Saturday, July 3, 2010

Ada budak tidak makan pagi di Gaza



Posted on the July 3rd, 2010 under BeritaLuar Negara by johnjimat
15/7
LONDON: Ada kanak-kanak Gaza tidak mendapat sarapan pagi ketika ramai penduduk Palestin di wilayah itu memerlukan bantuan makanan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel ke atas Gaza.
Kesimpulan itu adalah sebahagian hasil kajian institusi kesihatan Palestin yang merumuskan sekatan Israel mengancam kesihatan warga Palestin, dengan kebanyakan kanak-kanak menghadapi risiko masalah pertumbuhan atau kurang zat makanan.
Kajian Institut Kesihatan awam dan Masyarakat Universiti Birzeit di Tebing Barat juga mendapati lebih 70 peratus keluarga masih bergantung pada bantuan makanan dengan 57 peratus responden yang keluarga mereka mendapat bantuan makanan menyatakan mutu kehidupan kurang baik berbanding dengan 30 peratus responden yang tidak memperoleh bantuan.
Malah, kajian membabitkan kira-kira 2,000 kanak-kanak dan remaja mendapati seorang daripada empat tidak mendapat sarapan pagi, seorang daripada 10 kanak-kanak menghidapi penyakit kurang darah dan seorang daripada 17 menghadapi masalah pertumbuhan.
Selain itu, kira-kira dua peratus kanak-kanak Gaza terlalu kurus dan 15 peratus mengalami masalah kegemukan atau obes, kata pegawai universiti berkenaan, Niveen Au-Rmeileh.
Niveen menganalisis mutu kehidupan menggunakan data yang dikutip daripada kira-kira 3,000 keluarga di Palestin.
Kira-kira satu pertiga daripada penduduk yang dikaji selidik kehilangan rumah ketika peperangan, sementara 39 peratus daripada rumah yang sama ada musnah separuh dan semua sekali.
Ketika kaji selidik itu tamat pada Ogos 2009, tiga suku daripada rumah yang musnah masih belum dibaiki. Reuters
Sumber : Bharian.com.my

No comments:

Post a Comment