Thursday, March 25, 2010

Awat la hang jadi lagu ni Awaang oiii...???


“Maafkan saya Najib, Rosmah” 
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, beliau akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminta maaf kerana pernah diarah mengaitkan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor den:gan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. 

Katanya, tugas tersebut turut ditawarkan bersama ganjaran yang disifatkan 'amat menggugat iman' kerana diarah mendapatkan pengakuan sumpah palsu daripada ‘pihak ketiga’ bagi membolehkan Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan itu. 

“Saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri untuk meminta maaf, itupun kalau beliau mahu berjumpa dengan saya, saya ini siapa...hanya anak ikan. 

“Saya sudah 12 tahun bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), banyak arahan telah diberikan kepada saya, ada arahan yang diberikan kepada saya atas kapasiti peguam dan ada juga atas kapasiti ahli parti,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam. 

Zulkifli yang telah dipecat dari PKR tidak mahu mendedahkan jumlah tawaran yang diberikan tetapi menjelaskan tawaran boleh berbentuk dalam apa sahaja dan bukannya wang semata-mata. 

Ditanya siapa yang memberi arahan kepada beliau, Zulkifli berkata, soalan tersebut hanya akan dijawab dalam Dewan Rakyat. 

“Dalam dewan tadi (semalam), saya tidak mempunyai masa yang cukup, Speaker sering sebut masa, saya baru bercakap tiga perkara, sedangkan saya mahu bercakap mengenai tujuh perkara. 

“Saya telah berjumpa dengan beberapa orang yang pernah menjadi mangsa saya, saya cerita perkara sebenar dan mereka menerima permintaan maaf saya,” katanya. 

Mengulas mengenai pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengenai peristiwa 16 September, Zulkifli berkata: “Rancangan itu tidak salah, tetapi biarlah cara itu beretika dan berprinsip, Pakatan Rakyat (PR) mahu wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) melompat tetapi, akhirnya yang melompat keluar adalah dari PR. 

Ditanya adakah firaun kecil yang dimaksudkan adalah Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution, Zulkifli berkata “Saya akan dedah dalam Dewan Rakyat, jumlah mereka kecil tetapi mereka amat bising,” katanya.

No comments:

Post a Comment