Saturday, July 17, 2010

Pasai lain tak pa pasai perpaduan ' No way '


Nik Aziz tak mahu berunding

KOTA BHARU 16 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju untuk berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin asalkan perbincangan itu tidak menjurus kepada perpaduan antara Pas dan UMNO.
Beliau sebaliknya mahukan pertemuan tersebut memberi fokus terhadap rundingan pemberian royalti minyak kepada negeri ini yang telah dipohon sejak sekian lama.
Katanya, agenda perpaduan antara kedua-dua parti telah lama berkubur kerana menganggap UMNO adalah parti yang jelas menolak Islam.
"Saya tidak ada hal berunding di mana-mana pun, kalau saya tidak uzur kerana sakit perut atau angin saya boleh pergi ke mana-mana.
"Tapi saya sudah beritahu, kalau nak jumpa saya nak berunding pasal Pas-UMNO tidak boleh kerana barang sudah selesai... keputusan parti bukan keputusan saya, tapi kalau mahu berunding benda lain macam masalah petrol atau apa-apa sahaja boleh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di perkarangan Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.
Kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz ini merupakan kontra kepada gesaan ramai pihak termasuk golongan ulama di negara ini yang komited bahawa kedua-dua parti perlu bersatu untuk menegakkan Islam.
Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan persetujuan beberapa ulama bahawa UMNO dan Pas perlu bersatu demi kepentingan Islam dan umatnya walaupun terpaksa berdepan cemuhan daripada penyokong masing-masing.
Antara individu yang menyokong penyatuan itu adalah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu penyatuan antara kedua-dua parti adalah perkara yang sudah diputuskan oleh Pas sejak dua tahun lalu bahawa mereka tidak akan bersama dengan UMNO tetapi memilih sekutunya dalam pakatan pembangkang.

No comments:

Post a Comment