Saturday, June 5, 2010

Turki kurangkan hubungan ekonomi dengan Israel



ANKARA 4 Jun – Turki akan mengurangkan hubungan ekonomi dan industri pertahanan dengan Israel tetapi kerjasama dua hala tidak akan dibekukan sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri, Bulent Arinc, hari ini.
‘‘Ankara akan mengurangkan hubungan ke tahap paling minimum dengan mengambil kira suasana hubungan kewangan yang sudah sedia ditarik keluar... sama ada bayaran yang telah dibuat atau tidak.”
“Tetapi sebagai sebuah negara berdaulat, kita tidak boleh mengenepikan mana-mana negara yang telah kita akui kewujudannya,” kata Arins kepada televisyen NTV.
Arnic berkata, tidak banyak pegawai Turki boleh menghalang perjanjian yang melibatkan bidang ekonomi antara kedua-dua negara kerana kebanyakannya melibatkan kerjasama antara syarikat-syarikat.
Hubungan Turki-Israel tegang ekoran serangan komando rejim Zionis Israel ke atas flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza yang meragut sembilan nyawa aktivis sukarelawan antarabangsa, termasuk seorang aktivis rakyat Amerika Syarikat Isnin lalu. – AFP

No comments:

Post a Comment