Monday, May 31, 2010

Haramkan yang halal, halalkan yang haram amalan UMNO

Kerajaan Umno sekarang menyuruh berbuat yang jahat iaitu dengan membenarkan untuk judi bola
kononnya untuk mengelakkan kegiatan judi bola haram. Dalam masa yang sama melarang perbuatan
baik iaitu berceramah / berkhutbah dimasjid - masjid atau surau-surau atas alasan politik.
Dikatakan juga ceramah boleh memecah belahkan umat islam.Dipergunakan Raja-raja, alim ulama
untuk kepentingan politik mereka. Hak rakyat dinafikan. Wang royalti rakyat kelantan telah
di samun oleh kerajaan Barisan Nasional. Bercakap seolah-olah mengamalkan demokrasi tapi amalan
bertentangan degan demokrasi. segala media massa dipergunakan untuk kepentingan mereka. Mereka
memburuk-burukkan dan memfitnah orang lain tanpa memberi peluang untuk orang lain menjawab.
Pihak berkuasa dipergunakan untuk politik sempit mereka, sehingga menangkap orang-orang yang
tidak bersalah dan dimasukkan kedalam penjara. Akta zalim ISA contohnya bertentangan dengan islam
kerana mereka yang ditahan tidak boleh membela diri. Didalam undang-undang islam jika seseorang
mencuri tapi tiada bukti tidak boleh dipenjarakan walaupun dia benar-benar mencuri. Pokok pangkal
nya sekareang negara ditadbir oleh orang yang tidak takut akan Allah. Mereka tidak takut
hukuman diakhirat kelak. Mereka juga kurang pengetahuan agama kerana bila bertambah ilmu agama
akan bertambah takutlah mereka kepada Allah.Hanya yang takut kepada Allah adalah alim ulama.


الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُواْ اللّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
 Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.
 Surah At-Taubah, Ayat 67

No comments:

Post a Comment