Tuesday, May 4, 2010

Masih ada lagi yang tak dapat bekalan letrik selepas 50 tahun merdeka


30 kampung akan dapat elektrik



LIMBANG 3 Mei - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM54 juta bagi melaksanakan projek bekalan elektrik luar bandar (BELB) membabitkan 30 buah kampung di kawasan Batu Danau di sini.
Menteri Muda Kemudahan Awam, Sylvester Entri Muran berkata, sebanyak 2,406 buah rumah dijangka mendapat manfaat daripada pelaksanaan projek BELB itu yang dijadual siap pada 2012.
Beliau berkata, peruntukan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan lebih banyak pembangunan dinikmati penduduk di kawasan pedalaman.
''Kerajaan berusaha membawa banyak kemajuan di kawasan pedalaman terutamanya menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.
''Pelaksanaan projek-projek ini membuktikan kerajaan tidak pernah meminggirkan rakyat di kawasan pedalaman daripada menikmati hidup yang selesa sama seperti penduduk di kawasan bandar," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Karnival Makanan dan Permainan Tradisional Dayak di pekan Medamit di sini semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau, Paulus Palu Gumbang dan Residen Limbang, Maria Hasman.
Entri memberitahu, kerajaan menerusi pendekatan 'gotong-royong' akan meneruskan usaha pembangunan kepada penduduk di negeri ini hasil daripada kestabilan politik yang dinikmati ketika ini.
Ujar beliau, selepas proses persempadanan semula kawasan di bahagian itu, pekan Medamit telah berubah wajah dan menerima pelbagai kemajuan hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN).
''Atas dasar itu, kerajaan akan meneruskan usaha secara lebih serius untuk membawa pelbagai kemajuan dan pembangunan khasnya di kawasan-kawasan terpencil.
''Hasilnya, penduduk di Medamit kini dapat menikmati perubahan dalam tempoh lima tahun hasil usaha kerajaan BN yang menyaksikan lebih banyak kemajuan dilaksanakan," jelas beliau.
Sementara itu, Entri turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM15,000 bagi program berkenaan.

No comments:

Post a Comment