentera Bebas Syria.

Lelaki tersebut telah mendermakan kesemua harta dan duitnya (kecuali rumah dan makanan keluarganya) kepada Tentera Bebas Syria. 

Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu bahawa beliau tergerak hati untuk buat sedemikian kerana melihat apa yang telah berlaku di Syria selama 15 bulan ini terutamanya tragedi di Haulah begitu menyayat hati.

Tetapi yang meyedihkan, masyarakat dunia masih membisu. Beliau menyebut lagi bahawa beliau bersedia untuk mengorbankan dirinya sendiri, kekayaan beliau dan anaknya demi Allah SWT. 

Semoga Allah merahmati insan mulia ini dan memurahkan rezekinya. Insya-Allah.

Bagaimana pula dengan kita?

Sumber : http://sabq.org/mnifde

satu pakatan Syiah untuk menghapuskan Sunni di Lubnan

Menurut sumber terbaru yang kami terima, krisis rusuhan yang berlaku di Lubnan baru-baru ini yang mengakibatkan kematian dua orang ulama' Sunni berkemungkinan besar ada kaitan dengan kebangkitan rakyat di Syria.

Ia seolah-olah wujud satu pakatan Syiah untuk menghapuskan Sunni di Lubnan pula. Satu pendedahan menyebut, seorang jeneral di Lubnan yang bernama John Kahwaji dan Presiden Lubnan, Micheel Suleiman yang beragama Kristian telah berpakat dengan Syiah Lubnan dengan mengarahkan tentera Lubnan menembak ulama' Sunni berkenaan dalam satu sekatan jalanraya baru-baru ini.

Adakah mereka merasakan bahawa tidak lama lagi Syria akan jatuh ke tangan rakyat dan mereka cuba membuat onar di Lubnan pula? Teruskan berdoa, semoga kemenangan menjadi milik rakyat Syria dan semoga Allah memelihara negara Umat Islam keseluruhannya.

Insya-Allah, kami akan dedahkan perkara ini satu persatu.

Tragedi Penyembelihan Haulah, Hama |

 Tragedi Penyembelihan Haulah, Hama |

1) Tempat Tragedi

Tragedi paling tragis sejak 15 bulan berlakunya kebangkitan rakyat di Syria ini berlaku di Kampung Taldou, Haulah. Kampung Taldou terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Haulah yang terletak di wilayah Homs, yang merupakan di antara wilayah yang paling teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar.

2) Mangsa Korban

- Mengorbankan 114 orang awam.
- Seramai 55 orang kanak-kanak gugur syahid.
- Seramai 59 orang wanita yang gugur syahid.

(Walaubagaimanapun, bilangan secara tepat mungkin bertambah daripada ini kerana masih ada yang belum dilaporkan dan ditemui).

3) Kronolgi Ringkas :

- Jumaat (25 Mei 2012), rakyat Syria di Kampung Taldou, Haulah keluar berkumpul menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh rejim. 

- Selepas solat Jumaat, masyarakat awam di Haulah keluar beramai-ramai sebagaimana juga di beberapa tempat di Syria seperti, Damsyiq, Aleppo dan kota-kota utama lainnya.

- Kira-kira jam 1 petang selepas selesai solat Jumaat, sedang masyarakat awam berkumpul, mereka disuraikan secara kasar oleh tentera rejim dengan tembakan rambang kepada masyarakat dan kelihatan juga kereta kebal yang digunakan oleh tentera rejim.

- Serangan bertubi-tubi tentera rejim kepada masyarakat awam yang tanpa senjata itu berterusan hampir 2 jam dan mengorbankan 3 nyawa ketika itu.

- Masyarakat awam terpaksa bersurai kerana dibimbangi semakin ramai yang akan dibunuh oleh rejim yang semakin menggila.

- Tidak cukup dengan serangan yang dilakukan, tentera rejim menghantar syabih (tali barut rejim yang berpakaian biasa) untuk menyerbu rumah-rumah di Kampung Taldou, Haulah. Mereka membunuh dan menyembelih setiap daripada masyarakat awam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa.

- Tragedi paling tragis itu berlaku bermula jam 4 petang (Jumaat, 25 Mei) sehingga jam 1 pagi (Sabtu, 26 Mei) tanpa henti yang mengorbankan 114 masyarakat awam (mungkin bertambah). 

4) Pihak yang bertanggungjawab

- Pihak tentera rejim Syria.'
- Syabih (Tali barut Basyar).

Nota : Teruskan berdoa agar Allah menghancurkan rejim Basyar dan sekutunya di atas segala kezaliman yang telah mereka lakukan kepada rakyat Sunni di Syria.

Ismail Gha'ani mengakui bahawa tentera Iran juga bersama-sama dengan rejim Basyar di Syria

Tehran : Seorang Komander Revolusi Iran yang juga merupakan wakil Ketua Angkatan Tentera Darat Iran, Ismail Gha'ani mengakui bahawa tentera Iran juga bersama-sama dengan rejim Basyar di Syria.

Dia menyatakan perkara tersebut dalam satu wawancara bersama akhbar Isna hari ini (29 Mei 2012). Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut telah dipadamkan tidak lama selepas daripada itu daripada laman Isna.

Sementara itu, seorang Pemerhati Politik Timur Tengah, Meir Javedanfar menyebut bahawa kenyataan berani itu merupakan kali pertama sejak berlakunya revolusi. 

Beliau juga mengatakan bahawa itu menunjukkan kebimbangan Iran jika sekiranya rejim Basyar dijatuhkan suatu ketika nanti.

halau Diplomat Syria

Sebelum ini sudah beberapa negara Arab telah melakukan protes kepada rejim Basyar dengan menghalau Diplomat Syria di negara mereka. 

Dan hari ini, negara Perancis, Jerman, Itali, Britain, Australia dan Kanada melakukan perkara yang sama dengan menghalau Diplomat Syria di negara masing-masing.

Mereka mengambil keputusan tersebut sebagai protes terhadap tragedi penyembelihan di Haulah beberapa hari yang lalu.

(Sumber al-Jazeera)

Maklumat tambahan : Di Malaysia pula, satu gabungan NGO bersama pelajar Syria di Malaysia telah menggerakkan usaha untuk menghalau diplomat Syria di Malaysia. Petition ini akan diserahkan kepada Wisma Putra.

Menurut mereka, Duta Syria banyak membawa masalah kepada pelajar Syria dan banyak mempengaruhi kerajaan Malaysia dalam menyokong kezaliman yang berlaku di Syria.

Untuk sokongan kepada mereka, sila tekan pautan petition berikut: 

http://www.causes.com/causes/766982-expel-the-syrian-ambassador-out-of-malaysia

Pentingnya Islam (Ahlul Sunnah wal Jamaah) menguasai politik dan pemerintah sesuatu negar

Dalam kita menangisi dan mengutuk kezaliman demi kezaliman yang berlaku di Syria, banyak perkara yang boleh dijadikan iktibar daripada krisis ini.

Antara pengajaran yang boleh kita ambil daripada krisis yang berlaku di Syria sekarang adalah:

1) Pentingnya Islam (Ahlul Sunnah wal Jamaah) menguasai politik dan pemerintah sesuatu negara. Hal ini kerana, dalam sejarah Syria, selepas daripada penjajah Perancis keluar daripada Syria pada 17 April 1946, mereka telah memberikan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Syiah Nusairi yang merupakan minoriti di Syria.

Hal ini menyebabkan Sunni di Syria yang merupakan golongan majoriti ditindas dan dizalimi sejak sekian lamanya.

2) Bahayanya Syiah kepada keamanan sesebuah negara dan pemerintahan Islam. Jika dilihat, penyembelihan demi penyembelihan yang berlaku di Syria adalah kerana rejim Basyar (Syiah Nusairi) menganggap bahawa Sunni yang mereka gelar sebagai golongan nasibi adalah halal darah untuk dibunuh.

Dalam sejarah Khilafah Turki Uthmaniyah juga, Syiah Nusairi pernah melakukan pakatan dengan musuh untuk menggulingkan sultan dalam Khilafah Turki Uthmaniyah. Perkara ini disebut oleh Syeikh Ali As-Solaby dalam kitabnya Kaifa Saqatot al-Khilafah al-Islamiyah.

3) Betapa pentingnya para ulama' memimpin kebangkitan rakyat. Di Syria jelas menunjukkan pentingnya para ulama' bersama-sama menyatakan sokongan kepada kebangkitan rakyat. 

Antara ulama' haq yang bersama-sama rakyat ialah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Kurayyim Rajih, Syeikh Ali As-Sobuni, Syeikh Jamaluddin Sairawan, Syeikh Sariyah Ar-Rifaie, Syeikh Ahmad Muhammad Najib dan ribuan lagi ulama' ummah yang jelas menaikkan semangat jihad rakyat Syria berhadapan dengan rejim Basyar.

Dan banyak lagi pengajaran yang boleh kita ambil agar ia tidak lagi berulang. Tidak cukup kita hanya menangisi tetapi ambillah pengarajan ini, semoga kita dipelihara oleh Allah s.w.t..

Teruskan berdoa untuk rakyat Syria dan negara umat Islam keseluruhannya. Insya-Allah kemenangan pasti akan tiba jua suatu ketika nanti.